“KESIAN BEBUDAK
tu..” Ujar Seorang perempuan berumur
lewat 30-an.
“Siapa
nak menjaga bebudak tu?” Soal wanita yang lebih kurang sama umur dengan wanita
tadi.
“Laa...bukan
kau ke, yang nak menjaga?” Soal wanita itu lagi.
“Eh...apasal
pulak aku?” Wanita yang di soal itu terkejut.
“Eh...yelah,
masa arwahnya masih hidup, bukan ke kau rapat dengan mereka?”
“Kita
dengar dulu, apa yang Along nak cakap.” Lantas, kedua-dua mereka berlalu untuk
ke ruang tamu. Tempat berkumpul untuk berbincang.
Dia yang
mendengar, hanya boleh mengeluh dan memeluk tubuh. Lantas menggeleng-geleng
kepala. Dia turut melangkah ke ruang tamu. Dia dah nekad hari ni.
“SEKARANG ni, kita nak membincangkan soal hak penjagaan Anak Arwah
Halim dan Arwahnya si Hani. Siapa yang boleh ambil hak penjagaan mereka
sementara waktu ni?” Soal Pak Long, selaku ketua keluarga, bila dah
berkumpul-kumpul macam ni. Pak Long, menebarkan pandangan pada keseluruh isi
yang ada di ruang tamu ni.
“Abang
long, tak boleh ke jaga?” Soal Mak lang.
“Aku ni,
dah tua. Duit pun tak cukup nak menjaga. Kau tak boleh ke Lang?” Yelah tu, duit
berbakul-bakul dalam bank tu. Tak cukup. Seorang wanita tersenyum sinis, sambil
bermain-main rambutnya yang ikal.
“Apa
pulak aku Along? Aku anak ramai Long. Semua sekolah-sekolah lagi, manalah
menang tangan aku nak menjaga anak orang.” Yelah tu, tak menang tangan konon,
tapi boleh je, pergi shopping lah
apalah. Anak pun bibik yang jaga, padahal bukannya kaya sangat pun. Sekali
lagi, wanita muda itu tersenyum sinis.
“Kau
Ngah?” Soal Mak lang. Kita tengok apa alasan yang Mak Ngah nak bagi pulak kali
ni. Anak dah besar-besar, barang kemas sampai ke bahu. Apa alasan yang nak di
bagi kali ni.
“Aku ni
sibuk. Ke hulur-ke hilir. Tinggal anak lelaki aku seorang. Kan tak elok. Anak
si Halim dengan Hani tu, ada anak dara.” Yeah
right. Alasan yang tak munasabah sangat. Anak lelaki dia tu, dah tak duduk
dengan dia, kata ada anak lelaki. Pigi daa! Wanita muda itu mencebik. Sekarang
tinggal Pakcik pulak.
“Kalau
Along, Angah dengan Alang, tak boleh jaga. Acik boleh jaga.” Pakcik bersuara.
Terus, semua mata memandang Pakcik.
“Kau
jangan nak mengada-ngada Acik. Kau tu, bujang lagi. Nak jaga diri sendiri pun,
tak boleh, nak jaga tiga orang anak orang pulak.” Ujar Mak Ngah. Pakcik
terdiam, dan mengangkat bahu. Memanglah, dalam banyak-banyak orang Pakcik je
yang boleh harap.
“Habis
tu, Angahlah yang jaga!” Mak lang pulak bersuara, tegas.
“Kenapa
aku pulak? Alonglah!” Mak Ngah mengelak.
“Aku dah
kata aku tak boleh!” Akhirnya, perbincangan yang tenang tadi, menjadi perang
mulut. Memang logiklah orang nak mengelak dari menjaga anak Kakak, sebab Kakak
dengan dia, tak ada keluarga. Mereka berdua membesar di rumah anak yatim. Yang
tengah bergaduh tu pun, keluarga Abang Halim. Abang Halim pun tak ada ibu bapa,
tetapi Arwah Abang Halim, di besarkan oleh arwah Atuk dan Nenek Abang Halim.
Rasanya, dulu, selepas ibu bapa arwah Abang Halim meninggal pun, situasi macam
ni, jadi juga. Sebab tak ada siapa yang nak menjaga Abang Halim. Akhirnya, Atuk
dan Nenek Abang Halim yang dengan besar hati menjaga Abang Halim. Kakak pernah
bagitahu dia hal ni dulu. Tak sangka jadi lagi kat anak-anak mereka.
Dia
menggeleng-geleng. Hati tengah bengang. Kalau tak nak jaga, cakaplah tak nak,
habis cerita tak payah nak bagi alasan bodoh-bodoh tu! Dia menghentak meja, dan
terus berdiri.
“Kalau,
susah sangat biar Zana yang jaga! Zana rela. Zana sayang anak-anak saudara Zana!”
Zana meninggi suara. Suasana yang riuh tadi, terus sunyi. Lantas, semua
berpaling ke arah dia. Macam biasa. Pandangan yang dia dapat adalah ‘boleh ke?
Macam tak boleh percaya je.’
“Kamu
nak jaga, Zana? Boleh ke?” Soal Mak Ngah. Memang berang dia dengan soalan tu.
Anak saudara aku, suka hati aku la!
“Pak
Long rasa, lebih elok budak-budak tu di letakkan di bawah jagaan kebajikan
dulu.” Jagaan Kebajikan? Banyak cantik! Budak-budak tu, masih ada saudara lagi
tau!
“Mak
Lang pun rasa, betul cakap Pak Long kamu tu.” Zana tersenyum sinis.
“Zana
tak nak! Zana nak jaga anak-anak kakak, Zana. Kalau mak ngah, mak lang, Pak long,
susah sangat nak jaga dia orang. Biar Zana yang jaga. Zana mampu!” Zana naik
suara. Orang-orang tua ni, memang tak boleh cakap dengan lembut.
“Tengok
tu. Dengan orang tua pun tak reti nak jaga bahasa, ini kan pulak nak menjaga
tiga orang anak.” Perli Mak Ngah. Zana memandang Mak Ngah tajam.
“Sekurang-kurangnya, Mak Ngah, Zana ikhlas. Zana ada hak
nak jaga dia orang. Zana nak jaga dia orang, dan tak ada siapa pun boleh halang
Zana.” Mak Ngah, Mak Lang, Pak Long terdiam.
“Biar je lah, Zana nak menjaga. Tak kanlah nak letak kat
rumah kebajikan? Kesian budak-budak tu.” Pakcik cuba memujuk.
“Boleh, ke Zana tu jaga? Tak sesat ke budak-budak tu
nanti? Dengan agama tak cukup. Tengoklah baju dia tu.” Perli Mak Lang. Zana,
membuntang mata mendengar perlian Mak Lang. Zana memerhatikan cara dia
berpakaian. Skirt panjang, baju lengan panjang. Kalau tak tutup lagi tak
tahulah. Dia sengaja pakai macam ni, sebab kalau dia pakai macam yang di selalu
pakai tu, nanti kaw-kaw kena perli dengan mak cik-mak cik dia. Haih...dah pakai
macam ni pun, kena perli. At least,
dia pakai macam ni, hati tak busuk macam orang yang bertudung litup, tutup
semua. Zana memeluk tubuh, dan menjulingkan mata dia ke atas. Menyampah sangat.
“Alang...apa cakap macam tu, tak baik.” Ujar Pakcik. Betullah,
dalam banyak-banyak memang Pakcik je yang boleh harap.
“Baiklah, kalau kamu nak jaga sangat. Kami serahkan budak
bertiga tu kepada kamu.” Akhirnya, Pak Long memberi kata putus. Lega rasanya
hati ni. Memang dia sayangkan anak-anak saudara dia, rindu lagi sebab dah lama
tak jumpa. Nama je duduk satu negara, tapi dia terlalu sibuk nak meluangkan
masa dengan anak-anak buahnya. Kali terakhir jumpa, hari raya beberapa tahun
lepas. Zana sibuk sangat dengan outstation
di luar negara.
“Along! Kau yakin ke yang budak ni boleh jaga budak-budak
tu?” Soal Mak Ngah.
“Entahnya.” Di sokong oleh Mak Lang.
“Habis tu, kamu berdualah jaga budak-budak tu.” Terus
terdiam Mak Ngah dan Mak Lang. Zana dah tersenyum puas. Zana kemudian, senyum
‘terima kasih’ pada Pakcik. Pakcik yang faham hanya mengangguk. Athif, Afiya,
dan si kecil Akif, Makcik akan jaga kau orang baik-baik.
