BAB 6
“ZIKREE,
Ibu dapat call dari pengetua.
Pengetua Zikree cakap, Zikree punya keputusan makin menurun? Zikree apa nak
jadi ni? Zikree, Zikree kena dapat tempat pertama seluruh sekolah Zikree. Jangan
malukan Ibu. Cuba tengok macam Kakak dan Abang Zikree tu, sekarang dah jadi Lawyer, jadi professor. Ni, Zikree ni
nak jadi apa?” Bebel Puan Karmila sebaik sahaja melangkah masuk ke rumah dari
tempat kerjanya. Mata Key hanya memaku pada televisyen, tidak mempedulikan
bebelan ibunya.
“Zikree! Cuba bagi respon, bila Ibu
cakap. Ibu penatlah Zikree. Dahlah kerja kat pejabat tu banyak. Lepas tu, bila call pengetua, dapat pulak berita yang
macam tu. Zikree tak fikir Ibu ke?” Marah Ibu. Ibu memang sentiasa sibuk.
Yelah. Siapa tak kenal Dato’ Karmila yang merupakan usahawan yang berjaya,
tambahan pula merupakan seorang Ibu tunggal. Along dan Angah yang tinggal
dengan Ayah dah jadi orang yang berjaya. Jadi, Ibu meletakkan harapan yang
tinggi pada Key, anak yang dibawah jagaannya. Jika anak yang dijaga oleh bekas
suami lebih berjaya, maka tercalarlah maruah Ibu, sebagai Ibu tunggal. Ibu
tidak mahu begitu.
“Zikree!
Tolonglah Ibu. Tunjukkan kat Ayah, yang Zikree pun boleh jadi macam Angah dan
Along Zikree. Tolong jangan malukan Ibu.” Sekali lagi, Ibu membebel sendiri.
Tangan Key sibuk menekan punat TV.
“Kamarul
Zikree! Dengar tak apa Ibu cakap ni?” Ibu bengang dan merampas Remote Control dari tangan Key dan
mencampak remote control tu, sehingga
bersepai. Sekarang ni, Ibu berdiri di hadapan Key yang melihat remote control yang terdampar di lantai.
Well, what left of it...
“Don’t ignore me! Tolonglah Ibu. Ibu
penat tau tak.” Marah Ibu. Key memandang Ibu dengan muka tak ada perasaan.
“Zikree!”
Ibu menyebut namanya dengan nada mendesak. Key akhirnya bangun dari duduknya,
dan melangkah kaki menuju ke dapur.
“Zikree!!!”
Dari dalam dapur terdengar suara Ibu marah. Key mengeluh. Dia kemudian menuju
ke peti sejuk dan mencapai sekotak susu yang tinggi. Selepas itu dia pergi ke
tempat letak cawan pulak, dan mencapai segelas cawan. Dia meletakkan
kedua-duanya di atas meja, lantas menuangkan susu ke dalam gelas.
Sambil
meneguk susu sejuk, dia menebarkan pandangan di hadapan. Hidangan makanan yang
tidak berusik, tersusun elok di atas meja kaca tu. Key memegang perutnya yang
dari tadi tidak berisi. Sebenarnya, bila bibik cakap Ibu balik awal hari ni.
Terus Zikree tak usik makanan tu. Nak tunggu Ibu balik, makan sama. Dah lama
tak makan sama. Tapi... Key memandang pintu masuk dapur.
Sejak
Ibu dan Ayah bercerai, memang dia tidak rasa pun nikmat kekeluargaan tu. Ibu
selalu balik lambat. Bila balik awal pulak, mesti marahkan Key pasal sekolah,
dan dia akan dibandingkan dengan Along dan Angahnya. Ayah pulak, duduk jauh.
Susah nak menjenguk. Kalau ada masa, Ibu mesti marahkan dia pasal pelajaran,
bandingkan dia dengan adik beradik lain. Dah tak dengar dah, ‘Zikree boleh
buat’. Dah tak dengar dah, ‘Ibu sayang Zikree’, Jarang sekali ‘Ibu sentiasa
sokong anak ibu.’ Yang dengar cuma, ‘Cuba jadi macam Along dengan Angah.’
Selalu je ‘Jangan malukan Ibu’ dan sentiasa ‘buktikan pada Ayah yang Ibu pandai
didik anak’. Dia termenung seketika. Apabila tersedar dia menggelengkan
kepalanya.
