BAB 3
“ABANG YUKI!!! ABANG YUKI!!” Ujar beberapa gadis yang mengerumuninya. Yuki yang baru
sahaja keluar dari kereta berkerut dahi. Tiap-tiap hari macam ni. Apasal yang
dia orang nak gelabah sangat ? Aku ni bukannya artis ke pelakon yang terkenal
ke, nak jerit-jerit panggil nama aku. Yuki mengeluh dengan suasana biasa yang
dia terpaksa hadapi, setiap kali dia datang ke sekolah. Dia mengurut belakang
leher, dan menyangkutkan beg sekolah yang di pegang tadi ke sebelah bahu. Baik.
Masa untuk merempuh lautan manusia.
“Pak Abu. Dah banyak kali Mirza
bagitau Pak Abu, jangan panggil, encik atau tuan. Panggil Mirza je. Okey, Pak
Abu?” Ujar Yuki lembut. Pak Abu memandangnya teragak-agak.
“Tapi, Tuan...” Mesti Pak Abu cakap
pasal tempoh hari, masa Papa terdengar Pak Abu panggil Yuki hanya dengan nama,
Pak Abu kena marah dengan Papa. Dia belum lagi nak kurang ajar dengan orang
tua, nak suruh orang yang lebih tua panggil dia Tuan atau Encik. Papa tu je
yang melebih.
“Tak apa, Pak Abu. Jangan dengar
cakap Papa tu. Mirza lagi selesa Pak Abu panggil Mirza. Bolehlah Pak Abu.”
Pujuk Yuki. Pak Abu tersenyum lembut dan mengangguk.
“Mirza nak Pak Abu buat sesuatu ke
dengan budak-budak ni?” Ujar Pak Abu sekali lagi. Baru Yuki tersenyum.
“Arrggh!! Abang Yuki senyum.” Bila
terdengar suara jeritan tu, Yuki memandang gadis-gadis itu tajam,lantas
menjeling. Kemudian, pandangannya di alih kepada Pak Abu. Yuki menggeleng.
“Tak apalah Pak Abu. Mirza boleh handle benda ni. Dan rasanya, tak lama
lagi superwoman Mirza akan datang
selamatkan Mirza. Pak Abu balik je la dulu.” Ujar Yuki mesra.
“Betul ni?”
“Ye, Pak Abu. Pak Abu baliklah dulu.
Minum-minum kat gerai roti canai ke, dating
dengan Mak ke.” Seloroh Yuki, lantas tersenyum. Yuki memang memanggil isteri
Pak Abu, Mak. Mak Jah yang nak begitu. Lagipun, dia memang rapat dengan Mak
Jah, pembantu rumah dia tu.
“Eh. Ke situ pulak dia. Dating. Dating apa, Pak Abu banyak lagi kerja kat rumah Mirza tu.” Balas
Pak Abu. Yuki tergelak kecil.
“Okeylah Pak Abu! Mirza dah sedia.”
Yuki mengangguk dengan semangat. Tidak beberapa minit lepas tu, kereta Mercedez
yang dipandu Pak Abu hilang dari perkarangan sekolah. Yuki kemudian menebarkan
pandangan pada gadis-gadis yang macam teruja sangat nampak dia. Dia menarik dan
menghembus nafasnya, dan dia terus mengharungi lautan manusia itu.
Masa sedang mengharungi lautan
manusia tu, macam-macam jadi kat dia. Kena tariklah, kena peganglah, kena jerit
kat telinga la. Ya ALLAH! Geram nya, dengan perempuan-perempuan ni.
“Jangan kacau aku lah! Aku nak masuk
kelas ni. Jangan tarik! Jangan tarik beg!” Namun teriakkannya, langsung tidak
dipedulikan oleh gadis-gadis yang macam kena histeria tu. Kenapalah jadi macam
ni. Kalau Payan, suka lah keadaan macam ni, dia tak suka. Dia rimas.
“Oi! Kau orang buat apa ni hah?”
Jerit satu suara yang sangat dikenali. Yuki tersenyum, apabila terdengar suara
itu. Semua gadis terdiam, dan tangan-tangan yang cuba untuk memegang,
menariknya terhenti. Yuki berpaling. Kelihatan Lysa sedang memeluk tubuh dan
memandang tajam ke arah perempuan-perempuan yang mengerumuninya. Terus
tertunduk gadis-gadis itu. Perlahan-lahan Lysa berjalan ke arahnya namun matanya
yang macam serigala, tidak beralih dari memandang gadis-gadis itu.
