Thursday, 26 December 2013

Idolomantis Diabolica (BAB 24)

BAB 24

TANGANNYA ligat mengacau mee goreng dalam kuali, buat sarapan nanti. Dia berasa lega sangat, yang masalah antara dia dan Aki dah selesai. Memang dia marah semalam, marah sangat, tetapi, selepas dah buat solat tahajud, menenangkan diri, barulah dia dapat berfikiran dengan lebih jauh. Dia yakin, Aki sedang berusaha sungguh-sungguh, dalam mengubah diri sendiri. Kalau tak, masakan dia boleh nampak Aki bersolat lepas tu, cuba baca Yasiin, walaupun, dia tidak berapa boleh baca. Orang yang sedang berusaha, untuk berubah, orang yang dah dapat Hidayah ALLAH, tak kan berpaling dengan mudah. Walaupun, dia tak tahu, macam mana, benda yang dia nampak semalam boleh jadi. Tapi, dia buat keputusan untuk, tidak mempedulikan, apa yang dia nampak dengan mata kasar, dan hanya percayakan Aki. Ye, itulah keputusan dia.
            “Kau masak apa tu?” Terlepas sudip dari tangan. Entah kenapa, pulak suara Aki ni, buat dia macam meremang bulu roma pulak. Dia mencapai sudip yang terlepas tu dan mengacau balik mee goreng dalam kuali.
              “Kau ni, cubalah bagi salam ke apa.” Ujar Ateya, lalu, mematikan api dapur.
              “Assalammualaikum, wahai isteriku yang paling tersayang.” Seloroh Aki, lantas duduk di meja makan. Bila mendengar perkataan, ‘isteriku yang paling tersayang’, Hatinya, mulai berubah rentak lagi. Kenapa pulak ni? Selalu, tak ada pun dia rasa macam ni, walau banyak kali mana pun Aki panggil dia sayang.
              Eew...Walaikummussalam.” Ujarnya, menstabilkan suaranya, supaya getaran dalam hati tu, tak terdengar di mulut. Ateya kemudian menyenduk mee goreng, dan masukkan ke dalam mangkuk kaca dan menghidangkan di atas meja.
              “Eew pulak. Bukan kau suka ke?” Usik Aki, sambil, lantas menyeduk mee goreng ke dalam pinggan.
              “Haha...so funny, that i forgot to laugh...” Ateya lantas, ke dapur semula.
              “Aki!” Teriak Ateya dari dapur.
              “Ye...Sayang?” Ujar Aki  dari dari ruang makan. Terlepas sudu pulak dari tangan. Hatinya, terasa getaran lagi. Haaa....kenapa pulak ni? Sekali lagi, cuba berbuat biasa.
              “Kau nak kopi ke, kau nak minum air sejuk?” Soal Ateya, dari dapur.
              “Boleh buat kopi tak Yah? Aku banyak kerja kat firm hari ni. Make it black.”
              “Okey.” Ateya mengambil serbuk kopi, dan isi dalam teko, kemudian mengambil gula, dan masukkan ke dalam teko. Kemudian, dia menuang air panas. Siap je kopi, dia bawa ke meja makan dan menuangkan kopi ke dalam cawan Aki.
              Your cooking skill, has improve lah dear...” Ujar Aki, selepas menyuapkan mee goreng ke dalam mulut.
              “Eh...mestilah! Ni Ateya Hashimah tau.” Ujar Ateya bangga.
              “Dulu, nak masak bubur pun rentung.” Aki tergelak kecil
              “Oh...shut up.” Ateya lalu, menjeling Aki tajam.


Jun 2001
“Ki...” Ateya menggerakkan badan Aki yang sedang terlena. Kemudian, mata Aki, terbuka sedikit. Kesian Aki. Nampak macam sakit sangat.
              “Hmm? Kau buat apa kat sini Yah?” Soal Aki, lemah.
              “Aki, bangun. Aku bawak bubur untuk kau.” Ujar Ateya. Sebenarnya, dah hampir 3 hari, Aki duduk terbaring dalam bilik, sebab demam. Selama 3 hari tu lah, Ateya rasa bosan sangat. Sunyi, tak ada Aki. Ateya kemudian bangunkan Aki, dan menyandarkan badan Aki, ke kepala katil.
              “Nah...makan.” Ujar Ateya, sambil membuka penutup bekal, yang di bawa dari rumahnya tadi. Sebaik sahaja Aki nampak isi bekal tu, terus kosong pandangan matanya. Ni, bubur kacang ke ni?
              “Apa ni?”
              “Tak kan, tak kenal? Buburlah. Aku masakkan untuk kau tadi.”
              “Bubur kacang?” Soal Aki teragak-agak. Ateya menggeleng, kasar.
              “Bubur nasi lah bug!” Marah Ateya. Ada ke patut, cakap bubur kacang. Mata Aki beralih dari muka Ateya kepada bekal bubur tu. Aki kemudian mencedok bubur nasi tu, dan menyuapkan ke mulut. Blehh! Betul, tak sedap. Siap ada rasa rentung, lepas tu terlebih garam. Ateya memandang Aki dengan  mata bersinar. Berkerut seribu dahi Aki. Aki kemudian, mengisyaratkan dengan tangan, supaya Ateya datang lebih dekat. Ateya menurut dan duduk di sisi katil.
              Say aah...” Ujar Aki, sambil menyuakan bubur ke mulut Ateya. Dan tanpa berfikir panjang, Ateya membuka mulut dan Aki menyuapkan bubur nasi tu, kepada Ateya. Sebaik sahaja, bubur nasi tu, melalui lidah, terus Ateya terbatuk, dan...uwekk!
              “Apa benda ni???” Ujar Ateya sambil terbatuk-batuk. Uwekk! Tak sedap sangat.
              “Kau memang nak bunuh aku ke apa?” Seloroh Aki. Aki tergelak kecil, namun tangannya mencedok juga bubur nasi ke sudu, dan belum sempat Aki nak makan, Ateya menahan tangan Aki,dari menyuapkan, bubur beracun tu ke dalam mulut.
              “Kau gila ke? Kau sanggup makan, walaupun macam tu rasa dia?” Aki, kemudian menarik tangannya yang di pegang Ateya, dan teruskan menyuap bubur tu ke dalam mulut.
              “Tu...” Ujar Aki, memberi isyarat mata menunjuk ke jari jemari Ateya.
              “Kau dapat luka tu, sebab nak buat bubur ni kan?” Soal Aki. Ateya, kemudian mengalih pandang pada jari-jarinya yang berplaster, kena pisaulah, apalah. Maklumlah, first time masuk dapur. Ateya mengalih pandang ke kasutnya.
              Thanks.” Aki, kemudian menyuapkan bubur tu ke dalam mulut, sampailah bubur tu habis. Ateya pulak, dah tak boleh cakap apalah. Memang betul terharu dia rasa...Ateya kemudian memandang wajah Aki. Lantas, mereka berdua, sama-sama mengukir senyum.


Mac 2013
“TEYA!” Apabila terdengar teriakkan tu, dia memandang ke belakang.
              “Eh...Ana?” Soal Ateya, terperanjat, lantas tersenyum.
              “Kau buat apa kat sini?” Soal Ana, ceria.
              “Aku, nak cari barang sikit” Balas Ateya.  Dia memang nak cari barang sikit kat Paradigm Mall ni.
              “Eh...jomlah, lepak-lepak kat Starbuck kejap, borak-borak, hari tu tak sempat.” Pelawa Ana.
              “Er...” Ateya melihat jam di pergelangan tangan. Memang, awal lagi, tapi...tolonglah, jangan datang sini...tolon..
              “Yah!” Oh...crap. Ateya memandang Ana serbasalah. Ana pula dah memandang Ateya, bertanya. Dari jauh, Aki jalan mendekati Ana dan Ateya.
              “Oh...you guys, still together lagi?” Soal Ana, lantas tersenyum segaris. Ateya dah memandang Ana serbasalah. Aki bodoh. Ateya menggigit bibir bawah.
              “Eh...Ana? You buat apa kat sini?” Soal Aki terkejut. Ateya hanya mampu diam. Dia memang serbesalah sangat tengok Ana sekarang.
              I...I, saje jalan-jalan..wah...you ni, pecah rekod...you’ve been with Teya, for more than 3 month...That’s surprising.” Ana mengangkat tangan cuba menyentuh lengan Aki, Aki sempat elak. Riak wajah Ana bertukar.
              “...and, you tak sentuh perempuan lain dah sekarang.” Ana tergelak kecil, sambil mengangguk-angguk. Aki dengan Ateya dah senyum serbasalah.
              Anyway...Aku teringat aku ada hal pulak Teya. We go to Starbuck some other time okey? Ujar Ana. Ateya pulak hanya mengangguk dan tersenyum serbasalah lagi.
              “Oh...don’t make that face honey...Aku dengan Aki, tak ada apa-apa yang serius pun. We both just played around. Kan Aki?” Tutur Ana sambil memandang Aki dan Ateya bergilir-gilir. Lantas tersenyum.
              “Okeylah guys...I have to go...Anything, aku call kau Teya. Bye...” Ana melambai, lantas meninggalkan Aki dan Ateya. Ateya dan Aki, hanya melihat kelibat Ana dari belakang.
              Setelah tak nampak kelibat Ana. Ateya naik tangan dan memukul bahu Aki kuat.
              “Adoi!” Aki mengurut bahunya yang dipukul kuat.
              “Kau kenapa Yah, dah gila?” Marah Aki. Ateya memandang Aki tajam. Ateya sambung, pukul bahu Aki lagi...
              “Kenapa, kau mesti muncul at the wrong time huh bug?” Akhirnya, dia berhenti memukul bahu Aki dan menjeling Aki tajam.
              “Laa...dah kenapa pulak, salah aku?”
              You idiot! And...I wanted to hang out with her, sebab aku rindu dia, dah lama tak jumpa.” Tutur Ateya, dia kemudian memandang Aki, sekali lagi, tajam.
              “...and you! You have to muncul pulak! Ergghh..Aki bodoh!” Marah Ateya, kemudian melangkah meninggalkan Aki, terpinga-pinga di belakang.
              “Pulak dah? Oi! Oi!” Aki pun memulakan langkah, dan mengejar Ateya.
              Dari jauh, mereka diperhatikan dengan mata yang tajam dan penuh kebencian. Tangan digenggam kuat.


“KAU BODOH! Kau cakap kau dah buat kerja kau? Kenapa dia orang still together lagi???!” Marah wanita itu, sambil ‘handsfree earphone’ terlekap di telinga. Tangan memutar stereng.
              “Aku, tak akan mintak kau buat apa-apa lagi!” Wanita itu, kemudian menarik ‘handsfree’ dengan kasar dan membaling earphone tu, entah kemana. Dia kemudian mengetuk stereng, dengan kuat.
              “ARRRGHH!!!”  Jerit wanita itu, kemudian dia memijak injap minyak dengan kasar. Kereta Mercedes Benz Smart, meluncur laju di jalan.

No comments:

Post a Comment