BAB 4
“ADAM, HANA! Awak habiskan kerja awak kat luar! Sekarang! Farid pun!” Cikgu Hanis
terduduk di kerusi, dan memicit pelipisnya yang pening, dek bebudak ni. Hana,
Adam dan Farid, menunduk dan akur dengan arahan Cikgu Hanis, cikgu Sains
mereka. Mereka bertiga beratur keluar dari kelas dengan membawa buku nota sains
yang hampir semua muka surat kosong. Hampir semua? Mana tak Cikgu Hanis pening
kepala di buat dek budak-budak ni. Cuba teka, paling banyak kosong siapa?
Pemenangnya, adalah Hana Zulaikha!
Hana, Adam dan Farid, duduk bersila di luar
kelas menyiapkan nota-nota yang tak lengkap. Adam mengintai buku Hana di sebelahnya.
“Dahsyat
betul kau! Lagi sikit, nota daripada aku. Wahh...a
big round applause la kan...” Perli Adam, sambil menepuk tangan. Hana
memandang Adam di sebelahnya, dengan pandangan yang paling tajam, kalau boleh
tembus, dah lama tembus dah.
“Kau tak payahlah, nak berlagak macam aku
lagi teruk dari kau, kau pun sama je aku tengok.” Marah Hana. Adam tergelak
kecil. Grrr! Kenapa gelak? Tahu tak yang Hana lemah dengan gelak tu?
“Aku lebih, dari kau ye...lebih satu muka
surat.” Adam cuba membela diri sendiri, padahal motif tak kuat pun. Hana
menjeling.
“Is
that supposed to be an achievement?” Giliran Hana pulak memerli. Farid pula
hanya duduk diam, membuat kerja. Hana memandang Farid. Diam je. Macam baik
sangat. Hana lantas merampas buku Farid dan melihat isi dalamnya.
“Oi! Hana!” Marah Farid, cuba merampas balik
buku tu dari Hana. Tak sempat dia nak rampas, Hana dah buka muka surat yang
Farid, betul-betul tak nak Hana tengok. Terpempan mata Hana tengok isi muka
surat tu.
“Hana, bagi baliklah, aku punya!” Baru sahaja
Farid nak ambil buku tu dari Hana apabila Adam merampas buku tu dari Hana. Hana
memandang Adam tajam. Farid, pergi ke arah Adam pulak, untuk merampas buku tu,
tetapi Adam terlebih dahulu menghalang, dengan menahan badan Farid dari dekat dengannya,
dengan tangan. Adam tersenyum sinis. Hana merampas kembali buku tu dari Adam,
lantas dia mengintai dari tingkap kaca, muka yang mengisi ruangan kosong buku
nota sains Farid dan membandingkan dengan lukisan Farid di dalam buku nota
sains tu. Sama.
“Alaa...sweet
nya kau ni...” Usik Hana, akhirnya Farid berjaya merampas buku nota sains itu
dari tangan Hana. Lantas, dia kembali membuat kerja.
“Kau orang patut kahwin tau tak. Memang sama
je dua-dua.” Marah Farid. Mata tidak lepas dari nota yang di tulis. Hana dan
Adam dah tergelak kecil. Hana menyiku lembut Farid di sebelahnya.
“Kau tak nak bagitau Intan ke, kau suka kat
dia?” Soal Hana. Adam dah tersenyum.
“Suka hati aku lah, aku nak bagitau ke tak.”
Ujar Farid. Hana tersenyum lantas bersandar pada dinding dan memeluk lutut.
“Baik kau bagitau Intan cepat, sebabnya
kan...semalam, Aaron Mikail datang jumpa dia.” Ujar Hana selamba. Dalam tidak
mengangkat muka tu, terus membuntang mata dia. Aaron Mikail? Dia kenal mamat
tu. Baik, berdisiplin, muka pun boleh tahan. Kira pujaan budak-budak kat
sekolah ni lah. Kenapa mamat tu, jumpa Intan? Farid mengalih pandang pada Hana.
Adam bersandar di dinding, sambil duduk, sebelah lutut di angkat, sebelah kaki
di julurkan. Haih...apa bendalah yang Hana cuba nak buat sekarang ni?
