Tuesday, 28 January 2014

Kisah Aozora (BAB 3)


BAB 3
“ABANG YUKI!!! ABANG YUKI!!” Ujar beberapa gadis yang mengerumuninya. Yuki yang baru sahaja keluar dari kereta berkerut dahi. Tiap-tiap hari macam ni. Apasal yang dia orang nak gelabah sangat ? Aku ni bukannya artis ke pelakon yang terkenal ke, nak jerit-jerit panggil nama aku. Yuki mengeluh dengan suasana biasa yang dia terpaksa hadapi, setiap kali dia datang ke sekolah. Dia mengurut belakang leher, dan menyangkutkan beg sekolah yang di pegang tadi ke sebelah bahu. Baik. Masa untuk merempuh lautan manusia.


          “Encik Mirza. Nak saya buat sesuatu mengenai dia orang ni ke?” Ujar pemandunya yang berumur lewat 40-an. Yuki memandang pemandunya.
            “Pak Abu. Dah banyak kali Mirza bagitau Pak Abu, jangan panggil, encik atau tuan. Panggil Mirza je. Okey, Pak Abu?” Ujar Yuki lembut. Pak Abu memandangnya teragak-agak.
            “Tapi, Tuan...” Mesti Pak Abu cakap pasal tempoh hari, masa Papa terdengar Pak Abu panggil Yuki hanya dengan nama, Pak Abu kena marah dengan Papa. Dia belum lagi nak kurang ajar dengan orang tua, nak suruh orang yang lebih tua panggil dia Tuan atau Encik. Papa tu je yang melebih.
            “Tak apa, Pak Abu. Jangan dengar cakap Papa tu. Mirza lagi selesa Pak Abu panggil Mirza. Bolehlah Pak Abu.” Pujuk Yuki. Pak Abu tersenyum lembut dan mengangguk.
            “Mirza nak Pak Abu buat sesuatu ke dengan budak-budak ni?” Ujar Pak Abu sekali lagi. Baru Yuki tersenyum.
            “Arrggh!! Abang Yuki senyum.” Bila terdengar suara jeritan tu, Yuki memandang gadis-gadis itu tajam,lantas menjeling. Kemudian, pandangannya di alih kepada Pak Abu. Yuki menggeleng.
            “Tak apalah Pak Abu. Mirza boleh handle benda ni. Dan rasanya, tak lama lagi superwoman Mirza akan datang selamatkan Mirza. Pak Abu balik je la dulu.” Ujar Yuki mesra.
            “Betul ni?”
            “Ye, Pak Abu. Pak Abu baliklah dulu. Minum-minum kat gerai roti canai ke, dating dengan Mak ke.” Seloroh Yuki, lantas tersenyum. Yuki memang memanggil isteri Pak Abu, Mak. Mak Jah yang nak begitu. Lagipun, dia memang rapat dengan Mak Jah, pembantu rumah dia tu.
            “Eh. Ke situ pulak dia. Dating. Dating apa, Pak Abu banyak lagi kerja kat rumah Mirza tu.” Balas Pak Abu. Yuki tergelak kecil.
            “Okeylah Pak Abu! Mirza dah sedia.” Yuki mengangguk dengan semangat. Tidak beberapa minit lepas tu, kereta Mercedez yang dipandu Pak Abu hilang dari perkarangan sekolah. Yuki kemudian menebarkan pandangan pada gadis-gadis yang macam teruja sangat nampak dia. Dia menarik dan menghembus nafasnya, dan dia terus mengharungi lautan manusia itu.
            Masa sedang mengharungi lautan manusia tu, macam-macam jadi kat dia. Kena tariklah, kena peganglah, kena jerit kat telinga la. Ya ALLAH! Geram nya, dengan perempuan-perempuan ni.
            “Jangan kacau aku lah! Aku nak masuk kelas ni. Jangan tarik! Jangan tarik beg!” Namun teriakkannya, langsung tidak dipedulikan oleh gadis-gadis yang macam kena histeria tu. Kenapalah jadi macam ni. Kalau Payan, suka lah keadaan macam ni, dia tak suka. Dia rimas.
            “Oi! Kau orang buat apa ni hah?” Jerit satu suara yang sangat dikenali. Yuki tersenyum, apabila terdengar suara itu. Semua gadis terdiam, dan tangan-tangan yang cuba untuk memegang, menariknya terhenti. Yuki berpaling. Kelihatan Lysa sedang memeluk tubuh dan memandang tajam ke arah perempuan-perempuan yang mengerumuninya. Terus tertunduk gadis-gadis itu. Perlahan-lahan Lysa berjalan ke arahnya namun matanya yang macam serigala, tidak beralih dari memandang gadis-gadis itu.
            “Aku dah kata kan, aku tak nak tengok kau orang tergedik-gedik dengan Yuki aku?” Lysa kemudian berdiri betul-betul di hadapannya. Gadis-gadis itu terdiam. Suasana menjadi tenang seketika. Lysa menebar pandangan kepada gadis-gadis itu. Dengan selamba, Lysa menarik tangan Yuki dan membawa Yuki meninggalkan kerumunan gadis-gadis itu. Akhirnya, Yuki di bawa keluar dari kerumunan gadis yang teruja.
            Setelah agak jauh meninggalkan kerumunan gadis-gadis itu. Mereka berdua berpaling. Kelihatannya kumpulan gadis dah berpecah. Lysa kemudian, melepaskan tangan Yuki. Dia mencerun memandang Yuki.
            “Kenapa, pandang aku macam tu?” Soal Yuki. Lysa menjeling.
            “Tu lah, aku dah kata, tak payah nak jadi model majalah bagai. Tengok, kan dah jadi macam ni.” Bebel Lysa. Memang Yuki ada membuat part time modelling. Model iklan pun ada juga. Walaupun, umur baru 16 tahun, memang dia ada ciri-ciri seorang model. Tinggi, agak kacak, paling penting fotogenik. Memang Payan tu, lagi kacak dari Yuki, tapi Payan tak ada ciri-ciri model pun. Tak ada bakat. Lainlah Yuki. Dia seolah-olah natural born untuk jadi model.
            “Tak expect pun, nak jadi macam ni.” Ujar Yuki selamba. Lysa mengeluh. Mereka kemudian berjalan beriiringan untuk ke kelas.
            “Kenapa kau jadi model?” Soal Lysa. Masih lagi melangkah untuk ke kelas.
            “Aku pun tak tahu. Mama aku suruh.” Balas Yuki. Lysa memandang Yuki tak percaya. Sebab tu je? Sebab mama dia suruh je? Tak tahulah pulak Yuki ni, orang yang mendengar kata. Mana tidaknya budak-budak perempuan itu gila. Masa sebelum Yuki jadi model. Tak ada pun dia orang nak kerumun Yuki. Lysa mengaku, cuma dia je yang perasan akan, kekacakkan Yuki selama ni. Budak-budak tu, cuma sedar lepas nampak muka Yuki, bersepah di Majalah je.
            “Tak kanlah sebab tu je?”
            That’s the one and only reason. Dia yang beria suruh aku masuk industri ni, ikut jejak langkah dia, katanya.” Ibu Yuki, merupakan CEO syarikat penerbitan majalah fesyen yang terkenal di Malaysia. Sebab tu la agaknya kot, kenapa dia suruh Yuki modelling dalam usia yang sangat muda. Lysa mengeluh lagi. Lysa kemudian menampar belakang Yuki. Berkerut dahi Yuki dibuatnya. Yuki mengurut belakangnya yang bisa.
            “I feel for you, man. I feel for you.” Ujar Lysa, serentak itu dia menggeleng. Yuki tergelak kecil. Akhirnya, mereka sampai di kelas.
            Guys...here come, our Mr. Hotstuff.” Tutur Lysa, dengan suara yang agak meninggi, sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kelas. Ois, Key, Niel, Arl, Payan Ira dan Dhia, yang sedang duduk berkumpulan, siap susun-susun kerusi lagi, memandang ke arah Yuki dan Lysa yang berada di muka pintu.
           “Aku nampak tadi. Aku tak fahamlah, kenapa budak-budak perempuan tu suka kat kau, lainlah macam aku ni. Payan yang Manly Man. Tak ada pun, budak perempuan yang nak kerumun aku, macam dia orang kerumun kau. You are the traitor among the traitors, traitor.” Ujar Payan dari tempat duduknya, lantas mencebik. Yuki tergelak kecil dan, selepas meletakkan beg, dia dan Lysa menyertai kumpulan mereka.
            “Apa yang manly man nya? Payan yang takut katak adalah.” Usik Arl. Yang lain tergelak.
            “Oi! Katak-katak jangan main eh! Sensitif tau tak.”  Marah Payan. Lysa dan yang lain mencebik, lantas tergelak lagi.
“Apa yang kacak sangat kau ni? Aku tak nampak pun apa-apa keistimewaan kat kau.” Ujar Ois pulak, sambil memandang Yuki yang dah duduk di hadapannya. Yuki hanya mengangkat bahu. Lysa, yang mengambil tempat di sebelah Payan, menduku kepala Payan.
            “Aduh. Kau kenapalah Makcik?” Marah Payan, sambil membetulkan kembali rambutnya yang dah agak berserabai, sebab kena duku tadi. Lysa menjeling memandang Payan.
            “Kau ingat, Yuki tu, buaya, serigala, kambing darat macam kau? Dia lelaki yang gentleman tau tak. Tak macam kau. Miangkeladiste” Ujar Lysa. Sekali lagi, Payan mencebik.
            “Dhia. Minumlah betul-betul. Nak kata budak kecik, dah besar panjang. Nak juga, aku ajar kau minum air. Hish...Nah, kesat Milo yang berbekas kat mulut kau tu.” Bebel Arl, sambil menghulurkan sapu tangan kepada Dhia. Dhia mengambil dan mengesat mulutnya dengan sapu tangan Arl.
            Here come Arl Mama...” Usik Ois. Lysa hanya tersenyum memandang. Yuki pulak memandang Lysa  yang tersenyum.
            “Key. Kau ni pun satu.” Tegur Arl, kepada Key, yang tangannya penuh dengan gula kuih donat. Dhia memandang Key, dan menghulurkan sapu tangan, bekas dia mengesat mulutnya tadi. Terus terbuntang mata Arl dan merampas sapu tangan yang dihulurkan oleh Dhia kepada Key. Dhia dengan Key, sama-sama memandang Arl.
            “Jangan jadi pengotor, boleh tak? Ni kan, bekas kau kesat mulut kau tu.” Ujar Arl, sambil mengangkat sapu tangan tu, dan melayangkan di depan Key dengan Dhia.
            “Bagilah, kau punya sapu tangan. Kau bawak kan?” Tutur Arl lagi. Dhia mengangguk dan menyeluk tangan ke dalam saku baju kurungnya, lantas mengeluarkan sapu tangan berwarna merah jambu dan menghulurkan kepada Key. Key mengambil dan mengesat tangannya yang kotor.
            “Dhia dengan Key ni, macam kembar je.” Ujar Ira, lantas tergelak.
            “Eloklah tu, Arl Mak, Niel Ayah. Lepas tu sama-sama jaga Key dengan Dhia. What a Happy Family.” Seloroh Payan, lantas yang lain tergelak.
            “Apasal pulak aku kena kahwin dengan Arl, nak jaga budak dua orang ni? Aku straight okey. Aku suka perempuan.” Balas Niel. Memang antara mereka sembilan orang. Niel dengan Arl, mempunyai ciri-ciri untuk menjadi ayah yang baik. Sebab, Niel kena jaga Imelda, dan Arl pulak kena jaga Dhia. Memang betul, macam bapak-bapak.
            “Aku pun suka perempuan ye. Aku normal, bukan songsang.” Arl pun, cuba membela diri. Yang lain dah ketawa geli hati.
            Anyway, kenapa kita berkumpul macam ni? Cikgu tak ada ke?” Soal Yuki.
            “Cikgu semua mesyuarat.” Balas Ira.
            “Yuki. Kau nak aku buat something ke kat perempuan-perempuan yang kacau kau tu?” Soal Dhia tiba-tiba. Sebaik sahaja, Dhia cakap ‘buat something’. Semua orang memandang Dhia dan membuat muka bimbang.
            “Apa yang boleh kau buat?” Soal Yuki pulak. Dhia memandang Yuki, lantas menarik senyum sinis. Kemudian, yang lain memandang Yuki pulak.
            “Yuki! Kau jangan suruh Dhia tu macam-macam.” Ujar Arl bimbang. Bukannya dia tak tahu, Dhia ni, kalau buat sesuatu. Memang akan teruklah perkara yang jadi nanti. Yang Yuki ni pulak, lagi menggalakkan. Yuki hanya tersenyum dan mengangkat bahu. Arl, Niel dengan Ira dah menggeleng-geleng dah. Yang lain pulak buat senyum anticipating.
            “Apa kau nak buat?” Soal Ois, ingin tahu.
            “Janganlah buat macam-macam. Kesianlah budak-budak tu.” Ira menghalang. Niel dengan Arl, mengangguk bersetuju dengan Ira. Tapi, kalau tiga orang je yang tak nak, lagi 6 orang berminat, memang tak akan sampailah suara protest tu.
            Yuki, meletakkan kedua-dua tangannya di atas meja dan tersenyum memandang Dhia. Body language dia cukup untuk bagitahu yang dia berminat. Senyum sinis, masih tak lekang dari bibir.





“ISH. ASYIK-ASYIK macam ni.” Ujar Yuki tak puas hati, dari dalam kereta. Dia memandang kumpulan gadis yang menantinya keluar dari kereta.
            “Nak Pak Abu, uruskan mereka?” Soal Pak Abu,dari tempat memandu. Yuki kemudian menggeleng kepala.
            “Hari ni, kita orang ada plan.” Ujar Yuki, lantas tersenyum. Yuki kemudian mengalih pandang pada Pak Abu di sebelahnya, dan tersenyum. Memang Yuki, tak pernah anggap Pak Abu sebagai pemandu mereka, sebab itu setiap kali naik kereta dengan Pak Abu, dia tak duduk di tempat duduk belakang.
            “Baiklah Pak Abu. Mirza keluar dulu. Assalammualaikum.” Ujar Yuki, lantas membuka pintu kereta. Sebaik sahaja pintu kereta dibuka, bingit jeritan kumpulan budak perempuan itu menikam telinga Yuki. Dia berkerut. Apalah yang Dhia nak buat hari ni? Macam biasa, terpaksa melalui kumpulan gadis-gadis yang bersorak, berteriak memanggil namanya.
            “Arghh! Abang Yuki.” Yuki berdecit mendengar teriakkan gadis-gadis itu. Lepas tu macam biasa, ada yang tarik tangan dia, tarik beg, tarik baju sekolah.
            “Ish. Jangan kacau aku lah!” Marah Yuki. Tiba-tiba, entah dari mana ada air datang memancut ke arah kumpulan gadis itu. Yuki pun terkena sekali. Kumpulan gadis-gadis menjerit-jerit. Yuki memandang keliling, melihat sumber datang air tu. Tiba-tiba dia tertangkap kelibat Dhia yang sedang memancutkan air dari getah paip. Yang paling buat Yuki ternganga, Dhia sekarang ni, sedang berdiri di atas bumbung sebuah kereta dan memakai baju hujan. Mukanya dilindung oleh hood baju hujan. Kereta di parkir di hadapan pintu pagar utama.
            “Arggh! What the?! Oi! Apa yang kau buat ni?” Marah salah seorang gadis, sambil mengibas baju uniform sekolahnya. Hampir semua basah kuyup kena pancuran air Dhia. Lysa pulak, sedang memeluk tubuh, bersandar di pintu belakang kereta sambil tersenyum sinis. Yuki yang basah kuyup tergelak kecil, sambil menggeleng-gelang kepala. Dhia. Dhia.
            “Apa? Kau?” Ujar Dhia, sambil menurunkan hood dan memandang kumpulan gadis itu. Terus terdiam gadis-gadis itu, apabila ternampak muka Dhia yang straight, cold dan tak ada perasaan tu. Penangan senior dalam sekolah ni, memang besar. Terutama Kakak Senior Lysa dan Kakak Senior Dhia. Bila berdepan, memang tak ramai yang berani nak melawan. Kerana, dalam ramai-ramai Ibu bapa Lysa dan Dhia yang paling berada di sekolah ni. Lagipun, ibu bapa mereka yang banyak memberi sumbangan kepada Sekolah Al-Umairah. Taulah, dia ada cakap kat Dhia, buat something kat budak-budak perempuan ni. Tapi, tak tahu pulak, dia termasuk dalam rancangan Dhia tu. 
