BAB 36
“TERIMA
KASIH SEBAB datang. Jemputlah. Kejap lagi,
majlis bersandingnya.” Pelawa Ateya dengan mesra, kepada tetamu yang baru
datang. Bila tiada lagi orang bertali arus masuk dalam khemah, dia melihat
sekeliling. Mana Aki? Oh situ. Betul lah orang cakap, kalau dah suka, sejauh
mana pun orang tu, kita boleh perasan. Kelihatannya Aki sedang ke hulur ke
hilir membantu menguruskan majlis. Kadang-kadang, membawa bekas ais. Mengambil
bekas bufet yang dah kosong dan macam-macamlah. Sibuk betul. Ateya tergelak
kecil. Macam tak percaya je Aki yang sebelum ni, raksasa narsistik tahap petala
kelapan, sedang berpeluh-peluh, tolong uruskan perkahwinan. Bunyi kompang
berpalu menandakan pengantin dah datang.
“Okey...Kau
pergilah.” Liza tersenyum. Hari ni, tugas Ateya, dan umi menyambut tetamu yang
datang. Mereka dan beberapa orang saudara-mara Ateya. Mai tak boleh nak tolong sambut
tetamu, sebab tengah sarat mengandung tu. Nenek suruh dia duduk kat dalam bilik,
susun Thank You gift. Mulanya Mai memang
nak join dia dan keluarganya yang lain
sambut tetamu, tapi dah nenek tak benarkan nak buat macam mana.
“Thanks.” Ateya tersenyum lantas
meninggalkan tempat dia berdiri untuk menyambut tetamu.
Ateya
pergi ke bahagian paling hadapan di khemah, tempat terletaknya pelamin berwarna
putih itu. Kedua-dua mampelai baru sahaja nak duduk di pelamin. Adik dengan
Nun, nampak cocok sangat atas pelamin tu. Walaupun agak lama menunggu, akhirnya
Ibu Nun membenarkan mereka berkahwin, walaupun tak rela. Sekarang ni pun Mak
Nun tak datang. Yang ada cuma ayah dia je. Ada ke patut macam tu? Kesian Nun.
Padahal, bukannya orang lain, anak sendiri juga. Tetapi, Nun nampak bahagia.
Ateya tersenyum lebar memerhatikan pengantin. Akira, menjadi pengapit Adik
untuk hari ni. Kacak sungguh budak tu pakai baju melayu. Yang jadi pengapit Nun
pulak, kawannya. Ateya tak kenal. Satu kolej agaknya. Ateya kemudian memeluk
tubuh, senyum lebar masih tak lekang.
“Dapat
jugak, L kahwin kan?” Tiba-tiba, suara yang sangat dikenali menegurnya. Ateya
berpaling ke arah suara itu. Aki pun sedang berpeluk tubuh memerhatikan Nun dan
Adik di atas pelamin. Ateya tersenyum.
“AlhamduliLLAH
lah. Kalau dah jodoh, memang tak ke mana kan.” Balas Ateya, kemudian kembali
melihat pengantin. Aki mengangguk dan tergelak kecil.
“Along.
Ada meja tak ada air basuh tangan. Pergilah ambil kat belakang.” Ujar Umi, yang
entah baru keluar dari mana. Dapur kot.
“Okey.”
Ateya akur. Aki memandang Ateya.
“Nak
Aki tolong?” Aki mempelawa. Dahi Ateya berkerut.
“Tolong
apanya, nak ambil air basuh tangan je pun. Bukannya berat sangat.” Ateya
menolak.
“Aki
tengoklah lauk-lauk, kalau-kalau ada yang dah tak ada ke. Yah pergi dulu ye.”
Ujar Ateya, lantas meninggalkan Aki.
Ateya
menuju ke belakang. Sebenarnya, dia memang penat, dari semalam lagi. Sebab buat
kat kampun Atuk dengan Nenek. Jadi tak adalah katering berbagai. Semua kena
buat sendiri. Semalam pun jenuh taruk perisa kat ayam. Lepas tu, pagi tadi kena
goreng yang selebihnya. Tidur pun dua tiga jam je. Mahu tak habis bateri, badan
ni. Sebaik sahaja sampai di halaman belakang rumah, dia mengambil beberapa
bekas air basuh tangan, yang sudah memang di sediakan terlebih dahulu.
Kemudian, dia memenuhkan satu-persatu bekas air basuh tangan tu dan menyusunnya
di dulang. Bawak je lah, beberapa yang mampu.
“Adoi...”
Berat jugak benda ni. Dia kemudian, perlahan-lahan membawa dulang yang berisi
tiga bekas air basuh tangan ke hadapan. Payah juga, bawak benda ni. Padahal tak
adalah banyak sangat. Tiba-tiba dia rasa tak sedap badan. Mesti penat sangat
ni. Dia tidak mempedulikan rasa tak sedap badan dan pening kepala yang dia rasa
tu, terus membawa dulang itu, sehingga sampai ke khemah. Tiba-tiba...
BUNYI DULANG
+BEKAS PLASTIK+AIR jatuh, membuatkan dia terus
berpaling ke arah bunyi-bunyi tu. Sebaik sahaja dia berpaling, kelihatan
orang-orang sedang mengerumuni sesuatu. Dia pelik, lantas dia pergi ke arah
orang ramai-ramai berkerumun tu. Majlis perkahwinan terhenti. L sudah berdiri
dari tempat duduk, risau. Sebaik sahaja dia sampai di tempat orang berkerumun
tu, sungguh hilang nafas dia tengok siapa yang sedang baring tidak bergerak.
“Ya
ALLAH! YAH!” Teriak Aki, lantas bergegas mendapatkan Yah yang kaku. Beberapa
orang yang tadi, melihat keadaan Yah, memberi ruang untuk Aki mendapatkan
isterinya. Bila dia mendekati Yah, dia dapat lihat dada Yah turun naik, masih
bernafas dengan tenang, cuma mata je tertutup. Aki kemudian mengangkat Yah.
“Ya
ALLAH! Along!” Jerit Umi.
“Along?!”
Tiba-tiba L yang dari tadi berada di atas pelamin datang mendapatkannya. Aki
yang melihat L terkejut. Eh! Pengantin tak boleh turun pelamin lagi. Majlis tak
selesai lagi.
“L...aku
rasa, baik kau teruskan persandingan kau tu. Kesian Nun. “ Ujar Aki, sambil
menatang tubuh Yah dalam rangkulan.
“Eh!
Apa pulak Abang Aki. Mana lagi penting. Kak Teya ke, persandingan Nun ni. Kak Teya
dah pengsan dah tu.” Ujar Nun bimbang. L dah mengangguk-angguk.
“Apa
pulak. Ni kan, majlis kau orang. Abang rasa Along kau orang ni, tak ada
apa-apa. Mungkin, sebab penat sangat kot. Biar Abang yang bawak Along pergi
klinik.” Ujar Aki, ikhlas. Benda ni, pernah jadi dulu. Jadi harapnya, tidak ada
apa-apalah. Harapnya, Yah cuma terlalu penat je.
“L.
Kau jangan risau. Kau teruskan je lah majlis. Umi, jangan risau. Aki bawak
Along pergi klinik, nanti apa-apa, Aki bagitau Umi dengan yang lain. Ye Umi? Ye
L?” Ujar Aki, memujuk Umi dengan L. Muka Umi dah macam nak nangis dah. Terlalu
risau.
“Umi.
Dengar cakap Aki, okey? Along ni, tak ada apa-apa. Aki bawak dia pergi klinik.
Umi jangan risau.” Pujuk Aki lagi.
“Betul
ke, dia tak apa-apa Aki?” Soal Umi, risau.
“InsyaALLAH.
Tak ada apa-apa Umi. This girl, is strong.
Teruskan je lah majlis ni. Tetamu pun makin ramai. Umi dengan L jangan risau.”
Ujar Aki, lantas tersenyum lembut untuk meyakinkan Umi dengan L.
“Baiklah.
Kalau Aki dah cakap macam tu. Cuma, jangan lupa bagitau Umi kalau ada apa-apa.”
Akhirnya Umi akur. Aki mengangguk lantas membuka langkah untuk ke tempat dia
parkir kereta, rangkulannya diperkemaskan lagi. Ya ALLAH. Harap tak ada
apa-apa. Sebaik sahaja sampai di kereta, L membantu dia membuka pintu kereta.
Dia kemudian membaringkan Yah di tempat duduk belakang keretanya dan dia pulak
mengambil tempat pemandu. Tingkap kereta di turunkan.
“Kalau
apa-apa. Jangan lupa bagitau aku tau Aki.” Ujar L bimbang. Aki tersenyum dan
mengangguk.
“Jangan
risaulah.” Balas Aki ringkas. Setelah enjin kereta di hidupkan dan tingkap
dinaikkan, dia menekan pedal minyak. Kereta Peugeout Hitam meluncur di jalan.
MATANYA terkebil-kebil. Perkara pertama yang dia nampak masa buka mata ialah
siling, lampu dan kipas. Matanya berpinar. Pening kepala masih lagi berbekas.
Kemudian dia mengalih pandangan ke sisi. Dia nampak muka Aki yang risau+lega
bila dia dah sedar, Kemudian perlahan-lahan, dia mengangkat badan dari
baringannya. Aki membantunya bersandar pada kepala katil.
“Aki.
Orang kat mana ni?” Soal Ateya lemah. Sungguh, otak dia masih bingung.
Setahunya tadi, dia sedang menatang dulang bekas air basuh tangan. Lepas tu, blank. Tak ada apa-apa. Perkara terakhir
dia ingat sebelum dia blank tadi,
suara orang kecoh-kecoh. Aki hanya memandang sahaja dia.
“Puan
dah sedar?” Tegur seorang doktor perempuan yang lebih kurang sama umur
dengannya dan juga Aki. Doktor perempuan itu, kemudian mendekati katil tempat
Ateya sedang berehat. Doktor perempuan
itu tersenyum. Mereka berada di poliklinik yang berdekatan. Sekarang ni, Ateya
dan juga Aki sama-sama menala pandangan kepada Doktor perempuan itu.
“Doktor,
macam mana keadaan isteri saya doktor? Tadi dia tiba-tiba pengsan. Dia okey ke?”
Soal Aki, bimbang. Laa...aku pengsan tadi. Dah kenapa, asyik pengsan je.
Sebelum ni, sebab overwork. Kali ni,
pun sebab penat sangat ke? Kalau ye pun, sebab majlis perkahwinan Adik dengan Nun
tu, Umi lagi sibuk lagi banyak buat kerja dari dia. Tak adalah sampai nak
pengsan berbagai. Apa daa...buat malu je....Eh. Nanti kejap. Dia mengira jari
tangannya, dia menggigit bibir bawah. I’m
late...Dia mengalih pandangan kepada doktor perempuan, yang nampaknya
mesra.
“Isteri
encik, sebenarnya lebih dari okey. She’s,
3 weeks pregnant...” Doktor perempuan itu memberitahu dengan riang. Ateya
dah tersenyum lebar. Tepat Tekaannya. Ateya kemudian mengusap perutnya lembut. Dia
mengalih pandang pada Aki. Rahang Aki jatuh. Agak-agaknya tak pasti apa yang
dia dengar tu, betul ke tak.
“Sh...She’s...”
Aki terkebil-kebil. Ateya tersenyum dan mendekatkan mulutnya ke telinga Aki.
“Pregnant...” Bisik Ateya. Aki mengalih
pandangannya kepada Ateya yang sedang tersenyum.
“Pregnant...” Aki mengulang ayat Ateya,
tidak percaya.
“3
minggu. Tahniah Encik, Puan. I think, you
guys need some time alone, I’ll be in my room, if you guys need anything.
Cakap je kat nurse yang ada kat depan
tu.” Ujar Doktor perempuan itu, lantas meninggalkan Aki dan Ateya berduaan. Ateya
mengangguk. Mereka kemudian saling berpandangan.
“Aki.”
“Yah.”
“Aki.
I’m pregnant!” Ujar Ateya, teruja.
Hilang terus rasa pening tu, dia kemudian turun dari katil.
“Yah,
mengandung Aki!” Ujar Ateya lagi sekali. Aki akhirnya tersenyum lebar.
“Yah
pregnant!” Teriak Aki pulak. Dia pun
bangun dari duduk lantas memegang kedua-dua belah tangan Ateya, erat.
“We’re gonna have a baby!” Mereka berdua mengucapkan
kata-kata itu, serentak. . Ateya dan Aki berpelukkan. Kuat Aki memeluk Ateya,
tidak mahu dilepaskan, serentak itu Aki menghadiahkan kucupan di kepala Ateya
yang berbalut dengan selendang putih. Mata Ateya berair, begitu juga mata Aki.
Akhirnya, air mata mulai jatuh ke pipi kedua-dua suami isteri, Air mata
gembira.
“AlhamduliLLAH,
Ya ALLAH.” Ucap Aki,sayu.
“AlhamduliLLAH,
Ya ALLAH.” Ucap Ateya pulak. Hanya tuhan sahaja yang tahu, bertapa gembiranya Aki
dan Ateya. Nikmat yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Apa yang boleh mereka
buat sekarang ni, hanyalah memanjatkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat ILLAHI.
AlhamduliLLAH. AlhamduliLLAH. AlhamduliLLAH. Terima kasih, sebab sudi hadir dalam
hidup Umi dengan Abah.
“ALONG MENGANDUNG.”
Ujar Ateya, sebaik sahaja, semua sedang duduk berehat
selepas penat lelah menguruskan majlis perkahwinan Adik dengan Nun tadi. Susah juga,
dia nak buka rahsia, masa majlis tadi. Nak bagitau, mesti satu keluarga kena ada,
baru best. Sekarang ni, semua keluarga yang paling dia rapat ada. Umi, Mama, Papa,
Adik, Nun, Mai dan suaminya. Serentak itu, semua berpaling pada Ateya tidak percaya.
Aki pulak, dah tersenyum lebar.
“Along
mengandung. Mama, Teya mengandung. Mai, aku mengandung. Papa, Atuk, Nenek, Adik,
Nun, Along mengandung.” Ulang Ateya lagi. Mama dengan Umi dah menekup mulut terharu.
Terus sahaja, mama dengan Umi memeluk Ateya, lembut. Mama dan Umi menangis.
“Akhirnya.
Dapat juga, kita merasa menimang cucu ye tak Ani?” Ujar Umi kepada Mama. Pelukkan
masih tak lepas. Mama mengangguk dan tersenyum.
“Terima
kasih Teya. Mama gembira sangat.” Tutur Mama pulak.
“AlhamduliLLAH.”
Serentak Atuk dan Papa mengucapkan. Nenek pula, tersenyum lebar, tumpang gembira.
“Lepas
ni, Teya, jaga kesihatan. Aki tengok-tengokkan isteri kamu tu.” Nasihat nenek. Aki
hanya mengangguk dengan gembira. Kemudin, seisi rumah mengucapkan tahniah kepada
Aki dan Ateya. Memang gembira sangat rasa hati ni.


Thnx..:)
ReplyDelete