Wednesday, 22 January 2014

Idolomantis Diabolica (EPILOG)



 EPILOG

Some time later...
ATEYA SIBUK membasuh pinggan mangkuk, yang tinggalan dari memasak bubur tepung tadi. Ateya melihat ke arah meja makan, tempat dimana Hilal duduk, di high chair. lantas tersenyum. Kemudian dia kembali membasuh pinggan.
              “Hilal sayang, Hilal buat apa tu?” Soal Ateya, sambil tangannya ligat membasuh pinggan mangkuk. Hilal sekarang dah masuk umur 3 tahun. Dah boleh berjalan dah. Cakap pun, walaupun pelat, tapi boleh lah sikit-sikit. Walaupun kebanyakkan masanya, memang sepatah haram pun tak faham apa yang Hilal cuba cakap.
              “Ha?” Ujar Suara kecil Hilal. Hilal bermain-main dengan tinggalan tepung di atas meja. Ateya pulak sibuk di dapur.
              “Hai, sayang.” Suara Aki yang entah datang dari mana menegur Ateya. Aki lantas mengucup pipi Ateya.

               “Lama betul kat dalam bilik air tu. Mengalahkan Yah ni.” Perli Yah. Aki hanya tersenyum, lantas pergi ke arah anak lelaki mereka. Dan mencubit pipi tembam dan mampat Hilal. Kemudian, dia mengambil tempat di sebelah Hilal.
              “Anak Abah, buat apa tu?” Soal Aki, sambil memerhatikan Hilal yang bermain dengan cebisan-cebisan tepung di atas dulang. Hilal kemudian, mengambil satu cebisan tepung dan menyuakan ke arah Abahnya. Kepala Aki ke belakang sikit. Namun, sebab kesian tengok muka Hilal yang memang bersemangat nak suapkan cebisan tepung mentah tu, kepada dia, dia turutkan. Aki membuka mulut dan Hilal menyuapkan cebisan tepung itu. Lepas tengok, Aki dah makan ‘makanan’ yang di suap, Hilal tergelak gembira. Aki pun turut tergelak kecil, dan menggeleng-geleng kepala. Aki kemudian mengambil cebisan tepung, yang tinggal dan di suapkan pula ke mulut Hilal. Macam Aki, Hilal pun makan cebisan tepung mentah itu dengan selamba, macam sedap sangat je tepung tu.
              “Oi! Bagi anak, makan apa tu!” Marah Ateya, yang baru tiba dari dapur dan menampar belakang Aki dengan kuat.
              “Adoi!” Aki mengaduh, lantas mengusap bahunya yang dipukul kuat tadi.
              “Ada ke. Sakit perut anak tu nanti, macam mana.” Bebel Ateya. Aki hanya tergelak. Aki kemudian mendukung tubuh kecil Hilal dan mengucup pipi Hilal. Dia kemudian memerhatikan wajah Hilal.
              “Hilal ni, memang kejam tau. Kenapa tak ada rupa Abah langsung? Rupa Umi je, semata-mata.” Rajuk Aki, Hilal masih dalam dukungan. Hilal memandang Aki, keliru. Tak faham.
              “Abah! Abah!” Panggil Hilal dengan semangat, siap ketawa-ketawa lagi. Menampakkan gigi yang tumbuh tak banyak pun. Aki dan Ateya tergelak dengan gelagat Hilal. Kemudian, Hilal bertukar tangan. Sekarang Ateya pulak yang mendukung Hilal.
              “Mestilah. Umi yang teran Hilal, separuh nyawa. Tak aci lah kalau semuanya ikut muka Abah kan?” Usik Ateya. Aki dah buat muka. Tapi mata Hilal, mata Hilal memang serupa dengan Abah dia. Biji mata hitam lebih. Bukan cakap ni, sebab Hilal anak dia. Tapi, Hilal memang tersangat-sangat comel. Ateya kemudian tersenyum lembut dan mencium pipi Hilal yang dalam dukungannya.
              “Umi! Umi!” Sekarang Hilal sebut Umi pulak. Sekali lagi, Ateya dan Aki sama-sama ketawa.
              “Assalammualaikum...” Aki dan Ateya menghala pandangan ke arah pintu yang bertutup. Ada orang bagi salam. Aki dan Ateya saling berpandangan. Siapa yang datang tiba-tiba tak telefon ni? Aki mengangkat bahu tanda tak tahu. Ateya mengambil tudung sarung yang tersangkut di tempat sangkut baju, dan menyarungkannya ke kepala, dengan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi mendukung Hilal, kemudian Ateya pergi ke arah pintu, dan membuka pintu rumah.
              Alangkah terkejutnya dia, melihat seorang yang sangat dikenali. Hatinya berdetap. Mungkin kerana takut, benda yang pernah terjadi dulu, terjadi. Tetapi, wanita di sebalik pintu pagar itu, tak nampak macam nak buat apa-apa. Aki tiba-tiba berdiri di sebelahnya. Aki pun terkejut melihat tetamu yang tidak si undang tu. Aki dan Ateya saling berpandangan. Aki memandang Ateya risau. Kemudian, Ateya memberi isyarat untuk ambil Hilal darinya. Aki menurut. Hilal bertukar tangan. Sebaik sahaja, Ateya hendak keluar dari rumah, Aki menarik tangan Ateya, dan menggenggamnya kuat. Ateya memandang Aki.
              Honey...are you sure you wanna go? Nanti, kalau apa-apa jadi kat Yah, macam mana?” Soal Aki, risau. Sebelah tangan mendukung Hilal, sebelah tangan, menggenggam tangan Ateya. Ateya tersenyum.
              “Tak ada apa-apa kot. Just look at her...she does looks like she means no harm.” Ujar Ateya lembut. Ateya dan Aki menala pandangan ke arah wanita berbaju kurung dan bertudung di sebalik pintu pagar rumah mereka. Wanita itu, memandang mereka serbasalah.
              Are you sure?” Soal Aki lagi.
              Yeah, don’t worry. Dia datang sini, cara baik tak mungkin dia ada apa-apa agenda. It’s been years kan?” Ujar Ateya, cuba meyakinkan Aki. Aki kemudian mengangguk. Ateya lantas pergi ke arah pintu pagar dan membukakan pintu pagar, untuk tetamunya itu.
              “Teya...” Ujar wanita itu, air mata mulai mengalir.
              “Ana. Masuklah.” Ujar Ateya lembut. Ana menggeleng.
              “Tak, lepas ni aku nak pergi rumah Jannah pulak.” Balas Ana lembut.
              “Eh. Masuklah, jangan macam tu. Kau kan tetamu aku. Jom...”
              “Aku nak mintak maaf.” Ana bersuara kesal. Ana kemudian menggenggam kedua-dua tangan Ateya kuat. Air mata Ana makin galak berlinangan. Ateya yang melihat, bersimpati.
              “A...Aku mintak maaf Teya. Aku jahat. Aku buat, semua tu kat kau, kat Jannah. Aku mintak maaf. Aku mintak maaf. Aku kesal sangat. Aku menyesal. Aku tak fikir panjang. Aku bodoh. Maafkan aku.” Ujar Ana sayu. Mukanya, jelas terpancar serbesalah.
              “Ana...”
              “Aku....aku mintak maaf. Aku tak tahu macam mana lagi nak buat kau percaya yang aku menyesal. Aku mintak maaf. Aku mintak maaf, aku mintak maaf.”
              “Dah...shh..shh...” Ateya akhirnya, memeluk Ana, lembut. Ateya mengusap belakang Ana. Dia percaya dengan Ana. Dia percaya yang Ana menyesal. Sebab, kasih sayang ALLAH tu luas. Dia sayang kita. Sebab tu, Dia buat macam-macam untuk sedarkan kita. Ateya percayakan semua tu. Bahu Ana terhinggut dalam pelukaannya. Dia dengar esakkan Ana yang berterusan.
              “Dah. Shh...shh...Jangan nangis, aku percayakan kau, aku maafkan kau. Kita kan kawan.” Ujar Ateya lembut. Akhirnya, mereka berdua melepaskan pelukan. Ana masih lagi tertunduk. Air mata di pipi Ana tidak mahu berhenti. Setelah puas menangis, Ana menyeka air matanya, lantas tersenyum.
              “Okeylah, aku gerak dulu. Aku nak mintak maaf dengan Jannah pulak lepas ni.” Tutur Ana.
              “Tak nak masuk dulu ke?” Pelawa Ateya. Ana mencerun memandang Ateya.
              “Janganlah kejam sangat. Aku taulah aku banyak buat salah kat kau. Tapi, Aki tu, tetap ex-boyfriend aku tau. Aku tipu je, masa aku cakap, yang aku tak kisah pasal dia. Sebenarnya, dia lah satu-satunya lelaki, lepas Ikhwan, yang aku paling sayang. Because he never treats me like garbage. Sebab tu, aku sanggup bertahan dengan dia, walaupun banyak perempuan-perempuan lain terkejar-kejarkan dia.” Ujar Ana lembut. Lantas Ana tersenyum, dan menepuk bahu Ateya.
              “Aku baru je nak berubah jadi baik. Aku takut kalau aku nampak dia lagi. Aku jadi tamak. Aku tak nak jumpa dia, selagi aku belum betul-betul berubah. For now, biar aku jumpa kau je dulu. Kau doakanlah nanti, hati aku betul-betul boleh let go. Okey.” Ateya memandang Ana serbesalah. Ana tergelak kecil.
              “Janganlah buat muka macam tu. Aku tak ada apa-apa...” Ana kemudian memberi isyarat untuk memandang ke arah keretanya. Ateya agak terkejut melihat lelaki yang sedang berdiri bersandar di pintu kereta. Lelaki tu, kemudian tersenyum dan mengangguk, hormat. Memang muka dah matang, tapi ke kacakkan lelaki itu, masih tidak berubah dari dulu. Ikhwan. Ateya membalas anggukkan Ikhwan, dan tersenyum. Dia kemudian mengalih pandang pada Ana.
              “Tak lama aku keluar penjara dulu. Aku terjumpa balik dengan dia. Sekarang ni, kita orang sama-sama dalam proses nak jadi lebih baik. Dan manalah tau. Satu hari nanti, aku boleh terima Ikhwan balik. Dia cakap, dia dah lama cari aku, nak mula balik.” Terang Ana sambil tersenyum.
              “Semoga, kau bahagia.” Ucap Ateya ikhlas. Ana mengangguk dan tersenyum Nampak yang Ana berasa lega, lepas dah mintak maaf.
              “Aku pergi dulu. Kau kirim salam je lah kat Aki.” Ujar Ana. Mereka berdua, kemudian berpeluk kembali. Setelah berbalas salam, Ana membuka langkah untuk pergi ke arah keretanya. Ateya hanya memerhatikan kereta yang di bawa oleh Ikhwan, sehinggalah kereta itu hilang dari pandangan. Ateya kemudian, masuk ke rumah dan menutup kembali pintu pagar.
              Are you okay?” Soal Aki bimbang, sebaik sahaja Ateya sampai di pintu rumah. Ateya hanya tersenyum.
              I’m okay. Don’t worry.” Ujar Ateya.
              Cape tu?” Soal Hilal dengan pelatnya. Ateya dan Aki sama-sama memandang Hilal. Lantas tergelak kecil. Ateya kemudian memandang kembali tapak yang sebelum ni, di parkir oleh kereta Ana.
              “Kawan.” Ujar Ateya lembut.
              “Hari ni, nak pergi mana? Abah bawak jalan.” Ujar Aki, tiba-tiba. Terus bersinar mata Hilal.
              Umah Oyang!” Hilal membalas dengan semangat. Hilal memang suka sangat balik Kampung. Bila balik kampung je, dialah budak yang paling gembira dan teruja. Sebab, Atuk, selalu bawak Hilal tengok-tengok buah-buah kat kebun. Dia suka ke kebun, turun daripada Ateya lah tu, suka pergi kebun.
              “Rumah onyang? Jauh tu, sampai ke Johor.” Balas Aki. Ateya hanya tergelak mendengar perbincangan dua beranak tu. Kemudian, mereka membuka langkah masuk ke rumah, serentak itu, Ateya menutup pintu rumahnya.
              ‘Kasih sayang ALLAH tu luas.’
   

“KI...KI...AKI bangun!” Kejut Ateya yang sedang duduk bersila di atas katil, sambil menampar-nampar belakang Aki yang tidur menyiarap. Hilal kat rumah Umi. Umi tu, susah sangat nak lepaskan Hilal. Sudahnya, Umi suruh Hilal tidur kat rumah Umi. Hilal tu pun bukan main manja dengan nenek-nenek dan atuk dia. Aki dengan Ateya pun tidak kisah. Dah berapa banyak kali dah Hilal tidur rumah Umi, rumah Mama, Papa. Lagipun kalau Umi tak larat nak jaga Hilal tu seorang-seorang. Nun ada kat rumah tu, bolehlah tolong Umi tengokkan Hilal, kat rumah Papa dengan Mama pulak, ada bibik boleh tolong. Tapi, mereka berdua, bukanlah merupakan ibu bapa yang bagi parents jaga anak, dan lepas tangan. No.No. Tidak sekali-kali. Cuma, sekali sekala, kalau Umi, Mama, Papa rindu je.
              “Hmm?” Ujar Aki, mamai, namun masih belum bangun dari tidurnya.
              “Aki. Aki! Bangunlah.” Pukulan makin kuat. Akhirnya, Aki bangun juga, dahi berkerut.
              “Apa benda, pukul Aki sampai nak bagi lebam? Kenapa?” Soal Aki, masih lagi mamai. Ateya sudah mencerun memandang Aki. Dia menjeling Aki.
              “Tengok ni.” Ujar Ateya sambil meletakkan sesuatu di tapak tangan Aki.
              “Apa?” Soal Aki, lantas mengalih pandang pada alat yang baru sahaja Ateya letakkan di tapak tangannya. Ni...Terus tersedar betul, bila nampak alat itu di tangan dan garis yang sangat dikenali tu.
              “Ni...” Tutur Aki teragak-agak, sambil memerhatikan betul-betul alat di tangannya.
              You did this! You pervert monkey!” Marah Ateya.
              “Kan baru semalam kita...kenapa tiba-tiba?” Soal Aki pelik.
              “Banyaklah baru semalam! Habis, yang minggu-minggu sebelum ni, apa?” Marah Ateya lagi. Aki kembali memerhatikan lagi alat tu, lebih lama. Lantas dia menarik senyum.
              We’re gonna have another Baby...” Tutur Aki, senyum bahagia tak lekang di bibir.
              “Hilal akan dapat adik baru.” Di ulang oleh Ateya dengan ayat lain. Ateya, pula yang menarik senyum.
              We’re gonna have baby!” Teriak suami isteri serentak, lantas mereka tergelak bersama-sama. Aki kemudian menarik Ateya dalam pelukkan, serentak itu di mengucup dahi isterinya.
              Thank you! Aki sayang Yah.” Ujar Aki, lembut. Pelukkannya dikuatkan lagi. Ateya tersenyum.
              “Yah, sayang Aki juga.” Balas Ateya. AlhamduliLLAH.
              ALLAH tidak pernah melupakan kita, walaupun kita selalu melupakan Dia. Dia akan beri nikmat yang indah pada manusia, yang sentiasa ingat pada-NYA. Dia akan bagi nikmat kepada manusia yang berusaha untuk meniti di jalan-NYA.

********TAMAT********

3 comments:

  1. happy ending ....best and tq.

    ReplyDelete
  2. lepas ni saya tunggu cerita baru pulak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sye yg patut terima kasih, Baby Mio...Thank You...InsyaALLAH, tak lama lagi kot....:)

      Delete