BAB 35
“ALHAMDULILLAH YA ALLAH. Kau berikan aku peluang untuk melihat dunia yang selama ni, memang indah. Kau berikan aku peringatan tentang Hari Akhirat. Kau menemukan jodohku dengan orang yang selama ni, dekat denganku. Kau berikan aku Hidayah-MU. Kau menjadikan aku orang yang lebih baik. Kau memudahkan jalanku untuk menemui-MU Ya ALLAH. Kau menyemai perasaan cintaku terhadap-MU, terhadap RasuluLLAH dan juga terhadap isteriku. Sesungguhnya, aku bersyukur kepada-MU Ya ALLAH. Kau berikan aku peluang untuk berubah. Kau menemukanku dengan orang yang baik-baik. Sesungguhnya, nikmat yang telah ENGKAU berikan kepadaku, tidak dapat ku zahirkan dengan kata-kata. Aku cuma boleh berdoa kepada-MU agar segala amal ibadat yang aku lakukan selama ini, dapat diterima oleh-MU Ya ALLAH. Semoga, Aku tidak lagi berpaling dari Hidayah-MU Ya ALLAH. Amin Ya Rabaal Alamin.” Aki mengaminkan doanya. Dia mengerling jam di dinding. Pukul 3.30 pagi. Kemudian melipat sejadahnya. Dia baru sahaja selesai bersolat tahajud dan sujud syukur tadi. Sungguh, dia rasa tenang sangat sekarang ni. Dia kemudian menutup lampu bilik solat dan keluar dari bilik itu.
Dia
membuka pintu biliknya perlahan-lahan. Yah sedang nyenyak tidur. Dia kemudian
duduk di sisi katil Yah, kemudian mengusap rambut Yah yang lembut dan lurus.
Dia tersenyum lembut memerhatikan wajah Yah. Lantas, Aki mengucup dahi Yah
dengan lembut. Dan berbisik...
“I Love You.”
23 September
2013 ( 12.01AM )
“NAH. HAPPY
BIRTHDAY AKI.” Ujar Ateya sambil
menghulurkan kotak kecil kepada Aki, sebaik sahaja Aki masuk bilik. Aki
tersenyum dan mengambil huluran kotak tu. Mereka berdua kemudian melabuhkan
punggung di sisi katil. Aki lantas membuka balut hadiah dan membuka tutup
kotak. Seutas Jam Tangan Polo berwarna putih, terletak elok dalam kotak tu.
“Jam
je? Biar betul. Kata dah jadi orang kaya dah.” Seloroh Aki. Ateya mencerun
memandang Aki.
“Mahal
tu! Polo tau tak. Kalau tak nak, bagi balik kat orang, orang jual, dapat balik
duit.” Rajuk Ateya, lantas menjeling Aki.
“Ada
ke dah bagi, nak ambik balik? Tak baik tau, buruk siku. Anyway...” Aki lantas memaut bahu Ateya dan mengucup dahi Ateya.
“Thanks, honey.” Jantung Ateya ‘skip a
beat’ dengan perbuatan Aki tu. Sungguhlah, walaupun dia dan Aki dah meluahkan
rasa hati dah lebih seminggu, tapi hati dia tak pernah berhenti menari, setiap
kali Aki membelai dan memanjakan dia. Muka mula merona merah. Kali ni, dia tak
buat-buat tenang lagi. Bila segan dia tunjuk segan. Bila gelabah, dia tunjuk
gelabah. Bila tak keruan dia tunjuk tak keruan. Penat tau tak, nak buat muka
tenang setiap kali Aki peluk, pegang tangan dia dan belai dia.
“Muka
merah. Ingat comel?” Usik Aki lagi. Ateya memandang Aki dan mencebik.
“Bukan
ingat, tapi memang comel. Kalau tak, Aki tak tegur.” Balas Ateya dengan bangga.
Aki kemudian tergelak kecil dan mencubit pipi Ateya.
“Yelah
tu! Cubit pipi tu sampai kempis baru tau.” Ujar Aki, lantas melepaskan
cubitannya dari pipi Ateya. Ateya mengusap pipinya yang kena cubit tadi. Aki
kemudian menutup kotak jam tu dan meletakkan kotak itu di meja sisi di tepi
katil.
“Ingat
tak, hadiah yang orang bagi kat Yah, masa birthday
Yah hari tu?” Soal Aki tiba-tiba. Terus sahaja Ateya memuncung...
“Mana
tak ingatnya. Dahlah tak bagi apa-apa, cuma Ais-Krim dengan cup phone je. Aki lagilah kedekut.”
Balas Ateya. Aki hanya tergelak kecil.
“Eh...ni,
orang ada bagi bracelet ni.” Ujar
Aki, sambil meraba rantai tangan yang elok melingkar di pergelangan tangan
Ateya.
“Ni,
bukan hadiah hari jadi. Tak sedar diri betul.” Marah Ateya, lantas menjeling.
“Yelah.
Masa birthday Yah kan Aki tak
sayangkan Yah lagi. Orang tak tahu nak bagi hadiah apa. Takut nanti Yah
terperasan yang orang suka kat Yah, padahal tak pun. Masa tu lah. Masa Aki tak
sedar diri.” Ujar Aki. Ateya mengalih pandang pada Aki.
“Hah.
Tahu pun.” Tutur Ateya. Aki lantas tergelak.
“Anyway, bukan pasal tu Aki nak bincang
sekarang ni.” Ujar Aki, lantas memandang Ateya penuh makna. Ateya dah memandang
Aki pelik. Apasal pulak Makhluk ALLAH ni?
“Cuba
ingat. Apa yang Aki cakap masa birthday
Yah dulu?” Aki menduga. Ateya dah berkerut dahi, berfikir. Apa bendanya? Tak
ada benda apa yang dia ingat melainkan ais-krim, The Grave of Fireflies,
Telefon Cawan dan Baru Ateya teringat sesuatu. ‘...aku nak bagi kau satu
permintaan. Mintak je apa-apa. Aku akan buat’ Wishes? Terus Ateya memandang Aki balik. Aki dah tersenyum.
“Dah ingat balik dah?” Soal Aki.
“Tak cukup ke Polo tu?” Ateya
menyoal Aki pulak. Aki tersenyum, dan menggeleng. Ateya membuat muka tak rela.
“Fine...Disebabkan hari ni, hari jadi Aki, Yah bagi Aki satu
permintaan. Mintak je apa-apa, Yah akan tunaikan.” Ujar Ateya. Jangan mintak
bukan-bukan sudah. Aki tersenyum.
Ateya terkejut, apabila Aki
tiba-tiba memegang kedua-dua bahunya dan membaringkan Ateya di atas katil
dengan dengan lembut. Terbuntang mata Ateya memandang Aki yang sekarang ni,
betul-betul kat atas dia. Dup! Dejavu. Agaknya dah berapa kali dah eh, situasi
macam ni jadi? Sungguh, jantungnya rasa tak keruan sekarang ni. Agak-agak
degupan jantung dia ni, laju tak macam kereta F1 Shumacher tu? Tak, lagi laju
dari tu. Terkebil-kebil Ateya memandang Aki yang sedang menarik senyum di
atasnya.
“Ada satu benda yang Aki nak dari
Yah dari mula, Aki sedar Aki sayangkan Yah. Tapi, sampai sekarang Yah belum
bagi lagi kat Aki. So this is the one and
only birthday present that you need to give me, tonight.” Ujar Aki, dengan
nada suara yang lembut dan memikat. Muka Ateya dah merona merah. Tangan Aki
kemudian menutup satu-satunya lampu yang menerangi bilik mereka, iaitu lampu
meja di atas meja sisi. Sekelip mata keadaan gelap. Jantung Ateya berdegup
sekuat-kuatnya. Tak tahu pulak, kalau Aki dapat dengar. Mujurlah, keadaan
gelap, tak adalah Aki nampak muka dia yang betul-betul dah merah menyala ni.
Ateya dilanda gementar, segan yang
teramat sangat. Dia agak terkejut, bila merasa satu sentuhan lembut melurutkan
lengan baju tidur suteranya. Namun, dia tidaklah mengelak, dia hanya membiarkan
sahaja perbuatan suaminya itu. Sebaik sahaja dia merasakan yang Aki makin rapat
dengannya, dia dapat dengar degupan jantung Aki yang kuat. Rupanya, bukan dia
sahaja yang tak keruan. Aki pun begitu. Lantas, bau minyak wangi Boss makin kuat
menusuk ke hidungnya. Sudah tiba masanya, bukan? Walaupun, segan, takut dan semua
perasaan yang sewaktu dengannya, tetapi Ateya
akhirnya, berjaya menerima semua sentuhan lembut Aki...


BEST.
ReplyDeleteThanx baby Mio! :)
Delete