EPILOG
Some time
later...
ATEYA SIBUK membasuh pinggan mangkuk, yang tinggalan dari memasak bubur tepung
tadi. Ateya melihat ke arah meja makan, tempat dimana Hilal duduk, di high chair. lantas tersenyum. Kemudian
dia kembali membasuh pinggan.
“Hilal
sayang, Hilal buat apa tu?” Soal Ateya, sambil tangannya ligat membasuh pinggan
mangkuk. Hilal sekarang dah masuk umur 3 tahun. Dah boleh berjalan dah. Cakap
pun, walaupun pelat, tapi boleh lah sikit-sikit. Walaupun kebanyakkan masanya,
memang sepatah haram pun tak faham apa yang Hilal cuba cakap.
“Ha?”
Ujar Suara kecil Hilal. Hilal bermain-main dengan tinggalan tepung di atas
meja. Ateya pulak sibuk di dapur.
“Hai,
sayang.” Suara Aki yang entah datang dari mana menegur Ateya. Aki lantas
mengucup pipi Ateya.
“Anak
Abah, buat apa tu?” Soal Aki, sambil memerhatikan Hilal yang bermain dengan
cebisan-cebisan tepung di atas dulang. Hilal kemudian, mengambil satu cebisan
tepung dan menyuakan ke arah Abahnya. Kepala Aki ke belakang sikit. Namun,
sebab kesian tengok muka Hilal yang memang bersemangat nak suapkan cebisan
tepung mentah tu, kepada dia, dia turutkan. Aki membuka mulut dan Hilal
menyuapkan cebisan tepung itu. Lepas tengok, Aki dah makan ‘makanan’ yang di
suap, Hilal tergelak gembira. Aki pun turut tergelak kecil, dan
menggeleng-geleng kepala. Aki kemudian mengambil cebisan tepung, yang tinggal
dan di suapkan pula ke mulut Hilal. Macam Aki, Hilal pun makan cebisan tepung
mentah itu dengan selamba, macam sedap sangat je tepung tu.
“Oi!
Bagi anak, makan apa tu!” Marah Ateya, yang baru tiba dari dapur dan menampar
belakang Aki dengan kuat.
“Adoi!”
Aki mengaduh, lantas mengusap bahunya yang dipukul kuat tadi.
“Ada
ke. Sakit perut anak tu nanti, macam mana.” Bebel Ateya. Aki hanya tergelak.
Aki kemudian mendukung tubuh kecil Hilal dan mengucup pipi Hilal. Dia kemudian
memerhatikan wajah Hilal.
“Hilal
ni, memang kejam tau. Kenapa tak ada rupa Abah langsung? Rupa Umi je,
semata-mata.” Rajuk Aki, Hilal masih dalam dukungan. Hilal memandang Aki,
keliru. Tak faham.
“Abah!
Abah!” Panggil Hilal dengan semangat, siap ketawa-ketawa lagi. Menampakkan gigi
yang tumbuh tak banyak pun. Aki dan Ateya tergelak dengan gelagat Hilal.
Kemudian, Hilal bertukar tangan. Sekarang Ateya pulak yang mendukung Hilal.
“Mestilah.
Umi yang teran Hilal, separuh nyawa. Tak aci lah kalau semuanya ikut muka Abah
kan?” Usik Ateya. Aki dah buat muka. Tapi mata Hilal, mata Hilal memang serupa dengan
Abah dia. Biji mata hitam lebih. Bukan cakap ni, sebab Hilal anak dia. Tapi,
Hilal memang tersangat-sangat comel. Ateya kemudian tersenyum lembut dan
mencium pipi Hilal yang dalam dukungannya.
“Umi!
Umi!” Sekarang Hilal sebut Umi pulak. Sekali lagi, Ateya dan Aki sama-sama
ketawa.
“Assalammualaikum...”
Aki dan Ateya menghala pandangan ke arah pintu yang bertutup. Ada orang bagi
salam. Aki dan Ateya saling berpandangan. Siapa yang datang tiba-tiba tak
telefon ni? Aki mengangkat bahu tanda tak tahu. Ateya mengambil tudung sarung
yang tersangkut di tempat sangkut baju, dan menyarungkannya ke kepala, dengan
sebelah tangan. Sebelah tangan lagi mendukung Hilal, kemudian Ateya pergi ke
arah pintu, dan membuka pintu rumah.
Alangkah
terkejutnya dia, melihat seorang yang sangat dikenali. Hatinya berdetap.
Mungkin kerana takut, benda yang pernah terjadi dulu, terjadi. Tetapi, wanita
di sebalik pintu pagar itu, tak nampak macam nak buat apa-apa. Aki tiba-tiba
berdiri di sebelahnya. Aki pun terkejut melihat tetamu yang tidak si undang tu.
Aki dan Ateya saling berpandangan. Aki memandang Ateya risau. Kemudian, Ateya
memberi isyarat untuk ambil Hilal darinya. Aki menurut. Hilal bertukar tangan.
Sebaik sahaja, Ateya hendak keluar dari rumah, Aki menarik tangan Ateya, dan
menggenggamnya kuat. Ateya memandang Aki.
“Honey...are you sure you wanna go?
Nanti, kalau apa-apa jadi kat Yah, macam mana?” Soal Aki, risau. Sebelah tangan
mendukung Hilal, sebelah tangan, menggenggam tangan Ateya. Ateya tersenyum.
“Tak
ada apa-apa kot. Just look at her...she
does looks like she means no harm.” Ujar Ateya lembut. Ateya dan Aki menala
pandangan ke arah wanita berbaju kurung dan bertudung di sebalik pintu pagar
rumah mereka. Wanita itu, memandang mereka serbasalah.
“Are you sure?” Soal Aki lagi.
“Yeah, don’t worry. Dia datang sini, cara
baik tak mungkin dia ada apa-apa agenda. It’s
been years kan?” Ujar Ateya, cuba meyakinkan Aki. Aki kemudian mengangguk.
Ateya lantas pergi ke arah pintu pagar dan membukakan pintu pagar, untuk tetamunya
itu.
“Teya...”
Ujar wanita itu, air mata mulai mengalir.
“Ana.
Masuklah.” Ujar Ateya lembut. Ana menggeleng.
“Tak,
lepas ni aku nak pergi rumah Jannah pulak.” Balas Ana lembut.
“Eh.
Masuklah, jangan macam tu. Kau kan tetamu aku. Jom...”
“Aku
nak mintak maaf.” Ana bersuara kesal. Ana kemudian menggenggam kedua-dua tangan
Ateya kuat. Air mata Ana makin galak berlinangan. Ateya yang melihat,
bersimpati.
“A...Aku
mintak maaf Teya. Aku jahat. Aku buat, semua tu kat kau, kat Jannah. Aku mintak
maaf. Aku mintak maaf. Aku kesal sangat. Aku menyesal. Aku tak fikir panjang.
Aku bodoh. Maafkan aku.” Ujar Ana sayu. Mukanya, jelas terpancar serbesalah.
“Ana...”
“Aku....aku
mintak maaf. Aku tak tahu macam mana lagi nak buat kau percaya yang aku
menyesal. Aku mintak maaf. Aku mintak maaf, aku mintak maaf.”
“Dah...shh..shh...”
Ateya akhirnya, memeluk Ana, lembut. Ateya mengusap belakang Ana. Dia percaya
dengan Ana. Dia percaya yang Ana menyesal. Sebab, kasih sayang ALLAH tu luas.
Dia sayang kita. Sebab tu, Dia buat macam-macam untuk sedarkan kita. Ateya
percayakan semua tu. Bahu Ana terhinggut dalam pelukaannya. Dia dengar esakkan
Ana yang berterusan.
“Dah.
Shh...shh...Jangan nangis, aku percayakan kau, aku maafkan kau. Kita kan
kawan.” Ujar Ateya lembut. Akhirnya, mereka berdua melepaskan pelukan. Ana
masih lagi tertunduk. Air mata di pipi Ana tidak mahu berhenti. Setelah puas
menangis, Ana menyeka air matanya, lantas tersenyum.
