Wednesday, 8 January 2014

Idolomantis Diabolica (BAB 31)



BAB 31

“BILA ALONG nak ada isi?” Pisau yang tugasnya, memotong cili merah, tergantung. ALLAH! Umi, janganlah soalan tu lagi. Kita orang tak buat apa-apa pun lagi, mana nak ada isi? Ateya resah. Dia susahlah nak jawab soalan cepumas tu. Ateya sambung memotong cili merah. Hari ni, hari pertama puasa. Umi, dan Ateya tolong Mama dan bibik Mama, di dapur, Nenek pun ada. Hari ni, semua berkumpul di rumah Papa dan Mama, nak berbuka puasa.


              “Isi apa Umi?” Tanya Ateya, selamba. Buat-buat tak tahu.
             “Ish! Budak ni, tanya lagi. Isi dalam perut tu haa. Bila?” Umi, mengulang soalan. Mama yang sedang menumis bawang goreng pun, dah beralih pandang padanya.
              “Ye, tak ye kamu ni Along. Dah lama juga kan, kamu dengan Aki kahwin?” Soal Nenek pulak. Sedang duduk mengupas kentang. Umi dengan Mama, dah cakap, tak payah tolong, tapi nenek degil. Nak juga duduk dapur tolong. Ohh...no! Not nenek sekali.  
              “Belum ada rezeki lagi.” Yup...jawapan klise. Tu je, jawapan yang selamat sekarang ni. Tak kan nak bagitau Mama, Umi, Nenek yang Aki belum lagi menyentuhnya. Sentuh-sentuh sikit ada lah. Mahunya terkaku, tiga orang wanita di hadapannya ini. Masa mula-mula, memanglah Aki ada cuba, tapi dia halang. Takut mak aih! Dah lah, Aki tu, kawan baik sendiri satu, lepas tu, masa tu tidak ada cinta antara dia dengan Aki, lagi. Memang takutlah, dia nak bagi Aki sentuh dia. Lepas tu, lepas Aki dah berubah lebih baik ni, belum lagi lah, Aki cuba nak serang dia secara paksa. Sama ada, Aki cuba tahan, atau pun Aki belum lagi boleh menyayangi dia sebagai seorang isteri.
              “Dah lebih, setengah tahun Teya. Kita dah masuk bulan puasa dah pun. Tak kan tak ada lagi? Mama risaukan Teya dan Aki. Tak nak cuba check kat doktor?” Cadang Mama. Bawang goreng di angkat. Ateya terkejut dengan cadangan Mama tu. Sumpah, heart skip a beat. Ya ALLAH...there’s nothing wrong, with her...Ateya boleh mengandung dengan normal. Cuma, belum lagi.
              “Mama...Teya rasa, Teya tak ada apa-apa masalah kalau nak mengandung. Cuma, belum ada rezeki. Mama, Umi dengan Nenek, jangan risau. Kalau ada rezeki, Teya akan lahirkan anak yang comel gila, untuk Mama, Umi dengan Nenek.” Ateya tersenyun memaniskan muka. InsyaALLAH.
              “Mama, Umi dengan Nenek, doakanlah supaya Teya cepat-cepat mengandung.” Ateya memujuk. Umi, Mama dan Nenek tersenyum.
              “Hmm...yela...yela...Mama doakan, supaya Teya dengan Aki, cepat-cepat dapat anak.” Mama, memeluk bahu Ateya. Ateya tersenyum. Haih...nasib baik, Mama, umi dengan nenek, berhenti tanya. Kalau tak, mampus dia nak menjawab. Dia menarik lafas lega perlahan. A Mum. That wouldn’t be such a bad idea kan? Keempat-empat wanita sambung kerja masak. Hari ni, lauk, Asam Pedas kepala Ikan. Kuah Lemak Udang. Ketam Goreng Cili dan beberapa lagi lauk lain. Meriah tak meriah?


“ASSALAMMUALAIKUM” Aki memberi salam. Ateya menjawab salam dari dapur. Ateya yang sedang menumis bawang untuk masak sambal udang, tersentak apabila Aki, tiba-tiba menjenguknya di dapur.
              “Yah. Masak apa hari ni?” Soal Aki. Masa bulan-bulan puasa ni, memang Aki dan Ateya, masing-masing balik awal, nak berbuka sama-sama. Ateya, balik lebih awal, untuk masak juadah berbuka.
              “Sambal Udang, Sayur Soon Goreng, Sup Ayam. Dan oh! Sotong Goreng tepung.” Balas Ateya, mata masih tidak lepas memandang kuali yang sedang berisi cili mesin.
              “Meriah betul. Nanti, kita pergi bazaar nak?” Cadang Aki. Ateya memandang Aki, mencapai tangan Aki, nak tengok jam. Baru pukul 5.00 Semua dah nak siap masak dah. Dia kemudian melepaskan tangan Aki, dan sambung masak.
              “Okey. Kau nak cari apa kat bazar?” Ateya memasukkan udang beberapa ekor ke dalam sambal yang dah garing, kemudian mengacau sambal udang.
              “Kuih. Food...or anything yang ada kat bazar tu lah.” Balas Aki. Ateya mengangguk, faham.
              “Pergi mandi dulu. Busuk!” seloroh Ateya. Tangan masih ligat memasak itu ini.
              “Eh...ada pulak. Dia tu yang busuk. Bau belacan, bau bawang, bau udang, semuanya ada.” Usik Aki. Ateya memandang Aki jengkel.
              “Ha.Ha.Ha. Aku tak tau pun kau kelakar. Boleh la masuk lawak ke der, jadi hos sekali dengan Nabil, dia seorang tu.” Ateya meloyar buruk. Dia loyar buruk, boleh, aku tak boleh? Aki, tergelak kecil.
              “Ye lah Sayang.” Ujar Aki, lalu berlalu ke hadapan, untuk naik ke bilik, mandi. Sayang, lagi. Sungguh, hatinya, darahnya tak pernah berhenti berderau bila dengar Aki panggil dia macam tu. Dia sayangkan Aki. Aki pun begitu ke? Memanglah akhir-akhir ni nampak layanan Aki, macam dah lain sikit. Tapi, dia tak kan tahu, kalau Aki tak bagitau. Tak kan dia yang pandai-pandai nak perasan? Dan...sangatlah tak aci, kalau Aki je yang boleh buat jantung dia berdegup-degup laju, Aki je yang boleh buat dia gelabah, sedangkan dia keliru, tentang apa yang Aki rasakan. Sangat tak aci. Dia pun, nak bagi Aki rasa, apa yang dia tengah rasa sekarang.


“MAK OI...ramai betul.” Ujar Aki. Usai solat Asar tadi, dia dan Yah, sama-sama keluar untuk ke Bazaar Ramadan Putrajaya. Banyak juga juadah, yang di jual. Aki melihat keliling. Eh...kejap?
              “Yah? Yah..” Aki memanggil-manggil Yah, dalam orang ramai tu. Susahnya, ramai orang ni. Isteri sendiri hilang pun tak perasan.
              “Aki..Aku kat sini.” Ujar Yah, sambil mengawang-awangkan tangan ke arah Aki. Yah, sekarang tengah berdiri di hadapan gerai Roti John. Aki menggeleng kepala.
              “Oi...dah banyak ni. Nak beli lagi ke?” Soal Aki, terkejut dengan membawa beberapa plastik di tangan. Memang banyak. Kuih tu, kuih ni...Sata ikan, sate, murtabak.
              “Alaa...sikit je ni...Aku macam teringin nak makan.” Rayu Yah.
              Really? Sata teringin, sate teringin, murtabak teringin, kuih teringin. Mengidam ke?” Perli Aki. Padahal, dia tahu, mana mungkinlah Yah mengidam. Dia belum buat apa-apa lagi pun.
              “Ha. Ha. Ha. Aki...kelakar sangat Ki...” Yah menjeling, Aki tersenyum kecil.
              “Mak Cik, ingat tak? Bulan puasa jangan ikut nafsu. Berdosa sekiranya kita membazir. Besok kan, ada lagi.” Nasihat Aki. Lepas tu, baru Yah macam sedar.
              Fine...dah jom balik! Sebelum aku tergoda lagi...” Yah menarik, tangan Aki, meninggalkan perkarangan Bazaar Ramadan. Aki dah tersenyum dan menggeleng-geleng. Yah. Dari dulu, memang macam tu. Bila pergi bazar ramadan je, semua nak borong. Lepas tu, tak habis, bagi kat dia. Dia lah, yang bukan main susah habiskan semua makanan tu. Nak buang, sayang. Yah simpan duit belanja sekolah, hanya sebab nak beli kat bazar je. Kelakar betul.


“YANG NI, OKEY TAK?” Soal Ateya sambil menunjukkan, sepasang baju kurung berwarna merah jambu. Bajunya, kosong. Kainnya petak-petak. Kira songketlah. Tapi, memang cantiklah. Sebab, walaupun bajunya kosong, tapi di leher dan hujung lengan baju tu, corak petak-petak. Memang dah berkenan sangat dah dia dengan baju kurung tu. Aki memerhatikan baju yang ditunjukkan.
              “Erm...okey...cantik.” Jawab Aki. Bulan puasa, sudah pun sampai ke pertengahan. Sayangnya, bulan puasa dah nak habis. Selama Aki dan Ateya berpuasa bersama, mereka tidak lupa, untuk menambahkan pahala, dan mendekatkan diri dengan ALLAH. Mereka bersolat sunat bersama. Tarawih pun, setakat ni, belum lagi di tinggalkan. AlhamduliLLAH. Semua atas Keizinan-Nya.
              “Aku beli yang ni ye?” Soal Ateya, Aki mengangguk lagi.
              “Okey...cantik tu.” Balas Aki. Ateya memberikan baju kurung merah jambu tu kepada cashier kedai tu. Sekarang mereka berada di Nilai 1, untuk mencari baju Raya. Sementara di sini, Ateya cari kan juga baju raya untuk Umi dan Mama. Walaupun, dia tahu, Mama mesti dah beli baju raya dengan Papa, tapi dia nak juga belikan untuk ibu mertuanya itu. Sebenarnya, harga baju di Nilai 1 ni, boleh tahan mahal tau. Memanglah, orang dok sibuk, kecoh baju kat sini murah-murah. Tapi, tak ada nya. Harga kadang-kadang lagi mahal dari baju yang berjenama. Nasib baik Ateya mampu jugaklah.
              “Lepas ni, kita cari baju kau, Mama dan Umi pulak.” Cadang Ateya. Cashier dah bagi pulang baki, baju tu. Plastik beg berisi baju, bertukar tangan. Lepas ni, nak cari baju untuk Aki, Mama dan Umi pulak. Mungkin adik jugak kot, walaupun Ateya tahu, adik tu dah lebih dari mampu, tapi, sekali sekala nak manjakan adik, apa salahnya kan? Adik lah seorang, adik manja, intan payung.
              “Hah? Nak kena jugak ke? Tak boleh ke, pakai kemeja je?” Soal Aki. Ateya sudah berpaling memandang Aki di sebelah.
              What?
              “Tak boleh?”
              “Manalah ada orang raya pertama pakai kemeja kat Malaysia ni. Lagipun, almari baju kau tu, aku tengok, tak ada bang sepasang pun baju melayu. Westernize betul.” Ujar Ateya.
              “Mana biasa pakai baju Melayu. Dah lama tak pakai. Lupa. Nak letak butang baju melayu tu, kat mana pun, tak tahu...” Aki, cuba membela diri. Ateya menggeleng-geleng kepala.
              No...no, my husband... Raya tahun ni, you have to wear Baju Melayu...and it must be pink...” Terus lipat maut Aki memandang Ateya, bila dengar perkataan ‘Pink’
              Pink? Seriously?” Aki terkejut, Ateya dah tersenyum. Sebenarnya, dia dah lama dah teringin nak buat. Pakai baju raya sedondon dengan suami. Memanglah orang kata macam boria, tapi dia rasa macam comel.
              Pink. Pink!” Ateya bersorak, tapi tak adalah kuat, cukup cuma dia dan Aki je yang dengar. Aki dah buat muka ‘Oh no!’. Mereka jalan beriringan, ke parkir kereta.



“YAH...I’M DYING here.” Adu Aki, lantas terbaring di lantai dengan gentelan tepung masih di tangan. Yeap, it’s baking kuih time. Yah sedang sibuk, menggentel tepung untuk kuih tat nenas. Kali ni, dia nak buat kelainan sikit. Tat nenas, memang dia buat, tapi dia nak cuba buat tat coklat pulak. Ada ke? Disebabkan tak cukup tangan, Yah memaksa Aki, untuk turut sama membuat kuih raya. Macam masa mereka budak-budak dulu. Rasa nostalgia, deja vu pun ada juga.
              Really? Die, after dah habis gentel tepung tu.” Seloroh Ateya, selamba. Dah berapa dulang dah, kuih tat yang mereka dah siapkan. Susah tau, buat kuih tat ni.
              “Sampai hati...I’m your husband tau..” Rajuk Aki. Yah, tersenyum.
              “RasuluLLAH, the great man, ever...tolong isteri dia masak, jahit baju, buat kerja rumah. Ni, kau...buat kuih tat sikit dah merengek. Ntahpapentah.” Aki terdiam, memandang Yah tajam. Fine...dia memang kalah bab-bab jadi suami macam RasuluLLAH. Dia teringin, tapi tak mampu lagi.
              Fine...lepas ni, nak buat kuih apa lagi?” Soal Aki, mengaku kalah.
              “Kita ada lagi, nak buat Almond London, Honey Cornflakes erm...apa lagi? Tu je la kot.” Balas Yah.
              “Tu je kot? Banyaklah tu, Cik Ateya oi...” Ujar Aki.Yah dah tergelak kecil. Dari lepas balik tarawih, sampailah, ke subuh esok harinya, mereka berdua masih lagi membuat kuih. Penat, memang penat. Tapi, penat gembira, sebab terluang bersama isteri sendiri. Dah lama, dia tak lepak buat kuih dengan Yah.
              Lagi 3 hari puasa dah nak habis, dia pun sudah mula bercuti. Bulan puasa dah nak habis? Sayangnya. Pada Aki, yang jahil dulu, bulan Ramadan banyak bagi peluang pada dia untuk lebih rapat dengan ALLAH, sebab syaitan tak ada, nak halang. Lepas bulan puasa ni, Syaitan akan di lepaskan dan dia takut dia akan lalai lagi. Ya ALLAH, lindungilah diriku dari terlalai Ya ALLAH.

No comments:

Post a Comment