Sunday 15 February 2015

Bitter Sweet Tale (Bab 10)

BAB10

“A’AN, meh sini. Duk kat akak.” Pelawa Hana, sambil menepuk-nepuk kakinya yang bersila. A’an terkebil-kebil memandang Hana. A’an bergilir memandang Adam yang sedang memangkunya dan Hana yang nak memangku A’an. Kemudian A’an menggeleng.
   “Apa? Tak nak makan ke? Ni, ada nasi ni.” Ujar Hana sambil menggaul-gaul nasi putih bersama sup ayam. Sekarang ni, waktu makan tengah hari. Hari Sabtu, tetapi macam biasa Papa A’an, terlalu sibuk. Jadi A’an kena duduk di rumahnya, sebab Rumah Anakku Sayang tutup. 

   “Kita nak makan, tapi kita nak duduk dengan Abang Adam.” Ujar A’an, polos. Adam yang terdengar tergelak kecil. Hana kemudian mencerun memandang Adam.
   “Monyet perampas...” Bebel Hana, sambil tangannya menyuapkan nasi ke mulut kecil A’an.
   I heard that.” Ujar Adam. Hana hanya menjelir lidah, dan menjeling. Masuk hari ni, dah banyak kali jugak Adam melawat kanak-kanak jagaan Mak. Semua pun dah rapat dengan dia dah. Boleh ganti Kak Hanim, pembantu Mak, kat Rumah Anakku Sayang tu.
   “Kau nampak tak, situasi di depan mata kita ni?” Adam dan Hana sama-sama menala pandang ke arah suara itu. Namun, tangan Hana tidak lupa untuk menyuapkan nasi ke mulut A’an. Di hadapan mereka, Qusyairi, Aiman, Farid, Mai dan Intan sedang memerhatikan mereka berdua, penuh syak wasangka. Sebenarnya, hari ni, giliran rumah Hana di jadikan pusat ‘study group’. Yelah sangat...banyak buat benda merepek je. Maklumlah, tarikh percubaan SPM dalam ‘dunia mereka’ lambat lagi. Padahal, tinggal sebulan je lagi.
   “Bahagianya keluarga kau orang. Ada plan nak tambah anak lagi?”Soal Intan, mengusik, lantas tergelak, yang lain turut sama tergelak.
   “Ada. Nak jadi mak angkat dia orang?” Balas Adam, selamba. Bila dengar apa yang Adam cakap tu, terus Hana berpaling lipat maut ke arah Adam. Bodoh Adam. Monyet bodoh. Adam memandang Hana, lantas mengangkat kedua-dua bahu.
   “Agak-agak, nak tambah berapa lagi?” Soal Qusyairi. Dia orang ni, kalau ada modal mengusik, memang tak kan berhenti.
   “Dah fikir nama anak seterusnya dah?” Usik Aiman pulak. Ya ALLAH, tak tau ke yang Hana tak boleh dengar semua tu. Malu tau tak.
   “Erm...agak-agak kalau cukup satu pasukan bola sepak, berhentilah kot. Dan nama, belum fikir lagi.” Jawab Adam, lantas tersenyum nakal. Selambanya, jawab macam tu. Monyet tak tahu malu! Hana kemudian mencapai buku yang berdekatan dan memukul belakang Adam dengan buku tu. Kuat.
   “Adui!” Adam mengaduh, lalu mengurut lehernya yang bisa kena penangan buku teks Fizik.
   “Kau ingat, aku kilang buat anak ke hah? And...who the heck nak jadi mak kepada anak-anak kau. Aku tak nak. Tak hingin aku.” Marah Hana, kemudian sambung menyuapkan baki nasi yang tinggal ke mulut A’an. Yang lain dah tergelak terbahak-bahak.
   “Sakitlah Mak Cik Psychopath!” Marah Adam pulak. Tapi, marah-marah sayang. Ceh! Geli je. Lantas Adam pun turut tergelak bersama kawan-kawannya yang lain. Hana pulak, dah merona merah dah muka tu, kena kacau. Bila bergelak ketawa dengan kawan-kawannya, dengan Hana dan juga A’an, yang dia dah ter-rapat pulak ni, sekali lagi perasaan sedih menjalar di hatinya. Namun, macam biasa, di tepisnya jauh-jauh perasaan itu.

DOKUMEN YANG bertimbun di atas meja itu, ditandatangan, satu persatu. Kemudian disemak pulak, kertas kerja-kertas kerja yang disediakan oleh pekerjanya. Kemudian telefon pejabatnya berbunyi. Dia menjawab panggilan itu.
   No, i want it, by wednesday. We have no time to take this matter any further. tell them, take it or leave it. Fullstop.” Dia menghentak telefon itu ke ganggangnya. Dia memicit dahinya yang berdenyut dari tadi. Dia melonggarkan tali lehernya dan mengeluh.
   Zarif, terus menyelesaikan kerja yang di tinggalkan oleh atuknya. Selepas satu, satu dibuatnya, tanpa berhenti dan rehat. Zarif, menjadi pengganti atuknya yang kini, sedang menjalani rawatan di hospital, disebabkan penyakit Jantung. Sejak dia dilantik menjadi pengganti Tan Sri Khalish, dia memang sangat sibuk. Waktu tidurnya, paling lama pun, 3 Jam. Kerana itulah juga, dia selalu sahaja terlambat mengambil A’an dari Rumah Anakku Sayang. Masa pun, kurang untuk anak tunggalnya itu. Mujur sahaja, Kak Jihah tu baik, sanggup nak jaga A’an walaupun masa cuti. Bolehlah dia berasa tenang sedikit. Kalau tidak, tumpuan kerjanya akan terganggu,memikirkan keadaan A’an.
Sedar, tidak sedar, jam menunjukkan pukul 12.30. Pintu pejabatnya di ketuk beberapa kali. “Masuk.”
   Kelihatan Hadi, muncul selepas pintu dibuka. Hadi tersenyum sambil membawakan secawan kopi dan menghulurkan cawan itu  kepada Zarif. Dia meletakkan cawan kopi itu di atas mejanya. Hadi memandang Zarif dari atas ke bawah. Dia menggeleng-geleng kepala. Zarif pelik.
   Thanks, tapi, kenapa pula kau pandang aku macam tu?” Soal Zarif.
   Dude, you should see yourselves in the mirror. Kau nampak teruk.” Jawab Hadi, konon bersimpatilah, padahal, sengaja dia mahu mengusik.
   “Kenapa? Teruk sangat ke?”
   “Sangat.” Hadi menggeleng lagi.
   Memang sangat teruk. Mana tidaknya, sudah masuk sebulan dia berkerja tanpa henti. Entahkan tidur, entahkan tidak.
   “Kau ni, nampak penat sangat tau. You shouldn’t push yourself too hard. Tu, A’an kat Nursery tu, macam mana dia agaknya. Dahlah tak ada mak, bapanya pula, asyik sibuk kerja. Tak kanlah, kau nak harapkan Nursery je jaga anak kau.” Tegas Hadi.
   “Aku tau, aku sedar, but look, it’s not like i have other choices. Bila aku dah di pilih untuk memikul tanggungjawab besar ni, I have to do all I can for this company. I owe him a lot. Kau pun tau kan? Not to mention, how i have to prove myself worth it.” Zarif menghirup air kopi yang masih panas itu.
   “Ye aku tau. Tapi, tak adalah sampai dia suruh kau jadi sampai macam ni. Kau ada, tanggungjawab lain lagi, selain syarikat ni. Jangan sampai, anak kau tu terasa terabai. Bahaya tau. Jangan sampai satu hari nanti, anak kau kata, kau tak sayang kat dia.” Hadi terus memberi nasihat. Zarif hanya mampu berdiam diri. Memang apa yang Hadi katakan itu, semua betul. Dia mula berfikir kembali. Sudah berapa minggu, dia tidak meluangkan masa bersama A’an.
   So take it easy, okey? Go to your son. Make time for him. Aku rasa syarikat ni, masih belum termasuk dalam kategori kritikal lagi. A day or two off won’t hurt kan? Aku kan ada. Staff-staff lain pun ada. Okey? Lagi pun kau dah lama tak jenguk atuk kau kan? Bawak A’an tu jenguk onyang dia.” Hadi bangun dari kerusi, dan menepuk bahu Zarif dan tersenyum.
   Come on. You need that day off. Okeylah, aku balik dulu, Dah lewat ni. Kau pun, jangan duduk lama sangat kat dalam pejabat ni.” Hadi terus berlalu keluar dari pejabat Zarif. Zarif mengangguk, lantas tersenyum. Dia mengeluh. A’an. Dia mengerling pandang pada gambar dalam bingkai di atas mejanya. Masa tu, A’an baru berusia 3 bulan sedang di dukung oleh isterinya, dia pulak berdiri disebelah isterinya sambil tersenyum dan merangkul bahu isterinya. Dia bahagia masa tu. I miss you, honey...
MAI, KAU KAT mana? Aku bosan. Tolong aku. :’(
 Jari jemarinya, ligat menekan punat-punat di telefon bimbitnya. Kemudian dia dapat balasan. Secara automatiknya, senyumnya melebar apabila nama penghantar mesej itu tertera di senarai mesej inbox.
Aku kat rumahlah, malaslah nak keluar hari ni. Bosan? Dah tu, kau nak aku buat apa?
Reply.. .
Sedang dia tenggelam dalam perasaannya, dia tersentap apabila tiba-tiba sesuatu benda yang keras menghinggap diperutnya.
“Adui! Senaklah bongek!” Perut Aiman terasa senak. Dia menghadiahkan pandangan tajam kepada pelakunya. Dia mengambil komik Dragon Ball yang menjadi senjata ‘menembak’ perutnya tadi dan membaling semula komik itu ke arah Adam. Nasib baik Adam sempat mengelak.
“Taulah, orang tengah kemaruk. Bukan main selesa lagi dia baring kat atas katil aku.” Adam mula dengan nada sarkastiknya, sambil menongkat dagu di atas meja belajarnya dan memandang Aiman tidak puas hati. Mana tidaknya, katilnya sudah penuh, dengan Qusyairi dan Faridnya terbongkang tidur, dan dengan Aimannya, tersenyum-senyum dari tadi, main ‘handphone’. Kalau boleh berguling-guling atas katil itu, sudah lama dia buat agaknya. Mujur sahaja katil itu penuh. Tetapi masalahnya, Adam kan tuan rumah, kenapa pula dia yang kena duduk dengan sopannya di meja belajar itu. Sudah hampir dua jam dia duduk tegak di kerusi meja belajar itu, tengkuk dan tangannya sudah mula lenguh.
  Asalnya tadi, mereka bertiga datang, untuk bertanya soalan kerja sekolah yang mereka tidak faham. Soalan ‘add math’. Esok (Isnin) sudah kena hantar. Cikgu ‘Add Math’ adalah Cikgu Hakim, kalau siapa-siapa yang tidak menyiapkan kerja Cikgu Hakim, memang mereka adalah orang yang patut di tabik ‘spring’ sebab mereka berani mati, mencabar Cikgu Hakim itu. Pernah sekali, Hana dan dia tidak menyiapkan kerja Cikgu Hakim, memang hari itu, hari ‘bertuah’ mereka apabila, Cikgu Hakim memukul tangan mereka berdua dengan rotan buluh yang panjang itu. Makan masa berhari jugaklah tangan mereka hendak sembuh. Mujurlah, tangan yang di pukul adalah tangan kiri, kalau tidak mahu susah mereka hendak makan dan melakukan aktiviti-aktiviti harian.
Cikgu Hakim. Sebenarnya, dengan sikap Adam dan Hana yang banyak bawa masalah itu, banyak benda yang dia boleh bertolak ansur, tetapi tidak apabila pelajarnya tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Tiba-tiba sahaja Adam berasa seram sejuk apabila mengingati keajadian itu. Nasib baik tak kena heart attack masa tu, kalau tak, tak tahulah apa jadi, mahu menangis Cikgu Hakim kang.
 Dia beralih pandang kembali ke arah Aiman, Farid dan Qusyairi. Dia turun ke bawah, ingin mengambil sesuatu.
 “Bu, Adam nak pinjam periuk bu. Kejap nanti, Adam pulang.” Puan Solehah yang sedang ligat menyapu sampah, terkejut dengan permintaan Adam itu.
 “Adam nak buat apa dengan bendaalah tu sumer?”
“Alaa, bu... Kejap je, nanti Adam pulang.” Adam berlari-lari anak menuju ke dapur.
“Adam, careful.” Tegas Puan Solehah. Terus, Adam memperlahankan langkahnya, dan menuju ke dapur.
“Ibu, jangan risau!” Teriak Adam dari dapur. Mata Adam meliar mencari perkakas yang di mahunya tadi. Setelah dia mencapai dua buah periuk kecil dia naik ke biliknya.
1...2...3...“Bangun! Bangun! Sahur.”  Kedua-dua periuk itu diketukkan bersama, menghasilkan bunyi yang sangat bising. Terkejut beruk Qusyairi dan Farid yang sedang lena tidur, sampai ada  yang terjatuh atas lantai. Puan Solehah dibawah pula, terkejut sampai terlepas penyapu yang dipegangnya tadi.
“Weyh! Kau gila ke apa weyh? Mahu tercabut jantung aku dengar bunyi ‘dram’ yang kau cipta ni.” Adam ketawa terbahak-bahak. Masing-masing, tidak sempat pun nak mamai.
“Sedap tidur? Hah, ni treatment khas yang aku sediakan untuk kau orang yang dengan nyenyaknya tidur bila aku tengah berusaha untuk mencari jawapan bagi soalan yang ‘add math’ yang Cikgu ‘Pingu’ telah sediakan.”  Adam ketawa lagi. Mengapa pula ‘Pingu’? Gaya jalan cikgu Hakim dan ketinggiannya yang agak kurang mengingatkan Adam dan Hana kepada Pingu. Bak kata Hana, ‘comel!’
“Weyh..Mai kata, Hana tu tak ada ‘handphone’ eh? Biar betul wey” Aiman tiba-tiba bertanyakan soalan itu, kepada Adam.
“Hah? Ye ke wey?Pergh...Sekarang ni, dah tahun 2009 lah bro. Ada gak budak yang tak pegang ‘handphone’ lagi. Kuno betul ” Qusyairi pula menyampuk dan ketawa terbahak-bahak. Begitu juga Farid. Periuk yang dipegang tadi diletakkan dia atas meja belajar, dan mencapai pula komik Dragon Ball yang sedia ada di atas meja belajar itu. Satu persatu kepala diketuk dengan komik itu. Mulanya tadi, mahu sahaja dia mengetuk kepala mereka dengan periuk yang dipegang tadi. Tetapi mengenangkan mereka bertiga yang entah apa-apa  ini, adalah kawan baiknya, tidak sampai hati pula. Sebab itu dia beralih kepada ‘senjata’ yang lebih ringan. Farid, Aiman dan Qusyairi menggosok-gosok kepala mereka yang bisa diketuk oleh Adam tadi. Walaupun cuma komik yang ringan, tapi sakit wow!
“Dia, tak terpengaruh dengan peralatan duniawi ni. Tak macam kau orang. Sampai, ada orang tu, kalau boleh berguling-guling kat atas katil aku tadi, dah lama dah dia buat. Kan?” Adam melirik pandang kepada Aiman. Aiman hanya mampu berdiam diri dan memandang tajam kepada Adam.
“Wey..dia back up awek dialah wey...Sayang sangat kau dengan Hana tu kan, Adam?” Tiba masa Farid pula mengusik.
“Siapa yang nak jadikan perempuan perasan cun macam tu, awek? Kalau aku, memang tak lah.” Adam menafikannya. Tapi, hati dia tahu, apa sebenarnya yang dia rasa. Hanya hatinya sahaja yang tahu, dan dia tidak berniat pun nak bagitau orang lain, dan juga Hana tentang perasaannya.

No comments:

Post a Comment