Friday, 24 January 2014

Kisah Aozora (Prologue)



PROLOGUE 

Januari 2005

“AINUL MARDHIAH BT MOHAMAD IDRIS, panggil Dhia ....cita-cita, nak jadi lebih kaya dari Trump. Selain itu Software Engineering.” Dhia duduk kembali, di tempat duduknya. Rakan sekelas yang lain, ternganga. ‘lagi kaya dari trump??? Dia ni, gurau ke apa?’ pemikiran yang bermain di otak mereka semua. Tak siapa pun yang dapat mengagak reaksi Dhia. Langsung tiada riak bergurau, muka memang ‘straight’ habis. Arl yang duduk disebelahnya, terkebil-kebil memandangnya.
           

             “Er...okey...good ambition...yang sebelahnya pula...” Soal Cikgu Hanim teragak-agak.
            “Aril Isa b. Aiman Hanafi. Cita-cita, Computer Programmer.Panggil Arl.” Jawab Arl ringkas. Cikgu Hanim, mengangguk.
            Computer Programmer dengan Software Engineering tu, sama kan?” Soal Cikgu Hanim lagi.
            “Er...lain sikit, walaupun masih dalam kategori bidang yang sama, tapi, dia ke arah lain. Programming, ke arah programming lah, software engineering, lebih kepada software.” Terang Arl ringkas. Cikgu Hanim, mengangguk faham. Macam mana, dua orang budak sekolah, form 1, dah ada cita-cita yang macam ni? Cikgu Hanim terkagum sendiri.
            “Okey...next...”
            “Asyiqin Alysa bt Mohd. Hisyam...panggil, Lysa...cita-cita, Kartunis.” Dan seterusnya...
            “Noor Athirah bt. Anuarruddin, Panggil Ira...cita-cita...Pengilustrasi Buku Kanak-kanak...”
“Farhan Ariffin b. Syamsul...panggil, Payan...cita-cita? Belum fikir lagi...”
            “ Omar Iskandar b. Mohamad Khairy...cita-cita? Arkitek kot.”
            “Mirza Mikail b. Rosli...cita-cita? Belum fikir jugak.”
            “Kamarul Zikree b. Abdul Rahman..cita-cita, Peguam.”
            “Daniel Akmal b. Ismail Mokhtar...cita-cita...ehm...engineer kot.”
            “Dania Imelda bt. Dato’ Ismail Mokhtar...cita-cita...Model, pelakon yang terkenal...Panggil Imelda” Perkataan Dato’ ditekankan. Apabila nama Ismail Mokhtar di sebut oleh Dania, rakan-rakan sekelas berpaling balik ke arah Daniel. Daniel yang menyedari pandangan yang lain tertumpu kepadanya, tersenyum kerang busuk.
            “Er...Daniel dengan Dania, adik beradik ke?” Soal Cikgu Hanim yang keliru.
            “ Kami kembar.” Jawab Daniel ringkas. Kalau boleh, dia tak nak orang lain tahu yang dia ni anak Datuk. Malas nak bangga. Tapi, Nia dah bagi rosak semuanya. Daniel memandang Dania tajam. Dania hanya menjeling. Dah kata anak Datuk, kenalah berbangga sikit, biar orang tahu yang dia anak orang kaya. Yang Niel nak sembunyi-sembunyi kenapa? Cikgu Hanim mengangguk-angguk, faham. Lain betul bunyinya bila Imelda memperkenalkan nama bapa mereka.
            “Okey...seterusnya?” Cikgu Hanim meneruskan sesi perkenalan
            “Nurul Fasihah Alyaa bt. Mohd Tarmizi, cita-cita...pereka fesyen...Panggil, Elle...”
            “Nor Amyra Suhaila bt. Syed Hafizi...panggil, Amy...cita-cita...penyanyi.”
            Selepas beberapa minit berlalu sesi pengenalan berakhir, dan bermulalah hari pertama pelajar kelas 1 Inspirasi di Sekolah Menengah Swasta, Sekolah Menengah Aisyah Al-Umairah...

No comments:

Post a Comment