Sunday 15 February 2015

Bitter Sweet Tale (Bab 9)



BAB9

“KALIBER! KALIBER! KALIBER! ”  Hana dengan bersemangat menyokong pasukan rumah sukannya. Berikutan adalah nama rumah sukan di Sekolah Menengah ini, Kaliber- Rumah Merah, Logik- Rumah Hijau, Inspirasi- Rumah Biru, Asertif- Rumah Kuning. Dia mengikat cebisan kain ‘cotton’ di lengannya. Kebiasaan Hari Sukan sekolah ini, ialah, setiap ahli rumah sukan akan diberikan cebisan kain ‘cotton’ mengikut warna rumah masing-masing. Pelajar boleh mengikat kain itu di mana-mana yang mereka suka, ada yang mengikat di lengan, di dahi, di betis dan dimana-mana mengikut sesuka hati mereka. Disebabkan baju sukan, semua sama, mereka mengeluarkan inisiatif memberikan cebisan-cebisan kain itu untuk membezakan rumah-rumah sukan yang lain.


  “Kau simpan je lah suara kau tu untuk menangis bila kau kalah nanti.” Adam ketawa jahat. Tiba-tiba sahaja dia muncul entah dari mana.
 “Eei...buruknya ketawa. Inilah dia, orang takbur, riak, perasan. Jangan nanti bila kau kalah nanti, kau datang kat aku menangis-nangis. Dahlah masuk acara satu je, tu pun nak kecoh.” Hana membuat muka jengkel dan menjelir lidah.
“Eh, Satu pun aku kira menyumbang jugak tau.” Adam ketawa lagi. Dia mengambil tempat di sebelah Hana. Mereka memeluk lutut di atas rumput itu. Hana menjeling dan menebarkan pandangannya ke padang kembali. Kelihatan, Aiman bersungguh berlari. Peratus untuk dia menang amat cerah. Sekarang ini, dia berada di tempat kedua.
“Yeah!! Go Aiman, go! Tunjukkan kehebatan kau pada Mai.” Hana berteriak, sebelah tudungnya yang jatuh, dek kerana dia tiba-tiba bangun tadi, di selimpangkan semula ke belakang. Dan Aiman pula seolah-olah mendengar teriakkan Hana tadi, makin laju dia berlari dan sedikit lagi dia nak memotong orang ditempat pertama. Sedikit lagi, sedikit lagi...dan akhirnya, Aiman menjadi pemenang. Ahli kumpulan Kaliber berteriaklah sekuat hati.
“Haa...tengok..Kaliber menang. Yay! Aiman! Mai bangga dengan kau.”  Hana menjelir lidah lagi sekali kepada Adam dan ketawa. Adam hanya berdecit.
“Cis! Tak guna kau kawan! Tak apa. Baru sikit je tu...tengoklah bila aku dah masuk padang nanti, ternganga kau, terus mintak couple dengan aku” Adam ketawa besar.
“Eew! Don’t even go there. Geli tau tak. Tak kanlah Hana, perempuan melayu terakhir yang cun melecun ni, nak jadi perigi, mencari timba yang tak siap macam kau ni. Lainlah muka kau macam Miura Haruma.” Tiba-tiba sahaja, wajah papa A’an, terimbas di benaknya. Bukanlah sebab papa A’an tu muka dia serupa macam Miura Haruma, pelakon cerita Koizora itu. tetapi, sebab warna kulitnya. Cerah kemerahan macam Miura Haruma. Walaupun, tak berapa nampak hari tu, tapi macam boleh nampaklah yang Papa A’an tu putih.
 “Huh? Mural? Macam-macam. Dahlah, melayan kau ni, akan membawa nasib malang, nanti, tak pasal-pasal aku kalah dalam acara lumba lari tu nanti.”
“Eh! Kau.....” Adam mengenyit matanya dan tersenyum, sebelum sempat Hana memberi tindak balas. Lalu dia berlari-lari anak meninggalkan Hana, untuk menyertai acara lari 4x400. Damn you! Dia menghadiahkan pandangan tajam.
Setelah ‘cue’ di lepaskan, kelihatan Adam dan pelajar-pelajar yang lain memulakan larian mereka. Saingan, kelihatannya sangat senget. Buat masa sekarang ini, Adam berada di tempat ketiga. Farid berada di tempat pertama. Walaupun mereka berdua satu ‘geng’ di sekolah, tapi, di Hari Sukan yang penuh berbahagia ini, mereka terpaksa menjadi lawan, disebabkan rumah sukan yang lain-lain. Farid-Logik, Adam-Inspirasi. Mereka berdua, kelihatannya, sangat lagak mengorak langkah. Penonton dan penyokong pula, galak bersorak. Acara lari 4x400 meter itu, selesai setelah beberapa minit...dan keputusan akhir, Rumah Inspirasi memperoleh kemenangan mereka yang keempat.


