BAB 6
11 tahun lalu...
“WELL, I’M ALIVE
SOMEHOW IF YOU MUST KNOW. ” Ujar
Zack dingin. dengan telefon bimbit Nokia 5110 warna biru terlekap di telinga.
Marrisa, seseorang yang dia kenal di London, yang sedang membuat panggilan
antarabangsa dari sana. Sambil bercakap, sambil tu, dia meneguk Carlsberg dalam
tin, yang dia beli di Seven Eleven tadi, macam tak ada apa-apa. Kalau
kira-kira, kat London sekarang ni, lebih kurang pukul 10 malam macam tu.
Masa-masa macam ni lah dia lepak dengan kawan-kawan dia kat kelab malam yang
berprestij kat London sana. Mata pulak tak boleh lelap.
“Nothing
Much. Malaysia is suck, my life is suck and everything here it’s like...”
Macam-macam sumpah seranah keluar dari mulut Zack. Memang dia tak biasa sangat
dengan Malaysia ni. Dia adalah rakyat British. Bukan Malaysia. Bukannya selalu
pun dia jejak kaki kat Malaysia ni. Dah bertahun dia duduk kat London. Dia
membesar di sana, seorang diri. Tanpa ibu bapa. Ayah dengan Ibu pun datang
sekali sekala menjenguk. Mama lagilah, kadang-kadang tak menjenguk langsung.
Yang selalu datang jenguk, hampir beberapa kali, seminggu adalah Atuknya.
“Anyway,
Why are you calling me at this late hour? I got to tell you though. I really
not in a good mood ” Ujar Zack, sekali lagi dengan nada dingin. Dia
menjulingkan matanya ke langit. Malas nak dengar Marrissa merepek apa kat
telinga dia. Menyesal pulak, bagi nombor telefon bimbit dia kepada Max. Mesti
Marrisa dapat dari Max. Marrisa. Bukannya dia suka sangat pun kat si Rambut
perang tu. Perempuan tu je, yang suka sangat terkejar-kejar. Kalau di iikutkan
hati, mahu sahaja dia putuskan panggilan. Tapi, disebabkan dia perlukan orang
yang dikenali, untuk mengurangkan rasa tertekan dia, dilayankan aje lah. Tapi
perempuan ni pun, buat rimas dia je. Setelah meneguk baki terakhir air kuning
itu, dia meremukkan tin dan membaling tin Carlsberg tu, entah ke mana-mana. Dia
terus mematikan panggilan, walaupun Marrissa di talian sebelah sana masih belum
habis lagi bercakap.
“Ish! Mat saleh ni. Dah lah, kutuk-kutuk
negara aku. Lepas tu, main buang merata-rata pulak kat taman yang aku sayang
ni. Rambut bukan main cantik lagi warnanya.” Zack berpaling ke arah suara
seorang perempuan, yang bercakap tadi. Matanya terbuntang sedikit. Terkejut.
Tak perasan langsung ada orang kat sebelah ni. Kemudian dia mengusap-usap
rambutnya yang berwarna perak tu. Cool
okay, warna rambut ni. Zack kemudian menjeling dan membuat muka jengkel.
“Apalah nasib aku. Dahlah Mama dengan Papa
asyik gaduh je kat rumah tu. Lepas tu datang sini, nak cari ketenangan.
Terjumpa pulak dengan English Man
kurang ajar ni.” Sambung suara itu lagi. Zack memandang gadis di sebelahnya,
membebel. Gadis itu tidak melihat ke arahnya pun. Hanya menengadah ke langit.
Tadi, lepas pergi Seven Eleven tadi, dia rasa malas sangat nak balik rumah. Nak
pergi kelab pun, tak tahu kat mana. Sudahnya, dia sampai di sebuah taman
berdekatan dengan kawasan perumahannya, dan duduk di kerusi taman yang
tersedia. Masa dia duduk, tadi tak perasan pulak ada orang. Mungkin, sebab
sibuk layan Marrissa, dengan tertekan lagi. Langsung tak nampak benda yang ada
di sekeliling.
“Tak kan pulak, aku yang nak mengutip tin air
kencing syaitan tu. Eei! Geli je.” Bebel gadis itu lagi. Tapi, mata masih lagi
mengira bintang di langit. Zack memerhatikan gadis itu, dahinya berkerut. Dia
tahulah yang orang Malaysia, memang kolot. Tapi, belum pernah lagilah dia
tengok orang Malaysia yang terlalu kolot macam perempuan di sebelahnya ini.
Kepalanya di tutup dengan..er...Scarf?
Tak taulah benda apa yang makcik-makcik kat Malaysia ni, selalu pakai. Dahlah
Malaysia ni panas. Lepas tu berbungkus lagi. Sungguh dia tak faham, kenapa
perlu buat semua tu. Patutlah, selamba je perempuan tu duduk dengan dia,
malam-malam buta (dah nak subuh), tak takut apa-apa yang mungkin akan terjadi.
Sebab kalau pun dia jadi lelaki yang jahat, which
he’s not. Dia tak akan seleralah nak buat apa-apa kat gadis sebelahnya ni.
Gadis itu akhirnya memandangnya dan tersenyum(senyum plastik).
“Pandang-pandang. Tahulah aku cantik.” Ujar
gadis itu, sambil tersenyum, ambil mengetap gigi. Agaknya, budak ni tak tahu
yang aku boleh faham semua yang dia cakap. Memanglah, dia susah nak cakap
Bahasa Melayu, tetapi dia boleh faham. Tapi, sebabkan dia dari kecik duduk kat London,
lidahnya tergeliat sikit nak cakap Bahasa Melayu.
“Rupa tak adalah Mat saleh sangat. Tapi,
cakap macam Hugh Grant. Sah-sahlah, bukan orang sini. Dahlah warna rambut tu
pelik. Dahlah menyibuk kat negara aku yang damai dan tenteram ni.” Sambung
gadis itu, senyuman plastik tak lekang di bibir. Hugh Grant? Dah lama duduk kat
London tu. Memanglah ‘british accent’ melekat. Daripada kecik dia duduk di
sana.
“Bodoh, bengong, bongek betul, anak mat saleh
ni. Dahlah mencarut sampai tak ingat akhirat.” Tutur gadis itu lagi, lantas
mengalih pandang di hadapan.
“Eh! Muka jambatan pecah tu, lagi eloklah
dari muka kau. Anak Mat Saleh bodoh.” Kutuk gadis itu, lagi, masih tidak
memandang Zack. Bloody crazy girl. Dia
cuba untuk mengimbas kembali, kata-kata gadis itu ‘Bengong’, dia tak tahu.
‘Bongek’, lagilah tak faham. Yang dia faham cuma satu. Bodoh. Terus berkerut
dahinya.
“Hey!
Who are you calling stupid, bloody crazy girl!?” Ujar Zack, suara sedikit
meninggi. Terus membuntang mata budak perempuan tu. Terkejut lah tu, aku faham
apa yang dia bebelkan. Terus terkebil-kebil, mata budak perempuan tu.
“What
damai? What tenteram? There’s nothing peaceful around here.
Malaysia, is just a bloody old fashioned and a bloody third world country!”
Marah Zack. Terus gadis itu memandang Zack tajam, dan terbangun dari duduknya.
“Oi! Anak Mat Saleh bodoh! Cakap, biar elok
sikit eh. Hah! Eloklah kau faham! Haa? Dahlah datang negara aku, lepas tu kau
nak kutuk-kutuk pulak negara aku yang aku sayang ni. UK tu, tak adalah hebat
sangat! Yang kau beria sayangkan UK tu kenapa? Kau tak tahu, bertapa
berusahanya Dato’ Doktor Mahathir, untuk majukan negara ni. Kau pulak
senang-senang nak kutuk.” Balas gadis itu, dengan nada suara yang tinggi.
Terkejut Zack di buatnya.
“I
don’t care, even a little bit. Who’s that? Maha...what? Your uncle?” Zack pulak yang membalas.
“Oi! anak orang putih! Cakap baik sikit ye.
Kau siapa nak kritik-kritik negara aku dengan orang yang aku paling hormati
selepas Mak Bapak aku? Apa kata, kalau kau rasa susah sangat nak hidup kat
sini, kau baliklah negara kau tu! Haa...Malaysia, tak perlukan orang macam kau!
Tak luak pun wei, kalau kau tak ada.” Tengking gadis itu.
“Oh yeah? Really? I don’t even want to be here!” Zack pulak yang menengking. Gadis itu memandang tajam ke
arah Zack, lantas gadis itu mendengus kuat dan memeluk tubuh.
“Jadi.
Blah lah dari sini! Sibuk je.” Gadis itu bertutur. Zack memandang gadis itu,
tajam.
“FINE!” Zack
baru sahaja hendak meninggalkan gadis itu, apabila...
“Oi! Anak Mat Saleh. Kutip dulu, sampah yang kau buat.”
Arah gadis itu, sambil mengunjukan jari telunjuk, ke arah tin Carlsberg kemek
yang terdampar di tanah tak jauh dari tempat duduk mereka. Zack, kemudian
memandang gadis itu tak puas hati. Dia lantas mengutip tin Carlsberg, dan membuang
tin itu ke dalam tong sampah dengan kasar.
“Happy Now?” Perli Zack.
“Sangat!”
Balas gadis itu dan menjeling Zack.
“Pergi
jauh! Jangan lintas pun depan muka aku!” Akhirnya, kedua-dua mereka, sama-sama
mendengus, dan sama-sama meninggalkan taman itu, ke arah bertentangan. Sambil
berjalan, menuju ke rumahnya dia mengusutkan rambutnya kasar. Really, bloody crazy girl. Today’s really a bad day for Zack.
Tahun 2009
JARI ADAM LIGAT memetik gitar. Suara Aiman pulak berkumandang di seluruh dewan. Drum, di mainkan
oleh Qusyairi. Dan Bass di mainkan oleh Farid. Untuk keyboard pulak, dimainkan oleh seorang kawan mereka dari sekolah
lain. Lagu yang dimainkan adalah lagu Savin Me, dari Nickelback. Hari ni, kat
sekolah Menengah Kompleks KLIA, ada acara menyambut kedatangan Pengetua baru di
sekolah ni. Adam dan yang lain, ditugaskan untuk membuat persembahan.
Memandangkan hari ni, ialah hari jumaat. Jadi Adam yang sedang ligat memetik
gitar, sedang pakai baju melayu. Baju dikeluarkan dari sampin. Lengan dilipat
hingga ke siku. Sungguh, hati Hana rasa berdebar bila tengok Adam macam tu.
Adam nampak bergaya + kacak di atas pentas tu.
Dari
awal persembahan, sehinggalah dah nak habis ni, pipi masih lagi merah.
Dan...tak taulah bila nak surut. Sesekali dia macam rasa, sambil memetik gitar
tu, Adam memandang ke arahnya, dari atas pentas, sambil tersenyum nakal.
Mungkin dia je, yang rasa macam ni, entah-entah Adam tu pandang-pandang,
senyum-senyum kat orang lain. Tapi, dia lagi senang perasan sendiri, daripada
hati rasa cemburu bila fikirkan senyuman tu, untuk orang lain. Hana. Tolonglah,
jangan memalukan diri sendiri. Sungguh, dia rasa nak hantuk kepala dia dengan
kasut, bila berfikiran macam tu. Parah dah, Hana ni. Dia menyembamkan mukanya
ke lutut yang di peluk. Malu sendiri.
“Assalammualaikum,
Puan Hanani. Saya Ketua Pemimpin Pelajar untuk tahun ni, hendak mengucapkan
selamat datang kepada Pengetua baru kita. Harap, Puan Hanani, sabarlah melayan
anak-anak buah saya ni yang macam-macam kerenah. Sebab saya pun tak terlayan.”
Ucap Aiman, sebaik sahaja, habis persembahan. Kedengaran, isi dewan tergelak,
termasuk Pengetua baru tu. Ye. Aiman memang Ketua Pemimpin Pelajar. Macam tak
percaya kan, Aiman yang sengal dan poyo tu, adalah ketua pemimpin pelajar?
Semasa Hana tahu, sungguh dia tergelak-gelak, macam tak ingat dunia. Yang join sekali ketawa dengan dia, tahu
siapa? Adam. Adam pun, tergelak gila-gila masa tahu. Sebab Aiman tu, tak ada
ciri-ciri ketua, betul. Lainlah Farid tu. Disebabkan Farid tu bukan Pemimpin
pelajar je, dia tak jadi ketua. Kalau dia pemimpin pelajar dah lama cikgu
membuat keputusan yang bijak dengan memilih dia yang agak baik.
Sekurang-kurangnya, yang paling baik antara mereka bereempat.
“Sampai
sini sahajalah persembahan kami. Selepas ini, dipersilakan kelab kebudayaan
sekolah kami membuat persembahan tarian piring...”Aiman menutup bicara dan
mereka semua, cepat-cepat mengemas pentas dan turun ke belakang pentas. Tepukan
gemuruh bergema di seluruh dewan. Hana dari bawah, hanya memerhatikan sahaja,
sehingga mereka selesai. Matanya, tidak beralih dari memandang Adam, yang di
atas pentas, sampai dia hilang ke belakang pentas. Jantung, masih belum, mahu
berhenti dari rentak yang campur-campur ni. Hana memegang dadanya yang
berdebar, di sebalik tudung sekolah. Teruk dah Hana ni.
“HAH! APA BENDA?!” Ujar Hana terkejut, apabila terjumpa seekor ular getah
yang letak elok dalam mejanya. Ular
getah yang dipegang, terjuntai-juntai di tangannya. Kus semangat! Jantungnya
seolah-olah mahu berhenti dek kerana terkejut sangat. Bukan takut, tapi
terkejut...Dia mengurut dadanya. Dia memandang ke arah manusia yang menjadi possible, culprit. Dia mencerun
memandang Adam yang tergelak-gelak. Dia memandang Adam tajam. Aku tarik balik!
Dia tak kacak! dia tak bergaya! Aku benci(suka) dia! Dialah manusia yang paling
hodoh(kacak dimata dia) pernah aku jumpa! Grrr! Dengan marahnya, dia pergi ke
tempat Adam. Sebaik sahaja sampai, dia baling ular getah tu ke arah Adam.
“Apalah masalah kau doh, Mojo-jojo Retarded oi!” Marah
Hana, sambil sebelah tangan mencekak pinggang, sebelah tangan di letakkan di
atas meja Adam. Mata Adam yang jernih, pandang tepat ke matanya. Dup. Alamak.
Kau dah tahu, kau tak boleh tahan tengok muka dia, yang kau pergi berani mati
pergi berdiri depan dia tu apasal? Hana. Hana. Hana berdehem dan melarikan
pandangannya ke arah lain. Adam berkerut memandangnya.
“Kenapa Mojo-jojo?” Soal Adam, ingin tahu. Sebelum ni, cekeding retarded sekarang ni Mojo-jojo
pulak. Mojo-jojo? Macam pernah dengar je? Adam ligat berfikir. Mojo-jojo...Powerpuff
Girl? Adam tergelak dalam hati.
“Eh! Suka hati aku lah. Kau kan gila macam monyet bodoh
tu.” Balas Hana tak puas hati. Adam mencebik, lantas tergelak kecil.
“Ada pulak...” Balas Adam pulak.
“Ada!” Hana menjeling. Sekali lagi Adam tergelak kecil.
“Anyway, kau
tau tak, dalam situasi sekarang, seorang perempuan normal akan menjerit dan aku
dengan machonya akan pergi dan menyelamatkan kau dengan membuang haiwan durjana
yang menganggu kau ni.” Ujar Adam sambil menggoyangkan ular getah itu. Hana
terangkat kening sebelah. Dah macam Ziana Zain dah.
“For real?
Dengan mendealah kurus dan panjang
yang tak hidup tu? Kau nak aku menjerit? Come
on lah! Aku tak adalah lembik macam tu okey.” Balas Hana sambil menjeling.
Adam tergelak. Siapa suruh gelak? Aku tak suka (suka sangat) dengan ketawa tu.
“Kau memanglah. Tak lemah lembut betul. Macam manalah aku
nak terpikat.” Dari matanya yang merayau entah ke mana terus dia memandang
Adam, bila terdengar perkataan terakhir tu. What?
Come again?
“Apa? Aku rasa macam berdesing je telinga aku tadi? Apa?”
“Macam mana aku nak terpikat dengan kau.” Adam mengulang.
Hana tergelak sinis.
“Apa pulak mandat kau, untuk aku terpikat dengan kau hah
Mojojo Retarded?” Balas Hana. Memanglah, dia nampak macam biasa je kat luar. Tapi
kat dalam, hanya Tuhan je yang tahu bertapa berdebarnya dia.
“Apa pulak. Eh....aku ni, kacak tau tak. Ramai je
perempuan yang bagi surat cinta kat aku. Cuma aku je yang tak layan.” Tau. Hana
menjeling, dan memasukkan jari telunjukknya ke dalam mulut dan membuat gaya
‘nak muntah’. Sekali lagi Adam tergelak. Sungguh, dalam beberapa saat je lagi,
debarannya akan naik ke muka. Tolonglah, jangan merah muka ni.
“G.E.L.I . Tau tak? Muka macam monyet jahat dalam cerita
Powerpuff Girl tu, kacak konon.” Tipu! Sebenarnya, Adam jauh lagi kacak
daripada monyet bodoh tu. Sungguh.
“Ye ke? Aku rasa aku lagi kacak je.” Balas Adam lagi.
Hana membuat muka menyampah.
“Sekali lagi. G.E.L.I.” Hana, apalah nak jadi. Macam ada
penyakit Multiple Personality Disorder
pulak. Dalam hati cakap lain. Kat luar cakap lain. Tapi, apa kena mengena
penyakit Multiple Personality Disorder
dengan hati dan pada zahir? Er..apa-apalah.
“Geli ke suka?” Usik Adam lagi, sambil tersenyum nakal.
Oh tidak! Hati jangan goyah. Sekali lagi, Hana membuat gaya ‘nak muntah’. Hana
menjeling. Adam tergelak lagi. Sungguhlah. Adam ada bakat buat orang rasa lemah
semangat tanpa sedar. Ke, Hana je yang rasa macam tu?
“Tolonglah . Eh...”
“Hana, duduk tempat awak.” Belum sempat Hana hendak
membalas. Cikgu Hakim memberi amaran sebaik sahaja masuk ke kelas. Cikgu Hakim
tak pandang pun dia. Macam mana lah cikgu Hakim tahu, dia tak duduk kat tempat
sendiri. Entah-entah, betul kata budak-budak ni, yang cikgu Hakim ada mata
dimana-mana. Eei..seram pulak bila terbayang. Hana mengetap bibir.
“Baik, cikgu.” Hana tertunduk dan akur. Dia kemudian
perlahan-lahan melangkah ke tempat duduknya. Sebelum sampai tempat duduknya,
dia menoleh memandang Adam tajam. Lantas dia tersenyum sinis. Dia mengeluarkan
jari telunjuknya, dan menunding ke arah Adam, serentak itu dia mengerakkan ibu
jarinya dari kiri ke kanan, betul-betul dihadapan leher yang di tutup dengan
tudung sekolah, membuat tanda ‘you’re finish!’. Sekali lagi, Hana menghadiahkan
senyum sinis, lantas berlalu ke tempat duduknya. Adam yang melihat, tergelak
kecil dan menggeleng-geleng.


No comments:
Post a Comment