Saturday, 29 March 2014

Kisah Aozora (BAB 6)


BAB 6

“ZIKREE, Ibu dapat call dari pengetua. Pengetua Zikree cakap, Zikree punya keputusan makin menurun? Zikree apa nak jadi ni? Zikree, Zikree kena dapat tempat pertama seluruh sekolah Zikree. Jangan malukan Ibu. Cuba tengok macam Kakak dan Abang Zikree tu, sekarang dah jadi Lawyer, jadi professor. Ni, Zikree ni nak jadi apa?” Bebel Puan Karmila sebaik sahaja melangkah masuk ke rumah dari tempat kerjanya. Mata Key hanya memaku pada televisyen, tidak mempedulikan bebelan ibunya.

            “Zikree! Cuba bagi respon, bila Ibu cakap. Ibu penatlah Zikree. Dahlah kerja kat pejabat tu banyak. Lepas tu, bila call pengetua, dapat pulak berita yang macam tu. Zikree tak fikir Ibu ke?” Marah Ibu. Ibu memang sentiasa sibuk. Yelah. Siapa tak kenal Dato’ Karmila yang merupakan usahawan yang berjaya, tambahan pula merupakan seorang Ibu tunggal. Along dan Angah yang tinggal dengan Ayah dah jadi orang yang berjaya. Jadi, Ibu meletakkan harapan yang tinggi pada Key, anak yang dibawah jagaannya. Jika anak yang dijaga oleh bekas suami lebih berjaya, maka tercalarlah maruah Ibu, sebagai Ibu tunggal. Ibu tidak mahu begitu.  
“Zikree! Tolonglah Ibu. Tunjukkan kat Ayah, yang Zikree pun boleh jadi macam Angah dan Along Zikree. Tolong jangan malukan Ibu.” Sekali lagi, Ibu membebel sendiri. Tangan Key sibuk menekan punat TV.
“Kamarul Zikree! Dengar tak apa Ibu cakap ni?” Ibu bengang dan merampas Remote Control dari tangan Key dan mencampak remote control tu, sehingga bersepai. Sekarang ni, Ibu berdiri di hadapan Key yang melihat remote control yang terdampar di lantai. Well, what left of it...
Don’t ignore me! Tolonglah Ibu. Ibu penat tau tak.” Marah Ibu. Key memandang Ibu dengan muka tak ada perasaan.
“Zikree!” Ibu menyebut namanya dengan nada mendesak. Key akhirnya bangun dari duduknya, dan melangkah kaki menuju ke dapur.
“Zikree!!!” Dari dalam dapur terdengar suara Ibu marah. Key mengeluh. Dia kemudian menuju ke peti sejuk dan mencapai sekotak susu yang tinggi. Selepas itu dia pergi ke tempat letak cawan pulak, dan mencapai segelas cawan. Dia meletakkan kedua-duanya di atas meja, lantas menuangkan susu ke dalam gelas.
Sambil meneguk susu sejuk, dia menebarkan pandangan di hadapan. Hidangan makanan yang tidak berusik, tersusun elok di atas meja kaca tu. Key memegang perutnya yang dari tadi tidak berisi. Sebenarnya, bila bibik cakap Ibu balik awal hari ni. Terus Zikree tak usik makanan tu. Nak tunggu Ibu balik, makan sama. Dah lama tak makan sama. Tapi... Key memandang pintu masuk dapur.
Sejak Ibu dan Ayah bercerai, memang dia tidak rasa pun nikmat kekeluargaan tu. Ibu selalu balik lambat. Bila balik awal pulak, mesti marahkan Key pasal sekolah, dan dia akan dibandingkan dengan Along dan Angahnya. Ayah pulak, duduk jauh. Susah nak menjenguk. Kalau ada masa, Ibu mesti marahkan dia pasal pelajaran, bandingkan dia dengan adik beradik lain. Dah tak dengar dah, ‘Zikree boleh buat’. Dah tak dengar dah, ‘Ibu sayang Zikree’, Jarang sekali ‘Ibu sentiasa sokong anak ibu.’ Yang dengar cuma, ‘Cuba jadi macam Along dengan Angah.’ Selalu je ‘Jangan malukan Ibu’ dan sentiasa ‘buktikan pada Ayah yang Ibu pandai didik anak’. Dia termenung seketika. Apabila tersedar dia menggelengkan kepalanya.
Selesai minum, dia membawa gelas ke sinki dan membasuh cawan tu. Keluar sahaja daripada dapur terus dia naik ke bilik. Tak ada selera nak makan. Sesampai sahaja di bilik, dia membuka almari pakaiannya dan mencapai sweater berwarna putih dan menyarungkan ke tubuhnya yang sudah sedia berbaju T-Shirt, hitam. Perlahan-lahan dia turun dari bilik. Sempat dia memandang Ibu yang sedang memicit pelipis dan sedang duduk di atas sofa.
“Hah. Nak pergi mana pulak tu? Dah malam ni.” Marah Ibu, sebaik sahaja melihat Key turun dengan sweater tersarung di tubuh. Key memandang Ibu. Tidak lama selepas itu dia menaikkan hoodie sweater nya, dan masukkan kedua-dua tangan di poket hadapan sweater, lantas membuka langkah keluar dari rumah.
“Zikree! Dah malam!” Tidak mempedulikan Ibu, Key teruskan jugak langkahnya dan akhirnya dia berada di hadapan pagar. Dia mencapai telefon bimbit Nokia 6600 fold berwarna hitam dari poket depannya. Dia membuka flip telefon itu dan mencari-cari nombor. Carian terhenti di Arl. Dia kemudian mendail nombor Arl, lantas melekapkan telefon ke telinga.
“Arl. Panggil yang lain. Tempat biasa.” Ujar Key ringkas, selepas menutup flip, dia menyimpan kembali telefon bimbitnya dalam poket dan langkah kaki menuju ke ‘tempat biasa’ yang dikatakan pada Arl tadi.



ASAM LAKSA BIBIK.
            Tin aerosol berwarna unggu di campak kasar ke jalan tar. Key mengundur perlahan-lahan untuk mendapat pandangan yang lebih menyeluruh. Matanya memaku pada tulisan grafiti rawak yang baru di hasilkan. Campuran warna Unggu, Cyan, Perak dan beberapa warna lain memberi impak seni yang bolehlah nak dikatakan cantik. Payan di sebelahnya agak terkejut melihat pilihan perkataan yang agak random. Grafiti tu dah cantik. Warna, bentuk semua dah superb gila. Tapi, perkataannya pulak...
            “Gila random. Kenapa ‘asam laksa’? Siap ada ‘bibik’ pulak tu.” Ois bertanya soalan yang memang orang lain nak tanya. Sungguhlah pelik perkataan grafiti tu. Kata nak buat dajal, ingatkan nak bagi hurtful words ke apa. Ni, ‘Asam Laksa Bibik’. Ada ke?
            “Kau kenapa Key? Gaduh dengan Ibu kau? Kau, bila ‘berbual’ dengan Ibu kau, mulalah kau buat perangai pelik, conteng grafiti kat dinding sekolah dengan perkataan random kau yang tak masuk akal tu.” Soal Arl yang sedang duduk bersila sambil tangan sebelah menongkat dagu tidak jauh di belakang Key dan Payan yang sedang  berdiri. Tugas Arl hari ni, jadi tukang suluh lampu tak berbayar. Yang buat ‘kerja’ Cuma Payan, Ois dan Key. Niel pulak, jadi seorang lagi tukang suluh lampu tak berbayar. Rakan sekerja Arl.
            Seriusly, kenapa ‘Asam Laksa Bibik’? Kau lapar sangat ke?” Soal Yuki yang sedang duduk di atas tembok tidak jauh dari dinding yang kini ‘berhias’ dengan contengan grafiti. Mereka berenam(tidak termasuk perempuan yang tiga orang tu) sekarang ni, berada dalam kawasan sekolah, hendak melayankan Key tu. Kalau Key tu macam ni. Maksudnya, dia tengah nak lepaskan geram. Penat berdiri, Key duduk di atas jalan tar dengan kedua-dua lutut dinaikkan. Tangan di tongkat ke belakang.
            “Tadi, bibik buat Asam Laksa. Tak sempat rasa pun.” Ujar Key ringkas. Matanya masih lagi tidak lari daripada hasil kerja yang dilakukan. Sebenarnya, dah banyak kali dah, mereka buat ‘projek seni tambahan’. Tapi, bukan pada kertas, tetap pada dinding-dinding kosong sekolah Aisyah Al-Humairah. Dah berapa kali dah dinding-dinding ni dicat semula, nak tutup kesan grafiti tu. Mungkin inilah yang dipanggil jiwa memberontak agaknya.
            “Kau bayangkan, kalau Cikgu Jaafar tengok benda ni. Mahu dia terkejut keras nanti. Dah berapa banyak duit dah habis, sebab nak tutup benda-benda ni.” Ujar Payan.
            “Alaa...Nak susah apa? Sekolah ni kan banyak duit. Mana lagi nak sumbang duit tu, kalau tak kat benda-benda macam ni?” Kata Ois pulak.
            “Gila tak banyak duit Cikgu Jaafar tu. Setahun je, dah beratus ribu, seorang tau” Niel menambah. Arl dan yang lain mengangguk. Memang pun. Kata sekolah swasta, memang yuran tak boleh nak cakaplah berapa banyak. Tapi, mereka tak pernah kisah pun pasal yuran tu. Semua keluarga yang uruskan. Yang lain mengangguk.
            “Aku tak nak balik rumah.” Ujar Key ringkas. Semua mata memandang Key yang sekarang ni, bersila pulak.
            “Habis kau nak balik rumah siapa?” Soal Yuki. Key tidak menjawab dan memandang satu-persatu sahabat-sahabatnya. Dia tahu, yang kawan-kawannya, tidak kisah pun dia nak tidur rumah mereka. Arl memandang Key, lantas mengeluh. Tahu sangat kenapa Key macam tu. Mesti tertekan duduk rumah sendiri.
“Hari ni, kau tidur rumah aku je lah” Arl mempelawa. Yang lain mengangguk.
            Niel, kemudian dapat menangkap suluhan lampu yang bukan dari mereka, terbuntang mata Niel melihat cahaya lampu suluh tu.
            “Wei. Wei! Pak Aji. Pak Aji tu wei! Cabut!”  Ujar Niel. Bila dengar amaran Niel, yang lain mula lintang pukang berlari. Niel sempat mengutip Tin aerosol yang jatuh, dan terus berlari mengikut kawan-kawannya dari belakang.
            “Woi! Siapa tu?” Teriak Pak Aji(pakcik Jaga). Nasib baik mereka berenam sempat lari sebelum, Pak Aji sempat menangkap mereka.
            “Hei! Budak-budak ni.” Kedengaran Pak Aji membebel dari belakang sambil mereka berlari tu. Seorang-seorang melompat pagar, dan akhirnya mereka berjaya melepaskan diri, dari situasi kritikal.
            Sebaik sahaja, sudah pasti mereka jauh dari sekolah. Yuki, berhenti dan memegang lutut. Mengambil nafas. Begitu jugak yang lain. Mereka kemudian sama-sama tergelak, dalam tercungap-cungap. Situasi macam ni, memang membuat Key rasa bersemangat kembali. Macam tu lah mereka, setiap kali Key ditimpa masalah. Masing-masing, menenangkan hati masing-masing. Macam tu lah, hubungan mereka sembilan sahabat.



