Sunday 13 December 2015

Bitter Sweet Tale (Bab 14)

BAB14

MATA BULATNYA memandang siling putih itu kosong. Sudah berapa hari ya, agaknya dia terperangkap disini? Mahunya seminggu, setelah dia sedar daripada pengsan. Seminggu? Tak kot. Tapi rasa macam seminggu. Teringat dia 3 hari lepas sebelum dia pengsan dan di gegaskan ke hospital...
 
           Hana, sedang khusyuk membaca buku Harry Potter and The Deathly Hallow  yang dihadiahkan oleh Angahnya semalam, bersempena hari jadinya. Bukan main, gembira lagi hatinya apabila membuka bungkusan hadiah itu apabila melihat kulit buku siri yang terakhir karya J.K Rowling itu. Sudah lama dia mahukan buku itu, tetapi dia tidak mampu. Alongnya membelikannya jam tangan swatch. Pada mulanya, Hafiz, ingin memberikannya telefon bimbit, tetapi, bila teringat yang adik perempuannya yang seorang itu, tidak suka memakai telefon bimbit, dia mematikan niatnya. Ibu bapanya pula memberikannya sebuah patung beruang yang besar.
   Pada waktu tengah hari sebegini, adalah waktu tidur kanak-kanak di Rumah Anakku Sayang. Semua tidur. Bosan je. Oleh itu tidak banyak kerja yang menanti. Ibu Bapa kanak-kanak itu, akan datang menjemput mereka petang nanti. Sementara menanti keputusan SPM, Hana bekerja sepenuh masa membantu Mak di Rumah Anakku Sayang.
   Buku itu, baru dibaca suku apabila, tiba-tiba badannya terasa berat. Peluhnya menitik-nitik dan kepalanya tidak mahu berhenti berpusing, tiba-tiba dia terasa pitam dan tiba-tiba segala-galanya hitam. Sedar-sedar sahaja dia berada di hospital. Alongnya, mengatakan yang dia menghidap demam denggi. ‘Nasib baik, denggi biasa je, kalau denggi berdarah macam mana? Cubalah hati-hati sikit. Sekarang dah lah dah musim.’ Bebel Hafiz. Lagi panjang bebelnya apabila waktu itu memang dia yang bertugas di wad kecemasan Hospital Putrajaya.
   ...Dan, 3 hari selepas itu, disinilah dia...terperangkap dalam wad ini sekarang. Keseorangan dan kebosanan. Bosannya. Komik karya Usami Maki di tangannya di letakkan di atas meja tepi katilnya. Matanya meliar ke siling putih itu lagi.
   “Ahh! Bosannya.” Dia mengeluh kuat, tidak lama selepas itu, dia pun bangun dari baringannya.
   “Sudah tiba masanya aku explore hospital ni...hehe...” Dia mencapai ‘sweater’ ‘pink’nya dan tudung bawal berwarna putih di sarungkan ke kepalanya. Selama dia berada dalam wad itu, dia hanya mengenakan anak tudung sahaja untuk menutup rambutnya. Hana, kemudian memulakan perjalanannya. Selepas satu tempat, satu tempat dia pergi.


