Tuesday, 21 January 2014

Idolomantis Diabolica (BAB 37)



BAB 37

SUARA GELAK, berkumandang di seluruh rumah. Dia kemudian, mengambil coklat maltese dari dalam plastik, dan menyuapkannya ke mulut. Bila tengok Kwang Soo, buat ke sekelian kalinya mengenakan Jong Kook, dari balik skrin TV, dia tergelak lagi. Kuat. Dia bersila di atas sofa. Memang sangat tak senonoh, anak...oops..bukan anak orang lagi dah. Dah Mak orang dah. Sungguh tak senonoh Mak orang ni.
             


              “Ahaa! Kwang Soo!” Ateya tergelak lagi. Teruk betul gelaknya, sampai tepuk-tepuk sofa yang empuk tu. Serentak itu dia mengusap perut yang kian membesar. Tiba-tiba dia rasa kaki kecil sedang menendangnya dari dalam perut. Ateya mengalih pandang pada perutnya.
              Baby. Baby pun rasa Kwang Soo tu, bengong kan?” Ujar Ateya lembut, lantas menepuk-nepuk lembut perutnya. Ateya kemudian mengalih pandangannya ke arah jam dinding. Pukul 12.30. Dia mengambil lagi coklat dari dalam plastiknya.
              “Bila Abah nak balik?” Ujar Ateya risau. Kemudian, dia menumpukan perhatiannya kepada rancangan Running Man kat siaran Astro 393. Dia tergelak lagi. Sebenarnya, dia baru sahaja mengikuti Running Man ni. Pernah dengar tapi tak pernah tengok lagi. Adiklah, dia Memang suka tengok Running Man. Mula-mula macam tak percaya je Adik minat rancangan-rancangan korea ni. Mungkin, dia selalu tengok, masa kat Mesir dulu. Tau je, rancangan tu disiarkan di Malaysia, terus sahaja dia suruh Ateya tengok. Baru beberapa minggu lepas dia dapat berpeluang tengok rancanagan ni. Memang kelakar sangat.
              “Kuatnya, ketawa. Takut baby tu.” Ujar Aki, entah dari mana dan entah bila baliknya dari kerja. Ateya terkejut, lantas berkerut dahi.
              “Aki. Kenapa suka tak bagi salam?” Marah Ateya. Aki mencerun memandang Ateya.
              “Eh. Orang bagi lah tadi. Dia je tak dengar. Pana lah tu, tengok TV tu. Dahlah ketawa sampai nak bagi Makcik Sebelah rumah dengar. Aki dengar dari luar tau tak tadi.” Bebel Aki, sambil melonggarkan tali lehernya, lantas melabuhkan punggung di sofa, dan mengambil tempat di sebelah Ateya. Dia menanggalkan cermin matanya dan memicit pangkal hidung.
              “Oh..ye? Walaikummussalam. Sorry.” Ujar Ateya memandang Aki serbasalah. Aki kemudian memakai kembali cermin matanya.
              “Nah. Yah nak ni, tadi kan. Orang cuma boleh dapat ni je kat 7E.” Aki menghulurkan botol air soya yang Ateya mintak tadi. Ateya teresenyum manis, dan mengambil air kotak yang dihulurkan oleh Aki. Sebenarnya ada stok air soya kat rumah, tapi dah habis. Tu yang, kalut suruh Aki beli walaupun masa tu dah pukul 11 lebih, dan kedai banyak dah tutup. Ateya kemudian membuka penutup botol air soya dan meletakkan straw. Dia kemudian menyedut air soya tu, dengan riang dan gembira. Entah kenapa, sejak mengandung ni, suka sangat minum air soya.
              Baby..baby Abah sihat tak? Mesti takut dengar Umi mengilai macam langsuir tu kan?” Usik Aki, sambil mengusap-usap perut Ateya. Aki kemudian menghadiahkan satu kucupan lembut ke perut Ateya yang makin membesar. Ateya mencerun memandang Aki. Dia memandang Aki tajam. Ateya kemudian, menyedut lagi air soya.
              “Ei..Mulut nak kena cili eh? Ajar anak bukan-bukan?” Marah Ateya. Aki tergelak kecil. Ateya kemudian menjeling Aki di sebelah.
              “Ni, yang mana ni? Apa jadi?” Soal Aki, ditujukan kepada rancangan Running Man. Ateya dan Aki, kemudian mengalih pandang pada skrin TV.
