Friday, 3 January 2014

Idolomantis Diabolica (BAB 28)


BAB 28

ZARIF memandang sekilas ke arah Aki yang tengah, fokus sungguh memandang ke arahnya. Zarif tersenyum, sambil mata menala kembali kepada Akhbar News Straits Time. Kedai Mamak Al-Hassan Maju, tengah-tengah hari ni,memang nampak maju sangat. Ramai orang. Mujurlah ada tempat lagi.
              “Dah kenapa kau pandang aku macam tu? Aku straight okey, dah berbini dah pun,”  Seloroh Zarif. Aki berkerut memandang Zarif.


              I suppose, you know, Datin Anita, of Anita Cosmetic?” Soal Aki, mencuba nasib. Entah, kenapa pulak, Aki terfikir nak tanya Zarif kenal ke tak dengan Datin Anita tu, padahal, dia tak tahu pun. Cuma saja nak mencuba, yela sebab Zarif pun kan Bussiness Man, kot mana lah tahu, mereka saling kenal, sesama sendiri. Dunia perniagaan ni, nampak je besar, tapi masing-masing ada kaitan. Er...knowing your competition, I supposed. Zarif, lantas, memandang Aki, dahi berkerut. Aki, membaca riak muka Zarif, lantas ketawa.
              “Laa...you do, know her? Memanglah, dunia perniagaan ni, saling berkait...aku cuba nasib je tadi. Tak sangka pulak, kau betul kenal dengan dia.” Ujar Aki, masih tergelak.
              Well...kawan baik mak aku, mana taknya aku kenal. Yang kau kenal dia kenapa pulak? Beside...it’s a ‘knowing, your competition’ thingy.” Haa! Kan betul aku cakap. Aki membetulkan letak cermin mata di hidung dengan hujung jari.
              “Adik ipar aku nak kahwin dengan anak dara dia. Kau kenal tak anak dia?” Soal Aki. Zarif menggeleng.
              “Pernah dengar, tapi tak pernah nampak.” Balas Zarif, lantas menyedut Kopi Ais yang tinggal separuh.
              “Aku dengar dari Adik ipar aku, Datin Anita dengan Datuk Akhil seem hard to handle. Betul ke?” Soal Aki. Zarif mengangkat kedua-dua bahu, lantas meletakkan cawan Kopi Ais yang dah kosong, ke atas meja.
              “Erm...Tak pernah ada kat rumah, terlalu banyak join event-event, tak menjaga anak, tapi boleh nak pilih anak kena kahwin dengan siapa...same ol’, same ol’...Masalah orang kaya biasa.” Balas Zarif berbau sindir. Sindir siapa pun tak tahulah. Aki mengangguk faham. Eh kejap...
              “Pilih anak kahwin dengan siapa? Are you serious?” Soal Aki terkejut. Zarif mengetap bibir dan mengangguk sekali.
              “Mana kau tahu ni?” Soal Aki lagi.
              “Lelaki yang dia orang pilih untuk anak Datin Anita tu, sepupu aku. Kebetulan, masa dia orang bincang-bincang tu, aku datang rumah, nak ambil barang. Aku terdengar. Pelik. Kalau masa nak luaskan kawasan, boleh bersatu padu pulak Mak aku dengan Pak Cik aku.” Zarif menggeleng, dan ketawa sinis. Aki dah berkerut seribu dahinya.
              “Aku rasa, anak dia tak tahu tu.” Tebak Aki. Yelah, sebab L pun tak cakap apa-apa, Dia cuma suruh berbincang je dengan Mak dengan Ayah Nun. Zarif memandang Aki.
              “Jadi, kau nak buat apa?” Soal Zarif. Aki mengurut dagu yang licin berfikir.
              First, thing first...kena bincang dengan Yah, nak buat macam mana.” Tutur Aki. Zarif ketawa dan menggeleng.
              “Kenapa kau ketawa hah?” Aki mencerun memandang Zarif.
              “Kau dengan bini kau, kelakar tau tak.” Jawab Zarif.
              “Apsal pulak?”
              You know why, dude...” Balas Zarif. Aki pulak sudah menala mata ke hadapan. Tengok apa pun tak tahu. Dia faham apa yang Zarif maksudkan tu. Dia dengan Yah, dah pun sah jadi suami isteri. Tapi, apa pun tak berubah dari masa dia kecik dulu. Dia masih lagi, kawan baik Yah. Tapi bukan suami. Persahabatan, bukan rumahtangga. Aki mengeluh, dan menongkat dagu di atas meja.
              Is that a bad thing?” Soal Aki perlahan.
              I don’t know...you tell me. Do you want to stay as Aki, The Bestfriend, or Aki, The Husband?” Ujar Zarif. Aki termenung, lama. Zarif pulak hanya membiarkan Aki berfikir sendiri.
              I...I think, I love her...as In ‘Love’, bukan sebagai kawan.” Balas Aki, setelah lama terdiam. Zarif tersenyum.
              “Tapi, aku takut dia masih anggap aku, Aki, the bestfriend...” Walaupun tidur satu bilik, duduk satu rumah. Tapi, dia tak pernah dapat membaca, apa yang ada di fikiran Yah. She’s good at being composed. Dia memang tak nampak langsung, apa yang bermain di hati Yah, ataupun, dia yang sebenarnya yang dense? Aki menongkat dagu.
              “Kau tunjuklah yang kau sayangkan dia. You know...make her gelabah or something. Kau beruntung, kau rapat dengan dia sebelum kau orang kahwin, jadi kau mesti faham dan tahu sangat, apa yang dia benci, apa yang dia suka.” Nasihat Zarif. Aki mengangguk.
              “Dah, jom Zuhur. Dah pukul Berapa ni.” Pelawa Zarif. Aki mengangguk dan berdiri dari kerusi. Mereka berdua, berjalan ke arah kaunter, lantas membayar dan terus keluar dari kedai AL-Hassan Maju.


“ARE YOU SERIOUS?” Mata Yah membuntang, bila mendengar informasi baru tu. Aki mengangguk. Yah menekup mulut.
              “Ohh...no...poor my baby Adik.” Ujar Yah, risau. Aki hanya memandang, dan mengangguk dengan yakin, sambil bersantai atas katil, menadah buku.
              “Jadi kita nak buat macam mana sekarang.” Soal Aki, memandang Yah sekilas. Sungguh dia terkejut bila Yah keluar dari bilik air tadi. Selalu, Yah pakai pijama gedabak besar berlengan panjang dan berseluar panjang. Entah kenapa hari ni, dia memakai gaun tidur putih paras lutut, kain sutera (agak nipis), lengan pendek. Kesimpulannya baju tidur Yah hari ni, agak terdedah. Walaupun sebenarnya, tak adalah terdedah sangat, cuma  lebih terdedah dari biasa.
              Pertama kali, dia nampak Yah, begitu. Sumpah! It’s not good for my heart lah sayang. Walhal, bukannya berdosa pun kalau nak tengok. Tapi, memang dari tadi dia cuba melarikan matanya dari merenung Yah. Yah mengurut dagu yang licin, berfikir. Memang slack, baju tidur dah comel dah, tapi bila berfikir berkerut dahi mengalahkan Pendekar Penyu dalam cerita Dragon Ball, yang dulu, dia dengan Yah selalu tengok, siap bersila lagi. Ish! Tak senonoh betul.
              “Yah.” Panggil Aki, matanya tumpu pada Novel A Wrinkle In Time karya Madeleine L'Engle.
              “Hmm?” Yah berpaling ke arah Aki yang tidak mengangkat muka dari buku.
              “Kain kau pendek kan, hari ni? Tak apa ke duduk bersila macam tu. Tak nampak ke?” Soalan berbaur sarkastik, terus sahaja, Yah mengubah cara duduk, jadi lebih bersopan sikit. Aki tersenyum, geli hati dan menggeleng.
              “Aki. Kita kena plan misi baru.” Ujar Yah bersemangat.
              “Jangan kata, aku kena ikut?” Tutur Aki, malas dan tak rela.
              “Kau kena ikut! Ingat. We are one.” Semangat Yah, berkata-kata.
              Not, yet, we’re not...” Tiba-tiba Aki memotong. Yah tersentak dan berpaling ke arah Aki, sekali lagi.
              Wh...what?” Yah terkebil-kebil. Aki menarik senyum nakal dan berpaling memandang Yah. Aki meletakkan novel di meja tepi. Dia kemudian, menyisirkan rambut Yah, ke belakang dan mendekatkan bibir ke telinga Yah.
              We’re not one, yet...” Lembut dan romantik dia berbisik. Membuatkan telinga Yah, terasa geli. Senyum nakal masih tak pudar lagi. Aki memandang wajah Yah. Merah. Hatinya, bergolak riang. Sama ada, Yah, merah sebab malu, ataupun merah sebab marah. Dan Aki agak yakin, that, it’s the later...
              “K...kau, jangan jadi manusia yang miang boleh tak?” Yah, memukul kuat bahu Aki. Aki mengaduh, dan mengurut bahunya yang bisa kena pukulan. Aki tergelak. Makin galak merah di pipi Yah. Yah menjeling.
              “Okey, aku ikut kau.” Dengan perkataan yang keluar dari mulut Aki, terus bersinar mata Yah.
              “Tapi, kau kena bagi aku something in return.” Ujar Aki, selamba.
              “Kau nak apa? Nak aku belanja makan? Boleh.” Tutur Yah pulak. Sekali lagi, Aki menarik senyum nakal. Dia menggeleng, lantas dia memandang wajah Yah. Lama. Dari pandangannya, dah nampak dah Yah macam tak keruan.
              Tiba-tiba, dia memegang bahu Yah, dan membaringkan Yah. Perlahan-lahan, dia mendekatkan muka dengan Yah yang sedang memandangnya, dari bawah. Perlahan-lahan, muka Aki makin dekat. Sebaik, sahaja muka Aki berada hampir dengan dia, dia memejamkan mata. Aki tersenyum melihat gerak geri Yah. Geli hati. Dia lantas, mendaratkan kucupan lembut, di leher Yah yang jenjang. Kemudian, dia mengangkat muka dan tersenyum.
              “Aku nak A&W, kau belanja.” Tutur Aki, lantas menutup lampu meja sudut, menanggalkan kaca mata dan menarik selimut, untuk tidur. Yah, ditinggalkan terpinga-pinga. Yah, lantas bangun dari baringan, dan mencapai bantal empuknya, lantas, memukul Aki dengan bantal tu.
              Pervert monkey!” Marah Yah. Aki dah tergelak kecil. Baru perasan. Yah ni, comel jugak, bila flustered macam tu. Kemudian, dia bangun dari baringan, dan menghentikan, pukulan yang bertubi, dengan merangkul kedua-dua pergelangan tangan Yah. Yah tersentak. Aki lantas, membawa, tangan Yah hampir dengan bibir, dan sekali lagi, mendaratkan kucupan lembut, di kedua-dua tangan Yah. Yah, sekarang ni, betul-betul tersentak. Muka dia dah macam tomato dah, merah gila. Aki tersenyum, dan menyisirkan rambut Yah, kebelakang telinga, dan mengusap pipi Yah.
              “Sayang, kita tidur okey? Mengantuk.” Ujar Aki lembut, dan sekali lagi bernada romantik. Sekali lagi, Yah terkebil-kebil. Merah, di pipi masih lagi belum pergi. Aki tersenyum, gembira. At least, dia tak composed macam selalu. Kemudian Aki, kembali membaringkan diri. Beberapa minit lepas tu, dia dengar bunyi Yah, pulak membaringkan diri. Sebaik sahaja, Yah baring di sebelahnya, dia terus, mengubah kedudukan dan memeluk Yah. Yah, pun, tak ada tanda-tanda nak bergelut, tak bagi dia peluk. Akhirnya, mereka berdua terlena.


KEERATAN AKI memeluk dia semalam, masih terasa. Suara Aki yang panggil dia ‘Sayang’ semalam, masih jelas terngiang-ngiang kat telinga. Lehernya, seolah-olah boleh terasa lagi kucupan lembut, yang di hadiahkan oleh Aki semalam. Hanya ALLAH je yang tahu, bertapa tak keruannya hati dia semalam. Lagi-lagi, dia dah sedar, yang dia sayangkan Aki. Degupan Jantungnya yang berlumba semalam, kalah Husin Bolt yang tengah lumba lari, semangat nak menang...dan, dia memang tidur dengan nyenyak semalam, bila rasa Aki berada di sebelahnya. Memang betul lah cakap Dayah, dia sekarang ni, tengah rasa melayang-layang, macam jalan atas awan.
              “Yah.” Panggilan Aki membuatkannya tersentak. Dia mengalih pandang pada Aki, sekilas, macam tak berani nak pandang mata Aki tepat-tepat. Segan.
              “Tu...Faizul, tu dah keluar. Apa kes, kau yang nak jadi spy, aku yang beria dok tengok.” Ujar Aki perlahan, sambil matanya memerhatikan seorang lelaki keluar dari sebuah rumah Banglo 3 tingkat di Taman Tun. Kemudian, Ateya turut memandang ke arah yang dipandang Aki. Sekarang ni, dia berada dalam kereta dengan Aki, jadi penyiasat persendirian tak berbayar. Macam yang polis selalu buat dalam cerita Orang Putih.
              “Shh...diam Ki...Aku sekarang ni, tengah nak concentrate ni.” Ujar Ateya, sambil mencerun memandang Faizul yang sekarang ni, tengah nak masuk kereta. Misi dia pada hari ni, ialah ‘Mencari Sebab Musabab Yang Membuatkan Faizul, Sepupu Zarif Tak Layak Nak Dikahwinkan Dengan Nun’. Macam commercial je, nama panjang-panjang begitu. Aki menggeleng dan tergelak kecil.
              “Jadi, sekarang ni, kita kena ikut je lah mamat tu, sepanjang hari?” Soal Aki. Ateya memandang Aki, dan mengangguk dengan semangat.
              I don’t sign up for this...” keluh Aki. Ateya memandang Aki tajam.
              “Kau sayang Adik, macam adik sendiri kan? Ni lah, yang boleh kita buat, untuk Adik.” Tutur Ateya dengan semangat, sambil memandang tepat ke mata Aki. Aki tersenyum, dan, tiba-tiba je dia rasa macam ada kucupan yang menyinggah pada bibir dia. Dia tersentak. Tak bagi warning, tak bagi apa, terus je serang. Apakah ini? Lepas tu, boleh pulak si Monyet Gatal tu, buat muka selamba. Yang dia pulak, jantung dah macam nak terkeluar. Walaupun sekejap je kucupan tu, sudah jelaslah yang degupan jantung dia dah berubah rentak, rentak lagu apa pun tak tahu. Aki sekarang ni, dah bukan main berani kan, main serang-serang.
              “Deposit.  Sebab, aku dah kena bazir duit minyak ikut kehendak kau ni.” Ujar Aki selamba, lantas, tangan menarik brek tangan, menakan kluc dan minyak dan memusingkan stereng, mengekori dengan jarak selamat kereta si Faizul tu.
              Pervert Monkey!” Marah Ateya.
              “Biarlah. Eh..aku buat macam tu, kau dapat pahala tau. Aku pun dapat. Hah...tak salah lah kan, kita nak tambah-tambah pahala kita.” Bidas Aki. Mata tertumpu di jalan.
              At least...cuba lah bagi warning dulu.” Ujar Ateya perlahan. Sebenarnya, lebih kepada omel sendiri. Tapi, Aki dengar pulak.
             “Okey...fine, aku bagi warning macam ni...Yah, aku nak kiss kau, boleh?  Hah...Kalau aku cakap macam ni, apa kau nak balas kat aku?” Soal Aki menguji. Muka Ateya dah merona merah. Betul juga. Tak kanlah dia dengan eager, nak cakap ‘boleh!’ Macam tak tahu malu lah pulak...dan dia tak adalah pun, tak suka kalau Aki buat macam tu, nak cakap ‘Tak Boleh’. Ngaa...kenapa sekarang, dia rasa, macam dia pulak yang sebenarnya ‘Pervert monkey’, sebab dia bukan tak suka kalau Aki buat macam tu? Muka Ateya makin merona merah. Haila...betul lah, kalau dah jatuh cinta, kita tak boleh berfikir dengan betul lagi. Aki memandang muka Ateya yang dah berkerut seribu tu, sekilas, lantas tersenyum, menampakkan lesung pipit yang kecil di kedua-dua belah sudut mulut.
              “Haa...kan, tengok...kau tak tahu nak balas apa kan? Jadi lebih baiklah, aku serang tiba-tiba macam tu.” Ujar Aki, mengusik. Ateya memandang Aki tajam. Ateya berdecit, dan menjeling.
              Oh...shut up. Eyes on Faizul, Aki.” Marah Ateya. Aki tergelak kecil.
              “Yelah, sayang.” Berderau darah Ateya mendengar ucapan Aki tu. Betul lah sekarang, dia macam rasa yang dia budak sekolah, yang baru mendapat ‘First love’. Terima kasih pada ALLAH yang dah buatkan dia rasa bahagia dan terapkan rasa cinta dalam dirinya. Kerana perasaan itu, begitu indah. Terutama, bila dengan suami sendiri. Ateya tersenyum segaris, penuh perisa, tanpa Aki sedar.

No comments:

Post a Comment