Sunday 16 February 2014

I'm still alive!!!

Assalammualaikum W.B.K

Hola korang. Da nak berhabuk dah tinggal blog ni. Aku sebenarnye, masih lagi aktif menulis, cume sekarang ni, sibuk nak siapkan manuskrip....Maaflah, sesiapa yang tunggu cerita Kisah Aozora tu(kalau ada yang tunggu), mungkin akan kelambatan sedikit untuk updatenye! Cakap pasal manuskrip...Sebenarnye, aku teringin sangat nak tulis cerita Keagamaan macam Hlovate tu. Serius! Dia punye isi keagamaan sangat superb! Ada orang yang tak suke cara dia bercerita kerana kekadang cerita yang dia tulis tu, agak lambat sedikit. Tapi, aku tak kisah pun. Aku suke...It's call art of literature! Belum pernah lagi Novel Melayu, mempunyai cara penceritaan yang macam Hlovate tu. Dan...yang paling aku suka sekali cara dia buat kita berfikir bila baca die punya Novel. Kekadang memang kita terfikir pun. Asyik novel cinta tanpa isi pun tak best jugak. Anyway, walau macam mana pun, tahap ilmu aku, belum sampai macam dia lagi. Aku masih lagi bertatih. Dan sekarang ni pun aku cuba untuk jadi orang yang lebih baik, orang yang tutup aurat dengan sempurna, Orang yang sayangkan Islam. Orang Yang sayangkan ALLAH dan RasuluLLAH...I'm not quite at Hlovate's level or even at Islamic level. But I'm trying to... dulu, aku ni jahat jugak. Tapi, biasalah manusia, lepas dah kena musibah yang teruk, baru nak sedar. Aku adalah salah seorang darinya. Lepas tu, aku buat keputusan nak berubah. Tapi, berubah perlukan masa, dan seriusly, Novel-novel Hlovate, banyak menyumbang dan membantu aku untuk berubah, di samping orang di sekeliling aku...In Sha ALLAH, satu hari aku dapat beri kesan dalam hidup seseorang macam Hlovate tu, doakan aku ea! Hehe..anyway, ni just a random post, nak tunjuk yang aku masih lagi ada, dan masih lagi aktif menulis, dan blog ni masih lagi hidup. Cuma aku akan sibuk sedikit, siapkan manuskrip...Selalu, aku ade buat cerpen, kalau dah lama tak post...tapi, buat mase sekarang...Can't think of any stories other than my under construction manuscript...Sorry about that...so for now...

Peace out darlings!

Sunday 2 February 2014

Kisah Aozora (BAB 5)

BAB 5

DARI DALAM KERETA, dia tempat duduk belakang. Ois merenung ke luar tingkap, sambil menongkat dagu, berfikir. Kadang-kadang mengeluh. Kata-kata Daddy nya tempoh hari, masih lagi segar terngiang-ngiang di telinganya. Dia sebenarnya baru balik dari tusyen. Daddy cakap, sebab dia tak masuk kelas sains, dia kena belajar tusyen subjek sains yang tak di ajar di kelas dia, barulah Daddy terima keputusan dia, yang tak nak masuk kelas sains

Kisah Aozora (Bab 4)


BAB 4

PADA SATU HARI, SATU MALAM, PADA TAHUN 2007

DIA MEMANDANG kosong ke arah tasik, buatan manusia tu. Dia melihat jam di pergelangan. Pukul 12.30. Keadaan tasik tu, memang sunyi, Tapi, kenapa ye dia tak rasa takut pun? Ke dia malas nak rasa takut, ke dia tak kisah kalau jadi apa-apa nanti? Either way, tetap tak ada orang kisah pun. Rambutnya beralun disapa angin malam. Air tasik yang sejuk, dan agak dalam dipandang. Agak-agak. Kalau aku masuk situ apa jadi eh? Tanpa sedar, dia bangun dari kerusi taman dan perlahan-lahan pergi ke arah tasik. Apa yang dia buat ni, sebenarnya? Dia pun tak tahu.