“Aku dah kata kan, aku tak nak
tengok kau orang tergedik-gedik dengan Yuki aku?” Lysa kemudian berdiri
betul-betul di hadapannya. Gadis-gadis itu terdiam. Suasana menjadi tenang seketika.
Lysa menebar pandangan kepada gadis-gadis itu. Dengan selamba, Lysa menarik
tangan Yuki dan membawa Yuki meninggalkan kerumunan gadis-gadis itu. Akhirnya,
Yuki di bawa keluar dari kerumunan gadis yang teruja.
Setelah agak jauh meninggalkan
kerumunan gadis-gadis itu. Mereka berdua berpaling. Kelihatannya kumpulan gadis
dah berpecah. Lysa kemudian, melepaskan tangan Yuki. Dia mencerun memandang
Yuki.
“Kenapa, pandang aku macam tu?” Soal
Yuki. Lysa menjeling.
“Tu lah, aku dah kata, tak payah nak
jadi model majalah bagai. Tengok, kan dah jadi macam ni.” Bebel Lysa. Memang
Yuki ada membuat part time modelling.
Model iklan pun ada juga. Walaupun, umur baru 16 tahun, memang dia ada
ciri-ciri seorang model. Tinggi, agak kacak, paling penting fotogenik. Memang
Payan tu, lagi kacak dari Yuki, tapi Payan tak ada ciri-ciri model pun. Tak ada
bakat. Lainlah Yuki. Dia seolah-olah natural
born untuk jadi model.
“Tak expect pun, nak jadi macam ni.” Ujar Yuki selamba. Lysa mengeluh.
Mereka kemudian berjalan beriiringan untuk ke kelas.
“Kenapa kau jadi model?” Soal Lysa.
Masih lagi melangkah untuk ke kelas.
“Aku pun tak tahu. Mama aku suruh.”
Balas Yuki. Lysa memandang Yuki tak percaya. Sebab tu je? Sebab mama dia suruh
je? Tak tahulah pulak Yuki ni, orang yang mendengar kata. Mana tidaknya
budak-budak perempuan itu gila. Masa sebelum Yuki jadi model. Tak ada pun dia orang
nak kerumun Yuki. Lysa mengaku, cuma dia je yang perasan akan, kekacakkan Yuki
selama ni. Budak-budak tu, cuma sedar lepas nampak muka Yuki, bersepah di
Majalah je.
“Tak kanlah sebab tu je?”
“That’s
the one and only reason. Dia yang beria suruh aku masuk industri ni, ikut
jejak langkah dia, katanya.” Ibu Yuki, merupakan CEO syarikat penerbitan
majalah fesyen yang terkenal di Malaysia. Sebab tu la agaknya kot, kenapa dia
suruh Yuki modelling dalam usia yang
sangat muda. Lysa mengeluh lagi. Lysa kemudian menampar belakang Yuki. Berkerut
dahi Yuki dibuatnya. Yuki mengurut belakangnya yang bisa.
“I
feel for you, man. I feel for you.” Ujar Lysa, serentak itu dia menggeleng.
Yuki tergelak kecil. Akhirnya, mereka sampai di kelas.
“Guys...here
come, our Mr. Hotstuff.” Tutur Lysa, dengan suara yang agak meninggi,
sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kelas. Ois, Key, Niel, Arl, Payan Ira
dan Dhia, yang sedang duduk berkumpulan, siap susun-susun kerusi lagi,
memandang ke arah Yuki dan Lysa yang berada di muka pintu.
“Aku nampak tadi. Aku tak fahamlah,
kenapa budak-budak perempuan tu suka kat kau, lainlah macam aku ni. Payan yang Manly Man. Tak ada pun, budak perempuan
yang nak kerumun aku, macam dia orang kerumun kau. You are the traitor among the traitors, traitor.” Ujar Payan dari
tempat duduknya, lantas mencebik. Yuki tergelak kecil dan, selepas meletakkan
beg, dia dan Lysa menyertai kumpulan mereka.
“Apa yang manly man nya? Payan yang takut katak adalah.” Usik Arl. Yang lain
tergelak.
“Oi! Katak-katak jangan main eh!
Sensitif tau tak.” Marah Payan. Lysa dan
yang lain mencebik, lantas tergelak lagi.
“Apa
yang kacak sangat kau ni? Aku tak nampak pun apa-apa keistimewaan kat kau.”
