*Note : Aku tak buat research pun mase buat cerpen ni. Jadi, sungguh aku tak tau, macam mana orang istana bercakap, macam mana kehidupan dioarang. Jadi aku main tulis jela. Jadi, tolong jangan kecam aku, kalo ade yg salah. Sorry in advance. Sebab aku buat cerpen ni, ialah sebab aku tiba-tiba rasa nak buat cerita orang istana pulak. (aku buat citer ni, mase keje. Hehe...) Tapi, i hope you guys enjoy reading! :)
“ANAKNDA PASTI yang anaknda tidak mahu belajar di London? Ayahnda boleh hantar anaknda kesana.” Ujar Seri Paduka Idris kepada anaknya. Anaknya menggeleng.
“ANAKNDA PASTI yang anaknda tidak mahu belajar di London? Ayahnda boleh hantar anaknda kesana.” Ujar Seri Paduka Idris kepada anaknya. Anaknya menggeleng.
“Anaknda mahu habiskan diploma disini dahulu. Lepas itu, barulah anaknda ke sana.” Anaknya menjawab.
“Mengapa perlu habiskan diploma di sini? Bila di sana nanti, terus anaknda dapat degree. Tidak kah rasa membuang masa?” Soal Seri Paduka. Anaknya menggeleng.
“Anaknda tidak mahu menjadi seperti Kakanda. Tengok sahajalah apa yang jadi pada kakanda tu. Sudah tidak tahu nak membezakan baik buruk, halal haram. Dan Ayahnda dan bonda tidak boleh berbuat apa-apa untuk mengubahnya. Kerana hidupnya sudah terbiasa bebas tanpa batasan, dari kecil dia bersekolah disana.” Ujar anak itu, tegas. Seri Paduka Idris mengeluh.
“Tetapi, sebagai anak muda berketurunan raja, tidak sepatutnya anaknda belajar di tempat yang biasa-biasa seperti itu.” Seri Paduka Idris cuba memujuk lagi.
“Anaknda bukan mahu belajar sahaja, tetapi anaknda mahu belajar erti hidup, mencari pengalaman, bercampur dengan rakyat biasa, supaya anaknda tidak termaktub dengan protokol hidup sebagai anak raja. Anaknda, mahukan kawan-kawan anaknda yang berkawan dengan anaknda, untuk melihat anaknda sebagai anaknda, sendiri, bukan sebagai anak raja. Izinkanlah anaknda, ayahnda. Tidak lama pun, cuma beberapa tahun sahaja. Kemudian, anaknda akan pergi ke London, macam yang ayahnda mahu.”
“APA YANG kau tengok?” Soal Aliya kepada rakan sebiliknya, Jumah. Namun, Jumah tak berikan apa-apa reaksi pun. Panalah tu, tengok movie. Dengan headphone yang sebesar alam tu. Memang, manalah nak dengar.
“Jumah.” Tegur Aliya lagi. Senyap, begitu fokus Cik Jumah menghadap laptop. Sekarang ni. Jumah tengah ketawa pulak.
“Oi.” Sekali lagi, Aliya menegur.Ya ALLAH, tak dengar? Berapa besar volume tu? Geram panggilannya tak bersahut, dia menepuk bahu Jumah sekuat hati.
“Oi! Cik Norajumah Madina!”
“Oi Mak kau, aku nak cium putera!” Latah Jumah, lantas menanggalkan headphone dari kepala. Terus terperanjat Aliya dibuatnya. Jumah memang melatah. Kadang-kadang dia pun suka sangat mengusik.
“Amboi! 18sx nya kau punya latah?” Tegur Aliya lantas tergelak.
“Liya! Janganlah kacau aku. Orang tengah leleh tengok movie, kau putuskan selera aku pulak.” Marah Jumah. Aliya dah ketawa berdekah-dekah, siap pegang perut lagi. Mak aih! Aliya. Teruknya, anak dara ketawa. Ni, kalau nenek ke atuk nampak ni, mahunya kena kurung dalam bilik, tak bagi keluar. Dia mengambil kerusi dari meja belajarnya dan letakkan di sebelah Juma. Lantas tersenyum, buat-buat comel memandang Jumah.
“Hah. Apa hal buat muka tak comel ni?” Soal Jumah, sedikit tinggi. Aliya kemudian menghadiahkan senyum.
“Kau tengok cerita apa? Nak join?” Ujar Aliya, ala-ala manja. Jumah mencebik. Macam ni lah mereka di UiTM Johor , kalau malam-malam tak ada kelas, layan tengok movie dalam laptop. Kerja tu ada, macam tak ada je. Sekarang Jumah dan Aliya dah nak masuk semesta terakhir dah kat sini.
“The Prince and me.” Jawab Jumah, lantas mengalih pandang ke laptop kembali. Dia menanggalkan sambungan headphone dari laptop, lantas suara Paige Morgan kedengaran dari Laptop Asus Jumah.
“Lagi?” Ujar Aliya tak puas hati. Yelah, ni dah kali ke berapa tengok cerita tu, dalam minggu ni tau, tak cukup dengan satu, sampai 2, 3 pun kalau tak tengok, tak sah. Naik muak tengok muka Julia Stiles dengan Luke Malby.
“Eh. Suka hati akulah, Lappy aku. Sibuk je.” Tutur Jumah. Aliya tersenyum mencebik. Jumah sambung memandang skrin laptop. Sekarang ni, Eddie dengan Paige tengah gaduh pulak.
“Best kan, kalau benda-benda macam ni betul-betul jadi. Kahwin dengan anak raja. Siapa tak nak?” Jumah berangan. Sekali lagi, Aliya mencebik.
“Kau ingat semua putera tu tu. Sweet macam Eddie tu ke. Anak-anak raja kat negara kita ni, tau enjoy je. Kau tengok Anak Sultan Selangor, Tengku Azmi tu. Ke hulur-ke hilir dengan perempuan je. Kalau tak model, pelakon, mat saleh tak sah. Huh. Tipikal lelaki.Ada duit, ada nama, tak sah kalau tak main perempuan.” Aliya mengutuk. Sebenarnya, bukan dia saje je tahu pasal Tengku Azmi ni. Tapi, dah memang banyak je cerita pasal Tengku Azmi di dada Akhbar. Sungguh, dia tak tahu yang anak Seri paduka punya publisiti, boleh jadi macam tu. Selama ni, tak adalah pulak dia dengar gosip-gosip pasal anak Seri paduka yang lain. Cuma Tengku Azmi tu je.
“Kenapa kau skeptic sangat ni? Tak semua anak raja macam tu.” Balas Jumah pula. Memang dia skeptic pun, tambahan pulak bila banyak cerita pasal Tengku Azmi keluar, terus dia cop ‘Anak Orang Kaya, tak boleh pakai’ Kalau dah anak Dato’ pun teruk, inikan pulak anak Raja.
“Mana kau tau? Money is something that they would always have. Duit, boleh buat alas kaki, mana mungkin anak raja tu, nak simpan je duit tu, buat kemajuan negara.” Ujar Aliya lagi.
“Tak baik tau skeptic. Mana tau jodoh kau dengan anak raja ke nanti?” Balas Jumah pulak. Terus Aliya ketawa.
“Amboi. Tinggi betul anganan kau. Kalau ikut taraf manusia dalam Malaysia ni, anak raja tu, kedudukan dia tinggi di langit Aku pulak, cuma budak kampung yatim piatu yang duduk dengan Atuk dengan nenek aku. No matter how you look at it, anak kebanyakkan dan seorang Raja, tak kan boleh duduk sebaris...dan kenapa pulak aku play along dalam anganan kau ni? Jumah, Jumah. Benda ni impossible tau tak!” Aliya menggeleng kepala. Kisah Putera dan orang kebanyakkan ni, hanya jadi dalam fairytale, movie and manga je.
“Nothing is impossible with ALLAH darling! Ingat tu.”Ujar Jumah. Aliya dah mencebik.
“Yelah, yelah. Aku kalah.” Aliya mengalah.
“Good. Kuey tiow Goreng Special satu, kerang nak lebih.”
“Dah kenapa tiba-tiba?”
“Belanjalah. Aku dah patahkan hujah kau. Patut bagi aku ganjaran.”Ujar Jumah. Sekali lagi Aliya mencebik.
“MENARI LAGU INTO THE NEW WORLD! Baru aku belanja.” Serentak tepukkan kuat tangan Aliya dan teriakkannya, terus Jumah terbangun dan menari lagu ‘Into The New World’ yang dipopularkan oleh kumpulan Seo Nyuh Shi Dae.
Jumah Melatah lagu tu, siap menari lagi. Bila melihat keadaan itu, Aliya ketawa. Adik-adik, jangan biasakan diri melatah tau. Nanti, teruk macam kak Norajumah Madina ni...dan Kak Aliya pulak akan kacau sampai jenuh. Muahaha! Er..kenapa adik-adik? Apa-apa je lah.
“AKU PENAT.” Ujar Irfan, lantas mendaratkan kepalanya ke perut Q yang sedang terlentang atas lantai. Awal lepas isyak tadi, ada event kolej. Irfan yang kena uruskan hal event tu, sebab dia salah seorang MPP di UniMAP ni. Tu yang balik-balik je, terus rasa badan ni, berat. Tak larat dah nak buat apa-apa.
“Ni, dah kenapa manja sangat ni? Aku lurus ye. Aku nak kahwin, nak ada anak. Aku tak tahulah kau.” Ujar Q. Bergurau dalam serius. Namun tidak dipedulikan oleh Irfan.
“Aku pun nak kahwin, nak ada anak dengan perempuan yang aku sayang.” Ujar Irfan malas. Namun, tidak diangkat jugak kepala dari perut Q.
“Dah tu?”
“Tak sedap ah perut kau. Perut buncit mak aku lagi sedap. Dahlah, tepi.” Dia cakap begitu, namun kepala tak di alih lagi dari perut Q.