“Ke...kenapa dia jumpa intan?” Soal Farid, teragak-agak. Hana dah tersenyum
‘victory’ dah.
“Erm...tak ada apa pun, masalah biasa...Dia
nak bagitau Intan, yang dia suka kat Intan...mungkin Intan dah terima dah lah
kot. Yelah...lelaki macam tu, siapa nak lepas. Kalau aku pun, aku nak, tau.”
Ujar Hana. Adam yang tadinya tenang terus tegak badannya. ‘kalau aku pun, aku
nak’? Terus, sahaja dia memandang Hana. Hana, suka Aaron Mikail?
“Sayang je. Aku memang dah lama dah minat kat
Aaron tu. Tapi, dah dia suka kat Intan nak buat macam mana.” Sambung Hana,
selamba. Keempat-empat mata lelaki sudah memandangnya terkejut. Hana suka
Aaron.
“Kau ulang balik apa kau cakap tadi?” Soal
Farid inginkan kepastian.
“Aku minat kat Aaron?” Soal Hana, buat-buat bodoh.
Bukannya dia tak tahu, Farid nak dengar yang mana. Saje nak mengusik. Dalam
hati, Hana dah tergelak jahat dah.
“Tak...lepas tu.” Ujar Farid tegas.
“Oh...yang ‘dah dia suka kat Intan, nak buat
macam mana.’ Tu?” Farid mengangguk.
“Dia bagitahu Intan, yang dia suka kat
Intan?” Soal Farid lagi. Hana mengangguk. Kali ni, dia memang tak tipu. Memang
Aaron tu suka kat Intan, minggu lepas Aaron bagitahu Intan, depan dia pulak tu.
“Kau bayangkan. Mesti comel kan, anak-anak
dia nanti? Aku pun nak jadi ibu kepada anak-anak Aaron, tapi nak buat macam
mana. Peluang aku dah tak ada, aku kasi can lah kat Intan.” Usik Hana lagi.
Otaknya, kalau dah nak kenakan orang, memang bergeliga betul. Cuba suruh jawab Add Math? Memang putus urat otak. Farid
dah tak senang duduk.
Adam memandang Hana, yang sedang rancak
bercakap tu. Berkerut seribu dahinya. Hana nak jadi, ibu kepada anak si Aaron
lembik tu? Memang lembik pun, mamat tu. Skema semacam je, lepas tu bila cakap
lembut je.
“Hai
lah...untunglah orang cantik macam Intan tu kan?” Hana cuba mengumpan.
Nampaknya, umpannya mengena, kelihatan Farid betul-betul berminat nak tahu.
Cuma Adam sahaja memandangnya pelik. Hana terpandang muka Adam yang
memandangnya pelik itu. Tiba-tiba jantungnya berdegup pula, melihat Adam memandangnya
begitu. Hana berdehem. Dia meneruskan cerita.
“Aku dengar, budak tu dah lama minat kat Intan. Lagi
pulak dia tau Intan nak pindah nan....”
“Kejap!
Intan nak pindah?” Farid memotong. Terbeliak matanya mendengar berita itu. Light bulb...hehe...
“Ye..kau
tak tau ye? Memang patut pun, tak ramai yang tau.” Hana tersenyum penuh makna.
Kali ini, Adam betul-betul pelik. Apasal pulak Intan tiba-tiba nak pindah ni?
Hana suka Aaron. Benda tu lah yang di ulang-ulang dalam otaknya. Hana suka
Aaron.
“Dia orang tu secocok kan? Macam merpati dua sejoli.
Bayangkan kalau dia orang couple?
Lagi pulak Intan nak pindah, dia mesti terima je Aaron tu dengan hati
terbuka...” Hana memandang Farid dengan ekor matanya. Farid kelihatan gelabah.
Hehe...sikit lagi Hana. Push him a little
more...
“If things turn up
well....dia orang mungkin akan bertunang...no, might as well they’ll get married ! Mesti sweet kan?”Farid kelihatan tidak keruan.
“Oh....oh..cuba bayangkan anak-anak dia orang....mesti
comel..lepas tu.....” Belum sempat Hana berkata lebih lagi Farid meluru ke
masuk ke dalam kelas...and there he goes,
strike! Hana tersenyum puas. Farid berjalan pantas ke meja Intan, Sesi
pembelajaran Cikgu Hanis, terhenti.