Ujar Ois pulak, sambil memandang Yuki yang dah duduk di hadapannya. Yuki hanya
mengangkat bahu. Lysa, yang mengambil tempat di sebelah Payan, menduku kepala
Payan.
“Aduh. Kau kenapalah Makcik?” Marah
Payan, sambil membetulkan kembali rambutnya yang dah agak berserabai, sebab
kena duku tadi. Lysa menjeling memandang Payan.
“Kau ingat, Yuki tu, buaya,
serigala, kambing darat macam kau? Dia lelaki yang gentleman tau tak. Tak macam kau. Miangkeladiste” Ujar Lysa. Sekali lagi, Payan mencebik.
“Dhia. Minumlah betul-betul. Nak
kata budak kecik, dah besar panjang. Nak juga, aku ajar kau minum air.
Hish...Nah, kesat Milo yang berbekas kat mulut kau tu.” Bebel Arl, sambil
menghulurkan sapu tangan kepada Dhia. Dhia mengambil dan mengesat mulutnya
dengan sapu tangan Arl.
“Here
come Arl Mama...” Usik Ois. Lysa hanya tersenyum memandang. Yuki pulak
memandang Lysa yang tersenyum.
“Key. Kau ni pun satu.” Tegur Arl,
kepada Key, yang tangannya penuh dengan gula kuih donat. Dhia memandang Key,
dan menghulurkan sapu tangan, bekas dia mengesat mulutnya tadi. Terus
terbuntang mata Arl dan merampas sapu tangan yang dihulurkan oleh Dhia kepada
Key. Dhia dengan Key, sama-sama memandang Arl.
“Jangan jadi pengotor, boleh tak? Ni
kan, bekas kau kesat mulut kau tu.” Ujar Arl, sambil mengangkat sapu tangan tu,
dan melayangkan di depan Key dengan Dhia.
“Bagilah, kau punya sapu tangan. Kau
bawak kan?” Tutur Arl lagi. Dhia mengangguk dan menyeluk tangan ke dalam saku
baju kurungnya, lantas mengeluarkan sapu tangan berwarna merah jambu dan
menghulurkan kepada Key. Key mengambil dan mengesat tangannya yang kotor.
“Dhia dengan Key ni, macam kembar
je.” Ujar Ira, lantas tergelak.
“Eloklah tu, Arl Mak, Niel Ayah.
Lepas tu sama-sama jaga Key dengan Dhia. What
a Happy Family.” Seloroh Payan, lantas yang lain tergelak.
“Apasal pulak aku kena kahwin dengan
Arl, nak jaga budak dua orang ni? Aku straight
okey. Aku suka perempuan.” Balas Niel. Memang antara mereka sembilan orang.
Niel dengan Arl, mempunyai ciri-ciri untuk menjadi ayah yang baik. Sebab, Niel
kena jaga Imelda, dan Arl pulak kena jaga Dhia. Memang betul, macam bapak-bapak.
“Aku pun suka perempuan ye. Aku
normal, bukan songsang.” Arl pun, cuba membela diri. Yang lain dah ketawa geli
hati.
“Anyway,
kenapa kita berkumpul macam ni? Cikgu tak ada ke?” Soal Yuki.
“Cikgu semua mesyuarat.” Balas Ira.
“Yuki. Kau nak aku buat something ke kat perempuan-perempuan
yang kacau kau tu?” Soal Dhia tiba-tiba. Sebaik sahaja, Dhia cakap ‘buat something’. Semua orang memandang Dhia
dan membuat muka bimbang.
“Apa yang boleh kau buat?” Soal Yuki
pulak. Dhia memandang Yuki, lantas menarik senyum sinis. Kemudian, yang lain
memandang Yuki pulak.
“Yuki! Kau jangan suruh Dhia tu
macam-macam.” Ujar Arl bimbang. Bukannya dia tak tahu, Dhia ni, kalau buat
sesuatu. Memang akan teruklah perkara yang jadi nanti. Yang Yuki ni pulak, lagi
menggalakkan. Yuki hanya tersenyum dan mengangkat bahu. Arl, Niel dengan Ira
dah menggeleng-geleng dah. Yang lain pulak buat senyum anticipating.
“Apa kau nak buat?” Soal Ois, ingin
tahu.
“Janganlah buat macam-macam.