ZANA
TERANGKAT kening sebelah,
bila melihat ketiga-tiga anak saudaranya. Kakak, apalah yang kau dah ajar, kat
anak-anak kau ni? Zana meraup muka. Dah besar dah budak-budak ni. Tapi...Athif,
dah macam ustaz entah mana-entah dengan jubah dan kain pelekat. Afiya pulak,
tudung labuh dah, macam telekung dah. Taklah selabuh tu, tapi itulah yang dia
nampak dalam pandangannya. Dia menggigit bibir bawah. Macam mana, nak enjoy tengah-tengah malam, pergi kelab.
Kan, malu kalau budak-budak ni nampak dia mabuk malam-malam nanti? Zana
memaniskan muka tersenyum.
“Athif, Afiya,
Akif. Ingat Mak Ngah lagi tak?” Soal Zana, lantas tunduk sedikit. Menyamakan
paras matanya dengan tiga orang anak buahnya yang sedang duduk atas katil.
“Makcik
Zana. Ye, Athif dengan Afiya, ingat lagi. Rasanya Akif tak ingat kot.” Athif
menjawab mesra.
“Angah,
Along, siapa mak cik ni?” soal Akif kepada kakak dan abangnya. Afiya memandang Akif
dan tersenyum lembut.
“Makcik
kita. Makcik Zana. Kita panggil dia Mak Ngah. Akif tak ingat dia. Sebab masa Akif
jumpa dia, Akif kecik-kecik lagi.” Ujar Afiya lembut, lantas mengurut bahu Akif,
yang kecil. Zana tersenyum, lantas dia mencapai kerusi di meja solek dan
meletakkan di depan budak bertiga tu.
“Tinggal
dengan mak ngah ye?” Soal Zana lembut, selepas melabuhkan punggung, di kerusi
meja solek itu..
“Ke mana
lagi, kami nak pergi Mak Ngah.” Ujar Athif. Senyum tak lekang di bibir Zana.
“Athif, form berapa?” Soal Zana. Dia lupa umur
anak saudaranya. Dia perlu tahu, tu semua kalau nak menyekolahkan mereka.
“Athif, form 5.” Jawab Athif, ringkas
“Afiya?”
“Afiya, form 4 Mak Ngah.” Jawab Afiya, lantas
tersenyum. Zana mengangguk kepala.
“Oh...dekat-dekat
je. Ni, yang paling kecik ni?” Soal Zana.
“Akif,
darjah empat tahun ni.” Jawab Akif.
“Kau
orang tak apa ke, kena tukar sekolah?” Soal Zana. Zana tak boleh berpindah,
butik dia, berdekatan dengan rumahnya. Jadi, budak-budak tu yang terpaksa
mengikut dia.
“Saya,
tak kisah. Mak Ngah nak jaga kita orang tiga beradik ni pun, saya dah bersyukur.”
Ujar Athif tenang. Zana tersenyum lagi.
“Tapi,
Mak Ngah. Ada satu je kita orang nak mintak dari Mak Ngah.” Ujar Afiya pulak.
Zana memberi perhatian.
“Apa dia
sayang?” Soal Zana lembut. Afiya tesenyum. Sungguh tenang raut wajah anak gadis
ni.
“Kita
orang harap, dengan kedatangan kita orang ni, Mak Ngah tak perlu rasa terbeban.
Mak Ngah, boleh je teruskan hidup Mak Ngah macam biasa. Kita orang janji, kita
orang tak kan menyusahkan Mak Ngah.” Ujar Afiya. Terbuka sedikit mata Zana. Baiknya la rupanya
budak-budak ni.
“Kalau
mak ngah rasa susah, mak ngah tak kan jaga kau orang tau. Jangan cakap macam
tu. Mak Ngah tak kisah pun, kau orang nak susahkan Mak Ngah. Kita satu keluarga
kan.” Ujar Zana ikhlas. Tiga orang anak muda itu tersenyum. lembut.
“Beg,
semua dah kemas kan?” Soal Zana lembut. Athif, Afiya dan Akif dah mengangguk.
“Okey.
Jom.” Pelawa Mak Ngah. Dengan membimbing beg baju, mereka bertiga keluar dari
bilik arwah ibu bapa mereka tu. Athif, mengilas pandang kali terakhir bilik ibu
bapa mereka. Perasaan sayu, kelam, sedih menyelubungi diri. Nak nangis, tapi di
tahan. Dia yang paling tua. Dia tak boleh menangis. Dia kena kuat. Cukuplah
Akif dengan Afiya yang menangis. Dia abang sulung. Dia kena kuat.
“SIAPA
NI?” Soal lelaki itu,
mesra. Zana tersenyum.
“Anak-anak
buah Zana. Baru seminggu dia orang duduk sini.” Balas Zana, apabila Kai
bertanya. Kai tersenyum lembut, menghulurkan salam. Athif dan Akif menyambut. Afiya
pulak, sebaik sahaja, terlihat kelibat teman lelaki Zana, terus masuk bilik.
Entah kenapa pun, tak taulah.
Setelah,
siap bertudung, Afiya keluar dari bilik. Mak Ngah memandangnya pelik.
“Afiya,
kenapa pakai tudung dalam rumah? Tak panas ke?” Soal Zana, pelik. Afiya hanya
mampu tersenyum.
“Zana.
Mungkin, dia tak selesa kot, sebab Kai ada ni.” Kai ni, tak adalah alim macam Athif
tu, tapi dia tau lah jugak bab hukum agama ni, sebab dulu dia sekolah pondok.
Tapi, dia tak praktik kan islamic way,
macam Zana jugaklah. Dia ikut je Zana pergi clubbing,
dia togak je air kuning tu.
“Oh...Mak
Ngah lupa. Sorry...” Ujar Zana,
sambil tersenyum serbasalah. Afiya menggeleng kepala, tanda ‘tak apa’, lantas
mengambil tempat di sebelah Athif.
“Athif, Afiya,
Akif. Ni, Uncle Khairul. Boleh
panggil Uncle Kai je. Ni, boyfriend Mak Ngah.” Zana lantas memeluk
lengan Kai, tanpa segan silu. Kai pun hanya tersenyum. Afiya dan Athif
tersenyum segaris.
“OI,
YATIM PIATU. Jangan nak
berlagak baiklah kan.” Afiya terjatuh, kena tolak dengan beberapa orang rakan
perempuan sekelas. Kenapa pulak ni? Afiya dah berkerut dahi. Rasanya, tak
adalah pulak dia cari pasal dengan budak-budak ni. Kenapa nak tak puas hati
sangat?
“Apsal
kau pandang kita orang macam tu?” Kathy menjegil mata memandangnya.
“Amboi.
Bukan main bertudung litup, tapi bukan main kau rapat dengan Liam tu kan?” Liam
b. Hanafi. Budak sewel campur mat saleh tu? Sejak bila pulak? Budak tu, yang
beria mengendeng dengan dia, dia tak layan pun. Sumpah, tak layan. Namun, Afiya,
berdiam diri. Ingat! Sabar itu, separuh dari iman. Afiya, menjeling cuba
beredar, namun di tahan Kathy. Sekali lagi, Kathy menolak dia ke dinding.
“Kau, tu
cuba lah sedar diri sikit. Anak yatim piatu, ada hati nak sekolah kat private school ni” Bukan aku yang nak,
Mak Ngah yang masukkan dia kat sini. Mak Ngah kata, pendidikan kat sini, memang
bagus. Private school la katakan. Dia
dengan Along, ikutkan aje. Sebab, beggars
can’t choose kan? Ni pun, dia bersyukur yang Mak Ngah nak sekolahkan dia
adik beradik. Afiya, tetap mendiamkan diri. Sungguh, dia tak nak cari masalah.
Dia tak nak Mak Ngah pening.
“Heh...kau
bisu ke, Yatim Piatu? Patutlah, mak bapak kau mati. Dapat anak macam ni, aku
pun rasa macam nak bunuh diri.” Sekali lagi, Kathy menolak bahunya. Membuntang
mata Afiya, bila Kathy cakap, macam tu. Konco-konco Kathy dah tergelak-gelak.