“Okeylah,
aku gerak dulu. Aku nak mintak maaf dengan Jannah pulak lepas ni.” Tutur Ana.
“Tak
nak masuk dulu ke?” Pelawa Ateya. Ana mencerun memandang Ateya.
“Janganlah
kejam sangat. Aku taulah aku banyak buat salah kat kau. Tapi, Aki tu, tetap ex-boyfriend aku tau. Aku tipu je, masa
aku cakap, yang aku tak kisah pasal dia. Sebenarnya, dia lah satu-satunya
lelaki, lepas Ikhwan, yang aku paling sayang. Because he never treats me like garbage. Sebab tu, aku sanggup
bertahan dengan dia, walaupun banyak perempuan-perempuan lain terkejar-kejarkan
dia.” Ujar Ana lembut. Lantas Ana tersenyum, dan menepuk bahu Ateya.
“Aku
baru je nak berubah jadi baik. Aku takut kalau aku nampak dia lagi. Aku jadi
tamak. Aku tak nak jumpa dia, selagi aku belum betul-betul berubah. For now, biar aku jumpa kau je dulu. Kau
doakanlah nanti, hati aku betul-betul boleh let
go. Okey.” Ateya memandang Ana serbesalah. Ana tergelak kecil.
“Janganlah
buat muka macam tu. Aku tak ada apa-apa...” Ana kemudian memberi isyarat untuk
memandang ke arah keretanya. Ateya agak terkejut melihat lelaki yang sedang
berdiri bersandar di pintu kereta. Lelaki tu, kemudian tersenyum dan
mengangguk, hormat. Memang muka dah matang, tapi ke kacakkan lelaki itu, masih
tidak berubah dari dulu. Ikhwan. Ateya membalas anggukkan Ikhwan, dan
tersenyum. Dia kemudian mengalih pandang pada Ana.
“Tak
lama aku keluar penjara dulu. Aku terjumpa balik dengan dia. Sekarang ni, kita
orang sama-sama dalam proses nak jadi lebih baik. Dan manalah tau. Satu hari
nanti, aku boleh terima Ikhwan balik. Dia cakap, dia dah lama cari aku, nak
mula balik.” Terang Ana sambil tersenyum.
“Semoga,
kau bahagia.” Ucap Ateya ikhlas. Ana mengangguk dan tersenyum Nampak yang Ana
berasa lega, lepas dah mintak maaf.
“Aku
pergi dulu. Kau kirim salam je lah kat Aki.” Ujar Ana. Mereka berdua, kemudian
berpeluk kembali. Setelah berbalas salam, Ana membuka langkah untuk pergi ke
arah keretanya. Ateya hanya memerhatikan kereta yang di bawa oleh Ikhwan,
sehinggalah kereta itu hilang dari pandangan. Ateya kemudian, masuk ke rumah
dan menutup kembali pintu pagar.
“Are you okay?” Soal Aki bimbang, sebaik
sahaja Ateya sampai di pintu rumah. Ateya hanya tersenyum.
“I’m okay. Don’t worry.” Ujar Ateya.
“Cape tu?” Soal Hilal dengan pelatnya.
Ateya dan Aki sama-sama memandang Hilal. Lantas tergelak kecil. Ateya kemudian
memandang kembali tapak yang sebelum ni, di parkir oleh kereta Ana.
“Kawan.”
Ujar Ateya lembut.
“Hari
ni, nak pergi mana? Abah bawak jalan.” Ujar Aki, tiba-tiba. Terus bersinar mata
Hilal.
“Umah Oyang!” Hilal membalas dengan
semangat. Hilal memang suka sangat balik Kampung. Bila balik kampung je, dialah
budak yang paling gembira dan teruja. Sebab, Atuk, selalu bawak Hilal
tengok-tengok buah-buah kat kebun. Dia suka ke kebun, turun daripada Ateya lah
tu, suka pergi kebun.
“Rumah
onyang? Jauh tu, sampai ke Johor.” Balas Aki. Ateya hanya tergelak mendengar
perbincangan dua beranak tu. Kemudian, mereka membuka langkah masuk ke rumah,
serentak itu, Ateya menutup pintu rumahnya.
‘Kasih
sayang ALLAH tu luas.’
“KI...KI...AKI bangun!” Kejut Ateya yang sedang duduk bersila di atas katil, sambil
menampar-nampar belakang Aki yang tidur menyiarap. Hilal kat rumah Umi. Umi tu,
susah sangat nak lepaskan Hilal. Sudahnya, Umi suruh Hilal tidur kat rumah Umi.
Hilal tu pun bukan main manja dengan nenek-nenek dan atuk dia. Aki dengan Ateya
pun tidak kisah. Dah berapa banyak kali dah Hilal tidur rumah Umi, rumah Mama,
Papa. Lagipun kalau Umi tak larat nak jaga Hilal tu seorang-seorang. Nun ada
kat rumah tu, bolehlah tolong Umi tengokkan Hilal, kat rumah Papa dengan Mama
pulak, ada bibik boleh tolong. Tapi, mereka berdua, bukanlah merupakan ibu bapa
yang bagi parents jaga anak, dan
lepas tangan. No.No. Tidak sekali-kali. Cuma, sekali sekala, kalau Umi, Mama, Papa
rindu je.
“Hmm?”
Ujar Aki, mamai, namun masih belum bangun dari tidurnya.
“Aki.
Aki! Bangunlah.” Pukulan makin kuat. Akhirnya, Aki bangun juga, dahi berkerut.
“Apa
benda, pukul Aki sampai nak bagi lebam? Kenapa?” Soal Aki, masih lagi mamai.
Ateya sudah mencerun memandang Aki. Dia menjeling Aki.
“Tengok
ni.” Ujar Ateya sambil meletakkan sesuatu di tapak tangan Aki.
“Apa?”
Soal Aki, lantas mengalih pandang pada alat yang baru sahaja Ateya letakkan di
tapak tangannya. Ni...Terus tersedar betul, bila nampak alat itu di tangan dan
garis yang sangat dikenali tu.
“Ni...”
Tutur Aki teragak-agak, sambil memerhatikan betul-betul alat di tangannya.
“You did this! You pervert monkey!” Marah Ateya.
“Kan
baru semalam kita...kenapa tiba-tiba?” Soal Aki pelik.
“Banyaklah
baru semalam! Habis, yang minggu-minggu sebelum ni, apa?” Marah Ateya lagi. Aki
kembali memerhatikan lagi alat tu, lebih lama. Lantas dia menarik senyum.
“We’re gonna have another Baby...” Tutur
Aki, senyum bahagia tak lekang di bibir.
“Hilal
akan dapat adik baru.” Di ulang oleh Ateya dengan ayat lain. Ateya, pula yang
menarik senyum.
“We’re gonna have baby!” Teriak suami
isteri serentak, lantas mereka tergelak bersama-sama. Aki kemudian menarik
Ateya dalam pelukkan, serentak itu di mengucup dahi isterinya.
“Thank you! Aki sayang Yah.” Ujar Aki,
lembut. Pelukkannya dikuatkan lagi. Ateya tersenyum.
“Yah,
sayang Aki juga.” Balas Ateya. AlhamduliLLAH.
ALLAH
tidak pernah melupakan kita, walaupun kita selalu melupakan Dia. Dia akan beri nikmat
yang indah pada manusia, yang sentiasa ingat pada-NYA. Dia akan bagi nikmat kepada
manusia yang berusaha untuk meniti di jalan-NYA.
********TAMAT********


happy ending ....best and tq.
ReplyDeletelepas ni saya tunggu cerita baru pulak .
ReplyDeleteSye yg patut terima kasih, Baby Mio...Thank You...InsyaALLAH, tak lama lagi kot....:)
Delete