ASAM LAKSA BIBIK.
            Dhia memeluk tubuh memerhatikan tulisan grafiti tu. Mula-mula, masa dia sampai tadi, dia nampak orang berkerumun kat sini. Jadi dia pun macam berminat nak join, jadi sinilah dia. Rupanya, ada hiasan baru kat dinding sekolah. Dengan hasil kerja tu, ditambah pulak dengan perkataan rawak yang pelik dia dah kenal siapa pelakunya. Habislah duit Cikgu Jaafar lagi. Hana mengeluh. Something is wrong.
            Something is wrong with him.” Suara Lysa tiba-tiba menerjah telinganya. Entah bila masanya, Lysa ni berdiri kat sebelah dia. Dhia memandang Lysa.
            “Kan?” Ujar Lysa, lantas mengalih pandangan dari lukisan grafiti kepada Dhia. Dhia menarik senyum segaris, dan mengangguk
            Definately.


“KENAPA KAU pandang aku?” Soal Key, pelik  sebab dari tadi Dhia asyik pandang dia je. Dari Dhia masuk kelas tadi, sehinggalah sekarang. Dhia menarik senyum. Dhia, Lysa dan Ira faham sangat, kecenderungan Key merosakkan dinding sekolah, kalau dia rasa susah hati.
            What ever it is, bothering you. It’ll all be okay. Aku ada, Ira ada, Lysa ada dan the guys,  apatah lagi.” Nasihat Dhia. Key menarik senyum dan mengangguk. Dhia kemudian pergi ke tempatnya semula.



“BAIK MENGAKU! Siapa yang berani conteng dinding sekolah ni. Kalau tak, semua kena.” Ujar Cikgu Jaafar, pengetua Sekolah Aisyah Al-Umairah. Kaki masing-masing dah lenguh. Cikgu Jaafar ni, memang saja, buat perhimpunan tengah-tengah hari yang panas ni. Sebab nak cakap pasal grafiti kat dinding tu.
            Yang lain semua sudah tak betah berdiri. Tergoyang-goyang badan mereka. Yelah. Panas. Siapa yang tahan?
            “Cepat, mengaku! Awak nak mengaku sekarang. Atau bila saya dah dapat sendiri pelakunya, awak akan kena denda lagi teruk dari ni.” Marah Cikgu Jaafar lagi. Dia memandang seluruh kelompok pelajar yang berdiri. Tak ada siapa mengaku?
            “Baik...1, 2...” Belum sempat Cikgu Jaafar habis kira, ada seorang makhluk ALLAH yang berani mengangkat tangan mengaku. Terus, semua yang kena jemur tu, memandang tuan punya tangan tu. Key. Langsung, tak ada riak takut, serbesalah pun. Hanya selamba je mengaku dengan tenang.
            “Zikree! Kamu...” Belum sempat Cikgu Jaafar meneruskan kata-katanya, lapan lagi tangan tegak diangkat ke udara. Semua dari kelas yang sama.
            Key memandang kelilingnya. Dia ingat tadi, dia nak mengaku seorang-seorang tadi. Tapi, entah kenapa ada lagi lapan orang mengaku. Arl, Niel, Yuki, Ois, Payan, Ira, Lysa, dan Dhia, tangan tegak di udara. Key terkejut. Terharu pun ada. Key memandang Dhia. Pandangan mereka bertemu, Dhia menarik senyum.
            “Kamu  sembilan orang, kena bersihkan benda tu dan cat balik dinding tu!” Marah Cikgu Jaafar. Mereka hanya mengangguk akur.



“PATUTNYA, kau orang biarkan aku buat benda ni sendiri.” Ujar Key, sambil tangan membersihkan lukisan grafiti tu. Mereka sembilan orang kini berkerjasama membersihkan dinding tu.
            “Kau kena belanja aku makan A&W balik nanti.” Ujar Payan. Yang lain hanya tersenyum.
            “Okey. Aku tak kisah.” Balas Key.
            “Tu yang aku nak dengar tu.” Ujar Niel. Mereka tergelak lagi.
            “Thanks” Ujar Key, lembut. Yang lain memandang Key dan tersenyum lembut.
            Sedang Key leka membersihkan dinding, tiba-tiba dia rasa macam ada air yang di simbah padanya.
            “Siapa buat?” Soal Key, musykil. Namun, orang lain hanya senyum tanpa mempedulikan soalan Key tadi. Key memandang satu-persatu kawannya tajam. Nampaknya, tak ada orang nak mengaku ni. Kemudian, dia mengambil getah air yang sedia terbuka pilinya dan menyimbah kesemua kawan-kawannya.
            “Woi!!!” Serentak, semua marah. Key hanya tergelak jahat.
            “Ni, tak boleh jadi ni.” Ujar Ira, lantas menyimbah air baldi yang kotor ke arah Key. Key tergelak. Daripada kena basuh dinding tadi, mereka bermain air pulak. Tidak peduli masing-masing basah.
            Sudahnya, tempoh hukuman mereka untuk hari tu, berlalu macam tu je, tanpa dapat bersihkan sedikit pun kesan grafiti tu. Selagi boleh ketawa, mereka akan ketawa. Selagi boleh mengusik. Mereka akan mengusik. Selagi boleh mengekalkan persahabatan ni, mereka sanggup buat apa sahaja. Syukurnya, Key dengan kehadiran orang-orang istimewa ini dalam hidupnya. Masalah dan tekanan yang Ibu beri padanya, seolah-olah boleh di atasi, bersama mereka-mereka ni. Key, memang yang paling tak banyak cakap. Tapi, tak ada siapa yang tahu, bahawa dia paling sayangkan persahabatan ni, lebih dari orang lain.

2 comments:

  1. Nice story. ... tapi tu laaaa cik penulis yg begitu sibuk tahap gaban hahahaha....

    Apa2 pun daling good luck unt semua ..... kerja...penulisan....& family. .. by good girl ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx Kak! Tula busy, nnti ade mse sye update lg...sorila sempat update stu bab jer...

      Delete