Selesai
minum, dia membawa gelas ke sinki dan membasuh cawan tu. Keluar sahaja daripada
dapur terus dia naik ke bilik. Tak ada selera nak makan. Sesampai sahaja di
bilik, dia membuka almari pakaiannya dan mencapai sweater berwarna putih dan menyarungkan ke tubuhnya yang sudah
sedia berbaju T-Shirt, hitam. Perlahan-lahan dia turun dari bilik. Sempat dia
memandang Ibu yang sedang memicit pelipis dan sedang duduk di atas sofa.
“Hah.
Nak pergi mana pulak tu? Dah malam ni.” Marah Ibu, sebaik sahaja melihat Key
turun dengan sweater tersarung di
tubuh. Key memandang Ibu. Tidak lama selepas itu dia menaikkan hoodie sweater nya, dan masukkan
kedua-dua tangan di poket hadapan sweater,
lantas membuka langkah keluar dari rumah.
“Zikree!
Dah malam!” Tidak mempedulikan Ibu, Key teruskan jugak langkahnya dan akhirnya
dia berada di hadapan pagar. Dia mencapai telefon bimbit Nokia 6600 fold
berwarna hitam dari poket depannya. Dia membuka flip telefon itu dan mencari-cari nombor. Carian terhenti di Arl.
Dia kemudian mendail nombor Arl, lantas melekapkan telefon ke telinga.
“Arl.
Panggil yang lain. Tempat biasa.” Ujar Key ringkas, selepas menutup flip, dia menyimpan kembali telefon
bimbitnya dalam poket dan langkah kaki menuju ke ‘tempat biasa’ yang dikatakan
pada Arl tadi.
ASAM LAKSA BIBIK.
Tin aerosol berwarna unggu di campak kasar ke jalan tar.
Key mengundur perlahan-lahan untuk mendapat pandangan yang lebih menyeluruh.
Matanya memaku pada tulisan grafiti rawak yang baru di hasilkan. Campuran warna
Unggu, Cyan, Perak dan beberapa warna lain memberi impak seni yang bolehlah nak
dikatakan cantik. Payan di sebelahnya agak terkejut melihat pilihan perkataan
yang agak random. Grafiti tu dah
cantik. Warna, bentuk semua dah superb
gila. Tapi, perkataannya pulak...
“Gila random. Kenapa ‘asam laksa’? Siap ada ‘bibik’ pulak tu.” Ois
bertanya soalan yang memang orang lain nak tanya. Sungguhlah pelik perkataan
grafiti tu. Kata nak buat dajal, ingatkan nak bagi hurtful words ke apa. Ni, ‘Asam Laksa Bibik’. Ada ke?
“Kau kenapa Key? Gaduh dengan Ibu
kau? Kau, bila ‘berbual’ dengan Ibu kau, mulalah kau buat perangai pelik,
conteng grafiti kat dinding sekolah dengan perkataan random kau yang tak masuk akal tu.” Soal Arl yang sedang duduk
bersila sambil tangan sebelah menongkat dagu tidak jauh di belakang Key dan
Payan yang sedang berdiri. Tugas Arl
hari ni, jadi tukang suluh lampu tak berbayar. Yang buat ‘kerja’ Cuma Payan,
Ois dan Key. Niel pulak, jadi seorang lagi tukang suluh lampu tak berbayar.
Rakan sekerja Arl.
“Seriusly,
kenapa ‘Asam Laksa Bibik’? Kau lapar sangat ke?” Soal Yuki yang sedang duduk di
atas tembok tidak jauh dari dinding yang kini ‘berhias’ dengan contengan
grafiti. Mereka berenam(tidak termasuk perempuan yang tiga orang tu) sekarang
ni, berada dalam kawasan sekolah, hendak melayankan Key tu. Kalau Key tu macam
ni. Maksudnya, dia tengah nak lepaskan geram. Penat berdiri, Key duduk di atas
jalan tar dengan kedua-dua lutut dinaikkan. Tangan di tongkat ke belakang.
“Tadi, bibik buat Asam Laksa. Tak sempat
rasa pun.” Ujar Key ringkas. Matanya masih lagi tidak lari daripada hasil kerja
yang dilakukan. Sebenarnya, dah banyak kali dah, mereka buat ‘projek seni
tambahan’. Tapi, bukan pada kertas, tetap pada dinding-dinding kosong sekolah
Aisyah Al-Humairah. Dah berapa kali dah dinding-dinding ni dicat semula, nak tutup
kesan grafiti tu. Mungkin inilah yang dipanggil jiwa memberontak agaknya.
“Kau bayangkan, kalau Cikgu Jaafar
tengok benda ni. Mahu dia terkejut keras nanti. Dah berapa banyak duit dah
habis, sebab nak tutup benda-benda ni.” Ujar Payan.
“Alaa...Nak susah apa? Sekolah ni
kan banyak duit. Mana lagi nak sumbang duit tu, kalau tak kat benda-benda macam
ni?” Kata Ois pulak.
“Gila tak banyak duit Cikgu Jaafar tu.
Setahun je, dah beratus ribu, seorang tau” Niel menambah. Arl dan yang lain
mengangguk. Memang pun. Kata sekolah swasta, memang yuran tak boleh nak
cakaplah berapa banyak. Tapi, mereka tak pernah kisah pun pasal yuran tu. Semua
keluarga yang uruskan. Yang lain mengangguk.
“Aku tak nak balik rumah.” Ujar Key
ringkas. Semua mata memandang Key yang sekarang ni, bersila pulak.
“Habis kau nak balik rumah siapa?”
Soal Yuki. Key tidak menjawab dan memandang satu-persatu sahabat-sahabatnya.
Dia tahu, yang kawan-kawannya, tidak kisah pun dia nak tidur rumah mereka. Arl
memandang Key, lantas mengeluh. Tahu sangat kenapa Key macam tu. Mesti tertekan
duduk rumah sendiri.
“Hari
ni, kau tidur rumah aku je lah” Arl mempelawa. Yang lain mengangguk.
Niel, kemudian dapat menangkap suluhan
lampu yang bukan dari mereka, terbuntang mata Niel melihat cahaya lampu suluh
tu.
“Wei. Wei! Pak Aji. Pak Aji tu wei!
Cabut!” Ujar Niel. Bila dengar amaran
Niel, yang lain mula lintang pukang berlari. Niel sempat mengutip Tin aerosol
yang jatuh, dan terus berlari mengikut kawan-kawannya dari belakang.
“Woi! Siapa tu?” Teriak Pak
Aji(pakcik Jaga). Nasib baik mereka berenam sempat lari sebelum, Pak Aji sempat
menangkap mereka.
“Hei! Budak-budak ni.” Kedengaran
Pak Aji membebel dari belakang sambil mereka berlari tu. Seorang-seorang
melompat pagar, dan akhirnya mereka berjaya melepaskan diri, dari situasi
kritikal.
Sebaik sahaja, sudah pasti mereka jauh
dari sekolah. Yuki, berhenti dan memegang lutut. Mengambil nafas. Begitu jugak
yang lain. Mereka kemudian sama-sama tergelak, dalam tercungap-cungap. Situasi
macam ni, memang membuat Key rasa bersemangat kembali. Macam tu lah mereka,
setiap kali Key ditimpa masalah. Masing-masing, menenangkan hati masing-masing.
Macam tu lah, hubungan mereka sembilan sahabat.
ASAM LAKSA BIBIK.
Dhia memeluk tubuh memerhatikan
tulisan grafiti tu. Mula-mula, masa dia sampai tadi, dia nampak orang
berkerumun kat sini. Jadi dia pun macam berminat nak join, jadi sinilah dia. Rupanya, ada hiasan baru kat dinding
sekolah. Dengan hasil kerja tu, ditambah pulak dengan perkataan rawak yang
pelik dia dah kenal siapa pelakunya. Habislah duit Cikgu Jaafar lagi. Hana
mengeluh. Something is wrong.
“Something
is wrong with him.” Suara Lysa tiba-tiba menerjah telinganya. Entah bila
masanya, Lysa ni berdiri kat sebelah dia. Dhia memandang Lysa.
“Kan?” Ujar Lysa, lantas mengalih
pandangan dari lukisan grafiti kepada Dhia. Dhia menarik senyum segaris, dan
mengangguk
“Definately.”
“KENAPA KAU pandang aku?” Soal Key, pelik sebab
dari tadi Dhia asyik pandang dia je. Dari Dhia masuk kelas tadi, sehinggalah
sekarang. Dhia menarik senyum. Dhia, Lysa dan Ira faham sangat, kecenderungan
Key merosakkan dinding sekolah, kalau dia rasa susah hati.
“What
ever it is, bothering you. It’ll all be okay. Aku ada, Ira ada, Lysa ada
dan the guys, apatah lagi.” Nasihat Dhia. Key menarik
senyum dan mengangguk. Dhia kemudian pergi ke tempatnya semula.
“BAIK MENGAKU! Siapa yang berani conteng dinding sekolah ni. Kalau tak, semua kena.” Ujar
Cikgu Jaafar, pengetua Sekolah Aisyah Al-Umairah. Kaki masing-masing dah
lenguh. Cikgu Jaafar ni, memang saja, buat perhimpunan tengah-tengah hari yang
panas ni. Sebab nak cakap pasal grafiti kat dinding tu.
Yang lain semua sudah tak betah
berdiri. Tergoyang-goyang badan mereka. Yelah. Panas. Siapa yang tahan?
“Cepat, mengaku! Awak nak mengaku
sekarang. Atau bila saya dah dapat sendiri pelakunya, awak akan kena denda lagi
teruk dari ni.” Marah Cikgu Jaafar lagi. Dia memandang seluruh kelompok pelajar
yang berdiri. Tak ada siapa mengaku?
“Baik...1, 2...” Belum sempat Cikgu
Jaafar habis kira, ada seorang makhluk ALLAH yang berani mengangkat tangan
mengaku. Terus, semua yang kena jemur tu, memandang tuan punya tangan tu. Key.
Langsung, tak ada riak takut, serbesalah pun. Hanya selamba je mengaku dengan
tenang.
“Zikree! Kamu...” Belum sempat Cikgu
Jaafar meneruskan kata-katanya, lapan lagi tangan tegak diangkat ke udara.
Semua dari kelas yang sama.
Key memandang kelilingnya. Dia ingat
tadi, dia nak mengaku seorang-seorang tadi. Tapi, entah kenapa ada lagi lapan
orang mengaku. Arl, Niel, Yuki, Ois, Payan, Ira, Lysa, dan Dhia, tangan tegak
di udara. Key terkejut. Terharu pun ada. Key memandang Dhia. Pandangan mereka
bertemu, Dhia menarik senyum.
“Kamu sembilan orang, kena bersihkan benda tu dan
cat balik dinding tu!” Marah Cikgu Jaafar. Mereka hanya mengangguk akur.
“PATUTNYA,
kau orang biarkan aku buat benda ni sendiri.” Ujar Key, sambil tangan
membersihkan lukisan grafiti tu. Mereka sembilan orang kini berkerjasama
membersihkan dinding tu.
“Kau kena belanja aku makan A&W
balik nanti.” Ujar Payan. Yang lain hanya tersenyum.
“Okey. Aku tak kisah.” Balas Key.
“Tu yang aku nak dengar tu.” Ujar
Niel. Mereka tergelak lagi.
“Thanks”
Ujar Key, lembut. Yang lain memandang Key dan tersenyum lembut.
Sedang Key leka membersihkan
dinding, tiba-tiba dia rasa macam ada air yang di simbah padanya.
“Siapa buat?” Soal Key, musykil.
Namun, orang lain hanya senyum tanpa mempedulikan soalan Key tadi. Key
memandang satu-persatu kawannya tajam. Nampaknya, tak ada orang nak mengaku ni.
Kemudian, dia mengambil getah air yang sedia terbuka pilinya dan menyimbah
kesemua kawan-kawannya.
“Woi!!!” Serentak, semua marah. Key
hanya tergelak jahat.
“Ni, tak boleh jadi ni.” Ujar Ira,
lantas menyimbah air baldi yang kotor ke arah Key. Key tergelak. Daripada kena
basuh dinding tadi, mereka bermain air pulak. Tidak peduli masing-masing basah.
Sudahnya, tempoh hukuman mereka
untuk hari tu, berlalu macam tu je, tanpa dapat bersihkan sedikit pun kesan
grafiti tu. Selagi boleh ketawa, mereka akan ketawa. Selagi boleh mengusik.
Mereka akan mengusik. Selagi boleh mengekalkan persahabatan ni, mereka sanggup
buat apa sahaja. Syukurnya, Key dengan kehadiran orang-orang istimewa ini dalam
hidupnya. Masalah dan tekanan yang Ibu beri padanya, seolah-olah boleh di atasi,
bersama mereka-mereka ni. Key, memang yang paling tak banyak cakap. Tapi, tak
ada siapa yang tahu, bahawa dia paling sayangkan persahabatan ni, lebih dari
orang lain.


Nice story. ... tapi tu laaaa cik penulis yg begitu sibuk tahap gaban hahahaha....
ReplyDeleteApa2 pun daling good luck unt semua ..... kerja...penulisan....& family. .. by good girl ok
Thanx Kak! Tula busy, nnti ade mse sye update lg...sorila sempat update stu bab jer...
Delete