Wednesday 9 July 2014

Sorry sebab dah lama menyepi

Assalammualaikum W.B,K,

Macam Tajuk di atas. Sori sangat sbb dah lama hilang, bukan tak ada, ada nie hah. Cume tak ada masa nak update apa-apa lagi. Nak buat cerpen pun tak ada masa. But...AlhamduliLLAH, manuskrip hampir nak siap. Bolehlah kalau nak kata dah 80% da siap. Sikit lagi. Pada yang tunggu kisah Aozora and banyak kali melawat blog ni, tapi habuk pun tarak. I'm really, really sorry. Buat masa sekarang, belum ada idea lagi nak sambung apa.  Sebab too tied up dgn manuskrip and kerja lagi. Aku dah dapat kerja permanent tau. Walaupun gaji cukup-cukup makan je, tapi aku bersyukur sangat. Atleast, i do something. But, unfortunately masa terhad untuk menulis. Just post ni, nak bagitau yang blog ni masih hidup. MASIH HIDUP! and I'm trying to finish the manuscript as soon as I can. Cuma tak tahulah, penerbit nak ker tak nak terbitkan. Manuskrip pertama pun, amik masa yang lama untuk siapkan. forgive me for being too stiff. Yep. Ada masalah dengan scene romantiklah. Nak buat macam mana, aku bukannya minah jiwang. Minah jiwang, maybe. Tapi jiwang sendiri jela. Nak tunjuk atau nak tulis jiwang tu, tak tau macam mana. Takut orang tak puas hati. Anyhow, honto gomenasai minasan. Once manuskrip dah siap, I'll be back with new ideas for Kisah Aozora. Ada apa-apa update, aku akan update kat FB aku. Adik aku suruh aku buat page untuk blog ni, tapi aku takut tak ada orang like. Agak-agak, patut tak aku buat page untuk blog nie? Kang kalo tak ada orang like, buat malu je. -,-' hehe. Anyhow, pada sesiapa yang masih lagi menyokong, little old me, aku bersyukur sangat. Thank you so much! but for now, I'm really sorry. Mungkin tu jela kot, aku merepek hari ni, toksah pepanjang. Ah ye...ade satu lagi. Agak-agak, kalau aku post sneak peek aku punye manuskrip, ada orang berminat tak nak baca?...aannd ooh!!

Selamat Berpuasa, and Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang Bakal mendatang ni.

Peace out deary!

Saturday 26 April 2014

Selamat Bertemu Kembali...!!!!

Assalammualaikum W.B.K.

Haaa...skema tak tajuk post kali nie??Haha...wahh lame da tak post kat sini!!! Rinduuuuu...Maafla, sebab dah lame abaikan blog nie..Tak abaikan sebenarnnye, cume mase terhad nak bukak blog nie...AI'm still alive, sihat walafiat...skrg, belum ade lg ide nk sambung Kisah Aozora..tapi, manuskrip da 55% siap...baru 55% j er..-.-' Maaf..maaf..Anyhow, sebagai halwa mate, ade sedikit cerpen yang aku tulis...skrng ni, hanye mampu buat cerpen je...hope korang enjoy cerpen baru, dan..I'm sorry, Kisah Aozora masih lagi tergantung. Lepas dah siap manuskrip, aku akan bagi lebih perhatian pada Kisah Aozora...So, for now...

Peace Out peeps!

Akdong Musician dah bwt debut dah!!! Yay! Yay! Sekarang tgh tnggu MV EXO...tp, buat mse ni, sebagai hlawa telinga, enjoy this...:)


Si Baju Kurung (Cerpen)


ALMARI BAJU dibuka pintunya. Di dalam Almari, penuh dengan baju-baju kurung yang bermacam warna. Matanya menumpu pada satu persatu baju kurung di dalam almari tu. Dia kemudian mengurut dagunya yang licin, berfikir mana satu harus di pakai. Hari ni, hari pertama berkerja. Setelah penat berfikir, akhirnya dia membuat keputusan untuk memakai baju kurung berwarna hitam, bercorak bunga ros putih. Sekarang ni, nak pilih tudung pulak. Tanpa berfikir panjang, dia mencapai selendang pashmina berwarna putih, yang terletak di dalam laci. Baju kurung dan Selendang, di letak atas katil, dan dia pun melangkah kaki menuju ke bilik air.

Sunday 30 March 2014

Perubahan..

Assalammualaikum W.B.K

Sje nak bgtau, ade sedikit perubahan pada Idolomantis Diabolica Bab 20...sikit jela...nak bace boleh, kalo malas nak baca pun tak apa. Sikit je, perubahan yang aku buat. Saje, nak connectkan citer ni, dgn citer Bukan Fairytale...hehe...:)

Saturday 29 March 2014

Kisah Aozora (BAB 6)


BAB 6

“ZIKREE, Ibu dapat call dari pengetua. Pengetua Zikree cakap, Zikree punya keputusan makin menurun? Zikree apa nak jadi ni? Zikree, Zikree kena dapat tempat pertama seluruh sekolah Zikree. Jangan malukan Ibu. Cuba tengok macam Kakak dan Abang Zikree tu, sekarang dah jadi Lawyer, jadi professor. Ni, Zikree ni nak jadi apa?” Bebel Puan Karmila sebaik sahaja melangkah masuk ke rumah dari tempat kerjanya. Mata Key hanya memaku pada televisyen, tidak mempedulikan bebelan ibunya.

Monday 17 March 2014

Putera dari Langit

*Note : Aku tak buat research pun mase buat cerpen ni. Jadi, sungguh aku tak tau, macam mana orang istana bercakap, macam mana kehidupan dioarang. Jadi aku main tulis jela. Jadi, tolong jangan kecam aku, kalo ade yg salah. Sorry in advance. Sebab aku buat cerpen ni, ialah sebab aku tiba-tiba rasa nak buat cerita orang istana pulak. (aku buat citer ni, mase keje. Hehe...) Tapi, i hope you guys enjoy reading! :) 

“ANAKNDA PASTI yang anaknda tidak mahu belajar di London? Ayahnda boleh hantar anaknda kesana.” Ujar Seri Paduka Idris kepada anaknya. Anaknya menggeleng.
            “Anaknda mahu habiskan diploma disini dahulu. Lepas itu, barulah anaknda ke sana.” Anaknya menjawab.
            “Mengapa perlu habiskan diploma di sini? Bila di sana nanti, terus anaknda dapat degree. Tidak kah rasa membuang masa?” Soal Seri Paduka. Anaknya menggeleng.
            “Anaknda tidak mahu menjadi seperti Kakanda. Tengok sahajalah apa yang jadi pada kakanda tu. Sudah tidak tahu nak membezakan baik buruk, halal haram. Dan Ayahnda dan bonda tidak boleh berbuat apa-apa untuk mengubahnya. Kerana hidupnya sudah terbiasa bebas tanpa batasan, dari kecil dia bersekolah disana.” Ujar anak itu, tegas. Seri Paduka Idris mengeluh.
            “Tetapi, sebagai anak muda berketurunan raja, tidak sepatutnya anaknda belajar di tempat yang biasa-biasa seperti itu.” Seri Paduka Idris cuba memujuk lagi.
            “Anaknda bukan mahu belajar sahaja, tetapi anaknda mahu belajar erti hidup, mencari pengalaman, bercampur dengan rakyat biasa, supaya anaknda tidak termaktub dengan protokol hidup sebagai anak raja. Anaknda, mahukan kawan-kawan anaknda yang berkawan dengan anaknda, untuk melihat anaknda sebagai anaknda, sendiri, bukan sebagai anak raja. Izinkanlah anaknda, ayahnda. Tidak lama pun, cuma beberapa tahun sahaja. Kemudian, anaknda akan pergi ke London, macam yang ayahnda mahu.” 



Sunday 16 February 2014

I'm still alive!!!

Assalammualaikum W.B.K

Hola korang. Da nak berhabuk dah tinggal blog ni. Aku sebenarnye, masih lagi aktif menulis, cume sekarang ni, sibuk nak siapkan manuskrip....Maaflah, sesiapa yang tunggu cerita Kisah Aozora tu(kalau ada yang tunggu), mungkin akan kelambatan sedikit untuk updatenye! Cakap pasal manuskrip...Sebenarnye, aku teringin sangat nak tulis cerita Keagamaan macam Hlovate tu. Serius! Dia punye isi keagamaan sangat superb! Ada orang yang tak suke cara dia bercerita kerana kekadang cerita yang dia tulis tu, agak lambat sedikit. Tapi, aku tak kisah pun. Aku suke...It's call art of literature! Belum pernah lagi Novel Melayu, mempunyai cara penceritaan yang macam Hlovate tu. Dan...yang paling aku suka sekali cara dia buat kita berfikir bila baca die punya Novel. Kekadang memang kita terfikir pun. Asyik novel cinta tanpa isi pun tak best jugak. Anyway, walau macam mana pun, tahap ilmu aku, belum sampai macam dia lagi. Aku masih lagi bertatih. Dan sekarang ni pun aku cuba untuk jadi orang yang lebih baik, orang yang tutup aurat dengan sempurna, Orang yang sayangkan Islam. Orang Yang sayangkan ALLAH dan RasuluLLAH...I'm not quite at Hlovate's level or even at Islamic level. But I'm trying to... dulu, aku ni jahat jugak. Tapi, biasalah manusia, lepas dah kena musibah yang teruk, baru nak sedar. Aku adalah salah seorang darinya. Lepas tu, aku buat keputusan nak berubah. Tapi, berubah perlukan masa, dan seriusly, Novel-novel Hlovate, banyak menyumbang dan membantu aku untuk berubah, di samping orang di sekeliling aku...In Sha ALLAH, satu hari aku dapat beri kesan dalam hidup seseorang macam Hlovate tu, doakan aku ea! Hehe..anyway, ni just a random post, nak tunjuk yang aku masih lagi ada, dan masih lagi aktif menulis, dan blog ni masih lagi hidup. Cuma aku akan sibuk sedikit, siapkan manuskrip...Selalu, aku ade buat cerpen, kalau dah lama tak post...tapi, buat mase sekarang...Can't think of any stories other than my under construction manuscript...Sorry about that...so for now...

Peace out darlings!

Sunday 2 February 2014

Kisah Aozora (BAB 5)

BAB 5

DARI DALAM KERETA, dia tempat duduk belakang. Ois merenung ke luar tingkap, sambil menongkat dagu, berfikir. Kadang-kadang mengeluh. Kata-kata Daddy nya tempoh hari, masih lagi segar terngiang-ngiang di telinganya. Dia sebenarnya baru balik dari tusyen. Daddy cakap, sebab dia tak masuk kelas sains, dia kena belajar tusyen subjek sains yang tak di ajar di kelas dia, barulah Daddy terima keputusan dia, yang tak nak masuk kelas sains

Kisah Aozora (Bab 4)


BAB 4

PADA SATU HARI, SATU MALAM, PADA TAHUN 2007

DIA MEMANDANG kosong ke arah tasik, buatan manusia tu. Dia melihat jam di pergelangan. Pukul 12.30. Keadaan tasik tu, memang sunyi, Tapi, kenapa ye dia tak rasa takut pun? Ke dia malas nak rasa takut, ke dia tak kisah kalau jadi apa-apa nanti? Either way, tetap tak ada orang kisah pun. Rambutnya beralun disapa angin malam. Air tasik yang sejuk, dan agak dalam dipandang. Agak-agak. Kalau aku masuk situ apa jadi eh? Tanpa sedar, dia bangun dari kerusi taman dan perlahan-lahan pergi ke arah tasik. Apa yang dia buat ni, sebenarnya? Dia pun tak tahu. 

Tuesday 28 January 2014

Kisah Aozora (BAB 3)


BAB 3
“ABANG YUKI!!! ABANG YUKI!!” Ujar beberapa gadis yang mengerumuninya. Yuki yang baru sahaja keluar dari kereta berkerut dahi. Tiap-tiap hari macam ni. Apasal yang dia orang nak gelabah sangat ? Aku ni bukannya artis ke pelakon yang terkenal ke, nak jerit-jerit panggil nama aku. Yuki mengeluh dengan suasana biasa yang dia terpaksa hadapi, setiap kali dia datang ke sekolah. Dia mengurut belakang leher, dan menyangkutkan beg sekolah yang di pegang tadi ke sebelah bahu. Baik. Masa untuk merempuh lautan manusia.


