PROLOG
15 Oktober 2004
“KAU MESTI KENA PERGI ke wei?” Soal Ateyah sambil menahan tangis. Tidak, dia
tidak akan menangis depan lelaki ni...tidak akan sekali-kali. Kalau dia nangis,
tak tahulah, apa budak lelaki dihadapannya ini, bahankan.
“Laa, aku dah siap pegang tiket, dah
nak masuk gate dah..tak kan, kau nak tanya lagi?” Soal Akimullah, kepada Ateyah
pulak. Disebabkan, ada hal yang perlu diuruskan di sekolah, Akimullah sahaja,
yang masih belum berangkat ke Australia, keluarganya yang lain, sudah berangkat
sehari sebelum
“Habis, SPM tahun depan?” Soal Ateyah
lagi.
“Aku tak ambiklah jawabnya, ngok!
Tanya pulak lagi.”
“Jauh tu...Australia pulak tu...apsal
jauh sangat bapak kau pindah?”
“Habis dah kerja dia, nak aku buat
macam mana?” Ayah, Akimullah, Pak Cik
Kamal, bekerja di kedutaan, Malaysia,
oleh itu, mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke Australia. Mungkin, mereka
akan terus menetap disana, mungkin, ini kali terakhir Ateyah akan melihat muka
Akimullah...Akhirnya, jatuh juga air mata Ateyah...daripada, tak nak menangis
tadi, tidak berhenti-henti, air matanya jatuh...
“Yah...kau nangis Yah? Sayang sangat
ke kau kat aku?” Seloroh Akimullah, sambil ketawa nakal. Haa..kan dah kata,
jadi bahan.
“Eh! Diamlah...kau nak kena dengan
aku?” Marah Ateyah.
“Opp! Ok,ok...kalau kena penangan
kau tu, sampai besok lebam tak hilang...okeylah, aku dah kena call tu...Insya’ALLAH,
aku dengan kau, akan jumpa lagi, okey?” Pujuk, Akimullah, sambil, menyeka air
mata Ateyah, lalu memulakan langkahnya...
“Aki!!!” Ateyah, berteriak,
memanggil Akimullah...Akimullah, menoleh...Ateyah menarik nafas panjang dan
berteriak...
“I’ll
miss you stupid ugly bug!!!”
“I’ll
miss you too lunatic head!!!”
Semakin, lama, kelibat Akimullah,
semakin menjauh, akhirnya lesap di sebalik pintu kaca automatik. Di KLIA inilah, tempat kali terakhir mereka berjumpa dan berpisah.
Pemergian Akimullah, sangat memberi kesan kepada Ateyah, kerana, Akimullah dan
Ateyah, sudah berkawan baik dari kecil. Akimullah merupakan jiran sebelah rumah
Ateyah, tidak satu hari pun terlintas di fikiran Ateyah, yang dia dan Akimullah
akan berpisah. Mereka tidak boleh minum di kedai Al-Salam, sama-sama lagi,
mereka tidak boleh berbual perkara-perkara yang merepek lagi, dan macam-macam
lagilah...Pokoknya, Ateyah akan berasa sunyi, tanpa Akimullah. Akimullah adalah
sahabat baiknya, dari dulu, hinggalah sekarang...


No comments:
Post a Comment