Sunday 13 December 2015

Bitter Sweet Tale (Bab 14)

BAB14

MATA BULATNYA memandang siling putih itu kosong. Sudah berapa hari ya, agaknya dia terperangkap disini? Mahunya seminggu, setelah dia sedar daripada pengsan. Seminggu? Tak kot. Tapi rasa macam seminggu. Teringat dia 3 hari lepas sebelum dia pengsan dan di gegaskan ke hospital...

Bitter Sweet Tale (Bab 13)


BAB13

ADAM MEMERHATIKAN bangunan sekolah yang tersergam di hadapannya. Sekali lagi merasa nostalgia. Adam menarik senyum. Dia baru sahaja habis menjawab kertas soalan SPM terakhir tadi. Air matanya mulai jatuh ke pipi. Memang sungguh murah air matanya ini. Terutama, bila ada rasa sayang nak meninggalkan sesuatu.

        “Kau tak balik lagi?” Sebaik sahaja mendengar suara tu, terus sahaja dia menyeka air matanya. Dia mengalih pandang pada tuan punya suara, lantas menarik senyum.
“Ibu aku tak sampai lagi. Kau, apasal tak balik lagi?” Soalnya kembali kepada Hana yang sedang berjalan ke arahnya, dengan membawa basikal.
“Saje. Tengok kelas untuk kali terakhir.” Ujar Hana, kemudian berdiri di sebelahnya. Hana juga memerhatikan bangunan Sekolah yang banyak kenangan tu. Nasib baik Hana tak nampak dia menangis tadi.
“Tak sangka, dah habis sekolah dah pun. Rasa macam sayang je nak tinggalkan tempat ni.” Ujar Hana. Mata masih tidak beralih dari bangunan besar sekolahnya.
Adam yang tadinya memandang bangunan sekolah, mengalih pandangannya kepada Hana di sebelahnya. Dia memandang Hana lembut. Namun, Hana tak sedar pun Adam sedang memandangnya. Sibuk tengok bangunan sekolah. Perasaan sedih mulai menjalar di hatinya, apabila memerhatikan Hana.
Hatinya sayu, melihat wajah gadis yang, tanpa sedar, memegang watak yang penting dalam hidupnya. Mungkin, inilah kali terakhir dia dapat menatap wajah putih dan keanak-anakkan itu. Kalau boleh, dia mahu lagi mendengar suara yang dikatakan ‘annoying’ tu. Mahu lagi dia menjadi, mangsa pembalasan gadis itu. Mahu lagi dia melihat wajah gadis itu kemerahan menahan marah. Mahu lagi, dia melihat kelincahan gadis itu. Mahu lagi, dia memanggil gadis itu, ‘Makcik Psycopath’. Namun, apakan daya. Allah S.W.T sudah pun mencoret perjalanan hidupnya, dan dia sebagai insan yang kerdil, seharusnya bersyukur kerana dia diberi peluang untuk hidup sehingga ke hari ini.
“Na...” Dia memanggil Hana.   
“Apa kau nak?” Hana mengalihkan pandangannya ke Adam. Adam tersenyum segaris. Geli hati dia mendengar sahutan Hana.
   “Hana...” Dia memanggil lagi.           
   “Ye, Adam?”
   “Hana Zulaikha..” Hana memandang Adam curiga. Apa kena dengan mamat ni, sebut-sebut nama aku.   
   “Kau ni kenapa? Lupa makan ubat ke tadi?” Gurau Hana. Adam hanya terkekek.  
   “Hana Zulaikha! Makcik Psycopath!” Dia berteriak..
    “Ish!” Hana, memijak kaki Adam, berang. Adam hanya ketawa.
   “Kau nak apalah Mojojojo retarded?” Hana menyambung soalan tadi. Apa ke peliknya si Adam ni?
   “Tak ada apa-apa, just want to say...” Dia mendekatkan dirinya pada Hana. Hana terkejut. Terbeliak matanya. Dahlah, mata dia bulat dan besar, apabila terbeliak macam tu, sebiji macam ‘Spongebob’. Adam tersenyum nakal dan memandang tepat ke mata Hana.
   “Terima kasih, sebab ceroboh hati aku.” Adam tergelak dan mengenyitkan matanya.
   “Ish!” Dengan menggunakan beg sandangnya sebagai penghadang, dia menolak kasar badan Adam.
   “Apa masalah kau ni? Dahlah aku nak balik!” Hana mendapatkan basikalnya dan lintang pukang meninggalkan Adam.
Adam tersenyum lembut. Dia memandang sahaja kelibat Hana yang semakin menjauh. Apabila kelibat gadis itu semakin menjauh dan akhirnya hilang dari pandangan, dia merasakan rasa sedih yang amat sangat. Kolam air mata yang cuba ditahan akhirnya pecah juga menjadi manik-manik kecil. Dia tersandar pada pokok besar yang berhampiran. Dia membiarkan air matanya jatuh. Good bye, Hana Zulaikha. Kesakitan hatinya(bukan sebab penyakit tu) terpancar di wajahnya.

Bitter Sweet Tale (Bab 12)


BAB 12

AIR MATANYA mengalir, tanpa sedar. Namun, tidak pula di seka. Dari padang umum yang berhadapan dengan sekolahnya, dia duduk memeluk lutut, di atas kaki lima padang tu, sambil memandang sebuah sekolah yang tersergam dengan gah. Sekolah, yang banyak membawa titik perubahan dalam dirinya. Sekolah yang menemukan dia dengan bermacam-macam orang. Cikgu-cikgu yang banyak berjasa padanya. Kawan-kawannya yang gila...dan... Betul ke, dia kena tinggalkan semua ni, tak lama lagi?
  Dengan air mata yang masih mengalir, dia menengadah ke langit pulak. Ya ALLAH. Kuatkanlah diriku. Aku tau, ini jalan terbaik yang telah KAU cipta untukku. Mujurlah, ramai yang dah balik rumah. Tinggal dia je, kat sekolah tengah tunggu ibunya menjemput. Sebab tu, dia biarkan sahaja air mata itu mengalir, sebab tak ada siapa yang akan nampak. Dia mencengkam dadanya kuat, sambil menundukkan mukanya, titisan air mata mula jatuh di atas seluar sekolahnya. Kuatkanlah diriku Ya ALLAH.