“Kau...kau tak boleh pindah!” Farid
meninggikan suara.
“Hah?”
Soal Intan pelik. Pindah? Bila masa aku nak pindah?
“Kau
tak boleh kahwin dengan Aaron!”
“Kahwin?
Aaron?”
Cikgu
Hanis, cuba memanggil nama Farid, namun peperangannya dengan perasaan sendiri
membuat dia tidak dengar dan tidak mempedulikan orang sekeliling.
“Farid?”
Cikgu Hanis, berusaha memanggilnya lagi, namun tidak ada tindak balas juga.
Adam dan Hana diluar sudah menekup mulut menahan tawa. Serbasalah juga Hana di
buatnya. Niatnya, pada awal hanya hendak menyedarkan Farid, namun dia tidak
pula menyangka yang Farid akan mengambil tindakan drastik sebegini, meluahkan
perasaan di hadapan seluruh kelas dan cikgu juga.
“Kau
tak boleh ada anak dengan Aaron!”
“Apa?
Eh..Farid, kau....” Belum sempat Intan hendak meneruskan ayatnya Farid
memotong...
“Aku
suka kau!” Terbeliak mata Farid mendengar ayat yang keluar dari mulut Farid.
Ternganga mulutnya. Pen yang dipegang tadi, terlepas dari genggamannya. Aku
dengar betul ke? Seisi kelas 5I terkejut, buat seketika keadaan menjadi senyap
sunyi, mereka membuka telinga besar-besar untuk memastikan perkataan
sebenarnya.
“Walaupun,
aku tak se-handsome Aaron, tak
sepandai dia, but i can take care of you
lagi baik daripada dia. Aku...betul-betul suka kat kau. Tolonglah jangan kahwin
dan ada anak dengan Aaron. Tolonglah...aku....” Tuk! Kepalanya terasa sakit,
otaknya terasa bergegar. Farid menggosok-gosok kepalanya yang baru di pukul
dengan kamus setebal 5 inci. Apabila dia berpaling ke belakang, kelihatan dada
Cikgu Hanis turun naik menahan marah. Rakan sekelas yang lain, sudah meledak
ketawa.
“As much as I ‘please’ to see how your love
progressing, but i don’t think, you should continue doing it and let the whole class know about your love
story. Now...Get out!” Cikgu Hanis memberi isyarat keluar. Farid pun
mengatur langkahnya untuk keluar. Intan terkesima, jantungnya seolah-olah akan
terkeluar bila-bila masa sahaja. Mukanya pula, sudah tidak boleh kata apa lah,
merah padam seperti tomato.
“Kau ni bodoh ke apa wey?Kau tak nampak ke
Cikgu Hanis tengah mengajar tu? Kau gila ek?” Adam sudah ketawa terbahak-bahak,
begitu juga Hana. Ketawa mereka sudah tidak dapat ditahan lagi.
“Did i hear cackling noise just now? “
Mereka terkejut, tiba-tiba sahaja Cikgu Hanis. melawat keluar. Yikes! Adam dan Hana kembali menunduk.
“Sorry cikgu” Hana meminta maaf, mujurlah
Cikgu Hanis tidak lama menjenguk mereka. Setelah beberapa minit memerhatikan
mereka bertiga, Cikgu Hanis masuk ke dalam kelas sambung mengajar.
“Ya
Allah wey...kenapa time-time kelas
jugak kau nak bagi tau dia wei?Aduhai, Farid...Farid” Giliran Hana pula memberi
respons. Dia menggeleng-geleng kepala. Mereka ketawa lagi.
“Shut up...Leave me alone idiots...”
Suaranya tenggelam sedikit, kerana kepalanya telah disembamkan di atas lutut
yang dipeluk. Hana dan Adam tidak henti-henti ketawa. Hana, paling ekstrem
tawanya, sampai menghentak-hentak tangannya ke dinding, namun, dia cuba sedaya
upaya untuk mengawal tawanya, agar tidak membuat bising. Nanti, Cikgu Hanis
keluar, susah kang.
HANA SUKA AARON. Betul ke? Dia mengesat rambutnya yang basah itu, dengan
tuala. Setelah selesai memakai baju dan kain pelekat, dia menunaikan solat
isyak. Usai Isyak, dia duduk di meja belajarnya, mencapai pensel dan mula
melakar dalam ‘sketchbook’.
Puas
dia tenung kertas yang separuh berlakar tu, cari ilham tapi tak dapat pulak.
Suara gelak ketawa yang didengari dari gadis itu tadi, masih terngiang-ngiang
di telinganya. Tangannya tetap melakar, entah hape pun tak taulah.
Bayangan
gadis itu, berjalan, ketawa, marah, pandangan tajam yang macam laser Scott
dalam cerita X-Men tu, nampaknya tidak mahu meninggalkan fikirannya. Apabila
bayangan Hana mengetuk pintu hatinya, dia tidak rasa dia boleh berfikir dengan
betul lagi. Adam mengusutkan rambutnya dan mengeluh. Tak boleh jadi ni.
Adam,
kemudian merebahkan dirinya di atas katil.
“Kenapalah, kau boleh buat aku jadi macam ni?”
dia, kemudiannya menutup mukanya dengan bantal. Tiba- tiba kedengaran suara
ibunya memanggil dari bawah.
“Adam! Ni, Farid datang ni...” Apabila
terdengar nama Farid, dia terbangun dari baringannya.
“Hah?”
Dia melihat jam di dinding. Pukul 10.30. Dia pelik, dia turun ke bawah, untuk
memastikan pendengarannya masih lagi elok.
“Ibu,
tadi Adam macam dengar, Ibu cakap Farid datang?” Ibunya yang sedang ligat
menyusun kusyen-kusyen yang berselerak berpaling ke arahnya.
“Hah
yelah..ni....” belum sempat Puan Solehah menghabiskan ayatnya, kelihatan Farid berdiri di belakang Ibu, lengkap dengan
beg pakaian, pakej dengan muka ‘seposen’nya. Kening Adam terangkat sebelah.
“GERANGAN APAKAH KAU, malam-malam buta begini bertandang ke rumahku? Dengan
beg baju lagi, lari dari rumah ke apa ni?” Tanya Adam dengan bahasa
bangku,sejurus selepas dia menutup pintu biliknya. Farid sudah selesa duduk di
atas katil empuknya.
“Mak
aku halau aku keluar.” Farid mencebik, meminta simpati.
“Sebab
kes kat sekolah tadi ke?” Adam cuba meneka. Farid mengangguk. Adam sudah ketawa
terbahak-bahak.
“Tu
lah, nak jadi Mat Jiwang lagi, kau tak tau ke, kita kat sekolah tadi? Kot ye
pun, cinta mati, tak payahlah nak pergi luah perasaan bagi semua orang tau. Kan
dah kena.” Adam ketawa lagi.
“Tak
adalah, Hana tu, siap cakap dia nak pindahlah. Anaklah, kahwinlah. Dan...”
belum sempat Farid menghabiskan ayatnya Adam memotong
“Dan
kau pun, dengan akal pendek kau, a.k.a bodoh, pergilah jadi lelaki, yang konon gentle, pergi luahkan perasaan kau,
seolah-olah dia je yang kau nampak, tak ada orang lain selain dia kat dalam
kelas itu...” Adam ketawa dan ketawa dan ketawa lagi, sehingga hilang nafas.
Farid bengang. Dia menduku kepala Adam yang sedang ketawa tidak tentu pasal
itu. Terus Adam terdiam dan menghadiahkan pandangan maut kepada Farid.
“Ni,
baru aku duku, belum aku terajang lagi.” Farid menjeling Adam tajam. Adam hanya
mencebik. Farid kemudian bangun dan berjalan keliling bilik Adam.
Melihat-lihat. Matanya tertancap pada ‘sketchbook’ yang terbuka dia atas meja
belajar.
“Kita
ada kerja seni ke, hari ni?” Soal Farid pelik, matanya tidak lari dari ‘sketch’
Adam. Ada ke? Ke dia dah lupa? Cikgu Kaila ada suruh buat lukisan tema buku
kanak-kanak ke? Farid berkerut dahi melihat lukisan Adam, yang macam lukisan
untuk buku cerita kanak-kanak.
“Tu.
Kerja sambilan aku.” Terus berpaling lipat maut Farid melihat Adam yang sedang
berehat di atas katil. Kerja sambilan? Adam tak pernah bagitau pun?
“Kerja
apa? Kau tak pernah bagitau pun?” Farid ingin tahu. Namun Adam tetap buat muka
selamba.
“Kadang-kadang
kawan Ibu aku, ada suruh aku buat ilustrasi buku cerita kanak-kanak yang
syarikat dia nak terbitkan. Gaji pun, boleh tahan, walaupun cuma freelance. Jadi, aku pun fikir, apa
salahnya, cari duit lebih sikit.” Adam menerangkan. Memang tak ramai yang tahu
dia ada kerja sampingan selain jadi budak sekolah. Kalau Cik Jun tu, bukan
kawan Ibu, memang tidaklah, peluang di beri kepadanya yang baru sahaja berumur
17 tahun. Banyak jugak, buku cerita kanak-kanak yang jual kat kedai buku, hasil
kerja dia. Tapi cuma ilustrasinya je lah. Ceritanya, penulis-penulis syarikat
Cik Jun.
“Oi!
Aku pun nak jugak. Memanglah kau lukis lagi cantik dari aku. Tapi, aku nak juga
cari duit tambah.” Rajuk Farid. Memang dalam kelas yang paling cemerlang dalam
kelas seni, ialah Adam dan Farid...rasanya, Hana pun boleh tahan kot? Kan? Tapi
Adam yang paling pandai. Kalau melukis, apa pun jadi je.
“Nanti,
aku tolong tanya kat Cik Jun.” Adam balas. Muka Farid dah bahagia dah. Adam
tergelak kecil dan menggeleng kepala. Farid. Farid.
“Anyway, berbalik pada topik permulaan.
Kau tau tak, kau dengan Hana tu sama je, macam match made in heaven tau. Dua-dua menyakitkan hati. Kalau sehari
tak buat dajal, tak sah.” Adam tersenyum sedikit, mendengar perkataan ‘match
made in heaven’ yang dituturkan oleh Farid. Nasib baik, Farid tak nampak
senyuman dia tu. Eh kejap. Farid ni. Apasal dari cerita pasal Cik Jun tiba-tiba
cerita pasal Hana pulak? Adam menggeleng. Apa-apa je lah.
“Kau
taukan, yang Hana tu saja je tipu kau? Mana ada Intan pindah.” Adam menduga
Farid. Farid mengangguk penuh girang.
“Dia tu, memang bengong tau. Aku, mati-mati
ingat Intan nak pindah. Hana tu...Aku terfikir jugak, siapalah orang gila yang
boleh terpikat kat dia. She’s...”
“Unique.”
“Huh?”
“She’s
unique...” Adam tersenyum.
“Yup, she is...eh Kau ni, kalau tak
menyampuk boleh?” Adam hanya ketawa. Diikuti Farid.
Farid,
akulah orang gila tu.
11 tahun lepas...
DIA MEMBUKA pintu grill yang berkunci. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah. Keadaan
sunyi. Senyap. Kosong. Dia menebarkan pandangan ke seluruh ruang rumah yang
besar.
“Iya...Tuan Muda udah sampei?” Ujar
wanita indonesia separuh umur itu. Dia memandang wanita itu dingin. Tanpa
mempedulikan wanita separuh umur itu, dia berlalu meninggalkan bibiknya, yang
dia tak tahu pun, siapa namanya.
“Tuan...Tuan
Muda mahu makan?” Soal Bibik lagi lembut. Namun, tidak dipedulikan juga.
Beg di tangan di perkemaskan lagi pegangannya dan lantas dia meniti tangga
untuk ke bilik yang sudah lama di tinggalkan.
Pintu bilik di buka, dia kemudian
menghempaskan beg galas dan beg baju di atas lantai. Macam tak payah balik je.
Kenapa atuk pandai-pandai suruh dia balik? Dahlah bibik tu pun dia tak tahu,
siapa nama. Tidurlah! Jet Lag. Dah lama dah dia tak balik Malaysia, balik
Malaysia pun, kalau cuti. Macam sekarang ni kan tengah summer vacation kat London, jadi Atuk suruh dia balik Malaysia, nak
buat apa pun tak tahulah. Lebih baik dia ber-party dengan James, David, Neil dengan Max kat London tu. Dia
menyembamkan muka ke atas bantal dan mula memejamkan mata.
