Sunday 15 February 2015

Bitter Sweet Tale (Bab 11)



BAB11

“MACAM MANA keadaan awak sekarang ni?” Soal Hafiz kepada pesakit muda yang sedang menghadapnya. Dia kemudian mengambil stetoskop di atas meja dan memeriksa nadi pesakit muda tu. Setakat ni, normal degupan jantung dia. Jangan dia buat kerja gila lagi, berlari dengan jantung yang lemah ni, sudah.


   “Okey je. Tapi, serangan berlaku juga pada malam-malam.” Jawab pesakit muda itu. Hafiz mengangguk, lantas mengeluarkan stetoskop, dan meletakkan di atas meja semula.
“Lain kali, tolonglah jangan buat aktiviti memenatkan lagi. Nanti, dengan saya, saya sekali kena heart attack.” Ujar Hafiz. Pesakit muda itu tergelak kecil dan mengangguk.
   “Jaga jantung awak ni, sebelum dapat jantung baru. Jaga makan. Jaga diri.” Nasihat Hafiz lagi. Pesakit muda itu mengangguk akur.
   “Ye, doktor, saya tahu.” Balas pesakit muda tu.
   “Bagus. Awak bertahanlah sampai ada jantung yang boleh didermakan pada awak. In Sha ALLAH. Ada, jangan putus harapan.” Hafiz, lantas tersenyum. Sebenarnya masa mula-mula dia, di tugaskan menjadi doktor pesakit ni, dia memang agak terkejut. Sebab, muda sangat budaknya. Sebab doktor sebelum dia, yang menjaga pesakit ni, ada hal kat hospital lain, tu yang dia ditugaskan untuk menjaga budak ni pulak. Lagipun, memang dia doktor pakar pun, walaupun baru je umur 25 tahun.
   “Saya tak pernah putus harapan. Tapi, kadang-kadang saya rasa tak kisah pun pasal jantung baru tu. Saya takut nanti, bila dapat jantung baru, saya lupa ALLAH, sebab tu, lebih baik saya tahu yang saya dah tak ada banyak masa lagi. Bolehlah, saya habiskan masa saya mengagumi dan mengenali ALLAH.” Balas pesakit muda itu, sambil tersenyum ikhlas. Memang tak dinafikan, memang sungguh Hafiz kagum dengan semangat anak muda semuda ini. Kalau dia yang kena, rasanya teruk. Tak tenang macam anak muda di hadapannya ini.
   “Apa pun, saya doakan awak. Always.” Ujar Hafiz, lantas menepuk bahu anak muda itu. Anak muda itu tersenyum.
   “Awak betul ke tak nak duduk kat hospital? Lagi senang kami nak perhatikan awak, tak payah awak susah-susah, setiap dua hari datang hospital.” Cadang Hafiz. Senyuman di bibir anak muda itu tak lekang.
   “Doktor. Saya dah duduk kat hospital, hampir...all my life, sejak saya tahu, saya ada penyakit ni. Sungguh saya tak nak habiskan sisa hidup saya kat hospital je. Saya muda lagi. I deserve to have some fun...kan?” Balas anak muda. Hafiz tergelak kecil, lantas mengangguk.
   Alright.”
   “Doktor, tak ada apa-apa lagi? saya boleh balik?” Ujar pesakit muda itu. Hafiz mengangguk. Anak muda itu lantas bangun dan bersedia untuk meninggalkan bilik doktor.
“Jaga kesihatan. Jangan pulak masuk sukaneka pulak. Tolong, jaga diri, jaga kesihatan, dan jaga makan.” Nasihat Hafiz. Anak muda itu mengangguk, lantas tersenyum dan kemudian membuka pintu bilik doktor, lalu melangkah keluar dari bilik doktor tu. Hafiz, hanya menghantar pesakitnya keluar dengan mata. Hafiz kemudian mencatat-catat sesuatu dalam fail pesakit.
   Bunyi telefon bimbit membuatkan dia tersentak dari kerjanya. Dia mencapai telefon bimbit Nokia 6220 Classic berwarna unggu. Rumah. Dia menekan butang hijau, dan melekapkan telefon ke telinga.
   “Assalammualaikum.” Ucap Hafiz, sebaik sahaja menyambut panggilan.
   “Walaikummusalam. Along, Mak suruh kau balik. Mak masak kuah lemak ketam untuk kau.” Suara adik perempuannya berkumandang di telinga. Hafiz, tersenyum lantas menggeleng kepala. Alang. Alang.
   “Yelah nanti Along balik. Kau tak ada kelas tambahan ke Lang?” Soal Hafiz.
   “Kelas tambahan batal.” Balas Adiknya.
   “Siapa cakap? Cikgu?”
   “Alang cakaplah.” Pulak dah. Pontenglah tu. Sekali lagi Hafiz menggeleng kepala. Apalah nak jadi dengan adik aku yang seorang ni.
   “Alang, kau pont...”
   “Bye! Alang nak tolong Mak masak. Bye. Assalammualaikum....” dan..tut...tut..talian dimatikan, sebelum sempat pun Hafiz nak balas. Hafiz mengeluh. Tulah, mengajar adik bukan-bukan. Siapa suruh dia dan Angah nakal dulu, kan dah menurun kat adik sendiri. Memang bad influence betul. Dia kemudian meletakkan kembali telefon bimbitnya di atas meja, dan sambung kerja. Kuah lemak Ketam. Hafiz tersenyum, dan tiba-tiba bersemangat pulak nak buat kerja.


PEJAM CELIK,PEJAM CELIK, peperiksaan percubaan SPM sudah lama selesai, bagi seluruh pelajar tingkatan 5 seluruh negara. Keputusan Hana dan Adam pun lebih kurang sama sahaja, masing- masing mendapat 5A sahaja dari 10 mata pelajaran. Disebabkan SPM semakin menghampiri, mereka bergilir-gilir membuat ‘study group’. Hah..baru nak sedar kan? Sekarang ni, mereka semua dalam mood ‘study’. Bermula dari rumah Adam, kemudian Mai,Intan, Farid, Aiman, Qusyairi dan akhir sekali, tiba giliran rumah Hana menjadi ‘markas’ mereka untuk mengulangkaji pelajaran.
            “Okey, ni, kau kena bahagikan, lepas tu dapat macam ni. Lepas tu kau pecahkan, jadilah macam ni.” Tangannya ligat menconteng kertas soalan ‘past year’ yang mereka dapat daripada Cikgu Zul. Hana mengajar Intan perlahan-lahan. Antara mereka semua, Hana paling pandai dalam Kimia dan Fizik. Adam pun turut tekun melihat Hana mengajar Intan dan sekaligus, dia pun faham.
Sepanjang sesi mengulangkaji pelajaran, sekejap-sekejap, Hana akan mencuri pandang wajah Adam. Bukan apa, sebab Adam, kelihatan lain kebelakangan ni. Macam dia kelihatan lebih kurus, memanglah Adam ni, cekeding pun. Tapi, sebelum ni, Adam lebih berisi. Sekarang ni, makin kurus pulak. Diet ke? Mungkin orang lain tidak sedar, tetapi dia sedar. Ke, mungkin hanya perasaan dia je?
“Assalammualaikum, Mak! Along dengan Angah balik ni mak.” Laungan dua suara lelaki yang sangat dikenali, membuatkan Hana terkejut dari lamunannya. Hana memandang muka pintu yang terjengul kepala Along dan Angahnya.
“Mak ada orang datang ke ni Mak? Angah tengok, banyak je kasut ni.”
“Kot ye pun masuklah dulu, Along, Angah, mak ada kat dapur tu tengah tolong buatkan air. Pelik betul, tak ada rumah sendiri ke apa, asyik balik je. Alang jemu tau tengok muka kau orang.” Cemuh Hana, sambil matanya fokus pada kertas ‘past year’ itu. Tiba-tiba sahaja dia terasa tekanan pada  kepalanya. Hariz, menekan kepala Hana yang berlapiskan tudung sarung itu.
   “Orang dah balik tu, patut suka. Bukan buat muka.” Hariz, terus-menerus, megusik Hana.
   “Sakitlah Ngah!” Kawan-kawan Hana yang berlima itu, hanya memerhatikan sahaja gelagat tiga beradik itu. Tiba- tiba antara dua orang abang Hana itu Adam mengecam satu muka. Doktor Hafiz. Adam kenal dengan lelaki itu. Buat masa sekarang ni, Hafiz, belum dapat mengenal pasti lagi wajah Adam kerana dia sedang sibuk mengusik adiknya.
   “Oh ye...macam mana kau orang boleh balik sama-sama ni?” Hana bertanya.
   “Kita orang terserempak kat luar tadi. Ni, kawan-kawan Alang ke?” Hafiz perhatikan satu persatu wajah kawan-kawan adiknya, tiba-tiba dia tangkap satu wajah yang sangat dikenali.
   “Eh...Adam? Oh...awak kawan Hana ye?” Soal Hafiz, mesra. Semua pandangan tertumpu pada Adam pula. Adam mula tak sedap duduk, dia melarikan pandangannya ke bawah. Berkerut dahi Hafiz memandang Adam yang macam ada yang tak kena tu.
   Aiman, Farid, Qusyairi, Mai, Intan dan termasuk Hana, pelik. Macam mana pula, abang Hana boleh kenal dengan Adam? Semua berteka-teki tidak kurang juga yang berfikiran nakal. Yang paling tertanya-tanya sekali, sudah tentulah Hana.
   “Amboi! Dah kenal mesra dengan abang ipar nampak?” Farid di sebelahnya sempat lagi mengusiknya. Mujurlah, Farid hanya berbisik.
   “Bukanlah gila!” Suaranya halus tapi tegas.  
   “Long, macam mana kenal Adam?” Soal Hana ingin tahu. Semua mata tertumpu kepada Hafiz pula sekarang ini.
   “Oh...dia...” Belum sempat Hafiz menerangkan selanjutnya, dia terlihat Adam memandangnya dan  mengelengkan kepalanya perlahan. Tahulah Hafiz, bahawa Adam tidak memberitahu apa-apa lagi kepada kawan-kawannya.
   “ ...anak saudara kepada pesakit Along. Dia selalu, temankan makcik dia buat check up kat hospital tempat Along kerja tu.” Nasib baik sempat dia memikirkan alasan lain, yang lain mengangguk faham. Hafiz lega. Dia terlihat Adam menggerakkan mulutnya mengucapkan terima kasih. Hafiz mengangguk dan tersenyum.
   “Abah mana?” Hafiz cuba mengubah topik.
   “Abah pergi berjimba-ramba.” Hana meloyar buruk. Hafiz bengang, dia menarik hujung tudung sarung Hana perlahan.
   “Hish, Along ni, mestilah abah kerja. Dah tau, nak tanya lagi. Kejap lagi dia baliklah tu.” Balas Hana. Buat kesekian kalinya kepala Hana di duku oleh Hariz. Hana mencerun memandang Angahnya, dan berdetak lidah. Angah hanya tersenyum nakal.
   “Hah. Mana budak becok tu? Dia tak ada ke hari ni?” Angah bertanyakan tentang A’an. Memanglah, A’an dah jadi macam salah seorang keluarga Hana. Bukan sahaja A’an rapat dengan Hana je, malah dengan Angah dan Along jugak, dengan Mak tak boleh nak cakaplah, bertapa rapatnya mereka...dan memang A’an akan jadi becok bila berkumpul dengan keluarga Hana, walaupun pada asalnya A’an tu pendiam.
   “Tak ada. Ayah dia tak hantar pun hari ni. Cuti agaknya.” Balas Hana. Angah mengangguk faham.
   “Hah...teruskanlah belajar tu. Along nak masuk bilik kejap.” Ujar Hafiz, lantas mengatur langkah untuk ke tangga. Sebelum dia meniti tangga, Hafiz sempat lagi memandang Adam. Adam nampak macam remaja-remaja yang biasa. Belajar, berkumpul, bergelak ketawa dengan kawan-kawan. Elok lah tu. Hafiz menarik senyum segaris, lalu meniti anak tangga untuk naik ke atas.
   “Mak. Angah dah balik ni.” Teriak Hariz, lalu melangkah ke dapur untuk menegur Maknya. Hana dan rakan-rakan lain hanya memerhatikan kelibat abang Hana, sampailah Abang Hana hilang ke dapur. Kemudian, Hana menala pandang kembali kepada rakan-rakannya.
   “Kau orang, jangan layan Along dengan Angah tu. Dia orang tu, putus fius sikit.” Hana tersengih. Yang lain tergelak. Mereka semua kemudian sambung membuat kerja yang tertinggal tadi. Semua, sudah mulai fokus pada kerja sekolah mereka. Kecuali Adam. Tumpuannya agak terganggu bila nampak Doktor Hafiz tadi. SubhannaALLAH. Keciknya dunia.


11 tahun lalu...
 “BIAR BETUL kau orang melayu?” Ujar gadis itu, terkejut. Zack mengangguk.
   Yeah. I’m a Malay. My father and mother are Malay. Well they’re Malaysian anyway.” Balas Zack selamba. Gadis itu dah terkebil-kebil, matanya dah terbuntang mendengar penyataan itu. Biar betul mamat ni? Kalau dah melayu, mestilah Islam. Habis tu yang dia teguk air kuning tu, kenapa? Lepas tu, Rambut. Sungguh rambut Zack ni, menganggu dan sungguh, dia tak dapat tangkap, yang Zack ni, orang melayu. Satu, sebab ‘british accent’ dia. Dua, sebab muka dia tak macam melayu. Lebih kepada oriental looks. Jadi, dia ingat, mungkin Zack ni, Chinese, or any Sarawakian, Sabahan, atau simply a Malaysian that lives in London. Tak terfikir pulak, orang melayu kita.
   “Lepas tu, umur kau 16 tahun? Sama umur dengan aku?” Ni bukan sahaja, melanggar hukum hakam islam, malah melanggar undang-undang kat sana kan? Budak bawah umur kan, tak boleh minum arak, kat sana?
   Yeah...Why is it a shock to you?” Soal Zack selamba, sambil memandang makanan di hadapannya. What is this? Zack membuat muka geli. Dia menguis isi pinggan itu. Too oily, too red...and what is that smell? And...what is this, stall? Zack melihat sekeliling. Ni, restoran ke apa? Bukan main terbuka lagi kawasan tempat makan ni. Tak ada aircond. Panas. Dia mengibaskan leher baju melayunya. Ni lagi satu, kenapa entah dia paksa aku pakai baju ni. Panas tau tak. Orang pun dah pandang dia pelik je. Belajar sayang tradisi Malaysia konon. Ni, bukan mengajar. Ni nak menyeksa. Moron.
   “Tapi...k..kau minum...air tu. Le..lepas tu, rambut ka..u” Ujar Gadis itu, tidak percaya. Zack mengalih pandang pada gadis itu. Dia memandang gadis itu pelik. Air? Air apa? Zack cuba meneka apa yang gadis itu cuba cakap kan?Oh...
   What with you and my hair?This is cool,okay, and about the booze that I’ve been drinkig,  no worries, the laws are meant  to be broken. I will not get caught, if you don’t tell anyone, of course. Better yet, is there any law in Malaysia, not allowing teens under 18, to drink?” Selamba sahaja Zack bertutur. Rahang Gadis itu dah terjatuh dah. Kalau boleh jatuh kat atas nasi lemak kat depan dia tu, dah lama dah jatuh.
   “Tak cool rambut tu, okey. Kau nampak macam ada penyakit albino dan itu bukan masalahnya.” Omel Gadis itu risau. Zack yang terdengar, memandang gadis itu kembali.
   What? Anyway, what are we eating here? It’s sure look undesireable.” Ujar Zack, tangan masih lagi menguis makanan yang dia rasa, pertama kali dia nampak. Sebab, dia tak pernah merasa makanan melayu. Bila balik rumah kat Malaysia je, tukang masak, akan masakkan dia spageti, lasagna, meatloaf dan lain-lain makanan barat. Sedang dia berkira-kira nak makan ke tak makanan yang asing tu, meja di hentak kuat. Terus terkejut Zack dibuatnya. Terkebil-kebil dia memandang gadis di hadapannya yang sedang berdiri dalam keadaan marah. Kenapa pulak?
   “Aku kata, tu bukan masalahnya!” Suara gadis itu meninggi. Terbeliak mata Zack mendengar nada suara gadis itu. Dia memandang keliling. Mata-mata orang dah tertumpu pada meja dia dan gadis itu. Dia membuat muka, tak senang.
   Hey, chill...” Ujar Zack tenang, sambil mengisyarat gadis itu untuk duduk, namun gadis itu tetap berdegil dan memandangnya tajam. Kalau boleh tembus otak dia, dah lama tembus dah.
   People are looking...” Tutur Zack, perlahan. Lepas dengar perkataan itu, barulah gadis itu tersedar. Gadis itu memandang keliling Memang orang tengah pandang meja mereka pun sekarang ni. Terkebil-kebil mata gadis itu.
   “Maaf...” Ujar gadis itu serbasalah, terus dia kembali duduk di tempatnya. Lepas tengok gadis tu macam dah tenang. Zack menarik nafas lega.
   What’s the problem now? Aren’t we getting along, well, just now?” Tutur Zack, pelik. Gadis itu meraup muka. Dia mengeluh, lantas memandang Zack.
   “Ada satu benda aku nak tanya.” Ujar gadis itu, setelah dapat menenangkan diri.
   Shoot.
   “Kalau kau orang melayu. Jadi maksudnya kau orang islam lah kan?” Tolong jangan kata ye. Tolong jangan kata ye. Katalah kau orang iban ke, kadazan ke, apa ke. Zack memandang gadis itu penuh tanda tanya.
   Well...I guess?” Balas Zack teragak-agak.
   “Apa?! Rasanya?!” Suara gadis itu, mulai meninggi.
   Well, I do have ‘bin’ in my name. Grandpa said, ‘bin’ in my name represent my religion. And, sometime, when nagging. Grandpa did say something like ‘you’re islam’ or muslim, or something.
   “Apa? Some...something?” Gadis itu tak percaya. Something? That something is really a big deal lah dey! Tak ada siapa ajar dia ke? Atuk dia?
   You speak english?” Soal Zack, tidak percaya. Selama dia kenal dengan Aisyah, belum pernah lagi dia mendengar Aisyah berbahasa Inggeris. Dia ingat, Aisyah tak tahu cakap english. Dia tidak mempedulikan wajah keliru gadis di hadapannya. Gadis itu,menjegil mata memandangnya.
   “Aku dah kata, tu bukan masalahnya lah, ngok!” Marah gadis itu lagi.
   Alright, fine. Just chill. jeez...” Balas Zack, sambil melarikan tangan di celah rambut.
   “Huuu...tenang Aisyah. Tenang.” Omel Aisyah. Aisyah membuat muka semangat. Sekarang ni, memang dia kena bagi taulah, apa masalah sebenarnya si Zack ni. Dah tau, Zack tu orang islam. Tak kan nak biarkan dia sesat. Nanti, macam mana dengan anak bini dia nanti?
   “Okey. Kau dengar sini.” Ujar Aisyah, setelah dapat mencerna informasi yang baru dia dapat tadi. Zack memberi Aisyah sepenuh tumpuan.
   “Mungkin, tak ada orang bagitau kau. Tapi, dalam islam, memang arak sangat-sangat tak boleh di sentuh.” Aisyah memberitahu. Zack berkerut. Dia tak tau. Tak ada siapa bagitau dia pun. Kenapa pulak? Lepas minum tu dia rasa seronok apa.
   Why? I don’t find any harm in having fun, in drinking what we want to drink.” Balas Zack. Aisyah mengeluh.
   “Okey. Kau cuba jawab soalan yang aku nak tanya kau ni.” Ujar Aisyah. Zack mengangguk.
   “Okey. Apa rasa arak tu?”
When i first start drinking. I doesn’t taste so good. But after awhile, i’m familiar with the taste.
“Jadi, rasa dia tak sedap? Kau mula suka dengan rasa dia, bila kau dah banyak kali teguk, dan sebab tu, kau imun dengan rasa teruk dia?” Soal Aisyah. Zack berfikir-fikir. Zack menggigit bibir bawah. Memang dia tak berapa suka sangat pun dengan rasa tu. Dia cuma terbiasa je dengan rasa dia. Masa mula-mula belajar minum tu, memang dia rasa tak suka pun. Tapi, orang lain minum...so, he decided to give booze a chance...
Well...I guess? Maybe?Where will this leads to?” Soal Zack tidak senang.
“Aku belum habis lagi.” Balas Aisyah tegas.
Fine.” Zack menjulingkan mata ke atas.
“Apa kebaikkan minum arak tu?”
Well, the greatest thing is, when we’re drunk, we’ll forget all our problems. We can have all the fun we want.
“Okey. Sampai bila, kesan ‘forget all your problem’ tu, bertahan?”
All night long.”
“Sepanjang malam je? Selesai ke, masalah kau, bila dah tak mabuk?”
   No.
   “Jadi, kesannya sementara je?” Soal Aisyah. Zack mengangguk. Ye tak ye jugak eh. Memanglah rasa seronok minum arak tu, tapi masalah dia tak pernah selesai. Malah kadang-kadang bertambah lagi masalah yang ada. Sebab bila dah mabuk kan, memang tak sedar apa-apa. Buat salah besar pun, dia tak sedar. Hari tu, masa kat London,  dia hampir terlanggar seorang Makcik, sebab DUI. Nasib baik, sempat brek, sebelum betul-betul terlanggar kereta tu. Siap nak terbabas kereta dia. Macam mana, hari tu, kalau dia betul-betul terlanggar Makcik tu? Seram nya.
   I get your point. So Islam, forbid us to drink, to avoid any unwanted incident. So? It can be avoided, if we know how to handle it. Take me as example. I never harm anyone, when i’m drunk.” Tutur Zack dengan bangga. Aisyah tersenyum lantas menggeleng.
   “Tak semua, boleh elak takdir Zack. Macam mana, kalau satu hari, kau tak begitu bernasib baik, dan orang lain terluka, tanpa kau sedar? Sebab, kalau ALLAH dah cakap, jadi. Maka jadilah ia. Orang yang sebaik-baik manusia pun, boleh jadi sejahat-jahat manusia dalam satu malam je, bila minum arak. Lepas tu, hari yang berikutnya, dia tak ingat apa yang dia dah buat. Kau mesti pernah baca berita kan? Bila seseorang tu dah mabuk, dia akan buat, perkara di luar jangkaan dia. Pernah baca berita tak?” Ujar Aisyah dengan tenang. Tiba-tiba Zack teringat, satu akhbar yang dia pernah baca. Tak ingatlah bila. Seorang ayah yang mabuk, membunuh seluruh keluarga dia.
   But...i know how to handle alcohol.” Tutur Zack. Kali ni, tidak seyakin tadi. Aisyah tersenyum. Sambil menggoyangkan jari telunjuknya.
   “Okey. Apa kesan arak tu pada diri kita? Sihat tak?” Aisyah terus bertanya. Bila dengar soalan tu, terus Zack tersedar. Memang arak tu, membahayakan kesihatan pun, not to mention the brain. Zack menggeleng.
   “Dah tu, kenapa nak minum jugak? Nak berhibur? Nak berlagak? Janganlah. Takkanlah sebab nak berhibur, nak berlagak, sanggup mati? Tak ke sia-sia?” Balas Aisyah. Sekali lagi, Aisyah memang betul. Zack menggigit bibir bawah.
   But, it’s hard to let go. I live in London, for god sake. Those drinks, are everywhere.” Balas Zack pulak. Untuk tinggalkan arak tu memang susah, sebab hidup dia di London tu, memang dikelilingi dengan arak je.
   “Kalau macam tu. Ingat satu ayat ni. Bila ALLAH kata jadi, Maka jadilah ia...dan jangan kata kau tak percayakan tuhan. Sebab, kalau tanpa DIA. Kita tak kan wujud. Dunia ni, tak kan wujud. Dalam Al-quran ada tercatat semuanya. ‘Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu’ Satu ayat dalam Al-quran.” Terang Aisyah panjang lebar. Zack berkerut dahi. Huh? What? Apa yang Aisyah merepek ni? Memanglah di faham BM tapi, ayat-ayat yang bunyinya panjang semacam tu, ingat dia boleh faham ke?
   “Kau tak faham eh?” Soal Aisyah, lepas tengok muka Zack. Zack menggeleng beria. Aisyah mengeluh dan gigit bibir bawah. Hailaa...siapalah yang hantar budak ni, sampai ke London, sampai bahasa melayu pun tak faham.
   “Okey. Aku cakap dalam bahasa Inggeris ye. There’s one sentence in the Al-quran, that indicate that ALLAH is the truth among the truth, the proves among the proves. Aku bagi tau ni, just incase kau tak percayakan ALLAH. Nauzubillah lah Ya ALLAH. Jauhkan. Okey, as I was saying...Ni, aku ambil dari surah Al-baqarah ayat 22...” Ujar Aisyah. Huh? Surat? Letter?  What letter? Sekarang ni, makin berkerut dahi Zack dibuatnya.        
   Oh..gosh, of course...you don’t know Surah Al-Baqarah.” Aisyah menepuk dahi. Apalah yang budak ni buat sepanjang 16 tahun hidup dia. Bertambah kuat keluhan Aisyah.
   “Kau tau, apa tu Al-Quran kan?” Soal Aisyah, teragak-agak. Janganlah kata tak kenal. Kalau tak kenal, sumpah dia takkan boleh nak bantu Zack. Zack mengangguk.
   The church have bible...and we Islam, is Al-Quran right?” Soal Zack. Dia memang tahu, kewujudan Al-quran tu, tapi dia belum pernah pegang. Nampak pun, bila dia pergi beraya kat rumah saudara mara dia di Malaysia.
   You right on that. So...Surah Al-Baqarah...is one of the many sentence that are written in the Al-Quran. It says ‘Who has made the earth your couch, and the heavens your canopy and sent down rain from the heavens and brought forth therewith Fruits for your sustenance then set not up rivals unto Allah when ye know (the truth).’ Simply said, ALLAH is the one who created the earth, give you foods, life, the night and day...and so on...that is the proves of ALLAH. So you can’t say, you don’t trust HIM. Berdosa besar tau.” Sambung Aisyah. Zack mengangguk faham. Dia tak pernah pun menafikan kewujudan tuhan. Cuma dia tak ambil pusing sangat pasal hal ni. Dan keluarga dia pun, tak adalah pulak bagitau pasal ketuhanan ni.
   I do believe god exist. But never deeply thought about it.” Balas Zack. Aisyah menggeleng kepala.
   From now on, i think you should learn how to pronounce ALLAH. Replace god, with ALLAH. Okey?” Nasihat Aisyah, lembut. Zack mengangguk.
   “Cuba sebut.”
   “AL...AL...ALLAH?” Zack menyebut tergagap-gagap. Aisyah mengangguk.
   It’ll get better...you just have to get used to it.” Balas Aisyah. Zack mengangguk. Terasa asing nama ALLAH tu di lidahnya.
   Al-Quran said, booze is the game of syaitan to make you, far from Islam, and most importantly, ALLAH. Although you said, you can handle alcohol well...but, you can never handle the Syaitan, and the horrible things that they will make you do. Especially, when you were drunk. Who knows, that one day, you’re drunk, and the next day you wake up, dead bodies are all over the place. Tak takut ke? Bayangkan, pun aku dah takut tau.” Ujar Aisyah panjang lebar. Sungguh, ni lah kali pertama dia banyak sangat cakap bahasa Inggeris. Dia bukannya tak tahu cakap bahasa Inggeris, tapi dia lebih suka cakap Bahasa Melayu. Lagi pulak, depan Zack yang satu hari dulu, pernah kutuk-kutuk Malaysia. Memang tak naklah dia bercakap English dengan orang english yang mengutuk Malaysia. Martabatkan Bahasa Ibunda lah, katakan. Tapi, kalau english, bahasa yang paling mudah untuk Zack faham, kenalah jugak dia cakap English, tentang perkara-perkara penting ni.
   That was... Thinking about it making me goosebump all over.” Ujar Zack, yang mula seram sejuk. No, i don’t wanna be a killer! Sungguh, dia tak tahu pasal semua tu. Wuahh..takut.
   “Kan? Takut kan?” Sambung Aisyah. Zack mengangguk.
“Zack, kau memang sangat memerlukan ilmu agama ni lah. Kesian aku tengok kau ni.” Sungguh, memang Aisyah kesian tengok Zack ni. Memang keluarga dia Tak ajar ke benda-benda ni semua. Tapi...Mak dengan ayah Aisyah pun, bukannya ajar sangat pun dia. Yang banyak ajar dia, cuma Arwah nenek dan Atuk, masa mereka masih hidup lagi.
   So, you think, i should quit drinking?
   “Mesti, berhenti minum. Ingat, bila ALLAH kata jadi Maka, jadilah ia. Itu kebenaran yang, memang benar. No doubt about it. Takut tau.” Nasihat Aisyah. Zack mengangguk sekali. Takut juga dengar. ‘Bila ALLAH kata jadi, maka jadilah ia.’
   I’ll try.
  “Setiap kali, kau sentuh air tu. Kau ingat ayat tu. ‘Bila ALLAH kata jadi, maka jadilah ia.’ Takutkan ayat ALLAH tu. Takutkan, apa yang bakal jadi kat kau, kalau kau terus minum air tu.” Nasihat Aisyah lagi. Zack mengangguk. Hari ni, dia belajar sesuatu yang sangat berguna daripada Aisyah. Kawan barunya di Malaysia. Mom and Dad, tak pernah bagitahu dia semua benda ni. Atuk pun, tak perkuatkan sangat tentang benda-benda ni.
Anyway. What is this?” Soal Zack, kembali pada makanan di hadapan mereka.
“Nasi lemak. Makanlah. Kau mesti suka. Cepat! Ada banyak lagi tempat nak pergi ni.” Tutur Aisyah, ceria. Zack memandang nasi lemak dengan berat hati. Baiklah. Apa nak jadi, jadilah! Dia kemudian menyenduk sesudu nasi, dan masukkan kat dalam mulut. Perlahan-lahan, dia cuba mengunyah. Hey...this taste, quite good. Zack memandang Aisyah yang penuh berharap.
“Sedap kan? Kau suka?” Soal Aisyah teruja.
Well...it’s okay. Wai...wait...” Zack menjelir lidah. Pedas.
Water, water!” Zack kemudian, mencapai air suam di hadapannya dan meneguk air suam itu. Pedas. Tapi sedap.
“Lidah lembik. Tak tahan pedas. Pigi dah!” Omel Aisyah. Zack yang sedang mengesat mulutnya dengan tisu memandang Aisyah.
What?
“Tak ada apa-apa. Minum, air tu. Minum.” Ujar Aisyah. Zack mengangguk dan meneguk baki air suam sampai habis.
One more water.” Zack meminta. Aisyah mengangguk-angguk dan mengangkat tangan memanggil abang gerai, yag sedang berjalan ke hulur ke hilir.
“Bang! Air suam satu lagi.” Teriak Aisyah. Abang gerai tu, mengangguk.

1 comment:

  1. Takde sambungan ke???
    Best lh cite nii
    Sweet je sya tengo

    ReplyDelete