Wednesday, 15 January 2014

Idolomantis Diabolica (BAB 33)


BAB 33

ANIMASI PUTERI GUNUNG LEDANG mengaut keuntungan lebih dari RM10 juta. Tajuk Akhbar Utusan hari ni. Aki dan Ateya yang membaca dah tersenyum sampai ke telinga. AlhamduliLLAH, rezeki. Ateya kemudian bergerak ke dapur, hendak membasuh pinggan mangkuk.


 
              “AlhamduliLLAH...congrats Yah.” Ucap Aki, selepas selesai membaca Akhbar Utusan tu. Ateya, memang tak boleh cakap, memang gembira habis.
              “Tak sia-sia, overwork, kerja lebih masa, ke sana-ke mari pulangan yang kita orang dapat, memang lebih dari kita orang expect. Memang AlhamduliLLAH sangat.” Balas Ateya. Tangan masih ligat membasuh. Setelah, habis membasuh, dia menutup paip air dan merenjis-renjiskan tangannya ke singki, sedang sibuk merenjis-renjis tangannya, dia dapat merasa seseorang sedang berdiri belakangnya, dia berpaling. Tepat-tepat dia berpaling Aki sudah mendekati dirinya. Dia ke belakang sikit. Alamak...Apa lagi ni? Aki tersenyum nakal. Sedang otaknya berfikir-fikir nak lari ke tak, dia rasa tangannya di pegang. Dia mengalih pandang pada tangannya. Alangkah terkejutnya dia, apabila melihat seutas rantai tangan bermotifkan reben, melingkari tangannya.
              “Apa ni?” Soal Ateya sambil meneliti rantai tangan di tangannya.
              “Hadiah, untuk Ateya.” Balas Aki, ringkas, lantas pergi ke ruang tamu, dan membuka televisyen. Ateya memandang Aki pelik. Aki pula, membuat muka selamba dan membuka siaran Astro 702.
              “Eh! Law and Order!” Terus, Ateya berlari anak, dan melabuhkan punggung di sofa sebelah Aki. Aki memandang Ateya sekilas, lantas tersenyum.
              “Yang nombor berapa?” Soal Ateya, mata, lekat kat TV. Mula-mula, dia tak berapa suka pun cerita Law and Order tu, tapi Aki dah selalu buka. Lepas tu, bila tengok best pulak, jadi sekarang, Law and Order SVU, merupakan salah satu rancangan kegemarannya. Semua sebab pengaruh Aki.
              “Yang nombor 9.” Jawab Aki, ringkas.
              “Laa...yang lama punya. Tak apalah, ada banyak je episod yang tak tengok lagi.” Balas Ateya. Sedang Aki khusyuk menonton TV, Ateya mencuri pandang Aki. Nak buat ke tak? Buat je lah. Dengan teragak-agak, dia menghadiahkan satu kucupan sekejap, di pipi Aki. Lepas tu, cepat-cepat dia pandang TV balik. Malu wo! Tapi, dia buat muka tenang je. Padahal, dalam hati dah menjerit-jerit, Ateya pervert! Ateya pervert! Buat seketika, mata Aki membulat, lantas dia terus berpaling ke arah Ateya. Teya tenang Teya. Memang tenang sangat pun muka dia sekarang ni.
              Thank you.” Ujar Ateya, selamba bila rasa yang Aki sekarang tengah pandang dia. Tapi, dia buat bodoh je, tengah tengok Elliot tengah bincang dengan Olivia, pasal ‘the perp’ dalam TV.


“AKU RASA, AKI suka kat aku la.” Ujar Ateya, selamba, lantas menghirup air Milo Ais yang baru sampai tadi. Dayah dah memandang Ateya, agak tergamam bila tiba-tiba Ateya cakap macam tu. Lantas, dia meledakkan ketawa.
              Seriously? Jadi, apa masalahnya? Kau isteri, dia suami. So?” Ujar Dayah, tangan dah menyudu, kuey tiow goreng dalam pinggan, lantas di suapkan ke mulut. Ateya pulak, dah termenung kosong. Lambatnya, Mee goreng ni, dah lapar ni.
              “Umi dengan Mama dah tanya, bila nak mengandung.” Bebel, Ateya. Lebih kepada diri sendiri sebenarnya. Tapi, Dayah dengar juga. Lagi lah galak Dayah gelak bila dengar.
              Again...kau suami, dia isteri...so what is the problem?” Soal Dayah, lantas menghirup Ais Limau. Beberapa minit kemudian, waiter membawa Mee Goreng Mamak Ateya pulak. Ateya, kemudian menyudu Mee goreng dan menyuapkan ke mulut.
              “Dia tak bagitau kat aku pun, dia suka kat aku?” Ujar Ateya, setelah mengunyah habis mee goreng dalam mulut.
              “Laa...tadi kau cakap dia suka kat kau?” Soal Dayah. Ateya mengeluh.
              “Oi! Tak baik, mengeluh depan rezeki.” Ujar Dayah, bila dengar keluhan Ateya.
              “Cara dia layan aku, make me believe he’ve fall for me...Tapi, aku tak kan tahu, dan akan sentiasa keliru, kalau dia tak bagitau aku.” Ujar Ateya, kemudian menyuap mee goreng. Sedap mee goreng ni.
              “Dah tu, dia dah tunjukkan yang dia sayangkan kau. Penting ke, kata-kata?”
              Yeah...It’s important...Aku tak nak perasan seorang-seorang.”
              “Oh...susah jugak kan bila tengah angau?” Seloroh Dayah, lantas menghabiskan baki, kuey tiow goreng. Lantas menghabiskan baki Ais Limau.
              “Kau, bagi lah tau dia, kau suka dia. Lepas tu, mungkin dia akan bagitau kau, dia suka kau?” Sambung Dayah lagi. Sekarang, giliran Ateya pula menghabiskan mee goreng.
              Just this once...” Ujar Ateya, selepas menghabiskan air Milo Ais nya.
              “Ha?”
              I want him, to beralah.”
              “Maksud kau?” Soal Dayah. Ateya menongkat dagu, dan memandang hadapan kosong.
              You know? Masa dulu, dulu...kan aku dah banyak bersabar dengan dia. Kali ni...kali ni je, aku nak dia yang bagitahu aku sincerely that he loves me.”  Ujar Ateya. Dayah mengangguk.
              “Kalau dia tunggu kau yang bagitau dulu? Sampai bila, kalau kau pun tak nak beralah.” Ujar Dayah. Ateya menggeleng.
              “Aku tak kan lari ke mana, dan kalau betul dia sayangkan aku, dia pun tak kan lari ke mana. I just need to hear those words.” Tutur Ateya nekad. Dia ni, cakap je, tapi tak tahu nak buat macam mana. Dayah dah mengangguk-angguk.


“SHE MAKES ME CONFUSE.” Keluh Aki, lantas menanggalkan cermin matanya, dan memicit pangkal hidung. Jam menunjukkan tepat pukul 9 malam. Sekarang, dia sedang lepak-lepak kat MCD dengan Zarif. Zarif yang mendengar, hanya tergelak. Sebenarnya, tadi dia dah nak balik rumah dah, tapi dia rasa macam nak minum kopi MCD, jadi dia singgahlah kejap kat MCD, lepas tu terserempak dengan Zarif. Zarif pulak, nak belikan Double Cheeseburger untuk anak dan isteri dia. Sebaik sahaja mereka dapat tempat duduk, Aki terus mengeluh.
              “Kenapa pulak?” Soal Zarif. Aki, kemudian memakai semula cermin matanya.
              “Kau tau kan, yang aku suka kat Yah?” Ujar Aki, Zarif mengangguk-angguk.
              “Ha. Dah tu?”
              “Masalahnya, aku tak tahu dia suka kat aku ke tak.” Ujar Aki, lantas meneguk air kopi yang berasap lagi tu. Yah, tu, memang susah sangat nak baca. Walaupun, mereka dah kenal lama, tapi kalau bab cinta dan mencintai ni. Memang susah nak tau apa yang tersirat dalam hati Yah tu. Sekejap, dia nampak macam bashful Yah. Sekejap nampak macam Yah, the bestfriend. Sungguh dia keliru.
              “Kau dah tunjuk, kau suka kat dia?” Soal Zarif.
              I’ve done everything.” Memang dah macam-macam dia buat pun. Dia layan Yah, lebih lembut. Lepas tu, dia peluk, dia tunjukkan kasih sayang dia. Masalahnya, tak nampak macam Yah cair pun. Dia je, yang rasa makin jatuh cinta dengan Yah tu. Semua yang dia buat untuk buat Yah jatuh cinta dengan dia cuma membuatkan dia lebih jatuh cinta pada Yah. Yah, memang pandai buat muka macam tak ada-apa. Tengok, masa Yah buat macam tu, hari tu. Dalam hati dia dah macam rasa gunung berapi nak meletus. Yah, boleh lagi buat biasa je, tengok muka Stabler dengan Olivia.
              I even avoided using ‘Kau aku’ bila bercakap. Tapi, tak tahulah, Yah perasan ke tak.”  Ujar Aki. Dah lama sebenarnya dia elak guna ‘kau aku’ bila bercakap dengan Yah. Tapi, Yah masih lagi cakap dengan dia guna ‘kau aku’. Sama ada Yah tak perasan atau saje-saje buat tak perasan.
              Maybe, everything is not everything, enough?” Ujar Zarif. Zarif memang suka bagi soalan yang buat dia berfikir sendiri. Aki berkerut. Everything, is not everything enough?
              So...tell me then...Please tell me, what I need to do?” Soal Aki
              Just tell her okay? As simple as that.” Balas Zarif, lantas tersenyum. Aki mengeluh, lantas menghirup kopi yang dah suam-suam. Tell her.

No comments:

Post a Comment