BAB 20
AKI Menyangkutkan dagunya di atas meja kedai mamak, lantas
mengeluh.
“Kau
kenapa?” Soal Zarif, sambil menyedut air teh limau ais. Zarif merupakan client
dan kawannya yang rapat.
“I’m
tired.” Jawab Aki ringkas.
“Is
it sebab bestfriend merangkap bini kau tu?” Tebak Zarif. Masih lagi
menyangkutkan dagu di meja, Aki mengangguk.
“Hah...kenapa pulak sekarang?” Soal Zarif lagi.
“Hah...kenapa pulak sekarang?” Soal Zarif lagi.
“She’s
just...”
“She’s
just?” Ulang Zarif, kali ni, nafas yang dihembus Aki makin kuat.
“She’s
just...too, off guard!” Ujar Aki, sambil meninggikan sedikit suara.
“Okay...and
this topic leads too?”
“I...”
“You?”
“I...”
“You?”
Soal Zarif, menanti jawapan. Buat kesekelian kalinya, Aki mengeluh, kuat. “I don’t know, how long i can
resist...” Akhirnya terluah juga, apa yang terbuku dalam hati ni, lantas
dia menegakkan badannya. Zarif yang dengar, melepaskan tawa kecil, faham dengan
dilema yang melanda Aki sekarang.
“Kenapa
kau tidur satu bilik dengan dia? Memanglah susah.” Soal Zarif. Aki hanya
mengangguk. Zarif dah tahu dah cerita pasal ‘Yah dengan Aki’ sebab Aki pernah
cerita kat dia, jadi dia tak adalah terperanjat, bila Aki cakap macam tu. Dia
pertama kali, jumpa Zarif, masa AKA Lawfirm nak mula. Kira Zarif client
pertama Aki. Pak Ngah yang bawak Zarif jumpa Aki, sebab masa tu Pak Ngah,
peguam lama Zarif nak bersara, jadi dia bagi Zarif kat Aki. Aki dengan rasminya
menjadi peguam keluarga Zarif, lepas tu Zarif pula senang orang nak suka, jadi
mereka berdua pun menjadi kawan, sampailah sekarang.
“Ala...masa
mula-mula aku ingat tak ada apa, sebab aku tak ada rasa sayang kat dia,
melainkan sayang seorang sahabat. Tapi, Yah tu sekarang dah pandai nak buat aku
lemah jantung.” Adu Aki. Zarif menggeleng kepala, lantas tergelak kecil lagi.
“Tukar
bilik?” Cadang Zarif. Aki menggeleng.
“Nanti
dia pelik pulak.”
“Sekarang,
rasa sayang kau tu, masih pada dasar kawan atau dah lebih?” Aki meraup wajah.
Soalan cepumas, yang memang dia tak nak dengar sekarang ni. Dia pun dok pening
memikir pasal hal tu. Tiba-tiba mamat ntahpape ni, tanya pulak.
“Aku...”
“Kau?”
“Aku...tak
tau...”
“Pulak?”
Soal Zarif lagi. Aki dah mengangguk. Zarif dah tersenyum dan menggeleng kepala.
“Aku
keliru. Tapi, aku tak nak ceraikan dia.”
“Now,
that’s good thing kan?”
“Well,
I guess...But, it’s too complicated.” Balas Aki teragak-agak.
Nescafe ais disedut. Diam. Zarif pun menyedut baki air teh limau yang masih
berbaki.
“Masa
aku kahwin dengan isteri aku yang sekarang, umur dia 19 and I was 27 with a son.” Ujar Zarif tiba-tiba,
sambil tersenyum segaris. Jatuh rahang Aki apabila mendengar. Langsung
membuntang matanya. Dia memang tak tahu langsung, pasal rumah tangga Zarif,
sebab Zarif, tak pula nak bagitau. Dia pun tak tanya.
“What?
Dude...kau serius ke?” Soal Aki separuh terperanjat. Zarif hanya
mengangguk.
“Dead
serious...Kahwin atas permintaan arwah atuk aku, sebelum dia meninggal. See...kalau
nak dibandingkan dengan aku. Yours, not too complicated...atleast,
you know each other dan rapat pulak tu. Aku pulak...well...I don’t even
know her before we’re married, and she was still in love with someone else...” Tenang wajah Zarif ketika itu. Aki pula memandang Zarif simpati.
“Sampai sekarang, aku masih lagi tak boleh anggap dia lebih daripada adik.”
Sambung Zarif. Aki dah mengangguk-angguk. Aki berasa simpati.
“Kau bertuah. Kau kahwin dengan kawan baik kau sendiri. Mungkin, kau dah lama sukakan dia, cuma kau tak sedar je. Apa kata, kau cuba selam perasaan kau, betul-betul?” Cadang Zarif. Aki terdiam. Zarif
melihat jam di tangan, lantas mengangkat tangan, memanggil pelayan, tidak lama
kemudian, pelayan tu datang,
“Kira...”
“Semua,
10 ringgit.” Ujar pelayan itu. Zarif tersenyum dan mengeluarkan dompet dari
poket seluar. Belum sempat Aki hendak mengeluarkan dompet dari poket, Zarif dah
terlebih dahulu, membayar kat bhaya tu.
“It’s
on me...sebagai pemujuk kau. Next time, it’s on you okey?”
“Bukan
kau ke yang patut ada pemujuk?”
Ujar Aki serbasalah. Zarif senyum segaris.
“Aku percaya dengan takdir ALLAH. Mesti ada sebab kenapa, ALLAH jodohkan aku dengan dia. ALLAH tak jadikan sesuatu tanpa tujuan.”
Nasihat Zarif. Aki dah rasa macam rendah diri dah berbanding Zarif. Zarif,
lebih baik dari dia dari semua aspek, baik peribadi, baik keagamaan, dia pulak?
Sesat.
“Eh,
kau nak ikut aku?” Pelawa Zarif. Aki melihat jam ditangan, Lunch break
pun panjang lagi. Lagipun dia bos apa, tak kisahlah nak masuk pukul
berapa-berapa pun.
“Pergi
mana?” Soal Aki. Lantas Zarif tersenyum.
“Tempat
best...”
“...KITA CUMA manusia, yang memang tak lari dari membuat kesalahan. Tetapi, ingatlah, pintu taubat, terbuka kepada semua insan. Mahupun, insan itu sejahat-jahat manusia. Jika kita dah nekad nak bertaubat, nescaya, ALLAH akan perkenankan doa kita, dan melindungi diri kita dari berbuat jahat. Dalam firman ALLAH, surah al-Maa’idah, ayat ke 39, ALLAH berfirman. Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”...” Aki dah dok bertelakuk mendengar Khutbah Jumaat di masjid Putrajaya. Masa nak solat Jumaat tadi, memang tak boleh cakap apa lah. Terkial-kial dia mengikut jemaah-jemaah yang lain.
“Tempat
best tu, masjid?” Soal Aki, sambil mengecilkan matanya memandang Zarif
di sebelah. Amboi, memang susah betul dapat sahabat yang alim ni lah. Boleh,
dia nak solat Jumaat, dia heretnya kita
sekali.
“Kan
best, masjid, boleh dengar ceramah yang menginsafkan diri sikit. Dah, jangan
kacau aku, aku nak dengar Khutbah ustaz tu.” Ujar Zarif, Aki dah bengang dah...
“...Kasih,
sayang ALLAH tu luas. Kita patut rasa bersyukur kalau ALLAH sayang kita. Kasih
sayang ALLAH, tak ada limit...ha...dia sentiasa ada dengan kita 24 jam
sehari. Tak kira siang ke malam ke. Kalau boipren atau girlpren kita, tak boleh
buat macam tu der...dia orang kena tidur juga. Lainlah ALLAH, tuhan kita yang
satu, dia akan sentiasa memelihara kita. ALLAH berfirman lagi, “Sesungguhnya
ALLAH membukakan Tangan-Nya pada malam hari agar orang yang melakukan kejahatan
di siang hari bertaubat dan Dia membukakan Tangan-Nya di siang hari agar yang
melakukan kejahatan di malam hari bertaubat hingga matahari terbit dari barat”
Hadis Riwayat Muslim ayat 2759...Haa...tengok, bertapa sayangnya ALLAH pada kita.
