Sunday, 15 February 2015

Bitter Sweet Tale (Bab 7)

BAB7

“BEG TAN SRI HILANG?” Tan Sri Khalish mengangguk. Encik Hamzah mencekak pinggang, sebelah tangan memegang walkie talkie. Tan Sri Khalish hanya berdiri memandang  Encik Hamzah.
“Ali, Ali...Ali, from Hamzah to Ali.” Encik Hamzah becakap-cakap dalam walkie talkie. Suara pecah-pecah kedengaran dari walkie talkie itu. Suara bersilang dengan jari yang menekan butang walkie talkie.


“Kenapa bang?” Suara Ali berkumandang di walkie talkie. Tan Sri Khalish, memerhatikan Encik Hamzah, dengan muka risau.
“Ni...beg Tan Sri Khalish ni hilang ni. Kargo dari L.A dah sampai belum? Ke, flight delayed?” Soal Encik Hamzah.
“Eh...dah sampai dah tadi. Macam mana boleh beg Tan Sri hilang pulak?” Soal suara dari walkie talkie.
“Eh. Apasal pulak tanya aku balik?” Marah Encik Hamzah.
“Maaf.”
“Dah. Dah. Biar aku cari kat baggage claim, ada ke tak. Kerja tutup mata je. Over.” Encik Hamzah memandang Tan Sri Khalish, lantas tersenyum mesra.
“Tan Sri. Tan Sri rehat dulu kat mana-mana, saya cari kan beg Tan Sri.” Ujar Encik Hamzah mesra.
“Kalau tak jumpa juga, tak apa lah. Saya tak nak menyusahkan Encik.” Ujar Tan Sri itu, lembut. Encik Hamzah tersenyum.
   “Apa pulak Tan Sri. Selama bertahun saya kerja jadi Customer Service Officer kat sini, satu yang saya betul-betul belajar. Passanger Always Right, even though they are wrong.” Seloroh Encik Hamzah. Tan Sri tergelak kecil.
“Tan Sri tinggal dulu, nanti saya cari Tan Sri lepas dah jumpa beg. Tapi lama sikit. Sebab, takut-takutnya passanger salah ambil beg.” Sambung Encik Hamzah. Tan Sri Khalish tersenyum, lantas mengangguk.
“Baiklah.” Apabila menerima respon dari Tan Sri Khalish. Encik Hamzah meninggalkan Tan Sri Khalish dan memulakan pencariannya. Sebenarnya, passanger hilang beg lepas keluar dari kapal terbang, sering terjadi. Ada yang sampai sekarang tak jumpa beg lagi. Untung sahajalah, Tan Sri Khalish tu tak banyak songeh macam passangers yang lain. Ada passanger tu, bukannya kisah Encik Hamzah tu lagi tua atau pun tidak. Boleh je, dia marah-marah menengking Encik Hamzah, kalau ada benda yang tak kena. Padahal bukan salah Encik Hamzah pun. Salah passanger tu sendiri. Kerja kat airport lah, memang macam-macam perangai manusia yang kita boleh nampak, yang kita kena telan. Sebab tu, anak-anaknya mahu dia berhenti berkerja. Memang tak tahan sangat dengan perangai, dan permintaan bukan-bukan passangers.


