BAB 34
BETUL KE KAU
NAK BUAT macam tu, Teya? Dia
menenggelamkan, separuh dagunya ke dalam bath
tub yang di penuhi air. Cukuplah ni, berendam. Dah macam badak dah, lama
juga dia berendam, ada dalam setengah jam. Sungguh tadi, dia tanya kat ‘Abang
Google’ on ‘How to make him say I love
you’ Gila betul. Macam budak-budak je, cari benda-benda macam tu. Tapi,
hasilnya tak lah budak-budak. Yang over
18 punya tips pun ada. Errgh!
Seram mak! Tetapi, Ateya tak adalah desperate
sangat nak ikut semua tips tu.
Ikut yang berguna sudah. Dia mesti buat Aki mengaku, yang Aki cintakan dia.
Ateya
keluar dari tab mandi, kemudian mencapai kain tuala di penyangkut. Setelah
membalut kain tuala ke tubuh. Dia melihat dirinya dalam cermin. Kalau nak buat
semua tu. Ada satu benda kena ubah. Ateya angguk semangat, lantas dia keluar
dari bilik air. Ateya lantas membuka pintu bilik air
dan keluar menonong je dengan hanya tuala berbalut ke tubuh. Dia terus ke
almari baju, cari baju tukar. Aki tak ada ni, beranilah dia berkemban. Kalau
Aki ada dalam bilik, dia pakai baju dalam bilik air je. Malu kot, nak tukar
baju depan Aki. Sedang dia mencari-cari nak pakai baju apa, dia tiba-tiba
dengar ada bunyi macam sesuatu terhempas ke lantai. Dengar macam beg. Beg? Dia
menelengkan kepalanya, lantas berpaling.
Sebaik
sahaja dia berpaling, dia ternampak Aki yang tengah membatu memandang dia. Beg briefcase elok je landing atas lantai. Mulanya Ateya tak tahu, kenapa bukan main
terbeliak mata Aki memandang dia. Lepas tu, dia tiba-tiba rasa sejuk pulak.
Sejuk? Baru Ateya tersedar dan cepat-cepat dia tengok dirinya. AstaghfiruLLAH,
Teya! Kau tengah berkemban tu. Tak senonoh! Dah lah pakai tuala semata-mata.
Mana tak terkeluar anak mata anak orang tu, memandang kau. Terus sahaja, Ateya
menarik, selimut tebal atas katil dan membalut dengan rapi, dirinya yang agak...bukan
agak, sangat terdedah tu. Jantung dah berdegup kencang. Sekencang angin ribut
Katrina yang melanda US suatu masa dulu. Ni, bukan perumpamaan terlebih, tapi
memang dia rasa macam tu pun sekarang ni. Dia cuba buat muka tenang, lantas dia
berdehem.
Tangan
masih memegang kuat selimut yang membalut ke seluruh tubuh dia. Keadaan dia
sekarang ni, dah macam roti sosej yang selalu jual kat shell. Dia ‘Si Sosej’
dan selimut tebal tu, ‘Si Roti’. Mengada betul Ateya ni, perlu ke nak tutup
berbagai dengan suami sendiri? Kata nak ‘make him say I love you.’ Ye, ye
sangatlah tu Teya.
“Cepat
ka..ahem...Aki balik hari ni?” Itulah yang dia perlu ubah. Dia perlu ubah
panggilan ‘kau aku’ dengan Aki. Dalam islam pun, bukannya elok sangat bahasa
‘kau aku’ tu untuk suami isteri. Kasar. Kita kan kena lembutkan percakapan
kita, terutama sekali dengan suami. Harap, Aki tak tegurlah, kenapa tiba-tiba
Ateya lembut, macam lagak isteri solehah je. Berselirat juga urat otak, nak
panggil Aki apa. Kalau ‘saya awak’, macam lain macam pulak. ‘I you’, matsaleh sangat. Akhirnya Ateya
membuat keputusan memanggil nama je. Mungkin lebih selesa antara mereka.
“Ha?”
Soal Aki pelik. Sudah, dia dah pelik tu! Hati dah tak keruan. Dia pelik tak,
tiba-tiba tertukar pulak panggilan ‘kau aku’ tu? Muka Ateya tetap tenang.
Padahal dalam hati rasa nak lari, sembunyi dalam almari.
“Cepat...A...Aki
balik hari ni?” Ulang Ateya. Cuba menenangkan suara.
“Ha..ha’ah.
Kerja tak banyak.” Jawab Aki, masih keliru tambah pelik. Ateya mengangguk.
Sungguh, senyap yang janggal. Apa nak buat ni? Nak suruh dia keluar dulu?
“Er...would you mind?” Ujar Ateya
teragak-agak.
“Sorry...What?” Soal Aki yang macam baru
tersedar dari lamunan. Dia memandang Ateya penuh perhatian.
“Would you mind...Er...Nak pakai baju.”
Tutur Ateya serbasalah.
“Oh..kay..kay...” Terus Aki keluar dari
bilik dan menutup pintu bilik. Setelah pintu di tutup, Ateya terduduk dan
menarik nafas lega.
“Haa...I want my Umi!” Rengek Ateya perlahan.
Malunya. Segannya. Sampai bila lah nak macam ni. Patut ke, aku biarkan je dia
dalam bilik ni tadi? Ateya menggosok-gosok, rambut dengan kedua-dua belah
tangan. Haa...kusutnya! Love is really
complicated. Marriage is complicated. Feeling is complicated and I’m a dork.
“KI” PANGGIL
ATEYA yang baru turun dari bilik.
Muka Ateya kusut.
“Hmm?”
Ujar Aki, mata masih menatap muka surat ‘Lord Of The Ring’. Lantas dia mencapai
cawan atas meja dan meneguk kopi, kemudian memandang buku balik. Dia baru balik
dari kerja. Tak tukar baju lagi pun. Ateya, sedia! Semangat! And no pulling back and raise a white flag.
“Aki.”
Panggil Ateya lagi, lantas Ateya mengambil tempat sebelah Aki.
“Apa
dia?” Soal Aki, sambil mata terkunci pada novel tebal. Teragak-agak, dia
mengangkat tangan dan menyeluk saku baju kemeja hitam Aki. Tips 1: Casual Physical Contact. Terus Aki
terginjat sekejap.
“N...nak
apa ni?” Ujar Aki terkejut, lantas memegang sakunya yang sedang di seluk oleh
Ateya. Walaupun, berlapis dengan kain, jantung Ateya melompat bila rasa tangan
Aki menyentuh tangan dia. Ya ALLAH. Harap, apa yang aku buat ni, tak salah.
“Aki...nak
kunci kereta. Yah rasa, Yah tercicir pendrive
Yah kat dalam kereta Aki.” Ujar Yah, berpura-pura. Mesti Aki pelik dengan dia
hari ni. Dah lah, tiba-tiba jadi lembut. Lepas tu, main seluk-seluk poket dia
pulak. ‘Abang Google’ ni, memang menyusahkan betul! Tapi, dia ikut jugak cakap
Abang Google tu.
“Ha?
Yah? Aki? Kunci kereta?” Aki betul dah keliru. Tapi Ateya buat muka selamba je.
Lepas seluk, poket kat baju kemeja, dia seluk poket seluar pulak. Aki dah rasa
lain macam, terus dia memegang kedua-dua tangan Ateya, yang bukan main galak
merayap kat badan dia (tempat yang ada poket je lah).
“Yah...A..Aki
punya kunci ada kat atas meja tu.” Kyaah! Memang lain sangat dengar Aki
bahasakan diri macam tu dengan dia. Rasa suka yang teramat. Flustered. Rasa macam nak menari-nari
dengan Care Bears atas pelangi pun ada juga. Kalau tahulah, macam ni, rasanya
dah lama dah dia buang bahasa ‘kau aku’ tu. Muka dah merona merah. Tapi, cuba
di kawal.
“Mana?”
Ujar Ateya, buat-buat tenang. Padahal dalam hati dah buat senaman lompat
bintang dengan Kyary Pamyu Pamyu dah. Eh...kejap? Kenapa Kyary Pamyu Pamyu?
Apa-apa je la.
“Tu
hah. Biar Aki je lah yang Ambik kan. Kat mana cicirnya?” Aki lagi. Kyaah!
Sungguh dia rasa teruja. Belum sempat Aki mencapai kunci kereta, Ateya dah
mencapai dulu.
“Tak
apa, biar Yah yang cari. Aki duduk sini, sambung baca buku tu.” Ujar Ateya
lantas, menepuk-nepuk lembut pipi Aki, dan tersenyum. Dia pun keluar dari rumah
dan buka pintu kereta, kemudian masuk dalam kereta dan kononnya mencari
‘pendrive’ yang hilang. Ateya menarik senyum.
TIPS 2 :
MAKE HIM JEALOUS.
“Assalammualaikum,
Aki?” Ucap Ateya, apabila panggilan berbalas.
“Walaikummussalam.
Kenapa sayang?” Ujar Aki di talian sebelah. Tergugup sekejap bila Aki panggil
dia macam tu.
“Aki...tadi,
Abang Johari datang. Yah nak pergi minum dengan dia tau.” Tutur Ateya selamba.
“Ha?
Buat apa dia datang dari jauh?” Suara Aki kedengaran terkejut.
“Alaa...dia
ada job kat sini. Tu dia cakap,
sementara dia kat sini, dia nak jumpa Yah.”
“What?”
“Oh!
Tu hah dia!” Ujar Ateya apabila melihat kelibat Abang Johari keluar dari
kereta.
“Okeylah
Aki. Nanti kita cakap. Yah letak dulu.”
“Eh!
Kejap.” Baru je Ateya nak habiskan panggilan, apabila dia dengar suara Aki
memanggilnya.
“Hah...kenapa?”
Soal Ateya.
“Bagitahu
Aki, kat mana?” Soal Aki. Ateya dah menarik senyum.
“Kat
Oldtown kat Jalan Teknokrat. Okeylah! Abang Johari dah tunggu tu,
Assalammualaikum, bye!” Terus Ateya memutuskan panggilan. Harap apa yang dia
buat ni, tak melebih.
“Dah
boleh gerak? Mana kawan nak kata kenal dengan Abang tu?” Soal Abang Johari.
Ateya dah tersenyum penuh makna. Memanglah Abang Johari nak jumpa dia, tapi
bukannya dia jumpa berdua pun. Ada Dayah sekali. Sebenarnya niat dia nak
perkenalkan Dayah dengan Abang Johari. Dia kan memang suka jadi pencari jodoh
tak rasmi ni.
“Kejap
lagi, dia datanglah tu. Amboi, tak menyabar betul!” Usik Ateya, Abang Johari
dah tersenyum-senyum macam kerang busuk. Abang Johari dengan Dayah, memang
sangat sesuai! Abang Johari tu nampak je macam tu, tapi dia tu jenis yang
gelabah. Dayah pulak yang jenis yang tenang. Mesti comel bila dia orang kahwin
nanti.
“Assalammualaikum
Teya dan kawan Teya.” Ujar Dayah, sebaik sahaja turun dari lif. Abang Johari
tersenyum tengok Dayah, terus sahaja dia menghulur salam. Dayah terkejut.
ALLAH! Abang Johari, tau tak kalau buat macm tu tolak satu markah? Memang
gelabah betulnya! Dayah, menunduk dan tersenyum.
“Oh!
Sorry.” Ujar Abang Johari, bila sedar
dengan perbuatan dia tu. Dayah pulak menggeleng dan lagi sekali tersenyum.
“It’s okey.” Balas Dayah ringkas. Ateya
memandang Abang Johari dengan Dayah bergilir, lantas tersenyum.
“Dah,
jomlah gerak minum kopi.” Pelawa Ateya. Mereka bertiga kemudian keluar dari
pejabat mereka, dan masuk dalam perut kereta Proton Persona Abang Johari. Tidak
lama kemudian, enjin kereta dihidupkan dan Kereta Proton Persona menyusur
cermat di jalan.
“DID YOU have fun, semalam?” Ujar Aki sinis.
Dia memandang Ateya, penuh syak wasangka. Ateya memandang Aki sekilas. Ah
sudah! It’s over! It’s Over, I will not
ask Abang Google lagi! Aku tak kan pakai tips-tips tu lagi! Dia menyuapkan
baki nasi ke dalam mulut.
“Well...kinda I guess.” Ujar Ateya
selamba.
“Bilanya
Abang Johari tersayang dia tu, nak balik Terengganu? ” Soal Aki dengan nada cemburu. Dalam hati, Ateya dah berbunga. Did it work?
“Dia
dah balik pun, semalam juga.” Tutur Ateya selamba lagi. Aki dah memandang dia
tajam. Pura-pura tidak perasan, dia mencapai air dan meneguk air kosong.
“Sedih
la tu, tak dapat lagi jumpa ‘Abang Johari’ tu.” Balas Aki tak puas hati.
Kelakarnya, tengok lelaki cemburu.
“Well...kinda.” Tutur Ateya. Dahi Aki dah
berkerut terus. Ateya lantas bangun dan mengemaskan meja. Sambil mengemas, hati
dia dah tersenyum. Selesai mengemas meja, dia pergi membasuh pinggan pulak.
Sedang
dia sibuk membasuh pinggan, tiba-tiba dia rasa pinggangnya di peluk dari
belakang, terus dia rasa meremang bulu roma. Jantung pulak, berdegup laju.
Bila-bila masa je boleh terkeluar dari paksi.
“Aki?”
Ujar Ateya pelik.
“I don’t like it.” Tutur Aki
perlahan.Kemudian dia mengemaskan lagi tangannya yang melingkar di pinggang
Ateya. Sungguh, dia rasa berdegup sangat ni.
“Ha?”
“I don’t like it. Yah keluar dengan
Johari atau dengan mana-mana lelaki pun.”
“Really?” Ujar Ateya buat-buat tak tahu.
Menguji.
“Yeah. I hate it. I hate it so much...that i feel like i wanna punch him, on the face.”
Ujar Aki, perlahan tetapi tegas. Ateya dah tersenyum mencebik.
“Ye
ke?”
“Ye
lah.”
“and why’s that?”
“Because you are mine.” Ujar Aki, romantik
tetapi tegas. Sungguh Ateya rasa macam cacing kepanasan sekarang ni. Tahap
panas dah sampai ke muka. Tangan Aki dari belakang, menutup paip air yang dari
tadi mengalir. Aki kemudian memusingkan tubuhnya yang membelakangi Aki tadi,
lembut. Sekarang mereka saling berpandangan. Ateya terpaksa mendongak sedikit
kerana Aki tu tinggi. Sungguh, hatinya rasa degupan yang kencang sangat bila
mereka berpandangan macam tu. Aki memandangnya serius.
“You are mine, and mine alone. I love you and
I love you so much that you make me going crazy.” Ujar Aki, serius dan
romantik. Pipi Ateya dah mula merona merah. Hey...whaddya
know? Tak payah ikut semua tips yang Abang Google bagitau pun, Aki dengan
rela hatinya meluahkan perasaan. Kemudian Aki memegang tangan Ateya dan membawa
tangan Ateya ke dadanya. Degupan jantung Aki. Sekencang degupan jantung dia
sekarang.
“Feel this. This heartbeat, is beating crazy
right now, is because of you. No one else, just you. My mouth, my heart, my
brain only muttered your name. Bila Aki dengar yang Yah keluar dengan
lelaki lain, tau tak bertapa risaunya hati Aki ni? Tau tak? Sebab tu, Aki nak
bagitau Yah jugak hari ni. I need you to
know, that I love you. I really, really love you. So please, don’t ever leave
me. Kalau Yah tak rasa macam Aki rasa, Aki akan buat Yah fall madly in love with me. I won’t let you
go. You’re my bestfriend, my wife and my lover, and I don’t want to lose you, i
really don’t want to.” Ujar Aki panjang lebar. Ateya tergamam. Aki... Mata Ateya
sudah pun menjatuhkan titisan air mata pertama.
“Aki.
You know what? Aki tak payah buat pun,
Yah dah fall madly in love with you.”
Bila dengar perkataan yang keluar dari mulut Ateya, terus Aki, memeluk Ateya erat.
Ateya membalas pelukkan Aki. Sungguh, dia rasa bahagia. Sangat. AlhamduliLLAH.
“Aki. We’re being too cheesy.” Seloroh Ateya,
masih lagi dalam pelukan Aki.
“I don’t care. Honey, please don’t ruin the moment.”
Ujar Aki. Ateya lantas tergelak. Ateya, kalau bab jiwang, bab kata-kata manis, memang
gagal. Dia tak tahu, macam mana nak jadi romantik, tetapi Malam tu, misi ‘Membuat
Aki ‘Say I Love You’’ Is complete.


No comments:
Post a Comment