BAB 5
DARI DALAM KERETA, dia tempat duduk belakang. Ois merenung ke luar tingkap,
sambil menongkat dagu, berfikir. Kadang-kadang mengeluh. Kata-kata Daddy nya tempoh hari, masih lagi segar
terngiang-ngiang di telinganya. Dia sebenarnya baru balik dari tusyen. Daddy cakap, sebab dia tak masuk kelas
sains, dia kena belajar tusyen subjek sains yang tak di ajar di kelas dia,
barulah Daddy terima keputusan dia,
yang tak nak masuk kelas sains
Ois mengeluh lagi apabila teringat
apa yang Daddy cakap kat dia hari tu. Dad,
macam mana kalau Is tak nak jadi Doktor? Is tak minat, and I’m really not good at it. Why
do you think Is pilih kelas jurusan IT? Masa mula-mula Ois, melanggar
arahan bapanya yang menyuruhnya untuk masuk kelas sains awal tahun hari tu,
mereka memang bergaduh besar. Susah kan, nak buat ibu ayah faham?
“Is
okey ke? Dari tadi Abang dengar Ois mengeluh, siap termenung lagi.” Soal
pembantu peribadi Daddy, Abang Arraf,
dari tempat memandu, memandang Ois dari cermin pandang belakang. Ois tersentak
dengan soalan Abang Arraf.
“Tak
ada apa-apalah Abang Arraf.” Ois menafikan. Abang Arraf menggeleng, lantas
tersenyum.
“Ni,
pasal Tuan Khairy lagi ke?” Tebak Abang Arraf.
“Wah!
Terror nya Abang Arraf, boleh teka!
Cayalah Bang!” Ujar Ois teruja. Abang Arraf tersenyum.
“Tak
ada maknanya. Kalau Is mengeluh macam tuk janggut, macam tu. Tak lain tak bukan
mesti pasal Tuan Khairy. Abang dah kenal Is dah lama, okey.” Balas Abang Arraf, sambil tangannya memusingkan stereng kereta.
Memang dah lama pun. Masa mula-mula Abang Arraf berkerja dengan bapanya, Ois
baru berumur 9 tahun. Ois mengangguk, kemudian kembali menongkat dagu, renung
ke luar tingkap.
“Bagi
Abang, Is buatlah apa yang Is mampu. Jangan fikir teruk sangat, sampai
memudaratkan diri. Is tu, muda lagi. Muda sangat.” Nasihat Abang Arraf. Ois
hanya diam sahaja. Tak semudah tu Abang Arraf. Harapan Daddy, tinggi sangat pada Is, lepas Along tinggalkan rumah, dulu.
Tiada siapa pun yang tahu masalah Ois ni, sebab dia memang pandai
menyembunyikan masalahnya dengan senyuman dan sikapnya yang sentiasa riang tu.
Sedang
sibuk berfikir, mengeluh dan termenung, tiba-tiba matanya menangkap kelibat
seseorang di perhentian bas. Disebabkan ada lampu isyarat dan sekarang ni
tengah merah, kereta berhenti betul-betul di hadapan perhentian bas itu.
Barulah dia dapat memerhatikan wajah gadis itu betul-betul. Dia tak kenal pun
siapa gadis tu, tapi entah kenapa gadis itu menarik perhatiannya. Bahu gadis
itu terhinjut-hinjut. Menangis? Berkerut dahi Ois apabila melihat gadis
bertudung itu.
Sedang
sibuk memerhatikan gadis itu, tiba-tiba kereta bergerak semula, meninggalkan
perhentian bas itu, Keretanya meninggalkan perhentian bas. Tetapi matanya tak
lari dari wajah gadis itu sehinggalah perhentian bas hilang dari pandangan.
Siapa gadis tu? Dan kenapa pulak dia sibuk nak tahu? Nampak macam dia
memerlukan tidur yang cukup ni, supaya dia tak fikir benda yang tak patut
difikirkan.
“KAU KENAPA?” Soal Dhia tiba-tiba sambil meletakkan dagunya di belakang tangan yang
terletak di atas meja. Ois yang agak tersentak dengan soalan Dhia yang tiba-tiba
itu, memandang Dhia dengan mata terbuntang.
“Apa maksud kau, kenapa?” Soalan
berbalas soalan, namun Ois melarikan pandangannya dari Dhia, yang sedang cuba
membaca riak wajahnya, yang obviously
something wrong.
“No
reverse psychology, idiot. Kau kenapa?” Soal Dhia lagi,
tanpa perasaan. Sebenarnya, dia saje je datang meja Ois ni, nak tau, kenapa,
sebab Ois, nampak lain hari ni. Ois, budak aktif terlebih gula tu. Yang lain,
sudah berpecah-pecah. Ira dengan Lysa pergi tandas. Arl dengan Payan, kena
panggil bilik guru ada benda nak bincang. Niel, Key dengan Yuki, pergi rehat
kat kantin. Jadi, sebab tu lah Dhia tinggal berdua dengan Ois.
“Apa yang buatkan kau fikir, there’s something wrong with me?” Soal
Ois.
“Hari ni, kau senyum melebih, dan
semangat terlebih.” Ujar Dhia mendatar tanpa perasaan. Ois, hanya menarik
senyum segaris. Memang ada benda pun yang jadi. Tapi, dia belum sedia nak
bagitau sesiapa. Daddy. Hidup dia
sebagai remaja memang asyik fikir pasal Daddy
je. Orang lain fikir pasal perempuanlah, pasal cinta, pasal benda budak-budak.
Dia pulak fikir pasal Daddy. Kalau
yang elok-elok tak apa. Ini...Ois mengeluh.
“Kau pernah rasa benci teramat
sangat tak, kat seseorang, walaupun orang tu, orang yang kau sayang?” Soal Ois
tiba-tiba, setelah agak lama terdiam. Dhia tersentak. Tiba-tiba dia teringat
Mama dengan papa dia.
“Ada.” Balas Dhia ringkas.
“Really?”
Soal Ois, ingin kepastian. Dhia mengetap bibir dan mengangguk sekali, meng-iya
kan.
“Tak baik kan, kalau ada perasaan
tu, kat orang yang kau sayang?” Soal Ois lagi. Dhia kemudian mengangkat muka
dari tangannya, dan termenung jauh.
“We
can’t help it.” Balas Dhia kepada Ois. Ois memandang Dhia.
“You
think so?”
“Yeah.”
“Dhia, aku rasa marah yang teramat
sangat. Aku cuba bercakap, tapi tak ada siapa dengar. Aku cuba tunjukkan, tak
ada siapa nampak. Aku cuba menjerit, untuk bagi dia faham, tapi dia pilih untuk
memekakkan telinga.” Adu Ois. Dhia yang mendengar seolah-olah boleh faham apa
yang sebenarnya yang Ois rasa tu.
“You
feel like, you’re going to give up?” Soal Dhia masih lagi mendatar. Ois
mengangguk.
“Kau faham!” Ujar Ois, lantas
tersenyum. Dhia menarik senyum kecil.
“Aku pernah rasa macam tu. Ibu Arl
ajar aku, untuk memaafkan dan mengadu pada yang lebih mengetahui...” Dhia
mendongak jauh ke siling kelas, Ois mengikut.
“Lepas tu, perkataan benci tu, tukar
jadi sayang.” Ujar Dhia, dan kembali memandang Ois, lantas tersenyum, senyuman
yang jarang sekali menjadi hiasan wajahnya. Ois memandang Dhia, dan juga
tersenyum. ‘Mengadu pada yang lebih mengetahui’.
“Hah. Cantik pun senyum. Kenapa
jarang sangat kau nak senyum?” Soal Ois, tak nak memanjangkan topik.
“Sebab aku rasa tak perlu.” Balas
Dhia, kembali dingin. Ois mencebik, lantas menjeling.
“Jangan... Nanti, lelaki lari baru
tau. Cuba banyakkan senyum tu.” Giat Ois lagi. Dhia memandang Ois tak ada
perasaan.
“Senyum aku tak murah macam kau”
Balas Dhia selamba. Ois, membuat muka terluka.
“Ouch!
Harsh...” Seloroh Ois lagi, lantas tergelak kecil. Dhia menjeling. Dhia
memandang Ois, yang tergelak.
“Ois. Aku tak taulah, apa yang jadi
kat kau. Tapi, everything will be alright.
Allah ada. Ingat tu.” Nasihat Dhia, sekali lagi dengan nada mendatar. Ois
menarik senyum terima kasih, lantas mengangguk.
“Ustazah, alert!” Ois mengusik lagi. Dhia membuat muka menyampah.
“Thanks
darl...” Ujar Ois, perlahan, namun cukup untuk Dhia dengar.
“Don’t
mention it.” Balas Dhia, lantas pergi ke tempat duduknya semula. Cikgu dah
masuk. Ois pulak, hanya termenung jauh, berfikir. Ya ALLAH, apa yang perlu aku
lakukan?


besttttttttttt~!!! he he he
ReplyDeleteThanx!!! :)
Delete