BAB5
“A’AN...hari
ni, A’An kena tolong akak!” Ujar Hana dan lantas, mendukung A’an, menuju ke
dapur. Macam biasa, sepatutnya hari ni, Rumah Anakku tutup, sebab hari minggu,
tapi Ayah A’an terlalu sibuk di tempat kerja, jadi sekali lagi Mak menawar diri
untuk membantu. Pelik je, memang workaholic
betul ni. Lepas kena sembur percuma dengan Hana, tempoh hari, memang jaranglah
Ayah A’an mengambil A’an lewat-lewat. Jarang, tapi ada juga. Tapi, nampaknya
mengena jugalah kat batang hidung, lepas kena sembur.
“A’an, beratlah.” Seloroh Hana, tetapi masih
lagi mendukung A’an.
“Mestilah! A’an kan lelaki.” Ujar A’an
semangat. Hana mencebik. Bukan main petah lagi bercakap.
“Akak nak suruh, kita tolong apa?” Soal A’an
polos, berkerut dahinya, macam lagak betul-betul keliru je. Hana tersenyum.
“Tolong akak, buat kek.” Balas Hana.
“Laa...itu kerja perempuanlah kak.” A’an
membantah.
“Nanti, dapat makan coklat banyak-banyak.”
“Kita tolong.” Terus sahaja, dia memberi
respond. Hana menggeleng dan tergelak kecil. Bila dengar coklat je, terus
semangat nak tolong. A’an, A’an. Hana kemudian mendukung A’an ke dapur.
“ALONG!
Bila kau nak balik? Alang dah siap kek dah ni. Yang Si Angah ni pulak, tak
sampai-sampai. Along. Baik kau cepat kejap lagi Abah dengan Mak nak balik dah.”
Ujar Hana di dalam talian.
“Yelah. Kejap lagi Along baliklah. Hangus tak
kek yang kau buat tu?” Seloroh Along dari dalam talian. Hana dah memuncung.
Macam Along nampak je dia muncung macam tu.
“Oi! Cakap baik sikit eh. Alang pro tau tak
buat kek ni.” Ujar Hana bangga. Sambil melekapkan telefon di telinga, dia
memandang A’an yang muka teruja nak cakap dengan telefon. Macam dia kenal je
Along Hana.
“Nak cakap?” Soal Hana perlahan. A’an
mengangguk-angguk laju. Hana mencebik, lantas menghulurkan telefon kepada A’an.
A’an lantas melekapkan telefon yang lebih besar dari kepala dia ke telinga.
“Kita buat kek sedap! Kita tolong Kak Ana!”
Ujar A’an teruja, sebaik sahaja telefon melekap ke telinga.
“Ye ke? Tak sabarnya nak rasa.” Ujar Along di
talian sebelah. Dilayankan aje budak kecik tu, padahal Along bukan kenal sangat
pun dengan A’an. Hana dah tergelak-gelak. Lepas mengangguk-angguk, A’an
kembalikan telefon kepada Hana.
“Sejak bila kau beranak Lang?” Usik Along.
Hana dah mencebik.
“Semalam long. Semalam aku beranak.
Keluar-keluar terus dapat baby umur 4
tahun.” Hana meloyar buruk. Along di talian sebelah tergelak.
“Pandai kau ye. Along on the way ni. Angah tak sampai lagi ke?” Soal Along. Hana
menggeleng, macam Along nampak je dia angguk-angguk geleng-geleng tu. Bila
tersedar baru dia menjawab dengan betul.
“Belum. Angah belum sampai. Cepatlah Long!
Okeylah..Alang letak telefon dulu. Kau,elok-elok bawak kereta tu.”
“Okey.Okey. Assalammualaikum.” Ucap Along,
lantas panggilan dimatikan.
“Walaikummussalam.” Hana kemudian meletakkan
telefon ke gagangnya, dan memandang A’an, lantas tersenyum.
“Jom. Hias rumah pulak. Nak ikut akak?”
Pelawa Ana.
“Nak!” Dengan terujanya A’an memberi jawapan.
Hana tersenyum lantas mendukung A’an.
A’AN MEMERHATIKAN jalan yang kosong. Hana di sebelah A’an memandang A’n.
Mereka sekarang sedang duduk di buaian depan rumah, tunggu Ayah A’an datang
ambil. Sayangnya, ingat nak ajak A’an celebrate
sekali. Tapi, hari ni ayah dia ambik A’an cepat pulak. Mak dengan Abah kat
rumah Pak Long lagi. Along dengan Angah pun belum balik lagi. Rumah dah siap
hias. Kek coklat dah siap. Hana mengayunkan buaian, lembut. Setelah tak sampai
beberapa minit menunggu, Kereta Peugeout Putih, berhenti di perkarangan rumah.
Kereta, ayah A’an la tu. Sebab Along dengan Angah tak pakai kereta mahal macam
tu.
“Papa!” Ujar A’an teruja. Terus A’an
terbangun dari buaian.
“A’an. Bekal dah bawak?” Soal Hana, seperti
menyoal anak sendiri.
“Dah. Ni.” Balas A’an sambil menunjukkan
plastik isi tupperware yang tersangkut di pergelangan tangan kecilnya. A’an
lantas tersenyum. Hana mengangguk. Hana ada membekalkan kek coklat untuk A’an.
Dah penat tolong buat kek (atau, sepahkan dapur) ganjaran kena bagi.
“Meh sini, Akak tengok.” Ujar Hana, lantas
memeriksa A’an. Beg baju. Ada. Botol susu. Ada lagi. Hana mengangguk. Okey.
Semua ada. Hana lantas tersenyum...
“Dah. Pergi kat Papa.” Ujar Hana. A’an
mengangguk dan berlari-lari anak, menuju ke kereta Papanya. Sebaik sahaja
nampak A’an dah nak sampai kereta. Ayah A’an keluar dari kereta, lantas
mendukung A’an. Sebelum memasukkan A’an ke dalam kereta, ayah A’an memandang ke
arah Hana, lantas mengangguk. Tanda hormat atau terima kasih lah tu. Hana
membalas, lantas tersenyum.
Kemudian
Ayah A’an memasukkan A’an ke dalam kereta dan mengenakan tali pinggang
keselamatan ke tubuh kecil A’an. Dari jauh, Hana cuba perhatikan rupa Ayah
A’an, tapi tak jelas, lagi pulak lelaki itu memakai cermin mata hitam. Nampak
macam bergaya sangat, dengan kot bagai. Macam Gong Chan dalam cerita My Girl
tu. Setelah mempersediakan A’an. Ayah A’an masuk ke dalam kereta kembali.
Lama memerhati,
akhirnya kereta Peugeout hilang dari pandangan. Hana kemudian masuk ke dalam
rumah. Membuat persediaan. Hish! Mana Along dengan Angah ni? Hana mendengus.
“EH...DIAM, DIAM! They’re here”
Hafiz, Hariz, dan Hana, berlari lintang pukang.
Jam menunjukkan pukul 12.00. Puan Najihah dan Encik
Hamzah, baru sahaja pulang dari kenduri saudara mereka. Sebaik sahaja, mereka
berdua melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan Hana dan Hafiz, tersenyum-
senyum memegang kek coklat. Hariz pula, sedia memegang kamera, untuk merakam
saat-saat bahagia mereka.
Di atas permukaan
kek itu tertulis ‘Selamat Ulangtahun Perkahwinan’. Dua batang lilin besar dan
enam batang lilin kecil dicucuk di atas permukaan kek, menandakan bahawa, tahun
ini, adalah tahun ke dua puluh enam mereka mendirikan masjid. Puan Najihah
terharu, air matanya mengalir, lalu dia mengucup pipi, ketiga-tiga anak
kesayangannya itu. Encik Hamzah tersenyum lembut.
“Patutlah Alang,
tak nak ikut Mak tadi, rupanya kau orang ada agenda tersendiri.” Puan Najihah
memaut pinggang anak daranya yang seorang ini. Memang selalunya, jikalau ada
kenduri tahlil, kenduri kahwin dan segala macam kenduri, Hana akan mengikut
emaknya, kalau hendak menyuruh Hariz dan Hafiz? Jangan haraplah mereka nak
turut serta dalam agenda seperti itu. Masing-masing sibuk. Agak pelik juga,
Puan Najihah tadi, apabila Hana beria tidak mahu ikut.
“Mak, Abah, Alang
buat sendiri tau kek ni.” Hana memotong kek coklat itu dan menyuapkan ke mulut
emak dan ayahnya.
“Sedapnya kek
anak Abah buat ni. Terima kasih ye kamu semua.” Encik Hamzah menepuk lembut
kepala anak-anaknya sambil duduk di sofa. Kemudian, mereka sekeluarga duduk
mengelilingi meja makan.
“A’an mana? Dah tidur?” Soal Mak sambil
melihat-lihat keliling, mencari A’an.
“A’an dah balik dah Ma. Ayah dia ambik petang
tadi.” Balas Hana, sambil menyuapkan kek ke mulut.
“Oh.” Mak mengangguk.
“Cepat pulak Ayah dia datang ambik.” Soal
Abah. Mak hanya mengangguk. Abah jarang kenal dengan anak-anak di bawah jagaan
Mak, sebab Abah kerja. Abah kerja jadi Customer
Service Officer di KLIA, jadi agak sibuk. Ada kat rumah bila cuti je. Lama
jugaklah Abah kerja kat situ, nak berhenti pun tak lama lagi, sebab Along
bising, cakap Along boleh tanggung. Abah tahulah mengenai A’an dan Ayah A’an
yang selalu sibuk, sebab kalau nak diikutkan, A’an tu dah jadi macam salah
seorang keluarga Encik Hamzah, sebab A’an selalu tidur rumah ni, lepas tu
paling rapat dengan Hana pulak tu.
“Tau tak apa.” Balas Hana pulak. Mereka
sekeluarga, berborak macam-macam sambil menikmati kek coklat. Borak mengenai A’an,
ayah A’an, mengenangkan bertapa susahnya jadi ayah tunggal, Rumah Anakku
Sayang, Kerja Abah, kemudian beralih topik mengenai Hafiz, Hariz, sehinggalah
Hana. Macam-macam.
“Along
bila nak kahwin? Along tau tak, Along dah 25 tahun. 25 tahun. You ain’t getting any younger tau Long.
Alang nak jugak timang anak buah.” Tiba-tiba Hana bertanya soalan cepumas.
Beria Hana menyuakan pendapatnya. Bukan apa, umur sudah nak masuk akhir 20 an,
tetapi, masih tidak ada calon. Langsung.
“Alang
sibuk sangat ni kenapa? baru 25 tahun, muda lagi lah. Cepat sangatlah nak
kahwin, Along tak sedia lagi.” Kata Hafiz sambil menyuapkan kek coklat ke
mulutnya.
“Apa pulak Long? Betul kata Alang tu. Kalau
tak ada calon, mak boleh carikan. Tu hah, Angah tu, dah gatal tau. Tak kanlah
nak Angah kahwin dulu, sebelum Along?” Mak
menyampuk. Hariz pula tersedak-sedak.
“Aik? Kenapa babitkan Angah pulak ni?” Soal
Hariz. Hana sudah tersenyum-senyum nakal.
“Siapa ma? Kay tu ke?” Hafiz sudah
tergelak-gelak. Begitu juga dengan Hana.
“Alang, Alang, macam mana Lang?” Hafiz
menepuk-nepuk-nepuk bahu Hana mengajak Hana sekali, mengacau Hariz.
“Ehem..ehem...Ouh! Jangan panggil I Khatijah please? Kampunglah, panggil I
Kay” Hana dan Hafiz serentak mengajuk cara Khatijah bercakap sewaktu Hariz
membawa Khatijah berjumpa dengan keluarga. Agak ternganga Abah dan Mak, melihat
sikap Khatijah.
“Eh...Ngah, kau ni, nak cari perempuan, nak
cari yang celup. Cubalah cari yang original.” Hafiz memang tidak senang dengan
Khatijah masa gadis itu datang ke rumah mereka.
“Entah Angah ni. Geli tau Alang tengok dia.
Terlentok sana, terliuk sini.” Hana pula memberi pendapat. Membuat muka jelik.
“Eei...orang dengan Kay tu, tak ada
apa-apalah, dia tu yang beria sangat nak ikut orang. Orang bagi je lah dia
ikut.” Mereka berlima ketawa serentak.
“Hah,
dah, dah lah tu, besokkan nak kerja, Alang pun nak sekolah besok. Mak kamu pun
dah mengantuk tu. Dah lewat ni.” Encik Hamzah mengeluarkan arahan. Mereka pun
menurut sahaja. Setelah selesai mengemas meja makan, membasuh pinggan kotor
semua, mereka masuk tidur.


No comments:
Post a Comment