Sunday, 2 February 2014

Kisah Aozora (Bab 4)


BAB 4

PADA SATU HARI, SATU MALAM, PADA TAHUN 2007

DIA MEMANDANG kosong ke arah tasik, buatan manusia tu. Dia melihat jam di pergelangan. Pukul 12.30. Keadaan tasik tu, memang sunyi, Tapi, kenapa ye dia tak rasa takut pun? Ke dia malas nak rasa takut, ke dia tak kisah kalau jadi apa-apa nanti? Either way, tetap tak ada orang kisah pun. Rambutnya beralun disapa angin malam. Air tasik yang sejuk, dan agak dalam dipandang. Agak-agak. Kalau aku masuk situ apa jadi eh? Tanpa sedar, dia bangun dari kerusi taman dan perlahan-lahan pergi ke arah tasik. Apa yang dia buat ni, sebenarnya? Dia pun tak tahu. 

            Apa yang jadi tadi? Mama bawak lelaki yang bukan papa balik, sambil mabuk-mabuk. Apa yang dah jadi kat keluarga dia ni sebenarnya? Dia tak sanggup lagi tengok keluarganya yang teruk tu. Apa guna dia hidup, kalau mama dengan papa tak sayang dia? Apa tujuan mama melahirkan dia, kalau cuma hendak mengabaikannya? Air sejuk yang makin meninggi di paras pinggang, tidak dipedulikan. Dia tak rasa sejuk pun. Perlahan-lahan dia cuba memasukkan mukanya ke dalam air tasik yang sejuk itu. Dia tak boleh bernafas, dia lemas. Mungkin, inilah pengakhirannya? Pengakhiran hidup dia.
Tiba-tiba dia rasa, badannya direntap kasar. Tahu-tahu je, dia berada di luar tasik, terbatuk-batuk. Siapa? Siapa yang berani halang dia? Dia memandang orang yang mengeluarkan dia dari tasik tadi. Dia kenal sangat dengan orang tu. Orang tu memandang dia.Satu tamparan hinggap  di pipinya. Sakit.
“Dhia! Apa kau cuba buat ni hah?” Lelaki itu, menggoyangkan tubuh Dhia dengan kasar. Mata Dhia hanya memandang Arl kosong.
“Dhia, cakap dengan aku! Kau kenapa? Apa yang kau cuba buat ni?” Tutur Arl, dengan kasar. Suara bimbangnya kedengaran. Arl. Kenapa kau mesti ada kat sini? Tubuhnya digoyangkan Arl lagi.
“Dhia. Sedarlah! Kau tau tak, bunuh diri tu berdosa? Kau tau tak jasad tak diterima tanah, kalau mati bunuh diri? Kau tak takut ke?” Arl mendesak. Cuba membuat Dhia bercakap.
“Dhia! Cakap dengan aku! Kenapa kau jadi macam ni? Dhia, kalau kau tak ada nanti, macam mana dengan aku? Macam mana dengan Lysa? Macam mana dengan Ira, Payan, Key, Niel, Yuki dengan Ois?” Arl desak lagi, tangannya masih lagi menggoncangkan tubuh Dhia. Tidak semena-mena, air mata Arl keluar, menitis di pipi. Dia tak kisah, kalau Dhia nampak pun dia menangis. Dia tak kisah.
“Dhia, kenapa kau buat macam ni?” Dhia masih lagi diam membisu. Namun, dia agak terkejut melihat titisan jernih Arl. Bila nampak Arl macam tu, barulah dia tersedar. Air matanya mula mengalir.
“Dhia...Aku dah cakap, kau tak kuat nak simpan semua.” Ujar Arl, sayu.
“Arl...” Akhirnya Dhia bersuara.
“Arl...” Dhia menangis. Kemudian dia meraung. Menangis, sepuas-puas hati dia. Seumur hidup dia, setelah bertahun, tahan. Bertahun, simpan sendiri, malam itu di hadapan Arl, dia curahkan segala-galanya...
            Lamunannya terhenti, apabila mendengar nada dering mesej masuk. Dia mengesat air matanya, yang mengalir tiba-tiba tadi. Dia mencapai telefon bimbit Motorola W220, di atas meja belajar, membuka flip telefon dan membaca mesej yang masuk.
            From :  Lysa
            Hari ni, datanglah lepak rumah aku. Mak aku masak Laksa Johor terlebih. Datang
           tau! Aku dah ajak yang lain. Datang tau! Aku tunggu.
>.<
        Dhia tersenyum segaris melihat mesej yang dihantar Lysa tadi. Dia menekan-nekan punat telefon bimbit dan tekan butang ‘send’.
            Ok.
            Jam di pergelangan tangan dilihat. Pukul 1.30. Dia menutup flip telefon bimbit dan masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhu. Lepas Zuhur dia akan terus bergerak ke rumah Lysa. Jalan kaki je, sebab rumah Lysa tu tak jauh sangat.
            Macam tak percaya kan, Dhia yang dulu tu, bodoh? Masa tu, Dhia tak kenal ALLAH lagi, tu yang dia jadi bodoh tu. Kalaulah, dia dah kenal ALLAH dari dulu, sudah tentu dia tak kan buat benda bodoh tu. Dulu, dia tahu, ALLAH tu ada. Tapi dia tak ambil kisah pun. Dia tak terfikir pun yang ALLAH tu, merupakan tempat mengadu yang sangat tepat untuknya. Mama dengan Papa pun tak bagitahu dia, tentang agama. Tentang ALLAH. Keluarga Arl yang banyak mengajar dia tentang Islam.
 Lepas kejadian tu, tahun lepas, Arl banyak suruh Dhia, datang rumah. Rumah Arl tu dah macam rumah betul Dhia. Walaupun, keluarga Arl tu kaya macam keluarga dia, tapi Ayah Arl, tak pernah abaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Ibu Arl pun surirumah. Sebab tu, dia rasa selesa dengan keluarga Arl. Ibu Arl pun melayan dia macam anak sendiri. Ibu Arl lah yang nasihatkan dia pakai tudung. Terbuka hati dia untuk pakai tudung pun baru awal tahun ni. Mula-mula, bila nampak, susah jugak Lysa nak terima. Tapi, lama-lama, dia okey je.