Hati dah menggelegak, darah dah naik sampai ke kepala. Sungguh dia marah sangat
sekarang ni. Dia tengok Kathy sekarang ni, kecik besar, kecik besar je. Orang
yang dah memang di lahirkan dengan sudu perak di mulut, memang tak kan pernah
faham, bertapa payahnya dia dan adik beradik nak teruskan hidup bila ibu bapa
sekaligus, lenyap, dan meninggal dunia, macam tu je. Tak kan pernah faham. Air
mata dah mengalir.
“Loh!
Menangis ye, sebab tak ada mak bapak?” Perli Kathy. Kathy, dah tergelak-gelak
mengejek, begitu juga dengan kawan-kawannya yang lagi dua orang tu. Sungguh,
dia tak nak bawak masalah pada Mak Ngah, tapi...
PANGG!!
Kathy,
terpempan dengan tamparan yang baru hinggap ke pipi dia tadi. Dia memegang
pipinya yang bisa. Afiya dah teresak. Kathy menjegil mata memandang Afiya.
Kathy tersenyum sinis.
“Berani
kau!”
“Oi! Kau
orang nak buat apa ni?” Baru sahaja Kathy mengangkat tangan nak membalas balik
tamparan Afiya, tetapi, di hentikan dengan suara dua orang perempuan. Semua
kepala berpaling ke arah suara tu. Dua-dua orang yang bersuara tadi, memandang
satu sama lain, pelik.
“Eh! Kak
Imelda, Kak Dhia.” Terus tertunduk Kathy dan kawan-kawannya, melihat kedua-dua
orang senior di hadapan mereka. Kak Imelda sedang mencekak pinggang. Kak Dhia,
sedang memandang mereka tajam. Afiya, memerhatikan dua kumpulan kakak senior
tu. Setahu dia, Kak Dhia dan Kak Imelda, tak boleh berada dalam satu tempat,
kalau ada, mesti mereka akan bercekau, tu yang dia dengarlah.
“Hoi!
Apsal kau buat projek, belakang kita orang ni hah? Kau orang ingat, kau orang
dah senior sangat? Ingat, kau orang belum lagi jadi senior, selagi kita orang
tak keluar dari sekolah ni. Faham.” Kakak yang rambut panjang berwarna coklat
kemerahan, menolak Kathy dengan kasar. Kak Lysa, kawan baik Kak Dhia. Kak Lysa,
si cantik yang merbahaya. Gelaran Kak Lysa, di sekolah ni. Kathy, terdorong ke
belakang, lantas terjatuh.
“Kau
ingat kau kaya sangat ke, nak buli orang? Siapa yang bagi mandat? Aku ni, anak
Dato’ tau. Selagi, aku kata tak payah. Kau orang jangan berani nak buat.” Ujar
Kak Imelda, bangga. Konco-konco Kak Imelda, dah memberikan pandangan yang
mengancam kepada Kathy dan kawan-kawannya. Kathy, masih lagi tertunduk, tidak
bangun dari lantai. Afiya pelik. Kenapa kakak-kakak senior ni, selamatkan dia?
“Awak
okey?” Seorang lagi kakak senior mendekati dia dan memeluk bahu Afiya. Afiya
memandang, gadis yang sedang tersenyum lembut ni. Kak Ira, si lembut yang baik
hati. Kawan Kak Dhia juga. Afiya, tersenyum lemah, dan mengangguk. Kak Ira
mengusap bahunya lembut. Afiya menebarkan pandangan ke arah Kathy dan
kawan-kawannya. Kak Dhia, sedang melangkah ke arah Kathy yang terduduk, dia
lantas mencengkong, di hadapan Kathy. Kak Dhia, menepuk bahu Kathy dengan
pandangan kosong.
“Kalau
kau rasa, kau nak hidup dengan tenang kat sekolah ni, kau jangan terfikir pun
nak buat macam ni lagi.” Kak Dhia berkata dengan datar. Lantas, tersenyum.
Senyuman mengugut dan sinis. Kak Dhia, Si Diam yang menakutkan. Afiya, begitu
terkejut melihat kumpulan Kakak senior yang budak-budak sekolah ni, selalu
sebut. Dari hari pertama dia menjejakkan
kaki di sekolah ni. Private school,
memang lain dari sekolah biasa. Di sekolah biasa, tak ada senior-senior yang
berpengaruh, sebab kuasa yang mereka ada. Semua hidup dengan tenang je, di
sekolah biasa, tak ada senior yang mengawal sekolah, macam mereka-mereka ni.
“Sekarang,
kau orang boleh blah!” Ujar Kak Amy dengan kasar. Kak Amy, kawan Kak Imelda.
Kathy, dan konco-konconya menggelabah meninggalkan Afiya, dan Kakak-kakak
senior yang lain.
“Terima
kasih.” Ujar Afiya Lembut. Kak Imelda menjegilkan mata memandang Afiya.
“Kita
orang tak buat ni, sebab kau, okey? Kita orang buat ni, sebab macam sakit mata
sangat tengok budak yang berlagak senior ni.” Ujar Kak Imelda. Kak Lysa, dah
mengalih pandangan ke arah Kak Imelda yang sedang memeluk tubuh. Kak Lysa buat
muka menyampah.
“Tolonglah
Imelda. Nak termuntah aku dengar.” Ujar Kak Lysa. Memang betul lah kiranya, yang
kumpulan Kak Dhia dengan Kak Imelda, tak boleh ada kat satu tempat. Kak Imelda
memandang Kak Lysa tajam. Kak Lysa menjeling dan mengalih pandangan pada Afiya,
lantas tersenyum. Sungguh, Kak Lysa memang cantik. Tak nampak langsung muka
melayu. Mata pun warna biru laut.
“Kita
orang buat ni, sebab kita orang sayang dengan adik-adik junior macam awak ni.”
Ujar Kak Lysa, mesra, Afiya tersenyum.
“Dah,
jom...Yang lain dah tunggu tu.” Ujar Kak Dhia. Kak Dhia, memang pendiam.
“Okey...jumpa
lagi. Kalau Imelda lembik ni, kacau Afiya, Afiya bagitau je kita orang.” Kak
Imelda, dah membuntang mata memandang Kak Lysa, bila Kak Lysa cakap macam tu.
Kak Lysa, mula hendak melangkah pergi.
“Kejap.
Macam mana akak tau, nama Afiya?” Soal Afiya, pelik.
“Oh...kita
orang satu kelas dengan abang Afiya.” Jawab Kak Ira, lantas tersenyum. Afiya
mengangguk.
“Aku
rasa panas sangat. Busuk tau kat sini.” Ujar Kak Imelda, memerli.
“Kau ke
yang busuk?” Usik Kak Lysa. Kak Ira dah menggeleng kepala. Kak Imelda, senyum
menyampah.
“Amy,
Elle. Jom.” Ujar Kak Imelda, lantas melangkah pergi, meninggalkan Kak Dhia dan
kawan-kawannya. Afiya memandang kelibat Kak Imelda yang kian mengecil tu.
Tiba-tiba bahunya ditepuk. Dia mengalih pandang pada Kak ira yang menepuk
bahunya tadi.
“Akak
rasa, Imelda tu, macam tertarik dengan abang Afiya. Selalu dia tak baik macam
ni tau...” Bisik Kak Ira. Terbuka mata Afiya mendengar. Along, buat Kak Imelda
tertarik? Macam kelakar je. Setelah selesai berbisik, Kak Ira mengenyit mata
pada Afiya. Afiya dah tersenyum geli hati.
“Ira...jom.”
Panggil Kak Dhia. Sambil mengatur langkah, Kak Lysa dan Kak Ira melambai tangan
padanya dengan teruja. Dia membalas. Terima kasih. ‘Yatim piatu.’ Suara Kathy
terngiang-ngiang di telinganya. Dia mengatur langkah untuk ke taman sains. Rasa
macam tak ada mood nak masuk kelas. Nasib baik, kakak-kakak tu, tolong dia.
Kalau tak, mesti jadi gaduh besar, lepas tu Pengetua kena panggil Mak Ngah.
Dia, seboleh-bolehnya tak nak menyusahkan Mak Ngah.
Sedang ligat berfikir, akhirnya langkahnya sampai di
taman sains, Sekolah Aisyah Al-Umairah. Dia melabuh duduk di bangku yang
disediakan. Termenung jauh, ke dalam kolam kecil yang ada di hadapannya. Dia
menongkat dagu. Tidak semena-mena, air matanya mengalir. Umi, Abi, Angah
rindukan Umi dengan Abi. Angah rindu sangat. Umi dengan Abi meninggal dalam
kemalangan jalan raya, balik dari tempat kerja. Memang dia terkejut sangat,
bila dengar berita tu. Selama ni, dia cuba kuat untuk Akif. Sebab Akif, tak
menitiskan, hatta setitis pun air mata, bila tengok Jenazah Umi dengan Abi...dan dia pasti, Along pun
begitu. Along cuba kuat untuk Akif.
“Are you okay?”
Tegur satu suara. Dia kenal sangat dengan suara ni. Cepat-cepat dia menyeka air
mata. Haila...apa pulak, mat saleh celup ni, buat kat sini?
“Scram, Liam.
Aku tak ada masa nak layan kau.” Ujar Afiya, tegas, dengan suara sengau.
“Aku cuma nak, tau, kau okey ke tak.” Ujar Liam, lembut. Afiya
menjeling, tanpa memandang Liam.
“Kau okey ke?” Soal Liam lagi. Afiya mendiamkan diri.
Sungguh, mamat ni lah yang dia tak nak jumpa sangat. Dia tak ada mood sangat.
Nak angkat kaki tak?
“Afiya?” Soal Liam lembut.
“Shut up lah!”
Ujar Afiya lantang, lantas terbangun dan memandang Liam tajam. Sibuk sangat!
Liam terkejut dengan suara Afiya yang meninggi tu. Afiya meraup wajah.
“Lepas ni, aku tak nak kau dekat hatta 5 depa tangan pun,
dengan aku. I don’t want to see your
face, don’t talk to me, and don’t even think to look at me, ever!” Ujar Afiya,
marah, lantas meninggalkan Liam, terpinga-pinga. Air mata mengalir lagi. Ya ALLAH,
Afiya...kenapa kau marah Liam tu? Dia tak buat apa-apa pun kat kau, baik lagi.
Kenapa kau marah sangat ni? Afiya menyeka air mata.
ATHIF
MEMANDANG gadis di
hadapannya pelik. Dah kenapa minah kaya ni, duduk berdiri depan dia. Namun, Athif
tidak mempedulikan Imelda yang sedang tersenyum bangga tu. Dia sambung buat
kerja dia yang tertangguh. Imelda berang.
“Oi! Kau
patut berterima kasih pada aku tau tak.” Ujar Imelda bangga. Athif berkerut
dahi. Terima kasih? Kenapa pulak? Terus Athif memandang Imelda pelik. Imelda
dah tersenyum puas.
“Aku
baru selamatkan adik kau, dari mangsa buli. Now...let
me hear that terima kasih?” Balas Imelda. Buli? Angah? Athif memandang
Imelda risau. Imelda, sekali lagi tersenyum puas.
“Jangan
risau. She’s in one pieces.” Ujar
Imelda, lantas tersenyum. Nasib baik. Athif menunduk kembali, membaca nota
Biologi. Terus, berubah riak muka Imelda. Dia dah nak marah dah, bila...
“Terima kasih.” Ujar Athif ringkas. Imelda tersenyum.
“Kalau kau
terima kasih sangat, kau ken...” Belum sempat Imelda meneruskan ayatnya, Niel
datang menutup muka Imelda.
“Kau,
sehari tak kacau Athif boleh tak?” Marah Niel. Imelda dah menarik tangan Niel
yang menutup muka dia dengan kasar.
“Eh! Sibuklah kau Niel!” Marah Imelda.
“Maafkanlah
adik aku yang tak cukup akal ni ye. Aku tak ajar dia betul-betul.” Ujar Niel.
Athif tersenyum. Mula-mula dia tak tahu pun yang Niel dengan Imelda ni, adik
beradik. Lain sungguh, perangai mereka berdua. Lepas tu, hubungan mereka tak
macam hubungan Athif dengan adik-adik dia. Athif, lebih lembut melayan
adik-adik, kalau nak dibandingkan dengan cara Niel melayam Imelda.
“Niel.
Jangan kacau aku!” Marah Imelda. Kelompok kawan pun lain-lain. Niel berkawan
dengan budak-budak baik, macam Arl, Dhia, Payan dan lain-lain tu. Imelda pulak,
berkawan dengan budak-budak yang lebih pentingkan darjat.
“Athif,
kau kena...”
“Tu Cikgu
dah masuk. Lain kali lah, kita cakap ye.” Belum sempat Imelda hendak meneruskan
kata, Athif memotong, memberi isyarat mata ke hadapan. Imelda menoleh memandang
cikgu di hadapan, lantas memandang Athif kembali dengan pandangan tak puas
hati.
“Tapi...”
“Tu,
Cikgu.” Ujar Athif, lantas tersenyum. Dia tak nak dengar apa-apa lagi dari
Imelda. Tapi, sungguh, dia berterima kasih. Kadang-kadang, kelakar dia tengok
Imelda tu. Anak orang kaya yang sangat spoil.
Manja bukan main. Belum pernah lagi, dia berjumpa dengan perempuan yang macam
Imelda tu. Dia yakin, sebenarnya Imelda ni, bukannya jahat sangat, kalau dia
tak cari gaduh dengan Dhia tu, selalu.
“AKIF...Along nak dengar Akif baca pulak.” Arah Athif. Akif
mengangguk faham. Akif menunjukan penunjuknya pada huruf pertama Surah Al-Iqra.
Kemudian, surah Al-Iqra berkumandang ke seluruh bilik. Bila ada yang di sebut
salah, Athif membetulkan. Sudah menjadi tugas Athif, sebagai Along, untuk
mengajar adik-adiknya mengaji, kerana Ayah mereka sudah tidak ada lagi. Afiyah,
hanya mengangguk dan menanti gilirannya pulak nanti.
“Anak-anak!”
Suara yang berteriak dari bawah, menghentikan pembacaan mereka. Akif dan Afiya
memandang Along mereka. Athif mengangguk.
“Kita
berhenti setakat ni dulu ye.” Arah Athif, lantas mereka berdua menutup
Al-quran. Afiya membiarkan telekungnya. Takut, kalau-kalau Mak Ngah ada bawak
Uncle Kai balik rumah.
“Anak-anak,
oi...anak-anakku!” Teriak suara itu lagi. Mereka bergegas turun ke bawah.
Sebaik sahaja, mereka turun, kelihatan Mak Ngah tengah macam tak betul. Bila
tengok keadaan macam tu, tahulah mereka, apa yang jadi. Walaupun agak banyak
kali jugak Mak Ngah balik dalam keadaan mabuk, tapi situasi macam ni, tak
pernah tak berjaya buat mereka terkejut, campur sedih. Mereka bertiga
menghampiri Mak Ngah mereka. Uncle
Kai tengah memegang kuat pinggang Mak Ngah, takut Mak Ngah terjatuh. Apabila
Mak Ngah mendekati mereka, Akif secara refleks menekup mulut.
“Bus...”
Belum sempat Akif hendak berkata apa-apa Afiya menutup mulut adiknya. Tak ada
benda yang boleh mereka buat, tak ada benda yang boleh mereka cakap, kerana
mereka hanyalah menumpang di sini. Walaupun mereka tahu, Mak Ngah memang rela
hati menjaga mereka tetapi, mereka tetap rasa diri mereka hanya menumpang. Beggars can’t choose, kan?
“Sorry, anak-anak buah Mak Ngah,
tersayang. Mak Ngah, terminum banyak sikit tadi.” Ujar Mak Ngah, lantas
tergelak, dan tersedu. Sungguhpun mereka sedih dengan keadaan hidup Mak Ngah,
dan memang mereka nak sangat cakap kat Mak Ngah yang arak tu haram. Tapi,
kata-kata mati di lidah. Mereka hanya menumpang. Mak Ngah nak tumpangkan mereka
di rumah ni pun, mereka bersyukur. Mereka tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
“Sorry...Uncle dah cakap kat Mak Ngah kau orang
ni, jangan minum banyak sangat. Tapi, dia tak sengaja terminum banyak.” Ujar Uncle Kai serbasalah. Afiya dan Athif
tersenyum lembut dan menggeleng kepala.
“Uncle Kai Baliklah dulu. Biar saya
dengan Afiya tengokkan Mak Ngah.” Ujar Athif. Afiya dan Athif menadah tangan,
meminta Mak Ngah mereka dari Uncle
Kai.
“Eh...tak
apa lah. Biar uncle yang tengokkan.
Besok kau orang kan nak sekolah. Kau orang pergilah tidur ke apa. Tu, Akif tu
kesian. Penat dia.” Athif dan Afiya saling berpandangan dan tersenyum, sekali
lagi mereka menggeleng, lantas mengambil Mak Ngah dari Uncle Kai. Sekarang, mereka berdua pulak yang sedang memimpin Mak
Ngah.
“Uncle, boleh tengokkan. Sebab dah selalu
dah jadi macam ni.” Ujar Uncle Kai,
bimbang. Athif, tersenyum lagi.
“Kalau,
seorang lelaki dan seorang perempuan berduaan dalam bilik. Ada orang ketiga,
iaitu syaitan...dan Syaitan akan buat apa-apa je, untuk kita ikut cakap dia.
Lagi senang, dia nak menguasai kita, kalau kita tengah khayal atau mabuk,
walaupun kandungan arak tu sedikit, tetap boleh buatkan kita hilang
pertimbangan. Athif yakin, uncle tak
pernah ambil kesempatan ke atas Mak Ngah, masa dia tengah mabuk macam ni, sebab
Athif percaya yang uncle betul-betul
sayangkan Mak Ngah kami. Tetapi, walaupun perkara ni dah biasa berlaku, dan uncle belum lagi pernah termakan dengan
pujukan syaitan, tak mustahil kali ni, pak cik tak berjaya menepis pujuk rayu
syaitan tu dan perkara yang tidak diingini, berlaku. Jadi, kali ni, biarlah
kita orang, anak-anak saudaranya yang menjaga Mak Ngah, bila Mak Ngah mabuk.”
Ujar Athif, lembut. Uncle Kai
terdiam. Dia mengangguk, akur. Uncle
Kai lantas menghadiahkan senyuman lembut.
“Baiklah.
Lebih baik, macam tu.” Athif mengangguk, dan membalas senyuman Uncle Kai.
“Kalau
macam tu, Uncle Kai, balik dulu.”
Ujar Kai, lantas menepuk bahu Athif. Sungguh, dia kagum dengan anak muda ni.
Memang selama ni, dia tak pernah pun ambil kesempatan bila Zana tengah mabuk.
Kadang-kadang, macam tergoda juga. Tapi, macam Athif cakap, sayangnya terhadap
Zana, lebih membuatkan dia ada pertimbangan. Memang Zana jenis yang agak liar,
tapi belum lagi lah, Zana rendahkan maruahnya. Memang sungguh, dia terdiam bila
dengar seorang yang semuda Athif, mengeluarkan kata-kata yang lebih matang dari
dirinya.
“Uncle balik dulu. Jangan tidur
lewat-lewat, besok kau orang ada sekolah lagi.” Ujar Uncle Kai. Athif
mengangguk dan tersenyum. Uncle Kai,
lantas meninggalkan perkarangan rumah. Athif dan Afiya memimpin tubuh Mak Ngah
nya, yang sedang mabuk untuk ke bilik.
Sedang,
mereka memimpin Mak Ngah mereka, tiba-tiba sahaja Mak Ngah termuntah. Athif dan
Afiya terkejut. AstaghfiruLLAH...Muntah Mak Ngah, terkena pada tudung telekung
Afiya yang putih.
“Hehe...sorry, Mak Ngah termuntah pulak.” Ujar
Mak Ngah, khayal.
“Along,
Angah! Mak Ngah muntah. Mak Ngah sakit ke?” Soal Akif bimbang. Sungguh, dia tak
tahu, kenapa Mak Ngah muntah. Kenapa Mak Ngah, tak boleh jalan sendiri, kenapa
Mak Ngah busuk. Along dan Angah tak pernah nak bagitahu dia apa-apa, sebab dia
masih lagi kecil. Along dan Angah tersenyum, bimbang.
“Akif,
tolong Along dengan Angah, ambilkan kain dan tutup muntah ni. Takut Nanti
terpijak. Nanti, Angah bersihkan.” Arah Afiya, Akif akur. Ya ALLAH, aku tak
mampu nak bantu Mak Ngah ni. Kau bantulah Mak Ngah Ya ALLAH. Mak Ngah tak
jahat, dia seorang Makcik yang baik. Kami sayangkan Mak Ngah Ya ALLAH. Hati
Afiya berasa sayu. Air mata mulai mengalir. Along, nampak dia menangis.
“Angah.
Kuatkan diri.” Nasihat Along. Afiya mengaangguk, lantas meneruskan membantu
Along memimpin Mak Ngah, akhirnya berjaya juga mereka membaringkan Mak Ngah ke
atas katil. Sebaik sahaja, dah pasti yang Mak Ngah dah terlena, Afiya membuka
tudung teleungnya dan melipatnya kemas. Nanti, nak masuk kat dalam mesin basuh.
Afiya dan Athif, lantas turun ke bawah. Muntah Mak Ngah, perlu di bersihkan.
Sebaik
sahaja, mereka turun ke bawah, kelihatan Akif sedang membersihkan muntah tu,
betul-betul. Dua tiga kali Akif ke hulur ke hilir dari dapur ke ruang tamu
untuk membersihkan muntah tu. Entah kenapa, situasi tu membuatkan Afiya
terharu.
“Akif. Kan
Angah dah kata, biar Angah yang bersihkan muntah tu.” Ujar Afiya.
“Tak apa
lah Angah. Akif pun nak tolong juga.” Jawab Akif. Athif, kemudian menghampiri
Akif yang sedang merangkak di lantai itu, dan menepuk lembut kepala Akif.
‘Terima
kasih Akif.” Ujar Athif, lantas tersenyum. Akif dah mengangguk. Mata masih
fokus pada muntah yang perlu di bersihkan. Afiya dan Athif saling berpandangan
dan tersenyum.
“Kalau
macam tu, Angah nak tolong Akiflah!” Ujar Afiya, lantas pergi ke dapur dan
mengambil lagi, kain buruk yang boleh di buat, untuk mengelap lantai. Afiya
kemudian mengambil tempat di sebelah Akif dan tersenyum memandang Akif yang
sedang khusyuk mengelap kesan kotor.
“Mana aci!
Along pun nak tolong jugak. Ni, Along bawak baldi besar ni, sekali dengan mop.
Apa kes pakai kain je.” Ujar Athif dengan menyorong baldi beroda berisi air
dengan mop. Lantas, mereka bertiga tergelak.
‘Ya ALLAH,
KAU bantulah Mak Ngah Ya ALLAH’
“HELO?
HERNI’S CLOSET.” Ujar Zana
mesra. Itulah yang selalu Zana jawab, bila ada orang telefon. Sebenarnya, Zana
merupakan seorang pereka fesyen yang tersohor di Malaysia. Sebut, je siapa yang
tak suka dengan hasil kerja Zana. Semua suka, dari Puan Sri, Datin, anak-anak
datin, anak-anak Puan Sri, penyanyi-penyanyi, pelakon-pelakon, semua memang
suka dengan rekaan Zana. Umur pun, baru je masuk 26, dah ada Fashion Line sendiri. Sebab tu lah, dia
mampu nak menyekolahkan anak-anak saudaranya di Private School. Semua memang hasil titik peluh sendiri. Lepas tu,
dapat date dengan anak Tan sri pulak.
Siapa je yang tak mengidam nak jadi macam Norzanaliza Herni ni? Memang, dia
bertuah betul.
“Ini, Cik
Norzanaliza Herni ke? Penjaga Akif?” Soal wanita di talian sebelah.
“Ye, saya.
Boleh saya bantu? Ada apa-apa jadi kat Akif?” Soal Zana pulak, bimbang.
“Ermm...sebenarnya...”
Wanita di talian sebelah, menerangkan apa jadi kat Akif. Zana mendengar dengan
sabar. Setelah beberapa minit mendengar, terbuntang terus mata Zana, mendengar.
“Apa?!
Okey, saya datang sekarang.” Ujar Zana, lantas, meletakkan ganggang telefon,
dan berlari keluar dari pejabatnya.
“Janet...I got to go see my nephew at his school.
Cancel all my meeting.” Arah Zana tegas. Setiausahanya Janet, mengangguk
faham. Zana bergegas keluar dari butiknya.
“AKIF...kenapa pukul kawan?” Soal Zana lembut. Akif hanya
tunduk, mendiamkan diri, tak mahu cakap apa-apa. Sekarang, mereka berada dalam
bilik kaunseling Abdul Rahman Primary School. Zana memandang Akif, yang
nampaknya tak nak bagitau apa-apa. Kemudian dia mengalih pandang pada Puan
Jamilah, cikgu kaunseling.
“Cikgu.
Apa sebenarnya yang jadi?” Soal Zana.
“Saya pun
tak tahu, tahu-tahu je anak Puan Mariah dah menangis. Dia cakap, Akif pukul
dia. Bila bawak Akif datang sini, Akif diam je.” Jawab Puan Jamila. Tiba-tiba
meja Puan Jamilah di hentak kuat.
“Apa semua
ni? Saya tak tahu pulak, private school macam ni, ada budak ganas macam ni.”
Ujar Puan Mariah. Ganas? Ewah-ewah, sedapnya mengata anak orang ganas. Zana
menjeling Puan Mariah. Kemudian dia berbalik pada Akif.
“Akif,
bagitau Mak Ngah sayang. Kenapa Akif pukul dia? Please...Akif sayang Mak Ngah tak?” Zana memujuk. Akif mengangguk.
“Then...kalau sayang, bagilah tau Mak
Ngah. Kenapa pukul kawan?” Soal Zana lembut. Zana mengusap rambut Akif.
“Pleaseee...” Pujuk Zana lagi.
“Dia...”
Akif akhirnya bersuara. Zana memasang telinga.
“Dia?”
Soal Zana. Akif mulai menangis.
“Akif...tak
mahulah nangis. Shh...sayang..” Zana memeluk erat tubuh kecik Akif.
“Di...dia
cakap, yang Mak Ngah nanti masuk neraka, sebab Mak Ngah selalu balik
malam-malam dengan lelaki. Akif tak nak Mak Ngah masuk neraka. Akif nak Mak
Ngah masuk syurga, dengan Akif, dengan Along, dengan Angah dengan Umi dengan
Abi, jadi...jadi..Akif geram, Akif pukul Danish.” Ujar Akif sambil teresak.
Hatinya tersentuh. Dia pun tiba-tiba menangis sekali. Akif..Akif...Akif...
Manalah budak tu tahu, aku selalu balik dengan lelaki? Dia mengalih pandang
pada Puan Mariah. Mesti Puan Mariah, si penjaga tepi kain orang tu. Puan Mariah
tu, duduk kat kawasan rumah dia. Tengoklah tu. Pakai tudung, tapi mulut macam
puaka. Ada ke ajar anak bukan-bukan. Puan Mariah, dah melarikan pandangan.
Puan
Jamilah ternganga dengan penyataan Akif tu. Keadaan agak janggal.
“Jadi,
itulah punca sebenarnya. Rasanya, kita boleh selesaikan hal ni secara damai
kan?” Cadang Puan Jamilah. Puan Mariah, dan Zana mengangguk. Damai my foot la wei! Zana bengka. Dia
tiba-tiba teringat kata-kata Akif tadi. ‘Akif nak Mak Ngah masuk syurga’
Sedikit sebanyak, kata-kata itu menyerap ke jiwanya.
“AFIYA
TAK TERINGIN nak jadi macam
budak-budak lain yang sebaya dengan Afiya ke?” Soal Zana tiba-tiba. Hari ni,
Zana dan Kai cuti. Jadi mereka membawa Afiya, Athif dan Akif berjalan-jalan di
Alamanda. Shopping. Dia pun, tak
pernah belanja anak-anak saudaranya lagi. Sekarang ni, Zana Afiya dan Akif
sedang berjalan-jalan dalam Parkson. Athif dan Kai pulak, sedang menunggu
mereka di medan selera. Lelaki, mana nak ikut perempuan pergi shopping. Terutama kalau shopping baju.
“Maksud
Mak Ngah?” Soal Afiya sambil membelek-belek baju di dalam Parkson. Akif pun dah
memandang Zana pelik. Tangan Akif, masih lagi kemas dipegang Zana.
“Tak
adalah. Macam...hah...” Zana mengambil sehelai ‘sundress’ berwarna pink tidak
berlengan, corak bunga-bunga. Comel sangat baju tu.
“Cantik
tak?” Soal Zana, tangan sebelah masih tidak melepaskan tangan Akif. Afiya
tersenyum dan mengangguk.
“Cantik.”
Balas Afiya ringkas.
“Jadi,
maksud Mak Ngah...Afiya tak teringin ke nak pakai baju comel-comel macam ni? Mini skirt, evening gown...dan baju-baju yang buat kan kita nampak cantik.
Bukannya Mak cik nak cakap Afiya tak cantik, Afiya memang canik, tapi lebih
cantik kalau pakai baju-baju macam ni...” Ujar Zana, sambil menunjukkan baju tu
kepada Afiya. Sungguh rugi Afiya ni. Sebab, Afiya ni cantik. Rambut cantik,
badan pun boleh tahan cutting nya.
Macam rugi je di sembunyikan kecantikkan tu...dan sebagai seorang pereka fesyen,
she knows pretty, when she sees one...dan
Afiya ni, memang cantik. Anak saudaranya itu, hanya tersenyum. Lantas,
mengambil ‘sundress’ tu dari Zana, dan menyangkutkan kembali baju tu ke
tempatnya, dan bergerak untuk ke tempat lain pulak. Zana hanya mengikut.
“Cantik
tu, subjektif kan, Mak Ngah?” Soal Afiya, kaki masih melangkah, dan tangan
masih membelek baju-baju yang ada.
“I Guess so...” Jawab Zana, pelik. Lain
yang di tanya, lain yang di jawab.
“Tapi...cantik
tak pernah subjektif di mata ALLAH.” Zana terdiam. Bab, ketuhanan lagi, dia
memang cukup lemahlah bab ketuhanan ni. Kakak. Apa kau dah ajar kat anak kau
ni?
“Cantik di
mata ALLAH, adalah tahap keimanan seorang muslim tu. Bertapa akur kita dengan
perintah-NYA. Tahap cinta kita terhadap Islam. Bila semua tu dah tahap yang
tinggi, masa tu lah. Kita jadi manusia yang cantik di Mata DIA. Dan, seorang
wanita itu, paling cantik, kalau dia menutup auratnya dengan sempurna. Afiya
tak nak jadi cantik di mata manusia je, Afiya nak jadi cantik di mata ALLAH dan
Rasul juga.” Sambung Afiya lagi. Jatuh, kelepek kat muka dia. Seorang wanita
itu, paling cantik kalau dia menutup aurat? Habis dia? Habis dia ni? Zana
merhatikan pakaian yang dia pakai hari ni. Sungguh tak cukup kain. Sleeveless dress berwarna biru muda,
corak petak-petak. Rambut pula di ikat separuh. Tiba-tiba dia rasa segan pulak.
“Mak Ngah,
Akif nak mainan superman.” Ujar Akif, setelah sekian lama terdiam. Zana
menunduk memandang Akif dan tersenyum lembut.
“Ye
sayang! Nanti, kita pergi kedai mainan ye?” Zana mencadangkan dan tersenyum.
Akif dah tersenyum gembira, dan mengangguk dengan teruja.
“Hah! Mak
Ngah! Ni, cantik kan?” Ujar Afiya teruja, sambil menunjukkan blouse panjang
paras lutut berwarna putih, jenama Scarlett. Uih...panjang betul blouse tu nak
oi. Tapi...
“Cantik.”
Zana tersenyum.
“BETUL
KE UNCLE DENGAR Athif tak pernah menitiskan air mata pun, bila Mak
dengan Ayah Athif pergi?” Soal Kai, ingin tahu. Zana yang cerita kat dia dulu,
masa Zana baru balik dari pengebumian jenazah Kakak dan Abang Ipar Zana. Athif
yang tersentak mendengar soalan itu, menala pandangan kepada Kai. Athif tersenyum
segaris dan mengangguk sedikit. Kai menghirup air nescafe yang di beli tadi.
“Kenapa?”
Soal Kai lagi.
“Athif
kena kuat, Uncle Kai. Cukuplah, Afiya
dengan Akif je yang menangis. Athif, abang sulung.” Balas Athif tenang. Kai
memandang raut wajah Athif yang tenang.
“You know, Athif...Abang sulung pun
manusia juga. Dia boleh nangis, kalau sedih, dia boleh mengamuk kalau marah,
dia boleh ketawa bila gembira.” Ujar Kai, lembut. Sungguhlah, dia kagum sungguh
dengan budak ni. Walaupun baru je 17 tahun, tapi dia seorang lelaki yang sangat
matang, kalau nak dibandingkan dengan Kai, yang dok kejar dunia je. Athif
tersentak, lantas menggeleng.
“Athif
kena kuat Uncle. Athif tak nak
adik-adik Athif, putus harapan. Kalau Athif, lemah...pada siapa adik-adik Athif
nak bersandar? Pada siapa adik-adik Athif nak kumpulkan kekuatan?” Ujar Athif.
“How bout you? Pada siapa Athif nak
bersandar? Pada siapa Athif nak kumpulkan kekuatan? Athif...We’ll break if we keep it bottled up inside.”
Dia pernah rasa macam Athif rasa dulu, masa ibunya meninggal dunia. Dia simpan,
dan akhirnya dia break dan sebab
itulah dia sekarang lebih senang untuk mengadu dengan arak, menjerit dengan
muzik disko. Semua sebab dia nak lepaskan geram Semua sebab dia tak nak nangis.
Semua, sebab dia nak elak dari perasaannya sendiri. Selepas bertemu dengan
Athif adik beradik, membuatkan dia berfikir kembali tentang perasaannya yang
cuba di elak tu.
“Uncle memang nampak je macam ni, tapi uncle pun pernah kehilangan orang yang
penting buat uncle.” Ujar Kai, sayu.
Athif memandang Kai kosong.
“Athif..Bukan
Afiya dengan Akif je yang sayang kat parents
Athif. Athif pun sama. Athif, mempunyai hak untuk menangis sebanyak Afiya
dengan Akif.” Sungguhpun dia yakin yang Athif tidak akan jadi macam dia yang
lemah. Tetapi, seorang lelaki dan anak sulung, berhak untuk tunjukkan
kelemahan. Kalau tak pada adik-adik Athif pun, dia berhak tunjukkan sedikit
kelemahan dia pada orang yang lebih tua, kerana dia masih muda.
“Athif?”
Panggil Kai. Akhirnya titisan jernih pertama, turun ke pipi Athif. Kai
tersenyum lembut. Let it all out kid.
Athif meraup muka.
“Athif
takut, Athif tak mampu jadi macam Umi dengan Abi. Athif takut, Athif belum
boleh lagi jadi pembimbing keluarga Athif. Athif takut, I’m not good enough. Athif takut adik-adik Athif, tak percayakan
Athif. Athif takut Uncle Kai. Athif
takut.” Ujar Athif, air mata Athif mengalir tanpa henti. Kai menepuk-nepuk bahu
Athif memberi kekuatan.
Selepas
Umi dengan Abi meninggal, hari ni lah, hari yang dia menangis paling lama sekali.
Lepas ni, dia berjanji, tak kan menangis lagi. Tidak akan sekali-kali. Cuma,
hari ni. Cuma hari ni. Biarlah dia melepaskan segala yang menyelubungi
fikirannya. Cuma hari ni, Ya ALLAH. Athif, menangis sepuas-puasnya, di hadapan
orang yang dah di anggap macam abang ini. Uncle Kai baik, cuma dia lupa. Ya
ALLAH, kau bantulah Mak Ngah dengan Uncle
Kai Ya ALLAH.
“Terima
kasih Uncle Kai.” Ucap Athif,
setelah, tangisannya berhenti.
“Along!”
Panggil Afiya, yang baru sahaja balik dari membeli-belah. Dia cuba membuat muka
biasa. Segala sisa air mata di seka. Athif tersenyum.
“Hah...dah
habis shopping?” Ujar Athif. Afiya,
Akif dan Mak Ngah mengangguk, lantas mereka mendekati meja yang sedang Uncle Kai dan dia duduk.
“Along...”
Afiya menunjukkan jam di tangan. Athif melihat. Ya ALLAH, dah pukul 3. Athif
mengangguk, lantas bangun dari duduk.
“Athif nak
ke mana?” Soal Mak Ngah. Athif tersenyum.
“Nak cari
surau Mak Ngah. Athif ambik adik-adik Athif sekejap ye.” Ujar Athif, lantas
meninggalkan meja makan dan membawa Afiya dan Akif, untuk mencari surau. Mak
Ngah dan Uncle Kai mengangguk.
Zana
memerhatikan tiga susuk tubuh anak-anak saudaranya yang makin mengecil.
“Hai...apa
lah yang kita buat ni, Kai.” Ujar Zana, lantas mengambil tempat di hadapan Kai.
mata masih tak lepas memandang belakang Athif, Afiya dan Akif yang sedang
berjalan.
“What?”
Soal Kai, pelik.
“Anak-anak
tengah cari surau nak solat. Kita ni, sebagai orang tua ni menunggu. I mean...what are we doing?” Ujar Zana,
sayu. Sungguh dia malu dengan anak-anak saudara dia.
“Yeah...I know...” Kai bersetuju.
ZANA
MEMBUKA pintu gril, yang
berkunci. Sebaik sahaja dia masuk ke rumah, dia mendengar suara yang
sayup-sayup membaca Al-Quran. Sungguh, lunak suara yang membaca ni.
Zana
meniti tangga perlahan-lahan, lantas membuka sedikit pintu bilik solat, untuk
mengintai. Alangkah terkejutnya dia, melihat siapa yang sedang membaca Al-quran
tu. Akif! Air matanya mengalir. Ya ALLAH, macam mana, seorang budak sekecil
Akif, boleh baca Al-Quran dengan suara yang begitu lunak. Athif pula,
menganggguk mendengar bacaan Akif. Dia terduduk, di atas lantai luar bilik
solat tu, dan menangis. Ya ALLAH, apa yang aku dah buat dengan hidup aku selama
ni? Air mata dia biarkan mengalir. Aku nak jadi baik Ya ALLAH.
“I WANNA BREAK from our relationship.” Alangkah, terkejutnya mereka apabila mereka mengatakan
perkataan itu serentak. Kai dan Zana saling berpandangan, lantas tergelak
kecil. Restoran makanan barat itu, agak lenggang hari ni. Selalu memang ramai.
“Kenapa?”
Soal Kai, tenang. Zana tersenyum.
“Zana nak
belajar jadi orang yang lebih baik, untuk anak-anak saudara Zana. How bout you?”Soal Zana pulak.
“Kai nak
belajar jadi orang yang lebih baik untuk Zana.” Balas Kai. Zana tersenyum.
Walaupun memang sedih nak menamatkan hubungan selama 8 tahun ni, tetapi dia
lega. Kalau betul Kai jodoh dia, dia dengan Kai akan bersatu jugak nanti.
“Kai,
sayang Zana. That’s the fact. Tapi
kalau setakat sayang je tak cukup kan? Kai kena belajar, macam mana nak jadi
ketua keluarga, dan seorang lelaki yang baik untuk Zana.” Ujar Kai. Zana
menunduk dan tersenyum.
“Kalau,
Kai rasa Kai dah bersedia Kai akan jadikan Zana, isteri Kai. Kai nak jadi baik.
Kai nak jadi imam kepada solat Zana.” Sambung Kai lagi. Zana mengangguk. Air
mata jernih, mula jatuh ke pipi. AlhamduliLLAH Ya ALLAH.
“Zana
boleh tunggu Kai?” Soal Kai. Zana mengangguk lagi.
“If ALLAH wills it...Yeah..I wait for you.”
Ujar Zana, teresak. Dia menyeka air matanya yang nampaknya tak nak berhenti.
“In Sha
ALLAH...” Ujar Kai ringkas.
“Seems like, my niece and nephew give quite
an impact huh?” Ujar Zana, lantas tersenyum. Kai pun tersenyum, lantas
mengangguk.
“Kai
banyak belajar dari dia orang. Kelakar kan? Sepatutnya, Kai yang mengajar dia
orang, bukan dia orang yang ajar Kai.” Ujar Kai. Zana tergelak kecil dan
mengangguk. Kakak, Abang Halim. Terima kasih sebab lahirkan dia orang ke dunia.
“So, i guess this is the end huh?” Ujar
Zana. Kai menggeleng dan tersenyum lembut.
“No...this is the beginning. Semoga,
ALLAH redai niat kita ni Zana.” Ujar Kai, lembut. Zana mengangguk.
“So, I guess...Zana balik dulu okey?”
Ujar Zana , lantas bangun dari kerusi, begitu juga Kai.
“Anyway...you look really nice today.”
Ujar Kai, lantas, bergerak meninggalkan Zana.
“Bye...” Ujar Kai, lantas keluar daripada
restoran. Zana melihat penampilan, dirinya hari ni. Walaupun belum lagi
bertudung, tetapi, dia memakai blouse panjang, lengan panjang dan berseluar
jeans longgar. Ya ALLAH, semoga dia boleh mula bertudung tidak lama lagi.
USAI
SOLAT ISYAK, ZANA MENCAPAI
Al-quran terjemahan kecil di meja sisi katil. Walaupun, dia belum lagi lancar
membaca Al-quran, tetapi dia boleh baca sikit-sikit. Dia membuka surah An
Nisaa.
An Nisaa, Ayat 135. Wahai orang-orang yang
beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan,
lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana ALLAH sekalipun terhadap
diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang
didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada saksi
yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu, bertimbang rasa), kerana ALLAH
lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa
nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu
memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi) maka
sesungguhnya ALLAH sentiasa, mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu
lakukan.
An Nisaa, Ayat 136. Wahai orang-orang
yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada ALLAH dan Rasul-NYA, dan kepada
kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada Rasul-NYA (Muhammad, s.a.w), dan
juga kepada kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan
sesiapa yang kufur ingkar kepada ALLAH, dan Malaikat-Malaikat-NYA dan
Kitab-Kitab-NYA, dan Rasul-Rasul-NYA dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya
ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
Zana,
kemudian menutup dan menjungjung Al-Quran terjemahan itu. Buat masa ni, baca
sikit-sikit dulu. Nanti, kalau dah lancar boleh baca banyak sikit. Sesungguhnya
dia tidak pernah rasa setenang ini. AlhamduliLLAH, ALLAH menemukan dia dengan
budak-budak tu.
Sementara
itu, di luar bilik Athif, Akif dan Afiya sedang mengintai Mak Ngah yang baru
selesai membaca Al-Quran. Perlahan-lahan, mereka tutup kembali pintu bilik Mak
Ngah. Akif tersenyum.
“Along,
Angah. Suara Mak Ngah sedap kan, bila
baca Al-Quran?” Ujar Akif, polos. Athif dan Afiya mengangguk lantas tersenyum.
“Dah, jom
tidur, besok nak sekolah.” Ujar Athif. Afiya dan Akif hanya menurut.
AlhamduliLLAH, Ya ALLAH, kau dah membantu, Mak Ngah. Athif terdengar Afiya
teresak, lantas Athif memandang Afiya, dan tersenyum. Dia mengusap kepala
Afiya, lantas berbisik.
“Say, AlhamduliLLAH” Bisik Athif, lembut.
“AlhamduliLLAH,
Ya ALLAH.” Afiya tersenyum, begitu juga Athif.
4
TAHUN KEMUDIAN...
“ASSALAMMUALAIKUM
WARAH MATULLAH...” Kai memberi
salam, lantas membaca doa selepas solat, dan doa-doa tambahan juga. Dia
berpaling ke belakang. Zana menghulur salam, Kai menyambut. Zana lantas mencium
tangan suaminya. Diikuti oleh, Athif dan Akif. Mereka kemudian, bangun dari
duduk, lantas melipat sejadah. Yang perempuan melipat telekung.
“Jom, hari
ni, Pak Ngah belanja makan. Cakap je kat mana, Pak Ngah bawak.” Pelawa Kai.
Sudah masuk setahun, dia berkahwin dengan Zana. Zana sudah pun bertudung.
Betullah, Afiya cakap. Perempuan paling cantik, kalau dia menutup aurat.
Walaupun, bertahun jugak Zana menunggu, namun penantian Zana dan juga dirinya
berbaloi, kerana dia sudah pun layak untuk menjadi imam kepada keluarga Zana.
“Akif nak
pergi makan western.” Ujar Akif yang
sudah pun meningkat remaja.
“Ada
pulak. Afiya nak makan makanan jepun.” Ujar Afiya pulak.
“Athif
rasa, lebih baik makan makanan melayu je. Murah.” Tutur Athif.
“Ish! Along
ni, spoil je. Kata Pak Ngah nak
belanja, baik kita ketuk Pak Ngah bagi yang mahal-mahal sikit.” Gaduh Afiya.
Zana tergelak melihat gelagat anak-anak saudaranya. Dia dan anak-anak
saudaranya, makin rapat. Kalau dulu, budak bertiga tu, cukup susah nak mintak
sesuatu, sekarang dah tak dah. Mereka dah lebih berani mengetuk Pak Ngah dan
Mak Ngahnya sekarang.
“Mak Ngah,
rasa kita ikut cakap Akif lah. Sebab dia yang paling muda.” Ujar Zana. Athif
dan Afiya dah mencebik.
“Mak Ngah,
memang. Manjakan sangat Akif tu.” Afiya merajuk.
“Janganlah
merajuk Afiya. Tak apa, macam ni, kita bungkus sikit western, sikit jepun dan
bungkus sikit makanan melayu. Kita makan kat rumah. Hah apa macam plan Pak Ngah?” Ujar Kai pulak.
“Okey
jugak tu.” Athif bersetuju.
“Eii!
Apalah Pak Ngah dengan Along ni!” Serentak, Zana, Akif dan Afiya berkata-kata.
Kai tergelak, lantas menggeleng-geleng kepala.
“Okeylah,
jom kita keluar je lah dulu. Nak makan kat mana kita fikir dalam kereta.” Ujar
Kai.
“Okey!”
Mereka semua bersetuju.
Butik Zana
dah di jadikan, sebagai butik muslimah. Berfesyen menutup aurat, menjadi garis
panduan Butik Zana. Nama butik tu, masih lagi Herni’s Closet. Cuma isi kat
dalam butik tu, dah berubah. Tak ada lagi, rekaan pakaian yang tak cukup kain.
Afiya dan Athif pula, sudah mulai sambung belajar di kolej. Mungkin, tahun
depan, Athif akan sambung Ijazah Sarjana Muda di Jepun, dalam bidang Kejuruteraan.
Afiya pulak, memilih untuk belajar dalam negara sahaja, kerana cita-citanya nak
menjadi Cikgu. Akif pula...Akif macam tu jugaklah dia. Cuma, makin besar dia
makin nakal. Kai pula, dah ganti tempat ayahnya jadi CEO di syarikat Architecture. Zana dengan Kai, In Shaa ALLAH, akan berbahagia
hingga ke akhir hayat mereka, bersama dengan Athif, Afiya dan Akif. Kerana ALLAH,
kita orang sangat bahagia. AlhamduliLLAH, Ya ALLAH. Ya ALLAH, kau tempatkanlah
Kakak dan Abang Ipar ku di kalangan orang yang beriman.
Sungguh,
ALLAH Maha Penyayang, dan Maha Pengampun. Islam pulak agama yang terlalu indah
untuk di gambarkan dengan kata-kata. ALLAH akan bagi kita sedar dengan apa cara
sekalipun, tak kira lah, kita tersedar bila tengok orang lain ke, kita tersedar
masa tengah baca Akhbar ke. Atau, bila bangun tidur je terus rasa ‘aku nak jadi
baik’. Yang penting, jangan pernah lupa yang Hidayah tu milik ALLAH, dan jangan
sesekali kita berpaling dari Hidayah yang ALLAH berikan. Berusahalah kita ke
arah kebaikkan nescaya, there’s a good
thing waiting for us. Kasih Sayang ALLAH tu, luas. Bersyukurlah kita kalau
kita yang ALLAH pilih untuk menerima Hidayah-NYA. Berusahalah kita untuk
mencari cinta ALLAH.


besttttt.. tapikan.. semua cerpen ni ada kaitan ek ngan citer Kisah Azoroza
ReplyDeleteTak adalah kaitan sangat..hehe..Yang Buku nota tu ye..sebab pasal Ira. Yang ni, tak sangat...diorang just buat special appearance jer dalam citer ni...Kalo tak bace cerpen pun, boleh lagi follow cerita Kisah Aozora tu...
DeleteTerima Kasih, Asyu. :)