Sunday 13 December 2015

Bitter Sweet Tale (Bab 14)

BAB14

MATA BULATNYA memandang siling putih itu kosong. Sudah berapa hari ya, agaknya dia terperangkap disini? Mahunya seminggu, setelah dia sedar daripada pengsan. Seminggu? Tak kot. Tapi rasa macam seminggu. Teringat dia 3 hari lepas sebelum dia pengsan dan di gegaskan ke hospital...

Bitter Sweet Tale (Bab 13)


BAB13

ADAM MEMERHATIKAN bangunan sekolah yang tersergam di hadapannya. Sekali lagi merasa nostalgia. Adam menarik senyum. Dia baru sahaja habis menjawab kertas soalan SPM terakhir tadi. Air matanya mulai jatuh ke pipi. Memang sungguh murah air matanya ini. Terutama, bila ada rasa sayang nak meninggalkan sesuatu.

        “Kau tak balik lagi?” Sebaik sahaja mendengar suara tu, terus sahaja dia menyeka air matanya. Dia mengalih pandang pada tuan punya suara, lantas menarik senyum.
“Ibu aku tak sampai lagi. Kau, apasal tak balik lagi?” Soalnya kembali kepada Hana yang sedang berjalan ke arahnya, dengan membawa basikal.
“Saje. Tengok kelas untuk kali terakhir.” Ujar Hana, kemudian berdiri di sebelahnya. Hana juga memerhatikan bangunan Sekolah yang banyak kenangan tu. Nasib baik Hana tak nampak dia menangis tadi.
“Tak sangka, dah habis sekolah dah pun. Rasa macam sayang je nak tinggalkan tempat ni.” Ujar Hana. Mata masih tidak beralih dari bangunan besar sekolahnya.
Adam yang tadinya memandang bangunan sekolah, mengalih pandangannya kepada Hana di sebelahnya. Dia memandang Hana lembut. Namun, Hana tak sedar pun Adam sedang memandangnya. Sibuk tengok bangunan sekolah. Perasaan sedih mulai menjalar di hatinya, apabila memerhatikan Hana.
Hatinya sayu, melihat wajah gadis yang, tanpa sedar, memegang watak yang penting dalam hidupnya. Mungkin, inilah kali terakhir dia dapat menatap wajah putih dan keanak-anakkan itu. Kalau boleh, dia mahu lagi mendengar suara yang dikatakan ‘annoying’ tu. Mahu lagi dia menjadi, mangsa pembalasan gadis itu. Mahu lagi dia melihat wajah gadis itu kemerahan menahan marah. Mahu lagi, dia melihat kelincahan gadis itu. Mahu lagi, dia memanggil gadis itu, ‘Makcik Psycopath’. Namun, apakan daya. Allah S.W.T sudah pun mencoret perjalanan hidupnya, dan dia sebagai insan yang kerdil, seharusnya bersyukur kerana dia diberi peluang untuk hidup sehingga ke hari ini.
“Na...” Dia memanggil Hana.   
“Apa kau nak?” Hana mengalihkan pandangannya ke Adam. Adam tersenyum segaris. Geli hati dia mendengar sahutan Hana.
   “Hana...” Dia memanggil lagi.           
   “Ye, Adam?”
   “Hana Zulaikha..” Hana memandang Adam curiga. Apa kena dengan mamat ni, sebut-sebut nama aku.   
   “Kau ni kenapa? Lupa makan ubat ke tadi?” Gurau Hana. Adam hanya terkekek.  
   “Hana Zulaikha! Makcik Psycopath!” Dia berteriak..
    “Ish!” Hana, memijak kaki Adam, berang. Adam hanya ketawa.
   “Kau nak apalah Mojojojo retarded?” Hana menyambung soalan tadi. Apa ke peliknya si Adam ni?
   “Tak ada apa-apa, just want to say...” Dia mendekatkan dirinya pada Hana. Hana terkejut. Terbeliak matanya. Dahlah, mata dia bulat dan besar, apabila terbeliak macam tu, sebiji macam ‘Spongebob’. Adam tersenyum nakal dan memandang tepat ke mata Hana.
   “Terima kasih, sebab ceroboh hati aku.” Adam tergelak dan mengenyitkan matanya.
   “Ish!” Dengan menggunakan beg sandangnya sebagai penghadang, dia menolak kasar badan Adam.
   “Apa masalah kau ni? Dahlah aku nak balik!” Hana mendapatkan basikalnya dan lintang pukang meninggalkan Adam.
Adam tersenyum lembut. Dia memandang sahaja kelibat Hana yang semakin menjauh. Apabila kelibat gadis itu semakin menjauh dan akhirnya hilang dari pandangan, dia merasakan rasa sedih yang amat sangat. Kolam air mata yang cuba ditahan akhirnya pecah juga menjadi manik-manik kecil. Dia tersandar pada pokok besar yang berhampiran. Dia membiarkan air matanya jatuh. Good bye, Hana Zulaikha. Kesakitan hatinya(bukan sebab penyakit tu) terpancar di wajahnya.

Bitter Sweet Tale (Bab 12)


BAB 12

AIR MATANYA mengalir, tanpa sedar. Namun, tidak pula di seka. Dari padang umum yang berhadapan dengan sekolahnya, dia duduk memeluk lutut, di atas kaki lima padang tu, sambil memandang sebuah sekolah yang tersergam dengan gah. Sekolah, yang banyak membawa titik perubahan dalam dirinya. Sekolah yang menemukan dia dengan bermacam-macam orang. Cikgu-cikgu yang banyak berjasa padanya. Kawan-kawannya yang gila...dan... Betul ke, dia kena tinggalkan semua ni, tak lama lagi?
  Dengan air mata yang masih mengalir, dia menengadah ke langit pulak. Ya ALLAH. Kuatkanlah diriku. Aku tau, ini jalan terbaik yang telah KAU cipta untukku. Mujurlah, ramai yang dah balik rumah. Tinggal dia je, kat sekolah tengah tunggu ibunya menjemput. Sebab tu, dia biarkan sahaja air mata itu mengalir, sebab tak ada siapa yang akan nampak. Dia mencengkam dadanya kuat, sambil menundukkan mukanya, titisan air mata mula jatuh di atas seluar sekolahnya. Kuatkanlah diriku Ya ALLAH.

Sunday 15 February 2015

Bitter Sweet Tale (Bab 11)



BAB11

“MACAM MANA keadaan awak sekarang ni?” Soal Hafiz kepada pesakit muda yang sedang menghadapnya. Dia kemudian mengambil stetoskop di atas meja dan memeriksa nadi pesakit muda tu. Setakat ni, normal degupan jantung dia. Jangan dia buat kerja gila lagi, berlari dengan jantung yang lemah ni, sudah.

Bitter Sweet Tale (Bab 10)



BAB10

“A’AN, meh sini. Duk kat akak.” Pelawa Hana, sambil menepuk-nepuk kakinya yang bersila. A’an terkebil-kebil memandang Hana. A’an bergilir memandang Adam yang sedang memangkunya dan Hana yang nak memangku A’an. Kemudian A’an menggeleng.
   “Apa? Tak nak makan ke? Ni, ada nasi ni.” Ujar Hana sambil menggaul-gaul nasi putih bersama sup ayam. Sekarang ni, waktu makan tengah hari. Hari Sabtu, tetapi macam biasa Papa A’an, terlalu sibuk. Jadi A’an kena duduk di rumahnya, sebab Rumah Anakku Sayang tutup. 

Bitter Sweet Tale (Bab 9)



BAB9

“KALIBER! KALIBER! KALIBER! ”  Hana dengan bersemangat menyokong pasukan rumah sukannya. Berikutan adalah nama rumah sukan di Sekolah Menengah ini, Kaliber- Rumah Merah, Logik- Rumah Hijau, Inspirasi- Rumah Biru, Asertif- Rumah Kuning. Dia mengikat cebisan kain ‘cotton’ di lengannya. Kebiasaan Hari Sukan sekolah ini, ialah, setiap ahli rumah sukan akan diberikan cebisan kain ‘cotton’ mengikut warna rumah masing-masing. Pelajar boleh mengikat kain itu di mana-mana yang mereka suka, ada yang mengikat di lengan, di dahi, di betis dan dimana-mana mengikut sesuka hati mereka. Disebabkan baju sukan, semua sama, mereka mengeluarkan inisiatif memberikan cebisan-cebisan kain itu untuk membezakan rumah-rumah sukan yang lain.