SEBAIK SAHAJA dia keluar dari rumah, dia nampak kelibat Arl sedang menantinya, sambil tersenyum. Dia memandang Arl tanpa perasaan. Dia rasa, tak ada pun dia bagi mesej kat Arl, nak pergi rumah Lysa saing. Dia kemudian berjalan ke arah Arl.
            “Apsal? Aku tak kata pun nak pergi saing?” Ujar Dhia mendatar. Arl mencebik, lantas menjeling.
            “Suka hati aku lah. Lagipun kan, sebelum jumpa rumah Lysa, jumpa rumah kau dulu. Jadi, aku sebagai kawan yang perihatin, datanglah teman kan kau.” Balas Arl. Dhia mencebik. Tanpa menunggu Arl, Dhia memulakan langkah. Rumah Lysa, Arl dengan Dhia memang dekat-dekat, tu yang boleh jalan kaki tu. Rumah yang lainlah jauh sikit. Tapi kalau naik basikal ke, naik kereta sampai jugak. Setelah beberapa saat mengikut di belakang, Arl akhirnya dapat berjalan saing dengan Dhia.
            “Aku, dah okey.” Ujar Dhia tiba-tiba, memecahkan kesunyian antara ,mereka. Arl yang agak tersentak dengan kata-kata Dhia yang tiba-tiba itu, terus mengalih pandangannya pada Dhia. Dhia memandang Arl sekilas.
            “Aku dah okey. Aku tak kan buat benda bodoh macam tu lagi.” Sambung Dhia. Arl yang mendengar tersenyum segaris. Dia kemudian, kembali menala pandangan ke hadapan.
            “Siapa tanya kau.” Balas Arl.
            “Tak ada siapa tanya pun. I know what you thinking.” Ujar Dhia, kemudian, dia menala pandang pada Arl yang sekarang ni pun sedang pandang dia. Mereka berhenti melangkah.
            “Kau jangan risau...and...Thanks.” Dhia kemudian menarik senyumnya yang jarang di tayangkan pada sesiapa, menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipi. Kemudian, dia kembali berjalan mendahului Arl. Dari belakang, Arl memerhatikan Dhia lantas tersenyum lega.
            “Oi! Tunggulah.” Teriak Arl, lantas berlari anak mendapatkan Dhia.