Kesianlah budak-budak tu.” Ira menghalang. Niel dengan Arl, mengangguk
bersetuju dengan Ira. Tapi, kalau tiga orang je yang tak nak, lagi 6 orang
berminat, memang tak akan sampailah suara protest
tu.
Yuki, meletakkan kedua-dua tangannya
di atas meja dan tersenyum memandang Dhia. Body
language dia cukup untuk bagitahu yang dia berminat. Senyum sinis, masih
tak lekang dari bibir.
“ISH. ASYIK-ASYIK macam ni.” Ujar Yuki tak puas hati, dari dalam kereta.
Dia memandang kumpulan gadis yang menantinya keluar dari kereta.
“Nak Pak Abu, uruskan mereka?” Soal
Pak Abu,dari tempat memandu. Yuki kemudian menggeleng kepala.
“Hari ni, kita orang ada plan.” Ujar
Yuki, lantas tersenyum. Yuki kemudian mengalih pandang pada Pak Abu di
sebelahnya, dan tersenyum. Memang Yuki, tak pernah anggap Pak Abu sebagai
pemandu mereka, sebab itu setiap kali naik kereta dengan Pak Abu, dia tak duduk
di tempat duduk belakang.
“Baiklah Pak Abu. Mirza keluar dulu.
Assalammualaikum.” Ujar Yuki, lantas membuka pintu kereta. Sebaik sahaja pintu
kereta dibuka, bingit jeritan kumpulan budak perempuan itu menikam telinga
Yuki. Dia berkerut. Apalah yang Dhia nak buat hari ni? Macam biasa, terpaksa
melalui kumpulan gadis-gadis yang bersorak, berteriak memanggil namanya.
“Arghh! Abang Yuki.” Yuki berdecit
mendengar teriakkan gadis-gadis itu. Lepas tu macam biasa, ada yang tarik tangan
dia, tarik beg, tarik baju sekolah.
“Ish. Jangan kacau aku lah!” Marah
Yuki. Tiba-tiba, entah dari mana ada air datang memancut ke arah kumpulan gadis
itu. Yuki pun terkena sekali. Kumpulan gadis-gadis menjerit-jerit. Yuki
memandang keliling, melihat sumber datang air tu. Tiba-tiba dia tertangkap
kelibat Dhia yang sedang memancutkan air dari getah paip. Yang paling buat Yuki
ternganga, Dhia sekarang ni, sedang berdiri di atas bumbung sebuah kereta dan
memakai baju hujan. Mukanya dilindung oleh hood
baju hujan. Kereta di parkir di hadapan pintu pagar utama.
“Arggh! What the?! Oi! Apa yang kau buat ni?” Marah salah seorang gadis,
sambil mengibas baju uniform sekolahnya. Hampir semua basah kuyup kena pancuran
air Dhia. Lysa pulak, sedang memeluk tubuh, bersandar di pintu belakang kereta
sambil tersenyum sinis. Yuki yang basah kuyup tergelak kecil, sambil
menggeleng-gelang kepala. Dhia. Dhia.
“Apa? Kau?” Ujar Dhia, sambil
menurunkan hood dan memandang
kumpulan gadis itu. Terus terdiam gadis-gadis itu, apabila ternampak muka Dhia
yang straight, cold dan tak ada perasaan tu. Penangan senior dalam sekolah ni,
memang besar. Terutama Kakak Senior Lysa dan Kakak Senior Dhia. Bila berdepan,
memang tak ramai yang berani nak melawan. Kerana, dalam ramai-ramai Ibu bapa
Lysa dan Dhia yang paling berada di sekolah ni. Lagipun, ibu bapa mereka yang
banyak memberi sumbangan kepada Sekolah Al-Umairah. Taulah, dia ada cakap kat
Dhia, buat something kat budak-budak
perempuan ni. Tapi, tak tahu pulak, dia termasuk dalam rancangan Dhia tu.
Apabila gadis-gadis itu mengalih pandangan ke arah Dhia dan Lysa. Yuki yang basah kuyup, curi-curi keluar dari kerumunan orang ramai. Dia menghala ke arah Key yang berdiri,sambil menongkat dagu di atas palang tempat parkir kereta, cikgu-cikgu. Macam biasa, Key jadi pemerhati. Yuki kemudian berdiri di sebelah Key. Key memandang situasi yang berlaku di hadapan mata, tanpa perasaan.
Apabila gadis-gadis itu mengalih pandangan ke arah Dhia dan Lysa. Yuki yang basah kuyup, curi-curi keluar dari kerumunan orang ramai. Dia menghala ke arah Key yang berdiri,sambil menongkat dagu di atas palang tempat parkir kereta, cikgu-cikgu. Macam biasa, Key jadi pemerhati. Yuki kemudian berdiri di sebelah Key. Key memandang situasi yang berlaku di hadapan mata, tanpa perasaan.
“Do you, happen to carry an extra uniform?”
Soal Yuki, teragak-agak. Key mengangguk. Masih lagi menongkat dagu. Setelah
mendapat respon dari Key. Yuki pulak yang mengangguk
“Thought so. Nanti, kau bagi pinjam kat
aku tau.” Ujar Yuki. Key mengangguk lagi.
“Okey.”
Balas Key. Mata Yuki dan Key, masih tidak lepas dari insiden di depan mata.
“Kan aku dah cakap, jangan kacau
Yuki. Tengok apa dah jadi.” Ujar Lysa, dengan nada mengugut. Setelah puas
memancutkan air, Dhia, duduk di atas bumbung kereta itu pulak. Kaki terjuntai
ke bawah. Budak-budak perempuan tu memandang Lysa dan Dhia tak puas hati.
“Apa hak, akak-akan buat macam ni?
Suka hati kita oranglah nak kacau Abang Yuki ke tak.” Teriak salah-seorang
gadis, berani. Dhia dan Lysa terangkat kening sebelah mendengar suara yang
bercakap tu. Kemudian Lysa memandang Dhia.
“Kau dengar tak, macam ada langau
nak cari pasal?” Perli Lysa. Dhia mengangguk. Gadia yang bersuara tadi
tertunduk.
“Nampaknya, ada orang yang nak cabar
kita ni.” Sambung Lysa. Kemudian Lysa berpaling ke arah kumpulan gadis-gadis.
Dia memang tak tahu siapa yang bersuara tadi. Dia mencari kelibat tuan punya
semangat yang sangat berani tu. Namun, tidak berjaya ditemui. Lysa mencerun
memandang gadis-gadis yang dah basah kuyup tu.
“Entah, betul tu.” Teriak lagi satu
suara pulak. Apabila mendengar, Lysa dan Dhia tergelak kecil. Lysa menyisirkan
rambut coklat kemerahannya ke belakang telinga, dan kembali berpeluk tubuh.
Bersungguh betul nak pertahankan benda yang rasanya tak patut pun nak
dipertahankan. Yuki bukannya suka pun, dia orang buat macam tu. Marah lagi,
ada. Tapi, bukan main beria lagi gadis-gadis ni. Macam apa yang dia orang buat
tu betul je. Lainlah kalau Payan. Kalau Payan, bolehlah nak pertahankan, sebab
Payan tu, memang mata keranjang. Tapi bukan Yuki.
“Heh...nampaknya, dia orang tak
faham ni. Dhia.” Ujar Lysa, senyum sinis, masih tak lekang di bibir.
“Ini, bukan permintaan. Tapi arahan.
Lain kali, kalau kau orang buat macam ni lagi. Bukan air paip yang aku
pancutkan, tapi benda lain...and trust me, it ain’t pretty and sweet.”
Ugut Dhia. Terdiam langsung budak-budak tu.
“Dah faham kan? Apa lagi, yang kau
orang buat kat sini? Berambuslah! Bersurai.” Balas Lysa. Tapi, mereka msih
duduk diam.
“Nak dengar kata, or let the water do the talking?” Ujar
Dhia, selamba. Kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam kedua-dua poket depan baju
hujan itu. Apabila terdengar Dhia cakap macam tu. Terus bertempiaran
gadis-gadis itu lari.
“Ingat! Kalau buat lagi. Bukan air
paip tau!” Teriak Lysa. Rasanya, budak-budak tu dengar. Lysa dan Dhia kemudian
berpandangan. Lysa menarik senyum. Dhia pun menarik senyum sedikit.
“Kau memanglah. Menakutkan. Kalau
Arl tau ni. Mahu sakit jantung budak tu.” Ujar Yuki, yang datang mendapatkan
Dhia dan Lysa setelah hilang gadis-gadis itu. Key mengikuti Yuki. Lysa hanya
menarik senyum jahat. Dhia pulak menjengkit kedua-dua bahu, masih lagi duduk
dengan selesa di atas bumbung kereta. Kemudian Mereka sama-sama tergelak.
"Ni, aku nak tanya, kenapa aku sekali kena?" Soal Yuki, memandang Dhia tak puas hati. Dhia kemudian memandang Yuki. Memang basah kuyup sangat. Dhia tergelak dalam hati lantas menarik senyum sedikit.
"Because it's funny." Ujar Dhia selamba. Yang lain dah tergelak.
"Well...glad, to amuse you..." Balas Yuki, sarkastik.
"Ni, aku nak tanya, kenapa aku sekali kena?" Soal Yuki, memandang Dhia tak puas hati. Dhia kemudian memandang Yuki. Memang basah kuyup sangat. Dhia tergelak dalam hati lantas menarik senyum sedikit.
"Because it's funny." Ujar Dhia selamba. Yang lain dah tergelak.
"Well...glad, to amuse you..." Balas Yuki, sarkastik.
“ASSALAMMUALAIKUM.” Ujar Dhia, sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.
“Walaikummussalam. Dhia dah balik?
Nak Mak Mah panaskan lauk?” Dhia tersenyum. Matanya meliar ke seluruh rumah.
Kosong. Yang ada cuma Mak Mah dan beberapa pekerja ibu bapanya. Hatinya terasa
berat. Ma dengan Pa, tak ada kat rumah lagi. Dia pun tak tahulah, kenapa dia
berharap. Harapan yang tak ada guna.
“Mak Mah. Mak Mah, bungkuslah semua
lauk. Bagi yang lain makan. Dhia tak makan kat rumah hari ni.” Tutur Dhia
lembut.
“Tapi...” Mak Mah teragak-agak. Dhia
tersenyum lagi.
“Ambik je lah Mak Mah. Tak apa.”
Dhia memujuk. Mak Mah akhirya mengangguk.
“Baiklah.” Akhirnya Mak Mah akur
juga.
“Mak Mah. Dhia penat, Dhia naik atas
dulu ye.” Ujar Dhia lembut. Mak Mah mengangguk lagi. Dhia kemudian mengatur
langkah meniti anak tangga untuk ke bilik. Sebaik sahaja sampai di bilik, beg
sekolahnya di letak atas kerusi belajar. Dia mencapai telefon bimbit Motorola
W220 berwarna merah jambu di atas katil, dan membuka flip telefon bimbit itu. Jarinya menekan ‘speed dial’ nombor satu. Kemudian melekapkan telefon bimbit itu ke
telinga. Tidak lama menunggu, panggilannya bersambut.
“Assalammualaikum. Kenapa?” Suara familiar menyinggah ke telinga. Hatinya
sayu mendengar suara itu. Macam pelik je kan Dhia letak orang lain di ‘speed
dial’ nombor satu. Bukan ibu bapa dia? Kadang-kadang dia tergelak, mengetawakan
diri sendiri. Dia mencengkam telefon kuat. Perasaannya yang bergelora, cuba
ditahan dari didengar oleh talian sebelah.
“Walaikummussalam. Arl. Aku nak
makan kat rumah kau.” Ujar Dhia, mendatar.
“Lagi?”
“Bolehlah. Aku lapar.”
“Kan kau ada rumah sendiri, ken...”
“Please...”
Dhia memotong. Dhia mendengar Arl mengeluh.
“Okey. Datang lepas solat Zuhur. Make sure kau solat. Kalau tak, aku bagitau
mak aku, jangan bagi kau makan.” Akhirnya Arl akur. Dhia tersenyum.
“Okey. Bye!” Dhia mematikan
panggilan. Dia kemudian mencampak telefonnya ke atas katil dan masuk ke dalam
bilik air. Kenapa Arl? Sebab Arl adalah kawan yang terbaik. Termasuklah, orang
lain. Tapi, dengan Arl, dia rasa lebih tenang, dan dengan Arl dia boleh jadi
diri sendiri. Dia lebih menganggap Arl sebagai Abang yang dia tak pernah ada.
Dia sayang Lysa, dia sayang Ira dia sayang semua kawan-kawan dia tetapi, ada
benda yang dia rasa lebih elok kalau diam. Dia tak nak kawan-kawan dia susah
hati, bimbangkan dirinya. Arl pulak. Selepas sesuatu yang pernah berlaku
padanya dahulu, dia membuat keputusan untuk bersandar pada Arl, dia perlukan
seseorang untuk bersandar kalau tidak dia akan ‘break’.


Thank you! :)
ReplyDeletebest!! patutlah si Dhia dingin... cian dia
ReplyDeleteHehe...Thank you Asyu dear! :)
Delete