Friday 24 January 2014

Bermulanya E-Novel baru..

Assalammualaikum W.B.K

Kalo korang perasan, sebelum ni, ade cerita Bukan Fairytale...tapi, aku nak tulis cerita tu, jadi manuskrip, nak antar kt mane-mane penerbit. Ingat tak, yang aku cakap, ade due cerita yang aku nak pilih untuk antar kat penerbit? Ingat tak? Cerita Kisah Aozora adalah pilihan kedua tu. Jadi aku buat keputusan, nak jadikan Kisah Aozora, E-Novel, dan nak siapkan Bukan Fairytale, sebagai manuskrip. Sebab, sebenarnye, cerita Bukan Fairytale tu, lagi banyak drama nye...so, haraplah penerbit berselera sikit nak membacenya, and terus tergerak hati nak terbitkan..(Doakan aku ye) There's a little something, aku nak inform..Mungkin cerita Kisah Aozora, akan lambat updatenye, sebab aku nak tumpukan perhatian aku kat manuskrip Bukan Fairytale tu,n baru-baru nie jugak aku ade interview kerja.. so, this month...aku mungkin sibuk sikit... So, don't expect, update yang frequently daripada aku. Maaf ye! Tapi, for the mean time...Please enjoy, 3 bab pertama, Kisah Aozora...sampai sinilah jer kot aku mengarut berbagai...Thanx...and, nak bagitau, blog ni, da ade kat Search Engine...hehe..suke sgt...Mungkin, sebab ada banyak update, atau mungkin sebab ade ramai visitor..tapi, kalo nak suruh Abang Google cari blog ni, bolehlah tulis keywords...hehe...So, for now...

Peace out LOVE!



Kisah Aozora (BAB 2)


BAB 2

IMELDA berkerut muka, melihat kotak hadiah berbentuk hati,yang terletak elok, di dalam meja kayunya. Ni, siapa punya tak gentleman, bagi hadiah curi-curi ni. Imelda, mengambil kotak hadiah berbentuk Hati tu. Agak besar jugaklah kotak tu. Dia ternampak, kad kecil terlekat di atas kotak tu. Dia membukanya ‘Untuk Dania Imelda, from your secret admirer, A.M’. Siapalah pulak A.M ni. Dhia memandang sekilas ke arah Imelda yang sedang keliru, kemudian, dia menyambung membaca komik.
          

Kisah Aozora (BAB 1)


BAB 1
Januari 2008

“EH...EH...TENGOK tu, Abang Payan and the gang...” Ujar seorang budak perempuan, sambil berlari anak ke arah kawannya. Kemudian dari tingkap kelas, mereka memerhatikan ‘Abang Payan’ dan rakan-rakannya sedang bermain bola keranjang. Kelas mereka yang di tingkat dua menghadap betul-betul di kawasan lapang, tempat rekreasi pelajar-pelajar Sekolah Aisyah Al-Umairah.
           


Kisah Aozora (Prologue)



PROLOGUE 

Januari 2005

“AINUL MARDHIAH BT MOHAMAD IDRIS, panggil Dhia ....cita-cita, nak jadi lebih kaya dari Trump. Selain itu Software Engineering.” Dhia duduk kembali, di tempat duduknya. Rakan sekelas yang lain, ternganga. ‘lagi kaya dari trump??? Dia ni, gurau ke apa?’ pemikiran yang bermain di otak mereka semua. Tak siapa pun yang dapat mengagak reaksi Dhia. Langsung tiada riak bergurau, muka memang ‘straight’ habis. Arl yang duduk disebelahnya, terkebil-kebil memandangnya.
           

Wednesday 22 January 2014

Berakhirnya Idolomantis Diabolica...

Assalammualaikum W.B.K.

Haa!!! Akhirnya aku berjaya tamatkan Idolomantis Diabolica. Masa mula-mula buat blog ni, tak expect pun ada orang nak baca. Tapi lama kelamaan, visitor makin banyak dan makin ramai reader yang bagi komen, tak kisahlah kat Blog ke kat FB...tetapi, anda semualah yang buat saya semangat nak habiskan ID ni. Kalau tak, dah nak give up da...To those people...Thank You so much! and...Walaupun, ID ni banyak gila flaws...tapi, in the future aku akan cuba baiki, penulisan aku, and hasilkan cerita yang lebih okey. Tentang Dendam Rashidah. Harap maaflah siapa yang memang look forward nak bace cerita tu...sebab buat mase sekarang, sungguh aku tak ada idea nak sambung Dendam Rashidah tu. Hontoni, Gomenasai! Mianata! I'm sorry dan mintak maaf sangat-sangat. Cerita Dendam Rashidah tu, is on Hiatus right now. Otak aku cuma fikir idea untuk cerita lain je skarang ni. Untuk dendam rashidah tu, memang banyak benda aku nak kena baca lagi Lepas ni, kena tengok siri detektif banyak-banyak. Anyway! AlhamdulilLLAH sebab berjaya menghabiskan E-Novel pertama aku! AlhamduliLLAH banyak-banyak dan Terima kasih kepada reader...Sampai sini jela kot 'kemerepekkan' aku. Haha...Kepada readers, visitor jangan serik jenguk blog The Kawaii Storyteller ni ye...

So, for now...
Peace out peeps! :)


Idolomantis Diabolica (EPILOG)



 EPILOG

Some time later...
ATEYA SIBUK membasuh pinggan mangkuk, yang tinggalan dari memasak bubur tepung tadi. Ateya melihat ke arah meja makan, tempat dimana Hilal duduk, di high chair. lantas tersenyum. Kemudian dia kembali membasuh pinggan.
              “Hilal sayang, Hilal buat apa tu?” Soal Ateya, sambil tangannya ligat membasuh pinggan mangkuk. Hilal sekarang dah masuk umur 3 tahun. Dah boleh berjalan dah. Cakap pun, walaupun pelat, tapi boleh lah sikit-sikit. Walaupun kebanyakkan masanya, memang sepatah haram pun tak faham apa yang Hilal cuba cakap.
              “Ha?” Ujar Suara kecil Hilal. Hilal bermain-main dengan tinggalan tepung di atas meja. Ateya pulak sibuk di dapur.
              “Hai, sayang.” Suara Aki yang entah datang dari mana menegur Ateya. Aki lantas mengucup pipi Ateya.

Tuesday 21 January 2014

Idolomantis Diabolica (BAB 37)



BAB 37

SUARA GELAK, berkumandang di seluruh rumah. Dia kemudian, mengambil coklat maltese dari dalam plastik, dan menyuapkannya ke mulut. Bila tengok Kwang Soo, buat ke sekelian kalinya mengenakan Jong Kook, dari balik skrin TV, dia tergelak lagi. Kuat. Dia bersila di atas sofa. Memang sangat tak senonoh, anak...oops..bukan anak orang lagi dah. Dah Mak orang dah. Sungguh tak senonoh Mak orang ni.
             


Monday 20 January 2014

Idolomantis Diabolica (BAB 36)

BAB 36

“TERIMA KASIH SEBAB datang. Jemputlah. Kejap lagi, majlis bersandingnya.” Pelawa Ateya dengan mesra, kepada tetamu yang baru datang. Bila tiada lagi orang bertali arus masuk dalam khemah, dia melihat sekeliling. Mana Aki? Oh situ. Betul lah orang cakap, kalau dah suka, sejauh mana pun orang tu, kita boleh perasan. Kelihatannya Aki sedang ke hulur ke hilir membantu menguruskan majlis. Kadang-kadang, membawa bekas ais. Mengambil bekas bufet yang dah kosong dan macam-macamlah. Sibuk betul. Ateya tergelak kecil. Macam tak percaya je Aki yang sebelum ni, raksasa narsistik tahap petala kelapan, sedang berpeluh-peluh, tolong uruskan perkahwinan. Bunyi kompang berpalu menandakan pengantin dah datang.
            

Sunday 19 January 2014

Idolomantis Diabolica (BAB 35)


BAB 35

“ALHAMDULILLAH YA ALLAH. Kau berikan aku peluang untuk melihat dunia yang selama ni, memang indah. Kau berikan aku peringatan tentang Hari Akhirat. Kau menemukan jodohku dengan orang yang selama ni, dekat denganku. Kau berikan aku Hidayah-MU. Kau menjadikan aku orang yang lebih baik. Kau memudahkan jalanku untuk menemui-MU Ya ALLAH. Kau menyemai perasaan cintaku terhadap-MU, terhadap RasuluLLAH dan juga terhadap isteriku. Sesungguhnya, aku bersyukur kepada-MU Ya ALLAH. Kau berikan aku peluang untuk berubah. Kau menemukanku dengan orang yang baik-baik. Sesungguhnya, nikmat yang telah ENGKAU berikan kepadaku, tidak dapat ku zahirkan dengan kata-kata. Aku cuma boleh berdoa kepada-MU agar segala amal ibadat yang aku lakukan selama ini, dapat diterima oleh-MU Ya ALLAH. Semoga, Aku tidak lagi berpaling dari Hidayah-MU Ya ALLAH. Amin Ya Rabaal Alamin.”  Aki mengaminkan doanya. Dia mengerling jam di dinding. Pukul 3.30 pagi. Kemudian melipat sejadahnya. Dia baru sahaja selesai bersolat tahajud dan sujud syukur tadi. Sungguh, dia rasa tenang sangat sekarang ni. Dia kemudian menutup lampu bilik solat dan keluar dari bilik itu.
              
     

Wednesday 15 January 2014

Idolomantis Diabolica (BAB 34)

BAB 34

BETUL KE KAU NAK BUAT macam tu, Teya? Dia menenggelamkan, separuh dagunya ke dalam bath tub yang di penuhi air. Cukuplah ni, berendam. Dah macam badak dah, lama juga dia berendam, ada dalam setengah jam. Sungguh tadi, dia tanya kat ‘Abang Google’ on ‘How to make him say I love you’ Gila betul. Macam budak-budak je, cari benda-benda macam tu. Tapi, hasilnya tak lah budak-budak. Yang over 18 punya tips pun ada. Errgh! Seram mak! Tetapi, Ateya tak adalah desperate sangat nak ikut semua tips tu. Ikut yang berguna sudah. Dia mesti buat Aki mengaku, yang Aki cintakan dia.

Idolomantis Diabolica (BAB 33)


BAB 33

ANIMASI PUTERI GUNUNG LEDANG mengaut keuntungan lebih dari RM10 juta. Tajuk Akhbar Utusan hari ni. Aki dan Ateya yang membaca dah tersenyum sampai ke telinga. AlhamduliLLAH, rezeki. Ateya kemudian bergerak ke dapur, hendak membasuh pinggan mangkuk.


Sunday 12 January 2014

Cerpen : Sayang Mak Ngah



“KESIAN BEBUDAK tu..” Ujar Seorang perempuan berumur lewat 30-an.
            “Siapa nak menjaga bebudak tu?” Soal wanita yang lebih kurang sama umur dengan wanita tadi.
            “Laa...bukan kau ke, yang nak menjaga?” Soal wanita itu lagi.
            “Eh...apasal pulak aku?” Wanita yang di soal itu terkejut.
            “Eh...yelah, masa arwahnya masih hidup, bukan ke kau rapat dengan mereka?”
            “Kita dengar dulu, apa yang Along nak cakap.” Lantas, kedua-dua mereka berlalu untuk ke ruang tamu. Tempat berkumpul untuk berbincang.
            Dia yang mendengar, hanya boleh mengeluh dan memeluk tubuh. Lantas menggeleng-geleng kepala. Dia turut melangkah ke ruang tamu. Dia dah nekad hari ni.


Wednesday 8 January 2014

Idolomantis Diabolica (BAB 32)



BAB 32

“YAH, MACAM MANA NI?” Ujar Aki, sambil membetul-betulkan butang baju melayunya, di hadapan cermin. Ateya yang baru selesai melilit selendang, juga di hadapan cermin yang sama, cuma dia bersila dan Aki berdiri di belakangnya, memandang muka Aki yang kalut dalam cermin.
              “Pfft...” Nak ketawa Ateya tengok Aki macam tu. Ateya melihat dulu dirinya dalam cermin, tengok-tengok, dah okey belum selendangnya. Bila rasa yakin yang selendang tu dah letak elok dan comel di kepalanya, dia berdiri. Dia mendapatkan Aki. Tak sampai pulak kat butang baju tu. Tu lah, tinggi sangat kenapa.

Idolomantis Diabolica (BAB 31)



BAB 31

“BILA ALONG nak ada isi?” Pisau yang tugasnya, memotong cili merah, tergantung. ALLAH! Umi, janganlah soalan tu lagi. Kita orang tak buat apa-apa pun lagi, mana nak ada isi? Ateya resah. Dia susahlah nak jawab soalan cepumas tu. Ateya sambung memotong cili merah. Hari ni, hari pertama puasa. Umi, dan Ateya tolong Mama dan bibik Mama, di dapur, Nenek pun ada. Hari ni, semua berkumpul di rumah Papa dan Mama, nak berbuka puasa.

Tuesday 7 January 2014

Idolomatis Diabolica (BAB 30)



BAB 30

“YAH, BANGUN Yah...subuh.” Kejut Aki, lembut. Subuh? Mata Ateya berasa berpinar-pinar, entah kenapa. Memang dia agak sibuk minggu ni, lagi pulak, tarikh tayangan Perdana Puteri Gunung Ledang, dah nak dekat. Balik, selalu lambat je. Sebab banyak je lagi benda nak kena urus, sebelum Puteri Gunung Ledang di tayangkan. Dengan publisiti nak promote cerita animasi tu, Lepas tu, Tayangan Puteri Gunung Ledang tu, bukan di tayangkan di Malaysia sahaja, tetapi juga beberapa negara Asia yang terpilih. Lepas tu, ke hulur- ke hilir ke sana ke mari, untuk berurusan dengan pawagam-pawagam, penaja-penaja. Yang Paling teruk Dayah dengan Ateya, kerana merupakan Pengarah animasi Puteri Gunung Ledang.

Saturday 4 January 2014

Lambat Update...

Assalammualaikum W.B.K.

Berdasarkan tajuk di atas, mungkin dalam masa terdekat ni, update untuk Bab baru Idolomantis Diabolica, mungkin akan lambat sikit, aku update kan, sebab sekarang ni, Amy Rashidah, sedang berusaha untuk menyiapkan manuskrip untuk hantar kat penerbit, penerbit. Ade two possible, stories, that i consider to sent, satu cerita 'Bukan Fairytale' dan satu lagi ade cerita yang dalam simpanan. Tengah nak pilih mane satu nak hantar. But, in the mean time, aku akan tulis jugaklah, cerita Idolomantis Diabolica, cuma mungkin lambat sikit nak upadatenye. Korang, doakanlah aku berjaya siapkan manuskript tu ea, dan doakan, semoga adelah penerbit nak baca cerita aku ni, walupun banyak kekurangan. Kepada, sesiapa yang memang suke cerita dalam blog ni. Aku ucapkan terima kasih sangat-sangat. Aku akan cuba membaiki dan mnegeluarkan hasil yang lebih baik. so, for now...

Peace out peeps!

Idolomantis Diabolica (BAB 29)



BAB 29

“ASSALAMMUALAIKUM, KAK TEYA...” Suara Nun, yang macam baru lepas menangis, berkumandang di telinga.
              “Walaikummussalam, Nun?” Ujar Ateya bimbang.
              “Kak...” Dengar Nun teresak. Berkerut dahi Ateya.
              “Kenapa ni Nun?” Soal Ateya. Bimbang dah tahap 6/10.

Friday 3 January 2014

Idolomantis Diabolica (BAB 28)


BAB 28

ZARIF memandang sekilas ke arah Aki yang tengah, fokus sungguh memandang ke arahnya. Zarif tersenyum, sambil mata menala kembali kepada Akhbar News Straits Time. Kedai Mamak Al-Hassan Maju, tengah-tengah hari ni,memang nampak maju sangat. Ramai orang. Mujurlah ada tempat lagi.
              “Dah kenapa kau pandang aku macam tu? Aku straight okey, dah berbini dah pun,”  Seloroh Zarif. Aki berkerut memandang Zarif.