Wednesday, 8 January 2014

Idolomantis Diabolica (BAB 32)



BAB 32

“YAH, MACAM MANA NI?” Ujar Aki, sambil membetul-betulkan butang baju melayunya, di hadapan cermin. Ateya yang baru selesai melilit selendang, juga di hadapan cermin yang sama, cuma dia bersila dan Aki berdiri di belakangnya, memandang muka Aki yang kalut dalam cermin.
              “Pfft...” Nak ketawa Ateya tengok Aki macam tu. Ateya melihat dulu dirinya dalam cermin, tengok-tengok, dah okey belum selendangnya. Bila rasa yakin yang selendang tu dah letak elok dan comel di kepalanya, dia berdiri. Dia mendapatkan Aki. Tak sampai pulak kat butang baju tu. Tu lah, tinggi sangat kenapa.


              “Tunduk kejap. Aku tak sampai.” Aki menurut. Setelah leher baju melayu Aki, tercapai di tangannya, dia membutangkan baju Melayu berwarna merah jambu, lembut Aki. Sungguh fokus, dia membutangkan baju melayu suaminya. Dah. Apabila dia mengangkat muka, wajah Aki, betul-betul di hadapannya. Rapat sangat, lagi pulak Aki tengah tunduk sekarang ni.
              Buat seketika, mata mereka bertaut. Entah kenapa, dia rasa Aki, makin lama makin dekat dengan dia. Hujung hidung dah bersentuhan dah pun. Aki, makin lama makin mendekatkan mukanya ke muka Ateya, Jantung Ateya dah berdegup kencang. Hailaa...apalah pulak Aki nak buat ni. Jantung dah berdegup macam  ikan lumba-lumba, campur ikan paus tambah sekali Husin Bolt tengah berlari, ikut lumba dengan ikan lumba-lumba dan ikan paus. Serius, macam tu lah, degupan jantung dia sekarang. Kalau dah boleh jatuh, ke tanah jantung tu...dah lama jatuh dah. Dup Dap...Aki makin dekat...dup dap, dekat lagi...Ateya memejamkan mata..
             


DON’T TOUCH ME! Hahh? Don’t touch me? Apa tu? Nak kata suara Yah, bukan. Dan, dan pulak tu, cakap don’t touch me. Mereka berdua tersentak. Aki memandang Yah. Yah membuat muka tidak bersalah. Aki memandang Yah pelik.
              “...mae! ushiro! Naname! Janpu! Burabura burabura burabura burabura 1!2!3!4!” ‘Don’t touch me’ bersambung. Kemudian Aki menebar pandangan ke sekeliling. Mata tertancap pada ‘smartphone’ Xperia yang bergegar. Oh...nada dering rupanya. Yah, tersenyum kerang busuk.
              “Er...Ada orang call...” Yah, bergerak ke arah tempat letak ‘smartphone’ dia. Sementara Yah mendapatkan telefon dia...lagu yang pelik berkumandang...Papepipu papepipu papepipupo, wan tsuu panchi da! Papepipupo...Ye...memang macam tu, bunyi ringtone tu. Lagu apa pun tak tahu. Pelik-pelik je Yah ni. Nada dering berhenti bunyi, bila Yah mengangkat call.
              Aki mengeluh. Aki berdecit. Sayangnya! Sikit lagi tadi. Ye, memang sayang. Yah nampak comel sangat di pandangan matanya tadi. Muka fokusnya yang beria membutangkan baju melayu. Lepas tu, dari jarak dekat memang Yah, nampak comel. Yah tak tahu, yang dari mula, Yah membutangkan baju dia, sampailah habis, mata Aki tak lepas memandang Yah. Yah, selesai menjawab telefon dan tersenyum.
              “Mama dengan Papa, dah nak sampai.” Ujar Yah, ringkas. Aki mengangguk.
              “Okey...” Balas Aki. Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Yah dan Aki, sama-sama memandang ke arah pintu. Atuk sedang tersenyum di muka pintu. Sungguh tenang raut wajah lelaki yang dah berumur tu. Sekarang ni, mereka berada di kampung Atuk dan Nenek Yah, di Kulai, Johor. Mama dengan Papa, gerak dari rumah pagi-pagi tadi. Sebab Papa, ada lagi kerja yang perlu di siapkan di pejabat, mereka datang sini lambat sikit.
              “Assalammualaikum Tuk.” Ujar Aki.
              “Assalammualaikum Tuk.” Yah pun meberi salam
             “Walaikummussalam...Semua dah sedia nak pergi masjid, mereka tunggu kamu kat luar tu.” Lembut sahaja Atuk bersuara. Aki dan Yah mengangguk, lantas tersenyum. Mereka baru sahaja nak ikut Atuk keluar, tiba-tiba Atuk berhenti melangkah. Sekaligus, Yah dan Aki pun berhenti melangkah.
              “Kenapa tuk?” Soal Yah pelik. Atuk sekali lagi tersenyum, bergilir memandang Aki dan Yah.
              “Along...kamu dah salam suami kamu, mintak maaf?” Soal Atuk, tenang. Aki dan Yah dah terkebil-kebil. Salam mintak maaf? Oh ye...Hari ni kan, Satu Syawal, hari bermaaf-maafan. Yah menggeleng.
              “Belum.” Jawab Yah, ringkas. Aki dan Yah, saling berpandangan.
              “Jangan macam tu. Orang pertama yang kamu kena mintak maaf pagi-pagi syawal ni, ialah suami kamu. Suami tu, kedudukannya tinggi di Arash ALLAH. Manalah tau, kamu ada buat kesalahan pada suami kamu, dalam kamu tak sedar. Kalau tak mintak maaf, berdosa. Ingat, memandangkan kamu dah kahwin ni, syurga bukan bawah telapak kaki Umi kamu tau. Syurga, di bawah telapak kaki suami.” Panjang lebar Atuk menerangkan. Yah dah mengangguk-angguk, faham. Dia menggigit bibir bawah.
              “Kamu berdua bermaaf-maafanlah. Atuk keluar dulu.” Ujar Atuk, lalu menutup pintu bilik kembali, dan meninggalkan mereka berdua dalam bilik. Aki dan Yah berpandangan. Keadaan agak janggal seketika.
              “Kau duduklah dulu kat kerusi tu.” Ujar Yah. Aki hanya menurut. Kemudian, Yah duduk berhadapan dengan Aki. Yah di atas lantai, dia di atas kerusi. Yah, mencapai tangan Aki, bersalam dengan Aki dengan kedua-dua belah tangannya, dan mencium tangan Aki.
              “Aki...aku mintak maaf. Selama ni, banyak dah, aku langgar adab sejak aku jadi isteri kau. Aku jerit kat kau, aku menyusahkan kau. Aku mintak maaf. Selama aku jadi isteri kau, ALLAH sahaja yang tahu, bertapa banyaknya dosa aku kat kau. Masa aku mintak cerai tu, aku berterima kasih sangat, kau tak ceraikan aku. Tapi, aku nak kau tau, selama aku jadi isteri kau, tak pernah sekali pun aku rasa tak bahagia. You always, there for me...from the time, when we’re kids, until now..and...thanks, for being who you are now...Aku bersyukur sangat.” Tangannya terasa basah. Ternaik keningnya sedikit. Yah nangis ke ni? Daripada duduk di kerusi, Aki melutut di hadapan Yah yang sedang mencium tangannya lama, sekali dengan air mata.
              “Yah...Yah...look at me...” Ujar Aki lembut. Dia memegang kedua-dua pipi Yah, membuat Yah, pandang ke mata dia. Mata Yah, sudah berkaca-kaca. Air mata sudah merembeh di pipi. Aki menyeka air mata Yah, dengan kedua-dua belah ibu jari, lantas, membawa Yah, ke dalam pelukan. Dia mengusap belakang kepala Yah yang berlapis dengan selendang putih.
              It’s me who are supposed to apologize...Since becoming your husband, I bring nothing but, tears to your eyes. I hurt you so much, eventhough, I know i’m not supposed to do that. I make you snap out. I’m just an immature adult, before and even now. I was selfish. I never thought about how you feel...and after we’re married, I even date a few women behind your back. I don’t even qualified to be your Imam, from the start. Eventhough, we’re bestfriend, i betrayed you so much...You are so patient, you know that?” Ujar Aki, lembut. Masih lagi mengusap belakang kepala Yah, tanpa berhenti. Dia kemudian melepaskan pelukan. Redup matanya memandang Yah.
              “Dah...tak mo nangis pagi-pagi ni.” Pujuk Aki, lantas menyeka lembut air mata yang jatuh ke pipi Yah. Yah tersenyum lembut, dan mengesat air mat yang tinggal dengan kedua-dua telapak tangan. Dia menarik nafas panjang, dan melepaskan.
              We’re being too cheesy, don’t you think?” Seloroh Yah, dengan suara sengau.
              Really?” Soal Aki.
              Yeah! Especially you, Idolomantis Diabolica..” Balas Yah, mengusik.
              “Tadi kan dah mintak maaf? Boleh lagi panggil orang macam tu ye?” Aki memerli, lantas mencubit pipi Yah, lembut. Yah berdecit dan mengurut pipinya yang dicubit Aki tadi. Yah menjeling. Lantas bangun dari duduknya.
              “Dah, jom. Nenek, Atuk, Umi dah tunggu” Yah dah berpaling, baru je Yah nak buka pintu, Aki yang juga dah bangun dari duduknya tadi, menarik lengan Yah, lantas merangkul pinggang Yah. Yah terkejut. Dia kemudian menghadiahkan satu kucupan lembut di bibir Yah, kemudian, dahi pulak. Balas dendam, sebab tadi tak dapat. Yah yang membuntang matanya, masih lagi terkesima. Terkebil-kebil orang tu di buatnya. Aki, lantas tersenyum nakal, kemudian melepaskan rangkulannya dari pinggang Yah.
              “Nenek, Atuk, Umi dah tunggu. Apa lagi? Jomlah.” Ujar Aki, lantas mendahului Yah membuka pintu bilik, dan membiarkan Yah termangu.
              “AKI!!!” Teriak Yah. Aki dari luar bilik, senyum nakal tak lekang dari bibir. Dia kemudian, melangkah keluar mencari Atuk, Nenek dengan Umi.



“ASSALAMMUALAIKUM! Kami datang nak raya!” Suara kanak-kanak yang ramai-ramai mengejutkan keluarga Encik Hamid, Atuk Ateya yang sedang berbual. Ateya menjenguk ke luar rumah. Wahh! Ramai ni. Nasib baik sampul duit raya dah sedia. Atuk dan Nenek sudah berdiri di muka pintu, melihat kanak-kanak yang sedang tersenyum-senyum. Semua comel-comel dan cantik-cantik. Ateya tersenyum, lantas mengikuti Atuk dan Nenek di muka pintu, menyambut tetamu.
              “Meh, masuk! Jangan nakal-nakal. Kalau tak, tak dapat duit raya. Ramai ni, kat dalam rumah.” Usik Ateya, kanak-kanak itu sudah muka cuak, takut tak dapat duit raya. Ateya tergelak. Hailaa...comelnya.
              “Akak gurau je lah...meh masuk, banyak kuih ni.” Ujar Ateya, lantas melambai tangannya, mengisyaratkan masuk. Nah...barulah tersenyum simpul budak-budak tu. Ateya menggeleng-geleng.
              “Mari, masuk. Makan kuih tu.” Ajak nenek pulak. Budak-budak tu, sudah meniti anak tangga, untuk masuk.
              “Duduk sini.” Ujar Ateya sambil menunjukkan meja makan yang penuh dengan kuih-kuih. Belum habis, lagi melayan budak-budak tu, ada lagi suara memberi salam.
              “Assalammualaikum, Tok Hamid...” Teriak, tetamu yang baru datang tu. Orang dalam rumah dah terlebih dahulu, menjawab salam. Ateya pula, bergegas ke muka pintu, nak tengok siapa yang datang.
              “Walaikummussalam. Eh! Abang Johari? Abang ke tu?” Ujar Ateya teruja. Aki yang sedang sibuk melayan budak-budak yang datang, bagi duit raya, terus tegak badannya. Abang? Abang mana pulak ni? Panas je telinga, isteri panggil orang lain Abang, dengan dia hanya kau aku je. Aki mengangkat kepala melihat siapa ‘Abang Johari’ tu. Dia memerhatikan ‘Abang Johari’ yang baru je melangkah masuk ke rumah. Macam kenal je. Aki berkerut dahi, cuba mengingat siapa lelaki ni.
              “Abang! Abang apa khabar?” Soal Ateya. Dah lama dah, tak jumpa Abang Johari ni. Macam rindu je. Abang Johari, dia kenal dari kecil, masa dia balik kampung dulu. Kalau tak ada Aki, Abang Joharilah yang temankan dia main. Dengan Aki pun, Abang Johari ada lepak-lepak, kalau Ateya bawak Aki balik kampung.
              “Teya...makin cantik, Abang tengok. Kalau abang taulah, dah lama dah Abang hantar rombongan meminang.” Meminang?! Suka-suka je, nak pinang isteri orang. Hati dah menggelegak, tapi tangan masih memberi duit raya dan cuba memaniskan muka. Kang ada jugak budak yang menangis, tengok muka dia jadi, muka Hulk.
              “Tu la...buat rugi je, tak dapat isteri yang cute macam Teya ni.” Seloroh Ateya. Lantas, mereka sama-sama tergelak. Tak sedar ada mata yang tengah tajam, tengok kemesraan mereka berdua.
              “Hah...abang ingat tak Aki?” Soal Ateya sambil menunjuk ke arah Aki. Aki tersentak, dan tersenyum. Abang Johari mengalih pandangan ke arah Aki.
              “Aki?” Dahi Abang Johari berkerut nak ingat siapa Aki.
              “Ohh! Aki...Wah, kau masih lagi rapat dengan keluarga ni, lagi. Apa khabar?” Johari, menghulur salam, Aki menyambut, dan cuba tersenyum memaniskan muka.
              “Aku, AlhamduliLLAH, baik je. Kau macam mana pulak?” Soal Aki, sekadar berbasa basi.
              “Aku, macam ni lah...AlhamduliLLAH masih hidup lagi.” Balas Johari, lembut. Cis! Jebat bedebah. Baik pulak mamat ni.
              “Hah...Abang Johari, duduklah. Banyak cerita Teya nak dengar dari Abang.” Pelawa Ateya, lantas duduk di sofa bersebelahan dengan  Johari.
              “Abang buat apa sekarang?” Soal Ateya, ingin tahu.
              “Abang, kerja dah jauh dah Teya. Abang kerja kat Terengganu, sebab tu lah, jarang balik sini.” Jawab Johari mesra.
              “Teya pulak buat apa sekarang?”
              “Teya, jadi Graphic Designer dekat satu syarikat kecil.” SAAS? Ateya teringat sesuatu,lantas dia tersenyum.
              “Abang dah kahwin?” Soal Yah tiba-tiba. Tiba-tiba, Aki rasa jauh hati pulak. Yah, kenapa kau tanya orang tu, dah kahwin ke belum? Kau tu, yang dah kahwin, sanggup kau begitu friendly dengan orang asing? Muka Aki, dah mulai muram. Sekarang ni, Cuma tepek senyum plastik je la.
              “Belum ada jodoh lagi. Abang kahwin dengan Teya je la.” Amboi. Amboi! Melampau nampak. Namun, Aki tak boleh nak buat apa-apa, tak kan nak buat drama depan orang-orang tua pulak. Masa Raya pulak tu. Sampai hati, Yah.
              “Eh! Air dah habis. Abang duduk kejap. Teya nak bancuh air lagi. Abang, jangan pergi mana-mana tau, duduk je situ, sampai Teya datang.” Ateya mengambil jug yang ksosong, dan membawanya ke dapur.
              Di dapur, Ateya membasuh jug yang berisi air sirap tadi, kemudian dia mengambil gula di dalam kabinet. Sedang, ligat membuat air, tiba-tiba dia rasa macam ada tangan yang menyusup ke atas dadanya. Ya ALLAH, Ya tuhanku! Apa ni? Ateya tersentak. Hailaa...hailaa..macam mana kalau ada orang nampak dia orang macam ni? Malu lah! Dia cuba, melepaskan rangkulan tangan tu, tapi tak berjaya.
              “Aki. Apa kau buat ni? Lepaslah. Ramai orang kat depan tu.” Sekali, lagi, Ateya cuba melepaskan rangkulan Aki dari dirinya tapi Aki tak menunjukkan tanda-tanda nak mengaku kalah. Kenapa pulak Aki ni, macam ni? Kalau kat dalam bilik tak apa lagi, ni kat luar. Any second, someone might came in here...Walaupun begitu, jantungnya, berdegup kuat. Tidak pernah sekali pun, Aki gagal membuatkan degupan jantungnya tak kuat dengan perbuatan Aki yang macam ni.
              If I do this, will you feel What i’m feeling right now?” Soal Aki lembut? Hah? Dah kenapa pulak dengan ayat jiwang karat tu? Ateya mula risau.
              “Aki...please! lepas..nanti, nenek dengan atuk nampak.” Ateya cuba sedaya upaya nak lepas, tapi Aki tak berganjak pun.
              “Aki...”
              No...stay...feel and listen closely...
              “Aki...”
              Honey, please...” Akhirnya Ateya mengaku kalah. Dia duduk diam terkaku kat situ. Aki memeluk Ateya, lebih erat. Hidung Aki berada, betul-betul di atas bahunya. Diam. Tiba-tiba Ateya macam rasa sesuatu. ‘Feel and listen closely’. Kata-kata Aki terngiang-ngiang di telinganya. Degupan jantung. Laju. Percayalah, degupan jantung tu, bukan dia punya, walaupun, jantung dia pun bedegup laju, tapi degupan jantung yang dia rasa di belakangnya, bukan dia punya. Aki. Muka Ateya dah merona merah. Apa ni? Apa yang Aki, cuba tunjukkan pada dia ni? ‘If I do this, will you feel, what I’m feeling right now?’ . Aki. Dia cuba bagitau, perasaan dia ke?
              “Along...Opp!” Suara Adik, mengejutkan mereka berdua, terus sahaja, rangkulan terlepas. Aki dan Ateya dah melarikan pandangan ke arah lain. Ateya belah kiri, Aki belah kanan. Adik dah tersenyum nakal. Ya ALLAH, awkward gila!
              “Patutlah, air tak sampai-sampai. Rupanya ada orang berasmara dana kat sini. Tengah buat gula.” Usik Adik. Aki memegang belakang leher, Ateya teruskan misinya membuat air.
              “Maaflah ye. Adik boleh bagitau Atuk dengan nenek, yang Along busy, tak boleh buat air...” Usik Adik Aki lagi.
              “Jangan macam-macam!”
              “Jangan Ngada-ngada!” Serentak mereka berdua, lantas, Ateya dan Aki pandang satu sama lain sekilas. Bila sahaja, mata mereka bertaut, terus, masing-masing, larikan mata pandang tempat lain, malu kot!
              “Tengok, cakap pun in sync...Memanglah, made for each other.” Ateya menjegil mata ke arah Adik. Sukalah tu, dapat motif mengusik. Tengoklah, macam mana kalau Adik dapat Kahwin dengan Nun nanti.
              “Kejap lagi, Along bawak air naik atas. Adik duduklah kat depan dulu.” Ujar Ateya.
              “Okey!” Adik menurut. Mereka di tinggalkan berdua lagi. Masing-masing takut nak pandang diri masing-masing.
              “Er...aku, hantar air dulu.” Ujar Ateya. Lantas, cepat-cepat meniti tangga untuk ke ruang tamu, tinggalkan Aki kat dapur. Sambil, menatang dulang berisi air sirap, Ateya tersenyum kecil. Aki tak sedar pun.

No comments:

Post a Comment