“KAU RASAKAN, harta-harta dia tu nanti, dia bagi kat siapa ye?” Kelihatan seorang wanita pertengahan umur dan seorang lelaki yang kelihatan lebih muda darinya sedang membincangkan sesuatu di hadapan wad satu katil.
Hana, yang kepenatan, terduduk di kerusi di hadapan wad itu, tidak jauh dari mereka. Dia memandang sahaja mereka berdua. Adik beradik kot.     
“Akak, aku rasa kan, besar kemungkinan, dia akan bagi kat cucu kesayangan dia tu.” Lelaki itu berkata. Hana, tidak sengaja memasang telinga, mendengar perbicaraan mereka dua beradik. Alang-alang dah terdengar ni, pasanglah telinga terus. Bak kata pepatah lama, Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. 
“Tak mungkinlah semua. Aku ni kan anak dia juga. Kau pun sama. anak dia cuma kita berdua je. Kau tau, tak kan dia bagi kat orang luar harta dia yang banyak tu.” Sambung wanita itu.           
Kening Hana berkerut. Mesti orang kaya ni. Tapikan, orang kaya ni, memang macam ni ke? Dah macam drama dalam tv dah, ayah sakit, cerita pasal harta. Ada ke patut. Hana mengalih pandang pada pintu wad yang macam terbuka sedikit. Siapa eh, kat dalam tu? Ayah dia orang?
   “Penatlah, aku berulang-alik dari rumah ke sini. Selalu sihat, kenapa nak sakit pulak sekarang.” Wanita separuh umur itu mengadu. Adiknya cuma angguk setuju.
“Dah sakit, nak buat macam mana?” Hana mengomel, saje je mengomel dengan suara yang kuat. Wanita dan adik lelakinya, memandang ke arah suara yang entah siapa tu. Dengan selamba, Hana berdehem dan memandang tempat lain(buat-buat tak tahulah, kononnya.). Mereka berdua berkerut dahi memandang Hana. Kemudian mereka berdua berlalu ke tempat lain. Agaknya, dia orang tak sedar kot yang Hana cakap pasal dia orang. 
Apabila mereka makin menjauh, dia menjelirkan lidahnya dan berkata dengan suara yang separuh berbisik.
   “Eh! Apa jenis manusialah dia orang tu. Humph!” Dia baru sahaja mahu beredar dari tempat itu apabila matanya tertangkap pintu wad yang terbuka tadi. Dia memandang sahaja pintu. Nak masuk ke tak hah? Kalau masuk, nanti apa pulak orang kat dalam wad tu kata. Hana berhitung-hitung dalam hatinya. Masuk je lah. Just nak pastikan siapa yang kat dalam wad tu. Kalau orang tu tanya cakaplah sesat. Sikap penyibuk Hana ni, memang tak kena batas. Hana marah diri sendiri. Dia menarik nafas panjang dan melepaskannya. Lalu, dia cuba untuk memasuki wad itu. Dia menolak pintu perlahan-lahan
   Kelihatan seorang tua sedang merehatkan diri di atas katil besar itu. Orang tua itu, kelihatan sangat tenang, bermain dengan cu..cunya? Matanya terbeliak apabila perasan seorang budak kecil yang sangat dikenalinya.
   “Eh! Kak Ana?” Apabila perasankan kehadiran ‘Kak Ana’ nya dia kelihatan sangat teruja lalu berlari mendapatkan Hana.
   “Eh..A’an! apa A’an buat kat sini?” Soal Hana lalu mendukung tubuh kecil A’an.
   “Ni, Moyang kita! Onyang Yah.” Semakin petah, anak itu berkata-kata. Hana mendekati orang tua itu, lalu dia salam dan mencium tangan kedut lelaki tua itu.
   “Eh...eh A’an, siapa ni? Mama baru A’an ye?” Gurau orang tua itu. Lelaki itu, ketawa.
   “Eih,...bukanlah onyang...ni, nama dia Kak Ana.” Hana tersenyum lembut.
   “Oh...ni lah dia Kak Ana yang selalu A’an ceritakan kat Onyang tu?” A’an menganggukkan kepala kecilnya.
   “A’an, papa A’an mana?” Ayah budak ini, bukan betul, mampu sahaja dia meninggalkan anaknya di wad ini keseorangan, untuk berkerja. Tak patut betul Pakcik tu.       
“Papa, pergi beli makanan untuk onyang.” Jawab A’an yang masih lagi dalam dukungan Hana. Hana mengalihkan pandanganya pada lelaki tua itu. Oh, moyang A’an.
   “Assalammualaikum, Pakcik ni...”
   “Walaikummussalam...Panggil Tok Yah je lah nak. Walaupun, tok belum nampak mukanya lagi, tapi bila A’an cerita pasal anak, atuk rasa, macam atuk dah kenal dengan kamu.” Raut wajahnya lembut sangat. Hati Hana hampir tersentuh melihat Tok Yah. Tok Yah ini, kelihatan baik. Tapi kenapa anak-anaknya begitu? Teragak-agak, Hana cuba bertanya.
   “Er..Tok Yah, yang tadi tu...”
   “Anak Tok.” Jawab Tok Yah. Hana mengangguk, faham. Dia kemudian menggigit bibir bawah. Kesian Tok Yah ni.
   “Hana dengar ke apa yang mereka bualkan tadi?” Tok Yah bertanya. Hana mengangguk berat hati.
   “Jangan risau, atuk pun dengar. Telinga atuk ni, dah lali dah nak ambil kisah. Entah apalah silap atuk mendidik anak.” Mata Tok Yah kelihatan berair apabila bertutur, nampak sangat dia kecewa dengan anaknya.


HANA mengeluh panjang. Ada jugak kan orang macam tu? Tu bukan orang tu, tu...apa benda pun tak taulah. Lama jugalah, dia berbual dengan Tok Yah di bilik orang tua itu tadi.
Hana masih lagi berlegar-legar di dalam hospital itu. Penat sudah badannya. Dia berjalan kembali ke wadnya. Dalam perjalanan kembali ke wadnya tiba-tiba dia ternampak sesusuk tubuh yang amat dikenalinya baru keluar dari bilik doktor.
   “Tu bukan Adam ke?” Adam meneruskan langkahnya, tanpa menyedari yang Hana ada disitu..
   “Ad...” Dia baru sahaja hendak mengejar Adam, apabila tiba- tiba seorang jururawat menghalang perjalanannya.
   “Eh...Cik Hana, puas saya cari Cik Hana tau.” Jururawat yang berwajah lembut itu, menarik tangan Hana.
   “Masa untuk makan ubat Cik Hana. Ni pun dah terlebih masa ni, sebab kita orang cari Cik Hana tak jumpa.”
   “Eh..tapi...tu...tu...” Jururawat itu tidak mengendahkan apa yang Hana cuba katakan. Dia terus sahaja menarik tangan Hana dan mengiringnya masuk ke biliknya.
Malam pun melabuhkan tirainya, tetapi mata Hana masih tidak dapat dipejamkan. Aku rasa aku tak silap orang, tu kan Adam? Kenapa dia kat sini? Matanya makin lama makin letih. Akhirnya, dia tertidur dengan persoalan-persoalannya yang masih tidak berjawab.


10 tahun lalu...
“INGAT, jangan sentuh air kencing Syaitan tu.” Pesan Aisyah pada Zack. Zack berkerut dahi memandang Aisyah.
            When you put it that way. It’s disgusting. Stop it.” Balas Zack, malas. Aisyah senyum nakal.
            “Elok apa, geli. Tak adalah kau nak sentuh mendealah tu. Ingat. Jangan sentuh. Masa kat sini, kau dah cuba. Jangan berhenti setengah jalan pulak.” Sambung Aisyah lagi. Zack mengangguk.
            Okay.
            “Kalau boleh, jangan masuk pub atau kelab lagi.”
            “Okay.”
            “Masa kat sana, tolong. Tolong dan tolong. Cari orang yang boleh ajar kau bab-bab Islam ni. Kau tu orang Islam. Jangan nak jadi jahiliyah sangat. You can find those man in a mosque. Mestilah ada masjid kan? Cari masjid tu.”
            “Okay.”
            “...and while you at it. Please, brush up your malay. Kau tu orang melayu.”
            “Okay.”
            “Jangan banyak main..lepas tu...”
            “Okay, okay...jeez...what are you? My mom?” Keluh Zack. Mak dia pun tak membebel macam ni...but, its kinda feel good. At least, someone cares about Zack.
            Stop the ‘jeez’ thingy. Kebaratan sangat.”
            Fine. Fine mom.” Perli Zack. Aisyah tergelak kecil.
            It’s time for your departure.” Ujar Aisyah berat hati. Bukan apa, sebab selama Zack kat sini, Zack dah jadi kawan baik dia dah. Kawan tempat berbual. Kawan tempat mengadu. Kawan tempat marah, mengusik...dan macam-macam lagilah. Lepas Zack balik London ni, dia kena tunggu lagi setahun lagi untuk tunggu Zack balik. Lama tu. We’re buddies now.
            Well...I guess...see you next summer then?
            “Jumpa lagi tahun depan.” Ujar Aisyah lantas tersenyum. Zack mengangguk lantas berpaling ke arah gate. Dia kemudian mengatur langkah. Dia mengangkat tangan memberi isyarat ‘selamat tinggal’ Aisyah mengangguk dan membalas. Sebelum masuk ke dalam gate, Zack menoleh ke arah Aisyah.
            “Jumpa lagi, Aisyah. Thanks for everything.” Ujar Zack, lantas meneruskan langkah. Terus Aisyah tersenyum gembira dengar Zack cakap bahasa melayu.
            Take care, stupid Englishman!” Teriak Aisyah. Sekali lagi, Zack mengangkat tangan tanpa berpaling ke arah Aisyah. Kelihatannya, Zack mengangguk. Akhirnya, kelibat Zack hilang di sebalik pintu kaca. Aisyah terus memandang walaupun Zack tidak lagi berada di depan mata. Good luck in finding ALLAH and the truth, my friend. Good luck. Aisyah kemudian menarik senyum. Ya ALLAH. Ketuklah pintu hati Zack untuk berubah, Ya ALLAH, lindungilah dia dan permudahkanlah perjalanan dia. Amin.

No comments:

Post a Comment