“Aku memang senang hati nak tepi, tapi kepala kau tu lagi berat dari batu. Jadi, patutnya, kaulah yang kena tepi.” Balas Q.
“Penatlah wey. Gilalah. Banyak kerja aku, dengan assignment lagi. Bila nak siap semuanya ni?” Adu Irfan. Sambil menengadah ke siling.
“Yang kau bantai pergi sapu semua jawatan yang ada, kenapa. Memanglah penat tahap giga. Tulah, Gila kuasa sangat.” Bebel Q. Tangannya menyelak komik Naruto yang dari tadi dibaca.
“Diamlah Q. Aku nak rehat.” Ujar Irfan malas. Dah memang jawatan tu semua boleh bantu dia, apa lagi,habis sapu semua yang boleh disapulah. Tulah, tamak. Sekarang ni, tak terlarat nak handle, Apakah?
“Aku nak balik. Baju banyak lagi tak basuh. Nanti, bila aku balik, Ibu boleh basuhkan. Tapi, macam mana aku nak balik? Kerja banyak. Sabtu Ahad ada event. Jom terjun laut dengan aku” Gumam Irfan, tapi masih boleh difahami oleh Q. Q mengangkat badan. Penat dah baring terlentang atas lantai dan bersandar pada kaki katil, dan dengan itu, kepala Irfan, perlahan-lahan jatuh ke lantai, lantas Irfan meniarap dan memejamkan mata. Kepala dah berpusing-pusing dah dengan event dinner, kolej dan lain-lain.
“Kau nak terjun, terjun seorang. Aku tak kahwin lagi.”
“Bongek kau. Ni lah manusia, time susah cari aku, time senang nak teman aku terjun laut pun tak boleh. Cis! Pigi dah. Berdaulat punya roomate” Irfan merajuk. Dah berapa lama dah ye, mereka jadi rakan sebilik? Sejak semester 1 lagi kan dulu? Q memang jenis yang tak banyak cakap. Tapi, kalau tang membebel bagikan dia. Dari semesta 1 mula berkenalan, tanpa sedar mereka dah jadi kawan baik. Masing-masing di tahun akhir di UniMAP ini.
“Eh. Minggu depan ada perlawanan bola sepak persahabatan dengan UiTM johor kan?” Soal Irfan tiba-tiba. Baru dia teringat. Alamak, proposal untuk acara tu belum di hantar lagi, tapi dah siap. Besoklah hantar
“Kau tanya aku kenapa? Aku MPP ke?” Soalan berbalas soalan.
“Kau pergi kan?”
“Dah kau dok merayu-rayu, suruh aku pergi sebab aku pandai main. Aku ikutkan je lah.” Balas Q. Irfan mengangguk-angguk.
“Aku nak tidur, mengantuk.” Sambung Irfan. Q diam, berfikir.
“Kau nak tidur, pergilah tidur. Tu katil tu besar. Tidur je la situ.”
“Panas.”
“Habis tu? Kau nak suruh aku kipaskan kau pulak?”
“Boleh ke?”
“Jangan harap.” Pantas Q menjawab. Irfan terdiam dan mencebik.
“Yelah, aku tidur atas katil. Kau jangan cari aku nak mintak tolong assignment nanti, aku tak layan.” Rajuk Irfan, lantas bangun dari baringan untuk kembali merebahkan diri di katil. Waahh...Banyak kerja. Sekarang ni, baik bersihkan dulu urat otak yang berselirat dengan tidur. Kang, semua kerja tak jadi.
“Kejutkan aku untuk subuh.” Kembang suara Irfan berkata-kata. Wajahnya dah awal-awal disembamkan ke bantal. Q pulak, masih fokus dengan komik Naruto.
“Eh..kau dah isyak belum?” Soal Q, apabila teringat.
“Dahlah...Kau tak perasan ke, sebelum aku keluar tadi? Tula, asyik dok baca komik Naruto tu je. Tak sedar aku dah solat belum.” Malas Irfan menjawab.Q mengangguk.
“Nak tidur, tidur. Jangan bising.” Ujar Q. Dengan mata yang macam dah tak lalu nak buka tu, Irfan memandang Q, sambil masih lagi terbaring atas katil. Q masih tak mengangkat kepala dari komik Naruto tu. Betul lah Q ni, dah bertahun kenal (tak adalah bertahun sangat, adalah dalam dua tahun setengah), Sampai sekarang dia tak boleh nak bezakan bila masa Q bergurau, bila masa Q serius. Sebab kalau dia melawak pun, muka ketat semacam je. Kalau orang tak kenal, dah ingat Q ni, sombong dan bajet bagus. Masa mula-mula kenal dulu pun, dia ingat Q ni, sombong dan bajet bagus. Tapi tak sebenarnya. Q ni, Cuma tak banyak cakap dan agak dingin dengan orang yang dia tak kenal. Irfan kemudian, perlahan-lahan melayang dan tidak berapa lama selepas itu, dia terlena dengan bermimpikan assignment dan semua kerja yang dia kena buat, lepas bangun nanti.
DIA DUDUK TERMENUNG di atas kerusi panjang yang disediakan di ruang legar bahagian pentadbiran UiTM Johor. Teringat apa yang atuk cakap semalam, masa dia telefon kampung. ‘Ayah kamu, nak jumpa kamu. Jumpalah dengan dia. Dia rindukan kamu.’ Aliya mendengus tak puas hati. Rindu. Banyaklah rindu. Entah kenapa buang tebiat entah orang tua tu. Buat apa nak ingat kat aku. Jaga je lah keluarga baru dia tu. last time I check, bukan aku yang suka hati tinggalkan rumah. Ayah dia yang hantar dia ke rumah atuk nenek, sebab tak nak dia menganggu keluarga baru ayah tu. Cakaplah apa pun, memang itu yang dia rasakan. Tidak semena-mena, air matanya mengalir. Cepat-cepat diseka dengan belakang tangan. Dah kenapa nak buat drama air mata kat tengah-tengah admin ni? Nasib baik, hari minggu, ramai balik rumah. Jadi sunyilah jugak admin tu, tak ramai orang.
Bukannya dia tidak suka duduk dengan Atuk dan Nenek. Dia suka dan senang dapat duduk dengan mereka. Tetapi, motif ayah menghantar dia ke kampung, membuatkan dia ralat dengan ayahnya. Dulu, masa mula-mula ayah nak hantar dia ke kampung, ayah cakap senang bersekolah di kampung. Ye sangatlah tu. Ayah cakap apa pun, dia percaya yang sebenarnya, bini ayah tu, tak suka dia duduk rumah tu. Sekarang ni, nak rindu-rindu pulak. Geram sangat. Dia duduk termenung memandang papan kenyataan yang penuh di hadapannya. Air matanya jatuh lagi. Dia mengeluh, dan membiarkan sahaja air mata jatuh. Tiba-tiba dia rindukan Ibu pulak. Sedang dia melayan perasaan. Derapan tapak kaki, mengejutkannya. Terus dia menyeka air mata tu, malu orang tengok. Selepas air mata diseka dia masih lagi terus termenung memandang jauh papan kenyataan hitam yang ada letak macam-macam pengumuman tu, tidak mempedulikan siapa yang lalu dihadapannya tu. Setelah derapan tapak kaki makin jauh. Dia menenangkan diri. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan mendail sebuah nombor. Lepas dah dapat nombor tu, dia melekapkan telefon bimbit ke telinga
“Jumah. Kau kat mana? Penat aku tunggu.” Sedang dia bercakap di telefon, dia bangun dari duduknya, dan melangkah menuju ke padang sukan.
“GO UITM! Apa lembik sangat tu! Kalahkan UniMAP tu!” Teriak Jumah, siap menggenggam penumbuk lagi. Jumah kalau dah tengok bola sepak. Tak kiralah bola sepak apa pun, mesti macam tu. Hyperaktif tiba-tiba. Bayangkan kalau FIFA, lagi teruk hyperaktifnya ‘ahjumma’ ni. Aliya pulak yang termalu duduk sebelah orang yang terlebih semangat ni.
“Oi! Jumah!” Bisik Aliya, keras, sambil menarik-narik tangan Jumah suruh duduk. Sungguh, Jumah yang paling semangat sekarang ni. Yang lain rileks je. Sebenarnya, dia dah part 6 dah kat sini, sepatutnya, tak payah nak kumpul cop untuk kolej kediaman lagi, tapi sebab Jumah nak tengok bola ni, dia ikutkan jugak. Puas dia tarik-tarik tangan Jumah suruh duduk, Tapi Jumah tak duduk juga. Degil. Aliya kemudian, membiarkan je Jumah macam tu. Tak larat dah nak layan. Aliya menggeleng. Kemudian dia menala pandangan ke hadapan. Melihat Perlawanan sengit antara UiTM dan UniMAP. Boleh tahan jugak budak-budak UniMAP ni main bola sepak. Walaupun dia agak jahil dalam bab bola sepak ni. Tapi, dia tak adalah sampai tak tahu nak tengok, yang mana okey main bola, yang mana tak.
Sedang dia memerhatikan perlawanan dengan muka yang tak berminat, matanya tertancap pada seseorang dari pihak lawan. Dia tak kenal orang tu, tapi hatinya sedikit bergetar melihat lelaki itu bermain bola sepak dengan gayanya yang tersendiri. Selepas itu, matanya tidak lari dari memandang lelaki tu, sepanjang perlawanan. Entah kenapa pun tak tahulah. Lelaki itu bermain dengan penuh bersungguh-sungguh...dan kalau dia berjaya menjaringkan gol Aliya akan nampak air muka yang sangat ikhlas bersyukur. Lelaki itu, tidaklah sekacak mana. Ramai lagi yang lebih kacak daripada lelaki itu dalam pasukan UniMAP tu. Apa yang membuatkan Aliya tertarik adalah ketulusan dan kepolosan yang terpancar dari wajah lelaki itu dan semua tindak tanduknya. Macam mana dia boleh nampak dan perasan semua tu? Jangan tanyalah, sebab dia pun tak tahu macam mana.
Tanpa sedar, selama dia memerhatikan lelaki itu, wajahnya merona merah..tapi bukan sebab cuaca yang panas ni. Tapi sungguh, apa yang jadi kat Aliya ni sebenarnya? Selama ni, dia tidak pernah berminat dengan mana-mana lelaki pun. Tak pernah berminat dengan cinta. Hatinya tak pernah bergetar macam ni. Kenapa dia rasa pelik? Mungkin ini, sebenarnya, hanyalah cinta angin monsun, yang datang bertandang sementara dan akan pergi untuk beberapa ketika...dan kalau ianya cumalah perasaan yang itu, dia akan lebih bersyukur. Dia membuat keputusan untuk tidak melayan perasaan baru yang bertandang dalam ruang hatinya tu.
“AKU RASA kita dah sesat ni.” Ujar Irfan, sambil matanya meliar ke seluruh tempat yang asing ni. Ini merupakan kali pertama dia masuk dalam UiTM Johor ni. Baru sahaja selesai perlawanan bola sepak persahabatan antara UniMAP dan UiTM Johor. Masa untuk mereka balik ke hotel, tempat penginapan mereka sementara di Johor ni, lambat lagi, Pakcik bas pun tak sampai lagi. Entah pergi mana entah pakcik bas tu. Jadi, plan asalnya, nak cari sesuatu untuk dimakan, nampaknya tak jadi kerana kesulitan, tak tahu jalan. Ni dah masuk mana dah ni. Macam dah masuk kawasan bilik kuliah. Kenapa UiTM Johor ni, sunyi? Ke sebab, hari ni, hari minggu ramai orang balik? Rasanya, dia pernah dengar yang UiTM Johor ni ada ‘benda’. Terus dia rasa meremang bulu roma bila terfikir.
“Tu, ada orang. Kita tanya dialah.” Ujar Q, sambil mengunjukkan jari telunjuk kepada seorang gadis yang berjalan, tidak jauh di hadapan mereka. Sedang mencari-cari sesuatu dalam beg sandangnya.
“Cik!” Terus Irfan menegur gadis itu, lantas gadis itu terperanjat dengan teguran asing tu.
“Ye?” Soal gadis itu, sambil mengangkat muka dari begnya.
“Cik. Kita orang ni, sesat cik. Kita orang dari UniMAP, kita orang nak tahu jalan keluar dari sini.” Soal Irfan. Irfan yang banyak menyoal. Gadis itu bergilir memandang dia dan Q. Q hanya mengangguk tanda hormat.
“Awak jalan terus depan tu, lepas tu ada tangga kecil. Awak naik tangga tu, lepas tu belok kiri. Awak jalan terus, sampai depan satu dewan kuliah yang besar tu orang panggil LT, ada satu jalan kat depan dewan tu, dan itulah jalan keluar.” Gadis itu memberitahu sambil menunjuk arah. Irfan mendengar dengan tekun.
“Terima kasih Cik.” Ucap Irfan, kemudian menghadiahkan senyuman yang manis kepada gadis itu. Gadis itu ,mengangguk dan senyum jugak, lantas meninggalkan mereka berdua. Sebaik sahaja gadis itu beredar, Irfan tersentak. Terus dia terkebil-kebil. Aik, mana aci! aku ingat nak bagi senyuman yang paling manis sekali, tapi senyuman dia lagi manis dari senyuman aku.God...those little dimples. Mamat manalah tak cair dengan senyuman macam tu. Dia memandang Q disebelahnya. Muka Q, tak ada riak langsung. Tak ada riak cair, tak ada riak terpikat. Sungguh tak ber-espresi. Ok. Ada. Ada lelaki yang tak cair, lelaki yang dipanggil Q, di sebelahnya ini. Sungguh, dia tidak akan dapat meneka apa yang ada di fikiran Q ni.
“Apa kau pandang? Jomlah.” Ujar Q selamba. Irfan mencebik dan mengangguk.
“Yelah. Jom.” Balas Irfan pulak. Kemudian mereka sama-sama meninggalkan kawasan bilik kuliah tu dan mengikuti jalan yang ditunjuk oleh gadis tadi. Sedang berjalan, tiba-tiba dia teringat sesuatu. Lantas kakinya berhenti, dan memandang tempat dimana dia dan gadis itu terjumpa tadi. Q terkejut.
“Kau kenapa?” Soal Q pelik. Irfan mengalih pandang pada Q, dengan muka sedih,
“Aku lupa tanya nama dia tadi.” Jawab Irfan, kecewa.
“Laa..aku ingat apa tadi. Dahlah. Nanti, ada jodoh, kau jumpa lagilah dengan dia. Time tu, kau tanya nama dia siap mintak nombor telefon lagi.” Ujar Q, selamba. Irfan mengangguk. Masih lagi dengan muka sedih. Q menggeleng kepala.
MUNGKIN TU JODOH? Aliya, apa kau merepek ni. Kau cakap jangan layankan perasaan tu kan? Memanglah. Tapi, tadi dia ada kat depan mata aku kot. Orang tua-tua cakap, kalau kita jumpa tiga kali, maknanya tu, jodoh. Tapi, kau baru jumpa dengan dia dua kali. Yang first time kau jumpa tu pun, dia tak perasankan kau. Kali kedua, kau jumpa balik pun, kau masih tak tahu nama dia. Jodoh pekenama tu? ‘Inner Aliyah’ bertikam lidah sesama sendiri. Sejak pertama kali dia jumpa dengan ‘Lelaki Bola Sepak’ tu, tadi. Aliya dah jadi macam Kyoko dalam komik Skip Beat tu dah. Watak perempuan yang ada ‘innerself’. Bila sahaja dia berjumpa dengan bekas teman lelakinya, ‘Inner Kyoko’ tu, keluar, berangan membuat sesuatu yang kejam terhadap bekas teman lelakinya itu, untuk balas dendam.
Tetapi, lain pulak ceritanya dengan ‘inner Aliyah’ tu. Separuh, ikut logik akal. Separuh menaruh harapan. Harapan apa pun tak tahulah. Sedangkan dia tak kenal pun lelaki tu. Bila terjumpa dengan lelaki itu buat kali kedua secara dekat pulak tu, lagilah ‘inner Aliyah’ berentap sesama sendiri. Sungguh, dia tak sangka, dia akan berjumpa dengan lelaki itu secara dekat. Untuk menganggap perasaan baru yang dirasakan itu hanyalah perasaan angin monsun, memang mudah...dan dia pasti perasaan itu akan pergi jugak. Tetapi, hati siapalah yang tak berdetak, berdegup bila tiba-tiba orang yang kita tertarik dan disangkakan jauh, orang yang kita sangkakan kita tidak akan berjumpa lagi berada di hadapan mata sahaja tadi. Masa dia beritahu jalan pada mereka berdua tu tadi, nampak je macam tenang, tapi hati dah berdegup-degup. Teruja. Sebenarnya, Aliya nak ke PTDI tadi, tu yang terserempak dengan budak dua orang tadi. Tak sangka boleh pulak terserempak. Aliya meneruskan langkah kakinya ke perpustakaan dengan senyum masih tak lekang di bibir.
Entah kenapa, kepalanya yang serabut memikirkan ayahnya tadi, menjadi lebih tenang sedikit. Penangan ‘Lelaki Bola Sepak’ tu kot.
“ANAKNDA, Macam mana keadaan anaknda disana?” Soal suara di talian sebelah, bimbang.
“AlhamduliLLAH bonda. Anaknda baik sahaja.” Dia menjawab.
“Kenapa anaknda sudah lama tak telefon bonda? Setahun, payah sekali. Bonda risau tahu.”
“Maafkan anaknda, bonda. Tapi bonda, anaknda tidak mahu sesiapa tahu perihal keluarga anaknda. Kalau anaknda seringkali telefon bonda, anaknda khuatir, yang kawan-kawan anaknda, roomate anaknda specially, mengetahui rahsia yang anaknda nak simpan ni. Dah bertahun anaknda simpan bonda.”
“Biarkan sahaja, mereka tahu. Apa salahnya. Dah memang anaknda dari keturunan raja. Bonda rasa, lebih elok, kalau mereka tahu.”
“Anaknda, tidak mahu. Layanan yang diberi kepada seorang kerabat diraja lain, bonda. Anaknda tidak mahu begitu.”
“Suka hati anaknda lah, kalau begitu.” Bonda menyerah kalah.
“Bonda. Harap, bonda bersabar. Sedikit masa sahaja lagi, anaknda akan habis disini. Dalam tempoh itu, bonda janganlah risau.” Dia memujuk ibunya.
“Baiklah. Jaga diri, anaknda. Bonda akan sentiasa mendoakan anaknda.” Ujar bonda. Dia mengangguk.
“Baiklah bonda. Bonda, pergilah beradu. Sudah lewat ni, bonda. Tolong kirim salam pada Ayahnda. Assalammualaikum” Talian, dimatikan. Telefon bimbit disimpan dalam poket baju melayu.
“Kau cakap dengan siapa?” Dia terkejut dengan teguran yang entah datang dari mana. Dia menoleh. Rakan sebiliknya sedang memandangnya pelik. Dia terkebil-kebil.
“Masih lagi belum beradu?” Alamak. Terkeluar pulak bahasa istana. Ni, sebab bonda lah ni. Rakan sebiliknya memandangnya pelik. Sebelah kening terangkat
“Huh? Patik akan beradu sekejap lagi, duli yang maha mulia.” Kawannya memerli.
“Kau baru balik time travelling ke apa, tiba-tiba keluar bahasa klasik ni?” Tanya kawannya lagi. Dia menggeleng.
“Er...dahlah tidur. Besok nak bangun awal.” Lekas dia melangkah meninggalkan kawannya, sebelum banyak ditanya. Takut nanti terkeluar lagi bahasa Istana.
Sebaik sahaja di masuk ke dalam bilik, dia terus merebahkan tubuhnya ke atas katil. Sedang dia selesa berbaring, otaknya menerawang pada awal pukul 10 tadi. Dia teringatkan seseorang yang dia rasakan menarik perhatiannya. Dia rasa, macam pernah jumpa gadis itu. Tapi, dia tidak ingat di mana. Masa bertanya jalan tadi, itu bukanlah kali pertama dia berjumpa dengan gadis itu. Masa ternampak gadis itu, awal tadi sebelum perlawanan pun, bukanlah pertama kali dia jumpa. Dia rasa dia pernah jumpa gadis tu, tapi tak tahu bila, dan dimana. Pagi tadi, sebelum bermula perlawanan bola sepak persahabatan antara UniMAP dengan UiTM Johor, dia ternampak seorang gadis yang sedang duduk termenung di ruang legar bangunan pentadbiran UiTM Johor tu. Tidak tahulah termenung sebab apa. Tapi, dia macam nampak hidung dan pipi gadis itu, memerah. Menangis ke? Tapi, dia amat pasti yang dia pernah berjumpa dengan gadis itu. Cuma dia tidak ingat, bila dan dimana sahaja. Gadis tudung biru yang telah menarik tangkal hatinya. Sedang otaknya ligat berfikir di mana dia berjumpa dengan gadis itu, dia hanyut di buai lena.
“KENAPA AWAK nangis?” Seorang budak perempuan berumur dalam lingkungan tujuh tahun menegur seorang budak lelaki yang lebih kurang sama umur dengan budak perempuan itu. Budak lelaki itu sedang bertinggung dan menangis. Siap tenyeh-tenyeh lagi mata yang berair.
“Kita sesat. Kita dah tak nampak Mak Mah.” Dengan suara yang sengau budak itu berkata-kata. Berkerut dahi budak perempuan itu mendengar perkataan yang keluar dari budak lelaki itu.
“Awak sesat?” Soal budak perempuan itu kembali. Budak lelaki itu mengangguk.
“Baiklah, awak ikut kita. Kita bagitau ayah dengan mak kita.” Ujar budak perempuan tu. Budak lelaki tu menggeleng, takut-takut.
“Kenapa tak nak pulak? Malulah lelaki menangis. Awak ikut kita, kita bagitau ayah kita. Jomlah.” Budak perempuan itu lantas menarik tangan budak lelaki tu dan menyeret budak lelaki itu mengikutnya...
Bunyi Ayam berkokok dari telefon bimbit mengejutkannya dari tidur. Terus dia terbangun dan mencapai telefon bimbit. Pukul berapa ni? 6.00. Subuh. Dia menenyeh matanya yang separuh terpejam tu. Dia terduduk sekejap di atas katil. Tadi, dia rasa, dia mimpi. Mimpi apa ek? Lupalah pulak. Dia menggeleng kepala. Lantaklah mimpi apa. Mimpi je, bukan apa-apa pun. Dia mematikan alarm ‘Ayam Berkokok’ dan meletakkan telefon bimbit ke tepi bantal semula, kemudian mengalih pandang pada Jumah di katil sebelah.
Perlahan-lahan, dia bangun...dan menggoyangkan bahu Jumah lembut.
“Jumah. Bangun. Dah subuh dah ni. Jumaaah...” Tubuh Jumah bergerak-gerak, tidak lama selepas itu, Jumah pun bangun dengan mamainya. Mereka berdua kemudian mengambil toiletries dan membawa toilteries tu, ke tandas. Mandi, dan selepas itu solat.
BEBERAPA TAHUN DAHULU...
“Ayah. Ibu. Iya nak baju kurung warna pink!” Ujar anak gadis yang berumur tujuh tahun itu, dengan teruja. Ayah dan Ibunya hanya tersenyum lembut, melihat telatah anak kecil mereka. Bulan puasa dah nak habis, tidak lama lagi raya. Tu yang bawa Aliya pergi beli baju raya, Jusco, Petaling Jaya.
“Iya nak berapa?” Soal Ibu, lembut.
“Iya nak...satu..dua..tiga...” Aliya berkira-kira dengan jari-jarinya yang montok. Puan Dahlia dan Encik Bahrain, hanya tergelak kecil melihat Aliya.
“Iya nak sepuluh!” Ucap Aliya teruja. Mulut cakap sepuluh, tapi tangan tunjuk tiga.
“Sepuluh ke tiga tu? Tiga ni kan?” Seloroh Encik Bahrain.
“Sepuluhlah!” Aliya memuncung, kembung pipinya marah.
“Iya tunjuk tiga je tu?” Ibunya pulak mengusik. Makin kembung pipi budak tu.
“Eii...sepuluh la.” Marah Aliya. Encik Bahrain dan Puan Dahlia tergelak.
“Yelah. Sepuluh sayang.” Lembut Puan Dahlia memujuk. Barulah Aliya tersenyum gembira.
“Wuargggh!!!” Puan Dahlia, Encik Bahrain dan Aliya sama-sama memandang ke arah suara yang menangis itu. Kelihatan seorang budak lelaki berumur lebih kurang Aliya sedang duduk bertinggung dan menangis di hadapan kedai Toys R’us. Puan Dahlia memandang suaminya.
“Bang. Budak hilang tu bang.” Ujar Puan Dahlia risau. Encik Bahrain mengangguk.
“Ibu, ayah. Kenapa dia menangis?” Aliya bertanya. Puan Dahlia dan Encik Bahrain, saling berpandangan. Kemudian Encik Bahrain, mencengkong di hadapan Aliya, untuk menyamakan paras mata dia dengan anak perempuannya.
“Cuba Iya tanya dia. Ibu dengan Ayah tunggu sini.” Lagi senang budak yang sama umur bertanya, nanti takut kalau orang dewasa macam Encik Bahrain dan Puan Dahlia tanya, takut lagi galak pulak budak tu menangis. Aliya mengangguk, dan perlahan-lahan mendekati budak lelaki yang sedang menangis tu.
“Kenapa awak nangis?” Aliya menegur budak lelaki yang lebih kurang sama umur dengan dia tu. Budak lelaki itu sedang bertinggung dan menangis. Siap tenyeh-tenyeh lagi mata yang berair.
“Kita sesat. Kita dah tak nampak Mak Mah.” Dengan suara yang sengau budak itu berkata-kata. Berkerut dahi Aliya mendengar perkataan yang keluar dari budak lelaki itu.
“Awak sesat?” Soal budak Aliya kembali. Budak lelaki itu mengangguk.
“Baiklah, awak ikut kita. Kita bagitau ayah dengan mak kita.” Ujar Aliya. Budak lelaki tu menggeleng, takut-takut.
“Kenapa tak nak pulak? Malulah lelaki menangis. Awak ikut kita, kita bagitau ayah kita. Jomlah.”Aliya lantas menarik tangan budak lelaki tu dan menyeret budak lelaki itu mengikutnya. Tidak lama berjalan Aliya berdiri di hadapan Ibu dan Ayahnya.
“Bu, Ayah. Dia kata dia sesat.” Ujar Aliya, tangan masih kemas memegang tangan budak lelaki tu. Dia sedang tunduk takut dan sedih. Puan Dahlia dan Encik Bahrain tersenyum, lalu bertinggung di hadapan budak lelaki tu dan memandang budak lelaki tu lembut.
“Nama siapa nak?” Soal Puan Dahlia. Budak lelaki tu, hanya menggeleng takut.
“Jangan risau. Kita orang tak jahat. Lapar tak?” Soal Encik Bahrain. Bila dengar perkataan lapar, terus anak kecil itu mengangguk.
“Makanlah dulu, kalau macam tu. Meh...” Puan Dahlia menghulurkan tangannya dan teragak-agak, budak lelaki itu menyambut.
“Jom” Akhirnya mereka berempat jalan beriringan untuk ke Medan Selera.
Hari tu, selepas mereka berempat makan, kumpulan beberapa orang lelaki berkot hitam datang mendapatkan mereka. Rupanya, budak lelaki itu, adalah anak Sultan Selangor. Terpisah dengan pengawal dan pengasuh, semasa pengasuhnya membeli lauk basah dan pengawalnya pergi ke tandas. Masa tu, cuma menugaskan seorang sahaja pengawal, tengok dari jauh. Selepas putera mahkota mereka hilang, barulah pengawal memanggil rakan sekerjanya. Encik Bahrain, dan keluarga, sudah hampir nak kena tangkap, kerana mereka fikir yang Encik Bahrain tu, nak menculik Tengku. Nasib baik, anak muda itu menghalang dan mengatakan yang Encik Bahrain, banyak menolongnya. Akhirnya, pengawal berterima kasih kepada keluarga Encik Bahrain. Keesokkan harinya, sebuah bakul berisi buah-buahan yang mahal dan banyak, di hantar ke rumahnya, dari Istana. Mungkin sebagai ucapan terima kasih.
AYAH TERSAYANG.
Matanya, hanya memandang sekilas pada nama pemanggil di skrin telefon bimbitnya. Dia marah, dia tak nak angkat, dia tak nak dengar suara bapaknya memujuk, kerana dia akan bakal cair. Dia duduk temenung memandang depan. Kemudian dia menala pandangannya keluar tingkap. Dah sampai mana sekarang? Tampin? Jauh lagi, nak sampai kampung. Dia biarkan sahaja telefon bimbitnya berbunyi. Dia menongkat dagu. Sejak Ayah kahwin baru ni, Ayah dah banyak berubah. Tak tahulah sebab apa. Mungkin dia sayang sangat dengan isteri barunya tu.
“Awak, telefon awak berbunyi.” Dia terkejut dengan teguran suara asing tu. Entah siapa dan entah sejak bila lelaki itu duduk disebelahnya. Terus dia menoleh. Matanya terbuntang melihat wajah yang dikenali itu, walaupun baru dua kali jumpa. Wajah itu akan tetap dia ingat. Aliya terkebil-kebil. Gila lah! Macam mana lelaki ni, boleh tersesat kat sini? UniMAP kat Perlis kot! Mungkinkah ini jodoh? Masuk hari ni, dah tiga kali jumpa.
