Sunday, 19 January 2014

Idolomantis Diabolica (BAB 35)


BAB 35

“ALHAMDULILLAH YA ALLAH. Kau berikan aku peluang untuk melihat dunia yang selama ni, memang indah. Kau berikan aku peringatan tentang Hari Akhirat. Kau menemukan jodohku dengan orang yang selama ni, dekat denganku. Kau berikan aku Hidayah-MU. Kau menjadikan aku orang yang lebih baik. Kau memudahkan jalanku untuk menemui-MU Ya ALLAH. Kau menyemai perasaan cintaku terhadap-MU, terhadap RasuluLLAH dan juga terhadap isteriku. Sesungguhnya, aku bersyukur kepada-MU Ya ALLAH. Kau berikan aku peluang untuk berubah. Kau menemukanku dengan orang yang baik-baik. Sesungguhnya, nikmat yang telah ENGKAU berikan kepadaku, tidak dapat ku zahirkan dengan kata-kata. Aku cuma boleh berdoa kepada-MU agar segala amal ibadat yang aku lakukan selama ini, dapat diterima oleh-MU Ya ALLAH. Semoga, Aku tidak lagi berpaling dari Hidayah-MU Ya ALLAH. Amin Ya Rabaal Alamin.”  Aki mengaminkan doanya. Dia mengerling jam di dinding. Pukul 3.30 pagi. Kemudian melipat sejadahnya. Dia baru sahaja selesai bersolat tahajud dan sujud syukur tadi. Sungguh, dia rasa tenang sangat sekarang ni. Dia kemudian menutup lampu bilik solat dan keluar dari bilik itu.
              
     

     Dia membuka pintu biliknya perlahan-lahan. Yah sedang nyenyak tidur. Dia kemudian duduk di sisi katil Yah, kemudian mengusap rambut Yah yang lembut dan lurus. Dia tersenyum lembut memerhatikan wajah Yah. Lantas, Aki mengucup dahi Yah dengan lembut. Dan berbisik...
              “I Love You.”



23 September 2013 ( 12.01AM )

“NAH. HAPPY BIRTHDAY AKI.” Ujar Ateya sambil menghulurkan kotak kecil kepada Aki, sebaik sahaja Aki masuk bilik. Aki tersenyum dan mengambil huluran kotak tu. Mereka berdua kemudian melabuhkan punggung di sisi katil. Aki lantas membuka balut hadiah dan membuka tutup kotak. Seutas Jam Tangan Polo berwarna putih, terletak elok dalam kotak tu.
              “Jam je? Biar betul. Kata dah jadi orang kaya dah.” Seloroh Aki. Ateya mencerun memandang Aki.
              “Mahal tu! Polo tau tak. Kalau tak nak, bagi balik kat orang, orang jual, dapat balik duit.” Rajuk Ateya, lantas menjeling Aki.
              “Ada ke dah bagi, nak ambik balik? Tak baik tau, buruk siku. Anyway...” Aki lantas memaut bahu Ateya dan mengucup dahi Ateya.
              Thanks, honey.” Jantung Ateya ‘skip a beat’ dengan perbuatan Aki tu. Sungguhlah, walaupun dia dan Aki dah meluahkan rasa hati dah lebih seminggu, tapi hati dia tak pernah berhenti menari, setiap kali Aki membelai dan memanjakan dia. Muka mula merona merah. Kali ni, dia tak buat-buat tenang lagi. Bila segan dia tunjuk segan. Bila gelabah, dia tunjuk gelabah. Bila tak keruan dia tunjuk tak keruan. Penat tau tak, nak buat muka tenang setiap kali Aki peluk, pegang tangan dia dan belai dia.
              “Muka merah. Ingat comel?” Usik Aki lagi. Ateya memandang Aki dan mencebik.
              “Bukan ingat, tapi memang comel. Kalau tak, Aki tak tegur.” Balas Ateya dengan bangga. Aki kemudian tergelak kecil dan mencubit pipi Ateya.
              “Yelah tu! Cubit pipi tu sampai kempis baru tau.” Ujar Aki, lantas melepaskan cubitannya dari pipi Ateya. Ateya mengusap pipinya yang kena cubit tadi. Aki kemudian menutup kotak jam tu dan meletakkan kotak itu di meja sisi di tepi katil.
              “Ingat tak, hadiah yang orang bagi kat Yah, masa birthday Yah hari tu?” Soal Aki tiba-tiba. Terus sahaja Ateya memuncung...
              “Mana tak ingatnya. Dahlah tak bagi apa-apa, cuma Ais-Krim dengan cup phone je. Aki lagilah kedekut.” Balas Ateya. Aki hanya tergelak kecil.
              “Eh...ni, orang ada bagi bracelet ni.” Ujar Aki, sambil meraba rantai tangan yang elok melingkar di pergelangan tangan Ateya.
              “Ni, bukan hadiah hari jadi. Tak sedar diri betul.” Marah Ateya, lantas menjeling.
              “Yelah. Masa birthday Yah kan Aki tak sayangkan Yah lagi. Orang tak tahu nak bagi hadiah apa. Takut nanti Yah terperasan yang orang suka kat Yah, padahal tak pun. Masa tu lah. Masa Aki tak sedar diri.” Ujar Aki. Ateya mengalih pandang pada Aki.
              “Hah. Tahu pun.” Tutur Ateya. Aki lantas tergelak.
              Anyway, bukan pasal tu Aki nak bincang sekarang ni.” Ujar Aki, lantas memandang Ateya penuh makna. Ateya dah memandang Aki pelik. Apasal pulak Makhluk ALLAH ni?
              “Cuba ingat. Apa yang Aki cakap masa birthday Yah dulu?” Aki menduga. Ateya dah berkerut dahi, berfikir. Apa bendanya? Tak ada benda apa yang dia ingat melainkan ais-krim, The Grave of Fireflies, Telefon Cawan dan Baru Ateya teringat sesuatu. ‘...aku nak bagi kau satu permintaan. Mintak je apa-apa. Aku akan buat’ Wishes? Terus Ateya memandang Aki balik. Aki dah tersenyum.
              “Dah ingat balik dah?” Soal Aki.
              “Tak cukup ke Polo tu?” Ateya menyoal Aki pulak. Aki tersenyum, dan menggeleng. Ateya membuat muka tak rela.
              Fine...Disebabkan hari ni, hari jadi Aki, Yah bagi Aki satu permintaan. Mintak je apa-apa, Yah akan tunaikan.” Ujar Ateya. Jangan mintak bukan-bukan sudah. Aki tersenyum.
              Ateya terkejut, apabila Aki tiba-tiba memegang kedua-dua bahunya dan membaringkan Ateya di atas katil dengan dengan lembut. Terbuntang mata Ateya memandang Aki yang sekarang ni, betul-betul kat atas dia. Dup! Dejavu. Agaknya dah berapa kali dah eh, situasi macam ni jadi? Sungguh, jantungnya rasa tak keruan sekarang ni. Agak-agak degupan jantung dia ni, laju tak macam kereta F1 Shumacher tu? Tak, lagi laju dari tu. Terkebil-kebil Ateya memandang Aki yang sedang menarik senyum di atasnya.
              “Ada satu benda yang Aki nak dari Yah dari mula, Aki sedar Aki sayangkan Yah. Tapi, sampai sekarang Yah belum bagi lagi kat Aki. So this is the one and only birthday present that you need to give me, tonight.” Ujar Aki, dengan nada suara yang lembut dan memikat. Muka Ateya dah merona merah. Tangan Aki kemudian menutup satu-satunya lampu yang menerangi bilik mereka, iaitu lampu meja di atas meja sisi. Sekelip mata keadaan gelap. Jantung Ateya berdegup sekuat-kuatnya. Tak tahu pulak, kalau Aki dapat dengar. Mujurlah, keadaan gelap, tak adalah Aki nampak muka dia yang betul-betul dah merah menyala ni.
              Ateya dilanda gementar, segan yang teramat sangat. Dia agak terkejut, bila merasa satu sentuhan lembut melurutkan lengan baju tidur suteranya. Namun, dia tidaklah mengelak, dia hanya membiarkan sahaja perbuatan suaminya itu. Sebaik sahaja dia merasakan yang Aki makin rapat dengannya, dia dapat dengar degupan jantung Aki yang kuat. Rupanya, bukan dia sahaja yang tak keruan. Aki pun begitu. Lantas, bau minyak wangi Boss makin kuat menusuk ke hidungnya. Sudah tiba masanya, bukan? Walaupun, segan, takut dan semua perasaan yang sewaktu dengannya, tetapi  Ateya akhirnya, berjaya menerima semua sentuhan lembut Aki...

2 comments: