BAB 1
Januari 2008
“EH...EH...TENGOK tu, Abang Payan and
the gang...” Ujar seorang budak perempuan, sambil berlari anak ke arah
kawannya. Kemudian dari tingkap kelas, mereka memerhatikan ‘Abang Payan’ dan
rakan-rakannya sedang bermain bola keranjang. Kelas mereka yang di tingkat dua
menghadap betul-betul di kawasan lapang, tempat rekreasi pelajar-pelajar
Sekolah Aisyah Al-Umairah.
“Ha’ahlah...wey, Handsome nya Abang Payan... He’s really hot..I wish i can be his girlfriend you know...” Ujar salah seorang pelajar perempuan, sambil memerhatikan budak-budak lelaki yang sedang seronok bermain, dengan pandangan yang penuh angan-angan. Abang Payan ni, extra good-looking pulak hari ni. Dengan kemeja lengan panjang yang disenseng sampai ke lengan...haa..
“Tapi kan, kau perasan tak...tiga
orang perempuan tu, mesti ada je dengan Abang Payan tu...Dia orang ada apa-apa
ke hah, dengan Abang Yuki, Abang Key, Abang Arl dan semua abang yang ada kat
situ?” Soal kawannya pulak.
“Apa? Si Dhia, Lysa dan Ira tu?
Sibuk kan dia orang? I’m the one who
supposed to be there with them...It’s like, how can they be friends with
Abang Payan and the others? Dalam
tiga orang perempuan tu, aku rasa Lysa yang paling okey la...yang lagi dua
orang tu, sangatlah old fashion...Terutama
Dhia tu. Menyampah je aku tengok. Entah macam mana boleh terlepas kat sekolah
ni entah...nampak sangatlah kampung...” Panjang gadis itu mengutuk.
“Aren’t
you, supposed to call them Akak? They’re
two years older kan?” Sindir kawan gadis itu, sambil tersenyum.
“There’s
no way, I’m calling them akak...I
have standard okay...” Ujar gadis itu, berlagak. Kawannya pulak, mulai
ketawa, mempersetujui kata-kata gadis itu. Mereka berdua, lantas memerhatikan
‘Abang Payan’ sepuas-puasnya, sambil menanti guru seterusnya masuk mengajar.
“WOI! BALING SINILAH!” teriak Arl kepada Yuki, yang sepasukan dengannya dalam
permainan bola keranjang ‘saje-saje’ ni. Yuki, Key, dan Arl dalam satu kumpulan.
Niel, Payan dan Ois, satu kumpulan. Tiga menentang Tiga. Payan merampas bola
dari Yuki, kemudian bola yang di rampas Payan, dirampas kembali oleh Arl. Arl
membaling bola ke arah Key. Ois dapat menghalang Key. Key melantunkan bola,
selama beberapa minit...
“Key, sini!” Teriak Arl dari
belakang Ois, sambil melambaikan tangannya, meminta bola. Key, membaling bola
keranjang ke arah Arl. Arl dapat menangkap. Lantas dia membaling bola dari
jarak yang agak jauh dari jaring bola, cuba untuk mendapat 3 point shoot. Arl, membaling bola. Buat
seketika bola melayang ke udara. Dengan harapan yang tinggi, dia mengharapkan,
bola yang di shoot, dapat masuk
jaring...sikit lagi, sikit lagi...dan..
“Adoi...” Dhia mengurut kepalanya
yang terkena balingan bola Arl tadi. Arl ternganga. Dhia mengaduh, tapi, how come...muka dia tak bagi reaksi
sakit atau marah pun? Dhia ni, memang pelik. Dari dulu lagi...
“Alamak, sorry Dhia! Kau pun satu,
dah kenapa dok jalan kat belakang tiang jaring tu? Sakit?” Soal Arl, sambil berlari
ke arah Dhia. Dhia memandang Arl. Masih lagi tak ada reaksi, namun dia
mengangguk, menjawab pertanyaan Arl tadi.
“Tak nampak macam sakit pun?” Soal
Arl lagi.
“Sakitlah gila...” Jawab Dhia pendek
dan menekankan suaranya. Hah, tahulah Arl, yang bila Dhia cakap macam tu. Dia
tengah marah. Macam ada penyakit je mak cik ni. Bila marah pun, tak ada apa-apa
reaksi, bila sakit pun. Kemudian, dia dapat rasa pukulan di belakang kepalanya.
“Oi!” Marah Arl dan menoleh, apabila
dia menoleh, Lysa sedang bercekak pinggang.
“Apa oi?! Kau tak nampak ke yang
Dhia ni, tengah jalan, yang kau baling juga bola tu kenapa?” Marah Lysa. Yang
lain, memandang Dhia serbesalah.
“Apasal pulak salah aku? Salah mak
cik ni la..yang dia dok jalan kat belakang
tiang gol ni kenapa?” Balas Arl. Dhia memandang Arl tajam.
“Aku nak pergi Toilet lah moron...” Marah Dhia. Arl memandang Dhia
tajam. Yang lain sudah ketawa.
Kring! Kring!
Masing- masing terkejut mendengar
bunyi loceng. Payan melihat jam di pergelangan tangannya.
“Mak aih! Dah habis rehat dah? Eh
dah jomlah balik kelas. Ira, cermin mata aku?” Payan menghulurkan tangannya
kepada Ira, dan Ira pun mengembalikan cermin mata Payan yang di pegang tadi.
“Penat doh..aku rasa macam malas je
nak masuk kelas.” Ujar Niel lantas menguap.
“Kau jangan buat kerja gila nak
memontenglah Niel. Sat lagi, kena tangkap dengan Dr. Slump Arale tu, baru tau.”
Tutur Lysa. Setelah menyimpan bola keranjang yang mereka guna tadi, mereka,
sembilan orang membuka langkah meninggalkan kawasan rekreasi. Apabila mereka
jalan berkumpulan begitu...ramai yang akan memerhatikan mereka (terutama
perempuan) Siapa tak kenal sembilan orang senior yang jadi buah mulut
junior-junior di Sekolah Aisyah Al-Humairah ini. Tarikan utama, sudah tentulah
Payan dan Lysa. Kerana mereka berdua yang paling good-looking dan cantik dalam kumpulan itu. Kerana kedua-dua mereka
mempunyai darah campuran Payan Cina-Melayu, Lysa British-Melayu.
Sebelum cerita lebih lagi, nak
bagitau siapa pemilik nickname yang pelik-pelik
tu...Kita bermula dengan Arl, atau nama penuhnya Aril Isa. Kenapa panggil Arl?
Tak tahulah, memang itulah yang dipanggil oleh ibu bapa tersayang. Kedua, Dhia,
atau nama penuhnya Ainul Mardhiah, Dhia tu cuma nama pendek bagi Mardhiah.
Lepastu, Payan...macam biasa, bila dah nama Farhan Ariffin memang normal lah
panggil Payan. Bagi Ois, Yuki dan Key pulak, nama samaran yang diberi khas oleh
Dhia, Lysa dan Arl dan sampai sekarang nama tu melekat pada mereka bertiga. Ois
nama samaran bagi Omar Iskandar..O dari Omar dan Is dari Iskandar, jadi, Ois.
Yuki pulak nama samaran yang diberi kepada Mirza Mikail, sebab muka dia ala-ala
macam kartun jepun sikit, panjang dan kurus, mata besar, memang sebiji macam
hero komik jepun yang selalu Lysa baca tu dan nama hero tu Yuki, jadi, Yuki.
Key pulak nama samaran bagi Kamarul Zikree. Sebab susah sangat nak panggil
Zikree sepanjang masa, Dhia bagi nama baru. Jadi, Key. Lysa pulak nama pendek
bagi Asyiqin Allyssa yang di ambil dari Allyssa. Ira pulak nama panggilan biasa
bagi orang yang bernama Noor Athirah. Dan terakhir sekali Niel. Nama pendek
dari Daniel Akmal.
Mereka sembilan orang, memang dah
berkawan dari Form 1 lagi. Tapi yang
paling lama berkawan ialah Arl, Dhia dan Lysa. Mereka bertiga sudah berkawan
baik dari tadika lagi, sebab mereka bersekolah di tadika yang sama dan Masuk
sahaja sekolah menengah, Mereka berjumpa dengan Ira, Niel, Payan, Yuki, Ois dan
Key dan sejak itu mereka stuck together
sampailah dah Form 4 ni. Bila dah Form 4 lagi lah together, sebab Form 4 sampai Form 5, mereka akan duduk di kelas yang sama sampailah tamat SPM
nanti.
Setelah beberapa minit naik tangga,
belok jalan sana, jalan sini. Sampailah mereka sembilan orang di kelas 4
Assertif. Penat tau. Dah lah baru lepas main basket, lepas tu, punyalah jauh jalan nak balik kelas turun naik
tangga lagi. Mak datuk! Memang seksa
jiwa oi! Sesampai sahaja Mereka di hadapan pintu kelas mereka, langkah mereka
dihentikan oleh seorang budak perempuan yang comel sangat yang sedang
tersipu-sipu malu. Mereka perhatikan budak perempuan itu. Budak lower form. Di sekolah ni, memang senang
nak bezakan budak lower form atau upper form, sebab warna kain atau seluar
berlainan. Bagi menengah rendah, dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3, kain atau
seluar, berwarna Hijau Tua. Dari tingkatan 4 hingga 5 kain dan seluar berwarna
Hitam.
“Dik,
Nak cari orang ke?” Soal Lysa, ramah. Dhia sudah melangkah ke dalam kelas dah.
Dia memang malas nak ambil tahu, kemudian diikuti oleh Ira dan Arl dan kemudian
yang lain.
“Yuki!”
Yuki baru sahaja hendak melangkah masuk ke dalam kelas apabila Lysa berteriak
memanggil namanya. Langsung terhenti terus langkahnya.
“Kenapa?”
Yuki menyoal Lysa kembali.
“Ni,
budak ni, nak jumpa kau.” Balas Lysa. Lysa kemudian meninggalkan Yuki dan budak
tu. Nak bagi surat cinta agaknya. Lysa terus melangkah ke tempat duduknya.
Dalam masa yang sama Dhia pun duduk di tempatnya.
“Alamak...”
Pendek dan tanpa perasaan sungguh ‘alamak’ Dhia ni. Yang lain sudah memandang
Dhia. Ingin tahu, apa yang ‘alamak’ sangat tu. Dhia bangun dan melihat bahagian
belakang, dan terkejut apabila ada cecair berwarna merah, melekat di baju
kurungnya.
“Dhia!!
Apa tak malu betul kau ni. Kau bocor Dhia? Pengotor betul ustazah kita ni.”
Bersungguh betul, bunyi suara tu bercakap. Macam betul-betul risau je. Lepas
dah cakap macam tu kuat-kuat. Dania dan dua orang ‘sidekick’ nya ketawa.
Mata-mata yang lain dah tertumpu pada Dhia. Ada yang ketawa-ketawa nakal.
Terutama budak lelaki, ada yang memandangnya lain macam. Tapi, pandangan risau
memang ketara sangat pada Arl.
“Dhia,
bulan jatuh ke riba ke?” Soal Lysa perlahan. Dhia memandang sekeliling, tanpa
bersuara. Kemudian, dia tiba–tiba mengangkat kerusinya dan hentakkan kerusi itu
dengan kasar, di atas meja. Bagi semua orang tengok, dia sebenarnya tak bocor.
Orang letak something kat atas kerusi
dia. Dia kemudian mencalit cecair itu dengan jari telunjuknya dan menjilat
cecair itu. Orang lain sudah terkejut. Yang paling terkejut Ira dan Lysa.
“Woi!
Kau jangan buat gila makcik oi!” Marah Ira.
“Eww!
That’s really creepy and gross tau
tak?” Lyssa pulak bersuara.
“Sos
tomato.” Balas Dhia ringkas. Yang lain sudah mengangguk-angguk faham tambah
lega. Lelaki pulak ada yang ber-reaksi hampa. Dhia memandang Dania tajam dan
menjeling. Dan dengan tenang dia berlalu ke tandas. Ira dan Lysa mengikutnya
dari belakang. Sebaik sahaja mereka bertiga keluar dari kelas. Niel menghampiri
adik kembarnya.
“Nia...Apsal
kau cari pasal dengan Dhia? Kau ni.”
Marah Niel.
“Eh
kau ni, suka hati aku lah. Aku taulah ‘Ustazah freak’ tu, kawan baik kau. Kau
tak payahlah eh, nak back up- back up dia...” Balas Dania lalu
menjeling. Macam mana, abang aku, kembar pulak tu, boleh kepala tak sama dengan
aku. Bukan kembar sepatutnya, share
special bond ke?
“Aku
bukan nak back up dia. Aku risaukan kau, adik aku ni hah. Kau taukan Dhia tu,
bila sekali kau dah kenakan dia. Kenalah kau lepas ni.” Ugut Niel. Arl pulak
sudah tersenyum sinis dan mengangguk, bersetuju dengan Niel. Apa yang Dhia nak
buat sekarang ni? Hahahaha! Arl ketawa sendiri dalam hati.
“Well...so what? I don’t care...and tak takut pun.” Ujar Dania, bangga.
Niel hanya mampu menggeleng-geleng kepala. Memang betul pun, dia risaukan Nia
sebenarnya. Sebab, Dhia tu, buatlah apa pun pada dia, dia tak akan goyah. Dia
akan tetap kuat dan akan tetap dengan perangai ‘tak ada’ perasaan tu. Lain
dengan Nia ni. Nampak je tough kat
luar tapi nanti, balik rumah menangis-nangis dan Niel juga akan di cari nanti.
Nia ni pun satu, bukannya dia tak pernah kena dengan Dhia tu, tapi suka sangat
cari pasal. Satu hari tu, entah apa lah yang si Dhia buat, sampai hitam muka
Nia. Seminggu tak tanggal-tanggal, kotor tu. Terpaksalah berpurdah seminggu ke
sekolah. Tu pun, tetap tak serik-serik juga. Nak dimarahnya Dhia tu, bukannya
Dhia yang mula dulu. Tapi Nia. Bukannya Niel tak marah sebab dia dengan Dhia
berkawan baik. Tapi, dah memang adiknya yang salah. Kalau bukan Nia yang salah,
tak kisahlah siapa orang tu, kawan baik dia ke tak kawan baik ke, dah memang
‘gone’ lah orang tu. Niel menggeleng-geleng lagi dan mengeluh.
“Tu,
Dr Slump tu dah masuk. Kau duduklah tempat kau. Sat lagi kau kena denda, baru
padan muka!” Balas Dania, sebaik sahaja dia ternampak Cikgu Ali masuk. Niel,
pun apa lagi, menggelupur berlari ke tempatnya. Ramai yang panggil Cikgu Ali,
Dr Slump, sebab, Dah lah kurang tinggi, kaki dan tangannya pun kecik, lepas tu,
perut buncit, sebiji macam watak kartun Dr Slump dalam kartun Dr. Slump Arale.
Tapi, walaupun macam tu. Cikgu Ali, garang. Ramai budak yang tak berani pandang
matanya, atau berani ‘tidak membuat’ kerja sekolah yang diberi. Kalau ada
pelajar yang tak siapkan kerjanya, habislah budak tu, kena tadah telinga dengar
Cikgu Ali berleter, campur dengan rotan sekali. Sebab tu, mereka berani
memanggil Cikgu Ali, Dr. Slump di belakang-belakang sahaja.
DHIA MENGGOSOK-GOSOK, baju kurungnya yang kotor kena sos tomato tadi, dengan
sapu tangan basah. Mujurlah, Dhia ni, jenis yang memang bawa sapu tangan. Susah
juga nak tanggal. Sos tomato apa lah yang si Imelda ni letak. Memang susah
betul nak tanggal. Kalau macam ni lah gayanya, memang orang akan ingat yang dia
bocor. Macam mana nak cover ni? Dhia
memandang refleksi dirinya di cermin.
“Hish...apa masalah lah dengan
Imelda tu. Tak faham aku. Kau tak ada pun cari pasal dengan dia.” Marah Lysa
yang sedang duduk di atas tembok yang di reka khas untuk letak barang-barang di
dalam tandas itu.
“Dia, tak puas hati kot. Yela, dia
kan suka Key. Kau tu rapat sangat dengan Key kot.” Ujar Ira yang membantu
menggosok belakang Dhia juga. Memang Imelda suka dengan Key pun. Memang tak
sembunyi-sembunyi. Semua tahu. Key pulak yang macam segan-segan, bila hal tu
tersebar.
“Tapi, Dhia kan lagi rapat dengan
Arl...” Balas Lysa. Dhia mengeluh, dan teruskan menonyoh kesan merah tu.
Arl...Arl?
“Lysa, tolong mintak blazer Arl.”
Ujar Dhia lembut. Lysa mengangguk, lantas berlari keluar dari tandas.
“Thanks...”
Ira dan Dhia memerhatikan kelibat Lysa yang laju je meninggalkan mereka.
“Habis, kau nak buat apa dekat
Imelda nanti?” Soal Ira tiba-tiba sambil memandang wajah Dhia. Lama juga dia
memandang Dhia. Tidak lama selepas itu, Dhia hanya pamerkan senyuman sinis
sahaja. Ira tahu, bila masa Dhia tunjuk je, senyuman tu...it means trouble.
“Uh-oh...That
smile, can’t be good...” Ujar Ira risau. Dhia pulak tetap dengan senyum
sinis dia. You don’t mess with Ainul
Mardhiah woman! Itu jugalah maksud senyum sinis Dhia itu. Bila masa Dhia
senyum macam tu, bulu roma Ira meremang. Imelda, is a dead meat kali ni.
Tidak lama selepas itu, Allyssa
kembali dengan blazer Arl.
“Nah...”
Lysa menghulurkan Blazer Arl. Mujur jugalah Sekolah ni, mewajibkan
pelajar-pelajarnya memakai blazer. Tetapi, Dhia tak pernah pakai blazer, sebab
dia pakai baju kurung. Dengan baju kurung, dengan blazer lagi, memang masaklah
Dhia, kalau pakai Baju kurung, campur blazer kat Malaysia ni. Sebenarnya hampir
semua pelajar perempuan dalam sekolah ni, dah pakai kemeja dengan kain, supaya
boleh padankan dengan blazer. Boleh dipakai dengan kain panjang, atau pun
dengan skirt separuh. Tapi tu lah dia degil. Masuk dia, cuma beberapa sahaja
pelajar perempuan yang memakai baju kurung. Dhia mengambil blazer Arl dari
tangan Lysa.
“Terima
kasih.” Ujar Dhia, lantas menyarungkan blazer tu ke badannya. Tepat, sekali,
tekaan Dhia. Memang Blazer Arl, besar melepasi punggungnya, jadi bolehlah
‘cover’ kesan sos tu. Sebab, Arl tu tinggi, dan dia pulak tidak berapa tinggi.
Memang nampak sangat besar blazer tu, kat badan Dhia.
“Okey...Jom...”
Ujar Dhia lantas melangkah keluar dari tandas. Ira dan Lysa ikut dari belakang.


bestttttttt
ReplyDelete