“HAH? APA? AWAK INGAT...awak kahwin lain kat Siam, tu...saya tak tahu?!” Suara
kuat, sedang bertekak menyedarkannya dari tidurnya. Dia mencapai jam di sisi
katil, pukul 1.30 pagi? Dia bangun dari tidur, dan duduk sebentar di sisi
katil. Mata berpinar-pinar, sebab penat
dari flight tadi, masih belum lagi
reda.
“Sebab apa saya kahwin lain? Saya sayangkan
dia!” Suara lelaki pulak yang sedang memetir kat bawah. What? I have two mothers now?
Dia mengeluh. Lantas, langkahnya di bawa ke bilik air, membasuh muka. Setelah
selesai membasuh muka, dia mengangkat muka memandang cermin. Rambutnya yang
berwarna ‘silver’ dah berserabai dah, sebab tidur tadi. Dia kemudian mengemaskan
rambutnya. Subang di telinga, tak boleh cakaplah berapa banyak jadi penghuni
tetap cuping telinganya. Kiri kanan.
“Kalau awak ada hubungan sulit ke, saya boleh
tahan lagi tau, sebab, hubungan sulit tak ke mana! Now...now, you’re married!” Suara bertekak makin kuat menjengah
telinga, setelah pintu bilik di buka. Dia membersihkan telinga, sebab kuat
sangat bunyi langau tu. Berdesing telinga. Dengan selamba dia turun meniti
tangga. Setelah dia sampai ke ruang bawah, bunyi bertekak terhenti. Orang yang bertikam
lidah tadi memandang ke arahnya, terperanjat. Mesti tak tahu, dia dah balik ni.
Mamanya, kemudian mengalih pandang darinya dan kembali memandang bapanya.
“Awak jangan cakap, pasal sayang kat saya!
Awak tak layak!” Sambung Ibunya. Dia memandang wanita separuh umur tu, kosong. Didn’t she see me? Ayahnya, memandang Mamanya terkejut.
“Apa awak buat ni? Anak tu kan baru balik
dari jauh? Still nak sambung lagi
pergaduhan ni ke?!” Marah Ayahnya. Dia memandang lelaki pertengahan 40-an itu. Well...I don’t care either way...is the same
as always...Why atuk ask me to come
home anyway?
“I
don’t care! Sekarang ni, urusan awak dengan saya, he’s got nothing to do with this.” Mama meninggi suara.
Seboleh-bolehnya, dia tak nak biarkan kata-kata mamanya memakan hati. Ayah
menjegil mata kepada mama. Dia kemudian mengalihkan pandangan dari isterinya
kepada anak lelakinya. Ayah tersenyum, cuba memaniskan muka.
“When did you get here Zack?” Soal Ayah, mesra. Zack tersenyum sinis. I’m not stupid. I can see what’s going on
here.
“Not too long ago...by the way, congratulation on your
marriage...” Perli Zack, lantas
menjeling ayah dan mamanya dingin, kemudian dia membuka langkah meninggalkan
mereka, dan pergi ke arah pintu utama, untuk keluar.
“Where are you going? It’s already late!” Soal Ayah, tegas. Isterinya dah berdiri memeluk tubuh.
Memang susah nak bercakap bahasa melayu dengan anak lelakinya seorang ni, sebab
dia dah lama duduk kat London, dari sekolah rendah lagi. Jadi, dia tak berapa
faham bahasa melayu. Zack berdiri di muka pintu, dan tersenyum sinis.
“Why do you care? Just, carry on with your things and let
me do mine...” Sinis lagi,
Zack berkata-kata. Tanpa berfikir panjang, Zack melangkah keluar dan menghempas
pintu kuat-kuat.
“ZACK!”
Kedengaran suara Ayah berteriak, memanggil namanya dari dalam rumah, tapi dia
tidak pedulikan. Apa yang dia tahu, sekarang. Dia nak keluar dari rumah yang
‘meriah’ tu.


No comments:
Post a Comment