Bitter Sweet Tale (Bab 8)

BAB8

“AKAK, kita nak yak.” Ujar Balqis yang baru berumur 4 tahun itu. Hana yang sibuk membantu A’an dan Khairi melukis, memandang ke arah Balqis.
   “Qis dah tak pakai pampers eh?” Soal Hana sambil tersenyum. Balqis mengangguk. Hana kemudian berdiri dan memegang tangan Balqis untuk dibawa ke bilik air. Sebelum, mereka beredar, Hana memandang Kairi dan A’an kembali.
   “Lukis, cantik-cantik eh. Nanti, siapa yang paling cantik akak belanja ais-krim.” Ujar Hana, lantas membawa Balqis ke bilik air, untuk membantu Balqis, membasuh apa yang patut. Setelah, selesai melakukan ‘bussiness’, mereka keluar dari bilik air. Hana kemudian memakaikan kembali ‘panty’ dan skirt untuk Balqis. 

Bitter Sweet Tale (Bab 7)

BAB7

“BEG TAN SRI HILANG?” Tan Sri Khalish mengangguk. Encik Hamzah mencekak pinggang, sebelah tangan memegang walkie talkie. Tan Sri Khalish hanya berdiri memandang  Encik Hamzah.
“Ali, Ali...Ali, from Hamzah to Ali.” Encik Hamzah becakap-cakap dalam walkie talkie. Suara pecah-pecah kedengaran dari walkie talkie itu. Suara bersilang dengan jari yang menekan butang walkie talkie.

Saturday 14 February 2015

Kenape tetibe Bitter Sweet Tale, mane Kisah Aozora???

Assalammualaikum w.b.k

Lame sudah kan, blog nie berabuk. Haha! Sorry la. Macam bese, sibuk kerja, lepastu belum ade idea lagi untuk Bab baru kisah Aozora. 'Kata sibuk tapi camner boleh ade cerita baru pulak?' Okey, kisahnye macam nie. Kisah sedih tau. Ni sebenarnya, manuskrip yang aku dah siapkan, nak hantar kat penerbitan. Dah siap, dah hantar tapi kena REJECT! Jadi, daripada my effort siapkan manuskrip ni went in vain, aku letaklah cerita ni kat blog. Atleast, ade orang bace. Sejujurnyela...aku tak rasa sedih sangat pun bila manuskrip ni kena reject. Sebab aku tau, aku masih banyak kekurangan and aku masih belum sampai ke tahap yang 'ITU' lagi. Aku sebenarnya, dah pretty much guess la, kemungkinan yang manuskrip ni kena reject. Sekali betul kena reject. Tipula, kalo kate aku tak frust. Gila tak frust kau! Lame kot aku amek mase nak siapkan manuskrip nie. Tapi, buat masa sekarang ni, masih belum ade rezeki untuk aku lagi. Tapi, jangan risau, aku tak akan berputus asa, dan buat cerita yang lebih baik lagi, dari ni. So, in the mean time, please, kalo korang boleh enjoy baca Bitter Sweet Tale, ni, please enjoy and kalo rajin silela bagi komen, ke kutuk ke, komplen ke, aku akan terima dengan hati terbuka. Sebenarnya, cerita Bitter Sweet Tale ni, agak sedihla. Mungkin, aku nie tak bpe sesuai kot, buat cerite sedih camnie. Haha! Papepown, have a good time reading it!

Thanks!

Peace out, darlings!

Percaye tak, lukisan nie, aku buat sendiri? Hehe...serius, I did this! Sebab tu nmpk selekeh. ;)

Bitter Sweet Tale (Bab 6)


BAB 6

11 tahun lalu...
WELL, I’M ALIVE SOMEHOW IF YOU MUST KNOW. ” Ujar Zack dingin. dengan telefon bimbit Nokia 5110 warna biru terlekap di telinga. Marrisa, seseorang yang dia kenal di London, yang sedang membuat panggilan antarabangsa dari sana. Sambil bercakap, sambil tu, dia meneguk Carlsberg dalam tin, yang dia beli di Seven Eleven tadi, macam tak ada apa-apa. Kalau kira-kira, kat London sekarang ni, lebih kurang pukul 10 malam macam tu. Masa-masa macam ni lah dia lepak dengan kawan-kawan dia kat kelab malam yang berprestij kat London sana. Mata pulak tak boleh lelap.

