BAB 27
“KI...” Panggil Yah. Aki memandang Yah yang duduk di kerusi sebelah katilnya.
“Apa
dia?” Soal Aki. Yah memandang Aki. Aki
sekarang ditempatkan di hospital Putrajaya. Yah dah boleh keluar hospital dulu,
sebab dia bukannya cedera parah sangat. Aki lagi teruklah, cederanya sebab dia
yang teruk bergelut dengan Skull minggu lepas. Lengannya dikenakan beberapa
jahitan, sama juga, mulut dan dahinya.
“Aku
tak ada sebenarnya.” Yah mengangkat muka dari buku lima, terkejut.
“Hah?
Habis tu, apa benda, semua tu?”
“Aku
pun tak tau.”
“Kau
tak takut?”
“Takut
sangat!” Balas Aki. Memang dia takut masa hendak menyelamatkan Yah dari gudang
gelap tu. Takut mati kena bunuh, takut Yah tak ada lagi segala macam takutlah.
Tapi, entah apa, merasuk dia entah hari tu, dia main redah je apa yang ada kat
depan dia. Apa yang dia fikirkan, hanyalah hendak menyelamatkan Yah. Yah,
tergelak kecil.
“Ada
ke ketawa pulak.” Rajuk Aki. Yah menggeleng kepala. Lantas dia menepuk bahu
Aki.
“You did great...I’m glad you came...” Ujar
Yah, lantas tersenyum. Aki pun tersenyum juga.
“Nah...makan.”
Yah, menyuapkan sup ketam ke mulut Aki. Aki bersyukur sangat yang semua benda
teruk tu dah berlalu. Betul lah, apa yang Zarif kata, untuk berubah, ALLAH akan
bagi kita ujian, untuk menguji kita...dan AlhamduliLLAH, dia dapat melalui
ujian itu, tanpa sedikit pun melupakan ALLAH.
BEBERAPA
BULAN dah berlalu, selepas kejadian
teruk tu. Kejadian tu, hanyalah mimpi buruk, yang berlaku dalam episod
hidupnya. Ana sekarang, sedang menjalani hukuman yang setimpal. Ateya tak
pernah berhenti berdoa untuk Ana. Jannah pun, sudah mula memakai tudung.
AlhamduliLLAH...dan Aki dan Ateya, masih macam dulu. Tak pernah berubah. Ye, tu
lah masalahnya. ‘Tak Pernah Berubah.’ Ateya, mengeluh. Ateya menongkat dagu,
sambil tangan melarikan tetikus. Kekadang, dia menekan papan kekunci. Mata
fokus pada perisian Adobe Photoshop. Dia sedang mengedit gambar dan
poster-poster, untuk mengiklankan cerita Puteri Gunung Ledang, yang bakal di
tayangkan di pawagam tidak lama lagi.
Dayah
sebelahnya,memandang sekilas dan tersenyum.
“88
kali.” Tegur Dayah tiba-tiba. Ateya tersentak, lantas memandang Dayah.
“Hah?”
Soal Ateya pelik.
“Dah
88 kali kau mengeluh Teya.” Balas Dayah malas.
“Sejak
bila pulak kau jadi pengira keluhan yang tak berbayar ni?” Seloroh Ateya.
“Aih!
Dah aku yang duduk kat sebelah kau dari tadi, kalau aku tak rela pun aku
terpaksa juga dengar. So...what happen?”
Soal Dayah, lantas menghentikan tangan yang menekan kalkulator, mengira bajet
tadi. Ateya kembali, menala matanya ke monitor, dan menongkat dagu.
“Mana
ada apa-apa.” Dalih Ateya. Daya mencerun memandang Ateya.
“Yelah
tu.”
“Betul
lah.”
“Aku
tak percaya.” Ujar Dayah, sambil tersenyum nakal. Ateya menarik nafas panjang,
dia menggigit bawah bibir, kemudian, dia kembalikan pandangannya kepada Dayah.
Dia memang buntu sekarang ni. Dia dah tahu, yang dia dah jatuh cinta dengan
Aki, tapi dia tak tahu, sama ada Aki mempunyai perasaan yang sama. Ingat!
Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.
“Macam
mana, kita nak tahu, kalau orang tu sayang kita ke tak?” Ateya memandang Dayah,
mengharapkan jawapan. Dayah dan Ateya sekarang ni, sedang saling berpandangan.
Dayah, agak terkejut dengan soalan yang tiba-tiba tu.
“pfft!”
Dayah ketawa kuat (tapi masih in control
ye). Ateya berkerut dahi. Memandang Dayah tajam.
“Aku
serius, kau ketawa pulak. F.Y.I. kau yang tanya tadi eh. Jadi, aku bagi
taulah.” Ateya menjeling. Orang tengah buntu tahap tak nampak apa-apa, dia
main-main pulak.
“Wah!
Relax deary...That question, is just out of the blue, jadi aku pun secara
refleks, tergelak.” Dayah, mengangkat tangan dan melontarkan pandangan ‘sorry’.
Ateya mengukir senyum segaris.
“Kau
tanya, aku soalan luar alam tu, memang aku tak dapatlah jawab. Yang dah
kahwinnya kau, Cik Teya oi! Yang tengah hidap penyakit ‘lovesick’ tu, kau. Aku,
langsung tak pernah rasa semua tu, jadi aku tak bolehlah nak bagitau kau, macam
mana.” Sambung Dayah. Sekali lagi, Ateya mengeluh.
“Tak
baik tau mengeluh banyak-banyak.” Ujar Dayah, lantas tersenyum. Ateya memandang
Dayah.
“Aku...Aku
buntu sangat.” Lepas Ateya, lantas, melabuhkan kepala di atas meja.
“Love is hard aey?” Soal Dayah, sambil menebarkan pandangan simpati. Ateya
mengangguk, kepala masih lagi terbaring atas meja. Kemudian, Ateya tiba-tiba
mengangkat kepala dari meja, dan memandang Dayah.
“Kau
macam mana?” Soal Ateya. Dayah tersentak dengan soalan tu.
“Sekarang
ni, umur kau dah masuk 26 tau. In a few years, you’ll be at your 30’s...bila
kau nak kahwin?” Sambung Ateya, menyambung soalan yang tak ada respons dari
Dayah.
“You sound like my Mum lah Teya, you know that? ‘Acik dah umur 26,
bilanya mak nak terima menantu’ ” Dayah meniru cara mak nya bercakap. Ateya tergelak.
“Betul
apa, yang mak kau cakap tu.”
“Ada
jodoh, adalah” Ujar Dayah, lantas tersenyum. “Kalau susah sangat, suruh je lah
Mak aku cari kan. Bercinta lepas nikah tu kan, lebih indah. Macam kau yang,
macam berjalan atas awan ni lah. Hari-hari, senyum seorang-seorang. Makruh
tau.” Usik Dayah.
“Dah
aku pulak. Kita sedang berbicara pasal kau tau sekarang.” Bidas Ateya.
“Nak
aku kenalkan? Siapa eh? Adik aku nak?” Seloroh Ateya lantas tergelak.
“Tak
ada makna nya lah. Aku tak nak orang lagi muda dari aku. Lagipun, bukan adik
kau dah ada calon ke?” Ujar Dayah. Ateya, mengangguk. Betul jugak eh? Nun tu
nak letak mana?
“Zarif
pulak, dah berbini. Sayang je.” Sambung Ateya lagi.
“Hai,
mak cik, siapa pulak Zarif ni? Dah siap berbini pulak tu, baik kau tak payah
bagitau aku.” Tegas Dayah, sambil menggeleng-geleng kepala. Ateya mengukir
senyum kerang busuk.
“Zarif?
I owe him a lot...Kalau dia tak ada
bini, dah lama aku kenalkan dengan kau.” Balas Ateya. Zarif. Memang lelaki itu
dah banyak membantu Aki dalam proses untuk menjadi lebih baik. Zarif jugalah
butang yang menekan Aki, untuk kembali ingat kat ALLAH. Dia memang
sangat-sangat terhutang budi pada Zarif...dan sudah tentulah, ALLAH S.W.T yang make things possible. Ateya
tersenyum segaris.
“Hoi!
Tengok tu, berangan, senyum seorang-seorang. Cubit bibir tu kang baru tahu.”
Marah Dayah, lantas Dayah dan Ateya sama-sama tergelak.
“ADIK NAK
KAHWIN DENGAN NUN.” Ubi goreng di tangan tergantung, rahang
kedua-dua orang yang sedang memegang Ubi Goreng, jatuh. Kalau boleh jatuh,
sampai ke lantai, dah lama jatuh dah. Ateya dan Aki terkebil-kebil. Betullah
Adik ni, sedang enak menikmati Ubi Goreng, dengan Milo panas ni, tiba-tiba
tembak peluru berpandu.
“Along,
Aki. Kau orang dengar tak?” Soal Adik lagi, bila tengok tak ada respon dari dua
orang yang sedang bersila di meja jepun, yang sedang memandangnya. Adik
mengawangkan tangan di hadapan Ateya dan Aki, yang nampaknya dah macam beku.
Barulah Ateya dan Aki tersedar. Lantas, mereka letakkan Ubi Goreng kembali ke
dalam pinggan, dan sama-sama bergerak ke arah Adik yang sedang duduk di sofa.
Masing-masing, mengambil tempat di kiri kanan Adik.
Aki
tersenyum, lantas menepuk-nepuk bahu Adik. Ateya pulak dah pandang Adik, dengan
pandangan terharu. Dah mula la tu.
“Aku
bangga dengan kau, L. Macam ni lah adik ipar aku.” Tangan Aki masih tidak
berhenti, menepuk bahu Adik. Aki tersenyum, bangga. Siap mengangguk-angguk
kepala lagi.
“Bila
langsungnya? dah cakap dengan Nun belum? Dah jumpa mak dengan ayah dia belum?
Tapi, kenapa cakap dengan Along dan Aki dulu. Tak cakap dengan Umi?” Sudah.
Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Ateya.
“That’s the problem.” Ujar Adik ringkas. Aki
dan Ateya memandang Adik, penuh tanda tanya. What problem? Adik, memandang Aki dan Ateya bergilir, lantas mengeluh.
“Her family, have pretty big issue. Sebab
tu, Adik tak cakap kat Umi, sebab takut Umi risau semedang. Sebelum Adik nak ajak
Nun, kahwin, i have to deal with her family
dulu...dan dia tak tahu pun, Adik nak kahwin dengan dia.” Adik meraup muka, dan menjatuhkan pandangannya
ke tangan, yang sedang elok berehat di atas paha. Ateya dan Aki mengangguk.
“Along,
Aki...I need your help.” Adik mengangkat
muka dan memandang Ateya dan Aki bergilir-gilir sekali lagi. Kemudian Aki dan Ateya
saling berpandangan dan mengangguk.
“Bagitau
kita orang, apa yang perlu kita orang buat.” Ujar Ateya.


nice story...sambungla cepat...
ReplyDeleteThank you...tgh memerah otakla nie..hehe...thnx, sbb singgah..:)
Delete