Tak ada limit untuk kita bertaubat...Dia sentiasa ada dengan kita, dan akan
bersedia mengampunkan dosa-dosa kita, tak kiralah dosa tu, sebesar mana, janji
kita ikhlas nak bertaubat. Kita tak pernah terlambat untuk bertaubat, melainkan
kita dah temui ajal...” Sambung Ustaz tu lagi. Aki diam, duduk bersila, sambil
menongkat dagu
‘...Kita
tak pernah terlambat untuk bertaubat, melainkan kita dah temui ajal...’
Telinga, menangkap dan menyimpan isi-isi dan kata-kata ustaz, walaupun dia tadi
tak rela nak mendengar. ‘Kasih sayang
ALLAH tu luas’ Sedikit sebanyak, ceramah yang diberi, mula memberi kesan kepada
jiwanya. Jadi, belum terlambat lagi, untuk aku? ‘ALLAH tak jadi kan sesuatu
tanpa tujuan’. ‘ALLAH akan buat macam-macam jadi, untuk bagi pengajaran dan
panduan kat kita, tak
kiralah...benda tu jadi kat orang lain, ataupun diri kita sendiri’. Suara Yah
dan Zarif, berselang seli, terngiang-ngiang di kepalanya.
“Firman ALLAH lagi,
“Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang
yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera
bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya
dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan tidak ada gunanya taubat
itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah
seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku
bertaubat sekarang ini, "(sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan
(demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami
telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” Surah
An-nisaa ayat 17-18. Nah, itulah sebab saya katakan, bila kita tak sempat
bertaubat, sebelum kita meninggal, maka dapatlah kamu siksaan yang pedih, tak
terperi sakitnya...Tak ke rugi tu, tuan-tuan-dan puan?” Sambung ustaz tu
lagi...dan sekali lagi, kata-kata Ustaz itu menyentuh jiwa...
“RIF...”
Panggil Aki, sambil termenung menongkat dagu. Selepas
habis, waktu kerja Aki, Aki mengajak Zarif berjumpa dengannya di Old Town,
jalan Teknokrat.
“Hmm?”
Muka di angkat dari White Coffee panas yang diteguk tadi.
“Aku...”
“Kau?”
“Tolong,
ingatkan aku, macam mana nak baca Al-fatihah, cara nak baca 3 Quul, dan cara
nak solat dari A to Z...” Ujar Aki, pandangannya masih lagi kosong.
Sebenarnya, sejak dengar Khutbah kat Masjid Putrajaya, kelmarin, dia banyak
berfikir dan banyak dengar ceramah dan baca tentang agama. Dia nak cuba
berubah. Bukan untuk sesiapa, tetapi untuk dirinya, dan Zarif merupakan
satu-satunya kawan dia, yang lebih tahu bab-bab agama ni. Jadi, dia buat
keputusan, ketepikan ego dan malunya dan meminta pertolongan Zarif. Zarif yang
terdengar agak terkesima sekejap, namun, akhirnya dia tersenyum.
“Will
do my friend, will do...” Balas Zarif, senyum tak lekang dari bibir.
“Thanks”
“I’m
so proud of you. AlhamduliLLAH...” Zarif menepuk-nepuk bahu Aki, bagi
sokongan. Aki, senyum segaris. Sebenarnya, dia memang fail sangat bab
agama ni, dari dulu lagi. Sebab keluarga dia, jenis yang tak kisah. Yelah, masa
muda-muda dulu, sebelum dia berkahwin dengan Yah, dia selalu dok peluk Yah, dok
sentuh-sentuh Yah tak adalah pulak, dia kena marah, baik Mama dan Papa, atau
Makcik Jah, padahal, masa tu, mereka boleh dikategorikan sebagai 2 insan yang
tak mahram. Siap boleh peluk-peluk Yah depan-depan tu. Tak payah
sembunyi-sembunyi. Lepas tu, solat pun tidak dititik berat kan, sebab tu lah
dia lupa. Tapi, papa dan mama, bila dah tua-tua ni, dah mula nak kenal islam
balik, dan nak bawak dia sekali. Tapi, dia degil. Tak mahu. Mungkin sebab tu
lah, Papa Mama nak sangat dia berkahwin dengan Yah.
‘Kasih
sayang ALLAH tu, luas.’


No comments:
Post a Comment