Tuesday 31 December 2013

Idolomantis Diabolica (BAB 27)



BAB 27

“KI...” Panggil Yah. Aki memandang Yah yang duduk di kerusi sebelah katilnya.
          “Apa dia?”  Soal Aki. Yah memandang Aki. Aki sekarang ditempatkan di hospital Putrajaya. Yah dah boleh keluar hospital dulu, sebab dia bukannya cedera parah sangat. Aki lagi teruklah, cederanya sebab dia yang teruk bergelut dengan Skull minggu lepas. Lengannya dikenakan beberapa jahitan, sama juga, mulut dan dahinya.

Pertengahan yang tak logik.

Yeap! I'm aware of that...hehe...sebelum terlupa..

Assalammualaikum W.B.K

Yea, aku tau yang bab 25-26 tu tetibe macam tak logik pulak. Mase aku tengah tulis tu, memang aku rase lain sangat, tapi, aku teruskan jugak sebab nak habiskan watak Ana. Really, I should'nt have include her dalam ini gambar!Yeap, I'm a dork. sebab aku tak nak buat watak Ana tu macam tergantung, maka terhasil lah insiden yang cliche' dalam novel..and Yeah...I rush things up...Sebab tulah, entah kenapa Aki jadi macam Superman, siap boleh kalahkan semua orang kat gudang tu. By the way, bilangan konco-konco tu ade 4 orang sahaja. I'm sorry for being so immature...I promise to not rush things up lagi. Rasa macam potong selera orang nak bace je. So Sorry! Gomenasai! Mianata! Well...we learned from mistake, to make a better work in the future...hehe..Bab lepas ni, aku try to maintain the flow of the story...Harap, korang sudilah baca lagi ye! Bab 27, will coming right up!

Peace Out for now

Monday 30 December 2013

Idolomantis Diabolica (BAB 26)



BAB 26

“KAWAN BAIK?” Ujar Ana, sambil memeluk tubuh, lantas dia tersenyum sinis. Ateya sedang duduk, berlinangan air mata. Tangan masih lagi di ikat.
              “Kawan Baik? Kawan baik tak akan memusnahkan kebahagiaan kawan baik dia. Kau jangan buat aku ketawa, Teya.” Tutur Ana, sinis.
            

Sunday 29 December 2013

How Ex-Preacher Came to Islam (Yusof Estes)

Nie, Video yang Aki tengok, masa bab 25 tu...benda baik, tak salah, kita nak kongsi...Tengoklah, it was such a beautiful story, how ALLAH give guidance to an Ex-Preacher and now, Yusof Estes dah jadi Pendakwah...I have tears in my eyes, when I watched this...:)


Idolomantis Diabolica (BAB 25)

BAB 25

...WHAT did they do, tell us what did they do in there? Do they like killing some animals or like, what did they do. Then he said, no...they’re just standing there like this, then they prayed, then they leave...  Suara Yusof Estes berkumandang di telinga. Zarif yang suruh tengok.  Mata Aki fokus pada skrin di Laptop. Kadang-kadang tersenyum, sebab Yusof Estes ni, boleh tahan kelakarnya. Jam, sudah masuk pukul 10 malam, lepas habis tengok ‘How ex-Preacher came to Islam’ di youtube, dia baliklah rumah. Kerja kat firma pun tak banyak sangat, sekarang ni.

Idolomantis Diabolica will be back on..

Assalammualaikum W.B.K,

So, I decided to teruskan menulis Idolomantis Diabolica, because..ade orang yang nak tahu, pengakhiran cerita tu, I thank you so much for supporting me...To those people...You know, who you are..:)
Thank you so much...Aku buat keputusan nak teruskan cerita Idolomantis Diabolica dalam blog je, untuk hantar manuskrip, aku akan hantar cerita yang lain..So, enjoy the last bit of Idolomantis Diabolica okey, korang? Terima kasih, for all the response that i received...

So, for now...Peace out deary!  
TYSVM


Thursday 26 December 2013

Same, same, same everything! (Idolomantis Diabolica)

Assalammualaikum W.B.K

Haa...aku bru tau, yg, KakiNovel ade satu novel yang genre, jalan cerita, sebijik macam aku punye (Idolomantis Diabolica)!! Sumpah, aku tak ciplak! Ni sumer hasil kerja, dan fikiran aku sendiri...and...I supposed, kalo orang dah bace novel tu, mesti diorang ingat, aku ikut cerita tu. Tapi, tak sebenarnya, aku baru tahu, kewujudan cerita tu, and really, i have Idolomantis Diabolica story in my mind, for heck of a long time...Wuaahhhh..,nak nangis rasernye, bende dah separuh jalan kot...Patut ke, aku hentikan cerita Idolomantis Diabolica dan fokus pada cerita lain? Wuahhh!! If, korang raser, aku patut hentikan, please inform, kt FB aku, or just komen jer kat bawah ni....kalau korang nak aku sambung cerita Idolomantis Diabolica tu pown, same ade inform aku kt FB ataupun, komen kat bawah ni...Kalau dalam masa terdekat, aku tak dapat apa-apa respond aku akan hentikan Idolomantis Diabolica. Sadly, that's the best decision i have to make...Aku tak nak, kena cop plagriatisme...Kalau masih ada lagi yang nak tahu, apa yang akan jadi kat Aki and Ateya, korang bagitau, and aku akan teruskan...Seriusly, I'm crying really bad in my heart...Aku memang tak tahu ade cerita yang jalan ceritanya sama dengan aku...wuaaahh..:'(