              “Tak ada apa-apa. Biasalah dia orang dengan benda-benda bodoh dia orang buat.” Balas Ateya. Lantas tergelak lagi dengan telatah ahli-ahli Running Man tu. Diikuti oleh Aki.
              “Waah!!! Budak-budak kacak.” Ujar Ateya teruja, apabila sekarang rancangan Running Man, sedang memaparkan kemunculan artis berkumpulan lelaki. Dia tak tahu pun, siapa artis tu, sebab dia pun dah lama tinggalkan muzik K-pop, lepas dah lama tak ada perkembangan kumpulan Super Junior. Rasa macam malas nak minat, sebab semua sama je. Tapi, budak-budak yang datang Running Man untuk episod kali ni, memang kacak-kacak.
              “Ramainya. Ni boyband ke, pelajar satu kelas?” Ujar Aki, apabila melihat budak-budak k-pop dalam skrin. Macam tak percaya je, ramai-ramai macam ni merupakan satu kumpulan.
              Honey...you ain’t see nothing yet. Ni baru...er...1, 2..ni baru sebelas orang. Super Junior lagi ramai tau tak. Tiga belas orang.” Ateya menerangkan, dengan bersungguh. Aki terkejut.
              “Wah...nak suruh nyanyi ke, nak suruh main bola sepak, ramai-ramai macam tu.” Balas Aki. Mata kedua-dua suami isteri masih tertumpu pada kaca TV.
              “Tu la pasal.”
              “Eleh..Yah juga yang minat.”
              “Memang Yah minat, tapi bukanlah nak minat buta-buta. Yah minat yang worth untuk di minat je.” Aki mencebik dengan penerangan Ateya. Mereka berdua lantas sama-sama tergelak, tengok situasi yang terjadi dalam Running Man tu. Rumah besar itu bergema dengan gelak ketawa mereka berdua. Selesai sahaja rancangan Running Man, masing-masing naik ke atas untuk tidur.



“JOHARI PINANG AKU.” Rahang Ateya terjatuh, bila mendengar perkhabaran dari talian sebelah. Ateya terkebil-kebil. Biar betul Abang Johari ni? Setahu Ateya Abang Johari dengan Dayah cuma bertemu sekali sahaja. Ni, mesti buat projek belakang aku ni. Ateya tersenyum nakal.
              You sneaky Gumiho. Kau contact Abang Johari belakang aku eh? Pandai ye kau orang.” Usik Ateya, sambil tersenyum. Macam yang Dayah nampak je, nak senyum-senyum mengusik.
              “Apa pulak, Gumiho? Suka-suka kau je, panggil aku nine-tailed fox. Untuk pengetahuan kau. Aku tak langsung contact dengan Abang Johari kau tu, after we met for the first time tu.” Dayah membela diri. Wah! Cayalah Abang Johari.
              “Wah...really? Salute lah, my Abang Johari.” Ateya berkata dengan semangat. Way to go, tiger!
              “Apa yang salute nya? Macam tak betul je. Kenapa dia nak pinang aku hah?” Soal Dayah di talian sebelah.
              Well...My explanation would be, ‘Waah...there’s such thing as love at first sight.’
              “Pandai-pandai kau je love at first sight.”
              “Habis tu. Apa penjelasan yang lebih jelas lagi? Tu je lah yang aku dapat simpul kan.”
              “Kau rasa, aku patut terima tak?” Soal Dayah, teragak-agak.
              Well...have you fell in love with someone else?
              No.
              Do you hate, Abang Johari?”
              Not really. Aku bukannya kenal sangat pun dengan dia.”
              “Do you...l..l..like...girls? I mean as in ‘like’”
              Wha? No! God, No. Apa soalan bodoh kau tanya ni?”
              Rileks ah. Aku cuma nak melawak je.”
              Teya. You, and your lame jokes.” Marah Dayah. Ateya tergelak kecil.
              Anyway, so...what’s the problem? Kau juga yang kata, kau nak suruh mak kau cari kan. Sama je lah, kalau kau terima Abang Johari dan terima calon yang bakal mak kau pilih untuk kau...You don’t know both of them. Kau juga yang cakap nak bercinta lepas kahwin.” Nasihat Ateya.
              “Tapi. I don’t know, whether he’s a good man or not.”
              Well. You’re lucky. Because I know him. He’s a really good man. Mungkin, agak gelabah sikit. Tapi, overall he’s a good man. Trust me.”
              Really? Betul-betul ke, dia lelaki yang baik? Betul? Kau yakin?” Soal Dayah bertubi-tubi. Ateya melepaskan nafas, dan tersenyum.