Bitter Sweet Tale (Bab 5)

BAB5

“A’AN...hari ni, A’An kena tolong akak!” Ujar Hana dan lantas, mendukung A’an, menuju ke dapur. Macam biasa, sepatutnya hari ni, Rumah Anakku tutup, sebab hari minggu, tapi Ayah A’an terlalu sibuk di tempat kerja, jadi sekali lagi Mak menawar diri untuk membantu. Pelik je, memang workaholic betul ni. Lepas kena sembur percuma dengan Hana, tempoh hari, memang jaranglah Ayah A’an mengambil A’an lewat-lewat. Jarang, tapi ada juga. Tapi, nampaknya mengena jugalah kat batang hidung, lepas kena sembur.

Bitter Sweet Tale (Bab 4)

BAB 4

“ADAM, HANA! Awak habiskan kerja awak kat luar! Sekarang! Farid pun!” Cikgu Hanis terduduk di kerusi, dan memicit pelipisnya yang pening, dek bebudak ni. Hana, Adam dan Farid, menunduk dan akur dengan arahan Cikgu Hanis, cikgu Sains mereka. Mereka bertiga beratur keluar dari kelas dengan membawa buku nota sains yang hampir semua muka surat kosong. Hampir semua? Mana tak Cikgu Hanis pening kepala di buat dek budak-budak ni. Cuba teka, paling banyak kosong siapa? Pemenangnya, adalah Hana Zulaikha!

Bitter Sweet Tale (Bab 3)

BAB 3

HANA MENALA PANDANGAN ke hadapannya. Jantung berdegup-degup. Kenapa jantung berdegup? Hana memandang sekilas Adam di sebelahnya. Sebab Adam ada. Sekarang, dia dengan Adam tengah duduk sebelah-sebelah di tepi padang. Kebanyakkan murid-murid dah balik rumah. Dia dengan Adam terpaksa balik lambat sebab kena kutip sampah, belum habis lagi tempoh hukuman mereka. Dia memandang lagi Adam di sebelah sekilas. Adam tengah meneguk air botol. Sekali lagi, jantungnya melompat. Kenapa? Sebab, dalam diam, Hana menyimpan perasaan terhadap Adam. Ye...itulah kebenarannya. Entah bila mulanya, perasaan tu, dia pun tak tahu. Dah lama dia simpan. Tak bagitau siapa pun, termasuk kawan baiknya Mai dan Intan.

Bitter Sweet Tale (Bab 2)

BAB 2

“MAK, budak baru ke tu?” Soal Hana, apabila terlihat muka baru yang sedang duduk main lori seorang-seorang.
“Ha’ah. Baru lagi, tak boleh nak berkawan lagi. Baru je empat tahun tu. Pergilah tengokkan kejap. Mak nak tengok budak-budak lain.” Ujar Puan Najihah, lantas menuju ke arah kanak-kanak lain yang sedang ligat, berebut anak patung. Puan Najihah, membuka satu pusat ‘nursery’ kecil di rumah, sebelah. Kira, Mak dengan Abah, ada dua rumahlah, satu untuk buat Nursery, satu rumah sendiri. Sebelah-sebelah je pun. Buat masa sekarang, adalah dalam 5 orang dan tambah budak baru tu, ada lah 6 orang. 

Bitter Sweet Tale (Bab 1)


BAB 1

JANUARI 2009

“BOLEH TEPI SIKIT TAK? Aku macam tak selera sangat, tengok muka kau” Marah Hana kepada sang lelaki yang sedang menghalang pintu kelasnya.
“Aik, Na? Kau tak gembira ke tengok muka aku selepas beberapa bulan kita terpisah ni?” Soal Adam sambil tersengih seperti kerang busuk.Mengusik. Itulah kerja dia pagi-pagi buta macam ni. Selalu datang awal, tapi macam tak ada ‘function’ sangat. Hana pun, sebenarnya dah boleh agak, yang awal-awal pagi macam ni, muka si Adam tu, memang tak kan lari dari pandangannya.


Bitter Sweet Tale (Prolog)



PROLOGUE

“ANAK PUAN, menghidap penyakit Kegagalan Jantung Kongestif” Ujar Doktor lelaki separuh umur itu.
“Penyakit apa tu doktor?” Soal wanita yang berumur lewat 20-an itu. Mata sudah berkaca. Sungguh, dia takut, apabila anaknya, tadi pengsan masa tengah main-main.