Sunday 13 December 2015

Bitter Sweet Tale (Bab 12)


BAB 12

AIR MATANYA mengalir, tanpa sedar. Namun, tidak pula di seka. Dari padang umum yang berhadapan dengan sekolahnya, dia duduk memeluk lutut, di atas kaki lima padang tu, sambil memandang sebuah sekolah yang tersergam dengan gah. Sekolah, yang banyak membawa titik perubahan dalam dirinya. Sekolah yang menemukan dia dengan bermacam-macam orang. Cikgu-cikgu yang banyak berjasa padanya. Kawan-kawannya yang gila...dan... Betul ke, dia kena tinggalkan semua ni, tak lama lagi?
  Dengan air mata yang masih mengalir, dia menengadah ke langit pulak. Ya ALLAH. Kuatkanlah diriku. Aku tau, ini jalan terbaik yang telah KAU cipta untukku. Mujurlah, ramai yang dah balik rumah. Tinggal dia je, kat sekolah tengah tunggu ibunya menjemput. Sebab tu, dia biarkan sahaja air mata itu mengalir, sebab tak ada siapa yang akan nampak. Dia mencengkam dadanya kuat, sambil menundukkan mukanya, titisan air mata mula jatuh di atas seluar sekolahnya. Kuatkanlah diriku Ya ALLAH.