BANYAKNYA. Mata Payan terbuntang melihat seperiuk besar kuah Laksa Johor di atas dapur. Terkebil-kebil matanya, dia kemudian berbisik kepada Lysa di sebelahnya.
            “Mak kau nak buat kenduri kahwin kau ke?” Bisik Payan perlahan. Lysa yang mendengar mengeluh, lantas mengangkat kedua-dua bahunya. Ibu kalau baru belajar buat sesuatu memang suka pakai periuk besar. Ni, Ibu baru belajar masak Laksa Johor daripada kawan Ibu. Selalu kalau orang baru belajar, pakai periuk kecik je kan. Ni bukan main besar periuknya. Nasib baik Lysa banyak kawan. Ibu ni, confident sangat ni.
            “Tula pasal.” Lysa berbisik kembali kepada Payan. Tiba-tiba entah dari mana Yuki mencelah antara mereka berdua, yang tadinya agak rapat jaraknya. Terus terkejut Payan dan Lysa dibuatnya.
            “Woi! Mat. Dari mana kau datang hah?” Ujar Payan, terkejut tak habis lagi.
            “Entah! Bukan nak bagi salam ke apa.” Tutur Lysa pulak. Namun Yuki hanya membuat muka selamba meamndang periuk yang gedabak besar tu. Ni, nak buat niaga ke apa?
            “Aku dah bagilah. Bibik kau tadi yang jawab.” Balas Yuki. Lysa hanya mengangguk faham.
            “Assalammualaikum.” Ira, Key, Ois dan Niel memberi salam serentak sambil mendapatkan Yuki, Lysa dan Payan.
          “Walaikummussalam. Tinggal Arl dengan Dhia je ni. Kau orang duduk dulu kat meja tu, aku siapkan hidang.” Arah Lysa, yang lain mengangguk, lantas pergi ke meja makan.
            “Aku tolong.” Ujar Yuki ringkas. Lysa memandang Yuki terharu, siap bergenang air mata dia.
            “Kalau macam tu, aku pun nak tolonglah.” Ujar Ira pulak, lantas tersenyum. Pandangan yang sama diberikan pada Yuki tadi diberikan pada Ira, bila dengan Ira siap pegang-pegang tangan lagi.
            I really love you two!” Tutur Lysa terharu. Yuki dan Ira lantas mengikut Lysa ke dapur membantu apa yang patut. Typical Lysa. Benda yang kecik, bukan main dia nak exagerate. Yuki menggeleng lantas tersenyum, sambil menyising baju T lengan panjangnya ke siku, lantas ke singki untuk membasuh tangan. Puan Alice, ibu Lysa memang suka memasak, kalau Puan Alice ada di rumah, Puan Alice lah yang akan masak.
            “Assalammualaikum!” Dhia dan Arl memberi salam serentak. Yang ada di meja makan memandang ke arah Dhia dan Arl yang sedang berjalan ke arah mereka.
            “Dah sampai dah, kau orang?” Tegur Arl, lantas mengambil tempat di sebelah Ois.
            “Semua orang dah sampai dah. Kau orang je yang lembab. Padahal rumah dekat je.” Balas Payan. Arl mencebik memandang Payan.
            “Kalau bab makan, kau orang memang cepat. Kalah aku.” Ujar Arl.
“Yuki, Lysa dengan Ira mana?” Soal Dhia, sambil menebarkan pandangan pada satu-persatu kawan-kawanya.
            “Dia orang, kat dapur.” Balas Niel. Dhia mengangguk dan mengatur langkah untuk ke dapur.
            “Lysa! Dhia dengan Arl dah sampai!” Teriak Ois, memberitahu Lysa yang sibuk di dapur.



“MACAM MANA mak cik masak? Sedap tak? Ni, first time ni cuba masak Laksa Johor.” Tanya Puan Alice, yang duduk sekali dengan mereka di meja makan. Mereka mengangkat muka dari menikmati Laksa Johor.
            “Memang terbaik, Mak Cik Alice!” Puji Ois siap buat ‘thumbs up’ lagi. Ibu Lysa tersenyum. Walaupun dah agak berumur, tetapi memang nampak lagi kecantikkan wanita Inggeris itu. Sebab dah lama duduk kat Malaysia dan suami pun orang melayu, jadi Puan Alice memang fasih berbahasa Melayu. Lysa banyak ikut muka ibunya, termasuklah matanya yang biru laut dan rambut Lysa yang berwarna coklat kemerahan tu.
           “Ada lagi kat dapur tu, nanti bawak balik rumah tau!” Ujar Puan Alice dengan mesra. Yang lain mengangguk, lantas tersenyum. Puan Alice dah memang gembira tak terkatalah bila orang puji masakkan dia.
Petang tu, selepas menikmati makan tengah hari di rumah Lysa, mereka lepak di rumah Lysa, agak lamalah. Dalam lewat petang baru mereka pulang ke rumah masing-masing.   

2 comments:

  1. owh.. sbb tu.. cian Dhia.. thanks god Arl ada disisi Dhia btw bestttt~!!

    ReplyDelete