Saturday, 14 February 2015

Bitter Sweet Tale (Bab 2)

BAB 2

“MAK, budak baru ke tu?” Soal Hana, apabila terlihat muka baru yang sedang duduk main lori seorang-seorang.
“Ha’ah. Baru lagi, tak boleh nak berkawan lagi. Baru je empat tahun tu. Pergilah tengokkan kejap. Mak nak tengok budak-budak lain.” Ujar Puan Najihah, lantas menuju ke arah kanak-kanak lain yang sedang ligat, berebut anak patung. Puan Najihah, membuka satu pusat ‘nursery’ kecil di rumah, sebelah. Kira, Mak dengan Abah, ada dua rumahlah, satu untuk buat Nursery, satu rumah sendiri. Sebelah-sebelah je pun. Buat masa sekarang, adalah dalam 5 orang dan tambah budak baru tu, ada lah 6 orang. 


Hana memulakan langkah mendekati budak lelaki empat tahun tu. Sampai sahaja, dia pun duduk di sebelah budak lelaki tu. Hana, mencucuk lembut, tangan kecil budak lelaki tu dengan jari telunjuk.
“Eh...awak.” Tegur Hana, budak tu tidak mempedulikan langsung, teguran Hana. Tak puas hati, Hana cucuk lagi lengan budak lelaki tu, lembut.
“Eh...awak, kita panggil awak ni, awak dengar tak?” Tulah kerja Hana bila tolong Mak kat Rumah Anakku Sayang ni. Mengusik aje.
“Eeei! Janganlah kacau kita!” Marah budak lelaki tu sambil mengelak dari kena cucuk lagi. Hana tergelak kecil. Comel je.
“Eei...salah awaklah, awak tak nak cakap dengan kita.” Ujar Hana, budak tu dah kembung pipi, menahan marah. Lepas tu, merah gila pipi dia. Comel sangat. Hana tergelak kecil lagi, lantas mencubit pipi budak lelaki tu. Best gila cubit pipi dia, lembut, licin. Budak tu berdecit
“Janganlah...” Entah berapa harakat entah dia punya ‘jangan’. Ish geram betul tengok budak ni.
“Tak nak, kita nak cakap dengan awak juga.” Usik Hana lagi. Budak tu, dah bukan main berkerut muka dia. Dah pandai nak jeling orang dah. Haha...Bijak betul anak orang sekarang ni.
“Suka hati awaklah...Kita malas nak layan awak.” Rajuk Budak lelaki tu. Amboi, pandai betul berkata-kata. Hana tergelak lagi.
“Eh...awak, awak kena panggil kita kakak tau. Kalau tak, kita letak awak kat luar, biar pakcik aiskrim tu bawak awak balik rumah dia.”
“Kenaaapa pulaaaak...?” Lagi sekali, panjang harakat ‘kenapa pulak’ tu.
“Eh, suka hati kita lah, ni rumah kita.”
“Eii...Jahat!” Suara budak tu, dah meninggi sedikit, sampai Mak pun dengar. Bila Mak dengar, Mak terus pandang muka Hana. Hana dah senyum kerang busuk, Mak pulak dah bercekak pinggang.
“Alang! Kenapa usik budak tu? Mak suruh tengokkan dia, bukan usik dia...Alang, Alang.” Marah Mak, lantas meneruskan tugas menguruskan kembar dua Balqis, dan  Khairi, yang sedang menanti giliran untuk dipakaikan baju, sebab kejap lagi, Ibu Bapa mereka berdua, datang nak ambil mereka.
“Kiii...haa...kena marah, padan muka!” Ujar Budak tu , lantas tergelak, siap tutup mulut dengan tangan dia yang montok tu lagi. Hana mencebik.
“Awak...cepatlah, panggil kita Akak. Kak Ana.” Ujar hana, budak lelaki tu hanya menggeleng, bukan main memuncung bibir dia. Hana kemudian berbisik kat telinga kecil budak lelaki tu.
“Nanti, Kak Ana belanja aiskrim.” Terus sahaja, bersinar mata budak lelaki tu. Hana tergelak lagi.
“Cepat...cepat, Akak tunggu ni...”
“Ka...” Perlahan budak itu bersuara, macam dengar tak dengar je suara dia.
“Ka?” Hana mengulang, sambil mendekatkan telinga ke mulut budak lelaki tu.
“Kak...Kak Ana!” Akhirnya, terkeluar juga, ‘Kak Ana’ dari mulut budak kecil tu. Hana tersenyum lembut.
“Haa! Pandai pun.” Hana menepuk-nepuk ubun-ubun budak lelaki itu, lembut. “Sekarang ni, Kak Ana nak tahu nama awak?” Soal Hana. Budak lelaki itu tersenyum bangga, dengan pujian tu, seolah-olah dia dah achieve something big. Hoo..laa..Apa ke comel benar?
“Nama kita, Ahmad Farhan Daniel, panggil A’an” A’an sebut dengan bangga. Hana dah tergelak, Semangat betul.
“Okey, A’an! Jom, Kak Ana belanja makan aiskrim...” Lantas, Hana mendukung A’an dan membawa A’an keluar, menunggu Bai Aiskrim. A’an pulak dah tersenyum gembira dah.


SEBAIK SAHAJA, kakinya melangkah masuk ke dalam kelas, kedatangannya disambut oleh, gumpalan kertas besar, yang di baling ke muka. Hana menggosok hidungnya yang terkena balingan gumpalan kertas itu.  Adam yang dah memang duduk kat tempat sendiri, dah tergelak-gelak. Hana mencerun memandang Adam yang nampak macam bahagia sangat ketawa-ketawa dengan Qusyairi, Farid dan Aiman.
“Kau orang nak apalah pagi-pagi, savages?” Marah Hana, sambil menjeling dan masuk ke tempat duduk dia.
“Tangan aku, macam licin hari ni, entah kenapa tiba-tiba terbaling kat kau pulak.” Usik Adam, lantas tergelak. Hana tidak lepaskan mata dari memandang Adam, tangan dah mencari-cari, apa yang patut di gunakan untuk membalas dendam. Banyak juga, sampah dalam meja aku ni. Dia capai, mana-mana kertas dan mengonyokkan kertas di tangan, lantas cepat-cepat dia baling kat Adam. Malangnya Adam sempat mengelak.
“Ergghh!!! Retarded Cekeding yang memang tak boleh betul lagi dah!” Marah Hana, lantas menjeling. Adam hanya ketawa. Hana pulak dah berfikir, apa yang patut dia buat untuk balas dendam. Tiba-tiba mentol lampu dalam otak dia, menyala dengan bunyi, ‘ting!’, Hana, lantas tergelak jahat dalam hati. Dia memandang Adam dengan pandangan yang jahat, lantas dia menarik senyum sinis.


SEKARANG MASA PJK...dia bukannya gemar sangat nak bersukan berbagai, jadi dia buat keputusan untuk ponteng dan melaksanakan rancangan ‘Menjatuhkan Adam, basah kuyup, tersungkur, lagi best sebab dia pakai baju sekolah’. Dia kemudian, membetulkan letak sambung tali halus, yang menghubungkan baldi kat atas pintu tu dengan tombol pintu, tengok-tengok kalau, longgar. Nampak macam tak. Penat dia mencari tali, baldi serbuk berbagai, untuk buat perangkap yang merbahaya ni. Muahaha! Setelah yakin yang tali tu dah elok, dia pergi lalu pintu belakang dan stand on guard, kat pintu depan, tengok-tengokkan sasarannya. Kang kalau orang lain yang kena naya pulak.
    Sedang dia duduk berkawal kat depan pintu kelas tu, tiba-tiba Mai datang, lepas tu, tiba-tiba tarik tangan dia, nak pergi mana pun, tak tahulah.
   “Mai...Mai, kau nak bawak aku ke mana ni? Aku...” Mai dengan Hana tarik tali. Hana tak nak ikut, tapi Mai tetap juga nak tarik dia. Lepas tu, dia pandang pintu kelas dengan perasaan cuak. Tak kan nak tinggalkan macam tu je. Macam mana kalau orang lain yang kena? Lagi teruk kalau Cikgu Hakim. Ohh...no!!!
   Please, dengarlah...aku nak cakap dengan kau. Hal penting ni.” Mai, tarik tangan Hana kuat sampai tak terlarat Hana nak tarik balik tangan dia. Selangkah demi selangkah, dan bila-bila masa je dia terpaksa tinggalkan tapak merbahaya tu. Dia memandang berat ke arah pintu kelas yang tertutup tu. Tangan Masih ditarik Mai. No! No! Tolonglah Adam yang kena, tolonglah Adam yang kena! Tanpa sedar dia dah tinggalkan kelas 5 Inspirasi, jauh, dan sekarang mereka berada di ruang legar tingkat tiga.
   “Kenapa Mai?” Soal Hana bimbang bila nampak muka Mai macam nak nangis. Hilang terus rasa bimbang dia pada pintu kelas tu. Kawan adalah yang paling penting sekarang ni. Biarlah, siapa pun yang kena perangkap tu, kenalah. Tapi jangan Cikgu Hakim, please!
   “Na...macam mana ni?” Tutur Mai bimbang, mengurut dahi dengan dua pelipis. Lantas, mereka sama-sama duduk bersila atas lantai tu. Memang biasalah tu, duduk bersila kat situ. Memang selalu dia Mai dan Intan akan duduk kat atas lantai tu, borak-borak.
   “Kenapa ni?” Soal Hana.
   “Aiman...” Dengar tak dengar je suara Mai, menyebut. Hana terpaksa mendekatkan telinga dengan Mai, macam dia selalu buat kat A’an. Budak tu, kalau nak mintak sesuatu, bukan main slow suara dia, macam dengar tak dengar je, lepas tu siap buat senyum comel lagi. Bijak budak tu.
   “Hah?” Tak dengar. Apalah yang Mai nak cakap ni.
   “Aiman...” Perlahan, lagi suaranya.
   “Hah?” Kali ni, Hana meletakkan tapak tangan di belakang telinga. Macam nenek dia kat kampung yang pendengarannya dah tak berapa nak dengar. Sumpah, tak dengar.
“AIMAN LAH Pekak!” Mai meninggikan suara sedikit, geram. Entah kenapa masa tu lah Aiman memilih untuk jalan dekat-dekat situ. Bila terdengar nama dia kena sebut terus tegak badan dia, dan memandang ke arah Mai dan Hana yang sedang bersila.
   “Kau panggil aku Mai?” Soal Aiman yang tadinya sedang berjalan dan dah berhenti. Membuntang mata Mai tengok kelibat Aiman. Terus tak boleh nak kata apa. Dia tak memandang langsung Aiman yang ada dekat-dekat dengan dia tu. Hana mencerun memandang Mai. Mai nampak serba tak kena. Something, smells fishy, and it’s not that longkang yang ada kat bawah tu.  
   “Sibuklah kau Man, Mai tak panggil kau pun. Jangan perasan boleh?” Marah Hana. Aiman dah tersengih macam kerang busuk.
   “Habis tu yang aku dengar Man, Man tadi tu apanya?”
   “Pak Cik Man aiskrim yang selalu niaga depan sekolah tu lah.” Jawab Hana selamba. Aiman mencebik.
“Eleh.”
   “Kau. Dah...pergi main jauh-jauh sana! Sibuk je hal orang perempuan. Shuuh...shuuh!” Halau Hana, sambil membuat isyarat tangan menghalau kucing.
“Cis! Gerangan apakah kau menganggap aku seperti kucing?” Marah Aiman, lantas memandang Hana tajam.
“Eh...dah..dah, sibuk. Pergilah cari kawan kau yang cekeding terencat tu, pergi main dengan dia. Jangan kacau kita orang kat sini.” Sekali lagi, Hana menghalau selamba. Sekali lagi, Aiman mencebik.
“Gerangan apakah, kau memikirkan bahawa aku mengacau kau orang?” Ujar Aiman lagi lantas tergelak kecil. Hana dah mencebik dan Mai pulak...Hana memandang Mai. Statik. Tak bergerak dari tadi.
   “Eh...blah, boleh tak? Sibuk.” Hana bertutur selamba lagi.
   “Aku pun tak teringin nak tahu, kau orang borak apa, aku bukan minah atau mat gosip macam kau or...ehem...kau, Hana.” Akhirnya, Aiman sendiri mengalah dan meninggalkan mereka berdua, yang tengah duduk, macam fikir masalah dunia tu. Aiman tersenyum dan menggeleng kepala.
   Hana sekali lagi, mencerun memandang Mai. Mai pulak dah tak tahu nak cari tempat mana nak elak pandangan ‘Something smell fishy’ Hana. Hana menaikkan kening double jerk.
   Spill. what about Aiman?.” Ayat penyata dan soalan, berbau syak wasangka. Sekalai lagi, Mai meraup muka. Dia mendekatkan mukanya dengan Hana.
   “Semalam...” Ujar Mai, teragak-agak.
   “Kenapa semalam?” Hana menyoal kembali.
   “Aiman, semalam. Dia..”
   “Ha...ha...kenapa dengan dia?” Hana mengangguk-angguk kepala.
   “Dia cakap dia suka kat aku.” Bisik Mai, takut-takut. Hana yang mendengar hanya memandang muka Mai, tak ada perasaan. Laa...tu je ke nak cakap?
   “Laa...tu je ke nak cakap?” Soal Hana, hampa. Mai, terkejut tengok reaksi Hana. Dia ingat, Hana jadi bising, ternyata, sangkaannya meleset.
   “Kau tak terkejut ke?” Mai, pelik.
   “Nak terkejut apanya. Nampaklah Mai, dia suka kat kau. Obvious sangat. Kau tu je, yang dense...So, he finally tell you huh?” Soal Hana, selamba. Mai pulak yang terkebil-kebil, bila dengar Hana cakap macam tu.
   “Nampak, sangat, sangat?” Soal Mai, teragak-agak.
   “Sangat. Sangat.Sangat. Sangat!”  Ujar Hana juga. Sedang dia tersenyum-senyum seperti kerang busuk, tiba-tiba...
   “HANA ZULAIKHA!!!” Garau, dan kuat suara tu menyebut namanya. Sungguh dia terkejut. Dan suara ni, suara ni...Ohh...this can’t be good. Hana buat muka ‘alamak mati aku.’ Mai pulak, buat muka, ‘Apa kau dah buat ni, Hana?’ Kawan baik, memang macam tu. Bagi isyarat mata je, dah tau apa yang difikirkan dan hendak diperkatakan. Sedang Hana, berkira-kira nak lari ke tak, tiba-tiba kelibat yang paling dia tak nak jumpa, berdiri depan mata dia, terus sahaja dia bangun dari sila, begitu juga Mai. Dia tertunduk, serbasalah. See...not everything, go smoothly in your way...ingat tu Hana!
   “Apa semua ni, Hana?” Soal Cikgu Hakim, tegas. Muka Cikgu Hakim, memang tak boleh cakaplah, memang bengka tahap Dr. Banner nak jadi hijau. Serius. Macam tu lah muka Cikgu Hakim, sekarang. Lepas tu, badan dia basah dengan air paip campur kunyit. Mana Hana dapat kunyit tu, jangan tanya la. Curi, kat kantin, masa makcik-makcik kantin tengah bergosip. Mai yang tengok Cikgu Hakim, ternganga. Mai dah beristighfar dalam hati.
   “Er...er...saya...saya...eh, kejap! Mana cikgu tau, saya yang buat? Kot orang lain ke yang buat. Tak baik tau, Cikgu, main tuduh-tuduh.” Hana, bertindak membela diri sendiri. Dah tahu, salah ada hati nak bela diri sendiri lagi. Tak malu betul.
   “Oh...ye? Okey, bagitau saya, siapa je yang ada dalam kelas, kalau bukan kamu tadi?” Cikgu Hakim, bermain kata.
   “Cikgu Khairun cakap, kamu tak ada masa PJK. Katanya, kamu tak sihat.” Cikgu Hakim, cuba memancing pengakuan. Dah lagak macam inspektor soal siasat pelaku jenayah.
   “Er...er...” Hana hilang kata. Haa...matila dia kali ni. Tidak dia tak kan maafkan Adam! Grrr! Retarded Cekeding! Bentak Hana dalam hati.
   “Dah! Saya tak nak dengar alasan, Hana. Awak dengan Adam, kena kutip sampah di seluruh sekolah ni, sampai bersih, sebelum bulan depan. Awak berdua ni, suka buat saya drengan cikgu-cikgu lain, jadi gila tau.” Marah Cikgu Hakim, lantas meninggalkan Hana, termangu. Alamak! Mati! Dahlah budak-budak kat sekolah ni, tak ada tamadun, buang sampah merata. Dia, kena kutip semua sampah-sampah tu? Dia??!!!


PLASTIK SAMPAH diseret, Hana menunduk, mengutip sampah platik keropok lekor yang berisi sos. Entah dari tahun bila pun tak taula. Patutlah, Mak Mun cleaner sekola, tak larat nak bersihkan kawasan sekolah. Memang tak bertamadun betul pelajar kat sekolah ni. Dia memandang Adam sekilas, yang turut bersamanya kena kutip sampah.
   “Kenapa kau kena kutip sampah?” Soal Hana. Adam memandang Hana sekilas, lantas, mengutip sampah yang sedang terletak elok di atas jalan tar.
   “Herm...Kantoi, ponteng kelas PJK” Balas Adam ringkas. Hana menekup mulut menahan tawa.
   “Padan muka. Siapa suruh ponteng.” Ejek Hana, sambil tangan masih ligat mengutip sampah-sampah yang dia nampak, hatta sehelai daun pun.
   “Kata dulang, paku serpih, kata orang dia yang melebih...Bukan kau pun, tadi ponteng kelas PJK ke?” Balas Adam, tangan masih ligat mengutip sampah-sampah. Hana dan membuat muka menyampah.
   papejela.” Dahi, dah berpeluh-peluh. Baju kurung ni, agaknya dah basah dah kat belakang. Bahang Matahari, memang terik. Sampainya, hati Cikgu Hakim, buat Hana macam ni. Tapi, salah dia juga. Maaf la sangat-sangat. Tak ada niat pun, nak buat kat Cikgu Hakim. Cikgu Hakim, cuma mangsa keadaan je.

No comments:

Post a Comment