          Apabila gadis-gadis itu mengalih pandangan ke arah Dhia dan Lysa. Yuki yang basah kuyup, curi-curi keluar dari kerumunan orang ramai. Dia menghala ke arah Key yang berdiri,sambil menongkat dagu di atas palang tempat parkir kereta, cikgu-cikgu. Macam biasa, Key jadi pemerhati. Yuki kemudian berdiri di sebelah Key. Key memandang situasi yang berlaku di hadapan mata, tanpa perasaan.
Do you, happen to carry an extra uniform?” Soal Yuki, teragak-agak. Key mengangguk. Masih lagi menongkat dagu. Setelah mendapat respon dari Key. Yuki pulak yang mengangguk
Thought so. Nanti, kau bagi pinjam kat aku tau.” Ujar Yuki. Key mengangguk lagi.
“Okey.” Balas Key. Mata Yuki dan Key, masih tidak lepas dari insiden di depan mata.
            “Kan aku dah cakap, jangan kacau Yuki. Tengok apa dah jadi.” Ujar Lysa, dengan nada mengugut. Setelah puas memancutkan air, Dhia, duduk di atas bumbung kereta itu pulak. Kaki terjuntai ke bawah. Budak-budak perempuan tu memandang Lysa dan Dhia tak puas hati.
            “Apa hak, akak-akan buat macam ni? Suka hati kita oranglah nak kacau Abang Yuki ke tak.” Teriak salah-seorang gadis, berani. Dhia dan Lysa terangkat kening sebelah mendengar suara yang bercakap tu. Kemudian Lysa memandang Dhia.
            “Kau dengar tak, macam ada langau nak cari pasal?” Perli Lysa. Dhia mengangguk. Gadia yang bersuara tadi tertunduk.
            “Nampaknya, ada orang yang nak cabar kita ni.” Sambung Lysa. Kemudian Lysa berpaling ke arah kumpulan gadis-gadis. Dia memang tak tahu siapa yang bersuara tadi. Dia mencari kelibat tuan punya semangat yang sangat berani tu. Namun, tidak berjaya ditemui. Lysa mencerun memandang gadis-gadis yang dah basah kuyup tu.
            “Entah, betul tu.” Teriak lagi satu suara pulak. Apabila mendengar, Lysa dan Dhia tergelak kecil. Lysa menyisirkan rambut coklat kemerahannya ke belakang telinga, dan kembali berpeluk tubuh. Bersungguh betul nak pertahankan benda yang rasanya tak patut pun nak dipertahankan. Yuki bukannya suka pun, dia orang buat macam tu. Marah lagi, ada. Tapi, bukan main beria lagi gadis-gadis ni. Macam apa yang dia orang buat tu betul je. Lainlah kalau Payan. Kalau Payan, bolehlah nak pertahankan, sebab Payan tu, memang mata keranjang. Tapi bukan Yuki.
            “Heh...nampaknya, dia orang tak faham ni. Dhia.” Ujar Lysa, senyum sinis, masih tak lekang di bibir.
            “Ini, bukan permintaan. Tapi arahan. Lain kali, kalau kau orang buat macam ni lagi. Bukan air paip yang aku pancutkan, tapi benda lain...and trust me, it ain’t pretty and sweet.” Ugut Dhia. Terdiam langsung budak-budak tu.
            “Dah faham kan? Apa lagi, yang kau orang buat kat sini? Berambuslah! Bersurai.” Balas Lysa. Tapi, mereka msih duduk diam.
            “Nak dengar kata, or let the water do the talking?” Ujar Dhia, selamba. Kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam kedua-dua poket depan baju hujan itu. Apabila terdengar Dhia cakap macam tu. Terus bertempiaran gadis-gadis itu lari.
            “Ingat! Kalau buat lagi. Bukan air paip tau!” Teriak Lysa. Rasanya, budak-budak tu dengar. Lysa dan Dhia kemudian berpandangan. Lysa menarik senyum. Dhia pun menarik senyum sedikit.
            “Kau memanglah. Menakutkan. Kalau Arl tau ni. Mahu sakit jantung budak tu.” Ujar Yuki, yang datang mendapatkan Dhia dan Lysa setelah hilang gadis-gadis itu. Key mengikuti Yuki. Lysa hanya menarik senyum jahat. Dhia pulak menjengkit kedua-dua bahu, masih lagi duduk dengan selesa di atas bumbung kereta. Kemudian Mereka sama-sama tergelak.
            "Ni, aku nak tanya, kenapa aku sekali kena?" Soal Yuki, memandang Dhia tak puas hati. Dhia kemudian memandang Yuki. Memang basah kuyup sangat. Dhia tergelak dalam hati lantas menarik senyum sedikit.
                "Because it's funny." Ujar Dhia selamba. Yang lain dah tergelak.
               "Well...glad, to amuse you..." Balas Yuki, sarkastik.



“ASSALAMMUALAIKUM.” Ujar Dhia, sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.
            “Walaikummussalam. Dhia dah balik? Nak Mak Mah panaskan lauk?” Dhia tersenyum. Matanya meliar ke seluruh rumah. Kosong. Yang ada cuma Mak Mah dan beberapa pekerja ibu bapanya. Hatinya terasa berat. Ma dengan Pa, tak ada kat rumah lagi. Dia pun tak tahulah, kenapa dia berharap. Harapan yang tak ada guna.
            “Mak Mah. Mak Mah, bungkuslah semua lauk. Bagi yang lain makan. Dhia tak makan kat rumah hari ni.” Tutur Dhia lembut.
            “Tapi...” Mak Mah teragak-agak. Dhia tersenyum lagi.
            “Ambik je lah Mak Mah. Tak apa.” Dhia memujuk. Mak Mah akhirya mengangguk.
            “Baiklah.” Akhirnya Mak Mah akur juga.
            “Mak Mah. Dhia penat, Dhia naik atas dulu ye.” Ujar Dhia lembut. Mak Mah mengangguk lagi. Dhia kemudian mengatur langkah meniti anak tangga untuk ke bilik. Sebaik sahaja sampai di bilik, beg sekolahnya di letak atas kerusi belajar. Dia mencapai telefon bimbit Motorola W220 berwarna merah jambu di atas katil, dan membuka flip telefon bimbit itu. Jarinya menekan ‘speed dial’ nombor satu. Kemudian melekapkan telefon bimbit itu ke telinga. Tidak lama menunggu, panggilannya bersambut.
            “Assalammualaikum. Kenapa?” Suara familiar menyinggah ke telinga. Hatinya sayu mendengar suara itu. Macam pelik je kan Dhia letak orang lain di ‘speed dial’ nombor satu. Bukan ibu bapa dia? Kadang-kadang dia tergelak, mengetawakan diri sendiri. Dia mencengkam telefon kuat. Perasaannya yang bergelora, cuba ditahan dari didengar oleh talian sebelah.
            “Walaikummussalam. Arl. Aku nak makan kat rumah kau.” Ujar Dhia, mendatar.
            “Lagi?”
            “Bolehlah. Aku lapar.”
            “Kan kau ada rumah sendiri, ken...”
            Please...” Dhia memotong. Dhia mendengar Arl mengeluh.
            “Okey. Datang lepas solat Zuhur. Make sure kau solat. Kalau tak, aku bagitau mak aku, jangan bagi kau makan.” Akhirnya Arl akur. Dhia tersenyum.
            “Okey. Bye!” Dhia mematikan panggilan. Dia kemudian mencampak telefonnya ke atas katil dan masuk ke dalam bilik air. Kenapa Arl? Sebab Arl adalah kawan yang terbaik. Termasuklah, orang lain. Tapi, dengan Arl, dia rasa lebih tenang, dan dengan Arl dia boleh jadi diri sendiri. Dia lebih menganggap Arl sebagai Abang yang dia tak pernah ada. Dia sayang Lysa, dia sayang Ira dia sayang semua kawan-kawan dia tetapi, ada benda yang dia rasa lebih elok kalau diam. Dia tak nak kawan-kawan dia susah hati, bimbangkan dirinya. Arl pulak. Selepas sesuatu yang pernah berlaku padanya dahulu, dia membuat keputusan untuk bersandar pada Arl, dia perlukan seseorang untuk bersandar kalau tidak dia akan ‘break’.

3 comments: