ALMARI BAJU dibuka pintunya. Di dalam Almari, penuh dengan
baju-baju kurung yang bermacam warna. Matanya menumpu pada satu persatu baju
kurung di dalam almari tu. Dia kemudian mengurut dagunya yang licin, berfikir
mana satu harus di pakai. Hari ni, hari pertama berkerja. Setelah penat
berfikir, akhirnya dia membuat keputusan untuk memakai baju kurung berwarna
hitam, bercorak bunga ros putih. Sekarang ni, nak pilih tudung pulak. Tanpa
berfikir panjang, dia mencapai selendang pashmina berwarna putih, yang terletak
di dalam laci. Baju kurung dan Selendang, di letak atas katil, dan dia pun
melangkah kaki menuju ke bilik air.
PENSEL LUKISAN, di letakkan. Kemudian dia merenggangkan
tangannya yang lenguh, kerana melukis tidak berhenti dari pagi tadi dia datang
kerja, hinggalah sekarang. Dia melihat jam di tangan. Pukul 12 tengah hari.
Matanya kemudian jatuh kembali pada reka bentuk rumah banglo yang hampir siap.
Dia tersenyum. Selepas, siapnya rekaan rumah teres beberapa minggu lepas, kerja
pembinaan terus dimulakan. Dia suka mereka rumah, lebih daripada mereka
bangunan. Kerana, setiap kali dia fikirkan bahawa orang berlindung dalam rumah
yang direka, dia merasa syukur dan puas sangat. Kadang-kadang rasa macam
Superman pun ada juga. Sebab dia dapat melindungi orang-orang tu. Sudah tentu,
syukur pada ALLAH, kerana mengurniakan dia, bakat ni.
“Daniel. Jomlah lunch.” Pelawa Kai, rakan sekerjanya. Mata dan tangan
Daniel, masih tetap pada lakaran rumah banglo baru tu.
“Kejap lagilah. Sikit lagi ni.” Daniel menolak.
“Sambunglah lepas lunch. Kau ni, bukan betul sangat. Nanti lupa nak lunch,
lepas tu sakit perut. Dah tau ada gastrik, cubalah makan ikut waktu.” Kai
membebel. Kai ni, nama je lelaki, kalau dah membebel, mengalahkan Mak.
Kadang-kadang terfikir jugak, macam mana isteri dia boleh tahan dengan dia.
Tapi, memang pun kadang-kadang, kalau terlalu khusyuk dengan kerja, Daniel lupa
makan, cuma berhenti untuk solat je. Lepas tu, Tahu-tahu je dah gastrik.
“Kau tak keluar dengan Kak Zana ke? Dah dua hari, aku tengok kau asyik keluar
makan dengan aku je.” Daniel menyoal. Sebenarnya, lebih nak elak dari Kai ni
membebel sebenarnya. Dia cukup tak suka, tinggalkan kerja separuh siap. Dia
memanggil isteri Kai Kak Zana, kerana isteri Kai lebih tua darinya, sama jugak
dengan Kai. Cuma, bila dengan Kai, dia lagi selesa ber-kau aku. Kai pun tak
kisah.
“Kau ingat, kita orang laki bini ni, tak ada kerja ke, asyik nak berkepit
24 jam?”
“Dia ada fashion show, kat luar
kan?” pantas Daniel meneka. Isteri Kai, merupakan seorang pereka busana muslimah.
Perniagaan isterinya tu, dah cukup besar dah, tapi, nak kembangkan perniagaan
lagi, mestilah kena travel jugak.
“Ye.” Pantas juga Kai menjawab, dengan membuat muka sedih. Daniel senyum
mencebik, dan menggeleng.
“Tula. Time ada bini, aku
langsung kau tak nak ingat. Bila bini tak ada, baru terhegeh-hegeh kat aku.
Dahlah jangan kacau. Pi main jauh-jauh.” Seloroh Daniel, lantas tergelak kecil.
“Betul. Tapi, bukan sebab tu je. Aku takut kau tu gastrik. Lingkup syarikat
bapak aku, kalau, keluar frontpage,
pekerja di sebuah architecture firm,
pengsan sebab kerja teruk sangat.. Nanti, dia ingat syarikat bapak aku ni,
menyeksa pekerja pulak. Tak ke, gulung tikar nanti.” Gurau Kai, selamba. Daniel
tergelak kecil. Memang tidak dinafikan, walaupun Kai sering keluar makan tengah
hari dengan isteri dia, balik dari restoran, mesti membungkuskan sesuatu untuk
Daniel, kalau dia terlalu terikat dengan kerja. Ni semua sebab, lama dahulu
Daniel pernah kena serangan gastrik di pejabat. Teruk. Sampai kena bawak pergi
hospital. Sebab, tak nak jadi lagi, sebab tu Kai sibuk suruh dia makan, ataupun
membeli sesuatu untuk dia, walaupun dia tak minta.
“Agak-agak ah, kot ye pun.” Balas Daniel, bergurau jugak.
“Dahlah jom. Aku dah lapar. Kau tinggal je dulu, kerja tu. Lepas lunch
sambung balik.” Kai mempelawa lagi.
“Yelah, bos.” Akhirnya Daniel mengalah. Tangannya lantas mengemas mejanya
yang berterabur. Setelah selesai, dia bangun dari kerusi, dan mula melangkah
keluar pejabat bersama Kai.
“BAGI SAYA set personel Pizza, Island Supreme, cheezy
lava, add on Hot Smoked Chicken Wing 4 pieces.” Laju Maira menyebutkan
pesanannya. Tanpa matanya beralih daripada Menu Pizza Hut tu. Nampak sangat,
selalu makan kat Pizza. Siap hafal lagi, dia punya menu. Yang pekerja perempuan
tu pun terkulat-kulat nak tulis pesanan dia. Bila tengok pekerja pizza tu,
macam kalut dia mula rasa serbesalah.
“Kak, tolong ulang balik, akak punya order. Saya tak berapa dengar.” Ujar
pekerja perempuan tu, takut-takut. Buat apa nak takut. Maira tak makan orang. Cuma
dia cakap memang laju.
“Okey. Akak ulang balik. Personel Pizza satu, Island Supreme, cheezy lava.
Lepastu, akak nak add on, hot smoked chicken wing, 4 pieces...” Pekerja
perempuan itu mengangguk-angguk, sambil mencatat-catat dalam doket pesanan.
“Dapat?” Soal Maira lembut. Budak perempuan itu tersenyum dan mengangguk.
“Baiklah. Ada apa-apa lagi?” Soal budak perempuan tu, mesra. Maira kemudian
melihat-lihat menu tu, sampai herot-herot mulutnya.
“Ha...bagi akak, Cheese Baked Meatball, sos tomato. Satu.” Maira menambah
order, dan pekerja perempuan itu mencatat.
“Okey. Saya ulang balik, akak punya order. Personnel Pizza, Island Supreme.
Add on, Hot Smoked Chicken Wing, 4 pieces dan Cheese Baked Meatballs.” Maira
mengangguk-angguk, apabila pekerja perempuan tu, mengulang pesanannya. Pekerja
perempuan tu, mengangguk, lantas meninggalkan meja Maira.
PINTU MASUK Pizza Hut, di tolak. Kai dan Daniel, kemudian
memilih tempat untuk duduk. Memang ramai orang, waktu-waktu makan tengah hari
macam ni. Hampir penuh, nasib baik ada betul-betul satu tempat kosong. Sebaik
sahaja mereka duduk. Salah seorang pekerja Pizza Hut, datang, nak mengambil
pesanan.
“Kau nak makan apa Daniel?” Soal Kai, sambil melihat-lihat menu. Daniel pun
sama. Pekerja wanita itu, hanya berdiri sahaja menunggu.
“Aku rasa, Spageti Bolognaise je la.” Ujar Daniel. Daniel, ni memang jenis
yang makan tak banyak, sebab tu lah dia ada gastrik. Selalu, selera lelaki lah
yang besar, Tapi, dia tak.
“Tu je? Kenyang ke nanti?” Soal Kai, tak percaya.
“Cukuplah tu. Buat alas. Jangan risau aku tak kan pengsan dan buat syarikat
ayah kau gulung tikar punya.” Ujar Daniel, yakin.
“Betul, kau tak nak tambah apa-apa? Ayam ke, roti ke, apa ke? Ke, poket dah
tinggal habuk?” Soal Kai lagi. Daniel tergelak.
“Gaji yang ayah kau bagi, banyak. Tak kan tinggal habuk punya. Aku cuma tak
rasa nak makan banyak.” Balas Daniel. Kai tersenyum dan mengangguk faham,
lantas menyebut pesanan mereka satu-persatu pada pekerja perempuan tu.
Setelah hampir setengah jam, menunggu. Sebab ramai sangat orang. Akhirnya,
makanan yang di pesan sampai. Daniel mula menggulung spageti di garpu dan
menyuapkan ke mulutnya. Sedang dia makan, pandangannya meliar ke meja di
hadapan mereka. Matanya tertangkap. seorang gadis berselendang putih dan
berbaju kurung hitam, sedang seronok menikmati makanan. Pandangannya yang
meliar tadi, terhenti pada gadis tu. Apa entah yang mendorong matanya ke arah
gadis itu. Mungkin sebab gadis itu seorang diri. Atau pun mungkin sebab
pinggan-pinggan makanan yang banyak walaupun dia seorang. Ataupun mungkin sebab
semua pinggan tu, hampir licin di makan oleh seorang gadis yang berbadan kecil.
Bukan selalu perempuan, bimbangkan berat badan ke? Apa yang dia makan tu?
Pizza, Cheesebaked, ayam lagi? Dahlah Pizza tu, keju, lepas tu cheesebaked
lagi. Hebat sungguhlah. Belum pun habis dia kagum, terus datang satu cawan
besar ais-krim. Terus dia ternganga dan terkebil-kebil.
“Apa kau tengok, sampai nak tersembul biji mata kau tu?” Soalan Kai, buat
dia tersentak. Terus dia memberi isyarat pada Kai, untuk tengok belakang. Kai
pun menurut.
“Kenapa?” sejak bila, Daniel ni pandai nak tenung anak dara orang, randomly ni?
“That girl is amazing. She finish all
her food, dengan selamba. Kau tengok tu, ayamlah,pizza je dah empat keping
lepas tu cheesebaked meatballs lagi. Dengan dessert
lagi” Ujar Daniel, perlahan. Kai yang tadinya memandang gadis itu, lantas
tersenyum dan memandang Daniel kembali.
“Sejak bila, kau ambik kisah dengan semua yang berlaku keliling kau ni?”
Soal Kai pelik. Daniel hanya menjengkit kedua bahu dan tersenyum. Lantas mereka
berdua sambung makan, makanan sendiri. Yelah. Sejak bila aku ambik kisah dengan
apa yang berlaku keliling aku ni? Nak-nak pulak some random girl macam tadi. Ni, mesti side effect tak tidur dua
malam ni. Lepas ni, kena mintak cuti ni.
“KAU NI. Kedai mamak pun kau nak pakai baju kurung.” Keluh
Hanisah, kawan baik Maira dari sekolah, sampailah sekarang.
“Alaa...kau, macam tak biasa je.” Ujar Maira, lantas mengambil tempat di
hadapan Hanisah, dan lantas memanggil pekerja untuk mintak order.
“Memanglah. I can’t believe, it still
surprised until now. Selepas dah bertahun kita bersama.” Ujar Hanisah.
Memang pun. Kadang-kadang, Maira ni, sungguhlah mengagumkan. Boleh pulak dia
pakai baju kurung ni, ke mana-mana. Seumur hidup dia mengenali Maira. Sungguh,
dia tak pernah nampak Maira keluar pakai baju lain, selain baju kurung, kecuali
kalau ada sukan kat sekolah. Waktu tu je lah, nak nampak dia pakai seluar pun.
Sekarang ni, dah berkerja, lagilah tak pernah langsung, nampak dia pakai baju
lain. Klasik sungguh. ALLAHYARHAMAH Saloma pun, tak adalah asyik pakai baju
kurung je.
“Tau pun.” Nak buat macam mana, dah Maira memang selesa berbaju kurung.
Lagipun semua baju kurung tu, ada sentimental
value. Tidak kira, ke mana pun dia pergi, dia akan sentiasa berbaju kurung.
Tak kiralah, orang nak kata dia selekeh ke, kampung ke. Asalkan dia senang.
“Bhaya. Roti kosong double satu. Lepas tu, Milo Ais satu.”
Ujar Maira, sebaik sahaja salah seorang pekerja kedai mamak tu menghampiri meja
mereka. Pekerja tu, mengangguk dan mencatat sesuatu dalam kertas.
“Saya, bagi tosei je satu dan ais limau.” Diikuti oleh Hanisah pulak.
Setelah bhaya tu, meninggalkan meja mereka, Hanisah memandang Maira tajam. “Tak
takut ke, badan naik, makan banyak?” Soal Hanisah.
“Penatlah, kalau fikir macam tu. Kalau asyik fikir macam tu je, baik tak
payah makan.” Ujar Maira, memuncung. Malaslah nak fikir pasal tu. Kalau naik,
naiklah. Kalau tak, tak lah. Janji, dia lapar. Tapi, memang syukurlah pulak,
sebab, walau banyak mana pun dia makan. Badan dia susah nak naik.
“Orang yang badan dia, susah nak naik, memang macam tu. Cuba kalau badan
kau, cepat naik, macam aku ni hah. Tak adanya kau nak cakap macam tu. Menyampah
aku.” Ujar Hanisah, lantas menjeling Maira, tak puas hati. Maira hanya
tersengih.
“Jangan jealous.” Maira mengusik
lantas tergelak. Kemudian, tangan Hanisah, ringan je mencubit lengan Maira.
“Adui!” Maira mengaduh dan Hanisah, tergelak puas.
PPPIIINN!
Bunyi hon kereta kuat, mengejutkan Maira dan Hanisah. Terus mereka
memandang ke arah, punca bunyi bising. Disebabkan tempat mereka duduk diluar,
maka makin kuatlah bunyi hon kereta membingitkan telinga mereka. Sungguh mereka
terkejut, apa yang jadi di depan mata. Seorang lelaki sedang terbaring meniarap
dan muncung kereta, yang tidak jauh dari tubuh lelaki tu. Mata Maira terbeliak.
Ya ALLAH. Kena ke? Tanpa berfikir panjang, terus dia bangun dari duduknya, dan
mulakan langkah ke arah kemalangan tu.
“Woi, Maira!” Teriak Hanisah, sebaik sahaja melihat Maira bergegas ke arah
kemalangan tu. Sesampai sahaja di tempat kemalangan tu, dia nampak badan lelaki
tu bergerak-gerak. Tak nampak pulak, darah ke apa. Macam mana ni? Orang lain
pun hanya tengok je, tak buat apa-apa. Sekurang-kurangnya, terbalikkanlah tubuh
lelaki tu, untuk melihat muka. Ya ALLAH, ampunkan aku. Setelah puas berdoa
dalam hati, perlahan-lahan Maira membetulkan kedudukan lelaki tu, dari meniarap
dia melintangkan tubuh lelaki tu. Sungguh, dia terperanjat apabila melihat
wajah pucat dan berpeluh-peluh lelaki tu, walaupun tak ada darah, di mana-mana.
Sempat brek kot kereta tu.
“Encik. Encik tak apa-apa ke?” Soal Maira, sudah pun melepaskan tubuh
lelaki tu. Mata lelaki itu melilau. Sekejap pejam, sekejap celik.
“Dia tak apa-apa ke? Sungguh, saya terkejut bila tiba-tiba Encik ni, jalan
betul-betul depan kereta saya. Nasib baik saya bawak tak laju, sempat brek.
Tapi kena tak dia?” Ujar pembawa kereta yang kemalangan tadi, risau. Lelaki itu
turut mencengkong di sebelah Maira, melihat keadaan lelaki yang terbaring itu.
“Saya rasa tak kena, sebab tak ada darah pun” Maira menjawab.
“Macam mana ni.” Ujar pembawa kereta risau, dia menggaru kepala yang tak
gatal.
“Kenapa?”
“Saya nak kena ambik anak saya kat rumah dan bawa dia ke hospital, sebab
isteri cakap, anak saya demam teruk.” Balas lelaki pembawa kereta.
“Ya ALLAH, ye ke? Kalau macam tu, biar saya je lah yang bawak dia ke
hospital.” Ujar Maira, ikhlas.
“Tak apa ke? Saya yang langgar dia.”
Pembawa kereta serbasalah. Maira menggeleng kepala.
“Tak apalah encik. Anak encik lebih perlukan encik. Saya rasa encik ni,
Cuma terkejut je, tu yang dia pengsan ni.”
“Tak apa, encik tolong saya papah dia masuk dalam kereta saya. Nombor plat
kereta saya BCL 3345, Viva yang warna merah jambu tu, kat sana tu.” Maira
menunjukkan arah kereta Viva-nya di parkir.
“Encik bawak dulu dia ke sana, saya ambik kunci kat atas meja kedai mamak
tu.” Sambung Maira lagi. Lelaki pembawa kereta itu mengangguk, lantas memapah lelaki
yang pengsan itu, menuju ke kereta Maira.
Sementara itu, Maira masuk semula ke kedai mamak tu.
“Macam mana?” Soal Hanisah, ingin tahu, sebaik sahaja Maira sampai di
hadapannya. Dia tak pergi tengok. Takut. Maira ni, memang jenis yang berani
sikit.
“Kau kena ikut aku. Aku nak bawak dia pergi hospital. Sampai hospital, kau
kena tolong aku papah dia. Tak larat kot, nak papah seorang. Tolong aku eh?”
Tanpa menanti, jawapan Maira terus tarik tangan Hanisah.
“Hah? Kejap. Nak kena bayar dulu. Kita dah order tadikan.” Hanisah menahan kakinya, dari terikut langkah
Maira.
“Hah, yela, cepat-cepat. Aku tunggu kau kat dalam kereta. Kau bayar dulu,
nanti aku bayar kau balik” Ujar Maira, lantas tergesa-gesa meninggalkan
Hanisah, untuk membayar. Nyawa orang, tak boleh lambat-lambat. Nanti, tak
pasal-pasal melayang. Walaupun, lelaki tu tak nampak macam kena langgar pun.
‘ENCIK. ENCIK tak apa-apa ke?’ Suara itu, samar-samar
bermain dalam kepalanya. Wajah, tuan punya suara tu yang singgah kejap di
benaknya, rasa macam kenal. Tapi, macam tak. Matanya perlahan-lahan hendak
membuka, sebaik sahaja, mata tu terbuka, matanya disilau dengan cahaya lampu
putih. Mengambil masa jugak, nak membiasakan diri dengan cahaya lampu yang
terang tu. Setelah dapat membiasakan diri, barulah dia perasan yang sekarang
ni, dia di tempat yang asing. Perlahan-lahan, dia bangun di riba ada selimut
putih.
“Dah bangun dah?” Soal doktor muda tu. Aku kat hospital? Apa jadi?
“Awak, ada gastrik, kenapa tak makan ikut waktu?” Soal Doktor muda tu. Baru
dia teringat. Tadi, sebenarnya, dia nak pergi kedai runcit nak beli roti, tapi
tengah-tengah jalan tu pulak, gastriknya menyerang lagi. Tapi, dia macam
ingat-ingat lupa apa yang jadi. Yang dia tau, dia dengar bunyi hon kereta, dan
terus blank. Sebelum blank tu macam nampak wajah seorang
gadis, dan suara seorang gadis, memanggil-manggilnya. Mimpi agaknya. Tapi,
kenapa macam kenal pulak gadis tu?
“Lepas ni, awak makan ikut waktu. Jangan skip breakfast...Orang yang hantar awak tadi, dah balik. Sebab mereka
ada hal...Mereka berdua yang tolong isikan borang awak tadi.” Terus terbuka
luas matanya.
“Siapa doktor? Doktor tau, nama dia
orang? Saya nak cakap terima kasih” Baik sungguhlah, orang yang hantar dia ke
hospital ni. Dia rasa terhutang budi. Kalau tak, apalah yang jadi kat dia
agaknya.
“Maaf. Saya tak tanya pulak. Tapi dia orang suruh saya serahkan balik ni,
pada awak.” Ujar Doktor muda itu, sambil menghulurkan sekeping kad. Daniel
mengambil huluran doktor tu. Dia membelek kad tu. Ni. IC aku ni. Di belakang IC
tu ada tertampal satu post it note;
‘Maaf terpaksa ambik IC awak dari wallet awak, sebab nak isi
borang, Don’t worry, duit awak tak hilang, kita orang jujur :)’
Ringkas sahaja nota tu. Tersungging senyum di bibir Daniel melihat smiley yang disertakan. Sungguhlah,
siapa-siapa pun ni. Sekurang-kurangnya, letaklah initial kat bawah ni, bagi orang tahu siapa. Ni tak ada. Misteri
betul. Sekarang, dia dah tak tahu, dari siapa nota ni. Terus dia simpan kembali
Ic tu ke dalam wallet. Post it note
pulak, dilipat dan di masukkan juga ke dalam wallet.
“Encik Daniel. Kalau awak tak jaga makan awak, takut nanti dari gastrik
jadi benda lain pulak, sila ambik perhatian...” Tiba-tiba dia teringat, tuan
punya suara dan muka yang dia nampak dalam mimpi tadi. Siapa eh? Macam pernah
nampak. Nasihat doktor, macam dengar tak dengar je, dia terus berfikir, mana
dia jumpa gadis tu? Makan? Makan, Pizza? Gadis yang banyak makan kat Pizza tu?!
Ke dia yang mamai, sampai terbayang orang yang tak ada kaitan langsung dengan
dia? Sungguhlah, dia betul-betul perlukan cuti.
“Awak kena berehat ni. Nanti, saya bagi surat MC.” Ujar Doktor muda tu.
Daniel mengangguk. Baru tadi, cakap pasal cuti.
“Terima kasih doktor. Saya dah boleh keluar sekarang?” Soal Daniel. Doktor
mengangguk-angguk, mata masih pada fail.
“Rasanya, selain masalah gastrik awak, tak ada apa-apa yang kritikal. Cuma
awak kena jaga makan tu.Lepas ni, saya bagi awak beberapa ubat, nanti awak
ambik kat farmasi.” Balas Doktor yang pakai tag nama Al-Hidayat tu. Daniel
mengangguk.
“Baiklah. Terima kasih doktor.” Ujar Daniel. Doktor Al-Hidayat mengangguk
dan tersenyum, lalu keluar dari wad.
Setelah selesai urusan Daniel dengan pihak hospital, dia beransur pulang ke
rumah dengan menaiki bas. Wajah gadis Pizza hut yang entah siapa-siapa yang
menyinggah di benaknya di campak jauh-jauh. Bukannya dia kenal pun gadis tu.
Daniel ni, salah satu keistimewaan yang ALLAH bagi kat dia, dia senang ingat
muka, tapi nama susah nak ingat. Kadang-kadang, kalau ada orang tegurnya di
tepi jalan, puas dia nak ingat nama, padahal dia kenal muka orang tu. Tapi,
belum pernah pulaklah, muka orang yang asing nak masuk dalam mimpi dia, kalau
dia senang ingat muka pun. Hairan sungguh. macam mana muka gadis Pizza Hut tu,
boleh masuk dalam mimpi dia. Dia betul-betul memerlukan rehat sekarang ni.
Nanti, tak payahlah fikir benda yang entah hape-hape,
ingat muka orang yang tak kenal.
Sesampai di rumah, dia mencucuk kunci di pintu rumah dan terus naik bilik,
selepas melangkah masuk ke dalam rumah. Lepas tu, dia baru teringat dia tak
makan lagi. Terus dia turun ke dapur, untuk melihat apa yang ada. Dia kemudian
melihat bekas beras. Ada segenggam. Bolehlah nak buat bubur pun.
Daniel ni, bukanlah dalam kategori lelaki yang pandai masak. Tahap kebolehan
dia memasak hanyalah setakat bubur kosong sahaja. Bolehlah, nak buat alas pun.
Tu pun, kakak yang paksa dia belajar masak bubur, sebab kakak tahu, kalau duduk
seorang, tak ada orang jaga, susah, dengan penyakit gastrik dia tu. Lagi pulak,
dia jenis kalau dah buat kerja memang tak ingat dunia.
Daniel, kemudian memasukkan beras segenggam ke dalam periuk, kemudian dia
pergi ke singki untuk membasuh beras. Selesai membasuh beras, dia masukkan air
yang banyak ke dalam periuk. Kakak cakap kalau sikit sangat airnya, nanti tak
jadi bubur. Dia menegek periuk beras yang berisi air tu atas dapur. Tunggu
bubur tu menggelegak, baru letak bubur.
Mak Ayah Daniel sekarang, senang duduk di kampung. Anak dah besar-besar,
tak payah risau pasal duit ke apa. Anak-anak yang bagi duit kat Mak Ayah. Ada
jugaklah, Daniel mengajak Mak dengan Ayah, duduk dengannya di Cyberjaya ni,
namun Mak dengan Ayah enggan, sebab nak tengok kebun dan binatang ternakkan
mereka di kampung. Kalau mereka ikut, siapa yang nak jaga semua tu. Akhirnya,
Daniel akur jugak.
Kadang-kadang, sunyi je duduk rumah ni, seorang-seorang. Dengan gajinya
yang boleh tahan, walaupun, baru berumur 24 tahun, dia mampu membeli rumah ni.
Fikirnya nak duduk dengan Mak Ayah. Tapi, Mak dengan Ayah tak mahu. Duduklah
dia seorang di sini.
Kakak dan Abangnya sudah berkeluarga. Masing-masing duduk jauh, sebab kerja
dan mengikut suami. Abang duduk di Terengganu, sebab berkerja sebagai Pensyarah
TESL di Unisza manakala kakaknya duduk di Sarawak, mengikut suami yang berkerja
sebagai guru. Dia pulak, duduk di Cyberjaya ni, kerana, tempat kerjanya
dekat-dekat cyberjaya tu. Kampung mereka pulak, di Johor Bahru, tak ke bersepah
tu?
Kakak ada jugak mencarikan calon-calon isteri untuknya, tapi dia tidak
pernah berminat dengan semua tu. Belum rasa nak berkeluarga lagi. Kakak dengan
Mak selalu bising, cakap ‘rumah dah ada, kereta pun dah ada. Kenapa liat sangat
nak cari isteri?’ Setiap kali, keluar perkataan tu dari mulut Kakak dan Mak,
dia hanya memekakkan telinga. Dia jenis yang tidak kisah, kalau ada jodoh tu,
adalah. Kalau tak ada, tak adalah. Lagipun, sebagai lelaki, memikul
tanggungjawab sebagai suami tu, sangat besar. Walau dia dah berasa sedia,
sekali pun, dia tak tahu betul-betul cukup bersedia lagi ke tak. Untuk memikul
syurga orang lain di bawah tapak kakinya, memerlukan keberanian yang tinggi.
Walaupun, solat, dia belum pernah tinggal, tetapi kalau setakat solat tak
tinggal, lepas tu yang sunat buat sekali-sekala asal senang je, cukup ke tu,
untuk memimpin keluarga? Sungguh, dia belum berani.
Selepas beberapa minit menunggu, bubur telah pun siap. Dia mencedok bubur
nasi tu ke dalam mangkuk dan duduk di meja makan. Sebagai orang yang tak banyak
makan macam dia, setakat bubur macam ni, cukuplah. Dia tak tahulah, kenapa dia
memang tak banyak makan. Kai pun cakap dia kurus kering. Saje je, Kai tu. Mana
ada kurus sangat. Cuma kurang berisi je, tak adalah kurus macam Mahatma Gandhi tu.
Tiba-tiba dia nampak wallet dia yang
terdampar dia atas meja makan. Sambil makan tu, sambil dia membuka wallet dan
mengeluarkan post it note yang dia
dapat dari doktor tadi. Lipatan dibuka, dan nota ringkas tu, kembali menyapu
pandangannya...
‘Maaf terpaksa
ambik IC awak dari wallet awak, sebab nak isi borang, Don’t worry, duit awak
tak hilang, kita orang jujur :)’, Sekali lagi,
Daniel tersenyum membaca nota tu. Kemudian, dilipat dan di masukkan kembali
nota tu, dalam wallet.
Heii...siapalah ni. Besok, nak kena beli stok rotilah.
MATANYA MELIAR pada pek Nescafe yang tersusun di rak. Nescafe
kat rumah, dah habis. Kena beli. Tengok tu, tak padan dengan gastrik. Nak jugak
minum Nescafe. Daniel, Kopi dengan Nescafe, memang tak boleh dipisahkan. Dah
tahu, Nescafe tu memang tak elok, nak jugak minum. Kalau sehari, tak minum
Nescafe atau kopi, memang tak boleh. Daniel tak kuat makan, tapi kuat minum
Nescafe dan Kopi. Tangannya baru nak mencapai botol Nescafe Gold apabila...
“Eeuuww...Nescafe? Tak ada minuman lain ke, kau nak beli.” Kedengaran suara
seorang gadis tidak jauh darinya, bercakap-cakap dengan kawannya. Eh. Minah
Banyak Makan tu. Macam yang kecik sangat je Malaysia ni, yang dia selalu nak
terserempak dengan gadis tu. Daniel terkebil-kebil memandang gadis itu. Gadis
itu tak sedar yang dia tengah memandang gadis tu, sebab gadis tu sibuk berbual
dengan kawannya. Lagipun, jarak mereka agak jauh.
Yang memang amazing, dia boleh
ingat wajah gadis tu dengan jelas, walaupun mereka jarang terserempak. Ehh..kejap?
‘Eeeuww Nescafe’? Berkerut dahi Daniel apabila dengar.
“Kau ingat, aku macam kau ke, minum air budak-budak?” Ujar Kawannya, gadis
itu mencebik.
“Tak kisahlah, air budak-budak ke, air apa ke aku tak kisah, janji aku
suka. Air orang tua macam kau tu, pahit.” Balas gadis itu, lantas menjeling.
Daniel tersenyum mendengar. Air orang tua dikatanya Nescafe tu? Tak patut.
Daniel, memandang gadis itu lagi. Kali ni, gadis tu, pakai baju kurung berwarna
merah jambu pulak. Kejap. Kenapa dia ingat, warna apa yang gadis tu pakai? Tak
cukup rasanya, MC sehari ni.
“Cepatlah, shopping. Aku lapar.
Nak makan. Perut aku dah buat persembahan streetdance
dah dalam ni.” Ujar gadis itu, sambil menggosok-gosok perutnya. Daniel
tergelak kecil melihat perbuatan gadis itu. Dia menggeleng kepala. Kelakar
jugak, minah banyak makan ni. Tiba-tiba deringan dari Iphone mengalihkan
pandangannya dari gadis itu. Dia keluarkan Iphone dari poketnya dan melihat
nama pemanggil. Rumah. Ayah la tu. Dia menyentuh butang ‘accept call’ dan melekapkan
Iphone ke telinga.
“Assalammualaikum, Yah. Kenapa?” Dia mencapai botol Nescafe Gold tadi dan
diletakkan di dalam troli. Selepas itu, dia menolak troli, melepasi tempat
gadis itu dan kawannya berdiri. Masa untuk cari roti pulak.
BUNYI DERINGAN telefon bimbit, menghentikan perbualan Maira
dan Hanisah, yang tadinya tengah cakap pasal ‘lapar’. Mereka memandang ke arah
datangnya bunyi nada dering tu. Biasalah, manusia, kalau dengar apa-apa bunyi,
mata mesti nak tengok jugak, walaupun tahu, tu sebenarnya bunyi telefon. Maira
memerhatikan lelaki yang sedang bercakap dalam telefon tu. Maira ternampak yang
lelaki tu, letak sebotol Nescafe dalam troli. Ni pun, sama spesis macam Hanisah
ni. Minum, air orang tua. Tak fahamlah, apa yang orang suka sangat dengan
Nescafe tu, dahlah pahit. Kelat. Tak sedap. Bagi dia, lagi sedap, air coklat,
milo atau teh.
“Assalammualaikum, Yah. Kenapa?” Perbualan yang didengar dari lelaki tu,
semasa lelaki tu menolak troli melepasi, Hanisah dan dia. Jelas nampak muka
lelaki tu dari tepi. Asal macam pernah nampak hah? Maira berkerut dahi
berfikir. Kat mana dia pernah nampak lelaki tu.
“Eh. Lelaki tu kan, macam pernah nampaklah.” Bisik Hanisah. Tak faham,
kenapa perlu berbisik, sedangkan lelaki tu dah jauh meninggalkan mereka.
Hanisah. Hanisah. Maira mengangguk.
“Aku pun rasa macam pernah nampak dia.” Yang ni lagi dia tak faham. Yang
dia ikut berbisik jugak kenapa? Maira, Maira. Herot mulut Maira berfikir. Kat
mana pernah nampak dia?
“Dia tu, some kinda artis ke?
Selalu keluar TV?” Soal Maira lagi. Selalu, kalau nampak muka macam familiar tapi tak kenal. Selalunya
artislah tu.
“No lah..I don’t think so. Tak rupa artis pun.” Hanisah menyangkal. Maira
mengangguk. Betul jugak. Ehh..kat mana pernah jumpa dia? Puas dia berfikir, kat
mana? Kat mana? Tiba-tiba...
“Pak Cik Pengsan, sebab gastrik tu!” Ujar Hanisah dan Maira serentak.
Ha’ahlah. Lelaki yang mereka tolong bawak pergi hospital tu. Mula-mula ingat
sebab terkejut tu yang pengsan tu. Tapi lepas doktor buat check up, rupanya lelaki tu ada gastrik. Nasib baik, gastrik je.
Bukan sebab accident. Dahlah, doktor tu, boleh tahan kacak. Tapi, kenapa dia
tak cakap terima kasih pun? Oh. Yelah. Mananyalah, lelaki tu nak tahu, siapa
hantar dia pergi hospital, kalau mereka pun dah balik rumah sebelum lelaki tu
sedar...dan nota yang ditinggalkan pun, rasanya tidak diletak nama mereka.
“Asal dia tak cakap terima kasih? Kurang hajo punya Pakcik Gastrik!” Hanisah dah mulai membebel. Maira
mencubit pipi Hanisah.
“Makcik. Agak-agaklah kot ye pown nak marah. Kau ingat dia nak nampak ke,
siapa hantar dia pergi hospital kalau dia dah pengsan macam tu? Lagipun,
sebelum dia sedar kan, kita dah balik dulu hari tu. Manalah, dia nak kenal
kita.” Maira memberitahu. Ke membela lelaki tu? Er...motif? Apa-apa je lah! Hanisah,
kemudian, cepat-cepat mengalihkan tangan Maira dari mencubit pipinya lagi. Setelah
Maira melepaskan cubitan, Hanisah mennggosok pipinya, dan tersengih.
“Ye, tak ye, jugak eh. Tapi...sakitlah, kau cubit makcik!” Marah Hanisah.
Maira tergelak kecil. Dia memandang jauh jalan yang dilalui lelaki yang bernama
Daniel Hilal(tahu, masa nak isi borang hospital. Kat Ic ada nama penuh.) tu,
walaupun lelaki itu sudah tak dinampak lagi. Maira, ada satu tabiat. Dia tak
kan pernah melupakan nama-nama yang dia rasa unik dan sedap. Daniel Hilal tu,
sangat sedap disebut dan sangat cantik susunan namanya, membuatkan Maira, akan
sentiasa ingat nama tu. Rasa macam nak bagi nama tu kat anak je. Haha. Mereka
berdua kemudian sambung shopping beberapa minit lagi dan terus ke food court, Alamanda Putrajaya tu.
“NAH, COKLAT. Kawan anak sedara aku bagi.” Ujar Kai dan
meletakkan dua peket coklat Hershey’s
besar, di atas meja kerja Daniel.
“Mimpi
apa, kawan anak sedara kau nak bagi aku coklat? Aku tak kenal pun dia.” Ujar
Daniel, pelik.
“Bukanlah.
Afiya tu, kawan dia duduk kat Langkawi, jadi pesanlah coklat banyak-banyak.
Kan, coklat kat sana, murah. Dah sampai tak terhabis. Daripada buang, lebih
baik, aku bagi orang yang ada gastrik.” Kai memerli. Daniel memandang Kai,
tajam.
“Terima
kasihlah ye. Tapi, aku tak makan coklat. Aku tak suka dengan rasa dia.” Ujar
Daniel. Terus berkerut dahi Kai. Ada jugak, orang yang tak suka rasa coklat.
Dia sendiri pun, bukanlah gemar sangat makan coklat, tapi tak adalah sampai tak
suka dengan rasa dia.
“Ish.
Dah lah gastrik. Memilih pulak tu. Kau ambik je lah. Bagi kat sesiapa. Banyak
lagi kat rumah tu. Yang banyak makan, cuma Akif je. Leya kecik lagi. Afiya
dengan Athif kan jarang balik rumah.” Akif, Athif dengan Afiya, anak saudara
Kak Zana. Leya pulak anak perempuan Kak Zana dan Kai. Daniel mengeluh.
“Yelah.
Aku ambik.” Daniel mengalah. Kai dah tersenyum. Kenapa aku ambik, dah tahu yang
aku tak kan makan?
“TIBA-TIBA aku teringin nak makan coklat.” Ujar Maira,
sambil tersengih. Hanisah dah memandang Maira tak puas hati.
“Oi! Tak cukup dengan Set Burger
Whopper tu, satu, kau beli nugget lagi, sekarang ni, nak coklat pulak? Mana kau
letak semua benda tu hah?” Marah Hanisah.
“Tapi, macam teringin.” Maira
tersengih kerang busuk. Hanisah memandang Maira tak puas hati..
Entah dari mana dan entah dari
siapa, tiba-tiba dua paket coklat Hershey’s Kisses besar berlandas di atas meja
mereka berdua. Terus Maira dan Hanisah terkebil-kebil melihat paket coklat tu.
Terus mereka berdua memandang tuan yang baik hati sangat nak bagi coklat ni.
Terbuntang mata mereka berdua, melihat orang yang memberi tu.
“Ambiklah. Saya tak suka coklat.”
Selepas menuturkan ayat tu, Maira dan lelaki tu saling berpandangan buat
beberapa ketika. Maira memandang lelaki tu, pelik. Lelaki tu, buat selamba.Kemudian,
lelaki tu terus melangkah keluar Burger King, Nilai dengan tenang dan tanpa
serbasalah, meninggalkan Maira dan Hanisah terpinga-pinga. Tak suka coklat? Who in the world, doesn’t like Chocolate?
Well, rezeki aku. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari.
“Eh! Awak. Coklat awak!” Teriak
Maira, selepas tersedar, namun lelaki tu sudah jauh melangkah keluar dari
Burger King. Matanya menghantar lelaki itu, sehinggalah kereta lelaki itu,
hilang dari pandangan. Laa...betul, betul dia nak bagi aku rupanya, ingat
main-main je tadi.
“Eh...lelaki
tu...?” Hanisah cuba mengingat.
“Daniel Hilal.” Tutur Maira ringkas.
Terus Hanisah memandang Maira, dengan
mata yang terbuka.
“Kau ingat nama dia?” Hanisah tak
percaya.
“Kau
tau kan, kalau nama orang tu, unik, aku akan ingat.” Balas Maira. Hanisah
mengangguk. Apa motif Encik Daniel Hilal ni, bagi coklat dan bercakap dengan
dia? Tak kan Daniel dah ingat kot? Kalau dia ingat mesti dia cakap terima
kasih. Dari ayat dia tadi, macam Daniel ni, pernah kenal dia je, sebelum ni.
Pernah jumpa ke? Bila? Kat mana? Pertanyaan yang dia tidak akan dapat jawapan.
“Kenapa tiba-tiba? Pelik je. Entah-entah dia
nak wel- wel kan kau tak?” Ujar Hanisah, ragu-ragu.
“Syak
lah all you want. Yang penting, aku
ambik coklat ni. Kau nak tak? Kalau tak nak bagi aku.” Ujar Maira selamba.
Hanisah terus menggeleng laju.
“Tak
nak aku. Seram. Dahlah kita tak kenal dia siapa. Kau buanglah benda tu.” Ujar
Hanisah, penuh syak wasangka.
“Ish,
buat apa nak buang? Elok lagi ni. Kau tak nak, aku makan dua-dua.” Ujar Maira,
lantas terus meletakkan dua paket coklat Hershey’s Kisses tu, dalam beg
tangannya. Hanisah, hanya menggeleng melihat Maira. Lantaklah, rezeki depan
mata, buat apa nak tolak. Hershey’s tu! Langsung, dia tak nak fikir sebab
musabab kenapa Daniel Hilal tu, buat macam tu. Janji, jimat duit, tak payah
beli coklat. Tapi kan, suara dia sedap di dengarlah bila bercakap. Haha.
PERSOALAN KENAPA dia tiba-tiba buat
macam tu, sungguh misteri, tanpa jawapan. Tangannya memusing stereng kereta.
Sungguhlah, apalah yang telah terjadi tadi? Dia bagi coklat pada Cik Yang
banyak makan tu. Hari ni, gadis tu pakai baju kurung lagi. Kali ni, baju kurung
berwarna unggu pulak, dipadankan dengan tudung bawal berwarna unggu pekat.
Setiap kali, dia nampak gadis tu, mesti gadis tu, pakai baju kurung. Tapi, highlight untuk hari ni, sungguh dia tak
sangka akan berjumpa dengan gadis itu di 9th avenue, Nilai. Kalau dalam kawasan
Putrajaya atau Cyberjaya tu, tak adalah nak pelik sangat, kerana mungkin dia berkerja
di tempat yang sama. Tapi, yang sampai ke nilai tu, memang hebat betul.
Sebenarnya, entah kenapa tadi saja je dia nak tukar angin, pergi bungkus Burger
King kat Nilai, walaupun rumah dia kat Cyberjaya tu. Tukar angin sikit, jalan
jauh, sebab malas nak balik rumah awal.
Tiba
je dia di Burger King Nilai tu, dia bukalah pintu masuk Burger King tu. Dan
sekali lagi, dia ternampak Cik Yang Banyak Makan tu. Selera cik tu, macam
biasa. Besar. Kalah dia yang lelaki. Memang dah awal-awal kalah pun, sebab Daniel
kan jenis yang tak banyak makan. Mula, dia tak nak ambik peduli pun, tapi bila
dia dah nak keluar dari Burger King tu, tiba-tiba terdengar gadis tu cakap
‘Tiba-tiba aku teringin nak makan coklat’. Dia teringat, yang Kai ada bagi
coklat pada dia. Diletakkan dalam beg galas nya, masa tu pulak, kebetulan dia
bawak beg galas kesayangannya tu, lalu dia pun mengeluarkanlah dua paket coklat
tu dan tanpa berfikir panjang, dia terus meletakkan kedua paket coklat tu, di
atas meja gadis berdua tu. Siap cakap last word lagi. Mesti Cik Yang Banyak
Makan tu, mesti fikir dia gila. Daniel menggosok rambutnya dan mengeluh.
Biarlah, bukannya kita orang akan berjumpa lagi pun.
Akhirnya,dia
diamkan sahaja. Malas nak fikir banyak. Dia tak kenal gadis tu, dan gadis tu
tak kenal dia. Anggaplah, kejadian tadi berlaku sebab otak dah tak betul, sebab
penat. Lagi pun, dia tak suka coklat. Halalkan je lah.
“MAIRA, NAH BAJU lagi. Nenek buatkan.” Ujar
Nenek, sambil menyerahkan sepasang baju kurung berwarna biru laut, bersorak
bunga berwarna merah jambu, kecil-kecil.
“Nek. Maira dah cakap kat nenek, tak
payah susah-susah. Nenek tu, bukannya larat sangat.” Ujar Maira lembut, lalu
Maira memimpin Neneknya, duduk di sofa bersebelahan dengannya. Kemudian Maira
menyambut huluran Neneknya. Nenek, ni memang. Bila Maira balik je kampung,
nenek mesti jahitkan baju kurung. Dah banyak kali, Maira halang, sebab Nenek
tu, bukannya sihat sangat. Tapi, Nenek degil. Katanya, seronok buat baju untuk
cucunya yang paling rapat ni. Memang dalam banyak-banyak cucu nenek, Maira
paling rapat dengan nenek. Sebab Maira rajin datang melawat, kalau ibu bapa
Maira tak ikut, Maira akan datang seorang. Yelah, orang muda, langkahnya
panjang. Terutama orang muda, bujang dan ada lesen macam Maira tu. Maira rapat
dengan Nenek dan arwah atuk, pun sebab, masa sekolah menengah, Maira duduk di
kampung ni, dengan nenek dan arwah atuk.
“Eh..tak apalah, nek suka jahit baju.
Memang hobi nenek, lagipun satu je ni hah untuk Maira.” Balas Nenek.
“Okey...Tapi Lain kali, kalau tak
boleh, jangan paksa diri tau! Baju-baju kurung yang Nek, jahitkan untuk Maira,
dah lebih dari cukup. Semua cantik-cantik. Selalu Maira pakai.” Ujar Maira
manja. Nenek hanya tersenyum dan mengangguk.
“Yelah, Maira oi!” Nenek membalas.
Mereka berdua tergelak
Asalnya, Babah dengan Ibu, cuma nak letak Maira sekejap je, di Kampung,
kerana masing-masing sibuk dengan kerja-kerja outstation. Namun, setelah tiga tahun duduk di kampung, bila babah
dan ibu menjemputnya balik ke rumah, Maira menolak, kerana dia dah selesa duduk
di kampung. Cuma selepas SPM je, dia terpaksa tinggal dengan Babah dan Ibu
kerana dia menyambung belajar di Kolej Matrikulasi, dekat dengan dengan rumah
Babah dengan Ibu. Ni pun Maira baru sahaja tamatkan Sijil Sarjana Muda dalam
bidang Ekonomi. Tetapi, dia dapat kerja di sebuah syarikat penerbitan di
Cyberjaya,bahagian ‘Call Centre’. Gajinya, boleh tahan jugak. Terutamanya dia
sebagai pelajar lepasan Sarjana Muda, memang agak lumayan, untuk dia seorang.
Dia tak kisahlah, lari bidang ke apa. Janji, ada kerja.
Nenek, memang rajin, menjahit. Terutama menjahit baju kurung. Sebab itulah
dalam almari Maira ada banyak koleksi baju kurung. Semuanya, hasil tangan
nenek. Sebab tu, dia suka pakai baju kurung bila keluar ke mana-mana. Baju-baju
kurung tu, mengingatkannya pada Nenek. Tak sampai hati nak simpan je dalam
almari tu. Sebab nenek dah jahit, kan. Lagipun, dia memang selesa berbaju
kurung, sebab dah selalu sangat memakai baju kurung, maka dia dah terbiasa.
Maira kemudian, memeluk Nenek, dan
mengucup pipi Nenek, sebagai tanda terima kasih. Nenek tersenyum lembut.
“Terima kasih, Nek!” Ujar Maira,
gembira. Nenek hanya mengangguk dan tersenyum. Nenek menepuk-nepuk lembut
tangan Maira yang berlingkar di leher Maira.
SEBAIK SAHAJA dia masuk ke dalam rumah kampung tu, suasana
riuh mula menyapa pancaindera. Ada yang buat door gift. Ada yang bawak minyak masak. Ais. Kordial minuman.
Semuanya bergilir keluar masuk rumah. Nasib baik, rumah kampung Maknya ni agak
besar. Jadi, tak adalah, sampai kekurangan ruang. Hari ni, dia balik kampung,
sebab besoknya, Cik Laili makciknya, iaitu adik kepada mak yang hanya tua
setahun darinya akan bersanding. Disebabkan arwah atuk dan nenek dah lama
meninggal dunia, Mak dengan Ayahlah yang menggantikan arwah atuk dan nenek
sebagai tuan rumah belah perempuan. Sedang dia berlegar dalam rumah tu, dia
ternampak Kaira kakaknya yang sibuk jugak, sedang membuat bunga telur. Kakak
tersenyum.
“Kakak.
Mana mak dengan Ayah?” Soalnya pada Kak Kaira.
“Adik. Mak dengan Ayah adalah kat
mana-mana. Semuanya sibuk. Mak mungkin kat dapur, tengah masak. Ayah mungkin
kat luar tengah uruskan khemah. Adik carilah kat mana-mana. Ada je tu dia
orang.” Kak Kaira membalas. Daniel mengangguk.
“Mana adik punya anak-anak buah? Abang
Man semua?”
“Dia orang tengah tidur kat dalam
bilik tu. Eloklah, tak adalah susah akak nak jaga dia orang, tengah-tengah
sibuk ni. Abang Man kau tu, pun mungkin kat luar tolong Ayah.” Daniel mengangguk faham.
“Abang Nizam dengan Kak As dah
sampai?” Daniel bertanya tentang abang sulungnya dan isteri. Kak Khaira,
menggeleng.
“Belum lagi. Akak ingat, malam baru
dia orang sampai kot.” Kak Khaira membalas.
“Oh. Kak. Adik pergi dapur dulu,
cari Mak.” Ujar Daniel. Selepas Kak Khaira mengangguk, dia mengatur langkahnya
untuk ke dapur.
Sesampai sahaja di dapur, bahang
dari kuali panas dari luar terasa sehingga ke dalam. Golongan, mak-mak,
nenek-nenek sibuk membuat kerja masing-masing. Mana Mak ni? Tak tentu arah
Daniel dibuatnya. Makcik-makcik sibuk memasak itu ini. Bunyi kuali dan sudip
berlaga, menyibukkan lagi suasana.
“Hah, Adik. Dah sampai?” Daniel
berpaling apabila terdengar teguran mak. Daniel tersenyum. Rindunya, kat Mak!
“Mak. Assalammualaikum Mak.” Ujar
Daniel, lalu mendapatkan ibunya dan terus memeluk wanita separuh umur tu.
“Mak busuklah, Adik. Peluh dan
minyak lagi ni.” Ujar Mak, sambil memeluk kembali Daniel.
“Adik tak kisah. Adik rindu kat Mak
dengan Ayah.”
“Dah besar panjang pun, manja lagi.”
Mak menepuk-nepuk bahu Daniel yang sedang memeluk Mak. Mereka dua beranak,
kemudian melepaskan pelukkan. Mak tersenyum lembut, lantas menyerahkan satu
paket garam.
“Nah. Pergi bagi si Tukang masak kat
luar tu. Garam dah habis.” Daniel menyambut dengan muka berkerut.
“Mak, macam mana adik nak tahu mana
satu tukang masaknya?” Soal Daniel.
“Dia yang tengah kacau ayam masak
merah tu. Nanti, adik bagi kat dia.” Sambung Mak lagi.
“Dah. Pergi-pergi nanti tak bergaram
ayam masak merah tu.” Daniel akur. Dari dapur, dia kemudian melangkah ke laman
belakang untuk mencari si Tukang Masak Ayam Masak Merah.
Banyak rupanya tugas-tugas memasak
ni. Ada beberapa kuali besar terletak atas dapur yang isi lauknya lain-lain.
Ayam goreng, Daging rendang, Pajeri Nenas dan Ayam masak merah. Hah tu pun ayam
masak merahnya. Dia Nampak lauk je, belum nampak tukang masaknya. Langkahnya,
di teruskan ke arah tukang masak, Ayam Masak Merah tu. Sibuk, si Tukang masak
mengacau ayam masak merah sebelah tangan, sebelah lagi tangan, menutup hidung
dengan hujung tudung bawal, sebab asap yang banyak keluar dari dapur gas tu.
“Nah. Tadi, Mak kata Makcik nak
garam.” Ujar Daniel, sambil menghulurkan paket garam pada si tukang masak.
Apabila mendengar perkataan ‘Makcik’ terus, terbuntang mata si Tukang masak dan
secara reflex tukang masak, bangun dari bangku duduknya, dan hujung tudung
bawal yang menutup hidung tadi dilepaskan.
“Siapa makc...” Jatuh rahang, si
tukang masak, sebaik sahaja pandangannya menyapa wajah Daniel. Daniel pulak
terkejut bukan kepalang. Kedua mereka terkebil-kebil, dan mulut masih lagi
ternganga. Kejap. Dia mimpi ke apa ni? Tak kan gila bayang kot? Kenal pun tak?
Tapi, kalau ikut logik, memang tak masuk akal lah, jumpa Si Gadis Banyak Makan
tu, di kampungnya, di JB Skudai ni. Alamanda, boleh lagi, Cyberjaya boleh lagi
di terima akal. Tapi, ni Skudai! Johor Bahru. Miles away. Macam mana boleh terserempak kat sini? Tak ada yang
mustahil di mata ALLAH S.W.T. Suara kecil menyedarkan. Betullah. Daniel Hilal,
macam mana kau boleh lupa ni? Buat seketika, mereka berdua saling
berpandangan...
“Oi! Anak dara! Dah nak hangus dah
ayam tu!” Teriakkan salah seorang makcik, mengejutkan kedua mereka. Terus, si
Gadis Banyak makan tu, menyambut huluran garam dari Daniel dan memeriksa keadaan
ayam masak merahnya, lantas mengacau lauk tu. Nasib baik, boleh diselamatkan
lagi. Tersungging senyum di bibir Daniel, memerhatikan gadis itu. Dari tepi,
dia dapat melihat yang gadis itu jugak tersenyum, namun tangannya sibuk
berkerja.
“ASSALAMMUALAIKUM.” Ucap Daniel. Gadis yang
dari tadi sibuk mengemas halaman rumah berpaling. Apbila terlihat wajah Daniel,
gadis itu menarik senyum dan menghentikan kerjanya. Apabila melihat senyuman
gadis tu, tiba-tiba Daniel jadi tak keruan. Tangannya mengurut belakang
tengkuk, dia tertunduk, namun matanya memandang gadis itu, lantas tersenyum
malu. Kenapa jadi macam tu eh? Majlis persandingan makciknya telah pun berakhir
tadi. Sekarang ni, tinggal nak kemas-kemas rumah, lepas habis kenduri. Ada beberapa
orang kampung yang masih tinggal, bergotong-royong kemaskan rumah Ayah dan Mak,
termasuklah Gadis yang Banyak makan ni.
“Er...er...saya, er saya...”
“Kenapa
awak bagi saya coklat tu?” Soal gadis itu pelik, memotong perkataan Daniel.
Daniel terus terdiam. Macam mana nak jawab? Dia pun tak faham, kenapa dengan senang je, dia
boleh bagi coklat tu. Bukannya dia kenal pun dengan gadis ni. Dia memanglah tak
suka coklat, api tak payah bagi gadis tu pun tak apa, boleh je simpan bagi
jiran ke apa. Tapi, hatinya dah buat keputusan nak bagi coklat tu kat gadis tu,
dia ikutkan ajela.
“Er...sebab
saya terdengar awak nak makan coklat?” Lebih kepada bertanya pada diri sendiri
sebenarnya, tapi mintak-mintak gadis tu fahamlah. Gadis itu tergelak kecil.
Bila mendengar suara gelak tu, perasaan pelik yang dari tadi dirasa, menular
makin banyak, memenuhi ruang hatinya.
“Terima
kasih. Dah habis dah pun, coklat tu saya makan.” Balas gadis itu, sambil
tersenyum bangga. Sekarang giliran Daniel pulak tergelak kecil.
“I’m glad. Bagus, banyak makan. Tak payah
nak control.” Ujar Daniel, separuh
bergaurau. Gadis tu sudah terkebil-kebil.
“Macam
mana awak tahu saya banyak makan?” Kali ni, Daniel yang terkebil-kebil. Alamak,
Daniel! Mesti dia rasa kau ni pelik. Macam mana boleh terlepas cakap?
“Okeylah,
saya tak nak tipu. Hari ni, bukan kali pertama kita berjumpa. Pertama kali saya
nampak awak kat Pizza Hut. It’s
intriguing, how a small person such as yourself boleh makan sebanyak tu. For your information, I’m not stalking you,
ye.” Daniel bercakap jujur. Tapi, hari ni, tak nampak pulak gadis tu makan
banyak. Mungkin sibuk, membuat kerja-kerja kahwin agaknya. Jatuh rahang gadis
tu, apabila terdengar. Gadis itu buat muka ‘tidak sangka’. Daniel hanya
tersenyum, serbesalah. Mereka terdiam buat seketika. Gadis itu dah
terkebil-kebil.
“Er...Saya,
Daniel...”
“Daniel
Hilal.” Terdiam, Daniel, apabila gadis itu menyebut namanya. Kali ni, dia pulak
yang terkejut.
“Macam
mana...?”
“Saya
stalk awak.” Gadis itu tersenyum
nakal. Daniel tak habis terkejut lagi. Kali ni, lagilah dia terkejut. Bila
melihat keadaan Daniel yang bingung tu, gadis itu tergelak, dan menggeleng.
“Tak
adalah...Saya yang bawak awak pergi hospital, masa awak pengsan tengah jalan,
sebab gastrik tu. Saya dan kawan sayalah.” Tenang gadis itu menjawab. Kali ni,
memang Daniel tak sangka. Sungguhlah, ingat dia mimpi gila bayang bila nampak
muka gadis itu, sebelum matanya terpejam. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.
Daniel mengeluarkan wallet dari dalam
poketnya dan menarik keluar ‘post it note’ yang disimpan sampai hari ni, dan
memberikannya pada gadis itu. Gadis itu menyambut dan membelek, kertas nota
kecil tu...
‘Maaf terpaksa ambik IC
awak dari wallet awak, sebab nak isi borang, Don’t worry, duit awak tak hilang,
kita orang jujur :)’
“Awak simpan lagi, benda
ni?” Gadis itu tak percaya. Daniel hanya tersenyum segaris, dan mengangkat
kedua bahu. Gadis itu tersenyum.
“Awak yang tulis ke, kawan
awak?” Soal Daniel.
“Sayalah yang tulis.
Tulisan Hanisah tak cantik macam tulisan saya.” Gadis itu berseloroh. Mereka
berdua kemudian tergelak kecil, dan masing-masing tersipu-sipu, segan.
“Thank you so much. Kalau kau orang tak ada, tak tahu apa yang akan
jadi kat saya. Remind me to balas balik
pertolongan awak dan kawan awak tu...er...”
“Maira...Umaira Afiyaa...”
Maira memperkenalkan diri. Lantas, Maira tunduk sedikit, sebagai tanda
perkenalan. Daniel membalas . Kemudian, mereka saling berpandangan dan
tersenyum.
“JAH, ANAK lelaki kau ke tu?” Soal
Makcik Aminah, sambil mata memandang kelibat cucunya dan jugak anak lelaki
Khadijah yang sedang berbual di halaman depan rumah, Khadijah. Khadijah, mengangguk,
mengiyakan. Mata keduanya tidak lepas dari memandang kedua orang muda yang
sedang tersipu-sipu. Sekarang ni, Khadijah dan Makcik Aminah, sedang
beristirehat sebentar sambil meminum teh. Penat. Lepas selesai sahaja majlis
persandingan, banyak kerja kena buat. Kejap lagi sambunglah. Lagipun, orang
muda ramai. Dalam komuniti kampung, memang perkara biasa bantu membantu antara
jiran-jiran, kalau ada kenduri atau majlis-majlis yang macam ni. Kebetulan, Maira
balik kampung, jadi cucunya itu turut membantu, kebanyakan hal-hal
masak-memasak.
“Anak
lelaki saya yang bongsu, Kak Minah.” Balas Khadijah.
“Nampaknya,
aku macam berkenan pulak dengan anak kau Jah. Dia dengan Maira pun, nampak
secocok.” Makcik Aminah berkata selamba.
“Kak
Minah tunggu. Kalau Daniel tu pun berkenan dengan Maira. Kami akan hantar
rombongan meminang, sebab saya pun berkenan dengan cucu Kak Minah tu. Daniel tu
pun, bukan makin muda.” Khadijah pun, selamba jugak menuturkan. Akhirnya,
kedua-duanya tergelak. Kemudian, mata mereka memerhatikan Daniel dan Maira,
yang masih lagi tersipu-sipu.


No comments:
Post a Comment