Idolomantis Diabolica (BAB 24)

BAB 24

TANGANNYA ligat mengacau mee goreng dalam kuali, buat sarapan nanti. Dia berasa lega sangat, yang masalah antara dia dan Aki dah selesai. Memang dia marah semalam, marah sangat, tetapi, selepas dah buat solat tahajud, menenangkan diri, barulah dia dapat berfikiran dengan lebih jauh. Dia yakin, Aki sedang berusaha sungguh-sungguh, dalam mengubah diri sendiri. Kalau tak, masakan dia boleh nampak Aki bersolat lepas tu, cuba baca Yasiin, walaupun, dia tidak berapa boleh baca. Orang yang sedang berusaha, untuk berubah, orang yang dah dapat Hidayah ALLAH, tak kan berpaling dengan mudah. Walaupun, dia tak tahu, macam mana, benda yang dia nampak semalam boleh jadi. Tapi, dia buat keputusan untuk, tidak mempedulikan, apa yang dia nampak dengan mata kasar, dan hanya percayakan Aki. Ye, itulah keputusan dia.

Idolomantis Diabolica (BAB 23)


BAB 23

DIA TERSENTAK dari lenanya. Dia mencapai jam loceng di tepi katil. Baru pukul 3 pagi. Kenapa, pula, tiba-tiba mata dia celik pagi-pagi buta ni? Dia bangun dari baringnya, dan melontarkan pandangannya, ke sisi. Tak ada orang? Dia bangun dari katil dan mula membuka pintu bilik...

Tuesday 24 December 2013

Idolomantis Diabolica (BAB 22)



BAB 22

“YA ALLAH YA TUHANKU...aku mohon pada-Mu, Kau telah dekatkan dan ingatkanku, pada-MU, ketika aku sesat dan lupa, aku bersyukur YA ALLAH. Ya ALLAH Ya Tuhanku, kau dekatkanlah pula, suamiku dengan-MU. Kau berikanlah petunjuk, untuk suamiku, agar dia kembali, menyembah-MU yang satu. Aku mohon, Ya ALLAH. Ingatkanlah dia, macam Kau ingatkan aku dahulu. Temukanlah dia dengan orang-orang yang baik, macam Kau temukan aku dengan Dayah dulu. Sesungguhnya, hanya pada-MU, aku mengadu, hanya pada-MU tempatku meminta Ya ALLAH. Amin ya Rabaal Alamin.” Ateya mengaminkan doanya, kemudian mengambil tasbih pula. Tangannya, ligat, meniti tasbih dan membaca selawat.
              Macam tu lah, rutin dia, setiap kali habis bersolat. Terutama selepas solat Isyak. Kadang-kadang, membaca Al-quran, bertasbih, tengoklah. Dia tidak pernah jemu, berdoa untuk Aki. Dia, menanti satu hari, yang Aki akan berubah dan boleh menjadi imam, untuk solatnya. Insya-ALLAH.

Monday 23 December 2013

REHATKAN DENDAM RASHIDAH...

Haaa...sorilah...citer lain tak habis. dah wujud pulak cerita baru. Tapi, ni sebenarnya, bukannya cerita baru sangat pun. cerita dah lama, baru nak post. Don't worry, aku still lagi masih buat cerita yang lain. Cuma Dendam Rashidah je, belum ada idea nak sambung lagi. Maaf sangat-sangat. Aku memang tak reti sangat nak buat cerita action. Belum ada idea lagi. Jadi, buat masa sekarang, aku stop buat cerita Dendam Rashidah. Kalau dah habis cerita Idolomantis Diabolica, barulah aku akan sambung cerita Dendam Rashidah. Maaf sangat-sangat. Sementara tunggu Dendam Rashidah, kembali, sila enjoy cerita yang baru tak baru ni, dan Idolomantis Diabolica. Jangan serik datang ea...:)

Bukan Fairytale (BAB 1)


BAB 1

JANUARI 2009
“BOLEH TEPI SIKIT TAK? Aku macam tak selera sangat, tengok muka kau” Marah Hana kepada sang lelaki yang sedang menghalang pintu kelasnya.
            “Aik, Na? Kau tak gembira ke tengok muka aku selepas beberapa bulan kita terpisah ni?” Soal Adam sambil tersengih seperti kerang busuk.Mengusik. Itulah kerja dia pagi-pagi buta macam ni. Selalu datang awal, tapi macam tak ada ‘function’ sangat. Hana pun, sebenarnya dah boleh agak, yang awal-awal pagi macam ni, muka si Adam tu, memang tak kan lari dari pandangannya.

Bukan Fairytale (Prologue)


PROLOGUE

“ANAK PUAN, menghidapi penyakit Kegagalan Jantung Kongestif” Ujar Doktor lelaki separuh umur itu.
            “Penyakit apa tu doktor?” Soal wanita yang berumur lewat 20-an itu. Mata sudah berkaca. Sungguh, dia takut, apabila anaknya, tadi pengsan masa tengah main-main. 

Idolomantis Diabolica (BAB 21)



BAB 21

“BILA LA, Kita ni nak mendapat cucu, ye tak?” Ateya yang terdengar kata-kata Umi, tersedak-sedak. Aki yang ada disebelahnya, menepuk-nepuk belakang Ateya perlahan. Mahu, tersembur air Milonya tadi. Nasib baik tak sempat nak tersembur. Adik yang memang ada kat situ dah tergelak. Ateya memandang Adik tajam. Kau gelakkan aku ye budak?

