BAB 29
“ASSALAMMUALAIKUM,
KAK TEYA...” Suara Nun, yang macam baru
lepas menangis, berkumandang di telinga.
“Walaikummussalam,
Nun?” Ujar Ateya bimbang.
“Kak...”
Dengar Nun teresak. Berkerut dahi Ateya.
“Kenapa
ni Nun?” Soal Ateya. Bimbang dah tahap 6/10.
“Nun...”
“I’m happy Kak. Saja nak bagitau Kak
Teya. Kirim salam dekat Abang Aki, dan...” Nun terhenti sejenak.
“...dan
L sekali.” Sambung Nun, kali ni, esakkannya makin jelas.
“Nun!”
...dan tuutt...Talian dimatikan. Ateya masih ternganga. Ya ALLAH. Kesiannya
Nun. Datin Anita ni, tak dengar ke, anak dia tak rela? She’s silently, screaming for help. Kalau tak kenapa dia call
Ateya? She must’ve want someone, to save
her. Oh...no... Ateya mengalih
pandang pada Dayah di sebelah, yang sedang tekun berkerja.
“Kenapa?
Siapa tu?” Soal Dayah. Dia memandang Dayah sayu.
“Dayah..”
Rengek Ateya. Mata dah berair.
“Kenapa
kau ni?” Ujar Dayah pelik.
“Dayah...”
Air mata mula mengalir.
“Laa...kenapa
ni?” Soal Dayah lembut.
“Dayah,
kesian Nun dengan L.” Sungguh dia bersimpati dengan nasib Nun. Kalau nak
dibandingkan dengan dia. Dia lebih bernasib baik. Nun, tak pernah rasa kasih
sayang mak dengan ayah, walaupun mak dengan ayah dia ada. Lepas tu, mak dia tak
tahu pun yang Nun tu suka kat orang lain. Walaupun, Nun dengan Adik tak ada
hubungan apa-apa lagi, tapi dia tahu, Nun suka adik dan Adik suka Nun.
“DATO’ AKHIL...ada orang nak jumpa.” Dato’ Akhil mengangkat muka dari fail-fail yang
di hadap dari tadi. Dia berkerut.
“Ada
buat appointment?” Soal Dato’ Akhil
tegas. Setiausaha Dato’ Akhil hanya menggeleng.
“So, jangan bagi dia masuk. Saya sibuk,
tak ada masa nak layan.” Ujar Dato’ Akhil. Dingin.
“Tapi,
dia kata, ada hal nak bincang pasal anak perempuan Dato’.” Setiusaha itu
menyambung. Dato’ Akhil memandang setiusahanya, tajam.
“Saya,
tak kisahlah, pasal anak perempuan saya ke apa. Kalau bukan pasal bussiness, saya tak kan layan. Sekarang,
awak keluar. Jangan ganggu saya.” Marah Dato’ Akhil. Setiausaha Dato’ Akhil
menutup kembali pintu pejabat, dan memandang L. Wanita itu menggeleng.
“Kan
saya dah cakap tadi. Dia tak kan, jumpa awak sembarangan.” Ujar wanita itu,
serbasalah. L mengeluh. Ni, memang tak boleh jadi ni. Dia mengalih pandang pada
wanita itu.
“Cik.
Saya mesti masuk.” Sebenarnya, dia dapat tahu dari Along dengan Aki yang Nun
telah pun di tunangkan dengan lelaki yang bukan pilihan Nun. Along kata, lelaki
tu, lelaki tak baik. Selalu pergi ke Pub. Lepas tu balik, sampai lewat malam.
Siap mabuk-mabuk lagi. Aki yang Along pun, rasa jenuh mengikut lelaki tu, dari
siang ke malam. Hidup lelaki tu, hanya bergelumang dengan keduniaan. You know...party all night before we die...Dia
tak akan serahkan Nun, pada lelaki yang sebegitu.
“Tapi...”
Wanita itu teragak-agak. Sedang wanita itu, berfikir, terkebik-kebil, nak bagi
masuk ke tak. L dengan pantas membuka pintu pejabat, tak sempat pun wanita tu,
nak menghalang.
“Eh!
Encik.” Ujar wanita itu separuh meninggi. Namun, L sudah terlebih dahulu masuk
ke dalam pejabat. Dato’ Akhil yang melihat, hanya menjegilkan mata.
“Siapa
awak ni? Baik awak keluar sebelum saya panggil pegawal keselamatan.” Tegas
Dato’ Akhil.
“Dato’,
Saya Al-Hidayat. Saya nak bincang dengan Dato’ pasal Nun.” Tidak mempedulikan
L, Dato’ Akhil terus mencapai telefon, untuk menelefon, pengawal.
“Saya
nak jadikan Nun, isteri saya.” Kata-kata L itu, membuatkan Dato’ yang telah
melekap kan telefon ke telinga terhenti. Dato’ Akhil lantas meletakkan kembali
telefon ke gangang. Dato’ Akhil memandang L dingin. Dia lantas duduk dan
menyilangkan kaki di kerusinya.
“Apa
yang buat awak rasa, awak layak jadi suami anak saya?” Soal Dato’ Akhil serius.
“Saya,
akan cuba sedaya upaya untuk bahagiakan dia. Saya akan sentiasa ada dengan dia,
walaupun keluarga dia sering tak ada. Saya akan bantu dia semampu saya. Saya,
sayangkan Nun, Dato’. Saya tak kan biarkan dia berkahwin dengan lelaki yang
boleh buat dia menderita.” Ujar L, jujur. Dato’
mengangkat badan sedikit dari kerusi. Macam terkejut dengan kata-kata L
tadi.
“Apa
maksud awak, yang awak tak kan biarkan Nun kahwin dengan orang yang boleh buat
dia menderita?” Soal Dato’ keliru. L memandang Dato’. Sekarang ni, dia pulak
yang keliru. Tak kan Dato’ sebagai Ayah, tak tahu yang Nun dah bertunang?
“Apa
maksud awak tadi?” Dato’ Akhil ulang, kali ni, lebih tegas.
“Nun
dah bertunang dengan Faizul minggu lepas.” Balas L, perlahan. Dato Akhil,
terkejut. Matanya terbeliak.
“Apalah
yang Anita dah buat kat Nun ni?” Dato’ Akhil meraup muka. L agak tersentak.
Rupanya, Dato’ Akhil memang mengambil berat pasal Nun...dan itu, melegakan L.
“Saya
tak tahu. Saya ada bussiness trip di
London minggu lepas...lepas tu, saya terlalu sibuk, dengan kerja. Tak tahu
pun apa yang jadi kat anak sendiri.” Dato’ Akhil, sebenarnya memang sayangkan
anak perempuannya yang seorang tu. Tapi, dia tak pernah tunjukkan. Dia sayang,
tapi, dia lebih pentingkan kerja. Dia mengambil berat, tapi lebih pentingkan
kerja. Faizul. Dia kenal budak tu. Dia tahu, macam mana sifat budak tu.
Walaupun, dia sibuk dengan kerja, tapi, tak adalah sampai dia mahu anak sendiri
menderita.
“Sebab
tu, saya, ada kat sini. Saya nak mintak kebenaran Dato’ untuk berkahwin dengan
Nun.” Ujar L, merayu. Dato’ mengangkat muka memandang L.
“Awak,
yakin, awak boleh bahagiakan anak tunggal saya?” Soal Dato’ Akhil. L
mengangguk. Dato’ memandang L, berfikir.
“Kalau,
awak boleh putuskan tunang Faizul dan Nun, saya akan izinkan.” Ujar Dato’ Akhil
tenang. L menarik nafas lega. AlhamduliLLAH.
“SAYA TAK
KAN BENARKAN.” Ujar Datin Anita. Adik, Aki
dan Ateya, hampa. Susah tahu tak, nak menjejak Datin Anita ni. Banyak betul
persatuan yang dia pergi. Nasib baik, boleh stop
dia kat depan rumah ni.
“Tapi,
Datin, ni mengenai kebahagiaan Nun, Datin.” Ujar Ateya, separuh merayu.
“Sebab
saya nak bagi dia bahagialah, saya nak kahwinkan dia dengan Faizul tu. Anak
orang kaya. Lepas ni, biar dia tak hidup susah.” Tutur Datin Anita bangga.
“Tapi,
Faizul tu, bukan orang baik, Datin.” Giliran Aki pulak bersuara.
“Habis,
adik awak ni, baik lah?” Datin Anita, menunding jari ke arah L, dan tersenyum
sinis.
“Tolonglah,
saya tahu apa yang terbaik untuk anak saya. Jangan ajar saya didik anak.” Tegas
Datin Anita.
“Tapi,
dia tak cintakan Faizul.” Adik pulak, yang bersuara.
“Habis.,
dia cintakan awak ke?” Soal Datin Anita. L, tersentak. Memang, dia tak tahu,
sama ada Nun, cintakan dia atau tidak, sebab Nun, tak pernah bagitau dia
apa-apa, dan dia pun tidak pernah meluahkan apa-apa pada Nun. Tapi, dia
yakin-seyakinnya, yang dia tak mahu Nun berkahwin dengan Faizul. Kalaupun, Nun
tak cintakan dia, dia akan hentikan perkahwinan Nun dengan Faizul, dan
mendoakan Nun, jumpa orang yang lebih baik.
“Datin,
tolonglah jangan seksa anak Datin macam tu. Datin, dah hilang, lebih 20 tahun
masa dengan dia, janganlah seksa dia lebih daripada apa yang Datin dah buat.”
Rayu L, ikhlas. Datin Anita dah berkerut muka.
“Hei!
Awak tak ada hak nak cakap macam tu dengan saya. Dia anak saya, suka hati saya
lah, nak kahwinkan dia dengan siapa.” Marah Datin Anita.
“Tapi,
Datin...”
“Dah!
Saya tak nak tengok muka awak bertiga lagi. Baik awak keluar dari pagar rumah
saya, sebelum saya panggil pengawal.” Potong Datin Anita. Dahi L, berkerut.
Agaknya, keluarga Nun ni, memang suka panggil pengawal.
“Tak
Datin. Datin, tolonglah dengar apa yang saya nak cakap.” Tegas L. Datin Anita
dah memerah muka tahan marah.
“Saya,
tak nak dengarlah...Awak keluar...”
“Datin.
Saya sayangkan Nun. Saya sayangkan anak Datin, saya akan cuba buat Nun
bahagia.” Giliran L pulak memotong. Datin Anita menjegilkan mata.
“Apa
yang boleh buat dengan bahagia tu? Boleh, beli rumah banglo macam ni, sebiji?
Boleh tambahkan pembesaran syarikat? Boleh, belikan emas dan berlian? Boleh
buat keluarga kami kaya? Sekurang-kurangnya, kalau saya kahwinkan Nun dengan
Faizul, bolehlah Faizul, menambahkan kekayaan kami ni. Bolehlah, nama keluarga
kami ni, menjadi besar, dalam kalangan golongan-golongan yang besar. Bolehlah,
orang pandang tinggi pada kami.” Datin Anita berbangga.
“Apa
nilai, semua tu, kalau nak dibandingkan dengan kebahagiaan seorang anak?” Ujar
L, tak percaya. Umi, tak pernah macam tu. Umi, tak pernah nak lebihkan harta
berbanding kebahagiaan dia dan Along. Aki dan Along pun, hanya mamandang dengan
pandangan yang sama macam L. Pandangan simpati.
“Nun,
anak saya, jadi dia kena ikut cakap saya.” Tegas Datin Anita, tanpa
mempedulikan soalan L.
“Tapi,
dia bukan patung Datin, dia manusia. Dia, sentiasa fikirkan, apa yang patut dia
buat, untuk Datin dengan Dato’, nampak diri dia, dengar suara dia. Watch closely, and really listen. ”
Tegas L pulak. Datin, terdiam.
“Mummy, Nun tak nak kahwin dengan
Faizul.” Keempat-empat kepala berpaling pada suara yang bercakap. Dari tempat
parkir kereta, Nun, perlahan-lahan, berjalan ke arah Datin Anita.
“Tak.
Nun, kena kahwin juga dengan Faizul. Mummy
tak izinkan Nun, kahwin dengan budak ni.” Tegas Datin Anita lagi.
“Mummy, you have been absent in my life,
almost, all the time...20 tahun, Mummy.
20 freaking years! What make you think,
you can control my life?” Tegas Nun. Dia tak suka biadap dengan Mak Ayah
sendiri. Tapi, dia dah tak tahan. Air mata berlinangan. Dia meraup muka.
“Mummy...Nun, cuba mummy, Nun cuba nak buat
mummy bangga, Nun jadi pelajar terbaik, Nun jadi aktif, Nun jadi budak baik
kat sekolah, Nun jadi budak pandai kat kolej. Nun, cuba nak eratkan lagi
hubungan keluarga kita. Tapi, Mummy
dengan Daddy, tak nampak semua tu.
Nun cuba, secuba-cubanya Mummy. Tapi,
Mummy dengan Daddy, terlalu sibuk nak berpaling ke arah Nun.” Sambung Nun,
teresak-esak, air mata deras jatuh ke pipi. L, Aki dan Ateya, hanya mendiamkan
diri, memberi peluang anak dan mak, untuk berbincang. Datin Anita, masih
mendiamkan diri, nampaknya tak ada tanda-tanda nak mengalah.
“Mummy, Mummy dengan Daddy tak
pernah buat apa-apa untuk Nun. Arwah nenek yang banyak, berkorban untuk Nun.
Apa yang Mummy dengan daddy, pernah buat untuk Nun? Duit? No! I’m not some kinda tocken machine,
yang mummy dengan Daddy, boleh sumbat duit. I’m a person. Nun, ada nyawa, Nun,
hidup. Nun ada hati dan perasaan.” Tegas Nun. Air mata masih lagi mengalir.
Datin Anita, masih lagi terdiam. Mata Datin Anita dah mulai berair.
“Mummy, I just ask one thing. Tolong,
tolong, dan tolong, listen, see me now. I
have the right to be happy. That’s
all I’m asking you. Nun, tak nak kahwin dengan Faizul. Nun, tak kenal dia.
Jangan jadikan Nun dagangan.” Ujar Nun, kali ni, lembut dan separuh merayu.
“This is the first time, I’m asking you,
things...Mummy.” Sambung Nun.
Datin Anita memandang Nun. Mereka berdua terdiam. Ateya, Aki dan L, hanya
menjadi pemerhati. Lama Datin Anita memandang Nun. Lantas dia berpaling dan
melangkah, masuk ke rumah. Pintu di tutup.
Nun,
mengeluh, dan menyeka air mata. Dia kemudian, menoleh ke arah L, Ateya dan Aki,
dengan mata bengkak.
“Kak
Teya, Abang Aki...L. Terima kasih, sebab cuba nak selamatkan Nun. L. Saya tahu,
awak cakap awak nak kahwin dengan saya, sebab nak selamatkan saya dari kena
kahwin dengan Faizul. I appreciate it.
Thanks.” Ujar Nun, perlahan. L
memandang wajah Nun, sayu.
“Saya,
bukan buat macam ni, nak selamatkan awak je.” Ujar L, perlahan...Nun, memandang
L. Mereka saling berpandangan.
“Well..Along rasa, Along dengan Aki, masuk
kereta dulu. Along tunggu adik kat dalam kereta tau.” Ujar Ateya tiba-tiba,
lantas menarik tangan Aki, meninggalkan L dan Nun, berdua. Ateya dan Aki,
kemudian membuka pintu kereta, dan masuk ke dalam perut kereta.
“POOR GIRL, huh?” Ujar Aki, dari tempat pemandu, sambil memeluk stereng.
“Yeah.” Ujar Ateya ringkas, sambil mata masih
lagi memerhatikan Nun dan Adik yang sedang bercakap, di depan rumah, melaui
tingkap kereta.
“Aku
rasa, sikit masa lagi tu. Kalau Datin Anita sayangkan Nun, dia tak kan seksa
budak tu lagi. Kesian Nun. Dahlah, hidup bertahun, jauh dari mak ayah. Lepas
tu, mak ayah, buat macam tak kisah je, pasal hidup dia. Aku tabiklah, Nek Mah,
sebab dah berjaya didik, Nun jadi seorang gadis yang baik, ingat Tuhan. Kalau
budak lain, dah lama dah break,
dengan keadaan keluarga yang macam tu.” Adu Ateya kepada Aki, mata masih tak
alih dari Nun dan Adik.
“Tau,
tak apa. Kesian.” Aki memandang Ateya.
“Yah...”
Lembut, dia memanggil Ateya. Berderau darahnya, dengar namanya, di panggil
lembut macam tu.
“Hmm?”
Balas Ateya, masih lagi memandang Adik dan Nun.
“Honey...look at me...” Ujar Aki lembut.
Jantung dah dup dap, dup dap dengar suara Aki. Perlahan-lahan dia berpaling.
Muka merah. Aki tersenyum lembut.
“Thanks, for being my wife...” Aki
memegang pipi Ateya lembut, dan mengusapnya, perlahan, lantas menarik senyum
lembut. Ateya pun tersenyum. Dia kemudian mengangguk. Mereka berpandangan,
lama. Tiba-tiba pintu kereta terbuka. Buatkan mereka berdua tersentak. Adik, menghenyakkan
punggung, di tempat duduk belakang kereta. Ateya dan Aki, sama-sama mengalih
pandang pada Adik.
“Adik
dah bagitau dia dah?” Soal Ateya. Adik, mengetap bibir dan mengangguk.
“Dia
cakap apa?” Giliran Aki pulak bertanya.
“Dia
cakap, ‘Saya pun sama, and thanks.’” Jawab Adik ringkas. Ateya dan Aki
tersenyum, Aki, kemudian menghidupkan enjin kereta dan bersedia untuk meninggalkan
Rumah Banglo Dato’ Akhil.
“Adik,
sabar je lah. Doa, supaya Mak Nun, restui perkahwinan Adik dengan Nun, nanti. Kahwin,
tanpa restu Mak ayah, tak bahagia. Tak kira lah macam mana pun, Mak Ayah tu.” Nasihat
Ateya, kepada adiknya.
“Adik,
tau Along. Thanks, sebab tolong Adik.” Ujar Adik perlahan. Aki dan Ateya saling
berpandang sekilas dan tersenyum.


No comments:
Post a Comment