BAB 2
IMELDA
berkerut muka, melihat kotak hadiah berbentuk hati,yang terletak elok, di dalam
meja kayunya. Ni, siapa punya tak gentleman,
bagi hadiah curi-curi ni. Imelda, mengambil kotak hadiah berbentuk Hati tu.
Agak besar jugaklah kotak tu. Dia ternampak, kad kecil terlekat di atas kotak
tu. Dia membukanya ‘Untuk Dania Imelda,
from your secret admirer, A.M’. Siapalah pulak A.M ni. Dhia memandang
sekilas ke arah Imelda yang sedang keliru, kemudian, dia menyambung membaca
komik.
Niel yang baru sampai, melangkah kaki masuk ke kelas. Niel kemudian, terus ke tempat duduk dia yang berhadapan dengan Dhia. Niel memandang Dhia, yang tengah tenang membaca komik dan menghirup air kotak Milo.
“Morning
darl’.” Ucap Niel. Ucapan, biasa antara dia, Dhia, Lysa dan Ira. Budak
perempuan je la. Tak kan nak cakap darl
kat budak hingusan 5 orang tu. Dhia memandang Niel.
“Morning
babe.” Jawab Dhia. Niel, baru sahaja nak duduk, apabila tiba-tiba...
“ARRGGHHH!!!” Terkejut dia, dengar
Nia menjerit macam tu. Terus sahaja dia memandang ke arah Nia. Nampak Nia, dah
lari ke arahnya lantas, peluk dia kuat.
“Kau ni, kenapa Nia?” Soal Niel,
tegas.
“Niel. Ada benda kat dalam tu.” Ujar
Nia, sambil mengunjukkan jari telunjuknya ke arah kotak hadiah, di atas meja
Nia.
“Benda apa?” Soal Niel, berkerut
dahi. Nia dah tolak-tolak dia, ke arah tempat Nia. Perlahan-lahan, dia
melangkah, perlahan-lahan juga dia nak tengok isi kotak tu. Dah nampak sikit
dah...belum sempat dia nak tengok keseluruhan isi kotak tu, terus sahaja ada
Katak Coklat gemuk, melompat keluar, dia terperanjat. Bermacam jenis saiz ada.
Yang kecik, sederhana, yang besar. Melompat tak tentu hala dalam kelas tu.
“Arrghh!!! Niel, kill it ! Get Rid of it
!” Teriak Nia. Sebaik sahaja katak-katak tu, melompat-lompat, bukan Nia
sahaja yang terjerit-jerit. Budak-budak perempuan sekelas yang ada pun turut
terjerit-jerit. Geli. Walaupun, belum ramai lagi dalam kelas tu, tapi kalau dah
nama perempuan menjerit, alamat, satu sekolahlah dengar. Harap, cuma jangan
sampai telinga cikgulah. Dalam kekecohan, jerit-jerit tu, ada seorang yang
tenang dengan Komik dan air Milo. Niel menggeleng kepala. Nia, ni. Tu lah,
degil sangat. Kan dah kena dengan Dhia.
“Oi! Apa bising-bising ni?” Soal
Arl, tegas, sebaik sahaja melangkah masuk dalam kelas. Masa kat luar tadi,
sedang Arl jalan nak masuk kelas, macam-macam bunyi dengar. Bunyi orang
jeritlah, bunyi kerusi meja terseretlah. Rupa-rupanya, kelas dia sendiri.
Berdiri sahaja dia di depan kelas, dia nampak beberapa katak sedang seronok
melompat-lompat. Terus sahaja, matanya mencari orang yang berkemungkinan adalah
dalangnya. Tenang je dia tengok Dhia dalam kekecohan tu. Siap santai minum air
milo lagi. Kerja Dhia lagilah ni. Arl mengeluh, dan menggeleng kepala.
“Arl. Kau tolong aku tangkap
katak-katak tu.” Ujar Niel. Budak-budak perempuan yang ada, sudah bertempiaran
lari, keluar kelas, termasuk budak lelaki. Yang tak sempat nak lari keluar
kelas, berdiri atas meja, macam Nia, takut nak menjejak tanah. Kang, tak
pasal-pasal, katak-katak tu, melekat kat kaki ke, muka ke.
“Okey.” Balas Arl, lantas meletakkan
beg sandangnya di atas kerusi, dan meletupkan jarinya, bersedia untuk menangkap
katak-katak yang melompat-lompat. Jenuh, jugak nak menangkap, bukan main ligat
lagi katak-katak tu, melompat. Hai, sungguhlah. Orang yang membuatkan semua
ini, possible, tengah dok
gelak-gelak. Gelak baca komik, atau gelak, sebab puas dapat balas dendam.
Sedang dia sibuk, mengeluarkan peluh, senaman yang tak rela pagi-pagi ni,
seekor katak, berhenti, betul-betul depan mata dia. Perlahan-lahan dia
mendekati katak tu. Dengan berhati-hati dia mengeluarkan tangan nak pegang
katak tu. Terlepas! Dan meninggalkan cecair di tangannya, Arl, jelir lidah,
geli. Macam mana Dhia, boleh tangkap semua katak ni? Dhia, is really scary sometime...
“G’morn...” Masuk sahaja Payan dalam
kelas, dia macam nampak sejenis kelibat makhluk ALLAH, melompat dan, sekarang
ni, kepala dia tiba-tiba rasa berat. Membuntang mata Payan, terus kaku
badannya. Dia tak nak pandang, dan rasanya lebih baik kalau dia tidak tahu, apa
yang tengah sedap landing atas kepala
dia ni.
“Arl..bagitau aku, apa yang tengah
selesa duduk atas kepala aku ni?” Ujar Payan, takut - takut. Arl dan Niel,
sudah membuntang tengok katak yang tengah syok, duduk atas rambut Payan.
Kedua-dua mereka ternganga dan terkaku jugak, macam Payan. Tak sampai hati nak
cakap, yang anak katak, tu tengah selesa duduk atas rambut Payan yang lembut.
Siap, kembung-kembung lagi, dagu dia. Seisi kelas senyap. Sementara mereka
semua terkesima, katak-katak yang lain, dah melompat-lompat keluar dari kelas.
Dhia memandang muka Payan yang agak
cuak tu. Nak ketawa pun ada juga. Kelakar tengok muka Payan. Tapi, dia buat
muka selamba dia. Tidak lama selepas itu, dia bangun dari kerusi. Yang lain
yang terkaku, memandang Dhia yang dengan selamba berjalan ke arah Payan yang
tengah membeku macam iceberg, yang
buat titanic accident dulu...Keras,
tak bergerak-gerak. Dia berhenti di hadapan Payan dan memerhatikan muka Payan.
Mata Payan, merayap melihat muka Dhia, tanpa menggerakkan badan.
“Apa benda yang kau buat ni, Dhia?”
Soal Payan. Mulut bergerak, mata bergerak, badan je yang kaku. Kemudian, Dhia
mengeluarkan kedua-dua belah tangan dan mengambil, apa benda je yang tengah
duduk atas kepala dia. Lepas Dhia dah mengambil benda tu, barulah rasa ringan
sikit kepala tu. Perlahan-lahan, dia melihat Dhia menurunkan tangan, dan
alangkah terkejutnya dia tengok benda yang Dhia pegang tu. Dhia mengunjukkan
katak tu, ke muka Payan dengan selamba. Sungguhlah, ni la namanya, Heart skip a beat. Bukan sebab crush, tapi sebab terkejut ya amat.
Sungguh dia terhenti bernafas sekejap. Katak tu yang ada kat atas kepala dia,
dari tadi? Dan...Dhia, boleh selamba pegang mendealah
tu, macam tak ada apa-apa? Dhia ni, menakutkan kadang-kadang. Payan, terduduk
atas lantai, seolah-olah, hidup dia dah musnah dalam sekelip mata.
Katak...duduk, atas kepala, duduk..atas kepala...katak. Payan tiba-tiba rasa
loya. Sungguhlah, kenapa dia yang macho
dan handsome ni, boleh jadi macam ni,
sebab kawannya Dhia tu?
Niel dan Arl, memandang Payan,
simpati, lantas mereka mendapatkan Payan yang tengah, muka macam terluka gila.
Tercalar ke macho-an yang dia cuba untuk pelihara selama ni. Niel, dan Arl,
mengangguk, bersimpati, lantas menepuk-nepuk bahu Payan, bagi sokongan. Payan
memandang Niel dan Arl, bergilir, muka terharu gila. Arl, paling faham perasaan
Payan, sebab dia selalu terkena dengan Dhia.
Dhia memandang Arl, Niel dan Payan,
yang tengah bertelakuk. Dia menutup bibir dengan belakang jari ibu, menahan
gelak. Pfft...Kesian betul muka bebudak ni. Baru katak, dah muka macam kalah
judi. Sumpah, dia tak ada niat nak kenakan orang lain, melainkan nak kenakan
Imelda je. Tak sangka pulak, katak-katak tu, nak melompat berterabur tiba-tiba
(okey, mungkin sangka sikit.). Tapi, dia tak expect yang katak tu, nak lompat landing atas kepala Payan.
“Oii! Pfft...” Lysa, menekup mulut,
nak tahan gelak bila sebaik sahaja dia masuk dalam kelas, dia nampak muka Arl,
Niel dan Payan, macam orang kalah judi. Nampaknya, orang lain pun kena tempias
rancangan Dhia. Dia dah tahu dah, pasal katak-katak tu, sebab, dia yang teman
Dhia tangkap katak tu, semalam. Ira tak nak ikut, sebab takut.
“Apa yang jadi? Apa yang jadi?” Soal
Ois, teruja. Kemudian, bila nampak muka tiga lagi orang sahabat sehidup
sematinya, yang macam tercalar sangat, terus besar ledakkan tawanya. Sambil dia
tergelak-gelak tu, masuk pulak Yuki, Key baru sampai. Mereka pun, muka keliru,
tak tahu apa yang jadi.
Key
berdiri di sebelah Dhia, melihat benda apa yang Dhia pegang tu. Key, dengan
Dhia, memang sama. Kira, macam Key tu, Dhia versi lelaki. Tak banyak cakap,
tapi agak menakutkan.
“Apa benda tu?” Soal Key,
perlahan. Dhia mengunjukkan Katak gemuk
coklat di tangan dia, ke muka Key. Key memandang tak ada perasaan. Lantas,
Katak Gemuk Coklat bertukar tangan. Sekarang ni, Key pulak yang pegang. Entah
kenapa dia rasa macam katak tu, fascinating
sangat. Key membelek-belek katak tu dengan selamba.
Bila tengok, Key selamba pegang mendealah tu, siap cucuk-cucuk lembut
lagi. Dia rasa dikhianati. Kenapa Key, boleh buat muka selamba sedangkan dia
dah tercalar-balar dah kelakian dia. Sebab orang nampak dia menggeletar kaki,
sebab katak. Dia dapat bayangkan imej ‘The
Handsome, smart and manly man Payan.’ Berkecai di hadapan mata, yang
tinggal sekarang ni, cuma ‘Payan yang takut katak’. Sungguh dia rasa macam ‘loser’
sekarang ni.
“Key...some good friend, you are.” Ujar Payan, merajuk. Key memandang
Payan yang masih belum bangun dari lantai.
“Nak juga?” Key mengunjukkan katak
tu ke muka Payan, Payan cepat-cepat berdiri.
“Get
that thing out of my face! ” Ujar Payan.
“Lysa, Dhia. Kau buat juga? Kau
orang ni kan.” Bebel Ira yang baru sampai. Dhia hanya mengangkat kedua-dua bahu
selamba. Lysa dah ketawa kuat. Bila keadaan rasa, macam dah selamat. Tak ada
lagi katak-katak yang melompat kecuali yang berada di tangan Key tu, Imelda
turun dari kerusi.
“Oi Perempuan!” Marah Imelda,
serentak itu dia menolak kasar bahu Dhia. Dhia hanya berdecit, berkerut muka
dan mengurut bahunya, yang agak bisa, di buat Imelda tadi.
“Kau ni, apsal hah? Apsal kau suka
sangat lalu depan muka aku buat aku sampai nak termuntah?” Ujar Imelda kasar.
Muka Imelda memang tengah marah sangat sekarang ni. Dhia, macam biasa. Hanya
buat muka straight, dan diam. Dia
kemudian mneggeleng kepala, dan mengeluh. Dia baru sahaja hendak duduk di
tempatnya, apabila Imelda menarik lengannya, kasar.
“Oi! Aku tak habis cakap lagi!”
Marah Imelda lagi, Dhia dah mula rasa rimas, lantas dia berdecit sekali lagi,
dan menarik kembali lengannya dengan kasar. Dhia menjeling dan cuba
meninggalkan Imelda, sekali lagi. Tapi di halang oleh Imelda. Kali ni, Imelda
menolak kuat tubuh Dhia, sampai terlanggar Lysa yang kat belakang. Lysa dah
berkerut
“Oi...” Baru sahaja Lysa nak
bertikam lidah dengan Imelda, apabila suara katak kedengaran, dan Katak yang
Key pegang tadi terlompat-lompat.
“Arrrrggghhhh!!!!!” Jerit Imelda,
lantas mendapatkan Niel dan bersembunyi di belakang Niel, sambil merangkul kuat
pinggang abang kembarnya itu.
“Niel!
Get rid of it. Arggghh! Argghhh!” Imelda menjerit dah rupa histeria. Mata
pun dah mulai berair.
“Oi...oi! Dah..dah, jangan menjerit
macam orang kena sampuk. Katak tu dah keluar dah pun.” Ujar Niel tenang. Niel
kemudian menepuk-nepuk tangan Nia yang melingkari pinggangnya, dengan lembut,
cuba menenangkan adik kembarnya itu. Seraya mendengar kata-kata Niel. Nia
berhenti menjerit dan mengintai dibalik bahu Niel. Bunyi loceng tanda
perhimpunan dah nak bermula, meyelamatkan keadaan menjadi lebih teruk. Yuki,
Ois, Key ,Ira, Lysa dan Payan, meletakkan beg di tempat duduk mereka, kemudian
semua isi kelas keluar dari kelas, untuk ke perhimpunan. Can’t believe I’m saying this....but, thank you perhimpunan. Niel
kemudian mengekor yang lain keluar dari kelas, diikuti Nia.


best.....nak lagi.
ReplyDeletethanx Baby Mio...In sha ALLAH...tak lme lgi...
Deletehehehehe.. lawak la.. nak lagi... >_<
ReplyDeleteTerima kasih sangat! :)
Delete