Saturday 21 December 2013

Idolomantis Diabolica (BAB 20)


BAB 20

AKI Menyangkutkan dagunya di atas meja kedai mamak, lantas mengeluh.
              “Kau kenapa?” Soal Zarif, sambil menyedut air teh limau ais. Zarif merupakan client dan kawannya yang rapat.
              I’m tired.” Jawab Aki ringkas.
          Is it sebab bestfriend merangkap bini kau tu?” Tebak Zarif. Masih lagi menyangkutkan dagu di meja, Aki mengangguk.


Cuba hantar...

Assalammualaikum W.B.K

Diam tak diam sebenarnya cerita Idolomantis Diabolica da sampai 133 m/s, kt dalam words..haha! AlhamduliLLAH..harap lepas ni, otak boleh ligat nak fikir apa yg jadi lepas ni...mesti korang pening kepala kenapa header aku tukar-tukar kan? Sebab header yg berlambak kat internet tu, sangatlah cantik-cantik dan kiutmiut. Jadi aku xtau nak pileh mne satu yang paling cantik. So ade kemungkinan yg aku akan tuka lagi lepas ni. Hehe...anyway, bab baru dah upadate bab lepas ni, on the way...harap terus menyokong aku, dan insyaALLAH...kalau siap je cerita ni, aku akn cuba hantar kat mane-mane penerbitan tapi (Target : JS). Tapi, aku tak boleh lagi nak menulis sebaik Hlovet dan Syud. Aku masih lagi bertatih-tatih. Jadi confidence level 4/10 haa...low gila kan? Tapi, Tak per...dengan izin ALLAH, mungkin akan ada rezeki aku nanti. Jadi, aku akan tawakal dan serah semuanya pada ALLAH. InsyaALLAH it'll work out somehow...

That's all for now...
so..Peace out peeps!
 
















WASSALAM...:P

Idolomantis Diabolica (Bab 19)


BAB 19

“KAU SURE KE NAK AKU IKUT?” Soal Ateya teragak-agak. Tangannya, duk melukis-lukis di kertas putih. Disebabkan, kerjanya di SAAS dah tak banyak, jadi dia mulai melukis semula. Kak Farah penerbit The Youth, dah bising, cakap, ada orang nak baca komik karya A-Yita. Aki hanya mengangguk.

Tuesday 17 December 2013

Idolomantis Diabolica (BAB 18)



BAB 18

MATA L tidak bergerak dari gadis di hadapannya ini. Macam tak percaye je, yang mereka berjumpa balik, selepas sebulan. Gementar, gembira, bersyukur bercampur baur. Hampir sebulan, makan hati, termenung jauh sendiri. Tidur pun tak lena, makan pun tak selera. Macam rasa pathetic sangat hidup dia, sebulan ni. Baru je sebulan, belum lagi bertahun. Jadi penyakit L ni dah memang tahap kritikal...dan sekarang penyebab utama dia jadi tak tentu arah ni, ada di depan.
“L?”
“Nun...”

Monday 16 December 2013

Hlovet, Syud dan Jemari seni

Assalammualaikum W.B.K

Today, no update yet, tapi aku cume nak cakap pasal novel-novel yang memberi inspirasi kepada aku untuk menulis. Aku memang suka menulis, tapi tak adalah terfikir sampai nak publish kat blog ke apa, tapi disebabkan penulis-penulis ni, aku terus buat keputusan nak cuba, and AlhamduliLLAH, ade jugak orang yang sanggup luang masa nak bace blog aku, kepada orang-orang tu, aku berterima kasih sangat! 

Sunday 15 December 2013

Idolomantis Diabolica (BAB 17)



BAB 17
26 Februari 2013
MEMANG PERUT dah menari-nari siap buat break dance dah dalam ni, nak makan. Memang lapar sangat. Kerja untuk animasi Puteri Gunung Ledang tu, lagi sikit je lagi nak selesai. Lama juga, ambil masa nak siapkan. Setahun, lebih jugaklah. Yelah, dengan nak buat, pergerakkan, nak check timing mulut lagi...lepas tu, nak tengok, sama ada, jadi ke tak. Kalau malam ni, buat kerja all nighter dah siap dah tu. SAAS, akan pastikan, cerita animasi Puteri Gunung Ledang kali ni, akan sama taraf dengan animasi-animasi, Studio Ghibli, Disney, Les Copaque dan lain-lain animation studio. Itulah cita-cita Dayah, Ateya dan semua kakitangan yang berkerja kuat untuk projek ni. Walaupun, kebanyakkannya, guna duit dari poket sendiri, tapi mungkin projek kali ni, akan menjadi a stepping stones, untuk SAAS pergi lebih jauh. Ramai yang tak tahu, tapi SAAS, ada jugaklah menyumbang sedikit untuk cerita animasi-animasi, dalam dan luar negara, dan dari situlah, dapat mengumpul duit dan memulakan, projek keluaran SAAS sendiri.

Friday 13 December 2013

Idolomantis Dibolica (BAB 16)



BAB 16

27 Januari 2013
SEBAIK SAHAJA L masuk ke dalam wad. Dia ternampak Nun sedang mengemaskan Neneknya, punya katil. Arwah...neneknya, punya katil sebenarnya. Nek Mah, baru sahaja meninggal dunia semalam pagi. Jenazahnya, telah pun selamat dikebumikan. Macam mana keadaan Nun, sekarang ni? Dia nampak lesu, pucat dan lemah. Muka bengkak, sebab menangis tak henti-henti agaknya. Setelah, selesai mengemaskan barang-barang arwah Nek Mah, Nun keluar dari bilik hospital. Macam biasa, L menjalankan tugasnya dulu, kemudian keluar mencari Nun. Harap, di ada lagi kat sini.

Idolomantis Diabolica (BAB 15)


BAB 15
“KENAPA NUN tak pergi kuliah?” Soal Datin Anita, ibu Nun. Nun, pula memilih untuk tidak mempedulikan Datin Anita. Dia tetap mengemaskan kedudukan neneknya. Mujurlah nenek dia tidur.
            “Nun! Mummy cakap dengan Nun ni.” Datin Anita mula meninggikan suara, lantas memegang lengan Nun. Nun memandang ibunya tajam dan berdecit. Lalu dia keluar dari wad. Bawak Datin Anita jauh-jauh, supaya tidak mengejutkan neneknya.
            “Nun! Jangan kurang ajar dengan mummy! Mummy yang mengandung dan melahirkan Nun tau!” Datin Anita makin marah.
            “Macam yang mummy buat kat nenek sekarang ni ke?” Soal Nun, sarkastik. Bersambung terus, kening Datin Anita.
            “Apa Nun, cakap ni? Mummy, tak pernah kurang ajar dengan nenek tau!” Balas Datin Anita.

Asslammualaikum W.B.K

Haaa! What do you know? soon is sooner than i expected...Semua sebab, my Lovely papa, yang dah membetulkan komputer rumah (I heart you papa!) hehe...sebenarnya, mula-mula aku ingat aku dah tak boleh sambung, kalau boleh pun, kena tunggu minggu depan adik aku balik (pinjam bateri dia). Lepas tu, dah lah komputer rumah rosak, sebab my bros...haha...Lepas tu, bapa aku punyelah betul, betulkan komputer ni, sampailah betul, tu yang terus sambung tu. Idolomantis Diabolica Bab 14 dan mungkin seterusnya, adalah kisah cinta L, adik Ateya. Harap, korang suke okey! :) Bab idolomantis diabolica yang baru akan di update tak lama je lagi! So...tunggu ea..:)

so, Peace out for now peeps!



  

Idolomantis Diabolica (BAB 14)

BAB 14


“AKU PERGI dulu tau, Assalammualaikum…” Dari luar rumah dengar suara Ateya memberi salam. Beberapa minit kemudian, pintu rumah di buka, dan Ateya keluar dari rumah dan menuju ke kereta Myvi setelah menekan kunci kereta, Ateya masuk ke perut kereta. Sebaik sahaja dia duduk di tempat memandu, dia diam dan hanya merenung stereng kereta. Tiba-tiba sahaja, wajahnya merona merah. Sumpah semalam, dia tak boleh tidur!
            Goodness Ateya! What the heck are you doing yesterday?” Teriaknya dalam kereta, sambil itu jugak dia menyembamkan mukanya ke stereng kereta, dan siap hantukkan kepala, beberapa kali lagi. Tapi, Aki pun pelik semalam. Sumpah, dia terkejut, bila Aki tiba-tiba tolak dia atas katil semalam, dan cuba nak serang dia. What the heck is he thinking?! Kau tak cintakan aku lah bodoh! Kenapa kau serang aku? Semalam tu, Ateya nampak je tenang padahal dalam hati dah start berlumba-lumba macam ikan paus berlumba-lumba dengan ikan dolfin dah. Memang macam tu lah heart condition dia semalam, lepas tu, ada rasa macam gunung berapi meletup, terutama bila tengok, muka serius Aki, betul-betul kat atas dia. Oh, gosh! Ateya kemudian menutup mukanya dengan dua belah tangan, nak tahan malu. Padahal tak ada siapa pun kat situ.. Aki memang bodoh! Tapi, dia pun bodoh juga. Why is she do ‘that’ to him? Alaa, saja nak bagi motivation supaya Aki, mula bersolat kan? Jawab, suara hatinya, cuba menenangkan diri. Ateya, kau cuma nak bagi motivation. Ya, motivationnot that you are turning into some kind of pervert or somethingyeah, motivation. Tapi, bila Aki pegang dia semalam, baru dia tahu, yang Aki ni, is stronger than he look, dan muka serius dia semalam, betul-betul, bagi elektrik shock kat hati dia. Ya ALLAH Ya Tuhanku, Ateya…sudah-sudahlah! You are really turning into some kind of pervert monster! nauzubiLLAH Ya ALLAH, mintak jauh! Sedang dia bermain dengan perasaan sendiri, tiba-tiba tingkap keretanya diketuk.

Tuesday 10 December 2013

Update tertangguh...

Haaaah!!! Td, tgh-tgh menulis, tetibe bateri tak bleh charge...lpstu bukaklah charger tgk....tgk-tgk, die da jdi camnie..













Monday 9 December 2013

Idolomantis Dibolica (BAB 13)


BAB 13

Januari 2013

“MATAMU dan senyumanmu,tidak dapat ku rungkaikan maknanya,
Berikanlah aku sebahagian dari deritamu, supaya aku boleh memahamimu
Berikanlah aku deritamu, agar bebanmu dapat ku ringankan

Walaupun sekali, tolonglah berikanku senyuman dari hatimu
Walaupun sekali, pandanglah ku dengan mata hatimu
Percayalah padaku, hanya itu sahaja yang aku minta

Tidak pernah pun sekali dalam doaku, Aku melupakanmu
Berikanku senyuman tulusmu,
Pandangku dengan mata hati mu.
Percaya padaku, berharaplah padaku
Ku kan selalu ada untukmu..

Inginku fahami isi hatimu,
Berikan ku peluang untuk mendekatimu,
Percaya padaku, berharaplah padaku,
Ku kan selalu ada untuk mu,
Ku kan selalu ada...”

Idolomantis Diabolica (BAB 12)

BAB 12


“TANDATANGAN NI...” Arah Aki, sambil menunjukkan kertas yang nampaknya seperti surat perjanjian. Memanglah Yah, nampak cantik masa majlis resepsi dan majlis persandingan tu, tapi it doesn’t change the fact that Aki doesn’t love Yah. Sebenarnya. Dia sempat siapkan surat perjanjian ni, sehari sebelum akad nikah. Bukan main beria dia buat surat tu, siap pakai komputer bagai.
              Majlis perkahwinan mereka, sudah pun selesai. Majlis hanya berlangsung 2 hari sahaja. Majlis resepsi lelaki dan perempuan dilangsungkan sekali di Sime Darby Convention Centre. Walaupun hanya dua hari, majlis dilangsungkan, tetapi, majlis resepsi mereka di Sime Darby, sangat besar-besaran. Banyak juga bertukar-tukar baju. Maklumlah anak pertama di jinjang pelamin, bagi kedua-dua buah keluarga. Kemudian, hari ni, mereka baru selesai melangsungkan majlis di Johor Bahru, di Kulai. Rumah nenek dan atuk Ateya. Bagi belah Aki pulak, banyak yang duduk di bandar sekarang, terutama sejak kematian atuk dan nenek Aki. Oleh itu, tidak perlu majlis perkahwinan di kampung belah lelaki...dan sekarang, disinilah mereka. Dalam bilik, di rumah nenek dan atuk. Pada malam pengantin. Duduk berhadapan antara satu sama, bertemankan surat, yang Ateya pun tak tahulah surat apa tu. Siap bertaip dengan komputer, dah macam ‘proposal’ dah. Matanya beralih dari wajah Aki ke kandungan surat itu.
              “Herm...what’s this? Let see...” Ateya sibuk membaca kandungan surat itu.
              “Oh...kontrak perkahwinan?” Soal Ateya malas-malas. Aki sudah mengangguk-angguk, bangga dengan kerja yang dihabiskan satu malam untuk disiapkan. Tersenyum-senyum.
              Rules...Nombor 1, dibenarkan untuk keluar date dengan orang lain, barang aki, barang Aki. Barang Yah, barang Yah. Bukan suami isteri, tapi kawan sebilik...” Yah terus membaca isi kandungan surat itu sampai habis, dan Aki pulak tekun mendengar. Pasal date tu, well, Aki did say ‘During the wedding preparation’. Sekarang, majlis perkahwinan pun dah tamat, bagi kedua-dua tempat. Jadi boleh lah dia keluar bertemu janji semula.
              “Lepas 3 bulan, ber...” Ateya tidak mengahabiskan ayat itu, tetapi disambung oleh Aki.
              “Berce...” Belum sempat Aki menghabiskan ayat, Ateya menyumbat mulut Aki dengan stokinnya yang baru dipakai, semasa majlis tadi. Aki cepat-cepat meludahkan kembali stokin Ateya, lalu memandangnya tajam.
              “Oi! Kau baru je pakai stokin ni, tadi kan?” Aki, meludah-ludah lagi, kalau-kalau rasa stokin itu, masih lagi tinggal dalam mulutnya. Tak puas lagi, dia mengesat pulak lidahnya dengan sapu tangan. Ateya sudah tertahan gelak.
              Not good Yah, not good!” Marah Aki.
              You started it!” Mata Ateya beralih kembali kepada surat perjanjian yang, nampaknya disediakan bersungguh-sungguh oleh Aki. Siap ada ‘table’ warna warni lagi, pada bahagian agihan tugas, yang perlu di buat dirumah.
              Anyway, what is this crap?” Ateya kemudian mengoyakkan surat perjanjian itu dengan selamba, sampai jadi cebisan kecil, lalu membuang kertas itu di luar tingkap, dan cebisan-cebisan kertas itu di terbangkan ke merata tempat oleh angin yang bertiup kencang diluar rumah kampung itu. Sekelip mata je kerja yang dibuat selama satu malam tak tidur, tidur, hilang macam tu je...
              No. No. No! Yah!” Marah Aki lagi, sambil, pandangannya menghantar layaran cebisan-cebisan kertas yang sekarang ni, dah hancur, kena hujan pulak. Boleh pulak time-time ni nak hujan. This is torture! Oh god!. Yah sudah menekup mulut, menahan tawa.
              Sorry...Anyway...Kalau kau bagi lagi benda-benda yang entah-apa-apa macam tu lagi, jangan haraplah aku nak sign...sebab aku dah janji. Jadi, walau apa pun jadi...I’ll stick with you, and i’ll never divorce you...so, good luck lah, hidup terseksa dengan aku...” Ateya tersenyum nakal. Lantas bangun dari kerusi, sebelum meninggalkan Aki, Ateya menghadiahkan satu kucupan di kepala Aki, dan menepuk-nepuk bahunya. Lantas, dia keluar dari bilik.
              “Yah!” Aki terpinga-pinga. Dari luar dia mendengar Aki mendengus geram. Ateya kemudian memejamkan matanya dan menggenggam tangannya, kuat-kuat, mengumpulkan kekuatan. Macam manalah, lepas ni,nak hidup dengan that thing(Aki), yang langsung tak ada rasa cinta padanya walaupun that thing, is her own  husband.
              “Ya ALLAH. Kau dah pun menemukan aku dengan jodohku, lepas ni, Ya ALLAH, aku mohon padaMU, berikan aku kekuatan untuk menjalani hidup bersama dia, dengan tenang.” Doa Ateya, tanpa orang lain sedar, lantas dia ke dapur menolong mengemas apa-apa yang patut.


MEMANG TAK SELESA tidur kat sebelah orang ni. Nak-nak lagi Katilnya macam kecik, dan disebelahnya adalah seorang perempuan. Walaupun, perempuan tu dia dah kenal lama. Tapi situasi macam ni, memang sangat peliklah!
              Aki mengalihkan badannya, dan secara kebetulan, Yah pun mengalihkan badannya, dan sekarang ini, Yah, memang betul-betul rapat dengan dia. Berdepan pulak tu. Matanya terbeliak. Bau syampu rambut Yah pun dia dapat hidu. Aki hendak mengelak ke arah lain, tetapi wajah Yah, semasa Akad Nikah tempoh hari, tiba-tiba menyinggah di benaknya. Cantiknya Yah, masa tu. Wajah tidur Yah. Dah lama dia tak nampak. Masih lagi, nampak macam budak-budak bila tidur. Lama dia memerhatikan Yah. Tiba-tiba Yah macam bergerak dan dalam sekelip mata, tangan Yah, memaut erat tubuh Aki. Masa tu lah, dia rasa macam patung sangat. Tak tahu nak buat apa. Nak di alihkan tangan Yah tu, kesian pulak. Nanti terjaga dia. Nak terus macam ni, sampai besok ke? Lama jugaklah Aki terpaku, dan mengeras semacam je. Tabiat tidur Yah, masih lagi macam dulu. Yah, bila tidur, mesti kena peluk sesuatu, tak kiralah, bantal peluk ke, patung ke. Benda-benda yang boleh dipeluklah, kalau tak, dia tak lena. Rambut Yah, masih lagi cantik, macam dulu walaupun kebanyakkan masa dia bertudung. Apabila terfikirkan semua tu, Aki tersenyum, lantas tangannya, ringan sahaja mengusap-usap rambut Yah. Masa tu jugak lah, Yah nak bergerak. Terkejut, Aki berhenti mengusap rambut Yah dan cuba memjamkan matanya, dan lama-lama tidur jugak dia.


“TAK GUNA PUNYA PEREMPUAN!” Teriak gadis itu kemudian gambar perkahwinan yang dihantar oleh kawannya tadi, cucuk-cucuk dengan gunting, sampai berbekas meja soleknya. Kenapa, perempuan tak guna tu, boleh nampak bahagia, selepas apa yang dia dah buat?  
              “Aku tak kan maafkan kau! Kau dah merampas kebahagiaan aku. Aku akan balas dendam. Kau tunggu dan lihat je lah...” Suasana sunyi, malam di bilik kondominium itu di pecahkan dengan tawa jahat gadis itu...

Idolomantis Diabolica (BAB 11)



BAB 11
I RASA I NAK tamatkan hubungan kita” Ujar Aki tenang. Ana terperanjat, belum sempat Ana hendak bersuara, waiter datang meletakkan pesanan makanan mereka berdua.
              What?” Soal Ana, selepas waiter tu meninggalkan meja mereka. Suaranya, separuh meninggi.
              Yeah...I’m sorry...” Tutur Aki serbasalah. Dari mula Yah suruh tinggalkan Ana, dia tak buat, sebab, yelah...siapa nak lepaskan perempuan manja dan cantik macam Ana ni. Tapi, bila mengenangkan bertapa marahnya Yah, tempoh hari di One utama tu. Terus dia rasa serbasalah. Baru dia keluar dengan Alice Yah dah marah sampai macam tu sekali, inikan pulak bila dapat tahu yang dia mempermainkan kawan baik Yah ni. Mahunya, lumpuh seluruh badan. Penangan dari beg tangan Yah, tu rasa lagi tau sampai sekarang. Badannya masih sengal-sengal lagi. Masuk yang ni, ni dah kali kedua dia kena pukul dengan beg Yah. Dengan itu, dia membuat kesimpulan yang beg Yah tu, adalah senjata merbahaya, that, and...dia rasa serbasalah untuk teruskan hubungannya dengan perempuan lain. Well, at least during this wedding preparation lah...Memang tidak dinafikan, memang Yah yang banyak bertungkus lumus untuk perkahwinan ni, jadi dia kenalah bertimbang rasa...After all, they’re friends, before future bride and groom.   
              Why? You tau tak I sabar je selama ni tau bila you dengan perempuan lain...sebab I ingat, i hold that special place in your heart. Rupanya, tahap I sama je dengan perempuan-perempuan yang you bawak ke hulur ke hilir tu kan?!” Marah Ana.
              “Yah cakap...”
              What? So, this is all her doing? Dia bagitau you ke, pasal masa silam I? So, bila dah dengar pasal tu,  you rasa I ni, murah...macam tu? Sebab tu senang-senang je you nak buang I ?!” Belum sempat Aki hendak menerangkan hal sebenar, Ana potong. Suara Ana dah makin meninggi.
              “Huh? Masa silam? You cakap pasal apa ni?” Soal Aki keliru.
              You know what? Save it!” Ana semakin marah. Aki pulak keliru. Masa silam? Rasanya Yah tak pernah cakap apa-apa.
              Fine! You want a break up? You got your break up...but, jangan menyesal dengan keputusan you!” Marah Ana, lantas ‘ice lemon tea’ di simbah ke muka Aki. Well...Aki deserve it. Memang padanlah muka dia. Kemudian Ana, meluru keluar dari restoran makanan barat tu dengan muka yang bungkam. Aki pulak yang duduk diam di situ. Walaupun, dia kena simbah dengan air teh lemon, dia berasa agak legalah. Kurang satu perasaan serbasalahnya kepada Yah.


PINTU BILIK diketuk, beberapa kali.
              “Masuk...” Suara Ateya dari dalam mempelawa masuk. Mungkin adik atau umi nak pinjam sesuatu kot.
              “Boleh ke aku masuk?” Berderau darahnya mendengar suara yang macam ‘familiar’ tu. Perkara pertama yang dia periksa adalah kepalanya! Tak ada tudung...Alamak!
              “Aku masuk ye...” Sebaik sahaja dia terdengar tombol pintu di pusing, cepat-cepat dia menutup pintu, sebelum Aki masuk. Sudahnya, kuat bunyi pintu itu dihempas. Bila dah pasti yang pintu itu dah ditutup rapat, terus dia mengunci pintu biliknya. Huu! Nasib baik Aki tak nampak. Belum sah jadi isteri lagi, mana boleh Aki nampak rambut dia.
              “Oi! Mana boleh masuk bilik anak dara macam tu je!” Marah Ateya.
              “Lah...dah kau suruh masuk, aku pun bukalah pintu.” Kedengaran suara Aki dari luar.
              “Kau ni, kadang-kadang macam orang bodoh jugak tau. Kau ingat kita macam dulu-dulu lagi ke, senang-senang je keluar masuk bilik masing-masing.” Marah Ateya. Kedengaran suara Aki tergelak kecil.
              “Kau tau, orang perempuan, beratur tau tak, nak aku masuk bilik dia orang.” Seloroh Aki.
              “Yeah? Well dia orang pun bodoh macam kau. Dia orang ada masalah mata dan mental, sebab tak nampak bertapa buayanya kau ni.” Sekali lagi, Ateya memerli dan sekali lagi Aki tergelak kecil.
              “Kau nak apa, mengacau ketenteraman aku ni?” Soal Ateya.
              I just want to say, I’m sorry for being such a jerk, Kau marah lagi ke?” Ujar Aki dari depan pintu bilik Yah. Penat berdiri dia duduk, bersandar pada pintu bilik Yah.
              Depends...” Pendek je Yah balas dari sebalik pintu. Sebenarnya, dia tahu yang Yah, sebenarnya dah tak marah lagi. Sebab, kalau Yah, betul-betul marah Yah tidak akan bercakap apa-apa. Dia akan diam je. Tu lah, yang dia suka tentang Yah. Yah bila marah tak lama, Yah bukan jenis yang simpan dalam hati. Sejak, dari dulu lagi.
              I’m sorry okay...I’ll do better next time...” Ucap Aki, ikhlas daripada luar. Dari dalam bilik, Ateya yang berasa lenguh kaki, pun duduk bersandar di pintu biliknya. Kalau tak ada pintu bilik ni, Ateya dan Aki akan kelihatan macam duduk membelakangi satu sama lain.
              “Aku bukan marah sebab apa...aku marah sebab kau tipu aku. Lagi satu...Remember...we are friends, way before we’re future Bride and groom...dan seorang kawan tak akan melayan kawannya, macam tu. It makes me feel that I’m nobody to you. Pada aku, you are not nobody, eventhough i don’t see you as a lover...but i do see you as my friend. My bestfriend.” Tutur Ateya lembut. Ateya kemudian memeluk kedua-dua lututnya.
              “Aku tau. Maafkan aku. Aku tak patut buat kau macam tu. We’re friends. And friends got each other back.” Suara Aki kedengaran jauh dari dalam bilik ni. Ateya kemudian tersenyum kecil.
              “Tak apalah asal, kau sedar.” Jawab Ateya.
              Yeah. You know...she’s the reason, kenapa aku jadi macam ni.” Ujar Aki tiba-tiba.
              “Siapa? Minah Aussie tu?” Soal Ateya, berminat.
              “Yeah...Alice.” Dari luar bilik Aki pun sudah mula memeluk lutut. Rasanya, sudah tiba masa dia bercerita, apa yang jadi kat dia masa kat Australia dulu.
              “Masa, mula- mula aku datang Australia, aku rasa out of place sangat, terutama dekat high school. Yelah sekolah kat sini and kat sana kan, lain...and then...she came to me, that beautiful, blond hair girl. I thought I’ve seen a real life Angel...” Aki membuka cerita.
              Real life...? Dude, are you serius? Aku tak tau pulak kau have hots for blond girl. And blond girl yang macam tu pulak tu” Seloroh Yah dari dalam bilik, lantas tergelak kecil.
              Hey, give me a break...I was still a growing boy. Lelaki mana yang tak terpikat kat hot blond hair girl?” Tutur Aki. Terdengar suara Yah tergelak.
              Fine...sambung cerita...” Ujar Ateya.
          “So, one day, i decided to ask her to go out with me...Dia terkejut, but turns out we have a mutual feelings. Dia cakap, dia memang suka tengok aku sebab...She said I was kinda cute?  So we go out for awhile...Lepas tu...”
              “Lepas tu, apa jadi?” Soal Yah, tak sabar.
              “Lepas beberapa bulan kita orang dating...dia tiba-tiba mintak putus...”
              “Kenapa pulak?”
              “Dia kata, i’m too nice, dan membosankan, then she left me...”
             “Ohh...you poor thing...pfft...” Nampak tak, tak ikhlasnya Yah kesian kat Aki, siap boleh nak ketawa lagi tu.
              “Hey! I was really in love tau masa tu. Kau boleh pulak ketawa” Marah Aki.
              Alright. Alright, I’m sorry...Then, what happen?”
              “Jadi, aku buat keputusan to be the bad guy, so that i won’t be hurt again. So here I am, a bad and a stupid guy. Dari situlah titik perubahan aku.”
              Dari dalam bilik, Ateya terangguk-angguk. Oh macam tu rupanya. He must really love her, tu yang sanggup tipu-tipu tu.
              Yeah, you’re really an idiot Aki” Ujar Ateya lantas ketawa. Lama juga mereka berborak. Ateya dan Aki ni, memang pelik. Kalau dah gaduh, gaduh betul, tapi kalau dah baik, baik sangat.


“MACAM MANA? Okey tak?” Soal Ateya bimbang. Dia rasa berdebar sangat, ni lah kali pertama dalam hidup dia rasa debaran yang tak nak berhenti.                                                  
              “Ateya! Kau cantik sangat!” Ujar Jannah yang tengah sarat mengandung tu. Ye, hari ni lah hari yang akan menjadi catatan kenangan sepanjang kehidupannya. Kejap lagi dia akan melangkah ke dunia baru bersama Aki. Majlis akad nikah akan dibuat di masjid Putrajaya. Untuk majlis nikah, Ateya hanya memakai baju kurung putih dan selendang putih. Adalah, manik-manik sikit kat baju tu, tapi Ateya, mama dan umi sudah sepakat, untuk majlis akad, tak payah pakai beria sangat. Simple macam ni pun nampak sweet je.
              “Ateya, cantiknya kau!” Puji Dayah pulak. Ateya kemudian tiba-tiba menggenggam tangan kedua-dua orang sahabatnya. Time macam ni  lah dia bersyukur ada kawan yang macam dia orang ni. Sayangnya, Ana tak ada. Yelah, who in a sane mind, sanggup pergi majlis kahwin bekas teman lelaki bersama kawan baik. Sebenarnya, Ateya ada rasa serbasalah juga pasal tu. Tapi, semua ni dah tak boleh di ‘undo’ balik. Dia rasa macam dia ni, perampas pulak.
              “Aku takutlah...” Ujar Ateya, perlahan.
              “Apa nak takut, bukannya kau kena terjun gaung pun...” Nasihat Dayah.
              With Aki, i do feel like aku macam terjun gaung.” Seloroh Ateya dengan muka gementar.
              Well, you were right on that...tapi semua akan okey, trust me honey! Dah jom gerak.” Pelawa Jannah.
              “Along, jom...bahagian lelaki dah sampai dah masjid tu.” Tiba-tiba umi masuk bilik, mengajak Ateya untuk gerak ke masjid putrajaya.
              Sesampai sahaja, Ateya di masjid, Aki sudah bersedia dengan baju melayu putih. Tidak lama kemudian, majlis akad dimulakan. Banyak kali jugalah, Aki kena melafazkan akad. Kesian pun ada juga dia tengok, Aki yang tengah gementar tu. Akhirnya dengan 3 kali lafaz, Ateya sudah sah menjadi isteri Aki.
              Kemudian, lepas Maghrib, majlis resepsi mereka di Sime Darby Convention Centre berlangsung. Memang tidak dinafikan Yah, nampak cantik sangat hari ni. Sepanjang majlis resepsi, Mata Aki, tidak lepas dari merenung wajah Yah yang di calit solekan yang ringan. Kemudian, baju jubah unggu tu, sesuai sangat dengan Yah. Lepas tu, masa akad nikah tadi, sumpah memang Yah nampak sweet sangat. Masa tu lah first time ever dia rasa yang gadis pakai tudung, boleh jadi cantik. Yah memakai jubah unggu, dengan tudung bawal berwarna unggu juga, di hiasi dengan mahkota bermotifkan lingkaran bunga dan ditambah dengan selendang jarang warna putih.
              “Apsal kau pandang aku. Panas tau tak muka aku ni dengan pandangan kau tu.” Ujar Yah perlahan, cukup hanya dia dan Aki sahaja yang dengar. Then again, cuma rupa dia je makin cantik, perangai still sama lagi.
              “Aku ada mata, suka hati akulah nak pandang mana.” Balas Aki, pun perlahan juga. Mereka sekarang ni, sedang makan adap-adap, dah nama pun makan adap-adap, jadi kena control betul makan ni. Tak boleh makan macam selalu. Nak kena makan perlahan-lahan, biar nanti tak malu. Ateya rasa macam akward gila kena makan depan semua orang ni. Tak feel. Jangan nanti, dok nak kontrol, nanti tiba-tiba ayam terbang pulak. Aih! Mintak jauhlah. Majlis mereka tamat pada pukul 10 malam tu. Door gift yang disediakan, merupakan sekotak coklat dan bunga telur. Dah lama dah, orang kahwin tak buat bunga telur. Majlis berlangsung dengan jaya. Lepas ni, majlis sanding kat rumah atuk dan nenek pulak. Penat tau, jadi Raja Sehari ni, nak kena ambik gambar, lepas tu, tadi je dah berapa kali tukar-tukar baju, Penat. Penat, tapi somehow rather, Ateya rasa it’s worth it...