“TAN SRI, saya dah jumpa beg Tan Sri. Betullah ada passanger salah ambik. Nasib baik dia cepat-cepat tersedar.” Ujar Encik Hamzah, sambil menyorong beg baju Tan Sri Khalish. Tan Sri Khalish tersenyum. Beg baju bertukar tangan.
“Terima kasih.” Ucap Tan Sri mesra.
“Sama-sama.” Balas Encik Hamzah.
“Awak, rehat pukul berapa?” Tan Sri Khalish bertanya. Encik Hamzah melihat jam di tangan.
“Sebenarnya, masa sekaranglah masa rehat saya. Kenapa Tan Sri?”
   “Ha...elokla tu. Marilah, saya belanja makan. sebagai ucapan terima kasih.”
   “Eh. Tak apalah Tan Sri. Itu dah memang kerja saya” Encik Hamzah menolak.
   “Marilah. Saya pun seorang ni. Dah tua-tua ni, nak juga ada kawan baru.” Tan Sri Khalish tergelak. Encik Hamzah akhirnya mengangguk, mengalah, walaupun teragak-agak. Mereka berdua makan di restoran yang berdekatan je. Sebab rehat Encik Hamzah pun, tidak lama. Selama mereka makan bersama-sama tu. Macam-macam yang diborakkan. Encik Hamzah berborak pasal tiga orang anaknya, dan Tan Sri pula bercerita mengenai cucu. Selepas hari itu, Tan Sri Khalish dan Encik Hamzah, menjadi lebih rapat. Walaupun dah berumur, tak salah nak cari kawan lagi.
SELEPAS SELESAI bersolat Isyak, dia keluar dari masjid itu. Hari ni, dia ke masjid seorang je, tak bawak A’an. Selalu, dia bawak. Tapi, sebab tadi kerja habis lewat, dari pejabat dia terus ke masjid. Dia mengeluh, mengenangkan anak tunggalnya itu. Sampai bilalah nak sibuk macam ni? Dia sedar, memang dia tak ada masa untuk anaknya sendiri. Dia tak nak anak dia lebih menganggap orang luar sebagai keluarga. Ya ALLAH jauhkanlah.
Zarif mengambil kasutnya yang tersusun di rak, lantas meletakkan kasutnya ke lantai. Sedang sibuk dia mengikat tali kasut, dia terkejut mendengar bunyi rak kasut tinggi jatuh. Terus dia memandang ke arah rak kasut yang jatuh itu. Terbuntang matanya apabila terlihat seorang anak muda terduduk di lantai, sambil mencengkam dadanya. Kelihatannya anak muda itu macam semput. Zarif kemudian bergegas mendapatkan anak muda itu. Selain dia, orang lain juga ada yang bergegas untuk membantu, ada yang tengok je. Seksanya, tengok anak muda tu tercungap-cungap. Zarif kemudian melutut di hadapan anak muda itu.
“Dik. Dik okey ke?!” Soal Zarif, dengan  suara separuh meninggi. Anak muda itu tidak mampu untuk menjawab. Dia hanya tercungap-cungap, dadanya dicengkam makin kuat. Peluh membasahi dahi dan seluruh tubuh anak muda itu.
“Ya ALLAH. Someone! Someone call the ambulans!” Teriak Zarif. Kelihatan, beberapa orang mengeluarkan telefon bimbit, untuk telefon ambulans. Sungguh, dia tak tahu nak buat apa. Sementara menunggu ambulans, anak muda itu, teruk dah tercungap-cungapnya. Zarif menggeleng. Ni, tak boleh jadi ni
“Dah teruk dah budak ni. Biar saya bawak dia pergi hospital.” Ujar Zarif. Lantas memimpin anak muda itu ke keretanya. Ya ALLAH. Zarif mendudukkan, anak muda itu di tempat duduk belakang kereta,lantas menutup pintu kereta. Tidak lama kemudian, kereta Peugeout berwarna hitam dipandu, meninggalkan perkarangan masjid.


SEBAIK SAHAJA pintu wad dibuka, anak muda yang di hantar di hospital tadi sedang duduk tenang makan bubur. Apabila dia ternampak kelibat Zarif, terus anak muda itu menarik senyum mesra.
“Abang, meh. Duduk sini. Saya nak cakap terima kasih.” Pelawa anak muda itu. Zarif tersenyum. Dia kemudian mengambil tempat di kerusi yang tersedia di sebelah katil.
   “Adik okey ke?” Soal Zarif, bimbang. anak muda itu tersenyum, segaris.
   “AlhamduliLLAH. ALLAH masih lagi, bagi saya hidup.” Balas anak muda itu tulus. Zarif mengangguk. Apa penyakit budak ni, sebenarnya? Nak tanya, serbasalah pulak. Suasana sunyi. Hanya terdengar bunyi sudu berlaga dengan mangkuk. Lama-kelamaan bubur habis di makan. Anak muda itu kemudian meneguk air kosong.
“Saya buat ibu risau lagi.” Ujar anak muda itu perlahan. Zarif hanya berdiam diri, tak tahu nak jawab apa.
“Saya tak nak buat ibu risau. Tapi dengan keadaan saya yang macam ni, memang mustahil, tak bagi ibu risau. She’s gone through a lot, already. Saya pulak menambah.” Sambung anak muda itu lagi.
“Kadang-kadang, saya rasa bersyukur sangat sebab saya tak boleh hidup lebih daripada 20 tahun. Sebab, lepas saya tak ada nanti, tak adalah ibu risau.” Tak boleh hidup lebih 20 tahun? Kesiannya, muda lagi.
“Boleh tak abang tanya, adik ada penyakit apa?” Soal Zarif teragak-agak. Anak muda itu tersenyum.
Congestive Heart Failure. Mesti abang tak tahu. Kalau doktor, tahulah.” Terang anak muda itu.
“Melainkan saya dapat jantung yang baru, saya tak boleh bersenam, saya tak boleh makan kek, tak boleh makan kari, semua yang ada gula dengan garam. Lepas tu, saya tak dapat nak hidup, lebih dari 20 tahun.” Terang anak muda itu dengan tenang. Terbuntang mata Zarif mendengar penjelasan tu. Sungguh dia bersimpati.
   “Tapi, sebenarnya saya tak kisah pun pasal jantung baru tu. Tak dapat pun tak apa. Kalau memang dah tiba ajal, ada jantung baru ke tak ada, ke SANA lah juga saya nanti. Kalau ajal belum tiba, saya sakit macam mana pun, saya masih lagi akan hidup.” Sambung anak muda itu, lantas meneguk air kosong yang masih lagi berbaki. Zarif tertunduk mendengar kata-kata anak muda itu.
   It’s a good thing kan, bila kita tahu berapa lama lagi masa kita kat sini. Sebab, kita tak kan buang masa kita dengan benda-benda yang tak ada faedah. Kita akan sentiasa, berdoa, kita akan sentiasa beribadat semampu kita. ALLAH tak jadikan sesuatu tanpa sebab.” Sambung anak muda itu, tenang. Zarif mengangguk bersetuju. Betul. ALLAH tak kan jadikan sesuatu tanpa sebab. Tapi, macam mana seorang yang semuda ini, boleh cakap perihal macam ni dengan tenang. Kalau jadi kat diri Zarif sendiri, tak tahulah macam mana dia hidup. Sedangkan masa isterinya pergi dahulu pun, dia hampir ‘hilang’, nak teruskan hidup pun macam berat je. Nasib baik ada A’an, pemberi semangat.
Setelah beberapa minit berborak macam-macam, pintu wad dibuka, kelihatan seorang wanita yang mungkin berumur dalam pertengahan 40-an berdiri di muka pintu, dengan tersenyum lembut. Zarif, berdiri bersedia untuk pulang.
“Abang balik dulu. In Sha ALLAH. Ada masa abang datang jenguk lagi” Ujar Zarif mesra. Anak muda itu tersenyum dan mengangguk. Sebelum dia melangkah keluar dari wad, dia memandang Ibu anak muda itu, dan mengangguk, tanda hormat.
“Terima kasih Abang Zarif!” Laung anak muda itu. Zarif menoleh ke arah anak muda itu dan tersenyum, lantas dia keluar dari wad, di hantar oleh ibu anak muda itu.
“Terima kasih, tolong anak  mak cik. Tak tahulah, mak cik nak balas dengan apa.” Ujar wanita itu lembut, apabila berjalan beriiringan dengan Zarif. Zarif hanya tersenyum.
“Anak mak cik tu, cukup risau kalau mak cik risaukan dia. Macam mana mak cik tak risau. Mak cik adalah mak. Mak mana yang tak risaukan anak dia.” Ujar wanita itu. Zarif mengurut leher belakang.
“Saya, kagum dengan anak mak cik dan mak cik juga. Cemburu pun ada” Tutur Zarif tiba-tiba. Tiba-tiba sahaja hatinya sayu teringatkan keluarganya sendiri. Wanita itu memandang Zarif keliru. Zarif tersenyum lembut.
“Mak cik, cuba senyum untuk tunjukkan mak cik tak risaukan dia. Dia pulak, cuba senyum untuk bagitahu mak cik yang dia okey. Saya kagumkan semua tu.” Sambung Zarif.
“Zarif...”
“Okeylah Mak cik. Mak cik hantar saya sampai sini je lah mak cik. In Sha ALLAH. Ada masa, saya datang jenguk. Assalammualaikum.” Ujar Zarif sambil tersenyum, lantas dia meninggalkan wanita separuh umur itu.
“Walaikummussalam.”
BLOSSOM, BUBBLES DAN BUTTERCUP, kelihatan lincah berlawan dengan Mojo-jojo, musuh ketat mereka. Macam biasa, Blossom memulakan serangan, kemudian Buttercup dan akhir sekali, Bubble. Akhirnya Mojo-jojo kalah di tangan powerpuff girl lagi. Sekarang, lagu kemenangan mereka....
 Powerpuff saves the day...” Mulut Hana, menyanyi sekali mengikut rentak lagu Powerpuff girl. Pada pagi sabtu ini, memang dia tidak tahu hendak berbuat apa. Emak dan Ayahnya masih lagi di pasar, memilih lauk untuk dimasak untuk tengah hari. Bangun sahaja dari tidur, dia mandi, turun ke bawah dan mencapai alat kawalan jauh. Puas dia mencari siaran yang menarik untuk di tengok, namun tidak satu pun menepati citarasanya. Sedang leka menekan-nekan punat alat kawalan jauh itu, tiba- tiba siaran ‘Powerpuff Girl’ sedang disiarkan di channel ‘Cartoon Network’. Sudahnya dia membiarkan sahaja siaran itu, dari tidak ada cerita lain, baik dia biarkan sahaja cerita itu buat sementara.. Lagipun bila emaknya balik nanti, dia kena tolong masak.
 Melihat kecundangnya Mojo-jojo, didalam kotak televisyen itu teringat pula klon Mojo-jojo yang sedang menceroboh hatinya kini. Kenapa Mojo-jojo eh? Nak kata rupa Adam tu, macam monyet bodoh tu, tak adalah pulak, padahal lagi comel rasanya daripada Mojo-jojo tu. Aih, Hana, kau yang bagi nama tu, kau yang pelik. Hatinya sedang bersoal jawab kini, hanyalah kerana kenapa Adam itu Mojo-jojo. Ahh! Lantak lah, nama tu, sesuai dengan dia, siapa suruh dia bodoh macam Mojo-jojo tu... Dari dalam rumah, kelihatan kereta kancil buruk bapanya sedang memasuki perkarangan rumahnya. Lalu dia bangun untuk membantu ibu bapanya mengambil barang-barang yang baru dibeli. Okey, sekarang, masa untuk masak!


TANGAN KANANNYA memegang kuat dahan yang kukuh itu, dan tangan kirinya cuba mencapai bulu tangkis yang tersangkut dicelah ranting-ranting halus itu. Percubaan pertama untuk mengambil bulu tangkis itu, gagal, kemudian percubaan kedua, gagal juga. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya bulu tangkis itu berjaya dicapai, tapi sayang, dia cuai, tangan kanan yang menggenggam dahan pokok itu terlepas dan akhirnya dia tergelincir dan jatuh dari pokok itu.
Arrghh!
 Kurang dari beberapa saat, punggungnya sudah mencium rumput padang itu. Mujur sahaja dia terjatuh atas tanah, dan mujur sahaja pokok yang di panjat itu tidak terlalu tinggi, dan mujur juga, dia memakai seluar treknya, kain kurungnya, sudah pun koyak dek tersangkut di ranting pokok itu. Bayangkan kalau di atas jalan tar, apakah yang akan jadi kepadanya ? Punggungnya terasa sakit yang teramat sangat.
“Haaah! Hana, kau tak apa-apa ke? Alamak tu lah aku dah kata, tak payah nak panjat-panjat pokok ambik bulu tangkis tu. Bahaya.” Intan terus berlari mendapatkan Hana, yang sekarang ini sedang menangis kesakitan.
“Sakit!” Air matanya bergenangan. Dia membuat muka kasihan utuk meraih simpati.
“Hah. Aku dah kata tadikan. Kejadah apa kau nak main badminton masa rehat ni? Kau ni Hana, unpredictable tau. Kadang- kadang, aku pun tak tau nak buat apa dengan kau ni. Jom aku bawak pergi bilik sakit.” Bebel Mai. Mai dan Intan memapah Hana yang dalam kesakitan kini. Dalam perjalanan ke bilik sakit itu, mereka terserempak pula dengan Adam, Farid, Aiman dan Qusyairi.   
   “Eh. kau orang ni kenapa?” Adam bertanya. Mata Hana, sudah bengkak menangis. Dia merendahkan kepalanya dan mendekatkan muka kepada Hana. Hana terkejut, dengan pantasnya dia mengesat baki hingus yang terkeluar semasa dia menangis tadi. Alamak! Dekat sangat ni!
“Kau nangis eh, Mak Cik?Ehh...kenapa kau menangis?” Adam mengusik.
“Er...Diamlah mojojojo retarded! Sibuk je!” Hana mengelak dari memandang muka Adam.
“Amboi! Garang lagi tu.” Adam ketawa.
 “Mai, kenapa Mai?” Aiman bertanya kepada Mai.
“Ni hah, makcik ni hah....tadi dia main badminton, lepas tu, bulu tangkisnya tersangkut kat pokok, tu yang dia pergi panjat pokok tu, nak ambik balik. Tup-tup, dia yang jatuh.” Mai, menerangkan segala-galanya kepada Aiman.
“Mai, banyak pulak kau cakap hari ni kan?” Hana mengenakan nada sarkastik untuk membuatkan Mai faham, bahawa dia tidak mahu si Retrded tu, tau hal ini. Malu!
“Hah? Badminton?” Farid pelik. Belum pernah orang buat, bersukan masa tengah rehat. Gila apa?
“Kau gila ke apa, Na? Kenapa pula kau nak main badminton masa orang lain tengah makan?” Adam ketawa terbahak-bahak. Memang unbelievable betul! Memang tadi, Adam pelik, masa Hana baru sampai ke kelas pagi tadi, dia membawa sekali, raket badminton, mula, dia malas nak ambil tahu, sebab, mungkin Hana membawa raket itu, untuk persatuan atau ada orang mahu meminjam raket itu.  Kemudian tiba-tiba pula Mai, kata dia main badminton masa rehat, terus dia terkejut. Aduhai, Hana Zulaikha!
“Suka hati akulah, I just feel like it. Dahlah Mai, jomlah. Melayan dia orang ni, makin tenat pulak aku kang.” Hana, menghadiahkan pandangan tajamnya dan menjeling Adam. Semasa mereka meninggalkan empat sekawan itu, masih terdengar suara yang ketawa terbahak-bahak mengetawakannya.

No comments:

Post a Comment