 DIA MEMARKIRKAN Keretanya, di hadapan Rumah Anakku Sayang. Dia memandang ke arah rumah kedua A’an ni, sekilas dan melihat jam di tangan. 6.30. Lambat juga, dia ambil A’an hari ni. Ingat nak ambik awal, tapi ada orang besar datang melawat syarikat secara mengejut. Terpaksalah melayan. Dia kemudian, membuka pintu kereta dan keluar dari pintu kereta. Sebaik, sahaja dia keluar dari kereta. A’an, sudah berada di tepi keretanya. Didukung oleh seorang pemuda. Tak nampak sangat, siapa dia sebab pemuda tu, tengah sibuk main dengan A’an. Dia kemudian, berdiri di hadapan pemuda yang sedang mendukung anak lelakinya tu. Disebelah pemuda itu ada seorang gadis. Mungkin, ni lah anak Kak Jihah yang panggil dia Pakcik tu?
  “Terima kasih, jaga anak saya.” Ujar Zarif sambil menghulurkan tangan untuk mengambil A’an dalam dukungan pemuda itu. Baru sahaja, pemuda itu hendak menyerahkan A’an kepadanya, apabila mereka sama-sama, terkejut, bila terpandang muka masing-masing.
  “Adam? Apa Adam buat kat sini?” Soal Zarif, tak percaya. A’an kemudian bertukar tangan. Zarif masih lagi memandang Adam, penuh tanda tanya. Gadis di sebelah Adam memandang Adam dan dia bergilir. Nampak sangatlah gadis tu terkejut, bila tahu Zarif kenal dengan Adam ni.
  “Abang Zarif! Masya-ALLAH. Kecik betul dunia.” Ujar Adam tidak percaya. Mereka berdua lantas tersenyum.
  “Papa. Papa kenal Abang Adam ke?” Soal A’an perlahan. Zarif memandang A’an yang berada dalam dukungan dia.
  “Hari tu, Abang Adam ni, ada accident sikit. Papa yang hantar dia ke hospital. Sebab tu lah, papa kenal Abang Adam ni.” Balas Zarif, sambil bersalam dengan Adam. Anak Kak Jihah berkerut dahi.
Accident?” Soal gadis itu pelik.  Zarif mengalih pandang pada gadis di sebelah Adam. Zarif menarik senyum.
  “Hari tu, masa kat masjid. Si Adam ni...”
  “Basikal! Accident basikal.” Potong Adam, sebelum Zarif menghabiskan ayatnya. Terkejut Zarif dibuatnya. Basikal? Zarif berkerut dahi. Layankan aje lah. Mungkin ada sebab dia menipu tu.
  “Ha...basikal.” Zarif tersengih. Adam pun turut tersengih dan mengangguk.
  “Adam. Buat apa kat sini?” Apa kaitan Mak cik Solehah dengan Kak Jihah?
  “Hana ni, kawan sekolah Adam. Saje datang bertandang. Tolong apa yang patut kat sini.” Balas Adam tenang. Zarif mengangguk. Sungguh, memang kecil dunia ni.
  “Datang tak di undang. Tak malu betul.” Ujar gadis itu selamba. Zarif yang terdengar tergelak kecil. Adam pulak terus berpaling ke arah kawannya itu.
  “Yelah. Aku nak baliklah ni. Baik, aku tengok muka Ibu kat rumah dari tengok muka kau kat sini.” Adam mencebik. Sekali lagi Zarif tergelak kecil, dan menggeleng. Budak sekolah.
  “Pergilah balik. Jangan rindu aku pulak nanti.” Balas gadis itu, lantas menjeling dan memeluk tubuh.
  “Yelah. Aku baliklah ni.” Adam kemudian mengalih pandang pada Zarif dan tersenyum.
  “Bang, Adam balik dulu. Dah kena halau. Orang tak sudi...” Perli Adam. Anak Kak Jihah buat selamba je. Zarif tergelak kecil sekali lagi. Young love. Dia pun pernah rasa macam tu. Tak percaya je, orang yang dia suka masa sekolah-sekolah dulu, dah jadi ibu kepada anaknya. Siapa kata, cinta monyet tak boleh bertahan? Walaupun, mereka tak adalah bercinta sangat dulu. Dia dan arwah isterinya.
  “Adam nak balik? Abang hantarlah. Jom.” Pelawa Zarif.
  “Eh...tak apalah Abang Zarif. Adam balik jalan kaki je. Tak jauh pun rumah Adam.” Adam menolak dengan sopan.
  “Eh...tak apalah, Abang hantar. Abang nak jugak jumpa Makcik. Dah lama tak jumpa.” Selepas Zarif menghantarkan Adam ke hospital tempoh hari. Zarif menjadi lebih rapat dengan Adam dan Ibu Adam. Selama tiga hari Adam di hospital kelmarin, tiga hari tu jugak dia tidak berhenti datang menjenguk walaupun sekejap.
  Makcik Solehah dan Adam berdua je, dalam keluarga. Dengar daripada Makcik Solehah bercerita, dengarnya Ayah Adam, cuma bagi nafkah je tiap-tiap bulan. Tak datang menjenguk pun. Kalau pun, datang menjenguk, pertemuan mereka cuma berakhir dengan pertengkaran Adam dan ayahnya sahaja. Entah kenapa, dia rasa bertanggungjawab pulak hendak menjaga mereka dua beranak, walaupun tak ada pertalian darah. Mungkin kerana simpati dan juga, Makcik Solehah melayannya macam anak sendiri. kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Sesuatu yang dia tak pernah dapat daripada ibu bapa sendiri.
  “Okeylah, kalau macam tu. Tengok, Abang Zarif baik, tak macam kau.” Ujar Adam. Nak juga mengusik tu. Gadis itu mengetap gigi.
  Whatever Mojo-jojo retarded!” Gadis itu menjeling, lantas masuk ke dalam rumah meninggalkan Adam dan Zarif di luar. Merajuklah tu. Suka sangat mengusik, Adam ni pun. Zarif kemudian memandang Adam yang tak lepas dari memandang anak dara Kak Jihah tu. Adam menarik senyum lembut, sekejap-kejapan senyum lembut tu hilang diganti dengan senyum pahit, segaris.
  “Abang Zarif. Jomlah. Adam suruh mak masak sedap-sedap.” Ujar Adam, sambil tersenyum. Dia memandang Adam lagi. Dia tahu senyum plastik, when he sees one. It must be hard on him. He like that girl.
  “Okey jom.” Zarif lantas membawa A’an ke pintu belakang dan meletakkan A’an di tempat duduk belakang.
  “A’an duduk belakang. Kita nak pergi rumah Abang Adam.” Ujar Zarif lembut.
  “Yay! Pergi rumah Abang Adam.” Teriak A’an teruja.
  “Adam. Masuklah.” Pelawa Zarif. Adam mengangguk dan membuka pintu kereta Zarif. Serentak itu Zarif juga membuka pintu tempat pemandu dan mereka sama-sama melabuhkan punggung di atas tempat duduk leather skin. Pintu kereta di tutup kembali serentak. Zarif menghidupkan enjin, tidak lama selepas itu, kereta Peugeout berwarna hitam meluncur berhati-hati di kawasan perumahan.


“ADAM. Is she someone special?” Berpaling lipat maut Adam dibuatnya dengan soalan Abang Zarif yang tiba-tiba tu.
  “Ish. Tak adalah bang. Kita orang kawan je. Tak ada niat pun nak jadi pakwe dia. Lagi pun, bukannya elok sangat pun couple-couple ni.” Balas Adam. Abang Zarif mengangguk. Matanya masih tertumpu di jalan.
  “Tapi, Adam suka dia?” Soal Abang Zarif lagi.
  “Nampak sangat ke?” Adam pulak menyoal kembali.
  “Erm...nak kata obvious tu, tak lah sangat. Abang kan dah lama makan garam, daripada Adam. So...I just know love, when i saw one. Sebab Abang pun pernah pandang Mama A’an dengan pandangan yang sama.” Balas Abang Zarif. Adam kemudian berpaling ke belakang, memerhatikan A’an yang sedang nyenyak tidur. Penat sangatlah tu, main dengan Daniel dan Balqis tadi. Adam tersenyum
  Really?” Soal Adam. Matanya kemudian menala jauh ke depan.
  “Tak nak bagitau dia ke? At least. Dia tahu. Your feelings I mean.” Ujar Abang Zarif.
  “Apa gunanya Abang Zarif? I have no time.” Ujar Adam perlahan. Dengan jawapan Adam tu, Abang Zarif terdiam. Sungguh, dia tak ada masa. Untuk apa dia bagitahu Hana yang di suka kan Hana? Satu. Dia tak tahu pun perasaan sebenar Hana. Dua. Kalaupun, Hana ada perasaan yang sama dengannya, kisah mereka akan ada titik noktah, sebelum mereka bermula. Tiga. Dia tidak mahu, sesiapa menderita sebab dia. Cukuplah, Ibu. Biar sahajalah, dia yang tempuh semuanya, tanpa membabitkan Hana sama sekali. Cukuplah, Ibu. Tidak semena-mena, air matanya jatuh ke pipi buat kesekian kalinya. Cepat-cepat dia menyeka. Apabila terdengar esakkan Adam, Abang Zarif memandang Adam sekilas.
  You’re strong, brother. In Sha ALLAH, Adam boleh get through all this. In Sha ALLAH. Doa je. Dia Maha Mendengar. Maha Mengetahui segalanya...and Abang, akan tolong apa yang Abang mampu.” Nasihat Abang Zarif. Adam hanya tersenyum dan mengangguk, air matanya yang mengalir diseka. Sesungguhnya, semua yang telah ditakdirkan adalah yang terbaik untuk dirinya. Yang Baik tu, datangnya dari ALLAH S.W.T. Always.
  “Terima Kasih Abang Zarif.” Ucap Adam perlahan. Abang Zarif mengangguk, lantas tersenyum. Selama 15 minit berada di dalam kereta, akhirnya sampai jugak ke rumah Adam. Abang Zarif memarkir kereta di hadapan rumah Adam, dan mematikan enjin. Mereka sama-sama keluar dari kereta. Setelah keluar dari kereta, Abang Zarif segera mendapatkan A’an yang nyenyak tidur di belakang.
  “Assalammualaikum bu. Adam dah balik, bawak tetamu.” Teriak Adam dari luar, dia kemudian membuka pintu pagar rumahnya. Serentak itu, Ibu menjenguk di depan pintu. Ibu tersenyum lembut, apabila ternampak Abang Zarif.
  “Eh. Ya ALLAH, Zarif. Meh masuk. Masuk.” Pelawa Ibu, sambil tersenyum. Abang Zarif mengangguk dan tersenyum juga.
  “Masuklah Bang.” Pelawa Adam pulak. Abang Zarif mengangguk. Mereka kemudian, sama-sama masuk ke dalam rumah. 


“OKEY...sebelum kamu ke dewan, saya personally nak cakap dulu dengan kamu semua. Saya tak nak cakap banyak. Cuma, mintak maaf kalau saya banyak marah-marah awak semua, banyak bagi hukuman, banyak rotan kamu, terutama kamu berdua, Hana, Adam. So, lepas ni, janganlah bawak perangai kamu kat sekolah ni, ke universiti atau tempat kerja. Penat lecturer atau majikan kamu nak jaga kamu nanti. Saya tak ada, nak jaga kamu, Cikgu Shimah pun sama. Jadi, all the best untuk SPM kamu besok, banyakkan doa, supaya otak tu, boleh berjalan dengan lancar esok. Okey”  Buat pertama kalinya Cikgu Hakim menghadiahkan senyum yang lembut untuk pelajar-pelajar kelas 5 Intelek.
   Setelah lama menunggu ‘kedatangan’ SPM akhirnya masanya telah tiba untuk menjalani peperiksaan penting itu. Masing-masing gementar. Hana hampir menitiskan air mata dengan kata-kata Cikgu Hakim tadi, namun ditahan, takut di usik oleh Adam pula nanti
   Mereka sekelas diberikan arahan untuk ke dewan untuk menghadiri Majlis Meminta Restu. Majlis Meminta Restu adalah sebuah majlis yang menjadi tradisi Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks K.L.I.A, dimana, semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting sama ada SPM atau PMR, meminta restu dan meminta maaf bagi kesalahan yang mereka lakukan selama mereka menjadi pelajar sekolah itu kepada guru-guru yang mengajar mereka. Semua guru-guru dan pelajar-pelajar, dikumpulkan dalam satu dewan.
   Majlis bermula dengan ucapan Pengetua sekolah itu, dan kemudian acara meminta maaf berlangsung. Pada masa itulah, air mata Hana sudah tidak dapat ditahan lagi, berkali-kali dia memintak maaf kepada cikgu-cikgunya atas kenakalannya selama ini, cikgu-cikgu inilah manusia yang paling mulia selepas ibu-bapanya, kerana tabah dengan kerenahnya selama ini. Walaupun mereka marah, tetapi mereka tetap berkongsi ilmu yang mereka ada, dengan ikhlas. Apabila melihat Cikgu Hakim, lagilah merembeh air matanya keluar. Sebab Cikgu Hakim yang selalu terkena penganiayaanya,(walaupun tidak sengaja).
Dalam kalangan mereka-mereka yang sedang menangis itu, tiba-tiba matanya menangkap kelibat seseorang yang amat dikenalinya. Tetapi orang itu nampak lain, tidak ada senyuman sinis yang sering ditunjukkan, tidak ada pandangan mengusik yang sering dilemparkan, tidak ada pandangan tajam yang sering dihadiahkan, tidak ada ketawa kemenangan yang sering dia bunyikan, hanya air muka yang polos, ikhlas dan mata yang tulus meminta maaf kepada guru-guru mereka, dan dia yakin yang dia nampak titisan air mata itu sekali lagi, walaupun tidak ketara. Hana memerhatikan sahaja setiap perbuatan Adam.
Sangkanya apabila Adam terlihatnya menangis, lelaki itu, akan mengejek, mengusiknya, kerana itulah yang sering dilakukan oleh Adam. Namun ternyata, sangkaannya merosot. Hatinya yang sememangnya sudah dibawa pergi oleh Adam, terusik dengan sikap lelaki itu. Keikhlasan Adam terpancar pada wajah polosnya. Ketika itu, seolah-olah dia macam merasakan yang hatinya yang telah dibawa pergi oleh Adam, tidak akan dituntutnya kembali. Namun, siapalah dia untuk berperasaan begitu. Dia hanya pelajar sekolah menengah, yang masih belum layak untuk membicarakan soal hati, perasaan, suka dan cinta.
Hana, kemudian beralih pandangan. Dia meneruskan aktiviti meminta maafnya sambil berniat untuk menguburkan perbicaraan soal hati, perasaan, suka dan cinta yang sedang bertekak dalam dirinya sekarang ini.


SETIAP KALI AIR MATANYA, terlepas dari tahanannya, dia akan cepat-cepat menyeka air mata itu, supaya tidak ada orang perasankan tangisannya. Mana boleh Khairul Adam menunjukkan tangisannya di khalayak ramai. Dia adalah seorang pelajar ‘troublemaker’ yang ‘hardcore’. Mana boleh orang melihat kelemahannya. Walaupun, hakikatnya, dia mahu menangis sepuas-puasnya, namun, apabila dia memikirkan kawan-kawanya akan bertanya, dia cuba menahan air mata itu selagi boleh. Dia belum bersedia untuk menceritakan apa-apa kepada kawan-kawannya.
   Majlis ini amat mengusik hatinya. Memanglah dia sering berkata, dia redha dengan apa yang berlaku, namun, tipulah dia, apabila dia berkata, dia tidak takut dengan ajal yang bakal menjemput, tipulah dia, apabila dia berkata, dia sanggup meninggalkan kenangan yang telah dibuat selama dia menjadi pelajar sekolah menengah, macam tu je. Tipulah dia apabila dia berkata dia tidak sedih apabila mengenangkan tangan cikgu-cikgu yang disalamnya merupakan penghormatannya yang terakhir untuk cikgu-cikgu yang mengajarnya.
   Dia juga manusia biasa. Dia tahu takut, dia tahu sedih. Apa yang paling dikesalkan, adalah, dia berkemungkinan tidak akan dapat membalas kembali, jasa guru-gurunya, jasa ibunya, dan juga, bapanya. Sebab itulah, dia mahu menangis, sebab itulah dia sedih. Namun keadaan tidak membenarkannya meluahkan semua kesedihan, kekesalan yang dia rasakan.
   Dalam kekecohan itu, dia terpandang kelibat Hana Zulaikha. Gadis yang mencuit hatinya. Hana yang buatkan dia dapat merasakan perasaan gembira, perasaan sedih dan juga perasaan cinta. Hanalah yang mengajarnya untuk senyum dengan ikhlas. Bersyukur pada ALLAH yang memberi dia peluang untuk bertemu dengan Hana, memberi peluang untuk dia keluar dari hospital selama sembilan tahun duduk, tidur dan tinggal di hospital. Sebab tulah dia hanya berada disekolah ni, selama 2 tahun sahaja. Sebelum ni, dia tak tahu pun kehidupan bersekolah ini, sebenarnya sangat menyeronokkan. Menyeronokkan, sebab ada Hana, sebab ada kawan-kawannya.
Ibulah yang suruh dia cuba bersekolah di sekolah biasa. Mula-mula dia tak nak pun. Dia ikutkan pun sebab Ibu. Ibu cakap nak dia rasa hidup sebagai pelajar sekolah biasa. Adam berhenti memandang Hana, dan teruskan acara meminta restu. Rasa sayang, apabila mengenangkan yang dia tidak akan dapat berjumpa lagi dengan guru-gurunya. Walaupun masa dia di sini, sangat singkat. Ya ALLAH. Kuatkanlah hatiku, kuatkanlah diriku. Permudahkanlah perasaanku, untuk menempuh ujian-MU Ya ALLAH. Ya ALLAH, janganlah Engkau biarkan diriku, lupa dan lalai, dengan ujian ini. Amin.


“KAMU BOLEH mula menjawab sekarang.” Suasana dewan itu, senyap, sebaik sahaja mereka diberikan kebenaran untuk menjawab kertas pertama mereka. Hanya kedengaran bunyi selakkan kertas dan bunyi angin sahaja. Debaran jantung mereka seolah-olah dapat didengari. Masing-masing gementar menjawab kertas soalan itu, semua mata terkunci, pada kertas soalan Bahasa Melayu yang mereka harus jawab. Mereka memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kertas soalan, termasuklah Adam dan Hana.

No comments:

Post a Comment