“Telefon awak bunyi.”Lelaki itu mengulang. Aliya mengangguk, tanda faham. Aliya kemudian mencapai telefon bimbit dari dalam beg galasnya dan terus mematikan telefon tu. Lelaki itu pelik. Aliya hanya tersenyum kerang busuk. Lelaki itu kemudian memandang wajah Aliya dengan kening berkerut. Tiba-tiba sahaja merah kian naik ke muka.
“Er...Kenapa awak pandang saya?” Soal Aliya, teragak-agak.
“Awak...Ingat saya tak?” Soal lelaki tu. Mahunya, tak ingat. Encik ‘Bola Sepak’. Awaklah yang selalu saya pandang masa perlawanan bola sepak persahabatan UiTM dan UniMAP beberapa bulan lepas.
“Er...macam tak je. Kita pernah jumpa ke?” Soal Aliya berbohong. Aliya penipu! Liar, liar, pants on fire. Mestilah kena jual mahal sikit. Kot kalau Aliya bagitau yang dia ingat sangat, kepada Encik ‘Bola Sepak’ ni, tak ke haru jadinya? Lelaki itu mengetap bibir
“Awak. Awak yang tunjuk jalan keluar dari UiTM Johor tu kan?” Lelaki itu bertanya. Aliya berpura-pura berfikir.
“Ohh...Ha’ahlah. Awak. Saya terlupa pulak.” Aliya berbohong lagi. Lelaki itu kemudian menarik senyum. ALLAH! Tak sangka yang lelaki ni, mempunyai senyuman yang manis sekali. Sekali lagi, merah nak naik ke muka.
“Tak sangka jumpa kat sini.” Ujar Lelaki tu, Aliya mengangguk lantas tersenyum.
“Jauhnya, dari UniMAP naik kereta api kat sini?” Soal Aliya. Kereta api, sudah mulai berjalan, bunyi tayar kereta api berlaga dengan landasan menggamitkan suasana, dengan bunyi serombong kereta api lagi. Ye ke orang panggil serombong benda yang keluar asap tu? Entah, tak tahu.
“Rumah saya kat Shah Alam.” Ujar Encik ‘Bola Sepak’ ringkas. Aliya mengangguk faham.
“By the way, my name is Aliya Hafizah.” Ujar Aliya, tiba-tiba. Eh. Pause! Tak malu ke, kenalkan diri sendiri? Orang tu tak tanya pun. Aliya menggigit lidah. Malu dengan keterlanjurannya. Dia mengerling lelaki di sebelah dengan hujung mata. Kedengaran lelaki itu tertawa kecil.
“Nama saya, Adam Furqan. People call me Q.” Jawab lelaki tu. Aih. Nama pun, sungguh menggamit jiwa? Entah dari mana, keluar bahasa Tun Teja ni pun, tak tahulah. Aliya tergelak sendiri di dalam hati.
“Awak cuti ke?” Soal Aliya.
“Tak lah. Ada hal kat rumah.” Lelaki itu menjawab, Aliya mengangguk faham. Suasana sunyi, antara mereka berdua. Tak tahu nak borak apa. Kang kalau borak melebih, kena cop deperately friendly pulak. Kita tak nak kena cop macam tu, dengan bakal jodoh kita kan? Jadi, baik, diam.
Setelah agak lama diam. Agak lama berada dalam kereta api, kereta api, berhenti di destinasi perhentian Aliya. Hatinya mulai berat. Walaupun, mereka berdua tak banyak cakap, sepanjang perjalanan ni, tetapi dia berasa senang dengan hanya kehadiran Q disebelahnya, dan kalau boleh dia nak biarkan perjalanan kereta api ni, panjang lagi. Supaya dia boleh kenali Q lagi. Tidak tahulah, mengapa dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ni, Q yang buat dia tertarik, padahal dia bukan kenal sangat Q tu. Sungguh dia bersyukur Q duduk disebelahnya, dalam kereta api express rakyat ni.
“Awak. Saya dah sampai.” Ujar Aliya lantas bangun dari duduknya. Begitu jugak Q, bagi memberi jalan untuknya.
“Ah ye. Nice meeting you Liya.” Ujar Q, sebaik sahaja Aliya meninggalkan tempatnya. Aliya tersenyum dan mengangguk, lantas memulakan langkah untuk keluar dari kereta api.
“Ah. Macam mana, kalau saya nak jumpa awak lagi?” Teriak Q, sebaik sahaja, Aliya agak jauh meninggalkannya. Waktu tu lah, jantung Aliya berdebar-debar, Berdegup laju. ‘Macam mana kalau saya nak jumpa awak lagi?’ Suara Q, bergema di telinga. Dia terkebil-kebil. Apabila sudah dapat menenangkan diri, dia menoleh ke arah Q dan tersenyum.
“Insya-ALLAH, kalau ALLAH tuliskan, jalan kita akan bertemu. Bertemulah kita.” Ujar Aliya lantas tersenyum dan keluar dari kereta api. Sebaik sahaja menapak keluar dan kereta api pun berjalan, kelihatan Q tersenyum memandangnya dari dalam kereta api. Aliya membalas senyuman Q.
TAHUN 2013
“ANAKNDA, perlukah anaknda meneruskan sandiwara anaknda tu lagi? Anaknda, sudah pun berumur 25 tahun, pekerjaan anaknda tu pun dah tetap. Apalah salahnya, memberitahu asal usul anaknda?” Soal Ayahnda, sambil memandang Tengku yang sedang berdiri di hadapannya.
“Apa perlunya orang tahu, asal usul anaknda, Ayahnda. Biarkan sahaja menjadi rahsia.” Tengku membantah. Ayahnda berkerut dahi memandang Putera ke-duanya ini.
“Perlu. Ayahnda rasa, sudah tiba masa, Ayahnda mencarikan jodoh untuk anaknda dalam kalangan kerabat, dan berkahwin.” Ujar Ayahnda. Tengku terkejut dengan usul Ayahndanya itu.
“Ayahnda, anaknda tidak mahu berkahwin dengan kaum kerabat. Anaknda cuma mahukan orang biasa sahaja.” Balas Tengku.
“Kalau begitu, anaknda haruslah keluar Istana, kalau anaknda sudah rancang awal-awal untuk berkahwin dengan orang biasa.” Seri paduka marah. Namun, Tengku hanya tersenyum.
“Anaknda tak kisah. Anaknda rela meninggalkan istana. Anaknda, tidaklah berapa selesa dengan kehidupan di Istana. Dari dulu lagi.” Tengku mengatakan dengan tenang.
“Sanggup anaknda membuang keluarga?” Ayahnda tinggi suara. Tengku menggeleng.
“Tidak, Ayahnda. Masakan sanggup anaknda meninggalkan keluarga sendiri? Anaknda Cuma mahu minta ruang untuk anaknda. Anaknda tidak akan membuang keluarga anaknda, selagi Ayahnda tidak membuang anaknda. Di mana sahaja Anaknda berada. Kita akan tetap satu keluarga, Ayahnda. Izinkanlah Anaknda hidup sendiri. Anaknda sudah pun menamatkan pelajaran anaknda di London, seperti yang Ayahnda mahukan.” Ujar Tengku lembut. Seri paduka menarik nafas panjang dan lepas.
“Kenapa anaknda tak boleh jadi seperti Kakandamu, Azmi? Dengar sahaja, apa yang Ayahnda dan bonda telah rancangkan untuknya.”
“Anaknda dan Kakanda Azmi, ialah dua orang yang berbeza. Masakan boleh, kami sama?” Dengan tenang Tengku mematahkan hujah Ayahndanya.
“Baiklah. Kalau begitu. Ayahnda beri kamu masa dua bulan untuk mencari gadis yang ikhlas menerima Anaknda sebagai anaknda. Kalau anaknda tidak jumpa jugak selama dua bulan tu. Anaknda kena ikut cakap Ayahnda. Berkahwin dengan kaum kerabat dan duduk di Istana, membantu Ayahnda.” Tegas Seri paduka. Terus terbuntang Mata Tengku dibuatnya.
“Ayahnda. Ini sungguh tidak adil bagi anaknda. Masa dua bulan, manakan cukup untuk anaknda mencari calon?” Tengku membangkang.
“Anaknda. Ayahnda, sudah banyak bertolak ansur dengan kamu. Semasa kamu hendak belajar di UniMAP tu dahulu, telah pun ayahnda izinkan. Sekarang ni, ayahnda sudah tidak mahu bertolak ansur. 2 bulan. Titik.” Ayahnda berdegil. Tengku mengeluh.
“Ayahnda....Baiklah.” Akhirnya Tengku mengaku kalah, dalam tidak rela. Dua bulan mencari calon? Manakan Cukup. Tengku mengeluh lantas menapak keluar dari bilik buku Ayahnda-nya. Dia berjalan-jalan sepanjang koridor untuk ke biliknya. Ramai dayang-dayang yang berkerja di situ, ada yang sibuk membersihkan itu ini. Ada yang sibuk di dapur. Dia terus berjalan menuju ke biliknya.
“JODOH?” Ujar Aliya, pelik. Ateya di sebelahnya mengangguk. Aliya sekarang ni, sedang berjalan di dalam Alamanda, Putrajaya. Nak cari makan tengah hari, di temani kawannya, Ateya.
“Ha’ah. Apa definisi kau mengenai jodoh?” Ateya mengulang soalannya. Aliya dan Ateya, berkenalan sejak Aliya masuk sebagai editor terbaru Syarikat The Youth Sdn. Bhd. Syarikat yang menerbitkan buku kanak-kanak, novel-novel, komik dan buku rujukan. Kiranya, syarikat penerbitan bukulah. Tak ada siapa sangka, yang Ateya ni, merupakan kartunis sambilan untuk Komik Shojo. Yelah. Dengan penampilan dia yang memakai tudung labuh dan baju, tidak pernah pulaklah Aliya nampak Ateya memakai pakaian yang ketat. Disebabkan Ateya berkerja dengan Syarikat rekaan grafik. Syarikat Aliya dan Ateya, banyak kali berkerjasama. Jadi, ikatan perniagaan antara dua syarikat ni, memang rapatlah.
“Aku taulah, kau baru kahwin. Tak payah nak jodoh sangat ah.” Aliya memerli. Terus berkerut dahi Ateya.
“Apa? Kau ingat aku tanya kau ni, sebab belalang narsistik tu ke? Tak ada masa tau! Aku tengok muka dia pun nak muak.” Aliya menggeleng kepala dan tersenyum.
“Ye sangat je tu. Kau jangan nanti, tak puas tengok muka dia sudah.” Aliya mengusik. Ateya mencebik.
“Kau tarik balik, kata-kata kau tu.” Ateya pura-pura marah. Aliya tergelak kecil. Belalang Narsistik. Panggilan Ateya untuk suaminya yang baru sahaja dinikahi beberapa minggu lepas. Cerita Ateya ni, memang sangat menarik baginya. Married to her own bestfriend. Sebab keluarga pulak tu.
“Kau tak jawab lagi soalan aku.” Ujar Ateya. Aliya mengetap bibir. Jodoh?
“Bagi aku kan, Jodoh tu sesuatu yang kita memang tak expect. I mean, who knows right? maybe jodoh aku tu, berdekatan je. Macam kau dengan Aki.” Jawab Aliya lembut. Tiba-tiba dia teringat seseorang. Memang betul lah cinta yang dirasakan beberapa tahun dahulu, hanya cinta Angin monsun. Kali terakhir dia berjumpa dengan Q, lama dulu. Dah berapa tahun dah. Semasa dalam kereta api. Dia nak balik ke banting dan Q ke Shah Alam. Lepas tu, langsung dia tidak berjumpa dengan Encik Bola Sepak tu. Mungkin jodoh antara mereka takat situ je. Ateya mengangguk setuju.
“Sebenarnya, seronok kan, wondering siapa jodoh kita?” Ujar Aliya lantas tersenyum.
“Agaklah. Sebelum aku kahwin dengan Aki dulu pun, aku rasa seronok jugaklah every once in a while, fikir, siapa yang bakal jadi suami aku. Walaupun, sekarang Aki dah berubah. Tapi, aku bersyukur, sebab dia yang dijodohkan untuk aku.” Ujar Ateya lantas tersenyum lembut
“Aku dapat rasakan yang sekarang ni, jodoh aku tengah sedap makan tengahari. Sampai dia tersedak-sedak, aku cakap pasal dia.” Ujar Aliya lantas tersenyum lebar.
“Amboi. Yakin sangat.” Ujar Ateya.
“Who knows? Jodoh is really unpredictable tau!” Balas Aliya. Mereka kemudian sama-sama ketawa.
“UHUK! UHUK!” Entah kenapa masa ni jugaklah dia nak tersedak. Nasib baik, makan mee sup je. Dia tersedak-sedak lagi. Sampai memerah muka dia.
“Oi! Bukan main tersedak kau. Siapa je yang sebut kau.” Ujar Irfan yang duduk di hadapannya. Q menggeleng-geleng, dan makin galak tersedak. Q kemudian mencapai air Milo nya dan minum, bagi melegakan rasa tersedak.
“Ye je, kalau tersedak je, orang sebut. Kau percaya lagi benda-benda tu?” Soal Q, sebaik sahaja berhenti tersedak. Sekarang ni, waktu rehatnya. Elok je, dia balik dari London, dia terus dapat kerja di sebuah syarikat engineering...dan...mungkin, jodoh dia dan Irfan, masih lagi panjang. Mereka berjumpa kembali dan berkerja di bawah satu syarikat. Semasa dia di London, sebarang bentuk perhubungan antara dia dan Irfan, terputus, kerana ada sebab-sebab tertentu. Oleh itu, selama 4 tahun dia di London, memang dia tidak berhubung lagi dengan mana-mana kawannya dari Malaysia. Baik dari UniMAP, baik dari sekolah.
“Mestilah, aku anak jati Melayu. Aku sayang orang tua aku, jadi aku percaya je, apa yang orang tua aku cakap, sampai sekarang.” Q mencebik, dia kemudian, menghabiskan baki mee sup yang tinggal.
“Sebenarnya kan, aku nak tanya.” Ujar Irfan berhati-hati. Q memandang Irfan pelik. Jauh di lubuk hatinya, dia berasa agak cuak dengan nada serius Irfan.
“Kau nak tanya apa?” Soal Q, teragak-agak.
“Kau...Kenapa kau hilang kat London, tanpa khabar berita hah? Oh...mentang-mentanglah belajar kat negeri Orang putih. Langsung kau lupa aku kat sini kan? Berdaulat punya kawan!” Marah Irfan. Q lega, lantas tersenyum.
“Aku pun tak tahu, apa sebabnya. Aku ada try nak contact kau, tapi tak dapat.” Ujar Q.
“Ye ke? Bila? Aku tak ada dapat apa-apa pun dari Oversea.” Ujar Irfan, sambil memandang Q tajam. Q tersenyum kerang busuk.
“Nasib baik, kerja satu tempat. Kalau tak, memang aku tak kan dapat apa-apa berita lah dari kau.” Irfan merajuk.
“Apa merajuk? Kau ingat aku nak pujuk?” Tutur Q dengan muka malas.
“Kau memang Q! Apa jenis kawanlah. Baru ingat nak suruh kau jadi pengapit, masa aku nikah nanti. Oh ye. Aku tak bagitau kau lagi eh, aku dah bertunang?” Soal Irfan, selamba. Terus terbeliak mata Q.
“Bongek kau. Baru sekarang nak bagitau aku, kau dah bertunang.” Marah Q. Irfan tersengih.
“Siapa suruh kau lupa aku, masa kat London.” Ujar Irfan. Mereka kemudian sama-sama tergelak.
DIA MENITI buku yang tersusun di rak buku MPH, Alamanda. Sedang mata ligat mencari, akhirnya dia menjumpai buku yang di cari. Romanticism : A Weapon of Satan. Dia tersenyum. Serentak tangannya hendak mengambil buku tu, satu tangan yang asing juga cuba untuk mengambil buku tu, tidak sengaja tersentuh tangannya.
“Eh!” Secara refleks, dia menarik tangannya lekas. Kedengaran lelaki itu juga terperanjat. Kemudian, Aliya memandang lelaki yang tak sengaja menyentuh tangannya tadi, dengan dahi berkerut. Tak nampak ke, ada orang kat sini?
“Maaf. Saya tak sengaja.” Ujar lelaki itu, ikhlas. Nasib baik mintak maaf betul, baru nak marah tadi. Dia menggeleng tanda tak apa, matanya tidak lari dari memandang lelaki itu. Hey...wait a minute. Lagi berkerut dahinya, cuba untuk mengenal pasti encik ni. Kenapa macam kenal eh? Lelaki tu pun mempunyai ekspresi yang sama dengannya. Lelaki tu pun nampak macam kenal dia. Siapa dia ni? Kenapa macam familiar? Puas dia berfikir siapa lelaki ni, akhirnya satu memori bermain di benaknya. Dia terkejut. Matanya terbeliak. Nampaknya, lelaki tu pun dah dapat kenal pasti siapa dia, kerana lelaki itu sudah pun menarik senyum. Sebaik sahaja lelaki itu menarik senyum, perasaan yang dah lama dia tak rasa, kembali menular dalam ruang hatinya. Cinta Angin Monsun, datang balik.
“Nampaknya, jalan kita bertemu.” Ujar Q. Senyum tidak lekang di bibir. Selepas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Q. Aliya pun menarik senyum.
“Awak pasti ke, awak tak salah orang?” Soal Aliya, cuba menduga. Q menggeleng.
“That smile. I’ll recognize it anywhere. Walaupun dah lama tak nampak.” Ujar Q, tenang. Aliya tertunduk malu. Sungguh, jantung dia berdegup kencang sangat ni! Macam ribut taufan, bakal melanda di hatinya. Semua bercampur baur. Teruja, berdebar, gemuruh, susah nak percaya, gembira dan macam-macam lagilah. Sungguh, kalau dicongak-congak. Masuk hari ni, baru berapa kali je mereka terjumpa, terserempak, ‘terkebetulan’. Tetapi, dia dah rasa lain macam. ‘Lain Macam’ in a good way.
“Buku tu...” Sambung Q, sambil mengunjuk bibirnya kepada buku yang jadi penemu Q dan dia. Aliya pun mengalih pandang pada buku Romaticism tu dan kemudian memandang Q pelik. Senyuman di bibir Q masih belum pudar.
“Awak beli. Nanti saya nak pinjam.” Ujar Q. Aliya berkerut. Ni dah pelik ni. Apa hal, nak suruh aku beli, padahal ada banyak lagi buku tu.
“Kenapa? Kan banyak lagi, kita boleh beli seorang satu.” Aliya membalas. Q menggeleng dan tersenyum.
“Supaya, saya ada alasan nak jumpa awak balik.” Jawab Q selamba. Aliya dah terkebil-kebil. Dia memandang Q. Tak sangka, cheesy jugak Encik Bola Sepak ni.
“Kalau saya tak nak?” Aliya menduga.
“Then, saya akan beli semua stok buku ni kat dalam MPH ni, supaya awak tak boleh beli dan tak ada pilihan, awak kena pinjam dari saya.” Balas Q, sambil tersenyum. Aliya mencebik. Cheesy and daring huh? Aliya tergelak kecil. Dia kemudian mengambil buku tu dan membawa buku tu, ke kaunter untuk membayar. Q hanya mengikut dari belakang. Selesai membayar, dia keluar dari MPH bersama Q.
“So what now?” Soal Aliya janggal. Dia melihat jam di tangan. Pukul 9.00 malam. Sebenarnya, hari ni, dia cuti. Tu yang lepas maghrib tu, datang Alamanda, nak cari buku kat MPH. Sebab buku tu memang susah nak dapat
“Care for a cup of coffee? You know, catching up for the old time sake.” Ujar Q.
“What old time sake? We’ve only met, for about a couple of time.” Balas Aliya pulak.
“True. Tapi, eventhough we’ve only met a couple of time, tapi masih lagi ingat muka masing-masing. So, it must be a reason, kenapa jalan kita bertemu kan? It’s my treats.” Q tidak berputus asa. Sudi je lah, Liya. Dah orang nak belanja. Lagi pun, inilah masanya kau boleh kenal dia lebih lagi kan? Aliya tersenyum, akhirnya mengangguk setuju. ALLAH tak kan menemukan kita tanpa sebab kan? Q menarik senyum. Dari situlah, bermulanya cerita Aliya Hafizah dan Adam Furqan.
“ER...SAYA tak ada ibu bapa.” Q membalas pertanyaan Aliya tentang ibu bapanya. Aliya mengangguk. Lantas mengetap bibir. Kesian. Ni entah ke berapa kali dia keluar dengan Q, sejak berjumpa dengan Q di MPH tu. Semakin lama, semakin hatinya tertarik dengan peribadi Q. Semakin dia senang bila bersama dengan Q.
“Habis tu, Awak duduk dengan siapa?” Soal Aliya lagi.
“Er...Pak cik.” Aliya mengangguk. Kesian. Mesti dia sayang sangat dengan pakcik yang jaga dia dari kecik tu.
“Er...Liya.” Panggil Q, takut-takut. Aliya memberi perhatian kepada Q, menanti apa yang Q hendak katakan.
“Kenapa?” Soal Aliya. Q tunduk. Sebaik sahaja dia mengangkat muka, tangannya meltakkan sesuatu di atas meja. Aliya pelik. Apa benda tu?
“Apa ni?” Q, tetap berdiam. Aliya terkejut melihat kotak baldu kecil di atas meja makan. This is not, what I think it will be right? Aliya berdebar-debar. Dia mencapai kotak baldu tu.
“Saya tau, kita baru nak kenal hati budi masing-masing. Tapi, selalu berjumpa macam ni, tak elok jugak. Jadi...awak bukaklah.” Ujar Q, tidak senang duduk. Muka dah memerah. Aliya terkebil-kebil. Bukan kan? Dia orang baru keluar bersama hampir dua bulan. Tu pun, bukan bercinta. Sekadar hendak mengenal hati budi masing-masing. Memanglah, dia tidak berapa nak suka dengan konteks ‘bercinta’. Tapi, bukan terlalu awal ke untuk mereka? Aliya membuka kotak baldu perlahan-lahan dengan debar di hati. Betul telahannya, sebentuk cincin emas putih bertatahkan batu nilam kecil, menyapu pandangannya. Terus terbuntang matanya.
“Q, ni...ni...” Aliya tergagap-gagap.
“Saya tau, mungkin ini terlalu cepat. Tapi, lepas kahwin nanti, kita ada banyak masa nak kenal dengan satu sama lain. Saya tak harapkan jawapan yang serta merta, tapi i do hope, you’ll think about it,” Ujar Q, ikhlas. Rahang Aliya jatuh. Aliya terkebil-kebil.
“B...but..this is so sudden.” Jawab Aliya.
“I know. Tapi, benda baik. Buat apa nak tangguhkan. Saya senang dengan awak, dan saya tahu, awak pun senang dengan saya. Jadi...tolonglah, jangan tolak membuta tuli. Aliya mengeluh.
“Give me some time.” Ujar Aliya, Q tersenyum.
“You can have all the time in the world, if you want.” Balas Q, sambil tersenyum. Aliya masih lagi terkebil-kebil. Apa ni? Apa yang dah jadi tadi? Did I just get proposed? Jantungnya berdetak laju. Dia gembira, dia dah pun sampai umur yang patut kahwin, dan dia dah pun bersedia. Tambahan lagi, dia memang terpikat dengan Adam Furqan. Tapi, untuk setuju terus, terlalu senang. Biar kita bagi dia tertanya-tanya, tengoklah lepas seminggu dua, barulah dia kata, ‘Yes’.
ANGIN SEPOI-SEPOI bahasa memukul lembut wajahnya yang tenang. Selendangnya melambai-lambai, menyambut teguran angin. Pemandangan pantai dari atas balkoni ni, nampak sangat cantik. Ke, sebab dia terlalu gembira, tu yang semua nampak cantik di mata tu. Sedang dia sibuk menikmati keindahan bumi ciptaan ALLAH ini, tiba-tiba terasa tangan melingkari pinggangnya dari belakang. Dia tersenyum, dan kemudian memegang tangan yang melingkari pinggangnya lembut.
“Morning, sweetheart” Lembut suara itu menegurnya. Q menyangkutkan dagunya di bahu Aliya. Aliya mengusap pipi Q lembut, dari depan.
“Morning.” Lembut juga, dia menjawab. Tak sangka, dia sudah pun selamat bernikah dengan Q, dua hari lepas, dan sekarang mereka sedang berbulan madu di Pulau Tioman. Sungguh, dia rasa bahagia sekarang ni. Bercinta selepas kahwin, adalah yang paling indah sekali. Majlis mereka tidaklah buat besar-besaran sangat. Sehari di Kampung, bersama keluarga Aliya. Atuk dan nenek, bukan main suka lagi dapat menantu engineer. Hubungan dia dan Ayahnya pulak bertambah baik. Cuma Mak tirinya tu, ada nampak jugaklah macam tak suka dia Namun, semuanya berjalan lancar. Tidak perlu buat bahagian lelaki kerana Q, tak ada mak dan ayah.
“It’s beautiful right?” Soal Q. Aliya mengangguk
“Dunia yang ALLAH ciptakan untuk kita.” Ujar Aliya. Q pulak yang mengangguk.
“Selamat pagi Isteri.” Bisikan lembut Q, di telinganya, membuatkan Aliya berasa geli, lantas, dia tergelak kecil.
“Selamat pagi, Encik suami.”
“ASSALAMMUALAIKUM.” Kedengaran suara seorang lelaki memberi salam di luar. Dia yang sedang membasuh pinggan, menghentikan kerjanya. Dia menutup paip air dan merenjis-renjiskan tangannya yang basah. Kemudian, dia mengesat tangannya yang basah dengan kain lap berdekatan. Langkah di atur keluar dapur.
“Assalammualaikum!” Ucap suara itu lagi.
“Walaikumussalam. Ye. Tunggu sekejap.” Jawab Aliya. Aliya kemudian mencapai tudung sarung di penyangkut dan menyarungkan tudung tu, ke kepala. Kemudian, tombol pintu dipusingkan, untuk membuka pintu. Sebaik sahaja dia membuka pintu, dia terkejut. Matanya membuntang. Mak aih! Besarnya kereta. Ada apa ni?
“Er...boleh saya bantu?” Soal Aliya teragak-agak. Siapa tu? Siap dengan kot, cermin mata hitam bagai.
“Puan Aliya Hafizah bt Bahrain?” Soal lelaki itu. Ah sudah! Macam mana dia tau nama aku?
“Ada apa ni?” Sudah. Aliya mulai rasa serba tak kena. Dahlah Q belum balik lagi.
“Puan. Puan kena ikut kami.” Aliya berkerut dahi. Ya ALLAH. Apa jadi ni? Debaran hatinya makin kuat. Siapa dia orang semua ni. Dia ada buat salah yang membahayakan keselamatan negara ke?
“Kenapa?” Aliya Ragu-ragu.
“Ni, berkaitan dengan suami Puan. Encik Adam Furqan.” Terus Jantungnya, rasa macam nak tercabut. Ya ALLAH. Ada apa ni. Kenapa dengan Q? Ya ALLAH, kau lindungilah suamiku Ya ALLAH.
“Puan. Ikut kami.” Ujar lelaki itu lagi. Tanpa berfikir panjang, Aliya mengangguk. Dalam otaknya membayangkan yang tidak-tidak, jadi kat suaminya. Hatinya mulai bimbang. Q. Apa yang jadi kat awak?
MATA ALIYA menyapu, seluruh isi bilik. Masya-ALLAH. Besar nya bilik ni. Bilik siapalah ni. Tadi, sungguh dia terkejut apabila kereta yang dinaiki masuk ke perkarangan Istana. Sampai sekarang, dia tak tahu, apa yang sebenarnya berlaku. Kenapa dia di bawa ke sini dan apa kaitan Q dengan semua ni? Walaupun bilik tu, besar dan selesa, namun Aliya tidak senang duduk. Sekarang, otaknya dah tak boleh berfikir dengan betul dah. Macam semua ni mimpi je. Mimpi ke? Dia menarik pipinya sekuat hati.
“Adoi!” Dia menggeleng dan mengurut pipinya yang dicubit tadi. Bukan mimpi. Sungguh, inilah pertama kali dia masuk dan melihat istana Sultan. Sebelum ni, dia tak terfikir pun dapat melihat Istana depan mata. Masuk dan duduk atas sofa Istana pulak tu. Ketukkan pintu mengejutkannya.
“Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri, telah tiba.” Salah seorang dayang membuat pengumuman dan kemudian pintu dibuka. Ah sudah! Kenapa permaisuri nak jumpa aku pulak ni? Sebaik sahaja pintu dibuka terjengul wajah Datin Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri, Selangor yang tersenyum. Aliya pulak secara refleks terbangun dan menemukan kedua belah tangannya dan di bawa ke mulut.
“Ampun, Tuanku. Patik menyembah.” Betul ke, ni cara nak menghadap kerabat? Ah. Buat je lah. Nanti, tak buat, kena buang negara pulak. Mana tahu, masih ada lagi undang-undang tu, walaupun sekarang sudah masuk era baru. Bukan main bersungguh dia menghadap. Siap pejam mata lagi. Sambil pejam mata, dia rasa ada orang peluk dia. Aih. Siapa pulak yang peluk aku, depan Permaisuri ni? Berani betul. Perlahan-lahan Aliya membuka mata. Alangkah terkejutnya dia melihat siapa yang sedang memeluknya ini. Permaisuri! Ini, sungguh bukan mimpi ke?
“Er...Tuanku?” Soal Aliya pelik dengan kelakuan Permaisuri. Percaya atau tidak yang sekarang ni, Permaisuri tengah peluk dia? Aliya terkebil-kebil. Ni ada rancangan hidden camera ke apa ni? Tapi, tak kanlah rancangan hidden camera boleh buat kat Istana ni? Makin lama, makin erat pelukkan Permaisuri padanya. Rasa takut pun ada jugak. Macam mana, kalau tiba-tiba kena hukum buang negara, kalau Sultan nampak? Jantungnya berdetup-detap. Really, What the heck is going on right now?
“Baguslah, anaknda orang yang baik-baik. Sungguh bonda lega.” Ujar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri dengan lembut. Haaaaaaa??? Bonda? Anaknda? Apa semua ni?
“Er...tuanku..”
“Bonda!” Belum sempat Aliya hendak meneruskan kata-katanya. Kedengaran suara yang memanggil Permaisuri Bonda. Siapakah gerangannya? Terus Aliya menghala pandang, dari mana datangnya suara itu. Rahang Aliya, jatuh bila melihat siapakah gerangan yang memanggil Permaisuri tu, bonda.
“Q...Q?” Ujar Aliya, terperanjat. Q memandang Aliya serbasalah. Tolong jangan kata yang aku kahwin dengan anak raja. Q kemudian datang dan berdiri di sebelah permaisuri.
“Bonda. Kenapa bonda buat begini? Sudah Anaknda katakan, bila tiba masanya, anaknda akan memperkenalkan menantu bonda juga. Terkejut Aliya, bonda.” Ujar Q, lembut. Aliya masih lagi terkebil-kebil. Rahangnya masih lagi belum pulih. Bonda? Anaknda? Menantu??? Sungguh otaknya tidak dapat mencerna. Permaisuri kemudian melepaskan pelukannya dan tesenyum lembut.
“Maafkan bonda. Bonda tidak sabar. Cantik, menantu bonda. Pandai anaknda cari.” Tutur permaisuri. Aku kena puji dengan permaisuri???
“Bonda. Aliya belum lagi tahu apa-apa, bonda. Anaknda fikir anaknda hendak memberitahunya sendiri. Tapi, bonda dah terlebih dahulu membawanya ke mari.” Lain. Lain sungguh, cara percakapan Q sekarang ni. Lain sangat. Pembawakannya pun lain
“Ye ke Aliya? Maafkan bonda. Bonda, hendaklah mengenali isteri anaknda bonda. Jadi, Bonda membawa kamu ke sini, tanpa berfikir panjang.” Ujar Permaisuri, lantas mengusap pipi Aliya. Permaisuri mengusap pipi Aliya???
“Bonda...” Q mengeluh.
“Mesti anaknda berdua sudah penat. Rehatlah. Ini, puri yang ingin diberikan pada Tengku Adam, apabila dia sudah beristeri. Kamu isteri dia, maka sekarang ini, bilik ini, milik kamu berdua. Beristirahatlah kamu berdua. Sekejap lagi, kita akan bersantap.” Ujar Permaisuri, lalu keluar dari bilik. Tengku Adam? Sebaik sahaja permaisuri meninggalkan bilik. Suasana senyap dan janggal menyelubungi mereka berdua. Aliya mengalih pandang pada Q di sebelahnya.
“Awak tipu saya.” Ujar Aliya, lantas memukul dada Q.
“Awak tipu saya. Awak penipu!” Pukulan yang hinggap di dada Q, makin bertubi-tubi.
“Tengku? Bonda? Kita dah 5 bulan jadi suami isteri, satu pun awak tak cakap dengan saya. Satu pun, awak bagi tahu saya. Apa? Tak Ada mak ayah? Mak dengan Ayah awak sihat je. Hari tu, ayah awak baru keluar TV. Awak kejam! Dah kahwin, baru saya tahu asal usul awak. Tu pun, bukan dari mulut awak sendiri. Awak kejam Q!” Tangannya tidak berhenti memukul. Setelah lama membiarkan, Q memegang kedua tangan Aliya, menghentikan pukulan Aliya.
“Maafkan saya.”
“Q. Awak ni kan. Awak putera, macam mana awak nak pada saya yang orang biasa ni? Saya tak layak.” Ujar Aliya, tidak semena-mena air matanya jatuh. Dia rasa tertipu. Tertipu, tak layak, terperanjat. Bila melihat air mata Aliya, terus Q, memeluk Aliya. Erat. Memujuk.
“Maafkan saya. Maafkan saya. Memang saya tipu tentang asal usul saya. Tapi, perasaan saya pada awak, ikhlas. Sejak kali pertama saya nampak awak dulu. Orang kata, love at first sight is not real. But not, to me. I’ve fall for you, from the first moment I saw you. Trust me.” Q memujuk dan mengusap belakang Aliya lembut. Aliya membiarkan sahaja air matanya membasahi baju suaminya. Sungguh dia tak sangka, selama ni, dia duduk serumah dengan seorang Putera. Sungguh dia tidak percaya, yang ini semua bukan mimpi. Macam mana, apa yang Jumah cakap dulu, boleh jadi kat dia pulak? This is too good to be true. Apa yang ‘too good to be true’- nya? Ini semua ketentuan ALLAH. ALLAH dah tetapkan jodoh kau dengan seorang Putera, maka berkahwinlah kau dengan seorang Putera. Jodoh tu kan rahsia ALLAH. Tak ada siapa yang boleh tahu siapa jodohnya, selagi ALLAH tidak benarkan. ALLAH dah tuliskan kisah cinta Aliya, jadi macam ni. Maka, redhalah kita dengan ketentuannya.
“TIBA-TIBA Liya teringat. Abang dulu pernah sesat kat Jusco tak?” Soal Aliya. Kening Q, terangkat, pelik dengan soalan tu. Sesat? pernah ke? Dahinya berkerut, cuba memikir.
“Kenapa?” Soalan berbalas soalan. Dia sekarang ni, berada di meja kerja, menyiapkan kerja yang tak selesai. Manakala Aliya pulak, sedang duduk bersantai atas katil.
“Orang saja tanya. Cuba ingat balik.” Balas Aliya pulak. Dengan itu, satu-persatu kotak memorinya dibuka, untuk mengingat. Sesat kat Jusco? Ada ke? Tiba-tiba, satu memori bermain di benaknya. Masa tu, dia berumur tujuh tahun. Nak ikut sangat Mak Mah beli lauk, dia menyamar jadi budak kecik biasa je. Sebab tu, pengawal di tugaskan ada seorang je, masa tu dan duduk jauh dari dia dan Mak Mah. Dia sesat sebab tengok, anak orang lain, pegang belon. Terpesona dengan belon tu, tanpa sedar kakinya melangkah mengikut kemana sahaja anak orang tu, membawa belon. Sehinggalah belon tu hilang dari pandangan. Sedar-sedar je, dia berdiri di depan kedai yang asing, seorang diri tanpa ada sesiapa. Dia ingat, dia takut sangat dulu. Lepas tu, ada seorang budak perempuan, lebih kurang sama umur dengan dia menegur. Budak perempuan? Dia cuba mengingat kembali wajah budak perempuan tu. Apabila berjaya, terus dia menoleh ke arah isterinya. Tengok-tengok, Aliya sedang tersenyum.
“Ingat dah?” Soal Aliya teruja.
“Liya ke budak perempuan tu?” Q tidak percaya. Aliya mengangguk lantas tersenyum lebar.
“Mana Liya tau, budak lelaki tu, Abang?” Soal Q. Dia kemudian bangkit dari kerusinya dan duduk bersama dengan Aliya di atas katil.
“Siapa lagi, anak sultan Selangor yang sama umur dengan Liya? Tak kan kakanda Abang, Tengku Azmi tu?” Seloroh Aliya. Q dan Aliya sama-sama tergelak kecil.
“Masya-ALLAH...” Ujar Q, panjang lalu memeluk isterinya. Aliya membenamkan wajahnya, ke dada Q, dan Q menyangkutkan dagu dia atas kepala Aliya
“Rupanya jalan kita dah bertemu lama dulu. SubhanALLAH.” Sambung Q. Masih lagi tak percaya. Hati Q sedikit tersentuh dengan takdir yang ALLAH telah tetapkan untuknya.
“Amazing right?” Ujar Aliya perlahan.
“Yeah. ALLAH is amazing.” Balas Q. Q, kemudian melepaskan pelukannya dan memegang kedua-dua lengan Aliya lembut. Mereka saling berpandangan buat seketika. Dia kemudian, menghadiahkan satu kucupan lembut di bibir isterinya. Bibir mereka menyapa lembut bibir masing-masing, lama. Sungguh dia rasa bahagia saat ini.
Memang tak kan ada siapa pernah menyangka, yang ALLAH telah menuliskan kisah cinta yang sangat indah untuk kita semua. Kisah cinta yang lebih indah dari segala cerita dongeng. Kisah cinta yang lebih indah dari novel. Kisah cinta yang lebih romantik dari drama dan filem. Syukur, AlhamduliLLAH, kau telah menemukanku dengan jodohku yang terbaik...dan dengan itu, eventhough the road is pretty bumpy disebab asal usul Q dan latar belakang keluarga Q dan Aliya, yang berbeza...Tapi, they live happily ever after, together with faith in ALLAH.


Nice story. .... akk suke je... & akak memang tunggu dah lama laaaa dekkk.. cerita yg tergantung tak bertali tu... Please. ....Please. ...Please. .. tolong leeee sambung yeeee.....
ReplyDeleteThnx kak. Sye tau. Sye pown restless sbb x dpt sambung lg citer tu. Tp, mmg sye bz skrg ni, sbb da dpt kje bru. Nnti, sye try curi mse sambung cter tu..Thnx kak :)
Delete