Friday, 24 January 2014

Kisah Aozora (BAB 2)


BAB 2

IMELDA berkerut muka, melihat kotak hadiah berbentuk hati,yang terletak elok, di dalam meja kayunya. Ni, siapa punya tak gentleman, bagi hadiah curi-curi ni. Imelda, mengambil kotak hadiah berbentuk Hati tu. Agak besar jugaklah kotak tu. Dia ternampak, kad kecil terlekat di atas kotak tu. Dia membukanya ‘Untuk Dania Imelda, from your secret admirer, A.M’. Siapalah pulak A.M ni. Dhia memandang sekilas ke arah Imelda yang sedang keliru, kemudian, dia menyambung membaca komik.
          

            Niel yang baru sampai, melangkah kaki masuk ke kelas. Niel kemudian, terus ke tempat duduk dia yang berhadapan dengan Dhia. Niel memandang Dhia, yang tengah tenang membaca komik dan menghirup air kotak Milo.
            Morning darl’.” Ucap Niel. Ucapan, biasa antara dia, Dhia, Lysa dan Ira. Budak perempuan je la. Tak kan nak cakap darl kat budak hingusan 5 orang tu. Dhia memandang Niel.
            Morning babe.” Jawab Dhia. Niel, baru sahaja nak duduk, apabila tiba-tiba...
            “ARRGGHHH!!!” Terkejut dia, dengar Nia menjerit macam tu. Terus sahaja dia memandang ke arah Nia. Nampak Nia, dah lari ke arahnya lantas, peluk dia kuat.
            “Kau ni, kenapa Nia?” Soal Niel, tegas.
            “Niel. Ada benda kat dalam tu.” Ujar Nia, sambil mengunjukkan jari telunjuknya ke arah kotak hadiah, di atas meja Nia.
            “Benda apa?” Soal Niel, berkerut dahi. Nia dah tolak-tolak dia, ke arah tempat Nia. Perlahan-lahan, dia melangkah, perlahan-lahan juga dia nak tengok isi kotak tu. Dah nampak sikit dah...belum sempat dia nak tengok keseluruhan isi kotak tu, terus sahaja ada Katak Coklat gemuk, melompat keluar, dia terperanjat. Bermacam jenis saiz ada. Yang kecik, sederhana, yang besar. Melompat tak tentu hala dalam kelas tu.
            “Arrghh!!! Niel, kill it ! Get Rid of it !” Teriak Nia. Sebaik sahaja katak-katak tu, melompat-lompat, bukan Nia sahaja yang terjerit-jerit. Budak-budak perempuan sekelas yang ada pun turut terjerit-jerit. Geli. Walaupun, belum ramai lagi dalam kelas tu, tapi kalau dah nama perempuan menjerit, alamat, satu sekolahlah dengar. Harap, cuma jangan sampai telinga cikgulah. Dalam kekecohan, jerit-jerit tu, ada seorang yang tenang dengan Komik dan air Milo. Niel menggeleng kepala. Nia, ni. Tu lah, degil sangat. Kan dah kena dengan Dhia.
            “Oi! Apa bising-bising ni?” Soal Arl, tegas, sebaik sahaja melangkah masuk dalam kelas. Masa kat luar tadi, sedang Arl jalan nak masuk kelas, macam-macam bunyi dengar. Bunyi orang jeritlah, bunyi kerusi meja terseretlah. Rupa-rupanya, kelas dia sendiri. Berdiri sahaja dia di depan kelas, dia nampak beberapa katak sedang seronok melompat-lompat. Terus sahaja, matanya mencari orang yang berkemungkinan adalah dalangnya. Tenang je dia tengok Dhia dalam kekecohan tu. Siap santai minum air milo lagi. Kerja Dhia lagilah ni. Arl mengeluh, dan menggeleng kepala.
            “Arl. Kau tolong aku tangkap katak-katak tu.” Ujar Niel. Budak-budak perempuan yang ada, sudah bertempiaran lari, keluar kelas, termasuk budak lelaki. Yang tak sempat nak lari keluar kelas, berdiri atas meja, macam Nia, takut nak menjejak tanah. Kang, tak pasal-pasal, katak-katak tu, melekat kat kaki ke, muka ke.
            “Okey.” Balas Arl, lantas meletakkan beg sandangnya di atas kerusi, dan meletupkan jarinya, bersedia untuk menangkap katak-katak yang melompat-lompat. Jenuh, jugak nak menangkap, bukan main ligat lagi katak-katak tu, melompat. Hai, sungguhlah. Orang yang membuatkan semua ini, possible, tengah dok gelak-gelak. Gelak baca komik, atau gelak, sebab puas dapat balas dendam. Sedang dia sibuk, mengeluarkan peluh, senaman yang tak rela pagi-pagi ni, seekor katak, berhenti, betul-betul depan mata dia. Perlahan-lahan dia mendekati katak tu. Dengan berhati-hati dia mengeluarkan tangan nak pegang katak tu. Terlepas! Dan meninggalkan cecair di tangannya, Arl, jelir lidah, geli. Macam mana Dhia, boleh tangkap semua katak ni? Dhia, is really scary sometime...
            G’morn...” Masuk sahaja Payan dalam kelas, dia macam nampak sejenis kelibat makhluk ALLAH, melompat dan, sekarang ni, kepala dia tiba-tiba rasa berat. Membuntang mata Payan, terus kaku badannya. Dia tak nak pandang, dan rasanya lebih baik kalau dia tidak tahu, apa yang tengah sedap landing atas kepala dia ni.
            “Arl..bagitau aku, apa yang tengah selesa duduk atas kepala aku ni?” Ujar Payan, takut - takut. Arl dan Niel, sudah membuntang tengok katak yang tengah syok, duduk atas rambut Payan. Kedua-dua mereka ternganga dan terkaku jugak, macam Payan. Tak sampai hati nak cakap, yang anak katak, tu tengah selesa duduk atas rambut Payan yang lembut. Siap, kembung-kembung lagi, dagu dia. Seisi kelas senyap. Sementara mereka semua terkesima, katak-katak yang lain, dah melompat-lompat keluar dari kelas.
            Dhia memandang muka Payan yang agak cuak tu. Nak ketawa pun ada juga. Kelakar tengok muka Payan. Tapi, dia buat muka selamba dia. Tidak lama selepas itu, dia bangun dari kerusi. Yang lain yang terkaku, memandang Dhia yang dengan selamba berjalan ke arah Payan yang tengah membeku macam iceberg, yang buat titanic accident dulu...Keras, tak bergerak-gerak. Dia berhenti di hadapan Payan dan memerhatikan muka Payan. Mata Payan, merayap melihat muka Dhia, tanpa menggerakkan badan.
            “Apa benda yang kau buat ni, Dhia?” Soal Payan. Mulut bergerak, mata bergerak, badan je yang kaku. Kemudian, Dhia mengeluarkan kedua-dua belah tangan dan mengambil, apa benda je yang tengah duduk atas kepala dia. Lepas Dhia dah mengambil benda tu, barulah rasa ringan sikit kepala tu. Perlahan-lahan, dia melihat Dhia menurunkan tangan, dan alangkah terkejutnya dia tengok benda yang Dhia pegang tu. Dhia mengunjukkan katak tu, ke muka Payan dengan selamba. Sungguhlah, ni la namanya, Heart skip a beat. Bukan sebab crush, tapi sebab terkejut ya amat. Sungguh dia terhenti bernafas sekejap. Katak tu yang ada kat atas kepala dia, dari tadi? Dan...Dhia, boleh selamba pegang mendealah tu, macam tak ada apa-apa? Dhia ni, menakutkan kadang-kadang. Payan, terduduk atas lantai, seolah-olah, hidup dia dah musnah dalam sekelip mata. Katak...duduk, atas kepala, duduk..atas kepala...katak. Payan tiba-tiba rasa loya. Sungguhlah, kenapa dia yang macho dan handsome ni, boleh jadi macam ni, sebab kawannya Dhia tu?
            Niel dan Arl, memandang Payan, simpati, lantas mereka mendapatkan Payan yang tengah, muka macam terluka gila. Tercalar ke macho-an yang dia cuba untuk pelihara selama ni. Niel, dan Arl, mengangguk, bersimpati, lantas menepuk-nepuk bahu Payan, bagi sokongan. Payan memandang Niel dan Arl, bergilir, muka terharu gila. Arl, paling faham perasaan Payan, sebab dia selalu terkena dengan Dhia.
            Dhia memandang Arl, Niel dan Payan, yang tengah bertelakuk. Dia menutup bibir dengan belakang jari ibu, menahan gelak. Pfft...Kesian betul muka bebudak ni. Baru katak, dah muka macam kalah judi. Sumpah, dia tak ada niat nak kenakan orang lain, melainkan nak kenakan Imelda je. Tak sangka pulak, katak-katak tu, nak melompat berterabur tiba-tiba (okey, mungkin sangka sikit.). Tapi, dia tak expect yang katak tu, nak lompat landing atas kepala Payan.
            “Oii! Pfft...” Lysa, menekup mulut, nak tahan gelak bila sebaik sahaja dia masuk dalam kelas, dia nampak muka Arl, Niel dan Payan, macam orang kalah judi. Nampaknya, orang lain pun kena tempias rancangan Dhia. Dia dah tahu dah, pasal katak-katak tu, sebab, dia yang teman Dhia tangkap katak tu, semalam. Ira tak nak ikut, sebab takut.
            “Apa yang jadi? Apa yang jadi?” Soal Ois, teruja. Kemudian, bila nampak muka tiga lagi orang sahabat sehidup sematinya, yang macam tercalar sangat, terus besar ledakkan tawanya. Sambil dia tergelak-gelak tu, masuk pulak Yuki, Key baru sampai. Mereka pun, muka keliru, tak tahu apa yang jadi.
Key berdiri di sebelah Dhia, melihat benda apa yang Dhia pegang tu. Key, dengan Dhia, memang sama. Kira, macam Key tu, Dhia versi lelaki. Tak banyak cakap, tapi agak menakutkan.
            “Apa benda tu?” Soal Key, perlahan.  Dhia mengunjukkan Katak gemuk coklat di tangan dia, ke muka Key. Key memandang tak ada perasaan. Lantas, Katak Gemuk Coklat bertukar tangan. Sekarang ni, Key pulak yang pegang. Entah kenapa dia rasa macam katak tu, fascinating sangat. Key membelek-belek katak tu dengan selamba.
            Bila tengok, Key selamba pegang mendealah tu, siap cucuk-cucuk lembut lagi. Dia rasa dikhianati. Kenapa Key, boleh buat muka selamba sedangkan dia dah tercalar-balar dah kelakian dia. Sebab orang nampak dia menggeletar kaki, sebab katak. Dia dapat bayangkan imej ‘The Handsome, smart and manly man Payan.’ Berkecai di hadapan mata, yang tinggal sekarang ni, cuma ‘Payan yang takut katak’. Sungguh dia rasa macam ‘loser’ sekarang ni.
            “Key...some good friend, you are.” Ujar Payan, merajuk. Key memandang Payan yang masih belum bangun dari lantai.
            “Nak juga?” Key mengunjukkan katak tu ke muka Payan, Payan cepat-cepat berdiri.
            Get that thing out of my face! ” Ujar Payan.
            “Lysa, Dhia. Kau buat juga? Kau orang ni kan.” Bebel Ira yang baru sampai. Dhia hanya mengangkat kedua-dua bahu selamba. Lysa dah ketawa kuat. Bila keadaan rasa, macam dah selamat. Tak ada lagi katak-katak yang melompat kecuali yang berada di tangan Key tu, Imelda turun dari kerusi.
            “Oi Perempuan!” Marah Imelda, serentak itu dia menolak kasar bahu Dhia. Dhia hanya berdecit, berkerut muka dan mengurut bahunya, yang agak bisa, di buat Imelda tadi.
            “Kau ni, apsal hah? Apsal kau suka sangat lalu depan muka aku buat aku sampai nak termuntah?” Ujar Imelda kasar. Muka Imelda memang tengah marah sangat sekarang ni. Dhia, macam biasa. Hanya buat muka straight, dan diam. Dia kemudian mneggeleng kepala, dan mengeluh. Dia baru sahaja hendak duduk di tempatnya, apabila Imelda menarik lengannya, kasar.
            “Oi! Aku tak habis cakap lagi!” Marah Imelda lagi, Dhia dah mula rasa rimas, lantas dia berdecit sekali lagi, dan menarik kembali lengannya dengan kasar. Dhia menjeling dan cuba meninggalkan Imelda, sekali lagi. Tapi di halang oleh Imelda. Kali ni, Imelda menolak kuat tubuh Dhia, sampai terlanggar Lysa yang kat belakang. Lysa dah berkerut
            “Oi...” Baru sahaja Lysa nak bertikam lidah dengan Imelda, apabila suara katak kedengaran, dan Katak yang Key pegang tadi terlompat-lompat.
            “Arrrrggghhhh!!!!!” Jerit Imelda, lantas mendapatkan Niel dan bersembunyi di belakang Niel, sambil merangkul kuat pinggang abang kembarnya itu.
            Niel! Get rid of it. Arggghh! Argghhh!” Imelda menjerit dah rupa histeria. Mata pun dah  mulai berair.
            “Oi...oi! Dah..dah, jangan menjerit macam orang kena sampuk. Katak tu dah keluar dah pun.” Ujar Niel tenang. Niel kemudian menepuk-nepuk tangan Nia yang melingkari pinggangnya, dengan lembut, cuba menenangkan adik kembarnya itu. Seraya mendengar kata-kata Niel. Nia berhenti menjerit dan mengintai dibalik bahu Niel. Bunyi loceng tanda perhimpunan dah nak bermula, meyelamatkan keadaan menjadi lebih teruk. Yuki, Ois, Key ,Ira, Lysa dan Payan, meletakkan beg di tempat duduk mereka, kemudian semua isi kelas keluar dari kelas, untuk ke perhimpunan. Can’t believe I’m saying this....but, thank you perhimpunan. Niel kemudian mengekor yang lain keluar dari kelas, diikuti Nia.

4 comments: