BAB 11
“I RASA I NAK tamatkan hubungan kita” Ujar Aki tenang. Ana terperanjat,
belum sempat Ana hendak bersuara, waiter datang
meletakkan pesanan makanan mereka berdua.
“What?” Soal Ana, selepas waiter
tu meninggalkan meja mereka. Suaranya, separuh meninggi.
“Yeah...I’m sorry...” Tutur Aki serbasalah. Dari mula Yah suruh
tinggalkan Ana, dia tak buat, sebab, yelah...siapa nak lepaskan perempuan manja
dan cantik macam Ana ni. Tapi, bila mengenangkan bertapa marahnya Yah, tempoh
hari di One utama tu. Terus dia rasa serbasalah. Baru dia keluar dengan Alice
Yah dah marah sampai macam tu sekali, inikan pulak bila dapat tahu yang dia
mempermainkan kawan baik Yah ni. Mahunya, lumpuh seluruh badan. Penangan dari
beg tangan Yah, tu rasa lagi tau sampai sekarang. Badannya masih sengal-sengal
lagi. Masuk yang ni, ni dah kali kedua dia kena pukul dengan beg Yah. Dengan
itu, dia membuat kesimpulan yang beg Yah tu, adalah senjata merbahaya, that, and...dia rasa serbasalah untuk
teruskan hubungannya dengan perempuan lain. Well,
at least during this wedding preparation lah...Memang tidak dinafikan,
memang Yah yang banyak bertungkus lumus untuk perkahwinan ni, jadi dia kenalah
bertimbang rasa...After all, they’re
friends, before future bride and groom.
“Why? You tau tak I sabar je selama ni tau bila you
dengan perempuan lain...sebab I ingat, i hold that special place in your heart.
Rupanya, tahap I sama je dengan perempuan-perempuan
yang you bawak ke hulur ke hilir tu kan?!” Marah Ana.
“Yah cakap...”
“What? So, this is all her doing? Dia bagitau you ke, pasal masa silam I?
So, bila dah dengar pasal tu, you rasa I ni, murah...macam tu? Sebab tu senang-senang je you nak buang I ?!” Belum sempat Aki hendak menerangkan hal sebenar, Ana potong.
Suara Ana dah makin meninggi.
“Huh? Masa silam? You cakap pasal apa ni?” Soal Aki
keliru.
“You know what? Save it!” Ana semakin marah. Aki pulak keliru. Masa
silam? Rasanya Yah tak pernah cakap apa-apa.
“Fine! You want a break up? You got your break up...but, jangan menyesal dengan keputusan you!” Marah Ana, lantas ‘ice lemon tea’
di simbah ke muka Aki. Well...Aki deserve it. Memang padanlah muka dia.
Kemudian Ana, meluru keluar dari restoran makanan barat tu dengan muka yang
bungkam. Aki pulak yang duduk diam di situ. Walaupun, dia kena simbah dengan
air teh lemon, dia berasa agak legalah. Kurang satu perasaan serbasalahnya
kepada Yah.
PINTU BILIK diketuk, beberapa kali.
“Masuk...” Suara Ateya
dari dalam mempelawa masuk. Mungkin adik atau umi nak pinjam sesuatu kot.
“Boleh ke aku masuk?”
Berderau darahnya mendengar suara yang macam ‘familiar’ tu. Perkara pertama
yang dia periksa adalah kepalanya! Tak ada tudung...Alamak!
“Aku masuk ye...” Sebaik
sahaja dia terdengar tombol pintu di pusing, cepat-cepat dia menutup pintu,
sebelum Aki masuk. Sudahnya, kuat bunyi pintu itu dihempas. Bila dah pasti yang
pintu itu dah ditutup rapat, terus dia mengunci pintu biliknya. Huu! Nasib baik
Aki tak nampak. Belum sah jadi isteri lagi, mana boleh Aki nampak rambut dia.
“Oi! Mana boleh masuk
bilik anak dara macam tu je!” Marah Ateya.
“Lah...dah kau suruh
masuk, aku pun bukalah pintu.” Kedengaran suara Aki dari luar.
“Kau ni, kadang-kadang
macam orang bodoh jugak tau. Kau ingat kita macam dulu-dulu lagi ke,
senang-senang je keluar masuk bilik masing-masing.” Marah Ateya. Kedengaran
suara Aki tergelak kecil.
“Kau tau, orang
perempuan, beratur tau tak, nak aku masuk bilik dia orang.” Seloroh Aki.
“Yeah? Well dia orang pun bodoh macam kau. Dia
orang ada masalah mata dan mental, sebab tak nampak bertapa buayanya kau ni.”
Sekali lagi, Ateya memerli dan sekali lagi Aki tergelak kecil.
“Kau nak apa, mengacau
ketenteraman aku ni?” Soal Ateya.
“I just want to say, I’m sorry for being such a jerk, Kau marah lagi
ke?” Ujar Aki dari depan pintu bilik Yah. Penat berdiri dia duduk, bersandar
pada pintu bilik Yah.
“Depends...” Pendek je Yah balas dari sebalik pintu. Sebenarnya, dia
tahu yang Yah, sebenarnya dah tak marah lagi. Sebab, kalau Yah, betul-betul
marah Yah tidak akan bercakap apa-apa. Dia akan diam je. Tu lah, yang dia suka
tentang Yah. Yah bila marah tak lama, Yah bukan jenis yang simpan dalam hati.
Sejak, dari dulu lagi.
“I’m sorry okay...I’ll do better next time...” Ucap Aki, ikhlas
daripada luar. Dari dalam bilik, Ateya yang berasa lenguh kaki, pun duduk
bersandar di pintu biliknya. Kalau tak ada pintu bilik ni, Ateya dan Aki akan
kelihatan macam duduk membelakangi satu sama lain.
“Aku bukan marah sebab
apa...aku marah sebab kau tipu aku. Lagi satu...Remember...we are friends, way before we’re future Bride and groom...dan
seorang kawan tak akan melayan kawannya, macam tu. It makes me feel that I’m nobody to you. Pada aku, you are not nobody, eventhough i don’t see
you as a lover...but i do see you as
my friend. My bestfriend.” Tutur
Ateya lembut. Ateya kemudian memeluk kedua-dua lututnya.
“Aku tau. Maafkan aku.
Aku tak patut buat kau macam tu. We’re
friends. And friends got each other back.” Suara Aki kedengaran jauh dari
dalam bilik ni. Ateya kemudian tersenyum kecil.
“Tak apalah asal, kau
sedar.” Jawab Ateya.
“Yeah. You know...she’s the
reason, kenapa aku jadi macam ni.” Ujar Aki tiba-tiba.
“Siapa? Minah Aussie
tu?” Soal Ateya, berminat.
“Yeah...Alice.” Dari
luar bilik Aki pun sudah mula memeluk lutut. Rasanya, sudah tiba masa dia
bercerita, apa yang jadi kat dia masa kat Australia dulu.
“Masa, mula- mula aku
datang Australia, aku rasa out of place
sangat, terutama dekat high school.
Yelah sekolah kat sini and kat sana kan, lain...and then...she came to me, that beautiful, blond hair girl. I thought
I’ve seen a real life Angel...” Aki membuka cerita.
“Real life...? Dude, are you
serius? Aku tak tau pulak kau have
hots for blond girl. And blond girl yang macam tu pulak tu” Seloroh Yah
dari dalam bilik, lantas tergelak kecil.
“Hey, give me a break...I was
still a growing boy. Lelaki mana yang tak terpikat kat hot blond hair girl?” Tutur Aki. Terdengar suara Yah tergelak.
“Fine...sambung cerita...” Ujar Ateya.
“So, one day, i decided to ask her to
go out with me...Dia terkejut, but
turns out we have a mutual feelings. Dia cakap, dia memang suka tengok aku
sebab...She said I was kinda cute? So we go out for awhile...Lepas tu...”
“Lepas tu, apa jadi?”
Soal Yah, tak sabar.
“Lepas beberapa bulan
kita orang dating...dia tiba-tiba
mintak putus...”
“Kenapa pulak?”
“Dia kata, i’m too nice, dan membosankan, then she left me...”
“Ohh...you poor thing...pfft...” Nampak tak,
tak ikhlasnya Yah kesian kat Aki, siap boleh nak ketawa lagi tu.
“Hey! I was really in love tau masa tu. Kau
boleh pulak ketawa” Marah Aki.
“Alright. Alright, I’m sorry...Then, what happen?”
“Jadi, aku buat
keputusan to be the bad guy, so that i
won’t be hurt again. So here I am, a bad and a stupid guy. Dari situlah
titik perubahan aku.”
Dari dalam bilik, Ateya
terangguk-angguk. Oh macam tu rupanya. He
must really love her, tu yang sanggup tipu-tipu tu.
“Yeah, you’re really an idiot Aki” Ujar Ateya lantas ketawa. Lama
juga mereka berborak. Ateya dan Aki ni, memang pelik. Kalau dah gaduh, gaduh
betul, tapi kalau dah baik, baik sangat.
“MACAM MANA? Okey tak?” Soal Ateya bimbang. Dia rasa berdebar
sangat, ni lah kali pertama dalam hidup dia rasa debaran yang tak nak berhenti.
“Ateya! Kau cantik
sangat!” Ujar Jannah yang tengah sarat mengandung tu. Ye, hari ni lah hari yang
akan menjadi catatan kenangan sepanjang kehidupannya. Kejap lagi dia akan
melangkah ke dunia baru bersama Aki. Majlis akad nikah akan dibuat di masjid
Putrajaya. Untuk majlis nikah, Ateya hanya memakai baju kurung putih dan
selendang putih. Adalah, manik-manik sikit kat baju tu, tapi Ateya, mama dan
umi sudah sepakat, untuk majlis akad, tak payah pakai beria sangat. Simple macam ni pun nampak sweet je.
“Ateya, cantiknya kau!”
Puji Dayah pulak. Ateya kemudian tiba-tiba menggenggam tangan kedua-dua orang
sahabatnya. Time macam ni lah dia bersyukur ada kawan yang macam dia
orang ni. Sayangnya, Ana tak ada. Yelah, who
in a sane mind, sanggup pergi majlis kahwin bekas teman lelaki bersama
kawan baik. Sebenarnya, Ateya ada rasa serbasalah juga pasal tu. Tapi, semua ni
dah tak boleh di ‘undo’ balik. Dia rasa macam dia ni, perampas pulak.
“Aku takutlah...” Ujar
Ateya, perlahan.
“Apa nak takut, bukannya
kau kena terjun gaung pun...” Nasihat Dayah.
“With Aki, i do feel like aku macam terjun gaung.” Seloroh Ateya
dengan muka gementar.
“Well, you were right on that...tapi semua akan okey, trust me honey! Dah jom gerak.” Pelawa
Jannah.
“Along, jom...bahagian
lelaki dah sampai dah masjid tu.” Tiba-tiba umi masuk bilik, mengajak Ateya
untuk gerak ke masjid putrajaya.
Sesampai sahaja, Ateya
di masjid, Aki sudah bersedia dengan baju melayu putih. Tidak lama kemudian,
majlis akad dimulakan. Banyak kali jugalah, Aki kena melafazkan akad. Kesian
pun ada juga dia tengok, Aki yang tengah gementar tu. Akhirnya dengan 3 kali
lafaz, Ateya sudah sah menjadi isteri Aki.
Kemudian, lepas Maghrib,
majlis resepsi mereka di Sime Darby Convention Centre berlangsung. Memang tidak
dinafikan Yah, nampak cantik sangat hari ni. Sepanjang majlis resepsi, Mata
Aki, tidak lepas dari merenung wajah Yah yang di calit solekan yang ringan.
Kemudian, baju jubah unggu tu, sesuai sangat dengan Yah. Lepas tu, masa akad
nikah tadi, sumpah memang Yah nampak sweet
sangat. Masa tu lah first time ever
dia rasa yang gadis pakai tudung, boleh jadi cantik. Yah memakai jubah unggu,
dengan tudung bawal berwarna unggu juga, di hiasi dengan mahkota bermotifkan lingkaran
bunga dan ditambah dengan selendang jarang warna putih.
“Apsal kau pandang aku.
Panas tau tak muka aku ni dengan pandangan kau tu.” Ujar Yah perlahan, cukup
hanya dia dan Aki sahaja yang dengar. Then
again, cuma rupa dia je makin cantik, perangai still sama lagi.
“Aku ada mata, suka hati
akulah nak pandang mana.” Balas Aki, pun perlahan juga. Mereka sekarang ni, sedang
makan adap-adap, dah nama pun makan adap-adap, jadi kena control betul makan ni. Tak boleh makan macam selalu. Nak kena
makan perlahan-lahan, biar nanti tak malu. Ateya rasa macam akward gila kena makan depan semua orang
ni. Tak feel. Jangan nanti, dok nak
kontrol, nanti tiba-tiba ayam terbang pulak. Aih! Mintak jauhlah. Majlis mereka
tamat pada pukul 10 malam tu. Door gift
yang disediakan, merupakan sekotak coklat dan bunga telur. Dah lama dah, orang
kahwin tak buat bunga telur. Majlis berlangsung dengan jaya. Lepas ni, majlis
sanding kat rumah atuk dan nenek pulak. Penat tau, jadi Raja Sehari ni, nak
kena ambik gambar, lepas tu, tadi je dah berapa kali tukar-tukar baju, Penat.
Penat, tapi somehow rather, Ateya
rasa it’s worth it...