              Tell you what? Why don’t you ask HIM. Buat solat istikharah. Then...you’ll know.”
              You’re right. Aku akan tanya yang lebih mengetahui. Thanks Teya. Anyway, kau kat mana sekarang?” Soal Dayah tiba-tiba. Dengan soalan Dayah tu, Ateya melihat sekelilingnya.
              “Hospital.” Jawab Ateya selamba.
              “Hah?”
              “Hospital Putrajaya.”
              “Kau buat apa kat situ?”
              “Nak bersalin.”
              “APA!?” Soal Dayah terkejut. Ateya menjauhkan sedikit ‘smartphone’ dari telinga, bila dengar suara Dayah yang separuh menjerit.
              “Nak bersalin.”
              “Kau biar betul. Macam rileks je, suara kau ni?”
              “Betul lah ni. Dia belum buka penuh lagi. Baby, tak nak tinggalkan perut Umi dia lagi.” Ujar Ateya, lantas mengusap perut yang membesar. Due date pun dah lepas, tapi Baby tak nak keluar. Baby, keluarlah cepat. Abah dengan Umi, tak sabar nak jumpa awak. Ateya tersenyum lembut, memerhatikan perutnya. Mulanya, dia risau jugak. Tapi, Doktor cakap benda tu normal. Lagipun, anak pertama. Masa dia mengandung tu pun, morning sickness dia teruk sangat. Cuma, bila dah nak bersalin ni, kurang sikit. Tapi, lain pulak masalahnya.      
              “LailahailaLLAH. Kau ni. Bukannya nak bagitau aku.”
              “Aku terlupa. Aku tak selesa lah Dayah. Dah tiga hari macam ni. Manja, baby ni.”
              “Habis tu, nak buat macam mana. Be a good girl, dengar cakap doktor.” Tutur Dayah, seolah-olah menasihatkan anak-anak.
              “Okeylah Dayah. Aku nak ajak Aki pergi Alamanda. Serabut aku duduk sini lama-lama.”
              “Alamanda?! Kau gila ke? Cuba duduk diam-diam, sabar menunggu.”
              “Alaa...bosan. Okeylah. Bye! Assalammualaikum.”
              “Ate....” Tutt...tutt...terus Ateya mematikan panggilan. Nanti, kalau dibiarkan, entah apa lagi entah kena leter dengan Mummy Dayah. Ateya melihat sekeliling. Ish! Mana Aki ni? Ateya turun dari katil hospital, tukar baju hospital dengan baju biasa, dan mengenakan tudung sarung. Terkedek-kedek, dia keluar dari wad, mencari Aki. Sedang dia berjalan-jalan, di tingkat wad pediatrik tu, dia terserempak dengan Aki, yang sedang mengira barang dari plastik merah.
              “Aki!” Panggil Ateya. Sebaik, sahaja Aki mengangkat muka, terus dia terkejut melihat Ateya dengan ligatnya, berjalan mendapatkan dia. Tak padan tengah mengandung.
              “Astaghfirullahalazim, Yah!” Terus, Aki berlari anak mendapatkan Ateya, lantas memimpin Ateya.
              “Yah, nak pergi mana ni? Duduk diam kat katil tu, tak boleh ke? Tak boleh tinggal sekejap.” Marah Aki.
              “Aki, jom pergi Alamanda, Yah nak cari novel atau komik.” Terbuntang mata Aki, mendengar, permintaan Ateya itu.
              “Yah! Apa yang Yah cakap ni? Bersalin tu, bila-bila masa je tau. Apsal nak pergi jauh? Kat sini pun ada kedai juga kan.” Marah Aki, tidak percaya.
              “Alaa..kan doktor cakap, suruh jalan-jalan. Bagi buka banyak sikit. Dah jom. Jom.” Pelawa Ateya lagi.
              “Tak mahulah. Jalan-jalan kat dalam hospital tak boleh?” Aki menolak.
              “Jomlah! Salah siapa, Yah mengandung ni? Dah, tak ada alasan. Jom.” Tegas Ateya, lantas Ateya menarik tangan Aki, menuju ke lif. Aki dah menggeleng kepala, dengan gelagat isterinya, yang seorang ni, akhirnya terpaksa juga di akurkan.



“ARRRGHHH!!!” Jerit Yah, yang di sorong dengan katil. Tulah, dah cakap tak payah pergi sampai ke alamanda tu. Tengok, tadi, sebelum masuk Alamanda lagi, dah sakit nak bersalin.
              “Arrrgghhh!! Sakit.” Yah mengeram. Peluh, mulai membasahi dahi, dan badannya Aki mulai risau. Tu lah degil sangat. Dia memegang tangan Yah. Dia berlari sekali bersama dengan katil yang di sorong untuk di bawa ke bilik bersalin. Dia ikut masuk ke delivary room. Sebelum, dia mendekati Yah, dia diberikan satu sut hijau. Selepas dah memakai sut hijau tu, barulah dia mendapatkan Yah, yang sedang menjerit-jerit sakit di atas katil. Yah, kemudian, merangkul tangan Aki, kuat. Kuat sangat. Dahi Aki berkerut menahan sakit. Memang sakit tangan dia Yah pegang. Tapi, sekarang siapa yang lagi sakit? Tangan tu, tak ada apa-apa.
              “Arrgghhh!!!” Jerit Yah lagi. Kaki, badannya bergelut dengan rasa sakit, nak bersalin. Datang seorang doktor perempuan, mengambil tempat yang sepatutnya. Dalam hati, Aki dah berdoa, supaya, selamat Yah melahirkan anak mereka. Ya ALLAH. Semoga selamat, Ya ALLAH. Bila tengok, Yah jerit-jerit macam tu, rasa nak nangis pun ada.
              “Okey, Puan! I need you to breathe...breathe...hi..hi..hu..” Ujar Doktor wanita itu, tenang. Lantas, melakukan perkara yang perlu dilakukan. Tangan Aki, masih lagi di genggam kuat oleh Yah.
              “Encik Suami, doa untuk isteri encik.” Nasihat doktor tu, lantas tersenyum. Aki mengangguk. Dia memang tengah berdoa pun sekarang ni. Hanya ALLAH je yang tahu bertapa risaunya dia sekarang ni. Segala-galanya, dia serahkan pada ALLAH S.W.T.
              hi..hi...hu.” Yah, menurut kata doktor tu. Berpeluh sangat dia tengok Yah ni. Dia memang tak tahu, macam mana rasa sakitnya bersalin, tapi dia tahu yang Yah sekarang ni, sedang bertarung nyawa untuk melahirkan anak sulung mereka. Hati Aki tersentuh, melihat bertapa kuatnya Yah berjuang. Dengan jerit semua.
              “Okey, Puan. Sekarang, saya nak tengok keadaan Baby. Puan Sabar ye.” Ujar Doktor wanita itu lagi. Daripada menggenggam tangan Aki, tangan yah, beralih, mencengkam kolar baju Aki pulak. Aki memandang Yah terkejut.
              “Ni, semua kau punya pasal belalang! Arrgghh!” Teriak Yah. Dalam hati, Aki tergelak kecil. Sempat lagi tu.
              “Ye...ye, maafkan aku!” Aki membalas, lembut.
              “Arrggghhh!!!” Ateya sambung menjerit.
              “Okey, Puan. Push. Now!” Arah Doktor Herni. Dengan Arahan Doktor Herni, Yah mengeram, menjerit dan berusaha untuk push.
              One two, push! Saya nampak dah kepala dia” Ujar Doktor Herni, separuh meninggi suara. Sekali lagi, Yah berusaha untuk push. Dengan push yang entah ke berapa, Yah longlai. Lantas, matanya hampir terlelap.
              “Yah?” Ujar Aki bimbang.
              “Aki...Aki, aku tak kuat...Aku...” Yah, sudah hampir nak memejamkan mata.
              “Encik! Encik buat apa? Jangan biarkan isteri encik tertidur, kalau tak anak encik lemas. Kejutkan dia. Dalam macam mana cara sekali pun, kejutkan dia.” Arah Doktor Herni.
              “Puan. Bangun Puan! Kuat untuk anak puan.” Sambung Doktor Herni.
              “Yah. Bangun Yah!” Aki menggerakkan badan Yah. Kejut cara biasa tak menjadi, Yah nampaknya, dah nak lena. Ya ALLAH macam mana ni? Aki mulai risau.
              Nurse!” Arah Doktor Herni, nurse yang ada mengangguk dan menampar-nampar pipi Yah, bagi bangun. Mata Yah, sudah semakin terbuka
              “Yah. Bangun.” Akhirnya Yah bangun juga. AlhamduliLLAH.
              “Okey, Puan. Saya tahu, memang susah. Tapi, Puan kena push juga. Now, push!” Doktor Herni, mengarah. Dan seperti yang di arahkan. Yah cuba sedaya upayanya untuk ‘push’. Ya ALLAH. Permudahkanlah Ya ALLAH. Tidak lama kemudian, Doktor Herni, tersenyum.
              “Okey Puan Hashimah. One more push. Just one more. Then you can meet your baby. Now, push! Kali ni, sekuat yang Puan mampu. Push!” Tutur Doktor Herni. Dan dengan arahan Doktor Herni, kali ni Yah ‘push’, dengan sekuat hati. Tangan Aki, di genggam kuat. Tiba-tiba, kedengaran suara bayi menangis. Kuat suara itu. Seraya mendengar suara anak mereka, Aki dan Yah menitiskan air mata. Yah menekup mulut. Doktor Herni, mendukung anak Yah dan Aki.
              “Encik Suami. Come. Potong tali pusat your son.” Son? AlhamduliLLAH. Aki dan Yah, memang tak tahu jantina anak mereka masa dalam kandungan. Mereka tak nak tahu dulu, biar surprise sikit. Aki menurut dan pergi ke arah Doktor Herni. Jururawat menghulurkan gunting kecil. Aki memerhatikan wajah anak lelaki mereka. Kecil, cantik dan sempurna sekali. AlhamduliLLAH Ya ALLAH. Aki kemudian memotong tali pusat anaknya. Doktor Herni tersenyum.
              Let me, clean this little guy dulu. Then...Saya akan bagi dia kat Mummy and Daddy dia.” Ujar Doktor Herni, lembut. Aki mengangguk, kemudian dia pergi mendapatkan Yah semula. Dia memegang tangan Yah, yang lemah. Dia mengusap ubun-ubun isterinya lembut, lantas menghadiahkan satu kucupan lembut.
              We got a son.” Ujar Aki lembut.
              We got a son.” Ulang Yah, lantas tersenyum lemah. Setelah selesai membersihkan anak Yah dan Aki, Doktor Herni, meletakkan anak lelaki mereka, di sebelah Yah. Yah memerhatikan bayi kecil itu, dengan penuh kasih sayang. Tangan kecil. bayi itu menggenggam kuat, jari telunjuk Yah. Sungguh, dia rasa bersyukur, terharu.
              Wow! What a strong grip, young man. Hai, there...akhirnya, jumpa dengan awak.” Ujar Yah, lembut. Aki kemudian, mendukung bayi mereka dengan lembut. Lantas, dengan berhati-hati, mengucup ubun-ubun anak sulung mereka dan mengusap ubun-ubun Yah juga.
              You did great.” Aki memandang Yah lembut, dan kemudian memandang bayi mereka...
              “You both, were...” Ujar Aki lembut. Yah mengangguk, dan sekali lagi, air mata jatuh, di pipi kedua-dua suami isteri. Aki kemudian, mengazankan anak mereka, dengan lembut dan mendayu-dayu, betul-betul di telinga kecil bayi itu. Yah, hanya tersenyum. Setelah selesai mengazankan anak mereka, Aki meletakkan kembali bayi tu di sebelah Yah.
              Welcome to the world, that ALLAH has created...Hilal Arfa” Ujar Yah, lembut. Ya ALLAH, AlhamduliLLAH Ya ALLAH. Sesungguhnya, nikmat yang telah engkau berikan, sangatlah besar dan indah Ya ALLAH. Aku bersyukur, kerana dapat menikmati nikmat-Mu ini Ya ALLAH. Ya ALLAH, kau kekalkanlah ketenangan dalam keluargaku, kau bantulah aku melalui semua ujian yang bakal mendatang. Kau jadikanlah anak aku, seorang yang baik. Kau bantulah aku mendidik Hilal, menjadi orang yang berguna, orang yang tidak akan pernah lupa pada-MU, Ya ALLAH.
              Cinta, jodoh. Kita mencintai, kerana ALLAH. Kita bertemu jodoh, kerana ALLAH. Semua yang kita buat adalah kerana ALLAH. Kita seharusnya ingat semua tu. Jodoh dan pertemuan, di tangan ALLAH. Perasaan, cinta, kasih adalah milik ALLAH. Jadi, terimalah jodoh tu, dengan hati terbuka, walaupun jodoh tu dengan serangga, belalang Idolomantis Diabolica yang sangat narsistik, dan self centered, kerana, apabila ALLAH dah pilih, orang tu, sebagai jodoh kita, orang tu lah yang paling terbaik...dan kalau kita sedang berusaha nak berubah ke jalan ALLAH, tak mustahil jodoh kita pun tengah dalam proses nak berubah ke arah itu, kerana, telah pun di catatkan di surah An-Nur...    
              ‘(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.’ Surah An-Nur, ayat 26. 

1 comment: