BAB 1
JANUARI 2009
“BOLEH TEPI SIKIT TAK? Aku macam tak selera sangat, tengok muka kau” Marah Hana
kepada sang lelaki yang sedang menghalang pintu kelasnya.
“Aik,
Na? Kau tak gembira ke tengok muka aku selepas beberapa bulan kita terpisah
ni?” Soal Adam sambil tersengih seperti kerang busuk.Mengusik. Itulah kerja dia
pagi-pagi buta macam ni. Selalu datang awal, tapi macam tak ada ‘function’
sangat. Hana pun, sebenarnya dah boleh agak, yang awal-awal pagi macam ni, muka
si Adam tu, memang tak kan lari dari pandangannya.
“Haha..tolong
jangan flatter yourself lah, retarded!
Tepilah gila.” Marah Hana.
“Kalau
aku tak nak kau nak buat apa?” Adam sengih kerang busuk lagi.
“1...2..Betul
tak nak tepi?” Hana mengira sambil memandang Adam tajam. Adam hanya mnggeleng.
“3!”
Lantas, kakinya ringan saja memijak kaki Adam dengan kuat, siap dia
penyek-penyekkan lagi.
“ADOI!”
Kuat Adam mengaduh. Hana dah tersenyum puas + sinis. Beralih terus Adam dari
pintu tu. Terus dia melobos masuk ke dalam kelas.
“Kan
aku dah kata.” Ujar Hana, lantas duduk di tempatnya.
“Kaki
gajah! Big foot!” Tutur Adam, tangan
dah membuka lilit tali kasut nak urut kaki kat dalam yang rasa macam kena
lenyek dengan treler. Hana dah tergelak-gelak dah. Padan muka, nak kenakan aku
lagi.
“Ass...pfft!”
Intan yang baru sahaja sampai, tak sempat bagi salam dah tergelak dah tengok
Adam yang dah terduduk di atas lantai, mengurut-urut kaki.
“Oi...apa
yang sudah jadi?” Soal Intan, lantas, berlalu, melangkah ke tempat duduknya,
yang bertempat di sebelah Hana. Intan menarik kerusi, lalu mengambil tempatnya.
“’Retarderd tak dengar kata’ jadi.”
Sarkastik, dia menuturkan. Intan dah faham sangat dah tu. Lalu mereka berdua
sama-sama tergelak.
“Tak apa Na. Nanti, aku balas dendam.” Ujar
Adam dari depan kelas. Hana memandang Adam dan menjelir lidah.
“Tak takut pun.”
“HANA ZULAIKHA!!!”
Alamak mati
aku! Hana yang tersedar dengan apa yang telah dilakukan tadi terkejut lalu
menekup mulutnya. Suara Cikgu Shima yang meninggi itu, bergema di seluruh
sekolah. Er...tak adalah seluruh sekolah, saja exagerate sikit.
Cikgu
Shimah menepuk baju kurung modennya yang penuh dengan habuk kapur. Kesan
balingan pemadam papan hitam yang pada awalnya di tujukan pada Adam.
“Hana,mari sini
ikut saya jumpa pengetua” Cikgu Shimah cuba menghampiri Hana. Perlahan-lahan
Hana berundur ke belakang. Dia menjeling pintu belakang kelas yang terbuka.
Cikgu Shimah semakin menghampiri, Hana semakin berundur, menanti masa yang
sesuai. Hana menghadiahkan senyuman kerang busuknya. 1...2...3...cabut!
Hana berlari lintang pukang melalui pintu
belakang. Sebelum menapak keluar dari kelasnya Hana sempat mengenyit mata pada
Intan. Yang duduk berdekatan dengan pintu belakang itu. Intan membalasnya
“Eh...Hana!”
Mai, cuba mengejarnya, namun dia sempat berpaling ke belakang menunduk sedikit
kepada Cikgu Shimah. Tanda kesal dengan sifat kawan baiknya itu. Cikgu Shimah
menggeleng-geleng kepala.
Mai
mencari-cari kelibat Hana. Tidak lama berjalan, dia ternampak kepala yang
terhendap-hendap dari belakang tiang tidak jauh dari kelas mereka. Mai
menggeleng-geleng kepala.
“Oi minah! Apa
stalk-stalk ni?” Mai menyergah Hana dari belakang.
“Oi mak kau!”
Hana terkejut. Dia mengurut –urut dadanya.
“Terkejut aku,
kau ni Mai.” Mai tersenyum.
“Apa mak-mak? Mak
aku kat rumahlah. Tak nak masuk kelas ke?”
“Takutlah...Cikgu
Shimah tu menakutkanlah. Dia nak bawak aku jumpa pengetua. Semua sebab si Adam retarded tu. Kalau dia tak start cari gaduh dulu, tak adanya aku
nak baling benda alah tu. Lepas tu
terkena cikgu Shimah. Alaaahaaii....mati aku.” Hana gelabah.
“Tu lah..salah
kau jugak. Nak dibalas-balas tu kenapa? Lantak dia oranglah. Dia orang tu, saja
nak mengacau kau je.” Mai tersenyum.
“Ehh..mana
boleh... Aku tak puas hati...I’m gonna
make them pay!” Mai menggeleng-geleng kepala.
“Hai...lantak kau orang lah, janji kau orang bahagia.
Dah. Jom masuk kelas.” Hana memandang Mai, dahinya berkerut.Dia
menggeleng-geleng kepala.
“Jom! “
“Tak nak!”
“Jom”
“Tak mahu!”
“Jom jugak! Kau kena terimalah hukuman kau.” Mai menarik
tangan Hana dan menyeretnya masuk ke kelas. Hana menggeleng-geleng kepala dan
ingin menarik tangannya kembali, namun tidak berjaya. Akhirnya mereka sampai di
pintu kelas. Mai mengetuk pintu kelas.
“Assalammualaikum cikgu.” Mai tersenyum. Cikgu Shimah
memandang Hana dengan pandangan yang tajam.
“Seronok main
kejar-kejar?” Hana tunduk rasa serbasalah. Dia memandang Adam yang
tersenyum-senyum macam kambing gurun. Dia menjeling Adam tajam. Adam cuba
mengawal tawanya supaya tidak pecah. Mulut Hana terkumat kamit mengutuk Adam.
“Awak ni kan Hana, dah banyak cerita saya dengar dari
cikgu-cikgu lain pasal awak. Tak siap kerja sekolahlah, nakalnya bukan main.
Macam lelaki. Nasib baik keputusan awak cemerlang, kalau tidak kami dah tak tau
nak buat macam mana lagi. Cubalah berubah, awak tu dah form 5 sekarang ni, cuba fikir untuk masa depan, bukan asyik nak
main je...” Cikgu Shimah meneruskan ‘ceramah percumanya’.
Ini, bukanlah kali
pertama Hana terpaksa menadah telinga mendengar ceramah yang dikhaskan hanya
untuknya, malah berkali-kali, sifatnya yang suka mengenakan orang seringkali
mendapat perhatian daripada cikgu-cikgunya. Selalu juga lah dia berperang
dengan budak-budak lelaki kelasnya, namun setiap kali tercetusnya peperangan
antara mereka, mesti dia yang tertangkap.
Setelah lebih
kurang 2 jam lebih waktu pembelajaran, Cikgu Shimah bersedia untuk keluar dari
kelas.
“Hana....if i don’t see you in detention, your
punishment will multipled...understand?” Hana mengangguk faham.
Setelah lama
menahan tawa, akhirnya ketawa Adam tidak
dapat di tahan lagi. Adam ketawa berdekah-dekah.
“Hahaha! Padan muka kau Na...hah..tulah nak lawan aku...”
Adam meneruskan tawanya. Hana, memandangnya tajam. Kebetulan, dia sedang
berdiri di papan hitam, tangannya perlahan-lahan cuba mengambil ‘duster’ di papan hitam. Sedang asyik Adam mengetawakannya tangannya ringan membaling
‘duster’ itu tepat mengena kepala Adam.
Sekarang giliran
Hana pula mengetawakan Adam. Hana asyik mengetawakan Adam, sehingga dia tidak
sedar yang Aiman berada dibelakangnya.
“Hana...” Aiman
memanggilnya, lalu Hana berpaling, dengan pantas Aiman menghembus habuk kapur
yang ada di tangannya ke muka Hana. Hana terbatuk-batuk.
Qusyairi dan
Farid, dua orang lagi kawan karib Adam hanya mampu ketawa berdekah-dekah.
Mereka malas mahu masuk campur, kerana, mereka tahu, kalau Hana dan
kawan-kawannya dah mulakan serangan, mereka akan menyerang teruk-teruk. Hanya,
Aiman dan Adam sahaja yang berani berhadapan dengan Hana dan Intan.
“Apa ni! Main
tipulah..Kau ni Aiman tak gentleman
betul.” Kulit cerah Hana bertambah cerah apabila di hiasi dengan habuk kapur.
Aiman dan Adam, ketawa tidak henti-henti. Disaat Hana di ambang kekalahan, tiba
pula Intan, penyelamat keadaan. Bakul sampah diangkutnya dan dia memandikan
Aiman dan Adam dengan sampah.
“Yes! Give me ten
girl ” Hana dan Intan sudah slap High-Ten
di tengah-tengah kelas itu, dan mereka sama-sama ketawa dan akhirnya,
kemenangan berpihak kepada Hana dan Intan. Mereka menunujukkan tanda ‘victory’
dengan jari mereka. Mai hanya menjadi pemerhati sahaja. Dia memang tidak gemar
masuk campur, nanti dia yang susah. Namun, dia terhibur dengan mereka. Mai
menarik senyum geli hati. Nasib baiklah sekarang masa rehat.
“Pergh! Ini boleh mendatangkan marah!” Keadaan Adam yang,
sangat ‘bersih’ ketika ini, dicampur dengan pasir-pasir, yang sedang elok,
menjadi syampu rambutnya, mujur sahaja isi bakul sampah tu, baru ditukar pagi
tadi, jadi, hanya, pasir dan sampah kertas-kertas sahaja yang menjadi ‘sabun’
mandinya. Adam segera mencapai beg galas Hana. Hana tidak sempat untuk
menyelamatkan begnya. Hana berang.
“Tan, kau ambik beg si retarded tu.” Untung sahaja, meja Adam berdekatan tempat dimana
Intan sedang berdiri, dia mendahului Aiman yang gelabah untuk mendapatkan beg
Adam. Intan senyum sinis. Dia memberikan beg Adam kepada Hana.
Ketika ini, mereka
memandang satu sama lain... Tajam. Keadaan mereka sekarang, seperti adengan
didalam filem lama barat. Filem koboi. Adengan dua orang musuh yang saling
berbalas pandangan tajam sebelum saling berbalas das tembakkan. Yang bezanya,
mereka tidak memegang pistol,tetapi memegang beg sekolah.
Adam berlari
keluar kelas. Hana mengikutinya.
“Baik kau bagi
balik beg aku Na, kalau tak beg kau ni akan terjun tingkat 3 ni” Adam menyuakan
beg Hana keluar beranda.
“Kalau aku tak nak juga?”
Hana mencabar.
“Kalau tak nak, beg kau ni aku lepaskan” Adam mencuba
lagi.
“Ohh...no, you wouldn’t...” Pandangan Hana
tetap pada Adam.
“Yes....i would..kau ingat aku tak berani?” Adam membalas pandangan tajam
Hana.
“You..wouldn’t!”
“I would..”
“Wouldn’t”
“Would..in the count of...one..two...”
Adam mula mengira. Hana tetap tidak mengalah
“Three...” Dan..beg itu dilepaskan. Adam
senyum sinis.
“Haahh...” Hana
memandang begnya yang kian jatuh. Hana senyum sinis, dan tanpa berfikir
panjang, beg Adam pun turut di lepaskan. Adam dan Hana sama- sama berang.
Sebelum mereka melakukan tindakan seterusnya kedengaran suara seorang budak
perempuan menjerit kesakitan.
