BAB 9
ATEYA bergegas berlari meninggalkan pejabat lepas mendapat
panggilan dari umi tadi. Dia meminta MC dari Dayah tadi. Memang terkejut dia
dengar berita yang Makcik Ani jatuh bilik air, teruk luka nya, kata umi tadi.
Dia kemudian menghidupkan enjin keretanya dan memecut laju untuk ke rumah
Makcik Ani.
Sesampai
sahaja ke rumah Makcik Ani, Aki ada di situ kelihatan risau. Makcik Ani pula
terbaring tidak bermaya di atas katil. Pakcik Kamal pun kelihatan risau. Umi,
menangis, sambil memegang tangan Makcik Ani.
“Umi...macam
mana makcik Ani?” Soal Ateya bimbang. Umi hanya menggeleng kepala dan menangis.
Nampak macam teruk. Makcik Ani pun nampak pucat sangat. Dia sangat risau kalau
keadaan Makcik Ani bertambah teruk dan membawa kepada...Air matanya mulai
menitis. Walaupun, Makcik Ani tak ada pertalian dengannya, tetapi Makcik Ani,
macam mak kedua Ateya. Kalau Makcik Ani tak ada, tak tahulah macam mana dia nak
harungi. Makcik Ani dah banyak tolong dia dan keluarga. Yang paling sedih,
tentulah umi. Sebab Umi dah lama dah kenal dengan Makcik Ani.
“Te...Teya..”
Tangan Makcik Ani disambut.
“Ye..
Makcik...Teya kat sini...”
“Ma...Mama!”
Semua pandangan beralih kepada Aki yang termengah-mengah, masuk ke bilik.
“A...A..Aki..”
Tangan Makcik Ani sebelah lagi di sambut oleh Aki. Mak cik Ani terbatuk-batuk,
makin lama-makin kuat batuknya
“Mama,
Aki ada kat sini Ma...” Ujar Aki teresak-esak. Hatinya tidak sanggup memikirkan
kemungkinan yang mungkin akan berlaku.
“Aki...Teya,
disebabkan masa Mama ni, dah tak berapa lama...ada benda yang ma...ma nak mintak
sangat kat Aki dan Teya...
“Apa
dia, Mak cik Ani?” Soal Ateya sayu. Air matanya sudah berlinangan. Dia
mennghidu tangan Mak cik Ani yang berada di genggamannya.
“Mak
cik nak...Aki...mama nak...” Makcik Ani terbatuk lagi. Dia nampak lemah sangat.
“Apa
dia Mak Cik? Teya janji, Teya akan tunaikan, apa je yang Mak cik suruh Teya
buat...” Ujar Teya,suara menggigil dek kerana tangisan. Makcik Ani memandang
Aki pulak. Aki mengangguk-angguk kepala.
“Aki
pun janji Ma...Mama nak kita orang buat apa?” Soal Aki. Air matanya
berlinangan, sperti air sungai yang deras.
“Mama...mama..”
Makcik Ani terbatuk-batuk lagi. Tangannya terasa digenggam kuat.
“Mama,
nak Aki dengan Teya...kahwin...” Rahang Teya dan Aki sama-sama terjatuh,
mendengar permintaan Makcik Ani.
“Hah?
Tapi...” Belum sempat Aki hendak menghabiskan ayat, Makcik Ani terbatuk-batuk
lagi, kali ni, paling kuat, sampai semput-semput.
“Ok,
Makcik Ani, Teya kahwin dengan Aki...” Akhirnya itulah keputusan Teya tanpa
berfikir panjang. Benda lain sudah tak penting...yang dia risaukan sekarang
hanyalah Makcik Ani. Kalau dengan berkahwin dengan Aki, boleh memuaskan hati
Makcik Ani, dia sanggup...
“Hah?
Kau gila Yah?” Marah Aki, belum sempat dia meneruskan kata-katanya, Makcik Ani
terbatuk lagi. Teruk. Sehingga semput-semput. Kali ni, berterusan batuknya.
“Ma..ma..mama..Aki
kahwin dengan Teya ma..Aki kahwin. Mama bertahanlah ma..jangan tinggalkan Aki
dulu. Aki janji...” Lepas dengar respond Aki, Makcik Ani tersenyum lama. Dan
beberapa minit lepas itu, mata Makcik Ani terpejam. Aki terkejut, Teya pun
terkejut..
“ Ma..mama,
jangan tinggalkan Aki ma...” Ujar Aki, air matanya mengalir lagi, apabila tidak
dapat apa-apa respond dari Makcik Ani, Aki berteriak...
“Mama!
Mama!” Suara Aki bergema seluruh bilik. Ateya sudah menangis teresak-esak dah.
Aki kemudian menekup wajahnya dengan dua-dua belah tangan. Badannya
terhinjut-hinjut menangis...
“Bisinglah
Aki...ialah, mama bangun ni.” Aki dan Teya terkesima, apabila mendengar suara
Makcik Ani yang normal dan macam...sihat? Mereka berdua kemudian beralih
pandangan kepada Makcik Ani. Alangkah terkejutnya mereka melihat Makcik Ani
yang tersenyum penuh makna. Sungguh, ternganga mulut mereka berdua. Sungguh
mereka tak tahu apa yang terjadi sekarang ni. Mereka mula, memandang satu sama
lain, dan kemudian memandang orang-orang sekeliling mereka. Ayah Aki sudah
tersenyum-senyum. Begitu juga dengan umi.
“Apa
yang jadi ni?” Soal Aki terkebil-kebil. Sungguh tadi, dia ingat yang Mama, akan
meninggalkannya untuk selama-lamanya.
“Umi?”
Soal Ateya pendek. Umi hanya membuat muka tak bersalah je pada dia.
“So! We have a wedding to plan...” Ucap
Makcik Ani dengan penuh semangat lantas bangun dari katil. Ateya dan Aki sudah
terkebil-kebil, campur mulut ternganga.
“Mama!
Mama kenakan Aki dengan Yah!” Marah Aki. Makcik Ani kemudian hanya ketawa.
“Maaflah...dah
tak ada cara lain. Mama dengan Makcik Jah nak sangat tengok Kamu berdua di
satukan. Mama mintak maaf sangat Aki.” Ujar Makcik Ani. Umi hanya tersenyum je.
Manakala Teya pulak terpaku tidak bergerak-gerak dari tempat yang sama.
“Mama!!!!”
Teriak Aki. Ateya pula, masih lagi terpaku tidak percaya dan keliru.


No comments:
Post a Comment