Tuesday, 7 January 2014

Idolomatis Diabolica (BAB 30)



BAB 30

“YAH, BANGUN Yah...subuh.” Kejut Aki, lembut. Subuh? Mata Ateya berasa berpinar-pinar, entah kenapa. Memang dia agak sibuk minggu ni, lagi pulak, tarikh tayangan Perdana Puteri Gunung Ledang, dah nak dekat. Balik, selalu lambat je. Sebab banyak je lagi benda nak kena urus, sebelum Puteri Gunung Ledang di tayangkan. Dengan publisiti nak promote cerita animasi tu, Lepas tu, Tayangan Puteri Gunung Ledang tu, bukan di tayangkan di Malaysia sahaja, tetapi juga beberapa negara Asia yang terpilih. Lepas tu, ke hulur- ke hilir ke sana ke mari, untuk berurusan dengan pawagam-pawagam, penaja-penaja. Yang Paling teruk Dayah dengan Ateya, kerana merupakan Pengarah animasi Puteri Gunung Ledang.


              Memang, banyak yang di petaruhkan, apabila Dayah, mencadangkan projek ni. Banyak juga kerja yang mereka kena buat. Dengan Suara Akira Furqan, dia berdoa sangat, supaya remaja-remaja, peminat-peminat Akira Furqan, tertarik untuk tengok animasi tu...dan dia rasa dia membuat pilihan yang tepat, apabila memberi Akira watak Hang Tuah tu. Suara Akira, memang cocok sekali dengan Watak Hang Tuah yang dia reka tu. Ateya dan Dayah, berpendapat, industri hiburan Malaysia, perlu meletakkan taraf Animasi dalam negara, ke tahap yang lebih tinggi. Memang animasi dari Disney, Ghibli Studios, Dreamworks dan lain-lain animasi dari luar negara, seronok di tonton, tapi, lebih seronok, kalau Animasi Malaysia, mendapat tempat dalam kalangan orang-orang Malaysia sendiri. Bukannya, orang Malaysia kita ni, tak ada bakat, dalam menerbitkan animasi. Bukannya, tak boleh buat cerita se-best cerita Shrek. Bukan tak boleh membuat animasi, secantik cerita, Disney’s The Princess and The Frog. Bukan tak boleh buat, jalan cerita se-sweet cerita, From Up on Poppy Hil. Tengok sahaja Les Copaque. Semua terhibur dengan Upin dan Ipin, bukan orang-orang di Malaysia sahaja, malah orang-orang luar dari Malaysia juga.
              “Yah...dengar tak?” Ujar Aki, lembut. Ateya yang terbuka sedikit mata, mengangguk-angguk. Lantas perlahan-lahan bangun, apabila bangun sahaja, kepala dia tiba-tiba macam ting–tong je. Haa...tu lah, overwork sangat, padan muka. Walaupun, macam agak susah nak berdiri, namun dia gagahkan juga diri. Subuh, tak boleh burn. Buatlah, selagi mampu. Bukannya dia tenat sangat, sampai tak boleh nak bangun.
              “Yah...okey ke ni?” Soal Aki, yang dah melutut di sisi katil, berhadapan dengan Ateya yang sedang duduk mamai. Ateya mengangguk. Lantas dia berdiri. Sebaik sahaja dia berdiri, dia rasa kepalanya macam berdesing sangat, dia memegang kepala kuat, dia tak tahu apa yang dah jadi, tahu-tahu je, pandangan dah gelap.
             

“YA ALLAH! YAH!” Sungguh, Aki terkejut, bila Yah tiba-tiba nak pengsan. Nasib baik, belum sempat kepala Yah terhentak ke lantai, Aki dah sambut dulu. Alangkah terkejutnya dia, bila rasa badan Yah, yang panas sangat dalam rangkulannya. Ya ALLAH! Demam budak ni. Aki cepat-cepat mengangkat Yah. Tangan Yah, dibawa ke leher. Dah siap berpeluh-peluh dah ni. Sambil menatang Ateya, dengan kedua-dua belah tangan, dia membawa Yah, ke katil. Dia memerhatikan Yah, sambil mencekak pinggang. Dia menggigit bibir bawah. Nak kena bawak klinik ni. Tapi, tak kan nak bawak macam tu?
              Aki memerhatikan Yah, yang hanya berpakaian gaun tidur paras lutut. Walaupun, kali ni, bukan gaun tidur sutera. Tapi still masih berlengan dan berkain pendek. Aki memeluk tubuh pulak, sambil mengurut dagu, lantas mengeluh. Nak kena tukarkan ke, baju dia? Kalau nak jaga kat rumah, dia tak tahu, demam Yah tu, teruk macam mana. Kena juga bawak klinik. Ke, nak biar dia sedar dulu? Alamak...peningnya! Dia kemudian mengerling ke arah jam di dinding. Lantas, dia terkejut. AstaghfiruLLAHALAZIM! Dah pukul 6.40. Dia belum subuh lagi. Aki, kemudian mengatur langkah ke dalam bilik air, dan mengambil wuduk.

MATA ATEYA, terbuka sedikit. Dia terkebil-kebil. Kepala masih berpinar, dan masih lagi berdenyut-denyut. Kemudian, dia macam rasa yang dahi dia macam lembab-lembab sikit, jadi dia pun mengangkat tangan, nak rasa apa yang ada di dahi dia. Kain, lembab? Dia menebar pandangan, keliling. Dia masih lagi dalam biliknya. Hailaa...hailaa...kenapalah, masa-masa macam ni, nak demam. Banyak lagi kerja nak buat kat SAAS tu. Dia kemudian, teringat Dayah. Tengok jam di dinding, dah pukul 12.30 tengah hari. Mak aih! Teruknya anak dara bangun pukul 12.30 tengah hari. Kalau Umi, tau ni, mesti umi bising. Apa? Betul lah anak dara, walaupun umur dah 26, dan dah kahwin. Dia kemudian cuba mencapai ‘smarphone’ Sony Xperia nya, cari nombor Dayah. Tangan dia atas dahi yang berlapis dengan kain lebam. Bila nampak nombor Dayah, dia lantas sentuh butang Dial...tidak lama tunggu, talian bersambut.
              “Assalammualaikum Dayah...” Suara Ateya lemah memberi salam.
              “Walaikummussalam...Kau dah okey ke, Teya?” Soal Dayah bimbang.
              “Okey, kejap lagi aku datang SAAS tau. Sorry lambat sikit...” Eh kejap. Dahi Ateya berkerut seribu. Macam mana Dayah tau, aku tak okey?
              “Hah! Kau jangan ngada-ngada nak datang kerja. Badan tak sihat, sampai pengsan-pengsan, ada hati nak datang kerja. Kau duduk berehat kat rumah tu.” Bebel Dayah.
              “Eh, kejap. Mana kau tau, aku tak okey?” Soal Ateya, pelik.
              ‘Tadi, laki kau telefon...cakap kau tak boleh datang kerja hari ni, tak sihat sampai pengsan-pengsan. Kau rehat je la kat rumah. Aku bukannya diktator, sanggup nak paksa kau kerja, walaupun kau tak sihat.”
              “Tapi, kat SAAS tu, ada lagi kerja aku yang tak siap.”
              Ayoyo! Jangan jadi gila kerja boleh tak? Kan kerja kau tinggal sikit je. Aku bolehlah tolong habiskan. Ramai lagi pekerja kat SAAS ni. Kau duduk je la rumah, berehat. Kau datang kerja balik bila kau dah betul-betul sihat.”
              “Tapi...”
              “Muktamad. Dah, Assalammualaikum...” Dayah, cepat-cepat letak telefon.
              “Dayah!” Ujar Ateya, separuh meninggi. Well, the boss has said so. Ateya kemudian, meletakkan kembali Sony Xperia ke meja sisi. Sebaik sahaja, dia meletakkan ‘smarphone’, Aki datang menerjah bilik, dengan menatang dulang Bubur dan air masak. Dia terkejut. Aki tak pergi kerja ke?
              “Ki...kau tak pergi kerja ke?” Soal Ateya pelik. Aki, kemudian meletakkan dulang di meja sisi, dan duduk di sisi katil belah Ateya.
              “Gila, nak pergi kerja, ada orang pengsan-pengsan pagi tadi.” Ujar Aki, sambil, bangunkan Ateya, lantas menyandarkan isterinya itu di kepala katil. Kemudian, dia mencapai mangkuk, bubur di meja sisi dan menyuakan bubur nasi ke mulut Ateya, Ateya menggeleng, tak mahu. Tengah-tengah pening-pening ni, tak ada selera nak makan.
              “Jangan ngada-ngada. Makan.” Arah Aki, lantas menyuakan kembali bubur ke mulut Ateya. Ateya buka mulut, akurkan jugak.
              “Kau masak ke?” Ujar Ateya. Setahu Ateya, Aki memang tak pandai masak. Selalu, Ateya je yang duduk kat dapur tu, masakkan untuk Aki. Aki tersenyum, segaris, dan menggeleng.
              “Mintak tolong Mama, masak tadi.” Aki memberitahu. Mata Ateya membulat sedikit.
              “Mama ada kat bawah ke?” Soal Ateya, ingin tahu. Aki menggeleng lagi.
              “Balik rumah Mama, Papa, tadi ambik.”
              “Oh...aku ingatkan, Mama ada kat bawah, kalau tak bolehlah tegur.” Ujar Ateya. Aki menyuakan, suduan bubur kedua pulak. Ateya menyambut.
              “Tulah...kerja, sampai tak ingat dunia. Makan tak tentu. Balik pun lewat-lewat. Nasib L, cakap, that you just overwork, yourself...kena rehat beberapa hari kat rumah.”
              “Adik was here?” Soal Ateya pelik. Aih...memang sekarang ni, hobi Aki buat kerja belakang-belakang aku ke apa? Ke, dia yang tak sedar-sedar? Yelah...bangun pukul 12.30 kot.
              I called him earlier.” Tutur Aki, ringkas. Nah..inilah, kebaikannya, bila dapat doktor sebagai adik, kalau sakit, tak payah susah-susah nak ke klinik, check. Panggil je, adik, dia mesti datang. Tak payah bayar pun.
              “Mana adik?” Soal Ateya, menebarkan pandangan ke seluruh bilik nak cari kelibat adik.
              He can’t stay. Dia kena pergi hospital, awal. Dia kirim salam.” Balas Aki. Ateya mengangguk. Walaikummussalam.
              “Tolonglah, lepas ni...Cik Ateya Hashimah, jaga kesihatan ye. Nasib baik demam sebab overwork, kalau demam sebab denggi, macam mana?” Bebel Aki. Ateya memandang Aki, tajam.
              You sound like, Umi...” Ujar Ateya.
              Yeah? Well that’s just the beginning. Do you know, how worried you make me?” Bebel Aki, tapi, tangan tetap menyua bubur ke mulut Ateya,dan Ateya pun menerima segala bebelan Aki. Memang betul macam Umi.
              Well...I’m sorry..yelah...lepas ni, aku jaga kesihatan aku, tak menyusahkan kau lagi.” Rajuk Ateya. Muncung, dah panjang sedepa. Aki tergelak kecil.
              “Ke situ pulak dia. Orang risau tau tak. Kalau dia tak ada. Mana orang nak cari ganti lagi? Hmm?” Ujar Aki, kali ni, lembut. Bukan nada macam Umi.
              “Ramai je, kat luar tu.” Ateya merajuk lagi. Aki, tersenyum, dan menggeleng lantas, dia menarik hidung Ateya, lembut. Kemudian, dia membantu Ateya meneguk air kosong.
              “Memang ramai. But...not all, like you. You are my one and only.” Erk! Ateya tergugup, bila dengar Aki cakap macam tu. Apalah yang tak kena dengan Aki, semenjak dua menjak ni. Kalau tak cakap dengan dia dengan kata-kata + nada yang romantik dan lembut macam tu. Memang tak sah! Dia tak tahu ke yang Ateya Hashimah, bakal melt, if this goes on?
              “Oi! Berangan.” Ujar Aki, apabila melihat Ateya, macam bukan dengan dia sekarang ni. Ateya tersentak. Aki, lantas, membaringkan kembali tubuh Ateya, kemudian menyelimutkan Ateya. Kain lembab yang di letak tepi tadi di capai kembali dan membasahkanya dengan air dan kembali meletakkan kain lembab tu di dahi Ateya.
              Rest...if you need me..just..hmm...text me. Tak kan nak jerit pulak, sakit-sakit tu. I’m here, kat bawah tu and won’t go anywhere...Okey?” Arah Aki, lantas mengambil dulang berisi mangkuk bubur dan gelas yang dah kosong, untuk di bawa turun ke dapur. Ateya menghantar Aki dengan pandangan mata, sambil berbaring. Seronoknya, sakit. Ahaa! Ateya tersenyum nakal. Lantas cuba memejamkan mata untuk tidur.


“ASSALAMMUALAIKUM  WARAHMATULLAH...” Setelah selesai memberi salam, Aki membaca doa selepas solat, yang dia pasti dia dah hafal betul-betul. Selesai sahaja membaca doa, dia memandang Yah yang berteleku di atas sejadah di belakangnya. Hari ni, kali pertama, dia yakin yang dia sudah bersedia untuk menjadi imam untuk solat Yah. Sungguh tenang hatinya, bila berjaya mengimamkan solat isterinya. Rasa sayu sangat. Dia tak pernah terfikir pun, yang dia akan menjadi imam kepada sesiapa. AlhamduliLLAH Ya ALLAH. Indahnya, perasaan bila berasa tenang, dan berasa layak. Yah, mengangkat muka dan memandang Aki. Alangkah terkejutnya, bila Aki tengok Yah, sudah berlinang dengan air mata.
              “Ya ALLAH...kenapa nangis ni, sayang?” Lembut Aki bertanya. Yah dah teresak-esak.
              “Aku...aku bangga sangat dengan kau Aki. Terima kasih, sebab jadi imam solat aku.” Ujar Yah, teresak-esak. Aki tersenyum segaris. How many time is it, that Yah nangis, bila tengok aku dah berubah? Masa Aki berjaya membaca surah Yasiin dengan lancar tempoh hari pun, Yah yang jadi pemerhati dibelakangnya, menangis. Terkejut juga, bila tengok Yah, ada kat belakang dia, tempoh hari. Dia ingat Yah dah tidur. Dia pulak masa tu, baru selesai bersolat tahajud.
              Kemudian, Yah bersalam dan mencium tangan Aki. Aki mengusap kepala Yah yang berlapis dengan telekung dengan lembut. Kemudian, mereka sama-sama melipat sejadah, dan Yah melipat telekung. Semoga, aku tak berpaling dari Hidayah-Mu Ya ALLAH. Semoga aku kekal tenang macam ni, Ya ALLAH.


PERKARANGAN masjid Putrajaya, memang sesak. Maklumlah, hari pertama nak bersolat Tarawih. Ye! Besok Puasa! Yay! Ateya bersorak riang dalam hati. Dia suka bulan Ramadhan, sebab masa bulan Ramadhan lah, peluang nak kumpul pahala banyak-banyak. Syaitan pun tak ada untuk melalaikan manusia, melainkan manusia yang melalaikan diri sendiri. Tengok, bertapa sayangnya ALLAH pada kita. RasuluLLAH pun suka bulan Ramadhan, bila Ramadhan dah berakhir, RasuluLLAH sedih. Macam Ateya lah nanti. Dia mengilas pandang pada Aki, di tempat duduk pemandu, mata tengah ligat nak cari parking.
              “Tak sangka, ramai jugak orang yang datang tarawih.” Ujar Aki, mata masih meliar mencari parking.
              “Hari pertama memanglah. Tengoklah nak dekat habis nanti.” Balas Ateya. Memang betul pun. Orang di sini, memang cenderung begitu, hari pertama memang berpusu-pusu ke masjid, nak solat tarawih, bila dah nak habis, bulan puasa, hanya ada beberpa orang sahaja.
              “Iye ke?” Soal Aki, ingin tahu. Ateya mengangguk.
              Yup!” Besok, dia dengan Mama dan Umi berkira-kira nak ajak, satu keluarga membuka puasa di rumah Mama. Umi dengan L dah pun menjemput Atuk dengan Nenek di Johor semalam. Sekarang tinggal dekat rumah dengan Umi dan L. Sekarang pun, Mama, Papa, Umi, L Atuk dan nenek ada kat belakang kereta ni hah. Ikut dia dengan Aki pergi masjid, nak tarawih. Rasa seronok sangat. Umi, atuk dengan nenek, ikut kereta L. Papa pulak, bawak Mama.
              “Hah! Tu! Parking!” Teriak Ateya. Membuatkan Aki tersentak.
              “Ish...dia ni...kot ye pun, exited tak payahlah sampai nak jerit-jerit. Cakap sudah.” Seloroh Aki. Ateya memandang Aki tajam dan menjeling.
              “Ish! Yela.” Muncung Ateya, panjang sedepa. Ateya ni, sekarang cukup senang nak merajuk. Entah kenapa entah. Macam kena sampuk je. Dia pun, kekadang keliru dengan diri sendiri, yang suka sangat merajuk bila Aki kacau. Aki di sebelah, tersenyum dan memandang Ateya sekilas.

No comments:

Post a Comment