BAB 3
HANA MENALA PANDANGAN ke hadapannya. Jantung berdegup-degup. Kenapa jantung
berdegup? Hana memandang sekilas Adam di sebelahnya. Sebab Adam ada. Sekarang,
dia dengan Adam tengah duduk sebelah-sebelah di tepi padang. Kebanyakkan
murid-murid dah balik rumah. Dia dengan Adam terpaksa balik lambat sebab kena
kutip sampah, belum habis lagi tempoh hukuman mereka. Dia memandang lagi Adam
di sebelah sekilas. Adam tengah meneguk air botol. Sekali lagi, jantungnya
melompat. Kenapa? Sebab, dalam diam, Hana menyimpan perasaan terhadap Adam.
Ye...itulah kebenarannya. Entah bila mulanya, perasaan tu, dia pun tak tahu.
Dah lama dia simpan. Tak bagitau siapa pun, termasuk kawan baiknya Mai dan
Intan.
“Ramai dah balik dah.” Hana membuka bicara,
memecahkan kesunyian antara mereka berdua. Adam memandang Hana sekilas, lantas
menongkat kedua-dua belah tangannya ke belakang dan menjulurkan kaki. Adam
menengadah ke langit. Langit lagi.
“Biarlah. Biar senyap sikit.” Balas Adam,
ringkas. Mata masih pandang langit.
“Kau tak nak balik ke? Aku rasa Cikgu Hakim
dah lama balik dah tu, jadi kalau kita lari, tak ada siapa tahu.” Soal Hana.
Hana lantas memeluk lutut. Jangan balik. Tu yang dia rasa sekarang ni. Dia tak
nak Adam balik dulu. Belum pernah lagi, mereka tinggal berdua macam ni. Dia nak
luangkan masa lebih sikit dengan Adam. Dia nak kenal siapa Khairul Adam
sebenarnya.
“Herm...Mak aku tak sampai lagi.” Adam
menjawab. Nasib baiklah, cuaca hari ni, tak terik macam selalu. Cuaca hari ni,
redup dan berangin sikit.
“Mak kau buat apa ye?” Soal Hana. Sebenarnya,
dia tak tahu, siapa Adam ni sebenarnya. Mereka tak pernah duduk berbual.
Yela...macam mana nak berbual kalau dah jumpa asyik bercekau je? Dia tak tahu,
Adam ada berapa orang adik beradik, apa mak dengan Ayah Adam buat, target SPM,
dan macam-macam lagilah.
“Ibu, buka kafe kecik, dekat-dekat Putrajaya
tu.”
“Jauh betul?”
“Ibu suka suasana kat sana, lagi pun nafkah
yang Ayah bagi, lebih dari cukup.” Nafkah? Hana agak terkejut dengar perkataan
nafkah tu. Hana memandang, Adam. Adam yang tadi menengadah ke langit, mengalih
pandangannya ke Hana, lantas tersenyum. Bila tengok, senyuman lembut Adam, tu,
sumpah darah dah menyirap ke muka.
“Ayah dah tak tinggal dengan kita orang
lagi.” Ujar Adam, dengan tenang.
“Apasal, kau baik hah, hari ni?” Soal Hana,
mengubah topik. Takut, topik ayah tu buatkan Adam sedih.
“Eh! Aku memang baik, pe...Kau je, yang tak
tahu. Asyik nak cari gaduh je.” Terus menjegil mata Hana memandang Adam.
“Apa? Kau yang selalu start dulu eh! Kalau tak, tak ada nya aku nak gaduh dengan kau. I’m a graceful, and polite young woman
tau!” Hana memuji diri sendiri, Adam mencebik.
“Graceful
apa. Keras macam kayu ada lah.” Usik Adam.
“papejela
retarded cekeding.” Hon kereta
mengejutkan Hana dan Adam. Kereta Myvi berwarna hitam, berhenti di hadapan
pintu pagar utama sekolah. Hana berpaling ke arah bunyi tu. Angah. Dalam hati
dah sedih. Tak nak balik dulu. Ish! Angah ni, cepat pulak dia datang. Hana
bangun, lantas mencapai beg galas dia yang berwarna hitam yang terdampar di
atas rumput tadi, dan menyangkutkan beg di belakang.
“Angah aku, dah sampai. Tinggallah kau ye.”
Ujar Hana, lantas melangkah meninggalkan Adam. Adam menghantar dengan
pandangan.
“Don’t
miss me, when I’m gone ye!” Ujar Hana, tanpa berpaling lantas tersenyum.
Adam menggeleng kepala dan tergelak kecil.
Hana membuka pintu, dan melabuhkan punggung
di tempat duduk penumpang di sebelah Angah.
“Pakwe
ke?” Soal Angah. Mata masih pandang belakang Adam. Hana menggeleng.
“Just a
classmate...”
“Bukan main, tak nak lepas pandang. Betul ke,
classmate biasa je?” Seloroh Hariz,
tangan menurunkan brek tangan dan lantas, meneruskan pemanduan. Hana dah
berpaling lipat maut, ke arah Abang Ngah nya.
“Alang kata classmate...classmate
la...sibuk je Angah ni. Kau tu, bila?” Soal Hana, mengusik.
“Apa Angah, pulak...Along lah...Angah muda
lagi.” Balas Angah, mata tak lepas dari jalan. Hana dah mencebik. Adam. Hari ni, aku tau satu benda pasal kau.
Lepas ni, aku nak kenal kau lagi.
Sebenarnya, masa mula-mula Adam masuk kelas 4
Intelek tahun lepas. Adam tak macam ni. You
know...gila-gila suka mengusik. Masa form
4, mula-mula lah, Adam diam je. Tak buka mulut langsung. Bercakap bila
perlu. Tak ada siapa tahu, Adam dari sekolah mana. Bermulanya hikayat perang
Hana dan Adam, ialah di mana suatu masa dahulu, Hana yang cuai, terbaling cat
berwarna hijau ke baju sekolah Adam. Dan dengan lidah tajam, Adam mengatakan
Hana ‘Orang gila yang buta.’ Hana, yang memang short tempered, apa lagi membalaslah balik kata-kata Adam dengan
lidahnya, yang juga tajam. Dari situlah,
bermulanya permusuhan mereka. Tetapi, dalam bermusuh, entah macam mana pulak
Hana terjatuh hati dengan Adam yang di panggil ‘Retarded Cekeding’ tu.
“KAK, BOLEH kita tidur dengan Akak?” Soal A’an yang berdiri di muka pintu bilik Hana.
Dah berapa kali dah agaknya, masuk hari ni? Hana tersenyum dan mengangguk.
“Meh...tidur sini.” Pelawa Hana, sambil
menepuk-nepuk ruang kosong di katilnya. A’an pun tanpa berfikir panjang,
melompat ke katil Hana. Hana mengusap rambut A’an yang lembut.
“A’an. Papa A’an sibuk sangat ke?” Soal Hana.
Dah nak sebulan Papa A’an mengambil A’an lewat. Mak terpaksa bawak A’an balik
rumah, sebab nak tutup Nursery tu.
Kadang-kadang, pukul 12, 1 baru Papa A’an ambik A’an di rumahnya.
“Erm...Papa kita selalu sibuk. Masa kat rumah
lama pun, papa ambik kita lambat.” Terang A’an. Hana mengangguk kepala. Dia
belum pernah lagi melihat Papa A’an, kerana selalu, kalau papa A’an datang, dia
dah tertidur. Mak yang ketuk bilik, ambik A’an dari bilik Hana.
“Papa A’an kerja apa?” Soal Hana. Mak ada
bagitau, yang Papa A’an adalah bapa tunggal, sebab tulah dia selalu tinggalkan
A’an dengan Mak, sebab kat rumah tak ada siapa yang boleh jaga A’an. Memanglah,
Papa A’an bagi upah lebih kat Mak, tapi bukan upah yang Hana risaukan, bukan
juga dia tak suka A’an kat sini, cuma dia kesiankan A’an, setiap kali A’an
tidur di biliknya, mesti A’an mengigau sebut Papa, papa. Tu tandanya, budak tu
rindukan Papa dia. Tapi, papa dia sibuk kerja. Haih...macam ni lah orang sekarang,
sibuk sampai tak sedar apa yang jadi.
“Entah. Papa kerja dengan Onyang.” Hana
mengangguk faham. Bussiness man kot.
Hana menepuk-nepuk lembut, bahu A’an, untuk menidurkan anak kecil tu. A’an
akhirnya tertidur. Hana, mengeluh. Kesian budak ni. Setelah pasti A’an sudah
betul-betul terlena, barulah Hana tidur. Dia memang dah lebih rapat dengan
A’an. Entah kenapa, A’an lebih suka berdamping dengan dia, berbanding dengan
kawan-kawannya yang lain, yang sama umur dengannya.
MEREKA TERDUDUK melayan penat di tengah padang. Hana mengelap peluh di dahi dengan
belakang tangan. Baju sekolah dah lama bertukar dengan baju sukan. Berapa lama
lagi tempoh hukuman Cikgu Hakim ni? Sungguh kejam. Hana memandang Adam dengan ekor mata. Bila nampak apa yang
Adam buat, terus dia pandang Adam.
“Kau buat apa tu?” Soal Hana,
apabila melihat Adam tengah melakar-lakar sesuatu dalam ‘skecthbook’.
“Buat duit.” Jawab Adam ringkas dan
selamba. Mata masih tidak lari daripada lukisan anak burung yang separuh siap.
“Ha.ha.ha. Aku tanya baik-baik.
Jawab macam tu. Cungkil biji mata tu kang.” Ujar Hana, lantas menjeling Adam di
sebelahnya. Adam tergelak kecil.
“Betul lah.” Adam membela diri.
“Nak tengok?” Adam menyoal pulak.
Hana yang memandang rumput tadi terus berpaling ke arah Adam.
“Boleh ke?”
“Sure,
why not...Nah.” Adam menyerahkan ‘sketchbook’ kepada Hana. Hana menyambut.
Sebaik sahaja ‘sketchbook’ berada di tangan Hana. Hana menyelak satu-persatu
lakaran Adam. Apa ni? Comelnya. Ni semua macam lukisan dari buku kanak-kanak.
Lukisan permandangan cerita dongeng. Istana. Binatang-binatang yang
comel-comel. Semua yang budak-budak suka. Semua lukisan yang dah siap berwarna.
Ada yang guna krayon. Ada yang guna pensel warna. Hana tersenyum lebar melihat
lukisan-lukisan Adam. Macam lukisan yang keluar dari Cerita Dongeng,
Cinderella, Snow White. Memang ada pun watak-watak tu dalam ‘sketchbook’ Adam
ni. Tak kurang juga, si Kancil, Monyet dan lain-lain.
“Cantiknya Adam. Macam kau lukis
untuk buku cerita kanak-kanak pulak.” Ujar Hana teruja. Adam menarik senyum.
“Terima Kasih, Mak Cik Psycopath!” Bila dengar perkataan yang keluar dari mulut
Adam tu, terus Hana mencampak kembali ‘sketchbook’ ke riba Adam, dan menjeling.
Adam tergelak kecil. Satu lagi, yang dia baru tahu pasal Adam. He’s a fantastic illustrator.
TRRUUTT...TRUUTTT....
Hana
yang dari atas, bergegas untuk mengangkat telefon. Hari ni, hari Sabtu. Cuti!
Jadi dia kena tolong Mak dekat Nursery.
“Helo?” Hana menyambut talian.
“Helo, Assalammualaikum. Ni Kak Jihah ke?”
Kedengaran suara lelaki di talian sebelah.
“Walaikummussalam...bukan, ni anak dia...Ada
apa-apa boleh saya bantu?” Ayat skema.
“Oh...Saya, ayah kepada A’an...” Ayah A’an???
Berkerut terus, dahinya. Ni tak lain tak bukan, mesti nak mintak extend masa.
“Say...”
“Pak Cik!” Belum sempat lelaki di talian
sebelah nak cakap apa-apa, Hana memotong terlebih dahulu, dengan suara yang
tegas.
“Pak Cik. Pak Cik ni, sayang A’an ke tak hah?
Kenapa sanggup biarkan budak tu, tunggu-tunggu, sampai lewat-lewat? Pak Cik tau
tak, yang dia selalu mengigau, sebut-sebut pak cik. Pak cik tak kesian ke
dengan dia? Mana ada orang buat, tinggal anak lama-lama kat rumah orang?
Mungkin, Pak Cik sibuk. Tapi, pak cik kena jugak meluang masa untuk anak
pakcik. Masa dengan Anak, berharga tau tak Pak Cik...” Tanpa titik noktah,
terus menerus dia menyembur, entah siapa-siapa dalam talian. Yelah...mana boleh
biar macam tu. Nasib baik ada dia, ada Mak jaga A’an tu. Macam mana kalau orang
lain yang tak nak kerja lebih masa?
“Pak Cik. Cubalah luang masa dengan A’an tu,
selagi ada masa. Jangan Pak Cik menyesal pulak nanti...dah...kami akan jaga
A’an untuk malam ni. Pak Cik tu cubalah fikir-fikirkan apa yang saya cakap ni.
Okeylah. Assalammualaikum.” Terus Hana mematikan talian. Hah. Padan muka kena
sembur. Yelah...kesian A’an tau tak. Kemudian, Hana melangkah meninggalkan
telefon dan sambung membuat kerja, tolong Mak.
DIA MEMERHATIKAN telefon bimbit di tangannya. Pak Cik? Padan muka kena
sembur. Ada betulnya jugak apa yang budak tu cakap. Tak tau pulak A’an
mengigau. Kesian A’an. Ayah jenis apalah dia ni.
“Apsal
kau, tenung phone tu, macam nak
tembus?” Dia tersentak. Dia memandang Hadi, kawan baik merangkap P.A nya,
lantas tergelak kecil.
“Kenapa
dengan kau, ni? Gila bayang ke apa?” Seloroh Hadi. Dia menggeleng kepala.
“Aku
kena sembur. Lepas tu, free-free je
kena panggil Pakcik.”
“Kak
Jihah, panggil kau Pakcik?” Soal Hadi lagi. Lelaki itu menggeleng-geleng
kepala.
“Anak
dia.” Lelaki itu mejawab ringkas. Hadi tergelak lagi.
“Berani
betul budak-budak sekarang ni.”
“Tahu
tak apa.” Pintu di ketuk. Kedua-dua lelaki itu memandang ke arah pintu yang
terkuak.
“Encik
Zarif...yang lain dah sedia untuk mesyuarat. Tinggal tunggu Encik dan Encik
Hadi je.” Ujar wanita pertengahan 20-an tu. Lelaki itu mengangguk.
“Let’s not make them wait...” Dia lantas
bangun dari duduknya, dan mencapai fail-fail untuk perbentangan masa mesyuarat
nanti. Hadi mengikut. Mereka kemudian keluar dari pejabat.
BUNYI DRAM, GITAR ELEKTRIK, BASS Sabung-menyabung di dalam bilik itu, macam petir. Suara
Aiman berkumandang. Adam memukul dram dengan kayu dram, kuat. Melepaskan geram.
Memang bunyi dram yang paling kuat. Adam memukul-mukul dram, sampai tak sedar
kawan-kawannya yang lain sudah berhenti main. Buat apa datang? Dia yang
tinggalkan kami. Buat apa sibuk nak cari Ibu dan Adam balik? Duit tu pun dah
lebih dari cukuplah! Dahi berpeluh, muka memang ketat semacam. Aiman, Qusyairi,
dan Farid memandang Adam pelik.
“OI, OI!!! SABARLAH!” Jerit Qusyairi, hendak
melawan bunyi dram yang kuat tu, apabila macam terlihat mulut Qusyairi
bergerak-gerak, Adam berhenti memukul.
“Kenapa?” Soal Adam, bodoh. Bukan buat-buat
bodoh, tapi dia memang tak perasan pun kawan-kawan dia panggil dan dah berhenti
main dah pun. Sumpah tak perasan.
“Kau kenapa?” Soal Aiman, mengambil berat.
Adam tersenyum, dan bangun dari tempat dram, lantas menghempaskan badan ke atas
kusyen besar lembut dan mencapai komik Naruto. Mereka berempat memang kalau ada
masa lapang, memang kerja jamming je
la. Rumah Aiman selalu jadi mangsa. Sebab, dalam ramai-ramai memang Aiman yang
paling loaded. Ada bilik khas untuk
mereka jamming pun. Lagi pun, mak
dengan ayah Aiman, selalu tak ada kat rumah, jadi bolehlah jamming sesuka hati. Dia pun, kira loaded juga sebenarnya. Sebab Ayah bagi nafkah, memang banyak.
Lepas tu, ayah pun ada juga bagi duit poket yang banyak juga. Duit tu, dia
simpan.
“Kenapa apa?” Soal Adam, mata tidak lepas
dari gambar hitam putih Naruto. Kadang-kadang tergelak, sebab tengok gelagat
Naruto. Dia tidak mempedulikan langsung soalan Aiman.
“Apakah gerangan kau hendak berbuat bodoh?”
Soal Farid pulak. Adam ni, memang macam tu. Kalau ada masalah ke apa, memang
susah nak buka mulut. Yang peliknya, dengan Hana, bukan main suka mengusik.
Adam tergelak mendengar soalan formal Farid.
“Mana ada aku buat bodoh.” Adam menafikan.
Helaian komik Naruto di selak.
“Tolonglah, jangan jadi bodoh, boleh? Kau kenapa? Apa masalah
kau sebenarnya?” Soal Qusyairi, mengulang soalan kawan-kawannya yang lain.
Sungguh dia bimbang.
“Mana ada masalah.” Balas Adam selamba, mata
masih tak lepas dari Naruto yang sekarang tengah nak lawan Lee.
“Kau
jangan nak auta boleh? Kalau tak ada masalah, kenapa kau kasi ketuk dram tu,
macam nak tetak orang?” Soal Aiman, lagi. Adam menurunkan komik Naruto dari
mukanya, lantas, tersenyum.
“Aku
tak ada apa-apa.” Balas Adam, cuba meyakinkan kawan-kawannya. Akhirnya, mereka
bertiga berhenti bertanya. Kalau orang dah tak nak bagi tahu, buat nak paksa.
“Suka
hati kau lah.” Ujar Qusyairi, lantas merampas komik Naruto dari Adam.
“Oi!
Aku tengah bacalah. Bongek punya kawan.” Marah Adam, lantas berdiri dari
baringnya.
“Hah...kau
nak ke mana pulak tu?” Soal Farid, lagak macam Ibu dia je. Adam tergelak kecil
“Bunyi
kau macam Ibu aku lah. Aku nak ambil wudhu, nak Asar. Tengok dah pukul berapa?”
Soal Adam, lantas memberi isyarat mata melihat jam di dinding. Pukul 6.15.
Kawannya, tiga yang lain lintang pukang bangun dari sila.


No comments:
Post a Comment