“TEMPAT PERTAMA, berikan tepukkan untuk Rumah...Kaliber!” Kedengaran riuh suara pelajar-pelajar memberi sorakkan, tidak kurang juga yang mem-‘boo’ kan keputusan itu. Ye lah, masing-masing menyokong rumah masing-masing, mana tidak macam- macam bunyi sorakkannya. 
Rumah Kaliber mengalahkan Inspirasi dengan hanya lebih dua kemenangan, sipi-sipi lagi Inspirasi mahu menyaingi Kaliber. Memang sayang.
“ Hip! Hip! Horreyy!” 
“Hip! Hip! Horreyy!”
Dalam kekecohan tu, Hana sempat lagi mengerling ke barisan Rumah Inspirasi, mencari kelibat Adam. Untuk Adam, seorang murid yang selalu ponteng kelas PJK, boleh tahan juga dia lari. Kalau tak, masakan dia menang tadi. Adam tu je, memang pemalas. Matanya meliar mencari kelibat Adam, tapi tak nampak. Entah mana entah dia. Baru nak buat ‘victory sign’, rub it in his face. Hana mengeluh hampa, lantas kembali memandang Pengetua yang sedang memberi ucapan penutup.

SUNGGUH, DIA RASA seksa sangat sekarang ni. Seksanya, hendak bernafas. Sukarnya hendak bernafas. Dia mencengkam jantungnya yang berdegup terlebih laju. This is just, merely a pain. Sungguh, dia rasa tak kuat lagi. Peluh menitik ke lantai. Dia cuba bertahan. Dia tidak dapat merasai sedikit pun udara yang berada di kelilingnya. Seolah-olah, salur pernafasannya tersumbat. Ya ALLAH. Seksanya. Ya ALLAH, kuatkanlah diriku. Aku tak boleh pengsan, Tidak. Bukan di sini. Bajunya, di cengkam lebih kuat. Ya ALLAH, kuatkanlah diriku, Ya ALLAH...


HANA MENCERUN memandang Adam yang sedang tersengih, sambil memeluk tubuh. Hari sukan, telah pun berakhir sekarang semuanya sedang hendak beransur pulang. Ish! Apa yang dia nak ni. Sibuk je. Hana kemudian mengeluarkan basikalnya, sambil berjalan. Sebaik sahaja sampai di tempat Adam berdiri, dia mengerling ke arah Adam.
   “Apa kau nak, loser?” Ujar Hana selamba, Adam tergelak kecil.
“Apsal pulak, aku loser?” Soal Adam kembali.
“Yelah Inspirasi kalah! Boooo....” Ejek Hana, lantas tersengih nakal. Adam mencebik.
“Pehal pulak? Aku menang ye tadi. Orang lain yang buat kalah.” Balas Adam.
“Eleh, baru masuk satu acara dah kecoh. Pigi dah!” Balas Hana pulak.
“Eh! Itu satu pencapaian okey. Kau tak nak puji aku?” Usik Adam. Sekarang giliran Hana pula mencebik.
“Puji apa? Puji my foot lah!” Balas Hana, Adam tergelak kecil.
“Hah, kenapa kau melintas kat depan muka aku ni? Kau tak tau ke, yang aku tak berselera nak tengok muka kau?” Sambung Hana lagi. Hana, Hana. Sungguh Tsundere, dirimu. Tak selera konon, padahal, hati dah menari atas awan bersama dengan matahari dah. Adam tergelak kecil, lantas menggeleng kepala, tangannya di bawa ke dalam poket seluar dikiri kanan, pulak.
“Aku nak pergi rumah Qusyairi, jadi ingat nak saing dengan kau.” Tutur Adam, sambil tersenyum. Buat kesekian kalinya, hati Hana berdegup. Haa! Take me! Hana cuba membuat muka tenang, lantas memandang Adam pelik.
“Kenapa pulak, nak pergi saing?” Tanya Hana dengan penuh syak wasangka.
“Sebab...er...sebab...A’an. Ye. Aku rindu A’an. Dia cakap nak jumpa aku lagi hari tu.” Adam memberi alasan. Padahal, niat hatinya lain. Tapi, memang dia rindukan A’an pun. Walaupun, baru jumpa sekali, dia rasa agak terikat dengan budak pendiam tu. Hana menjeling lantas berdecit.
“Bukan main kawan baik kau orang kan? Kau perampas! Kau rampas anak aku.” Ujar Hana tegas. Suka, suka juga. Tetapi dia tetap paling suka A’an, walaupun Adam buat dia head over heels. Tapi, A’an macam adik dia. Kasih sayang keluarga dan...Apa ye, hubungan kita orang ni? Er...papejela. Kasih sayang keluarga dan...kan lain?
“Ada pulak. Aku ada charm tau. Tu yang A’an cepat suka Aku. Kau je yang tak tertarik dengan charms aku.” Balas Adam. Hana mencebik, lantas membuat lagi lagak nak muntah, matanya menjeling Adam. I’ve long taken by your charm, stupid monkey. Dengan selambanya, Hana berjalan mendahului Adam, dengan naik atas basikal dan mengayuh, diikuti oleh Adam. Mereka sekarang menunggang basikal sebelah-sebelah. Hana memandang sekilas Adam yang sedang mengayuh basikal, lantas menarik senyum kecil.
Adam memandang Hana sekilas, lantas tersenyum. Kakinya ligat mengayuh basikal, tetapi mencuba untuk seiiring dengan Hana, tidak mengayuh terlalu cepat atau terlalu perlahan. Kan best, kalau selalu macam ni? Mereka berdua mengayuh basikal tanpa berkata apa-apa. Biar sahaja angin yang menyapa. Biar sahaja, silent smile, tells everything. Walaupun dia tak nampak pun Hana senyum.


11 tahun dahulu...
“KAU LAGI?”
You again?”
Zack memandang gadis ketinggalan zaman tu dengan pandangan yang menyampah, begitu juga gadis itu. Zack mengeluh lantas mengambil tempat di kerusi taman.  Tempat duduk yang pertama kali berjumpa dengan gadis itu, tempoh hari. Lepas hari tu, memang banyak kali jugaklah dia terserempak dengan gadis itu, di sini. Itupun, setiap pertemuan mereka, mesti dipenuhi dengan pergaduhan mulut. Seorang cakap Bahasa Melayu, seorang cakap English. Orang patriotik, bertemu dengan rakyat Malaysia tak sedar diri. Bayangkan sahajalah apa yang jadi.
I don’t want to fight today. Not in the mood. If you want to sit here, just sit and be completely still and silent. Understand?” Arah Zack, kemudian meneguk Tiger yang baru dibeli tadi. Sungguh, dia tak ada mood nak bergaduh. Kang kalau dia bergaduh, lain jadinya. Dengan barannya lagi, nanti entah hape jadi kat budak tu kang. Gadis itu terkebil-kebil.
“Apsal pulak? Siapa kau, untuk bagitahu apa yang patut aku buat atau tak? Hah? Kau ing...”
Please. I beg you. Stay or scram.” Belum sempat gadis itu menghabiskan perkataan, dia memotong. Tolonglah dengar. Sungguh, aku tak ada mood. Mama dengan Ayah gaduh lagi. Wonder why they still together. Bukan patut dah lama cerai ke? Gadis itu memandang Zack tajam, lantas melabuhkan punggung di sebelah Zack.
“Yelah! Tapi aku buat, bukan sebab kau suruh tau. Aku lagi suka macam tu.” Ujar gadis itu tak puas hati. Suasana senyap dan dingin malam menyelubungi mereka berdua. Gadis itu memeluk tubuh. Sesekali, gadis itu memandang ke arah Zack.
“Kau ada masalah ke?” Soal gadis itu tiba-tiba.
I thought you understand english.” Balas Zack, dingin.
“Tak lah, kita ni kan sekarang kira macam jiranlah. Berkongsi tempat meluah perasaan. Jadi aku sekarang ni, tengah jadi jiran yang perihatin, Kot mana tau kau nak bercakap dengan seseorang ke apa, aku...” Zack mengusutkan rambutnya dengan kasar dan memandang gadis itu tajam.
Really?!” Marah Zack lagi. Terdiam gadis itu dibuatnya. Gadis itu meletakkan tangannya di atas kerusi, kiri kanan dan menggoyangkan kakinya depan belakang. Setelah pasti yang gadis itu tak kan tanya apa-apa, dia menjeling dan kembali menala pandang ke hadapan, dimana kolam air pancut tersergam indah. Dia meneguk baki air kuning dalam tin, sampai habis. Baru dia nak campak tin tu, apabila tiba-tiba teringat pulak yang taman tu, taman kesayangan gadis di sebelahnya ini.  Zack memandang sekilas ke arah gadis itu. Zack berdecit. Kesian pulak, budak tu. Bagi tau je lah, kalau dia nak tau sangat, bukannya mereka akan berjumpa lagi pun lepas ni, sebab dia pun nak balik London dah. Zack mengeluh.
   My house is like, some kinda warzone.” Tutur Zack, setelah sekian lama berdiam diri. Terus gadis itu memandang ke arah Zack, lantas tersenyum.
   “Nampaknya, kita ada jugaklah persamaan. Rumah aku pun macam tu.” Ujar gadis itu. Zack tergelak kecil.
   “Aku rasa, kalau kau tak kutuk negara Malaysia yang aku sayang ni, kita boleh jadi kawan tau.” Sambung gadis itu.
   In your dream.” Balas Zack. Gadis itu memandang Zack tajam.
   “Janganlah berlagak sangat. Ada kawan nak berborak, kan lebih senang. Lagi pulak, kau kat negara asing ni.” Gadis itu berkata-kata dengan ikhlas. Zack memandang gadis itu tak percaya.
   “Kau patut buang sikap sombong kau tu, dan tengok keindahan Malaysia ni. Walaupun tak ramai orang melayu baik macam aku ni, tapi tak adalah sampai tak ada langsung. Belajarlah untuk sayang Malaysia. Kau tak kan menyesal.” Ujar Gadis itu panjang lebar, sambil tersenyum. Zack senyum sinis.
   Yeah, right.” Balas Zack.
   “Betul lah! Tak caya, nak aku tunjuk?”
   How?
   “Besok, hari sabtu. Sekolah cuti besok. Jom, kita jalan-jalan naik keretapi.” Pelawa Gadis itu. Zack sekali lagi memandang gadis itu tak percaya.
   Are you serious?
  “Sangat. Lagipun, kalau kau dah duduk kat taman ni tiap-tiap malam mesti kau duduk dekat-dekat sini. Maksudnya, kita jiran. Jadi, memang wajarlah jiran melayan jirannya dengan baik, dan tunjukkan pada pelancong, keistimewaan Malaysia. Amacam? Nak ikut?” Beria gadis itu berkata-kata. Zack dah buat muka terkejut dah. Dia ada kat Malaysia ni, lagi tiga hari. Daripada duduk kat rumah yang kosong dan hari-hari dengar Mama dengan Papa gaduh, lebih baik, dia keluar tengok apa yang ada.
   “Er...I guess?”
   “Bagus! Besok, kat sini pukul 10. Datang cepat tau!” Arah gadis itu, lantas meninggalkan Zack, sebelum sempat nak balas. Siap lambai-lambai lagi tu. Zack hanya memerhatikan sahaja gadis itu berlari anak. Zack lantas tergelak kecil dan menggeleng-geleng kepala tengok gelagat gadis itu.
   I don’t even, got her name.” Setelah puas tergelak, dia pun meninggalkan taman itu, menanti hari esok. Tomorrow, here.

No comments:

Post a Comment