PROLOGUE
“ANAK PUAN,
menghidap penyakit Kegagalan Jantung Kongestif” Ujar Doktor lelaki separuh umur
itu.
“Penyakit
apa tu doktor?” Soal wanita yang berumur lewat 20-an itu. Mata sudah berkaca.
Sungguh, dia takut, apabila anaknya, tadi pengsan masa tengah main-main.
“Penyakit
Kegagalan Jantung Kongestif atau CHF, merupakan satu penyakit, di mana jantung
kita tak boleh nak berkerjasama dengan organ dan tisu untuk mendapatkan oksigen
dan nutrient, yang secukupnya, yang membawa kepada kekurangan peningkatan cardiac output di mana jumlah darah yang
dipam oleh jantung, tak cukup untuk mengedarkan darah ke jantung dan paru-paru,
mengakibatkan cecair, bocor dari saluran darah kapilari, yang membuatkan anak
puan akan cepat sesak nafas dan cepat lemah badan.” Terang doktor panjang
lebar. Wanita itu, tidak berapa faham dengan penerangan doktor di hadapannya
ini, namun air matanya laju berlinangan. Cuma satu je yang dia nak tahu...
“Apa
akan jadi, kepada anak saya doktor?” Soal wanita itu. Suaranya bergetar. Doktor
itu, tunduk sekejap dan kembali memandang wanita itu.
“Buat masa sekarang ni, kami tak dapat lagi,
nak bagitahu apa yang jadi. Kami akan tahan anak puan untuk jangka masa yang
lama di hospital, untuk pemeriksaan lanjut. Puan dinasihatkan untuk melarang
anak puan dari melakukan aktiviti-aktiviti yang memenatkan, kalau tidak,
serangan jantung akan berlaku lagi.” Nasihat doktor tu. Air mata wanita itu,
makin laju turun di pipi. Hatinya hancur.
“But...m..my kid is only 8.” Kuat esakkan wanita itu. Doktor hanya mampu
memandangnya simpati.
“Puan
doalah, yang terbaik untuk anak puan.” Air mata wanita itu, jatuh berlinangan,
seumpama sungai yang deras arusnya...


No comments:
Post a Comment