“Sakit!” Mereka
terkejut, mereka saling berpandangan dan seterusnya, mereka memandang ke bawah
dari tingkat 3.
Kelihatan seorang
budak perempuan terduduk dek penangan dua beg yang tiba-tiba jatuh dari langit.
Nasib baik yang lain sempat mengelak. Kebetulan, kelihatan Cikgu Hakim, guru
disiplin, memandang ke atas. Sekarang, mereka hanya mampu menghadiahkan
senyuman kerang busuk kepada cikgu yang terbeliak matanya memandang mereka
berdua.
“We’re deadmeat....”
Hana mengeluh.
“KAU TAU TAK?” Soal Hana, sambil duduk bersila menongkat dagu, memandang depan.
“Apa?” Soalan, berbalas soalan. Adam pulak, sedang duduk
memeluk lutut dan memandang jauh ke depan sana.
“Ni...semua sebab kau!” Hana menoleh memandang Adam, dan
membaling rumput-rumput yang di tarik tadi, ke arah Adam. Berkerut Dahi Adam.
Aih...tadi, kena mandi dengan sampah, sekarang dengan rumput pulak?
“Apsal pulak?” Giliran Adam pulak memandang dan membaling
rumput-rumput ke arah Hana. Sebab, mereka berdua mencederakan budak bawah umur
masa rehat tadi, Cikgu Hakim, hukum mereka, cabut rumput pakai tangan. Tau tak,
kena cabut rumput kat padang ni, sampai licin? Nasib baik padang ni, tak besar
macam padang awam kat depan sekolah tu. Kalau Cikgu Hakim baik, dia akan suruh
berhenti, kalau dah naik bulunya tu, dia tak kan bagi Adam dan Hana balik
rumah. Detention tu, kena gabung
dengan cabut rumput. Macam diktator je gaya Cikgu Hakim dan Cikgu Shimah tu.
Apa nak buat, salah dia jugaklah, yang dok berperang dengan si Terencat
Cekeding ni, apa hal?
Hana memandang Adam yang sedang duduk memeluk lutut
menengadah ke langit. Apa yang interesting
sangat langit tu? Hana pun menengadah ke langit, lantas tersenyum. Cantik.
“Cantik kan?” Soal Adam tiba-tiba, sambil matanya tak
lepas dari langit yang membiru yang dicampur putih awan, dan burung-burung
berterbangan. Berkerut, Hana terus berpaling ke arah Adam. Dah kenapa, masuk
jiwa sentimental?
“Kenapa, kau tiba-tiba jadi mat sentimental.” Soal Hana,
pelik. Adam tergelak kecil.
“Kan kat atas tu ada langit? Lepas langit ada angkasa.
Pernah terfikir tak, apa yang ada beyond
the skies and the space?” Soal Adam tiba-tiba. Huh?
“Mana lah aku tau, Cikgu Hanis tak bagitau, masa sains.”
Balas, Hana, matanya di layarkan ke langit juga.
“Aku pun, bukannya kisah! Haha!” Seloroh Adam sambil
tergelak.
“Kau ni, memang, entah berapa banyak skru entah hilang.
Aku baru je, nak call ambulans, cakap ada orang gila terlepas dari Tanjung
Rambutan.”
“Orang yang terlepas tu, bukan kau ke?” Seloroh Adam.
Hana memandang Adam tajam.
“Kau nak kena backhand
aku ke?”
“Cubalah buat kalau boleh. Kau tu, pendek, aku ni tinggi,
tak sampai wei, tangan kau hatta atas bahu pun.”
“Hahaha..very
funny, i forgot to laugh, retarded cekeding!”
Hana menjeling Adam disebelahnya.
“Khairul Adam, Hana Zulaikha! Awak berdua buat apa tu?
Saya suruh awak berdua cabut rumput kan? Saya tak bagi rehat pun.” Suara Cikgu
Hakim, bergema dari pembesar suara. Lintang pukang Adam dan Hana menyambung
kerja cabut rumput tanpa gaji.


No comments:
Post a Comment